You are on page 1of 2

Kepada,

Yang Berhormat,

Tarikh : 12/07/2017

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN PEMBIAYAAN UNTUK MEWAKILI BOLA SEPAK MSS SABAH KE PERINGKAT
KEBANGSAAN

Merujuk kepada perkara di atas, saya dengan sukacitanya ingin memohon sumbangan
pembiayaan kepada anak saya iaitu Mohd. yang akan mewakili negeri Sabah ke peringkat kebangsaan
dalam sukan bola sepak pada 27/07/2017 di negeri Pahang.

02. Untuk makluman tuan, pencapaian Mohd. Sharriezan dalam bola sepak adalah seperti berikut :

Mewakili negeri Sabah bawah 15 tahun bagi tahun 2016 di negeri Selangor dan membantu negeri Sabah
muncul naib johan

Mewakili negeri Sabah bawah 18 tahun bagi tahun 2017 di negeri Pahang

Penjaring terbanyak MSS Sabah bagi tahun 2017 di Ranau

Pemain terbaik MSS daerah Pitas bagi tahun 2017

Penjaring terbanyak MSS daerah Pitas bagi tahun 2017

Penerima anugerah khas tokoh pelajar dan Ko-kurikulum SMK Pinggan-Pinggan bagi tahun 2016

Membantu SMK Pinggan-Pinggn muncul juara MSS daerah Pitas bagi tahun 2017

Gambarnya ada dalam buku teks tingkatan satu bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan seluruh Malaysia.

03. Besarlah harapan saya agar Tuan dapat bersama-sama membantu membangunkan bakat muda
khususnya di daerah Pitas dan seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi. Segala pertimbangan dari pihak
tuan saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

Yang Benar

______________________________
( )

Tel : 019-5826400

You might also like