You are on page 1of 5

Berdasarkan pembentangan kertas kerja 1 yang bertajuk Pembangunan Profesionalisme Berterusan :

Kebertangungjawaban Inisistif Kendiri yang telah disampaikan oleh Dr. Nasarudin Bin Basar, KPP
Sektor peningkatan Ilmu Bahagian Pendidikan Guru KPM. Menurut beliau Program pensiswazahan guru
telah menghasilkan kejayaan yang besar. Beliau menyataka bahawa telah terlibat dalam kajian Penilaian
impak untuk kursus guru bersama OUM. Walaupun masih ada pelajar yang gagal lebih kurang 5% dari
keseluruhan populasi pelajar prog ini gagal. Namun yang gagal ini juga mengakui bahawa kursus ini amat
baik dan perlu diteruskan.

Fokus utama pembentangan beliau berkisar kepada pembangunan profesionalisme keguruan menerusi
inisistif kendiri. Berdasarkan kajian yang dijalankan program yang berasaskan inisiatif kendiri lebih hebat
dari inisiatif berasaskan organisasi atau arahan pihak atasan. Guru perlu belajar tidak ada siapa yang
paksa sebenarnya kita mempunyai pilihan samada hendak atau tidak untuk membangunkan diri dengan
belajar.

Fokus pembentangan beliau adalah kaitan pembangunan profesioanal dengan inisiatif kendiri guru itu
sendiri. Empat aspek yang menjadi tumpuan utama beliau adalah sebagimana berikut ;

1. konsep pembangunan profesionalisme.

2. Kaitan pembangunan profesionalisme dengan inisiatif kendiri

3. Kebertangungjawaban guru dengan tugas atau peranan yang dimainkan

4. Laluan kerjaya guru selepas tamat belajar di OUM

Fokuskan kecemerlangan kerjaya seorang guru itu hasilnya berdasakan kpd inisiatif kendiri itu sendiri.
Konsep pembangunan profesionalisme itu sendiri, guru perlu melihat apakah trend terkini dalm
pembangunan profesionalisme keguruan. Guru perlu melihat bagaimanakah kaitannya dgn insiatif kita
sendiri, dimanakah peranan kita sebenarnya dan aakah yang boleh kita buat dalam mewarnai diri kita
sebagai guru, hari ini kita tidak boleh lagi berfikir secara vertical maknanya ilmu yang telah kita, peranan
yang telah kita laksanakan itu sahaja yang kita pegang, kalau kita mengajar di sekolah rendah atau
sekolah menengah, guru perlu menguasai lebih dari satu kemahiran dan juga berperanan lebih dari satu
peranan. Dalam pelan pembangunan pendidikan memerlukan guru menganjak kepada pendekatan
horizontal, guru perlu berubah dengan tidak lagi berperanan yang sama, guru perlu juga menguasai
fungsi-fungsi yang lain.
Guru juga perlu menyedari akan tanggungjawab sebagai guru , tanpa guru sedari dengan minat dan
keupyaaan mampu berjaya untuk membangunkan diri, dan menyedari apakah impaknya khususnya untuk
pembangunan pelajar, pembangunan diri dan kerjaya.

Guru perlu menyedari bahawa dalam anjakan yang ke 4 mentransformasi profesion keguruan menjadi
profesiona pilihan, sekian lama masyarakat menganggap profesion yang mulia nobel hebat, namun
Negara masih mahu membangunkan lagi melonjakan lagi mentransformasikan lagi adakah kita masih
belum mencapai tahap yang hebat lagi atau adakah thp sekarang belum cukup kuat, berdasarkan dialog
nasional, Fokus banyak diberikan kepada pembangunan profesion keguruan, ertinya di sini bahawa
kualiti yang kita ada hari ini belum menjamin survival Negara kita dimasa hadapan.

Maknanya masih ada ruang untuk meningkatkan kompetensi kita semua, apabila bercakap tentang
kompetensi guru,kita bukan bukan membangunkan diri sahaja tetapi guru perlu kaitkan pembangunan
diri dengan kemenjadian murid, jika hebat sebagai pendidik tetapi kemenjadian murid tidak berlaku, tiada
makna kompentensi yang ada. Kerana yang akan membentuk masa hadapan adalah anak didik kita, modal
insan terhasil dari system yang guru terlibat secara langsung. Hari ini kita mendidik, mungkin 20 tahun
akan datang anak didik kita akan memulakan pasaran kerja mereka, jadi cara kita mendidik dia hari ini
adalah untuk menyediakan dia utk 20 tahun akan dating.

Prof Lee Soo Kong dari Singapura, bahawa dia menyatakan crossborder majikan dengan pekerja ada 3
faktor, peranan guru menyedia bakal pekerja, mereka yang berkomunikasi dengan berkesan. Komunikasi
yang berkesan akan memberi keyakinan kepada pelanggan. Majikan mencari pekerja baru yang keluar
dari universiti adalah mereka yang mampu untuk berkomunikasi dan bukan sahaja satu bahasa malah dua
tiga bahasa. Elemen kedua adalah pelajar yang boleh berkolaborasi dengan semua pihak. Guru perlu ada
kompetensi yang baru yang boleh menghasilkan anak murid yang boleh berkolaborasi. Elemen yang
ketiga mahir dalam bidang pengkhususannya, kebanyakkan majikan di Malaysia memilih purata gred
2.75 dan tak pun sampai 3.20, yang cerdik sangat tidak dipilih, kerana mereka ini tidak pandai
berkolaborasi, mementingkan diri dan tidak tahan dengan cabaran persekitaran, guru perlukan
transformasi dalam profesion ini untuk memartabatkan system pendidikan.

Kualiti guru ini sentiasa menjadi perbincangan, adakah guru ini masih tidak berkualiti, isunya dalah
kualiti adalah elemen yang dinamik, kualiti itu tidak pada satu satu standard sahaja,kulaiti sentiasa
berubah dari satu standard ke standard yang lain, sentiasa bergerak ke hadapan mencari kualiti-kualiti
yang baru, sebagai guru perlu mendapatkan kualiti baru, kalau kita nak menghasilkan pelajar yang
menguasai 3 perkara di atas yang akan menjamin survival selepas alam pesekolahan, kualiti itu harus kita
kuasai supaya anak murid dapat survivalkan Negara kita ke arah yang lebih baik.
Dengan adanya KBAT yang telah lama OUM mulakan dalam modul mereka, guru tidak hanya berfikir
belajar untuk lulus tetapi guru yang merupakan kumpulan profesional ini harus anjak lagi kehadapan
iaitu mengaplikasikan, mensistesiskan, membuat benda baru. Jika guru masih ketinggalan, pelajar akan
cepat bosan dengan pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan.

Kualiti perlu kepada anjakan ke hadapan, guru mesti mencari kualiti yang lebih baik untuk
mempersiapkan anak pelajar kita di tahun 2025. Terutama kualiti diri guru itu sendiri, nilai tambah pada
diri yang boleh dijual untuk Negara. Guru perlu memulakan segala gerak kerja untuk mencipta inovasi
baru di sekolah walaupun prasarana sekolah masih belum sempurna. Jika kita hendak tunggu segala
lengkap, kita takkan mampu bermula. Guru perlu bermula dengan kemampuan yang ada, kita sentiasa
meningkatkan inovasi inovasi baru.

Konsep pembangunan profesionalisme keguruan bukan merujuk kepada fizikal sahaja tetapi mesti seiring
dengan kompetensi, pemikiran, arah tuju, minda guru tersebut. Zaman sekarang guru perlu proaktif
bergerak ke hadapan, dengan menunjukkan kepada pihak pentadbiran atau pihak atasan sesuatu inisiatif
baru yang boleh memajukan pendidikan di sekolah. Tidak perlu menunggu sebarang arahan wajib yang
dikeluarkan oleh pihak kementerian atau jabatan. Ini adlah merujuk kepada inisiatif kendiri yang
bersesuaian dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).

Apabila sahaja tamat dari pengajian di Open Universiti ,guru perlu menunjukkan perbezaan daripada
guru-guru yang tidak gradute. Pengalaman tidka lagi menjadi ukuran, guru yang ada pengalaman hanya
mengulang pengalaman yang dia lalui selama mungkin 40 tahun. Guru baru perlu ada cara baru dan
sentiasa melakukan inovasi sepanjang perkhidmatan. 1000 orang ada 1000 kemahiran yang berbeza.

Factor yang utama dan kritikal ialah guru, jika guru tidak berubah, system pendidikan tidak akan berubah.
Kualiti system pendidikan tidak akan melebihi tahap kualiti guru. Jika guru tidak berubah, Negara tidak
akan Berjaya. Pencapaian murid boleh ditingkatkan jika diajar oleh guru yang berpretasi tinggi. Pelajar
yang hebat pun akan menurun prestasi jika guru yang ada menunjukkan prestasi yang rendah.

Guru perlu berganjak dari inisiatif organisasi kepada inisiatif kendiri. Bukan sekadar kursus atau seminar
sahaja bahkan banyak lagi cabang-cabang untuk guru meningkatkan tahap profesionalisme seperti
pembacaan, dialog prestasi bersama rakan guru dan pentadbir, kajian tindakan digunakan untuk
menyelesaikan masalah pelajar.

Dalam dunia sekarang guru perlu relevan samada dalam masyarakat begitu juga Negara. Guru perlu
kaitkan kemajuan diri dengan kemajuan pelajar. Guru perlu bersedia dari sekarang untuk mendepani masa
hadapan. Berdasarkan laluan kerjaya selepas pembelajaran di OUM ini, sebagaimana yang tercatat dalam
PPPM, guru akan dinilai berdasarkan instrument bersepadu yang akan betul mengukur tugas guru sebagai
seorang guru. Guru akan dikelompokkan kepada 3, berprestasi tinggi, sederhana dan rendah. Jika terus
mencatat prestasi tinggi, 3 tahun berturut-turut, guru akan dapat imbuhan. Jika berprestasi sederhana akan
menunggu secara timebase. Sekarang ini timebase berdasarkan kecemerlangan, termasuklah sumbangan
dalam komuniti.
RUJUKAN

1. Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Buku Panduan Pelan Pembangunan Pendidikan


Malaysia 2013-2025 terbitan Kementerian Pendidikan Putrajaya.

2. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Dasar Pendidikan Kebangsaan (ed. ke-3). Kementerian
Pelajaran Malaysia: Putrajaya.

3. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2010. Jemaah
Nazir Jaminan Kualiti: Putrajaya

4. Video Youtube bertajuk Seminar Perkembangan Profesionalisme Keguruan (1

You might also like