You are on page 1of 3

Tugasan 2: Menilai model insan terpilih dalam bidang pendidikan sebagai idola

Sejak lahir ke dunia lagi manusia sudah diberikan pendidikan dari aspek tidak formal
oleh ibu bapa atau penjaga, kendian sambung ke bangku sekolah dan seterusnya ke
univerisiti. Perkataan pendidikan sudah tidak asing lagi di telinga masyarakat kerana semua
manusia yang hidup pasti mementingkan pendidikan dengan tujuan matlamat hidupnya
tercapai. Menurut Kamus Dewan Edisi Baru (1993), mendefinisikan pendidikan ialah
mendidik. Pendidikan juga ialah ilmu yang merujuk kepada ilmu didik, ilmu mendidik,
didikan, latihan dan ajaran. Perkataan pendidikan berakar umbi dari perkataan didik didik
yang membawa maksud ajar, bimbing, bentuk, dan asuh. Menurut perkataan Inggeris pula,
pendidikan adalah Education iaitu perkataan yang berasal daripada Latin Educare yang
bermaksud mengasuh, memelihara dan juga membimbing. Oleh itu, melalui definisi tersebut
dapatlah kita memahami pendidikan merupakan proses pertumbuhan ke arah yang lebih
baik bagi mencapai kesempurnaan akal, mental dan juga perkembangan jasmani.

Dalam dunia pendidikan yang kian mantap, terdapat ramai tokoh yang telah banyak
memberi sumbangan dalam melahirkan rakyat Malaysia bergelar insan yang berkaliber juga
berprestasi tinggi dari segi akademik mahupun moral dan agama serta mempunyai jati diri
yang utuh. Dalam kalangan tokoh-tokoh yang telah banyak berjasa dalam membangunkan
dunia pendidikan, saya memilih Tan Sri Arshad Ayub yang mempunyai latar belakang dalam
dunia pendidikan dan perkhidmatan awam. Arshad berpengalaman luas dalam pentadbiran
awam dengan kerjayanya bermula seawal tahun 1951 apabila bertugas di Lembaga
Pembangunan Industri Desa atau RIDA sebagai Penolong Pegawai Kemajuan Kampung.
Khidmat dan jasa beliau banyak tertumpah dalam perancangan agenda pembangunan
negara khususnya pada era selepas kemerdekaan Tanah Melayu yang kemudiannya
Malaysia selain menjadi pelopor dalam pembangunan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Tan Sri Arshad Ayub telah dilahirkan pada tanggal 15 November tahun 1928 di Parit
Karma Laut, Muar. Johor. Beliau memulakan pendidikan awal di Sekolah Melayu Parit
Keruma, Muar, Johor sebelum melanjutkan pelajaran ke Sekolah Inggeris Kerajaan juga di
Muar, Johor. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti di Universiti
Malaya, Singapore pada 1949. Malangnya, beliau telah gagal dalam pengajian di university
tersebut. Walaubagaimanaupun, beliau tidak memutus asa dan meneruskan hidup beliau
dengan memulakan khidmat sebagai Penolong Pegawai Kemajuan Kampung pada tahun
1951 dengan Dewan RIDA. Pada tahun 1951 juga beliau telah diberi peluang kedua dalam
melanjutkan pengajian di Kolej Pertanian Serdang yang kini dikenali sebagai Universiti Putra
Malaysia, dalam bidang pertanian dan mendapat diploma di dalam bidang pertanian pada
tahun 1954. Beliau kemudianya melanjutkan pegajiannya ke Kolej Universiti Aberystwyth,
Wales di dalam jurusan Ekonomi dan Statistik, seterusnya mengikuti Program Pasca
Siswazah Pengajian Perniagaan di Institut Pembangunan Pengurusan (IMEDE) Lausanne di
Switerzland.

Pada bulan Oktober 1967 beliau mula berkhidmat di Institut Teknologi MARA (ITM)
dan dilantik sebagai pengarahnya yang pertama. Beliau telah banyak berjasa untuk
memperkasakan ITM sebagai Institusi yang diamanahkan untuk mewujudkan para
profesional di kalangan anak-anak Melayu di Malaysia. ITM telahpun membuka pintu
kepada pelajar-pelajar yang ditolak kemasukkan mereka ke universiti-universiti tempatan.
Ketika itu pelajar ITM pada mulanya menghadapi pelbagai cabaran seperti tiada tempat
tinggal , bilik kuliah di Jalan Othman, Petaling Jaya yang terhad dan ketidakinginan Jabatan
Perkhidmatan Awam mengiktiraf diploma-diploma keluaran ITM. Beliau meletakkan
mahasiswa ITM di merata tempat sekeliling Petaling Jaya dan Jalan Klang Lama, di Petaling
Jaya di Seksyen 14, Seksyen 17, dan di Jalan Klang Lama. Ketika itu mahasiswa menerima
elaun RM15.00 sebulan dan kebanyakan pelajar yang tinggal di Jalan Klang Lama selalu
kehabisan wang kerana tempat tinggal mereka berdekatan dengan rumah urut. Konsep
pelajar tinggal di luar kawasan kampus inilah yang telah banyak ditiru oleh lain-lain institusi
pengajian tinggi. Arshad menganggap pelajar-pelajar institut tersebut seperti anaknya
sendiri. Pada waktu petang dan malam hari, beliau rajin meronda kawasan-kawasan
kediaman pelajar untuk melihat sendiri apa yang dilakukan oleh pelajar ITM.

Tan Sri Arshad Ayub dikenali sebagai orang yang bertanggungjawab dalam
pembangunan Universiti Teknologi MARA (UiTM), sebuah universiti yang ditubuhkan bagi
memberikan peluang pendidikan tinggi yang lebih baik kepada golongan bumiputera.
Sumbangan, peranan dan perjuangannya membangunkan pendidikan profesional dalam
kalangan anak Melayu dan menjadikan mereka Bumiputra yang mampu memajukan potensi
diri. Arshad memperkenalkan kursus-kursus yang begitu berguna pada masa itu. Antaranya,
Kajian Perniagaan, Kajian Senibina, Kajian Senilukis, Perladangan, Sains Gunaan dan
Kejuruteraan. Di sesetengah kajian pelajar dikehendaki belajar dua bahasa asing selain
Inggeris seperti Perancis dan Jerman atau Mandarin dan Tamil. Sebagai contoh, pelajar
Diploma Perladangan perlu mengambil bahasa Tamil. Selain kursus-kursus diploma
tempatan beliau juga memperkenalkan kursus-kursus diploma daripada United Kingdom
seperti Chartered Insurance Institute, Chartered Institute of Transport, Institute of Marketing.
Daripada Universiti di Amerika pula, Bachelor of Business Administration di Universiti Ohio.
Kursus-kursus profesional seperti ACCA, ICWA yang sekarang dikenali sebagai ICMA juga
ditawarkan. Apabila berpindah ke kampus Shah Alam banyak lagi kursus diperkenalkan.
Walaupun ITM banyak memperkenalkan kursus-kursus profesional, ia juga memberi
peluang kepada pelajar yang ingin mengambil HSC atau Sijil Pengajian Tinggi (STP) untuk
masuk ke Universiti selepas mendapat kelulusan. Antara mereka yang mengikuti aliran ini
pada masa itu ialah bekas Menteri Besar Johor, Allahyarham Datuk Ajib dan Datuk Shahrir
Samad.

Kita boleh lihat hari ini betapa pelajar-pelajar ITM dulunya sudah mengisi
kekosongan profesional Melayu dalam pelbagai bidang dan ramai telah mengukir nama
misalnya dalam bidang senilukis sehingga ke peringkat antarabangsa. Ramai yang bukan
sahaja menjadi ahli politik malahan menduduki tempat tertinggi dalam sektor korporat. ITM
telah berjaya melahirkan ramai tokoh-tokoh korporat dan pengusaha industri yang
berteraskan teknologi dan perindustrian. Pada tahun 1966 ITM telahpun berjaya
menawarkan kursus Pengurusan Perniagaannya sendiri. Tan Sri Arshad Ayub telah
mendapat kepercayaan yang penuh dari Allahyarham Tun Abdul Razak bin Hussien,
Timbalan Perdana Malaysia ketika itu untuk menjadikan ITM sebagai salah satu Institusi
untuk merealisasikan Dasar Ekonomi Baru yang telah dikenalkan pada tahun 1970.
Beliaulah yang menjadi arkitek penubuhan Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang kini
menjadi gedung modal insan pribumi yang tersohor di Malaysia. Beliau merupakan
pengarah pertama universiti tersebut dari tahun 1967 hingga 1975 yang pada waktu itu
dikenali sebagai Institut Teknologi MARA (ITM). Pada tahun 1975 sehingga 1977 Datuk Seri
Arshad mula bekerja di Bank Negara di bawah Tun Ismail Mohd Ali, suatu institusi terkenal
selaku Gabenor Bank Negara yang lama berkhidmat di Komanwel. Selepas berkhidmat di
Bank Negara, beliau terus dilantik ke beberapa jawatan tinggi dalam kerajaan seperti Ketua
Setiausaha Kementerian Perusahaan Utama tahun pada 1978, Kementerian Pertanian dari
tahun 1979 sehingga 1981 serta Kementerian Tanah dan Pembangunan Wilayah dari tahun
1981 sehingga 1983. Selepas bersara beliau berkecimpung dalam perniagaan dan menjadi
ahli lembaga pengarah beberapa syarikat awam dan badan-badan berkanun seperti Sindora
Berhad, Malayan Flour Mills Berhad, LBI Capital Berhad, Tomypak Holding Berhad, Kulim
(Malaysia) Berhad, KPJ Healthcare Berhad, BATA SDN. BHD., Pelaburan Johor BHD.,
Bistari Johor Berhad, Amanah Raya Investment Bank LTD., Top Glore Corporation Berhad
dan PFM Capital Holdings SDN. BHD.

Tokoh pendidikan, Tan Sri Arshad Ayub telah dianugerah 'Bintang Pribumi Perkasa
Negara' dan dinobat sebagai 'Bapa Modal Insan Pribumi Negara' oleh Pertubuhan Pribumi
Perkasa pada 29 Julai. Selain itu beliau juga telah menerima dua anugerah lain iaitu
Anugerah Mutiara Budi dari Kementerian Kewangan di atas sumbanganya kepada kerajaan
dan Anugerah berprestij ACCA di atas sumbanganya kepada Kemajuan Professionalisma
Perakaunan di Malaysia. Beliau adalah individu yang memainkan peranan dalam
membangunkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) demi memajukan anak-anak Bumiputera
dalam bidang pendidikan. Malah, sejarah hidupnya agak menarik kerana beliau sendiri
terpaksa menempuh pelbagai halangan termasuk kemiskinan sebelum mengukir kejayaan.
Justeru, bagi menghargai jasa dan sumbangan beliau yang tidak ternilai harganya, UiTM
telah menganjurkan Teater Muzikal Destini Anak Bangsa di Dewan Agung Tuanku
Canselor (DATC), UiTM Shah Alam. Menariknya, pementasan teater ini adalah di bawah
arahan Pensyarah Kanan Fakulti Filem, Teater dan Animasi UiTM, Mazlan Tahir ini
digerakkan tenaga kerja daripada UiTM sendiri membabitkan Fakulti Muzik, Fakulti Filem,
Teater & Animasi serta Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media.

Ketika Tan Sri Arshad Ayub menjadi Pengarah pertama ITM beliau baru berusia 34
tahun. Walaupun sudah 50 tahun berlalu, beliau masih diperakui sebagai pengarah atau
dalam istilah sekarang Naib Canselor terkenal di institusi pelajaran Bumiputera itu. Beliau
sangat dikenali sebagai pengarah yang cukup garang. Tangannya dikatakan amat ringan
untuk menampar para pelajarnya yang melakukan kesalahan. Reputasi Tan Sri Arshad
Ayub yang garang dan mukanya yang bengis memang digeruni oleh pelajar-pelajar ITM
pada masa itu sehingga ada yang memberi nama panggilan Harimau kepada beliau. Namun
begitu, beliau amat dihormati dan disanjungi oleh bekas-bekas pelajarnya sehingga ke hari
ini. Bapa atau cikgu yang menangan anak-anak atau anak-anak muridnyalah yang paling
diingati dan disayangi. Kerana tangan itulah mereka kini berjaya dan menjadi kebanggaan
institusi ulung bangsa Melayu tersebut. Kejayaan pelajar-pelajar ITM yang kini dikenali
sebagai UiTM, adalah kejayaan beliau dalam mendidik anak-anak Melayu yang dilentur
olehnya sehingga menjadi manusia yang berguna dengan pelbagai halangan dan rintangan
yang terpaksa diharungi. Beliau percaya, sebagai seorang Bumiputera dan warganegara
Malaysia, seseorang itu perlu mempunyai tanggungjawab sosial serta melaksanakan tugas
dengan taat, amanah, berintergriti dan seterusnya mempunyai tubuh badan yang sihat.

You might also like