You are on page 1of 40

HUBUNGAN ETNIK DALAM KONTEKS

PEMBANGUNAN EKONOMI
PERSPEKTIF MIKRO

OLEH :
DR. HALIZA ABDUL RAHMAN, PHD
PENDAHULUAN
British memperkenalkan ekonomi kapitalis.

Menjelang suku terakhir kurun kesembilan belas dan suku pertama


kurun kedua puluh kemajuan pesat telah berlaku dalam industri bijih
timah dan getah.

Perkembangan ini telah meningkatkan keperluan buruh dalam


sektor-sektor ini.

Orang Cina dan India datang ke negara ini demi menampung


keperluan buruh ini.

Kemasukan orang Cina dan India telah membawa kepada


terbentuknya masyarakat majmuk di negara ini.
Sebahagian besar orang Cina dan India yang datang ke negara
ini telah menetap di sini.

Mereka telah mengasaskan keluarga di sini dan mula


memandang negara ini sebagai tanahair mereka.

Namun, tidak wujud interaksi yang bermakna antara kaum


Melayu, Cina dan India.

Antara sebab bagi keadaan ini ialah kerana British telah


mengamalkan pentadbiran yang berlandaskan kepada prinsip
pecah dan perintah.

Dasar-dasar ekonomi yang diperkenalkan telah membahagikan


masyarakat di negara ini mengikut pekerjaan dan tempat
kediaman.
PERKEMBANGAN EKONOMI SEBELUM MERDEKA

Secara umum, pembangunan ekonomi di Tanah Melayu berkait


rapat dengan dua sumber bahan mentah utama, bijih timah dan
getah.

Akibat keuntungan yang berlipat kali ganda, pihak British memberi


tumpuan yang lebih kepada pengeluaran bijih timah dan getah
sehingga membahayakan kedudukan ekonomi Tanah Melayu,
apabila berlaku kemelesetan ekonomi dunia sekitar tahun 1930-an.

Ini mengakibatkan kemajuan yang tidak seimbang antara kawasan


perlombongan bijih timah dan getah dengan kawasan-kawasan lain
di Tanah Melayu (antara negeri & wilayah).
Negeri-negeri di pantai timur yang mempunyai bilangan penduduk
yang sedikit & sistem perhubungan yang terbatas tidak mengalami
banyak perubahan. Sebaliknya proses pembangunan dan
pertumbuhan bandar lebih tertumpu di sepanjang pantai barat,
terutama di sekitar kawasan pengeluaran bijih timah & getah.

Pertumbuhan ekonomi sedemikian mewujudkan dua sektor ekonomi


yang dikenali sebagai dwi ekonomi (dual economy), iaitu sektor
ekonomi moden dan ekonomi tradisional.

Akibat kewujudan dwi-ekonomi, sebahagian besar kekayaan


dikuasai oleh para pemodal British dan kaum bukan Melayu yang
tertumpu di kawasan bandar di pantai barat Tanah Melayu.
Sedangkan kebanyakan orang Melayu di luar bandar dan kawasan
lain terus hidup dalam lingkungan masyarakat pertanian tradisional.
Orang Melayu telah dibiar dan digalakkan untuk terlibat dalam
bidang pertanian.

Mereka menjadi pengeluar beras makanan utama bagi seluruh


negara.

Sehaluan dengan itu majoriti orang Melayu telah mendiami kawasan


luar bandar, iaitu di kampung-kampung.

Orang Cina telah terlibat dalam kegiatan perlombongan dan


perniagaan.

Mereka telah mendominasi industri ini.

Penglibatan ekonomi ini menyebabkan masyarakat Cina menjadi


penduduk bandar.
Majoriti buruh India dibawa masuk oleh pihak British untuk bekerja di
estet getah.

Mereka telah disediakan tempat tinggal dan keperluan asas yang lain
di estet-estet.

Mereka tidak perlu keluar dari estet.

British tidak menggalakkan orang Cina dan India terlibat dalam


kehidupan politik, sosial dan kebudayaan orang Melayu serta
membiarkan mereka mengekalkan identiti kaum masing-masing.

Ini bermakna setiap kelompok imigran ditadbirkan secara berasingan.


Dari segi ekonomi, pembahagian begini telah:

a) memudahkan pengurusan buruh


b) membawa kemajuan ekonomi

Tetapi, pembahagian aktiviti ekonomi berlandaskan kaum begini


tidak membantu eratkan hubungan antara kaum.

Kerana, dasar ini telah menyebabkan berlakunya jurang ekonomi


yang luas antara kaum.
Pada umumnya, orang Melayu telah menjadi golongan termiskin
berbanding dengan bukan Melayu.

Keadaan ini telah mewujudkan perasaan kecewa di kalangan orang


Melayu.

Mereka mula berasa bahawa kepentingan ekonomi mereka telah


terabai oleh pihak pentadbir British.

Tindakan British yang dilihat cuba memelihara orang Melayu


daripada arus kegiatan ekonomi moden itu sebenarnya telah
mempercepatkan lagi wujudnya perbezaan etnik, ekonomi dan politik
dalam masyarakat di Tanah Melayu.

Dasar-dasar British ini tidak membantu orang Melayu untuk


menghadapi perubahan atau menyesuaikan diri ke dalam sistem
ekonomi moden.
Dasar-dasar ini hanya memaksimumkan kecekapan ekonomi dan
mengeksploitasi sumber-sumber semula jadi di Tanah Melayu.
Akibatnya, perhatian orang Melayu lebih terbatas kepada agama
Islam, tradisionalisme dan ekonomi sara diri

SEMENTARA

Orang Cina dan India mendapat galakan sepenuhnya dalam sektor-


sektor moden dalam ekonomi seperti perusahaan bijih timah dan
getah.

Perbezaan ekonomi mengikut garis kaum dalam sistem ekonomi


mengakibatkan wujudnya ketidaksamaan dalam fungsi ekonomi
antara kaum Melayu dan bukan Melayu.
Pentadbir British pernah mengambil beberapa langkah untuk
membantu masyarakat Melayu.

Misalnya:

a) Akta Tanah Rezab diperkenalkan untuk melindungi hak orang


Melayu ke atas tanah.

b) Pada 1950 RIDA (Rural Industrial Development Authority)


ditubuhkan untuk memajukan kawasan luar Bandar.

Namun, jurang ekonomi antara masyarakat Melayu dan kaum lain


terus menjadi luas.

Disebabkan jurang ekonomi ini, maka tidak suasana yang sesuai


untuk mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia di
bawah pemerintahan British.
ERA SELEPAS KEMERDEKAAN
Selepas kemerdekaan, pihak kerajaan telah memberi perhatian
untuk mengatasi masalah jurang ekonomi antara kaum yang timbul
akibat dasar-dasar pentdbiran British di tanah Melayu.

Tanggungjawab utama kerajaan ialah mewujudkan perpaduan


kaum, membasmi kemiskinan dan memperbaiki kedudukan
ekonomi yang tidak seimbang antara kaum dengan wilayah bagi
memastikan pertumbuhan ekonomi negara dapat dinikmati bersama
oleh semua kaum.

Langkah-langkah untuk mengurangkan jurang ekonomi antara kaum


telah dilaksanakan.

Langkah-langkah ini telah dilaksanakan melalui rancangan-


rancangan ekonomi lima tahun.
PERANCANGAN PEMBANGUNAN LIMA TAHUN

Rancangan pembangunan telah mula dirangka dan dilaksanakan


sejak tahun 1950.

Dua rancangan pembangunan yang awal, iaitu Draf Rancangan


Pembangunan (1950-1955) dan Rancangan Lima Tahun Malaya
Pertama (1956-1960) telah digubal oleh pihak kolonial Inggeris, yg
bertujuan untuk memperbaiki kedudukan ekonomi mereka yang
terjejas akibat Perang Dunia Kedua.

Rancangan Lima Tahun Malaya Kedua (1961-1965) telah digubal


oleh pemerintah Malaya sendiri, dengan tumpuan memajukan
infrastruktur ekonomi.

Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970) mula memberi perhatian


kepada perindustrian gantian-import.
Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) merupakan rancangan
pembangunan yang menitikberatkan usaha untuk menyelesaikan
masalah perbezaan ekonomi antara sektor dan kaum agar
kestabilan ekonomi dan politik dapat dicapai. Ketika ini terdapat
peralihan dari industri gantian-import kepada industri
berorientasikan eksport.

Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980) adalah rancangan


pembangunan yang melanjutkan dasar industri yang dirangka pada
Rancangan Malaysia Kedua.

Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985), Rancangan Malaysia


Kelima (1986-1990) dan Rancangan Malaysia Keenam (1991-1996)
adalah rancangan pembangunan yang menitikberatkan industri
berasaskan teknologi yang lebih maju dan dasar penswastaan.

Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000) dan Rancangan Malaysia


Kelapan (2001-2006) pula memberi perhatian ke atas industri
berteraskan K-ekonomi.
Rancangan Malaya Pertama (1956-1960)
Telah memberi keutamaan kepada pembangunan luar bandar.

Sebanyak RM227 juta telah diperuntukkan bagi pembangunan luar


bandar.

Pada 1959 Kementerian Pembangunan Luar bandar diasaskan.

FELDA diperkenalkan untuk mengagihkan tanah pertanian kepada


orang Melayu yang miskin.
Rancangan Malaya Kedua (1961-1965)

Langkah-langkah untuk memajukan kawasan bandar dan dengan


itu meningkatkan kedudukan ekonomi masyarakat Melayu telah
diteruskan.

Peruntukan bagi pembangunan luar bandar ditambah lagi kepada


RM468 juta.

Namun, kedudukan ekonomi orang Melayu tidak maju banyak dan


jurang ekonomi antara kaum masih luas.
Rancangan-rancangan lima tahun ini hanya berjaya
memperkukuhkan lagi keadaan kaum masing-masing sebelum
merdeka.

Masyarakat Melayu masih di kampung, terlibat dalam ekonomi


pertanian.

Majoriti masyarakat Cina di kawasan bandar, terlibat dalam


perniagaan.

Masyarakat India dibiarkan di estet sebagai buruh.


Dalam keadaan ini, pada 1965 Kongres Ekonomi Melayu telah
diadakan demi mencari jalan untuk mengatasi masalah ekonomi
masyarakat Melayu.

Cadangan-cadangan Kongres ini telah dimasukkan dalam


Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970).
Rancangan Malaysia Pertama (1966 1970)
Rancangan ini pun telah memberi tumpuan kepada pembangunan
luar bandar.

Namun, beberapa langkah lain telah diambil untuk memajukan


ekonomi masyarakat Melayu.

1965 RIDA diberikan wajah baru dengan penukaran nama kepada


MARA.

Beberapa agensi baru ditubuhkan untuk membantu meningkatkan


kedudukan ekonomi masyarakat Melayu:

Bank Bumiputra

1967 Institut Teknologi Mara

FAMA
Namun, pada penghujung Rancangan Malaysia Pertama
kedudukan ekonomi masyarakat Melayu tidak berubah banyak.

Keadaan ini telah menambahkan lagi perasaan kecewa dalam


kalangan masyarakat Melayu.

Pada hakikatnya, masyarakat bukan Melayu juga, nampaknya, tidak


puas dengan dasar-dasar ekonomi pihak kerajaan.

Hakikat ini terbukti dalam keputusan pilihanraya tahun 1969.

Walaupun parti pemerintah berjaya mengasaskan kerajaan pusat, di


beberapa buah negeri seperti Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang,
Perak dan Selangor parti-parti pembangkang telah mendapat
sokongan besar.

Dalam suasana ini tercetusnya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.


Rusuhan Kaum 13 Mei 1969
Rusuhan kaum ini berlaku kerana tidak wujud hubungan etnik yang
mesra antara kaum di negara ini.

Peristiwa tersebut memperlihatkan betapa pentingnya diwujudkan


keseimbangan antara pembangunan sosioekonomi dengan agihan
kekayaan negara.

Seiring itu, kerajaan menilai semula kedudukan ekonomi antara


kaum dan antara bandar dengan luar bandar kerana terdapat jurang
perbezaan ekonomi yang terlalu besar.

Oleh kerana jurang ekonomi antara kaum merupakan antara sebab


yang telah menghalang integerasi kaum, maka langkah-langkah
telah diambil untuk mengatasi masalah itu.
Mulai tahun 1970, pembangunan ekonomi dirancang untuk jangka masa
yang lebih panjang, iaitu 20 tahun dan dilaksanakan dalam dua tahap.

Tahap pertama bermula dari tahun 1956 hingga 1970 yang melibatkan tiga
rancangan pembangunan lima tahun, iaitu Rancangan Malaya Pertama
(1956-1960), Rancangan Malaya Kedua (1961-1965) dan Rancangan
Malaysia Pertama (1966-1970).

Tahap kedua meliputi tempoh dari tahun 1971 hingga 1990 dan melibatkan
perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru melalui empat rancangan
pembangunan, iaitu RM2 (1971-1975), RM3 (1976-1980), RM4 (1981-1985)
dan RM5 (1986-1990).

Pelan induk yang menjadi asas dalam melaksanakan DEB dikenali sebagai
Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1) yang meliputi
jangka masa dari tahun 1971 hingga 1990 bagi memastikan pembangunan
ekonomi dilaksanakan secara menyeluruh, lengkap dan bersepadu.
Dasar Ekonomi Baru (1970 1990)

Pada 1970 Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan.

DEB adalah rancangan dua puluh tahun.

Ia bermula pada 1970 dan akhir pada 1990.


Dua objektif utama DEB ialah
Menyusun semula masyarakat agar pengenalan mana-mana
masyarakat dengan pekerjaan dapat dihapuskan.

Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum.


Objektif pertama akan di capai melalui:

Menyusun semula pola pekerjaan.

Menyusun semula pola hakmilik ekuiti dalam


sektor korporat.

Mewujudkan Komuniti Indudstri dan komersial


Bumiputera

Mengasaskan pusat pertumbuhan ekonomi di


kawasan luar bandar
Objektif-objektif ini diharapkan:
akan mengagihkan kekayaan negara
dalam nisbah yang saksama antara
semua kaum

dan, dengan itu akan memupuk


perpaduan kaum
Nisbah yang dijangkakan ialah:

Bumiputera: 30 peratus

Bukan Bumiputera: 40 peratus

Orang Asing: 30 peratus.


DEB telah diamalkan melalui:
Rancangan Malaysia Kedua 1971 1975

Rancangan Malaysia Ketiga 1976 1980

Rancangan Malaysia Keempat 1981 1985

Rancangan Malaysia Kelima 1986 1990


Walaupun DEB tidak berjaya mencapai
sepenuhnya sasaran yang ditetapkan
pada keseluruhannya kedudukan ekonomi
masyarakat Melayu telah ditingkatkan.
Kedudukan ekonomi kaum-kaum di Malaysia pada
1990 berbanding dengan 1970 ialah :

1990 1970
Bumiputera 20.3 % 1.9 %

Cina 44.9 % 2.5 %

India 1.0 % 1.0 %


Berikutan kejayaan ini pihak kerajaan telah
meneruskan objektif-objektif DEB dalam dasar-
dasar ekonomi kemudian.

Pada 1991 Dasar Pembangunan Nasional (NDP) telah


diperkenalkan.

Pada 2000 Wawasan 2020 (National Vision Policy) telah


diperkenalkan.

Dijangkakan rancangan-rancangan ekonomi ini akan


membantu Malaysia mencapai taraf negara membangun
dan rakyat akan hidup lebih berpadu sebagai Bangsa
Malaysia.
KOMPONEN EKONOMI : PEMBANGUNAN EKONOMI,
PERINDUSTRIAN, KADAR PERTUMBUHAN DAN PENINGKATAN
KUALITI HIDUP

Sejak awal lagi, Malaysia ingin mencapai sasaran atau matlamat


pembangunan ekonomi dengan mewujudkan sebuah masyarakat industri.
Bagi mencapai tujuan tersebut, pada peringkat awal pembangunan
ekonomi lebih ditumpukan kepada peningkatan infrastruktur ekonomi,
pembangunan pertanian dan industri gantian-import.
Pada akhir tahun 1960an, pembangunan ekonomi mula diasaskan kepada
pembangunan teknologi dan peralihan dari industri gantian-import kepada
industri berorientasikan eksport.
Menjelang tahun 2000, Malaysia mula memberikan perhatian kepada
pembangunan ekonomi berteraskan K-ekonomi. Pembangunan ekonomi
Malaysia telah mencapai kejayaan dengan kadar KDNK negara sekitar 8-
9% terutama pada 1980an dan 1990an.
Kualiti hidup rakyat secara amnya adalah baik berdasarkan penurunan
kadar kemiskinan dan kadar inflasi yang rendah.
HUBUNGAN KAUM DALAM KONTEKS PROJEK
MODENISASI MALAYSIA

1) Komponen Ekonomi

Komponen ekonomi penting dari segi pembangunan ekonomi


Malaysia, sama ada pada zaman kolonial atau pasca-kolonial,
khususnya dari segi faktor pengeluaran (tanah, buruh, modal).

Kepada pihak penjajah, ekonomi penting untuk membangunkan


Projek Modenisasi Eropah. Begitu juga di Malaysia pembangunan
ekonomi bukan hanya untuk kepentingan ekonomi tetapi juga
untuk menjadi landasan pembinaan negara.

Cita-cita pembinaan negara selalu gagal kalau pembangunan


ekonomi tidak mantap, seperti yang berlaku di Afrika.
2) Acuan Ekonomi Malaysia : Hubungan timbal-balik ekonomi & etnisiti

Ekonomi Malaysia terbentuk dengan ciri-ciri uniknya melalui dua ratus


tahun pengalaman penjajahan.
Alam sekitar Malaysia telah diubah untuk membolehkan tanaman seperti
getah dan kelapa sawit ditanam untuk kepentingan bekalan industri di
Eropah. Begitu juga industri bijih timah.
Turut penting ialah pembinaan rangkaian infrastruktur yang kompleks lagi
mahal sebagai sokongan kepada industri asas, misalnya, landasan
keretapi, jalanraya dan pelabuhan yang boleh menampung keperluan
eksport-import.
Tenaga buruh di Malaysia juga unik kerana terdapat division of labour
mengikut kelompok etnik.
Modal juga diterpisah-pisah mengikut kelompok etnik, modal asing, modal
kaum cina dsbnya.
Dalam konteks ini ekonomi dan etnisiti di Malaysia bak aur dengan tebing
hubungannya.
3) Ciri-ciri etnik dalam konteks ekonomi

Dalam aspek ekonomi, kelompok etnik Cina merupakan kelompok


majoriti.

Hal ini lah yang menjadi isu dalam konteks pertumbuhan ekonomi
dan agihan ekonomi berdasarkan kelompok etnik.
Akibat kewujudan dwi-ekonomi, sebahagian besar kekayaan
dikuasai oleh para pemodal British dan kaum bukan Melayu yang
tertumpu di kawasan bandar di pantai barat Tanah Melayu.
Sedangkan kebanyakan orang Melayu di luar bandar dan kawasan
lain terus hidup dalam lingkungan masyarakat pertanian tradisional.

Keadaan ini diburukkan lagi oleh jurang ekonomi antara kaum yang
diwarisi selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

Perkembangan ini mendorong kerajaan melipatgandakan usaha


untuk memperbaiki masalah itu melalui rancangan pembangunan
lima tahun dan dasar-dasar ekonomi yang lain.
ISU-ISU UTAMA EKONOMI
Perbincangan tentang pembangunan dan pertumbuhan ekonomi tidak
dapat dipisahkan daripada konteks sosialnya. Dalam kes Malaysia, isu
pembangunan ekonomi berkait rapat dengan isu sosial terutama
berkaitan dengan isu kemiskinan dan agihan kekayaan menurut
golongan etnik.

1. Antara Pertumbuhan dan Agihan


Di celah-celah maraknya pembangunan dan pertumbuhan ekonomi, isu
agihan kekayaan atau pendapatan merupakan perkara yang tidak dapat
dielakkan.
Apa yang diharapkan adalah pembangunan dan pertumbuhan ekonomi
yang baik akan disertai oleh agihan pendapatan yang merata kalangan
anggota masyarakat.
Di Malaysia, isu agihan pendapatan ini dapat dilihat dua sudut, pertama,
antara kelas sosial yang berbeza iaitu antara kelas atas, menengah &
kelas bawah; kedua, antara kelompok etnik yang berbeza, iaitu antara
Melayu, Cina dan India.
2. Antara Equality (fasal 8, Perlembagaan Malaysia) dan Special Privileges
(Fasal 153, Perlembagaan Malaysia)
Fasal (8) PP menegaskan bahawa semua orang adalah sama rata di sisi
undang-undang.

Fasal (8) Perkara (1) PP tersebut telah digunakan oleh sesetengah pihak
untuk berhujah bahawa keadilan dan kesamarataan harus diperjuangkan
dan dicapai di Malaysia. Oleh itu, menurut mereka Fasal (153) PP yang
berkaitan tentang kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera
perlu ditinjau semula.

Hujah tersebut seharusnya tidak muncul sekiranya mereka faham tentang


sejarah Malaysia dan apa yang dinyatakan dalam Fasal (8) Perkara (2)
PP yg menyatakan : kecuali sebagaimana dibenarkan dengan nyatanya
oleh Perlembagaan ini, tidaklah boleh ada perbezaan terhadap
warganegara semata-mata oleh sebab agama, kaum, keturunan atau
tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang atau dalam
..... pekerjaan.
3) Pendidikan, Ekonomi dan Etnisiti : Bahasa, Sains dan Ekonomi

Kerajaan Malaysia telah melihat pendidikan sebagai salah satu


alat untuk mencapai matlamat pembangunan ekonomi dan
politik. Bahasa kebangsaan misalnya dilihat sebagai satu media
komunikasi yang dapat memupuk perpaduan kaum.

Melalui pendidikan juga, diharapkan golongan bumiputera dapat


meningkatkan kedudukan ekonomi mereka.

You might also like