You are on page 1of 1

5.

Dalam usaha membantu pembangunan negara Islam, Malaysia dan negara anggota
Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang lain telah berdepan dengan pelbagai
masalah. Jelaskan

P - Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dianggotai oleh negara-negara yang


majoritinya penduduk beragama Islam.
- Dalam usaha membantu pembangunan negara Islam, Malaysia dan negara
anggota OIC berdepan dengan pelbagai masalah.

IU 1 : Kemiskinan.
- Kemiskinan masih berlaku dalam kalangan masyarakat Islam di benua Afrika.
- Kemiskinan yang dihadapi kebanyakannya berpunca daripada keadaan bumi yang
berbukit bukau dan bergurun serta kurang subur dan gersang.
- Hal ini menyukarkan bantuan dihulurkan.

IU 2 : Kesukaran dalam perhubungan dan komunikasi.


- Kebanyakan negara Islam mengalami masalah dalam komunikasi dalam bahasa
Inggeris dengan negara-negara barat.
- Negara-negara Islam juga mengalami kekurangan teknologi dan ramai juga yang
tidak celik IT
- Hal ini menyebabkan bantuan teknikal mengambil masa.

IU 3 : Mangsa perebutan wilayah.


- Rakyat Islam juga menjadi mangsa perebutan wilayah yang berlaku begitu lama
khusus di Palestin.
- Kanak-kanak, orang tua, dan wanita di Palestin, Iraq, dan Syria sukar
diselamatkan kerana terperangkap dalam negara yang berperang.
- Bantuan makanan dan perubatan juga tidak dapat dihantar kerana peperangan
yang meletus.

IU 4 : Masalah kesihatan.
- Rakyat di negara Islam terutama di Afrika turut mengalami masalah kesihatan.
- Kuranganya penjagaan kesihatan dan kemudahan perubatan telah menyebabkan
ramai yang menjadi mangsa penyakit tertentu seperti malaria, Denggi dan kolera.
- Tidak kurang juga yang mati akibat tiada makanan yang mencukupi dan
berkhasiat.

IU 5 : Masalah buta huruf.


- Masalah buta hurut masih berlaku khususnya dalam kalangan orang-orang tua.
- Terdapat negara Islam seperti Bangladesh, Pakistan, dan India yang tidak
membenarkn anak-anak perempuan mereka belajar di sekolah.
- Hal ini menyukarkan aktiviti penyebaran maklumat negara kepada semua
penduduk melalui cara penulisan.

K - Kejayaan negara-negara Islam telah dibantutkan oleh pelbagai masalah.


- Semua pihak harus bersidang utk mengatasi cabaran yg dihadapi demi
kesejahteraan negara-negara anggota.

You might also like