You are on page 1of 14

Betulkan ayat-ayat yang salah.

1. Jangan sesekali cahaya kepada orang yang buruk siku.

2. Pak Ahmad suka berangin menjadi kaya dan berharta.

3. Shamsudin berterima kasih di atas pertolongan kawannya.

4. Pemandu lori itu membawa lorinya dengan berhati-hati.

5. Mak Husni berniaga goreng pisang di hadapan rumahnya.

6. Mereka berbual-bual di bawah pokok kiambang.

7. Ayah menghadiahi seutas jam tangan kepada abang.

8. Semua murid-murid Tahun Enam diminta berkumpul di dewan.

9. Rumah baharu Mak Su sudah lama bersiap-siap.

10. Jangan diam-diam sahaja apabila disoal oleh cikgu.

11. Pesta dan pameran buah-buahan akan diadakan di bulan hadapan.

12. Awak harus menyiap kerja sekolah itu segera.

13. Kerap ialah sejenis penyakit kulit.

14. Kedua abang saya berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.

15. Beberapa hari lagi sekolah cuti tahun ini akan bermula.

16. Tiada apa pun yang menarik perhatian saya semasa di situ.

17. Kakak membaca sebuah surat khabar sebelum ke pejabat.

18. Tangkapan beramai-ramai itu terpaksa dilakukan demi menjaga


keselamatan negara.
Find or register as a tutor, tuition centre, college, university, enrichment classes and pre-school at
http://www.joyfunlearn.com
Get more free notes and exercises at http://www.joyfunlearn.com
19. Feri itu bolak-balik ke tempat tersebut.

20. Peniaga itu melucutkan kulit ikan cencaru sebelum dijual.

21. Peristiwa ngeri itu telah melucutkan daripada ingatannya.

22. Kesan jahitan luka masih jelas kelihatan pada dahinya.

23. Anak ikan itu keluar daripada celah batu karang.

24. Banjir kilat selalu melanda Kampung Rasah itu musim banjir.

25. Tarikh tutup permohonan itu ialah pada bulan depan.

26. Dia tidak bekerja tetapi berhibur sahaja.

27. Usahlah berbual lagi bila guru kita mengajar.

28. Hartawan itu berada tiga buah kereta mewah.

29. Perangai adik yang berada menyebabkan ibu marah.

30. Cuaca pada hari ini begitu hangat.

31. Abang rasa hangat hati kerana jam tangannya hilang.

32. Beg tangan itu mahal kerana ia diperbuat daripada kulit buaya.

33. Penyanyi itu berasal daripada Sabah.

34. Emak gemar buah durian.

35. Apakah nama adik perempuan kamu?

36. Kakak bekerja daripada pukul 8 pagi hingga 5 petang.

37. Ada pelajar-pelajar yang tidak menyiapkan kerja rumah.

38. Semua pekerja-pekerja kilang itu warganegara asing.


Find or register as a tutor, tuition centre, college, university, enrichment classes and pre-school at
http://www.joyfunlearn.com
Get more free notes and exercises at http://www.joyfunlearn.com
39. Mei Ling berdiri di muka rumah sementara menanti kepulangan kedua-dua
ibu bapanya dari tempat kerja.

40. Muka air Siti kelihatan pucat sejak keluar dari hospital.

41. Jururawat merawat belakang tapak kaki Hadi yang luka akibat terpijak paku
yang berkarat.

42. Jamaah dan Hashim menggunakan reket untuk bermain badminton.

43. Nenas yang telah dipotong akan dimasukkan ke dalam tin.

44. Perabut yang terdapat di kedai itu cantik-cantik belaka.

45. Barang yang perlu dibawa semasa perkhemahan adalah pakaian, pisau dan
alat memasak.

46. Tujuan lawatan itu diadakan ialah untuk menambahkan ilmu pengetahuan
para pelajar.

47. Lelaki yang memakai baju batik itu tidak bapa Salleh.

48. Haraplah menikmati juadah yang disediakan oleh ibu saya.

49. Minta senyap, murid-murid.

50. Aduhai, sakitnya perutku ini!

51. Ibu memasukkan secubit ragam ke dalam kari yang dimasaknya.

52. Budak yang lembap di sungai itu berjaya diselamatkan.

53. Surat itu telah diposkan pada abang.

54. Rasman tinggal di rumah itu semenjak dari sebulan yang lalu.

55. Abang membawa pulang enam durian dari dusun.


Find or register as a tutor, tuition centre, college, university, enrichment classes and pre-school at
http://www.joyfunlearn.com
Get more free notes and exercises at http://www.joyfunlearn.com
56. Adik menangis beresak-esak kerana dimarahi ayah.

57. Para-para pelajar diingatkan agar sentiasa mematuhi peraturan sekolah.

58. Sebuah cadangannya telah diterima dalam perbincangan itu.

59. Beberapa buah sungai telah dicemari dengan sisa-sisa toksid.

60. Hubungan Dennis dan John menjadi lekang sejak mereka bergaduh.

61. Selain daripada menyabit rumput, Pak Samad juga membersihkan longkang.

62. Walaupun terlalu letih, Rahim tertidur di bawah pokok.

63. Peter menunggang kereta dengan berhati-hati.

64. Sesudah tiga minit kemudian, Julia meluru ke dapur.

65. Tiba batu itu tergolek dari atas bukit mengenai Husni.

66. Ada banyak sarat yang perlu dipatuhi untuk menyertai pertandingan itu.

67. Paku sarat yang terlekat pada tiang itu telah dicabut.

68. Ah Sing baru pulang daripada sekolahnya.

69. Devi selalu berjoging dalam padang sekolahnya.

70. Kebanyakan penduduk-penduduk kampung itu bekerja sebagai petani.

71. Adik menangis kerana kedua tangannya berdarah akibat terjatuh.

72. Ayah membeli mee goreng di kedai Pak Ali.


Find or register as a tutor, tuition centre, college, university, enrichment classes and pre-school at
http://www.joyfunlearn.com
Get more free notes and exercises at http://www.joyfunlearn.com
Jawapan

1. Jangan sesekali percaya kepada orang yang buruk siku.


2. Pak Ahmad suka berangan menjadi kaya dan berharta.
3. Shamsudin berterima kasih atas pertolongan kawannya.
4. Pemandu lori itu memandu lorinya dengan berhati-hati.
5. Mak Husni berniaga pisang goreng di hadapan rumahnya.
6. Mereka berbual-bual di bawah pokok rambutan.
7. Ayah menghadiahkan seutas jam tangan kepada abang.
8. Semua murid Tahun Enam diminta berkumpul di dewan.
9. Rumah baharu Mak Su sudah lama siap.
10. Jangan diam sahaja apabila disoal oleh cikgu.
11. Pesta dan pameran buah-buahan akan diadakan pada bulan hadapan.
12. Awak harus menyiapkan kerja sekolah itu segera.
13. Kurap ialah sejenis penyakit kulit.
14. Kedua-dua abang saya berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.
15. Beberapa hari lagi cuti sekolah tahun ini akan bermula.
16. Tiada apa pun yang menarik perhatian saya semasa berada di situ.
17. Kakak membaca senaskhah surat khabar sebelum ke pejabat.
18. Penangkapan beramai-ramai itu terpaksa dilakukan demi menjaga
keselamatan negara.
19. Feri itu ulang-alik ke tempat tersebut.
20. Peniaga itu menyiat kulit ikan cencaru sebelum dijual.
21. Peristiwa ngeri itu telah diluputkan daripada ingatannya.
22. Kesan jahitan luka masih jelas kelihatan di dahinya.
23. Anak ikan itu keluar dari celah batu karang.
24. Banjir kilat selalu melanda Kampung Rasah itu pada musim banjir.
Find or register as a tutor, tuition centre, college, university, enrichment classes and pre-school at
http://www.joyfunlearn.com
Get more free notes and exercises at http://www.joyfunlearn.com
25. Tarikh tutup permohonan itu adalah pada bulan depan.
26. Dia tidak bekerja malah berhibur sahaja.
27. Usahlah berbual lagi apabila guru kita mengajar.
28. Hartawan itu memiliki tiga buah kereta mewah.
29. Perangai adik yang mengada-ada menyebabkan ibu marah.
30. Cuaca pada hari ini begitu panas.
31. Abang rasa sakit hati kerana jam tangannya hilang.
32. Beg tangan itu mahal kerana diperbuat daripada kulit buaya.
33. Penyanyi itu berasal dari Sabah.
34. Emak gemar akan buah durian.
35. Siapakah nama adik perempuan kamu?
36. Kakak bekerja dari pukul 8 pagi hingga 5 petang.
37. Ada pelajar yang tidak menyiapkan kerja rumah.
38. Semua pekerja kilang itu warganegara asing.
39. Mei Ling berdiri di halaman rumah sementara menanti kepulangan kedua-dua
ibu bapanya dari tempat kerja.
40. Air muka Siti kelihatan pucat sejak keluar dari hospital.
41. Jururawat merawat tapak kaki Hadi yang luka akibat terpijak paku yang berkarat.

42. Jamaah dan Hashim menggunakan raket untuk bermain badminton.


43. Nanas yang telah dipotong akan dimasukkan ke dalam tin.
44. Perabot yang terdapat di kedai itu cantik-cantik belaka.
45. Barang yang perlu dibawa semasa perkhemahan ialah pakaian, pisau dan
alat memasak.
46. Tujuan lawatan itu diadakan adalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan
para pelajar.
47. Lelaki yang memakai baju batik itu bukan bapa Salleh.
48. Silalah menikmati juadah yang disediakan oleh ibu saya.
Find or register as a tutor, tuition centre, college, university, enrichment classes and pre-school at
http://www.joyfunlearn.com
Get more free notes and exercises at http://www.joyfunlearn.com
49. Tolong senyap, murid-murid.
50. Aduh, sakitnya perutku ini!
51. Ibu memasukkan secubit garam ke dalam kari yang dimasaknya.
52. Budak yang lemas di sungai itu berjaya diselamatkan.
53. Surat itu telah diposkan kepada abang.
54. Rasman tinggal di rumah itu semenjak sebulan yang lalu.
55. Abang membawa pulang enam biji durian dari dusun.
56. Adik menangis teresak-esak kerana dimarahi ayah.
57. Para pelajar diingatkan agar sentiasa mematuhi peraturan sekolah.
58. Cadangannya telah diterima dalam perbincangan itu.
59. Beberapa batang sungai telah dicemari dengan sisa-sisa toksid.
60. Hubungan Dennis dan John menjadi renggang sejak mereka bergaduh.
61. Selain menyabit rumput, Pak Samad juga membersihkan longkang.
62. Oleh sebab terlalu letih, Rahim tertidur di bawah pokok.
63. Peter memandu kereta dengan berhati-hati.
64. Sesudah tiga minit, Julia meluru ke dapur.
65. Tiba-tiba batu itu tergolek dari atas bukit mengenai Husni.
66. Ada banyak syarat yang perlu dipatuhi untuk menyertai pertandingan itu.

67. Paku karat yang terlekat pada tiang itu telah dicabut.
68. Ah Sing baru pulang dari sekolahnya.
69. Devi selalu berjoging di padang sekolahnya.
70. Kebanyakan penduduk kampung itu bekerja sebagai petani.
71. Adik menangis kerana kedua-dua tangannya berdarah akibat terjatuh.
72. Ayah membeli mi goreng di kedai Pak Ali.
Find or register as a tutor, tuition centre, college, university, enrichment classes and pre-school at
http://www.joyfunlearn.com
Get more free notes and exercises at http://www.joyfunlearn.com

You might also like