You are on page 1of 9

SMK METHODIST

31100 SG SIPUT (U), PERAK

PENGURUSAN PEPERIKSAAN

1. PENYEDIAAN KERTAS SOALAN

1.1 a) Semua guru adalah bertanggungjawab menentukan prestasi pencapaian


pelajar-pelajar.
b) Untuk meningkatkan prestasi pencapaian guru-guru mestilah menggalakkan
pelajar-pelajar supaya banyak membaca.
c) Guru-guru sendiri mestilah banyak membaca untuk mempertingkatkan lagi
pengetahuan serta kemahiran mengajar.
d) Guru-guru juga digalakkan menggunakan pusat sumber sekolah kita yang
merupakan gedung ilmu pengetahuan.
e) Untuk makluman guru-guru, kertas-kertas soalan peperiksaan sekolah PT3 /
SPM serta laporan / ulasan pemeriksa PT3 / SPM adalah disimpan di fail
panitia untuk rujukan guru-guru dan pelajar-pelajar.
f) Pentaksiran sekolah ialah tiga (3) kali setahun iaitu Penilaian Kendalian
Sekolah Menengah 1, Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir
Tahun atau Peperiksaan Percubaan.
g) PKSM2 diadakan mengikut jadual waktu masing-masing dan melibatkan hanya
Tingkatan 1, 2 dan 4; diadakan pada minggu pertama dan ke 2 bulan
September; markah hendaklah direkodkan dalam BRM.

1.2 a) Semasa membuat kertas peperiksaan, guru-guru adalah digalakkan supaya


membincangkan dengan guru-guru yang mengajar mata pelajaran yang sama
mengenai kesahihan (validity), kebolehpercayaan (reliability), objektifan
(objectivity), kebolehtadbiran dan kebolehtafsiran soalan-soalan.
b) Taksonomi objektif soalan

Tahap Tertinggi

Penulisan
Sintesis
Analisis
Aplikasi
Fahaman Tahap Terendah
Pengetahuan

c) Guru penyedia kertas soalan mestilah menyemak soalan-soalan dengan teliti.


Kemudian, draf kertas soalan hendaklah diserahkan kepada ketua panitia

1
Mata Pelajaran/Guru Kanan Mata pelajaran untuk disahkan. PK/GK yang
membuat soalan juga akan disahkan oleh KPMP.

d) Kertas Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) dan Peperiksaan Akhir Tahun


(PAT) /Percubaan Tingkatan (PPC) Tingkatan 5 harus merangkumi
soalan-soalan mengenai topik Tingkatan 4. Kertas PPT dan PAT/PPC
Tingkatan 3 harus meliputi soalan-soalan mengenai topik Tingkatan 1 & 2.
Kertas PPT dan PAT Tingkatan 2 harus meliputi soalan-soalan kerja Tingkatan
1.
e) Tajuk untuk semua kertas soalan peperiksaan mestilah merangkumi format
atau bentuk seperti yang ditunjukkan di sebelah:-
Logo hanya untuk PPT dan PAT/PPC

SMK METHODIST, SG SIPUT (U), PERAK.


Jenis Peperiksaan/Ujian (Cth:Peperiksaan Pertengahan Tahun
2017)
Subjek (Cth: KIMIA )
Jenis Kertas (Cth:Kertas I)
Tingkatan (Cth: Tingkatan 4)
Tempoh Masa (Cth: 2 jam)

Arahan Kepada Calon;

Disediakan oleh; Disahkan oleh;

..

Hendaklah diletak pada muka surat akhir soalan.

f) Kertas soalan mestilah kemas serta dapat dibaca dengan mudah.


g) Soalan hendaklah ditaip dengan jelas menggunakan font bersaiz 12, TNR
h) Elakkan sesuatu soalan dipisahkan kepada dua halaman yang berbeza.
i) Semak kertas soalan dengan teliti untuk mengelakkan kesilapan sebelum
ditunjuk kepada Ketua Panitia/Guru Kanan berkenaan.
j) Selepas ditandatangani oleh Ketua Panitia/Guru Kanan berkenaan,
kertas-kertas soalan yang telah disahkanhendaklah diserahkan kepada
pejabat pada 5 hari bekerja( sebelum kertas itu diuji) untuk dicetak dan
hendaklah dihantar kepad s/u peperiksaan dua hari sebelum kertas itu diuji
untuk disimpan dalam almari peperiksaan. .

2
k) Penggubal soalan mestilah menentukan bahawa kertas soalan telah dicetak
dengan sempurna dan mencukupi.
l) Kertas soalan ini hendaklah disusun, distapelkan dan dibalut oleh guru
penyedia soalan. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan menolong guru
menstapelkan kertas soalan.
m) Kertas soalan yang disediakan hendaklah diserahkan kepada Unit
Peperiksaan untuk disimpan dalam kabinet.
n) Penggubal soalan hanya perlu menyerahkan satu set kertas soalan
kepada KP masing-masing.

2. PENGAWASAN PEPERIKSAAN
a) Tugas mengawas peperiksaan mestilah dijalankan dengan baik /cermat.
b) Semua guru ditegahkan dari membuat kerja-kerja lain seperti menyemak kertas
soalan / buku latihan, membaca dan sebagainya semasa mengawas peperiksaan.
Cikgu perlu sentiasa berwaspada dan menyeliakan murid dari belakang bilik.
Tugas kita adalah mengelakkan (bukan menggalakkan) pelajar-pelajar daripada
penyelewengan semasa peperiksaan dijalankan.
c) Semua meja mesti disusun dengan bahagian laci menghadap papan hitam.
d) Susunan meja kerusi adalah jika bilangan pelajar sama atau kurang daripada 24
pelajar, susunan meja kerusi hendaklah disusun dalam bentuk empat (4) lajur;
jika lebih daripada 24 pelajar maka susunan meja kerusi hendaklah disusun
dalam bentuk lima (5) lajur.
e) Semua beg dan buku mesti diletakkan di belakang dan luar kelas.
f) Pelajar disusun mengikut senarai nama seperti dalam Buku Rekod Kedatangan.
g) Semasa suatu peperiksaan dijalankan, pelajar-pelajar tidak digalakkan
meninggalkan bilik peperiksaan atau pergi ke tandas.
h) Pelajar dilarang menyerahkan kertas jawapan lebih awal daripada masa yang
ditetapkan.
i) Pelajar dilarang berbuat bising, bercakap atau tidur dalam kelas.

3. PENYEMAKAN KERTAS JAWAPAN


a) Guru tidak dibenarkan meminta pelajar-pelajar ataupun orang lain untuk
menolong menyemak kertas jawapan walaupun kertas objektif. Tugas
penyemakan adalah tanggungjawab dan tugas guru sendiri.
b) Semua kertas jawapan mesti disemak dan dimarkahkan sebelum dikembalikan
kepada pelajar-pelajar.
c) Semua guru tingkatan dan guru mata pelajaran mestilah key in markah
masing-masing ke dalam program SAPS dan dashboard PPD (Tingkatan 4 dan 5)
menepati tarikh akhir yang ditetapkan dan markah peperiksaan/ujian hendaklah
direkodkan dalam Buku Rekod Mengajar..
d) Penyemakan kertas peperiksaan tidak boleh dilakukan semasa waktu
pengajaran dalam kelas.
e) Guru cuti bersalin/hendak bersalin mesti menguruskan semakan kertas jawapan
setelah berbincang dengan Ketua Panitia.
f) Semua skrip jawapan mesti diserahkan balik kepada pelajar-pelajar.

3
4. PENYELENGGARAAN SLIP KEPUTUSAN KEMAJUAN
a) Guru subjek bertanggungjawab membuat pembetulan markah dalam sistem
sekiranya berlaku kesilapan kemasukan markah
b) Guru tingkatan bertanggungjawab menyelenggara dengan sempurna Slip
Keputusan Kemajuan pelajar.
c) Slip Keputusan Kemajuan pelajaradalah dokumen yang sah. Diharapkan semua
guru akan menyelenggarakan tugas ini secara yang profesional.
d) PERHATIAN. Slip Keputusan Kemajuan pelajar yang telah lengkap dicetak oleh
unit peperiksaan, ditandatangani oleh Pengetua, dicetak dan diserahkan kepada
s/u peperiksaan untuk tindakan selanjutnya.
e) Cetakan asal diserahkan kepada ibubapa danditandatangani, manakala
salinannya hendaklah disimpan dalam fail pelajar oleh guru tingkatan.
f) Cetakan slip mengikut tingkatan akan dikendalikan oleh SU Peperiksaan.

5. PELAJAR-PELAJAR YANG MENYELEWENG SEMASA PEPERIKSAAN/UJIAN


a) Pelajar yang menyeleweng akan dilaporkan oleh guru pengawas kepada PKP / PK
HEM dengan mengisi Borang Laporan Penyelewengan Peperiksaan dari Unit
Peperiksaan supaya tindakan yang tegas boleh diambil.
b) Kesalahan Pertama, hukuman yang dikenakan ialah

Bil Kesalahan Hukuman


1 Markah 0 untuk kertas tersebut
Demerit 15 mata
Kali Pertama Ibu bapa dipanggil untuk dimaklumkan
Kaunseling oleh Kaunselor
Berjawatan, digantung 30 hari
2 Markah 0 untuk subjek tersebut
Demerit 30 mata
Kali ke-2
Ibu bapa dipanggil untuk dimaklumkan
Berjawatan, akan dipecat

c) CATATKAN 0 MARKAH DAN 9G (T4 dan T5) BAGI MATA PELAJARAN YANG
BERKENAAN SAHAJA pada slip keputusan.

6. Kes pelajar tidak hadir dalam peperiksaan


Pelajar yang tidak hadir boleh memohon untuk menduduki peperiksaan tangguhan jika
memenuhi syarat 6.1. Jika tidak subjek berkenaan akan dinyatakan sebagai TH.

6.1 Syarat-syarat untuk menduduki Peperiksaan Tangguhan


6.1.1 Sakit dengan sijil sakit kerajaan atau swasta yang asal, tempoh maksima cuti
sakit ialah tiga (3) hari.
6.1.2 Menyertai kursus / seminar / kegiatan ko-kurikulum yang dianjurkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat
Pelajaran Malaysia atau pertubuhan yang diiktirafkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia.

4
6.1.3Masuk wad kerana sakit / kemalangan / kecederaan dalam tempoh tiga (3)
hari.
6.1.4Kematian ahli keluarga yang terdekat ( ibu bapa, datuk, nenek, adik beradik
sahaja );. maksimum 3 hari. Bagi kematian ahli keluarga yang lain hanya satu
hari cuti diberikan. Sijil kematian hendaklah diserah sebelum permohonan
mengulang dilakukan.
6.1.5 Sebab-sebab lain yang diluluskan oleh Pengetua sahaja.
6.1.6 Wajaran markah;
6.1.6.1 selain urusan rasmi ialah 80 peratus SAHAJA (ditolak 20 peratus).

7 Tanggungjawab Ketua Kelas


7.1 Ketua tingkatan tuliskan nama pelajar yang tidak hadir pada waktu pertama di
atas papan putih.

8. Tanggungjawab Guru Pengawas Yang Memulakan Sesuatu Kertas Soalan


8.1 Kenal pasti pelajar yang tidak hadir dan tuliskan nama dan tingkatan bagi
setiap pelajar yang tidak hadir pada label kertas soalan berkenaan.
8.2 Semua soalan adalah berstatus Soalan TERTUTUP.
8.3 Unit peperiksaan hanya menguruskan peperiksaan tangguhan sekiranya
mendapat kelulusan daripada pihak pentadbir.

8.3.1 Cara Memohon Kebenaran

8.3.1.1 Lengkapkan slip permohonan.

8.3.1.2 Permohonan mesti dilakukan oleh guru pengiring sebelum menyertai


/ menghadiri aktiviti ko-kurikulum / kursus atau sebaik sahaja
kembali ke sekolah. Kegagalan guru pengiring/pelajar berbuat
demikian akan menyebabkan pelajar tidak dibenarkan untuk
menduduki peperiksaan tangguhan.
Pemohonan yang lewat tidak akan dilayani.

8.3.1.3 Pelajar bertanggungjawab menunjukkan slip kebenaran menduduki


peperiksaan kepada unit peperiksaan untuk menduduki peperiksaan di
tempat dan masa yang ditetapkan.

8.3.1.4 Jika melebihi 10 hari daripada hari peperiksaan kertas tersebut maka
calon tidak dibenarkan menduduki peperiksaan dan TH akan yatakan
dalam SAPS (kECUALI atas urusan rasmi).

9. Semasa Menduduki Peperiksaan Tangguhan


9.1 Unit peperiksaan akan menguruskan supaya pelajar dapat menghabiskan
peperiksaan dalam tempoh secepat mungkin. Calon mungkin perlu mengambil
banyak kertas peperiksaan dalam satu hari.

5
9.2 Unit peperiksaan memberitahu pengawas tentang masa mula dan masa tamat
bagi setiap kertas peperiksaan. Gunakan plastik yang disediakan untuk edaran
dan kutipan kertas peperiksaan / jawapan.
9.3 Menjadi tanggungjawab calon untuk menyerahkan kertas jawapan kepada
pengawas (jika ada). Kertas jawapan yang lewat hantar, tidak akan diterima.
9.3.1 Unit peperiksaan akan mendapatkan kertas jawapan daripada pengawas
(jika ada) dan serahkan kepada pemeriksa secepat mungkin.
9.3.2 Jika calon didapati menyeleweng (termasuk bercakap) maka calon tidak
akan dibenarkan menduduki peperiksaan dengan serta merta dan
dilarang mengambil peperiksaan seterusnya.
9.3.3 Tempat mengambil peperiksaan ialah makmal / tempat lain yang sesuai
dan diawasi oleh pembantu makmal / guru / penyelaras
tingkatan/PK/GK bertugas
9.3.4 Jika kertas soalan telah dibincangkan maka set soalan yang lain mesti
digunakan.

10. Kaedah Menentukan Kedudukan Dalam Kelas / Tingkatan

Tingkatan Syarat
T1, T2 dan T3 Kedudukan ditentukan mengikut tertib berikut:
1. Gred purara keseluruhan
2. Markah purata keseluruhan
3. Markah B. Melayu Peperiksaan Akhir Tahun
T4 dan T5 Kedudukan ditentukan mengikut tertib berikut:
(Aliran Sains dan 1. Gred purata keseluruhan
Kemanusiaan) 2. Markah purata keseluruhan
3. Markah B. Melayu Peperiksaan Akhir Tahun

11. Gred Tingkatan 1 Tingkatan 3

Markah 85-100 70-84 60-69 50-59 40-49 0-39


Gred A B C D E F
(cemerlang) (kepujian) (baik) ( memuaskan) (mencapai (belum
tahap mencapai
minimum) tahap
minimum)
Markah 1 2 3 4 5 6
Gred

6
12. Gred Bagi Tingkatan 4 Dan 5

Markah 90-100 80-89 70-79 65-69 60-64 55-59 50-54 45-49 40-44 0-39
Gred A+ A A- B+ B C+ C D E G
Markah 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9
Gred

13. Nota tambahan


13.1 Semasa menyediakan jadual peperiksaan/ujian, setiausaha peperiksaaan
hendaklah MENGUTAMAKAN mata pelajaran teras/wajib; DIIKUTI oleh mata pelajaran
elektif.

INTEGRITI MENJANA KECEMERLANGAN INSANI

7
STRUKTUR ORGANISASI JAWATANKUASA PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN

PENASIHAT
(Pengetua)

PENGERUSI
(Penolong Kanan Pentadbiran)

NAIB PENGERUSI
(Penolong Kanan HEM)

SETIAUSAHA PEPERIKSAAN

PENOLONG SETIAUSAHA 1 PENOLONG SETIAUSAHA 2 PENOLONG SETIAUSAHA 3

PENYELARAS PT3 PENYELARAS TING 3 PENYELARAS TING 1


PENYELARAS SPM PENYELARAS TING 4 PENYELARAS TING 2
PENYELARAS TING 5

8
B9

You might also like