You are on page 1of 5

LAMPIRAN R1/KPLI

UNIT PRAKTIKUM

PANDUAN PRAKTIKUM (EDISI PELAJAR)

PRAKTIKUM PISMPAmbilan Januari 2010


Tarikh : 23 JULAI 21 SEPTEMBER 2012 (8 Minggu)

A. PENEMPATAN
1. Pelajar ditempatkan di sekolah berhampiran denganmengambil kira
keperluan mata pelajaran dan kesediaan sekolah.

B. PERLANTIKAN GURU PEMBIMBING

1. Setiap pelajar akan dibimbing oleh seorang guru pembimbing major.


2. Seorang guru pembimbing boleh membimbing tidak lebih 2 orang
pelajar.
3. Perlantikan guru pembimbing adalah kuasa dan budibicara Guru
Besar berdasarkan syarat dan garis panduan yang telah ditetapkan.

C. KEHADIRAN PELAJAR SEMASA PRAKTIKUM

1. Pelajar wajib hadir praktikum 100%.


2. Praktikum adalah satu tempoh latihan dan penilaian yang berterusan,
dan pelajar perlu sentiasa berada di sekolah pada waktu
persekolahan yang ditetapkan.
3. Sepanjang tempoh praktikum pelajar tidak dibenarkan mengikuti
sebarang kursus, bengkel atau mesyuarat yang menyebabkan pelajar
meninggalkan kehadiran di sekolah. (Kursus atau bengkel diluar waktu
persekolahan dibolehkan dengan izin guru besar.)
4. Setiap ketidakhadiran (jika ada) mestilah disokong dengan dokumen
yang sah seperti sijil cuti sakit, surat pengesahan kematian keluarga
terdekat, surat kuarantin dan sebagainya. (Dokumen asal yang
disahkan oleh Guru Besar hendaklah diserahkan kepada Unit Praktikum
bersama-sama borang rekod kehadiran.)

D. TUGAS & TANGGUNGJAWAB PELAJAR SEMASA PRAKTIKUM

1. Menghadiri taklimat praktikum.


2. Memahami dan berusaha mencapai matlamat dan objektif praktikum.
3. Berbincang dengan pensyarah pembimbing dan guru pembimbing
untuk mencapai persefahaman tentang peranan dan
tanggungjawab masing-masing semasa praktikum.

1daripada5
LAMPIRAN R1/KPLI

4. Membina hubungan profesional dengan pengurus sekolah, guru-guru


dan staf sekolah.
5. Menyerahkan jadual waktu, senarai tugas, takwim sekolah dan
maklumat-maklumat lain kepada pensyarah major sebelum pra-
penyeliaan.
6. Mematuhi dan mengamalkan etika keguruan, peraturan IPGM dan
peraturan sekolah.
7. Hadir di sekolah sepanjang tempoh praktikum.
8. Melengkap dan menghantar borang kehadiran ke Unit Praktikum
pada minggu pertama setiap bulan.
9. Menandatangani borang/buku kehadiran setiap hari persekolahan
dan aktiviti anjuran sekolah.
10. Mendapatkan sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran.
11. Membuat rancangan semester, mingguan dan harian dalam buku
persediaan mengajar.
12. Membuat Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang lengkap
sebelum melaksanakan pengajaran mengikut bilangan waktu
mengajar yang telah ditetapkan.
13. Mendapatkan bimbingan daripada guru pembimbing semasa
merancang pengajaran.
14. Melaksanakan pengajaran secara berpasangan dan individu dengan
mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran (P&P).
15. Mengamalkan penulisan jurnal secara reflektif berdasarkan isu,
masalah atau pencapaian yang dikenalpasti sekurang-kurang sekali
seminggu berdasarkan garis panduan penulisan jurnal.
16. Melengkapkan/mengemaskinikan portfolio praktikum dan
menyerahkannya kepada guru pembimbing dan pensyarah
pembimbing setiap kali bimbingan/penyeliaan dijalankan.
17. Melibatkan diri dan membantu pengendalian sekurang-kurangnya
satu komponen kokurikulum.
18. Mengisi Borang Refleksi Praktikum.

E. JADUAL WAKTU DAN PERSEDIAAN MENGAJAR

1. Waktu mengajar 8 12 waktu major seminggu. Wajib mengajar mata


pelajaran major yang telah ditetapkan.
2. Rancangan Pengajaran Semester (RPS) untuk tempoh praktikum wajib
disediakan secara bertulis atau cetakan komputer. (Salinan
fotocopy/fotostat tidak dibenarkan.)
3. RPS yang dibina mestilah berasaskan kepada perancangan tahunan
yang telah dibuat oleh sekolah. (Penyediaan RPS yang tidak selari
dengan perancangan tahunan sekolah akan menyebabkan pelajar
ketingalan dalam pelajaran selepas ta)
4. Rancangan Pengajaran Harian (RPH) mesti disediakan secara tulisan
tangan dalam buku persediaan mengajar praktikum yang telah
dikhaskan.

2daripada5
LAMPIRAN R1/KPLI

5. Butiran berkaitan di muka surat 1 12 dan senarai nama murid dalam


Buku Persediaan Mengajar Praktikum mestilah dilengkapkan dalam
minggu pertama praktikum.
6. Persediaan mengajar dan bahan bantu mengajar mesti dirancang
dan disediakan sebelum pengajaran bermula dengan mengambil kira
faktor;
a. Topik/Kemahiran yang telah ditentukan dalam RPS
b. Pengetahuan sedia ada pelajar
c. Tahap kepintaran pelajar
d. KBKK dan nilai-nilai murni yang boleh diterapkan
e. Kesesuaian teknik dan strategi pengajaran
7. Melaksanakan pengajaran berpasangan sekurang-kurangnya dua kali
dalam tempoh 4 seminggu mulai minggu pertamadan minggu ke-2
sepanjang tempoh praktikum. (Rujuk Panduan pengajaran
berpasangan.)
8. Refleksi mestilah ditulis di akhir setiap sesi pengajaran.

F. AMALAN REFLEKSI

1. Refleksi mesti ditulis di akhir setiap sesi pengajaran.


2. Is merupakan Post-mortem pelajar terhadap perancangan dan
pelaksanaan sesi pengajaran yang telah berlaku.
3. Refleksi mestilah reflektif, iaitu pelajar dapat mengenalpasti kelemahan
dan kekuatan dalam perancangan dan pelaksanaan sesi pengajaran
berkenaan serta tindakan susulan untuk menjamin kualiti pengajaran
yang akan datang.
4. Tahap-tahap dalam penilaian Amalan refleksi adalah seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual 1.

Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4 Tahap 5


a. Catatan Refleksi
Membuat catatan Membuat catatan Membuat catatan Dapat Menunjukkankemata
tetapi tidak tetapi kurang tetapi kurang kurang mengenalpasti ngan dalam
memperlihatkan memperlihatkan mengambil tindakan kelemahan dan membuat refleksi
usaha untuk usaha untuk susulan dan kekuatan kritikal dan ulasan
membuat refleksi. membuat refleksi. menunjukkan usaha pengajaran kendiri.
(Catatan berbentuk (Catatan berbentuk meningkatkan kualiti pembelajaran serta Kebolehan
laporan). laporan). diri. mengambil membuat tindakan
Catatan refleksi tidak Catatan refleksi tindakan susulan. susulan.
berkualiti. kurang berkualiti. Memperlihatkan
perkembangan dan
peningkatan kualiti
diri.

b. Pemikiran Reflektif
Tidak berusaha untuk Kurang berusaha untuk Ada usaha untuk Sentiasa berusaha Dapat
menilai diri. menilai diri. menilai kekuatan untuk menilai mengenalpasti serta
dan kelemahan diri, kelemahan dan menilai kekuatan
Tidak dapat Kurang dapat tetapitidak dapat kekuatan diri. dan kelemahan diri
menghubungkaitkan menghubungkaitkan menghubungkaitkan dengan amat jelas.
sebab dan akibat sebab dan akibat sebab dan akibat Dapat

3daripada5
LAMPIRAN R1/KPLI

tentang tindakan tentang tindakan yang tentang tindakan menghubungkaitka Dapat


yang telah diambil. telah diambil. yang diambil. n sebab dan akibat menghubungkaitkan
Kurang mengaitkan tindakan yang sebab dan akibat
Tidak menunjukkan Kurang menunjukkan situasi dan diambil. tindakan yang
usaha untuk usaha untuk pengalaman untuk diambil.
merancang dan merancang dan membuat inferens. Dapat mengaitkan
membuat tindakan membuat tindakan situasi dan Dapat mengaitkan
susulan. susulan. pengalaman untuk sebab dan akibat
membuat inferens. untuk membuat
inferens.

Dapat meramal
kesan sesuatu
tindakan dan
bertindak
berlandaskan bukti,
seterusnya
merancang langkah
susulan dengan
mengambil kira
unsur KMD.

Jadual 1: Tahap-tahap dalam penilaian amalan refleksi pelajar semasa praktikum

G. KES PELAJAR BERMASALAH

1. Pelajar dikategorikan sebagai bermasalah jika tidak melaksanakan


tanggungjawab praktikum seperti yang telah ditentukan dalam Garis
Panduan Praktikum yang sedang berkuatkuasa, iaitu termasuklah;
a. Tidak menulis Rancangan Pengajaran Semester (RPS),
Rancangan Pengajaran Harian (RPH), jurnal dan refleksi dengan
betul.
b. Tidak melaksanakan pengajaran berpasangan.
c. Tidak memberikan kerjasama kepada pengetua dalam
menjayakan aktiviti dan program sekolah.
d. Tidak hadir ke sekolah tanpa kebenaran Guru Besar.
e. Gagal mematuhi peraturan sekolah.
f. Mengajar tidak mengikut sukatan pelajaran atau garis panduan
yang telah ditetapkan.
g. Gagal menunjukkan keterampilan sebagai seorang guru.
h. Melakukan kegiatan jenayah.
i. Aktif dalam kegiatan politik.
j. Mengandung atau melahirkan anak.
2. Semua kes bermasalah yang dilaporkan, akan diambil tindakan
sewajarnya oleh Unit Praktikum.

H. BIMBINGAN DAN PENYELIAAN

1. Penyeliaan praktikum adalah berasaskan kepada prinsip Pencerapan


Klinikal. Sehubungan itu, pelajar bertanggungjawab untuk berbincang
dengan guru pembimbing atau pensyarah pembimbing sebelum dan
selepas sesi pengajaran.

4daripada5
LAMPIRAN R1/KPLI

2. Lakukan pada bila-bila masa berdasarkan jadual waktu P&P pelajar.


(Jadual penyeliaan yang dikemukakan hanya sebagai tentatif untuk
perancangan pensyarah. Kuasa mutlak menentukan masa penyeliaan
adalah ditangan pensyarah dan guru pembimbing.)
3. Penyeliaan dan bimbingan yang diberikan adalah berasaskan
piawaian yang setara berdasarkan rubrik yang telah ditetapkan.
(Rujuk Rubrik PR1 dan PR1/P).
4. Jadual 2 di bawah menunjukkan agihan penyeliaan untuk pelajar KPLI
SR yang mengikuti latihan perguruan.
5.
Bimbingan Praktikum
Kursus Mata Pra Penyeliaan
IPGM Sekolah Jum
Pelajaran Penyeliaan Bersama
PISMP
Major 1 1 2 1 5
P1

6. Wajaran Penilaian Praktikum KPLI SR


5.1 Penilaian bagi praktikum dibuat berdasarkan mata pelajaran
Major (100%).

5.2 Markah keseluruhan praktikum ialah 100% (Rujuk Jadual 3)

Bidang Wajaran Jumlah Besar


Major 100 % 100 %

I. PENULISAN JURNAL
1. Jurnal perlu ditulis setiap minggu.
2. Ia merupakan satu catatan berterusan mengenai sesuatu peristiwa,
masalah, pencapaian atau bidang yang perlu diberi penekanan.
3. Ia bertujuan untuk membantu pelajar melatih diri merenung, menilai
dan menjadikannya sebagai asas dalam mengambil tindakan susulan.
4. Sila rujuk Panduan penulisan jurnal.

J. PORTFOLIO PRAKTIKUM

1. Sila gunakan senarai semak yang disediakan bagi mengenalpasti


dokumen yang perlu ada dalam portfolio.
2. Ia boleh disediakan mengikut kreativiti pelajar tetapi mestilah tersusun
secara sistematik, kemas dan mudah dirujuk.
3. Sila rujuk Garis Panduan Penulisan Portfolio.

5daripada5

You might also like