You are on page 1of 16

1.

0 TAJUK

Program Pelaksanaan Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK)

2.0 PENDAHULUAN

Ujian SEGAK ialah Program penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan


Untuk Murid Sekolah Malaysia ( SEGAK ) yang telah dirancang selari dengan
Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Sekolah Rendah dan
Menengah.

Rekod penilaian kecergasan ini memberi maklumat tentang tahap kecergasan murid.
Ujian ini bertujuan untuk memotivasikan murid mengamalkan gaya hidup sihat dan
lebih bertanggungjawab dalam mencapai kesejahteraan diri dan negara selaras dengan
hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah merealisasikan Wawasan 2020.

3.0 MATLAMAT
3.1 Murid sentiasa peka, berpengetahuan dan mengamalkan aktiviti kecergasan
untuk meningkat dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal yang optimum.

4.0 OBJEKTIF

Murid dapat :
4.1 Mengetahui kepentingan kecergasan fizikal
4.2 Melakukan ujian kecergasan yang dirancang oleh pentadbir sekolah
4.3 Menganalisis, mengintepretasi dan menyimpan rekod kecergasan fizikal
individu.
4.4 Melakukan tindakan susulan untuk meningkatkan kecergasan fizikal individu
melalui perancangan aktiviti kecergasan secara sistematik.

1
5.0 TARIKH DAN MASA

Tarikh : 3, 4 dan 5 Mac 2015

Masa : 7.15 hingga 10.15 pagi

6.0 TEMPAT

Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Kampung Tunku

7.0 KUMPULAN SASARAN

Murid tahap 2 Sekolah Kebangsaan Kampung Tunku.

8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat : En Mohd Zainudin bin Mohd Zain


( Guru Besar SK Kampung Tunku )
Pengerusi : Pn Noraini binti Muda
( Guru Penolong Kanan Kokurikulum )
Naib Pengerusi : En Abdul Rais bin Mohd Nawawi
( Guru Penolong Kanan 1 )
En Mohd Khairul bin Mokhtar
( Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid )

Penyelaras : En Arif bin Ramli


Setiausaha : Pn Rafidah Shapei
AJK : En Mohd Zulhilmi bin Abd Rahim
En Fauzi bin Mohamad

2
9.0 PELAKSANAAN PROGRAM

Ujian ini mesti dilengkapkan mengikut urutan secara berterusan. Urutan item bateri
ujian adalah seperti berikut;

1. Naik Turun Bangku ( 3 minit )


2. Tekan Tubi ( 1 minit )
3. Ringkuk Tubi Separa (1 minit )
4. Jangkauan Melunjur

Ukuran antropometrik untuk mendapatkan Indeks Jisim Badan perlu dibuat sebelum
melakukan ujian ini.

Persediaan: Murid mestilah melakukan aktiviti memanaskan badan secukupnya


sebelum menjalani ujian.

KESELAMATAN
1. Murid dikecualikan daripada mengambil ujian ini jika :
(a) disahkan oleh Pegawai Perubatan tidak layak mengambil ujian kecergasan
fizikal;
(b) mengidap penyakit kronik; dan
(c) tidak sihat pada waktu ujian.
2. Alatan ujian yang digunakan mesti lengkap, selamat dan berfungsi dengan baik.
3. Kawasan ujian mesti selamat dan sesuai dengan jenis ujian yang hendak
dijalankan.
4. Murid memakai pakaian Pendidikan Jasmani.
5. Pengawasan guru diutamakan semasa ujian dilaksanakan.
6. Murid melakukan aktiviti menyejukkan badan selepas ujian dilaksanakan.

PELAPORAN
1. Murid perlu merekod hasil ujian mereka.
2. Guru mengesahkan ujian yang telah dilakukan oleh murid.
3. Guru melaporkan hasil ujian
Untuk pelaksanaan setiap item sila rujuk Lampiran A

3
13.0 JADUAL PELAKSANAAN

TAHUN TARIKH

4 3 MAC 2015

5 4 MAC 2015

6 5 MAC 2015

10.0 SENARAI ALATAN

Bateri ujian Alatan

Ukuran antropometrik Penimbang berat dan pengukur ketinggian

Naik turun bangku Bangku - ketinggian 30.5 cm (1 kaki)


Jam randik
Borang skor
Rakaman metronome (96 detik)
Radio CD

Tekan tubi Tilam gimnastik

Ringkuk tubi separa Pita pelekat


Pita ukur
Metronome atau rakaman (50 detik)
Pelapik getah

Jangkuan melunjur Alat pengukur jangkauan

4
11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
- Tiada

12.0 BORANG SKOR


Rujuk Lampiran B

13.0 PENUTUP

Adalah diharapkan program ini dapat memberikan pendedahan kepada murid tentang
kepentingan kecergasan dan kesihatan tubuh badan. Semoga segala aktiviti yang
telah dirancang dapat dijayakan dengan sokongan dan kerjasama daripadas emua
pihak. Semoga Program ini juga dapat memberi manfaat dan pengalaman kepada
guru-guru pelatih tentang peranan dan tanggungjawab mereka masing-masing

Disediakan oleh: Disemak oleh,

.................................................. .................................................

( RAFIDAH BINTI SHAPEI ) ( NORAINI BINTI MUDA )

Setiausaha, Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Program Penilaian SEGAK, SK Kampung Tunku.

SK Kampung Tunku.

Disahkan oleh:

..................................................................

(MOHD ZAINUDIN BIN MOHD ZAIN)


Guru Besar
SK Kampung Tunku.

5
LAMPIRAN A

Nama Ujian:

Indeks Jisim Badan(BMI-for-age)

Tujuan:

Menilai komposisi badan

Jantina:

Lelaki dan Perempuan

Alatan dan kemudahan:

1. Pengukur tinggi
2. Penimbang berat
3. Borang skor

Pengurusan dan organisasi:

Pengukuran ini hendaklah dilaksanakan sebelum ujian kecergasan bermula.

Prosedur:

1. Murid dikehendaki menimbang berat badan dalam ukuran kilogram dan mengukur
ketinggian dalam meter.
2. Kira indeks jisim badan berdasarkan formula berikut:

Indeks Jisim Badan = Berat badan (kg)

Tinggi (m) xTinggi (m)

3. Rujuk jadual di bawah untuk mengenal pasti komposisi berat badan.

6
Lelaki

Umur Berisiko Berat Berat


(Tahun) Kurang berat Normal Berlebihan berlebihan

9 <14.0 14.0 - 18.6 >18.6 - 21.0 >21.0

10 <14.2 14.2 - 19.4 >19.4 - 22.2 >22.2

11 <14.6 14.6 - 20.2 >20.2 - 23.2 >23.2

12 <15.0 15.0 - 21.0 >21.0 - 24.2 >24.2

13 <15.4 15.4 - 21.8 >21.8 - 25.2 >25.2

14 <16.0 16.0 - 22.6 >22.6 - 26.0 >26.0

15 <16.6 16.6 - 23.4 >23.4 - 26.8 >26.8

16 <17.2 17.2 - 24.2 >24.2 - 27.6 >27.6

17 <17.8 17.8 - 24.8 >24.8 - 28.2 >28.2

7
Perempuan

Umur Berisiko Berat Berat


(Tahun) Kurang berat Normal Berlebihan berlebihan

9 <14.8 14.8 - 19.2 >19.2 - 21.8 >21.8

10 <14.0 14.0 - 19.9 >19.9 - 22.9 >22.9

11 <14.4 14.4 - 20.8 >20.8 - 24.0 >24.0

12 <14.8 14.8 - 21.6 >21.6 - 25.2 >25.2

13 <15.3 15.3 - 22.5 >22.5 - 26.2 >26.2

14 <15.8 15.8 - 23.2 >23.2 - 27.2 >27.2

15 <16.3 16.3 - 24.0 >24.0 - 28.0 >28.0

16 <16.8 16.8 - 24.5 >24.5 - 28.8 >28.8

17 <17.3 17.3 - 25.2 >25.2 - 29.6 >29.6

8
Nama Ujian:

Naik Turun Bangku 3 minit

Tujuan:

Menilai Daya Tahan Kardiovaskular

Jantina:

Lelaki dan Perempuan

Alatan dan kemudahan:

1. Bangku - Ketinggian 30.5 cm


2. Jam Randik
3. Borang Skor
4. Rakaman atau Metronome

Pengurusan dan organisasi:

1. Aktiviti dijalankan berpasangan.


2. Letakan bangku di atas lantai yang rata dan selamat.(Pastikan bangku tidak bergerak
semasa ujian dijalankan.)
3. Sediakan rakaman atau metronome rentak 96 detik seminit.

Prosedur:

1. Ujian dijalankan dengan murid memakai kasut sukan yang sesuai.


2. Murid berdiri tegak dengan kaki kanan atau kiri (yang mana sesuai) diletakkan di atas
bangku.
3. Penguji akan memberikan isyarat mula.
4. Murid melakukan pergerakan naik dan turun (kaki kiri naik, kaki kanan turun diikuti
kaki kiri turun, kemudian kaki kanan naik atau sebaliknya).
5. Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan kadar
96 detik seminit selama 3 minit.
6. Selepas tamat murid dikehendaki duduk serta merta.

9
7. Kira kadar nadi selepas 5 saat tamat perlakuan dengan kiraan dilakukan oleh guru
Kadar nadi diambil dalam jangkamasa 1 minit.
8. Jika murid tidak menamatkan lakuan selama 3 minit, skor murid ini dibatalkan.

Nama Ujian:

Ujian Tekan Tubi

Tujuan:

Menilai keupayaan daya tahan dan kekuatan otot tangan serta otot bahu

Jantina:

Lelaki

Alatan dan kemudahan:

1. Kawasan lapang dan rata.


2. Span ( 5 cm tinggi x 15 cm panjang x 10 cm lebar).
3. Jam Randik.

Pengurusan dan organisasi:

1. Ujian dilaksanakan secara berpasangan.


2. Murid A melakukan ujian dan murid B sebagai pencatat.

Prosedur:

1. Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan
yang lurus dan jari-jari kaki. Badan diluruskan.
2. Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada menyentuh span.
3. Luruskan tangan seperti kedudukan sedia.
4. Tekan tubi diteruskan sehingga satu minit atau murid tidak berupaya meneruskannya.
5. Ujian akan ditamatkan jika murid tidak melakukan aktiviti secara sempurna mengikut
arahan 1 hingga 3.
6. Murid B mengira dan merekod bilangan lakuan Murid A.

10
Nama Ujian:

Ujian Tekan Tubi Suaian

Tujuan:

Menilai keupayaan daya tahan dan kekuatan otot tangan serta otot bahu

Jantina:

Perempuan

Alatan dan kemudahan:

1. Kawasan lapang dan rata.


2. Span ( 5 cm tinggi x 15 cm panjang x 10 cm lebar ).
3. Jam randik.

Pengurusan dan organisasi:

1. Ujian dilaksanakan secara berpasangan.


2. Murid A melakukan ujian dan murid B sebagai pencatat.

Prosedur:

1. Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan
yang lurus dan lutut yang bengkok. Kaki bersilang. Badan diluruskan.
2. Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada menyentuh span.
3. Luruskan tangan seperti kedudukan sedia.
4. Tekan tubi diteruskan sehingga murid tidak berupaya meneruskannya.
5. Ujian akan ditamatkan jika murid tidak melakukan aktiviti secara sempurna mengikut
arahan 1 hingga 3.
6. Murid B mengira dan merekod bilangan lakuan Murid A.

11
Nama Ujian:

Ringkuk Tubi Separa ( partial curl-up) 1 minit

Tujuan :

Menguji daya tahan dan kekuatan otot abdomen

Jantina :

Lelaki dan perempuan

Alatan dan kemudahan :

1. Pita lekat bersaiz 2.5 cm


2. Pita ukur
3. Jam randik

Pengurusan dan organisasi:

1. Lekatkan pita pelekat secara selari pada lantai di kiri dan kanan. Jarak antara pita adalah
10 cm.

Prosedur :

1. Ujian ini dijalankan dengan murid memakai kasut yang sesuai.


2. Murid A baring dengan lutut bengkok 90 darjah dan tumit kaki sentiasa menyentuh
lantai.
3. Buka kaki seluas bahu.
4. Kedua-dua belah tangan lurus di sisi dan hujung jari menyentuh bahagian luar pelekat
pertama.
5. Pada setiap lakuan ringkuk, bahu perlu diangkat supaya jari tengah kedua-dua tangan
menyentuh bahagian luar pelekat kedua.
6. Bahagian bawah/belakang badan hendaklah rata dan jari tengah pada kedudukan asal
(ulang prosedur 4) sebelum melakukan ulangan yang seterusnya.
7. Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan kadar 50
detik seminit selama 1 minit.

12
8. Murid B mengira ulangan perlakuan.
9. Ujian akan ditamatkan sekiranya murid A :-
9.1 Berasa tidak selesa.
9.2 Jari tidak menyentuh bahagian luar garisan penanda kedua.
9.3 Tumit diangkat.

Panduan guru

Lakuan ringkuk yang tidak sempurna:

1. Bahagian bawah/belakang badan tidak menyentuh lantai.


2. Tumit diangkat.
3. Badan/ bahu senget.
4. Punggung terangkat.
5. Lutut tidak bersudut 90 darjah (tegak).

Arahan /Teguran untuk perlakuan ringkuk yang tidak betul.

1. Rapatkan belakang ke lantai.


2. Bahu sentuh lantai.
3. Rapatkan tumit ke lantai.
4. Seimbangkan bahu/badan.
5. Buka kaki.
6. Bengkokkan lutut.

Nama Ujian:

Jangkauan Melunjur

Tujuan:

Mengukur fleksibiliti

Jantina:

Lelaki dan perempuan

13
Alatan dan kemudahan:

1. Alat pengukur jangkauan


2. Borang skor.

BIL ALATAN BILANGAN Catatan

Pengurusan dan organisasi:

1. Gunakan alat pengukur jangkauan yang disediakan.

Prosedur:

1. Murid duduk melunjur tanpa kasut. Tumit kaki di letak di belakang penanda 23 sentimeter.

2. Kedua-dua kaki lurus sepanjang masa ujian. Rakan memegang lutut.

3. Tapak tangan kanan ditindih di atas belakang tapak tangan kiri dalam keadaan hujung jari
tengah hendaklah sama.

4. Dagu rapat ke dada. Jangkaukan tangan perlahan-lahan sejauh yang mungkin atas pita
pengukur.

5. Jangkauan hendaklah dikekalkan selama 3 saat tanpa menyentap.

6. Murid diberi tiga percubaan berturut-turut. Percubahan terbaik diambil kira sebagai skor.
Bacaan dikira pada sentimeter yang terhampir. Tidak perlu merekod dalam titik
perpuluhan.

7. Murid yang membantu memegang lutut pelaku tidak menganggu pelaku.

Senarai Alatan
14
1 Pengukur Tinggi 2

2 Penimbang Berat 2

3 Metronome 90 beats 1 Guna rakaman jika tidak


ada
4 Metronome 50 beats 1 Guna rakaman jika tidak
ada
5 Stop watch 6

6 Bangku (tinggi 30.5 cm) 2

7 Tilam Tekan Tubi 1

8 Tilam Sit up 1

9 Pita Ukur 1

10 Borang uji segak

11 Span ( 5 cm tinggi x 15 cm panjang x 10 cm 4


lebar).
12 Alat pengukur jangkauan 1

PELAN PELAKSANAAN

D C B
15
PE
DEWAN TERBUKA

E A

PETUNJUK :

A = UKURAN INDEKS JISIM BADAN

B = NAIK TURUN BANGKU

C = TEKAN TUBI

D = RINGKUK TUBI SEPARA

E = JANGKAUAN MELUNJUR

16

You might also like