You are on page 1of 4

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU MANTANANI


KOTA BELUD SABAH

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SESI 2015/2016.

Tarikh : 22 Julai 2016


Hari : Jumaat
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Makmal Komputer Sk Pulau Mantannai
Kehadiran : ( Rujuk Lampiran )

1.0 Ucapan Yang Dipertua PIBG 2014/2015


1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua pihak sekolah dan
Guru Besar dengan persiapan Mesyuarat PIBG.

2.0 Ucapan Penasihat


2.1 Penasihat merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada barisan AJK PIBG
2014/2015 kerana membantu pengurusan sekolah dalam merealisasikan
program sama ada dalam bidang akademik, Hal Ehwal Murid (HEM),
mahupun bidang ko-kurikulum juga memberi sokongan moral dalam
menjalankan pelbagai aktiviti.
2.2 Penasihat mengingatkan kepada semua hadirin mengenai arahan daripada
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu AJK PIBG merupakan satu
Badan Bukan Kerajaan Non Government Organization (NGO) dan tidak
boleh bergabung dengan NGO yang lain.
2.3 Beliau juga menegaskan bahawa setiap aktiviti yang akan dijalankan mestilah
mengikut garis panduan perlembagaan yang telah dibuat. Pihak sekolah perlu
menghantar laporan kehadiran ibu bapa untuk aktiviti yang melibatkan ibubapa
sepanjang tahun kepada Jabatan. Beliau bersyukur kerana penubuhan AJK dan
perlembagaan PIBG Sk Pulau Mantanani telah dikemaskinikan pada tahun
2013.

3.0 Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Sesi


2014/2015
3.1 En Mohd Rozaidi selaku setiausaha PIBG telah membentangkan
Minit Mesyuarat Agung PIBG dan lampiran kehadiran bagi sesi 2014/2015 untuk disahkan.
3.2 En. Omar Humara mengesahkan minit dan disokong oleh En. Ab Rahman Ujali.
3.3 Membentangkan dan Menerima Laporan Tahunan PIBG 2014/2015
3.4 En Mohd Rozaidi Bin Ab Rahman selaku setiausaha PIBG telah membentangkan
Laporan Aktiviti Tahunan PIBG untuk diterima.
3.5 En. Omar Humara mengesahkan Laporan Aktiviti Tahunan
PIBG dan disokong oleh En.Sony Bin Ujali.
3.6 Membentangkan dan Menerima Laporan Penyata Kewangan PIBG Tahun 2015
3.7 En Dhalillah membentangkan Laporan Penyata
Kewangan yang berakhir pada 31 Disember tahun 2014 untuk diterima.
3.8 En. Hassim mengesahkan Laporan Penyata Kewangan bagi
tahun 2014 dan disokong oleh En. Mohd Sony.
4.0 Perkara-perkara Berbangkit
Tiada perkara berbangkit.

5.0 Pembubaran Jawatankuasa PIBG Sesi 2014/2015


5.1 Pengerusi mengumumkan pembubaran AJK PIBG bagi sesi 2014/2015.
5.2 Pelantikan Pengerusi Sementara
5.3 Memilih Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2015/2016
5.4 Pengerusi memaklumkan bahawa En Limun Gamburud iaitu Guru Besar Sk Pulau
Mantanani merupakan penasihat PIBG.
5.5 En. Omar Humara mencadangkan En.Sony Bin Ujali sebagai Yang Dipertua PIBG sesi
2015/2016 dan disokong oleh Pn Babita Binti Free.
5.6 En. Hassim mencadangkan supaya cadangan ditutup.
5.7 Pn.Noorjaidah mencadangkan En.Norisyam Bin Humara sebagai Naib Yang Dipertua
PIBG.
5.8 En.Sony Bin Ujali mencadangkan En.Omar dan agar AJK PIBG sesi 2014/2015
dikekalkan.
5.9 Pengerusi mengesahkan apa yang dimaklumkan oleh En.Omar Bin Humara dan
mengingatkan bahawa pelantikan YDP, NYDP dan AJK ibu bapa harusla melantik ahli yang
boleh memberi sepenuh komitmen kepada PIBG dan boleh hadir ke mesyuarat yang akan
diadakan.
6.0 En. Daniel Ab Rahman mencadangkan cadangan ditutup dan disokong sebulat suara.
6.1 Pengerusi bersetuju dan melantik En. Sony bin Ujali sebagai NYDP sesi 2015/2016.
6.2 Pengerusi berharap supaya memilih AJK ibu bapa yang dikenali dan boleh hadir ke
mesyuarat apabila setiap kali mesyuarat diadakan.
6.3 En. Hassim mencadangkan En.Omar Bin Humara sebagai calon pertama AJK ibu bapa.
di sekolah rendah dan disokong sebulat suara..
6.4 En.Omar mencadangkan En Daniel Ab Rahman sebagai calon ke-2 AJK ibu bapa.
6.5 En Daniel mencadangkan En Sarah sebagai calon AJK ibu bapa yang ke 3
6.6 En.Mohd Habidi mencadangkan cadangan ditutup dan disokong sebulat suara.
6.7 Mesyuarat agung diteruskan dengan pelantikan AJK guru.
6.8 Pengerusi memaklumkan bahawa Setiausaha Kehormat ialah En Mohd Rozaidi Bin Ab
Rahman dan Bendahari Kehormat En Dhalillah dikekalkan bagi sesi 2015/2016.

6.9 Pembentukan AJK PIBG sesi 2015/2016 adalah seperti berikut:

Penasihat : En Limun Bin Gamburud

(Guru Besar Sk Pulau Mantanani)

Yang Dipertua PIBG : En. Sony Bin Ujal

Naib Yang Dipertua PIBG : En. Norisyam Bin Humara

Setiausaha Kehormat : En.Mohd Rozaidi Bin Ab Rahman

Bendahari Kehormat : En Dhalillah Bin Hashim


AJK Ibu Bapa : En. Daniel Ab Rahman
: En Sarah
: En. Omar Bin Humara
AJK Guru : En. Mohd. Habidi Bin Ab Razak
: En. Sablin Bin Norsidek

Juruaudit Guru : En.Fais Bin Ismail


: Pn. Marina Bt Mokhlin
: Pn. Sofiah Bt Pauh

7.0 Membahaskan dan Menerima Usul

7.1 Pengerusi membentangkan usul perdana sekolah iaitu mengekalkan


sumbangan PIBG berjumlah RM 10.00 setiap keluarga bagi tahun 2016 dan
tahun-tahun berikutnya dan usul dipersetujui sebulat suara.
Tindakan : Semua Ibu Bapa/Penjaga

7.2 Ucapan Penangguhan

7.3 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah dan semua ibu
bapa serta guru yang hadir dalam Mesyuarat Agung PIBG sesi 2015 / 2016.
7.4 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua AJK PIBG yang baru dilantik.
7.5 Pengerusi berharap dapat menggabungkan idea dan kerjasama dari semua AJK PIBG

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.15 tengah hari

Disediakan oleh,

Mohd Rozaidi Bin Ab Rahman


Setiausaha Yang Dipertua PIBG
Persatuan Ibu bapa Dan Guru Persatuan Ibu bapa Dan Guru
Sek Keb Pulau Mantanani 2015/2016,
Kota Belud, Sabah
Tarikh : 22 Julai 2016

.
Disahkan oleh

Limun Bin Gamburud


Penasihat
Persatuan Ibu bapa Dan Guru
Sk Pulau Mantanani
2015/2016
Tarikh : 22 Julai 2016

You might also like