You are on page 1of 2

REFLEKSI BIG LAWATAN PENANDA ARAS GURU CEMERLANG

(MUHAMMMAD ZULHAZIQ BIN HUSIN)

951127-04-5737

Pada . di SkPK .. yang terletak di shah alam, Selangor kami pelajar pismp ambilan
jun 2014 satu batch telah mengadakan lawatan penanda aras guru cemerlang bersama
pensyarah Gerko Puan.bagi memenuhi kursus bina insan guru 2017. Bersyukur
kepada Allah S.W.T yang maha kuasa yang melancarkan lawatan ini dengan baik.

Tujuan program Lawatan Penanda Aras (benchmarking) Guru Cemerlang ke


Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Pekak ini bagi memperkenal tentang
Pengurusan Guru Cemerlang dan mendedahkan kami iaitu para guru pelatih terhadap
perlaksanan program dan aktivi di sekolah. Selain itu, keperluan serta ciri-ciri yang guru
perlu ada untuk mencapai guru cemerlang.

Antara guru cemerlang yang dijumpa adalah pn. Dan pn yang mengajar
subjek bahasa Malaysia dan matematik. Ini mengikut format BIG bagi menemui dan
bertanya soalan bersama guru cemerlang pendidikan khas. Melalui sesi bersama 2
guru cemerlang tersebut, saya mempelajari pahit getir, suka duka dan pelbagai lagi
pengalaman mereka untuk mendapatkan guru cemerlang terutama bagi guru
cemerlang pendidikan khas.

Antara dapatan dalam sesi bersama guru cemerlang ini saya mendapat banyak
input baru mengenai proses proses untuk mendapatkan gelaran guru cemerlang.
Antara proses yang perlu dihadapi bagi mendapat gelaran guru cemerlang ialah guru
wajib berkhidmat sekurang kurangnya lima tahun dan telah disahkan jawatan sebagai
guru. Kemudian, guru boleh memohon kepada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk
mengisi borang guru cemerlang dalam talian. Menurut guru cemerlang tersebut, mereka
telah mendapat guru cemerlang matematik dan seorang lagi mendapat guru cemerlang
bahasa Malaysia sekian lama sejak berada di sekolah tersebut. Beliau berdua juga
telah banyak membawa inovasi dalam pengajaran dan pembelajarannya yang diajar
terutamanya nombor mudah untuk matematik dan suku kata bagi bahasa Malaysia

Berikut merupakan proses untuk memohon menjadi Guru Cemerlang. Untuk


memudahkan proses apabila dinilai oleh jemaah nazir nanti guru cemerlang wajib
mendokumentasikan kajian tindakan, lembaran kerja, refleksi pembelajaran, senarai
pelajar, markah dan pencapaian pelajar ( akademik ataupun kokurikulum ). Seorang
guru cemerlang mestilah menyumbang kepada pihak sekolah dan pihak luar dalam
bidang yang ingin dimohon.. Prosedur ini perlu diikuti oleh setiap guru yang ingin
menjadi guru cemerlang kelak. Dengan cabaran yang hebat untuk menjadi guru
cemerlang, guru harus gigih dan tabah serta komited dalam bidang keguruan ini.
Walaupun terdapat banyak kelebihan dalam program lawatan ini namun saya
juga melihat kelemahan dalam diri saya ketika aktiviti ini. Antara kelemahan yang
dikesan saya adalah kelemahan untuk bertanya ketika guru cemerlang itu berucap.
Kami kelihatan segan pada mulanya untuk bertanya. Namun, selepas itu, seorang guru
pelatih memecahkan ais yang terbeku dengan soalan yang menarik, kami semua mula
menujukan soalan yang kepada guru cemerlang. Kebanyakkan soalan yang ditanya
adalah cabaran dan tugas-tugas guru cemerlang. Maklumat dan info yang berguna
kami dengar dan akan dipraktikkan pada masa akan dating.

Seterusnya, ialah guru pelatih dilihat kurang memberikan perhatian semasa guru
cemerlang sedang menyampaikan ucapan. Guru pelatih kelihatan bosan dengan lapar
di hujung program. Masing-masing membuat kerja masing-masing dan memberikan
tumpuan. Walaubagaimanapun, guru mula bangkit dari hilang hala tuju apabila guru
cemerlang mula menggunakan token bagi menarik perhatian.

Oleh itu, program Bina Insan Guru pada semester ini banyak membantu saya
dalam memberi pengetahuan baru berkenaan dengan profesion keguruan dan juga
persediaan untuk menjadi guru yang cemerlang. Dengan usaha yang berterusan serta
komited guru akan mencapai matlamat serta mengikut PPPM 2013-2025

Sekian, terima kasih.

You might also like