You are on page 1of 6

1.

0 PENGENALAN

Penduduk bermaksud manusia yang tinggal di dalam sesuatu kawasan. Terdapat juga
pengertian lain tentang penduduk. Antaranya ialah, penduduk merujuk kepada manusia yang
mendiami sesuatu tempat dalam wilayah tertentu tanpa melihat status kewarganegaraan yang
dianut oleh orang tersebut. Selain itu, penduduk juga komponen yang sangat penting dalam sesuatu
wilayah dan juga negara.

Penduduk juga dianggap sebagai sumber jika dapat menyumbang atau menjana kepada
pembangunan negara. Penduduk juga dibahagi kepada kepada beberapa kategori. Iaitu, penduduk
produktif, belum produktif, dan tidak lagi produktif yang berkait rapat dengan umur penduduk.
Penduduk dalam kategori 19 tahun dan ke bawah dianggap belum produktif. Hal ini kerana,
mereka tidak terlibat dalam kegiatan ekonomi dan masih lagi ditanggung oleh keluarga.

Taburan penduduk dapat ditakrifkan sebagai sebaran atau agihan penduduk diatas muka
bumi yang tidak sekata. Corak atau pola taburan ialah satu susunan petempatan atau bentuk
petempatan yang terhasil akibat agihan penduduk. Maka akan terhasillah beberapa bentuk
petempatan seperti petempatan berpusat, petempatan berselerak dan petempatan berjajar. Taburan
penduduk di Asia Tenggara sangat berbeza dengan taburan penduduk di kawasan barat. Hal ini
disebabkan oleh, perbezaan antara ciri-ciri budaya dan fizikal.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Pengkaji menjalankan kajian ini berdasarkan kepada empat objektif iaitu;

1. Mengenal pasti struktur umur jantina penduduk.


2. Membina jadual yang menunujukkan struktur umur dan jantina penduduk.
3. Mengkaji empat faktor yang mempengaruhi struktur umur dan jantina penduduk.
4. Menilai kesan struktur umur dan jantina penduduk terhadap sosioekonomi dikawasan
kajian.

Melalui kajian ini, pengkaji bersyukur dapat menyelesaikan objektif kajian dalam menjadikan
faktor utama dalam kajian ini.
3.0 LOKASI KAWASAN KAJIAN

Ciri-ciri fizikal di kawasan kajian:

Kawasan kajian ini telah dipilih untuk menjalankan kajian hakisan tanah di kawsaan cerun
di daerah Semporna yang telatak di kawasan perkampungan Bukit Lalang, Sabah. Daerah
Semporna merupakan sebuah daerah dan pekan besar di Sabah, Malaysia. Semporna juga adalah
sebuah pulau. Pulau Semporna di kelilingi banyak pulau yang mampu menarik minat sesiapa
sahaja dalam bidang perlancongan termasuklah pulau Bum-bum. Sungai yang memisahkan Pulau
Semporna dengan wilayah lain ialah Sungai Pegagau. Antara pulau yang paling diminati oleh
pelancong sama ada dari luar negara atau tempatan adalah Pulau Sipadan dan Pulau Mabul.
Semporna dihubungkan dengan daratan melalui jambatan Pegagau yang mana kawasan Pegagau
ini masih merupakan kawasan Semporna. Dalam peringkat zon, Semporna termasuk dalam zon
Tawau. Masyarakat di daerah Semporna adalah berbilang kaum, bangsa dan agama. Namun kaum
yang mendominasi di daerah Semporna ini adalah suku kaum Bajau yang berasal dari Selatan
Barat Laut dan arat Daya di kepulauan Filipina.
Peta 1: Kawasan Daerah Semporna.
Sumber: https://dart.bersih.org, Akses 2017.
4.0 KAEDAH KAJIAN

Terdapat beberapa kaedah kajian yang digunakan pengkaji sepanjang kajian ini dijalankan
bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci dan tepat. Melalui kaedah ini, pengkaji telah
mendapati banyak maklumat penting. Terdapat beberapa kaedah yang telah digukanakan oleh
pengkaji semasa penyelidikan dijalankan. Antaranya ialah kaedah soal selidik, pemerhatian,
perpustakaan dan internet.

Kaedah Soal Selidik

Kaedah soal selidik adalah kaedah utama yang pengkaji gunakan dalam kajian ini bagi
mengenal pasti umur, jantina dan juga bilangan isi rumah di kawasan kajian. Kaedah ini
memudahkan proses pengkaji untuk mendapatkan dat bagi menjalankan sesuatu kajian,
terutamanya kajian yang melibatkan masyarakat yang tinggal di kawasan kajian. Dengan
menggunakan kaedah soal selidik ia dapat memudahkan proses memungut data. Iaitu pengkaji
dapat mendapatkan maklumat secara bersemuka dengan responden. Dalam kaedah soal selidik,
pengkaji telah menyediakan borang soal selidik untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki.

Dalam borang soal selidik tersebut, pengkaji menyatakan beberapa soalan yang
dikehendaki dalam mengenal pasti struktur dan komposisi penduduk. Antaranya ialah, soalan yang
berkaitan tentang jantina, umur, bangsa, dan juga jenis pekerjaan yang dilakukan oleh penduduk
di kawasan kajian. Penggunaan borang soal selidik telah memudahkan pengkaji untuk
mendapatkan maklumat tentang umur penduduk bagi melukis piramid penduduk. Melalui kaedah
ini, pengkaji turut memperoleh maklumat yang betul daripada responden di lokasi kajian. Maklmat
tersebut telah banyak membantu pengkaji dalam menjalankan kajian.

Kaedah Pemerhatian

Kaedah pemerhatian dapat didefinisikan sebagai satu proses yang sistematik dalam
mendapatkan maklumat tentang kajian yang dijalankan. Melalui kaedah ini juga pengkaji dapat
memberkan gambaran tentang perkara yang berlaku di kawasan kajian. Kaedah ini digunakan
ketika meninjau kawasan kajian yang ingin dikaji. Iaitu, tentang struktur dan komposisi penduduk
di Kampung Hampalan, Semporna, Sabah. Kaedah ini dijalankan menggunakan beberapa
peralatan yeng sesuai, seperti kamera untuk mendapatkan gambar yang diperlukan pengkaji. Hal
ini, dapat menjelaskan keadaan yang berlaku di kawasan Kampung Pangkalangan, Semporna,
Sabah. Malah, dapat membantu pengkaji untuk mendapatkan gambaran sebenar komposisi
penduduk, umur, jantina, bangsa dan jenis pekerjaan yang dilakukan oleh penduduk Kampung
Pangkalangan, Semporna, Sabah.

Kaedah Rujukan

Untuk melengkapakan laporan mengenai komposisi dan struktur penduduk di Kampung


Hampalan, Semporna, Sabah beberapa rujukan telah digunakan pengkaji di perpustakaan
Semporna, Sabah. Bahan rujukan yang digunakan adalah seperti majalah, buku, laporan dan jurnal
untuk mencari maklumat yang lebih tepat dalam kajian yang dijalankan oleh pengkaji. Antaranya
ialah buku yang diambil sebagai rujukan iaitu buku geografi stpm.

Kaedah Laman Web

Pengkaji juga telah menggunakan laman web untuk melihat peta daerah Semporna dan
melukis peta lakar di kawasan kajian. Kemudahan internet memudahkan lagi kerja-kerja penulisan
kajian ini.

You might also like