You are on page 1of 22

UNIT 1: KEDUDUKAN

- Kedudukan ialah perletakan atau lokasi sesuatu tempat.

- Terdapat dua cara menyatakan kedudukan:

a. Koordinat

b. Titik rujukan

- Kedudukan relatif dinyatakan dengan merujuk titik rujukan.

- Titik rujukan ialah objek atau tempat yang dirujuk untuk menentukan kedudukan

sesuatu objek atau tempat lain.

KOORDINAT

- Koordinat ialah titik persilangan antara lajur dan baris.

- Koordinat dinyatakan dalam empat angka.

- Contohnya kedudukan Azman ialah pada koordinat 0204, manakala kedudukan

Khairul ialah 0303.

- Nilai lajur dinyatakan terlebih dahulu diikuti oleh baris.

Koordinat
UNIT 2: ARAH

- Arah merujuk kepada kedudukan sesuatu tempat dari tempat lain.

- Kita dapat menentukan arah berpandukan kedudukan matahari dan memerhatikan

bintang di langit.

- Kompas dapat memberikan arah mata angin dengan tepat. Pada permukaan

kompas ditunjukkan arah mata angin utama iaitu utara (U), timur (T), selatan (S),

dan barat (B).

Empat Arah Mata Angin

Antara arah mata angin utama, terdapat arah mata angin perantaraan iaitu Timur Laut,
Tenggara, Barat Daya dan Barat Laut.

Arah Mata Angin Utama dan Perantara


Menentukan Arah Mata Angin

- Jarum kompas sentiasa menunjuk ke arah Utara kerana tarikan medan magnet
bumi.

- Kompas mesti dijauhkan daripada bahan bermagnet bagi mengelakkan jarum


kompas terpesong.

Kompas
UNIT 3: SKALA DAN JARAK SKALA
SKALA
- Skala ialah nisbah antara jarak yang dilukis pada peta dengan jarak sebenar di

permukaan bumi.

- Skala yang biasa digunakan ialah skala lurus atau skala linear.

- Selain itu terdapat juga skala penyata.

JARAK

- Jarak ialah ukuran jauh antara sesuatu tempat dengan tempat lain.

- Jarak dinyatakan dengan cara jarak mutlak (kilometer dan meter), dan jarak

relatif (masa dan kos).

MENGUKUR JARAK ATAS PETA

- Jarak lurus dapat diukur dengan menggunakan pembaris, jangka tolok atau jalur

kertas.

- Jarak melengkung pula dapat diukur menggunakan benang, tali dan jalur kertas.

- Kemudian jarak ini ditukarkan kepada jarak di permukaan bumi berpandukan

skala peta.
UNIT 4: GRAF

- Mengumpul data dapat dilakukan melalui cara pemerhatian, temu bual, banci, soal
selidik atau tinjau siasat dan rujukan perpustakaan.

- Data yang dikumpulkan perlu disusun menggunakan jadual kekerapan agar mudah
ditafsir.

- Jadual perlu dibina sebelum membina graf.

- Terdapat pelbagai bentuk graf iaitu graf bar mudah dan graf garisan.

Contoh Graf Garis

Contoh Graf Bar Mudah

MENTAFSIR GRAF
Semasa mentafsir jadual dan graf, anda mesti meneliti tajuk, jumlah, nilai tertinggi dan
nilai terendah.
PROSES MENGUMPUL DAN MEMPERSEMBAH MAKLUMAT

Memilih perkara-perkara tertentu untuk dikumpulkan maklumat

Memilih kaedah yang sesuai

Mengumpul dan merekod data

Menyusun maklumat dan data dalam bentuk jadual

Membina graf bar dan graf garisan berdasarkan jadual

Mentafsir jadual, graf bar mudah dan graf garisan.


UNIT 5: PETA

- Peta ialah suatu gambaran atau lukisan tentang sesuatu kawasan di permukaan
bumi yang dilihat dari udara.

- Peta sering digunakan bagi melihat taburan ciri fizikal dan budaya sesuatu
kawasan.

- Simbol digunakan bagi mewakili ciri geografi bagi merekod maklumat dalam
sesebuah peta.

SIMBOL FIZIKAL

Contohnya bentuk muka bumi, saliran, dan tumbuh-tumbuhan semulajadi.

SIMBOL BUDAYA

Contohnya petempatan, tanaman, perhubungan, perindustrian, dan perlombongan

Petunjuk digunakan bagi menerangkan ciri yang diwakili oleh setiap simbol.
Terdapat pelbagai jenis simbol seperti simbol titik, simbol garisan dan simbol lorekan.

Singkatan digunakan untuk menunjukkan lokasi sesuatu ciri, bentuk muka bumi dan
kemudahan awam dalam peta.

A. Alur
B.P Balai Polis
Hosp. Hospital
Sek. Sekolah
Kg. Kampung

MELUKIS PETA LAKAR

Langkah-langkah melukis peta lakar:

1. Lukiskan sebuah peta rangka kawasan.


2. Pilih simbol yang sesuai bagi melambangkan ciri geografi.
3. Lukiskan ciri geografi dengan menggunakan simbol, warna dan singkatan yang
sesuai.
4. Lengkapkan peta dengan petunjuk peta, arah mata angin, skala peta dan tajuk.
MENTAFSIR PETA

Langkah-langkah mentafsir peta:

1. perhatikan tajuk peta.


2. perhatikan petunjuk arah mata angin.
3. perhatikan petunjuk peta.
4. perhatikan skala.
5. kenalpasti ciri fizikal dan ciri budaya.
6. tafsir saling kaitan antara ciri fizikal dan ciri budaya.
TEMA 2: CUACA DAN IKLIM

Sistem Suria

a) Putaran Bumi :

i. Kejadian Siang dan malam

ii. Matahari terbit di sebelah timur dan terbenam di sebelah barat.

iii. Pembiasan angin dan arus lautan

iv. Air pasang dan surut

Putaran Bumi

b) Peredaran Bumi

i. Kejadian empat musim

ii. Siang dan malam tidak sama panjang

Ciri-ciri Cuaca dan iklim di Malaysia

a) Jenis iklim : Khatulistiwa

b) Ciri-ciri iklim

i. Panas dan lembab sepanjang tahun

ii. Purata suhu tahunan 27C

iii. Julat suhu tahunan kecil (1C - 2C)

iv. Hujan tahunan melebihi 2500 mm

v. Kelembapan bandingan yang tinggi


c) Sistem angin

i. Angin monson barat daya (Mei Sept)

- hujan lebat di pantai barat Sem Msia, pantai Swak & pantai barat Sabah.

ii. Angin monson timur laut (Nov Mac)

- hujan lebat di pantai timur Sem. Msia, pantai barat Swak, pantai barat

dan timur Sabah.

- Musim tengkujuh di Kelantan, Terenganu dan Pahang. (banjir)

iii. Angin sumatera

- bertiup pada musim peralihan monsoon (April Mei; Sept Okt)

- bertiup kencang secara tiba-tiba pada waktu malam hingga subuh

- hujan turun dalam bentuk hujan perolakan dan rebut (disertai petir dan kilat)

iv. Bayu darat (waktu malam : udara sejuk dr darat ke laut)

v. Bayu laut (waktu siang : udara sejuk dr laut ke darat)


Jenis-jenis hujan

i. Hujan relief (Hujan bukit)

ii. Hujan perolakan

iii. Hujan perenggan


Fakta Gegrafi

- Taburan hujan di Malaysia tidak sekata.

- Bukit Larut (Perak) : Kawasan paling lembab di Malaysia; hujan lebih 5000 mm.

- Kuala Pilah : kawasan paling kering di Malaysia; hujan 1190 mm.

- Hujan maksimum turun pada peralihan tiupan angin monson (April dan Okt) Hujan

lebat diturunkan oleh hujan perolakan).

Info Bistari

Kelembapan Udara : jumlah wap air yang wujud


dalam
atmosfera.

Julat Suhu: perbezaan antara suhu


tertinggi dengan suhu
terendah.

Min suhu tahunan : Jum. Suhu Jan hingga Dis


dibahagi 12 bulan.
Iklim dan Faktornya

a) Kedudukan
- Malaysia terletak berhampiran G. Khatulistiwa ; suhu agak tinggi (27C)
pancaran matahari lebih banyak.

b) Angin Monson
- sistem angin monson barat daya dan angin monson timur laut membolehkan
Msia menerima hujan sepanjang tahun.
- Angin sumatera juga turut menyumbang jumlah hujan yang banyak di Msia.

c) Ketinggian
- Kawasan yang rendah mempunyai suhu yang tinggi (purata suhu 27C).
- Kawasan yang tinggi suhu lebih rendah kerana semakin tinggi kawasan tersebut,
udara kurang tumpat.
- Kenaikan ketinggian sebanyak 165m dari aras laut menyebabkan suhu turun
sebanyak 1C. (cth: Cameron Highland(1448m) dan Kundasang suhunya 18C.
- Hujan bukit menurunkan hujan lebat di cerun bukit yang menghadap angin
lembab.

d) Kepulauan
- Kawasan pinggir laut mempunyai julat suhu harian kecil berbanding dengan
kawasan pedalaman
- Perbezaan disebabkan oleh pengaruh tiupan bayu laut dan bayu darat.

e) Bebas dari taufan dan kemarau panjang


- Angin siklon tropika terbentuk di kawasan garis lintang 6U hingga 20U.
- AMBD dan AMTL adalah angin lazim yang membawa hujan lebat; Msia bebas
dari kemarau panjang.
BAB 9 : Pengaruh Pergerakan Bumi terhadap Sistem Suria

Pergerakan bumi di bahagikan kepada 2 :

i. Putaran bumi
a. kejadian siang & malam
b. pasang dan surut
c. pembiasan angin

ii. Peredaran bumi mengelilingi matahari


a. kejadian 4 musim
b. siang dan malam tidak sama panjang

Kejadian 4 Musim

i. Ekuinoks musim bunga (21 Mac)


a. matahari tegak di atas kepala di g. khatulistiwa.
b. Siang dan malam sama panjang di hemisfera utara.
c. Siang dan malam sama panjang di hemisfera selatan

ii. Soltis musim panas


a. matahari tegak di garisan sartan
b. siang lebih panjang di hemisfera utara.
c. Malam lebih panjang di hemisfera selatan
iii. Ekuinoks musim luruh (23 Sept)
a. matahari tegak di garisan khatulistiwa.
b. Siang dan malam sama panjang di hemisfera utara.
c. Siang dan malam sama panjang di hemisfera selatan.

iv. Soltis musim sejuk (22 Dis)


a. matahari tegak di garisan jadi.
b. Malam lebih panjang di hemisfera utara.
c. Siang lebih panjang di hemisfera selatan

Fakta Geografi

- Bumi beredar mengelilingi matahari mengikut orbitnya sambil berputar.

- Bahagian orbit yang paling dekat (Perihelion)matahari berukuran 147 juta km.
Manakala bahagian orbit yang paling jauh dari matahari (aphelion) berukuran 152
juta km)

- Orbit bumi adalah laluan edaran matahari berbentuk elips atau bujur telur.

- Bumi mengelilingi matahari mengikut pusingan melawan jam; dengan kelajuan


107182 km/j.
- Satu peredaran lengkap mengambil masa 356 hari ( 1 tahun).

Info Bistari

- Soltis : perhentian matahari iaitu matahari behenti di garisan Khatulistiwa sebelum


berada di utara atau selatan.
UNIT 10 Pengaruh Cuaca dan Iklim terhadap Kegiatan Manusia

Zon Iklim Dunia

- Zon iklim dunia terdiri daripada Zon Panas, Zon Sederhana Panas, Zon Sederhana Sejuk dan
- Zon Sejuk. Ciri-ciri bagi kawasan zon iklim tersebut ialah :

1. Zon Panas

Suhunya berada di antara 32-40 darjah celcius.


Hujan tahunan kurang daripada 250 mm.
Contoh kawasan : Gurun Sahara, Gurun Arab dan Gurun Atacama.

2. Zon Sederhana Panas

Berkeadaan panas dan kering ketika musim panas.


Suhu antara 21-24 darjah celcius.
musim sejuknya adalah sederhana sejuk dan lembap iaitu sekitar 10 darjah celcius.
Hujan tahunan 600-800 mm.
Contoh kawasan : Pantai Mediterranean dan Carlifornia Tengah.

3. Zon Sederhana Sejuk

Musim panasnya sederhana sejuk iaitu sekitar 18-21 darjah celcius.


Musim sejuknya panjang iaitu -17 darjah celcius.
Hujan turun dalam bentuk salji.
kawasan ini mengalami kejadian empat musim (Musim Panas, Musim Luruh, Musim Sejuk dan
Musim Bunga)
Contoh Kawasan : Canada dan Utara China.

4. Zon Sejuk

Sejuk sepanjang tahun.


Suhu musim panasnya 10 darjah celcius iaitu selama 3 bulan sahaja.
Musim sejuknya panjang dan suhunya -45 darjah celcius.
Hujan turun dalam bentuk salji.
Contoh kawasan : Greenland, Iceland dan Antartika.
PENGARUH IKLIM TERHADAP KEGIATAN EKONOMI PENDUDUK MALAYSIA

JENIS KEGIATAN EKONOMI

i. Pertanian
ii. Perikanan
iii. Pelancongan
iv. Pembalakan
v. Penjanaan sumber tenaga

Pertanian
Iklim khatulistiwa
panas & lembab sepanjang tahun
suhu 27C dan hujan melebihi 2000 mm menggalakkan pertumuhan kelapa sawit,
getah, koko, lada hitam dll.
Tanaman padi di Kedah dan Kelantan memerlukan jumlah air yang banyak
Petani tembakau di Kelantan menanam tembakau pada musim kemarau selepas padi
dituai
kawasan tanah tinggi, cth Cameron Highland dan Kundasang, suhu 18C menggalakkan
tanaman sayuran dan buah-buahan hawa sederhana dan teh.

Perikana
Iklim Khatulistiwa
Cuaca & iklim mempengaruhi kegiatan nelayan di pantai timur Semenanjung dan
pinggir pantai Sabah dan Sarawak.
MTL; musim tengkujuh nelayan tidak turun ke laut kerana laut bergelora.
Musim tengkujuh; nelayan membaiki perahu, pukat, berniaga kecil-kecilan dan
mengambil upah. Nelayan Pantai barat Semenanjung Malaysia boleh menangkap ikan
sepanjang tahun kerana perairannya yang tidak bergelora

Pelancongan
Iklim Khatulistiwa
Kegiatan pelancongan dapat dijalankan sepanjang tahun kerana iklim Malaysia panas
dan lembab sepanjang tahun.
Malaysia juga mempunyai banyak tempat-tempat menarik untuk dikunjungi.
Pembalakan
Iklim Khatulistiwa
Iklim khatulistiwa menggalakkan pertumbuhan hutan hujan tropika di Malaysia.
Pelbagai jenis kayu-kayan tropika boleh didapati seperti cengal, keruing dan meranti.
Hasil kayu-kayan menyumbangkan pendapatan Negara.

Penjanaan Sumber Tenaga


Iklim Khatulistiwa
Jumlah hujan yang banyak melebihi 2500 mm setahun membolehkan Malaysia
berpotensi memajukan sumber tenaga elektrikhidro.
Contoh empangan KEH di Malaysia , Empangan Kenyir, Empangan Chenderoh,
Empangan Bakun dll.
Sumber tenaga ini penting untuk keperluan domestic dan industry
BAB 11: PENGARUH MANUSIA TERHADAP CUACA DAN IKLIM

Kegiatan manusia seperti penebangan hutan, pertanian, perindustrian dll memberi kesan

kesan:

i. Peningkatan suhu

Aktiviti perkilangan, asap kenderaan dan bahan bakar mengeluarkan bahan

pencemaran seperti karbon monoksida,hidrokarbon, oksida nitrogen, habuk dan debu.

Bahan pencemar menyerap sinaran matahari gelombang pendek.

Suhu bumi akan terus meningkat.

Kekurangan / ketiadaan hutan

- akan menyebabkan peratus bahang matahari terus sampai ke permukaan bumi.

- Peningkatan kandungan gas carbon dioksida sedangkan gas oksigen semakin

berkurangan.

ii. Kesan rumah hijau

iii. Jerebu

Apabila terdapat debu, asap,abu serta gas dan pepejal terampai di atmosfera.

Terhasil daripada aktiviti pembakaran terbuka, pelapasan asap kilang dan kenderaan.

Jerebu memberi kesan kesihatan seperti kerosakan penglihatan, mengganggu

pernafasan dan radang paru-paru


iv. Hujan Asid

Fakta Geografi

Hujan asid menyebabkan

Kemusnahan kehidupan akuatik.

Tanah berasid; tidak sesuai untuk pertanian.

Pencemaran air minuman

Kerosakan harta benda (kenderaan & bangunan.

Penyakit kulit kepada manusia dan haiwan

v. Pulau haba berpunca dari

Bangunan konkrit dan jalan raya

Bahan cemar seperti debu, habuk dan gas menyerap bahang matahari.

Proses pepeluhan jarang berlaku kerana kurang litupan awan.

Haba dibebaskan oleh kenderaan, kilang dan pembakaran sampah.


vi. Penipisan lapisan ozon

Fakta Geografi

Ozon adalah lapisan yang berada pada paras 20 25 km dr permukaan bumi.

Lapisan ozon ini akan melindungi kita (menyerap) daripada sinaran ultra ungu yang

berlebihan.

Lapisan ozon akan menipis seterusnya berlubang apabila banyak terdapat bahan CFC

(klorofluorokarbon) di udara.

CFC boleh didapati daripada:

Penyembur racun serangga, minyak wangi, penyaman udara.

Ujian tenaga nuclear(gas hydrogen dan nitrogen)

Penggunaan naja nitogen

vii. Kemarau

Keadaan dimana kurang hujan atau tidak ada hujan .

Suhu di pemukaan bumi akan meningkat.

Berlaku apabila wujud pembalakan tidak terkawal dan pertanian pindah secara

berleluasa.

Pemusnahan hutan akan menyebabkan kawasan tadahan hujan musnah, sumber

air brkurangan.

Kitaran hidologi akan terganggu.

You might also like