You are on page 1of 2

PMM/JP/P3120/SESI JANUARI 2009

SOALAN 1

Marang Gold Berhad telah diapungkan pada tahun 1997 dengan modal sebanyak RM8 juta.
Lombong tersebut tidak menguntungkan dan sehingga tahun 2000, ia telah mengalami kerugian
modal sebanyak RM5 juta. Penyata Untung dan Rugi bagi tahun-tahun 2001 hingga 2003
menunjukkan:-

Tahun Untung Rugi


2001 - RM 200,000.00
2002 - RM 100,000.00
2003 RM 50,000.00

Pada Februari 2004, syarikat telah mengumumkan dividen sebanyak RM20,000.00. Bolehkah
pembayaran dividen ini dilakukan? Bincangkan prinsip pembayaran dividen.
(25 markah)

SOALAN 2

a) Siapakah pengarah mengikut peruntukan Seksyen 4 dan Seksyen 122, Akta Syarikat
1965?
(5 markah)

b) Senaraikan ENAM (6) sebab yang membolehkan seseorang pengarah dipecat daripada
memegang jawatan pengarah di sesebuah syarikat.
(6 markah)

c) Terangkan prosedur penyingkiran seseorang pengarah syarikat mengikut peruntukan


Seksyen 128, Akta Syarikat 1965.
(14 markah)

SOALAN 3

a) Huraikan dengan terperinci perkara-perkara berikut :

i. Notis Panggil Mesyuarat


(3 markah)
ii. Korum
(3 markah)
iii. Pengundian
(3 markah)

b) Fahmi, Falin dan Fadli merupakan ahli dalam Syarikat Bahagia Berhad yang mempunyai
modal syarikat sebanyak RM 5,000.000 yang bernilai RM 1 bagi setiap unit saham
biasa. Fahmi dan Falin memegang 510,000 unit saham biasa manakala Fadli
memegang 20,000 unit saham biasa dari jumlah keseluruhan modal syarikat.

1/2
PMM/JP/P3120/SESI JANUARI 2009

Fahmi dan Falin kemudiannya menuntut untuk mengadakan satu mesyuarat agung luar
biasa untuk membincangkan pertambahan fasal objek syarikat yang perlu diputuskan
segera dan beberapa lagi perkara yang lain. Pada 1 Mac 2008, mereka telah
menghantar satu resolusi biasa kepada pengarah dan pendaftar syarikat yang
mengandungi semua tuntutan mereka.

Mereka kemudiannya menunggu surat panggil mesyuarat oleh pengarah namun tiada
tindakan yang diambil sehingga 31 Mac 2008. Fahmi kemudiannya mengambil tindakan
untuk mengadakan mesyuarat agung luar biasa yang akan dikendalikan olehnya.
Mesyuarat itu telah diadakan pada 5 April 2008 di Hotel Equatorial Melaka.

Pengarah syarikat kemudiannya telah membatalkan hasil perbincangan mesyuarat itu


dengan alasan ahli tidak berhak memanggil mesyuarat agung luar biasa dan resolusi
yang diserahkan adalah tidak sah.

Anda diminta menasihati Fahmi dan Falin untuk menyelesaikan permasalahan ini.
(16 markah)

SOALAN 4

Berkaitan penggulungan syarikat:

a) Huraikan DUA (2) perbezaan di antara penggulungan sukarela dan pengulungan oleh
perintah mahkamah;
(4 markah)

b) Jelaskan mana-mana EMPAT (4) keadaan di mana sesebuah syarikat boleh digulung
atas alasan adil dan saksama.
(8 markah)

c) Jelaskan TIGA (3) syarat yang perlu dipenuhi pengisytiharan kebankrapan boleh
dikuatkuasakan
(6 markah)

d) Di dalam penggulungan sukarela oleh pemiutang, satu mesyuarat perlu diadakan oleh
pihak syarikat untuk pemiutang-pemiutang. Huraikan langkah-langkah yang perlu
diambil oleh syarikat sebelum mesyuarat itu boleh dilaksanakan.
(6 markah)

e) Siapakah yang boleh mencalonkan seorang penyelesai semasa penggulungan sukarela


oleh pemiutang?
(1 markah)

- SOALAN TAMAT -

2/2

You might also like