You are on page 1of 13

BAHAGIAN A.

Pilih jawapan yang paling tepat BULATKAN jawapan yang betul.

1. kebanyakan tanaman sayuran dan bunga ditanam menggunakan __________.

A. biji benih C. keratan daun

B. keratan batang D. cantuman tunas

2. Berikut merupakan ciri-ciri biji benih yang baik, kecuali ______________ .

A. Bernas C. berbentuk besar

B. Matang D. Tiada serangan penyakit.

3.

Apakah kerosakan seperti yang ditunjukkan pada biji benih di atas?

A. Tidak normal. C. Pecah dan retak

B. Serangan kulat D. Serangan perosak

4. Mengapakan biji benih perlu dipilih sebelum memulakan kerja-kerja menyemai?

A. Supaya tumbesaran pokok tidak terbantut.

B. Supaya memudahkan kerja-kerja menyemai.

C. Supaya dapat mencari biji benih tidak matang.

D. Supaya dapat menyisihkan biji benih yang tidak sesuai.


5. Apakah kegunaan alatan perkebunan di bawah?

A. Untuk menyiram tanaman.

B. Untuk menggali lubang dan mengubah anak benih.

C. Untuk menyangkut rumput rampai, bahan organik, pasir, tanah dan baja.

D. Untuk menggemburkan tanah dan medium semaian atau medium tanaman.

6. Semasa menjalankan kerja-kerja menyemai biji benih, Intan memakai ____________


bagi menjaga kebersihan diri.

A. apron C. sarung tangan

B. cermin mata D. penutup hidung dan mulut

2 bahagian tanah lom


1 bahagian bahan organik
1 bahagian pasir sungai
Kesemua bahan ini digaulkan sekata

7. Penyataan di atas merujuk kepada penyediaan _____________________ .

A. bekas semaian C. tapak penanaman

B. medium semaian D. medium penanaman

8. Apakah nama bekas semaian seperti ditunjukkan di atas?

A. Polibag C. Kotak semaian kayu

B. Dulang semaian D. Kotak semaian plastic


9. Manakah antara berikut, bahan guna semula yang boleh dijadikan sebagai bekas
semaian?

A. Kasut lama C. Kain langsir

B. Tayar kereta D. Tin minuman aluminium

10. Semasa mengisi medium semaian ke dalam bekas semaian, medium semaian perlu diisi
sehingga ______________ cm dari permukaan bekas semaian.

A. 2 hingga 3 C. 6 hingga 7

B. 4 hingga 5 D. 8 hingga 10

11.
Fauzan ingin mengisi medium semaian ke dalam kotak semaian plastik, tetapi

kotak semaian tersebut mempunyai banyak lubang pada dasarnya.

Bagaimanakah Fauzan boleh mengelakkan medium semaiannya terkeluar dari dasar kotak
semaian tersebut ?

A. Membiarkan sahaja kerana lubang itu kecil.

B. Menghamparkan jaring pada dasar kotak semaian tersebut.

C. Menutup kesemua lubang tersebut dengan batu-batu kecil.

D. Menutup sebahagian lubang tersebut dengan serpihan pasu.

12. Tanah digembur sebelum menanam sayur. Proses ini adalah untuk

A. menambah kepadatan tanah. C. mengelakkan berlakunya banjir.

B mengurangkan kepadatan tanah. D. mengurangkan persaingan.

13. Manakah antara berikut merupakan kerja-kerja penjagaan yang perlu dilakukan
selepas menyemai biji benih?

A. merumput B. menggembur

C. menyiram D. Mengawal serangan perosak.


14.

Apakah aktiviti seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas?

A. Membaca C. Menggembur

B. Menyiram D. Mengawal perosak

15. Serangan perosak yang menyerang biji benih mengakibatkan biji benih

A. retak C. berlubang

B. lembut D. mengecut

16. Apakah yang dimaksudkan dengan sanitasi makanan?

A. Penyediaan dan hiasan sajian makanan.

B. Penyenggaraan alatan memasak dengan sempurna.

C. Pembersihan bahan-bahan mentah sebelum dimasak.

D Pengawalan kebersihan dan keselamatan dalam penyediaan dan penyimpanan


makanan.

17. Berikut merupakan kesan terhadap kesihatan apabila sanitasi makanan tidak dipatuhi,
kecuali _____________

A. muntah

B. sakit perut

C. mual dan pening kepala

D. masalah obesiti atau kegemukan.


18. Apakah yang harus dilakukan pada bahan makanan sebelum dimasak?

A. disimpan di bawah tudung C. dicuci dengan bersih

B. diperap dengan air garam D. direbus dengan air panas

19. Makanan yang berlebihan dapat disimpan di

I. dalam peti sejuk III. dalam bekas bertutup

II. dalam almari IV. dalam kotak

A. I,II dan III C. I, III dan IV

B. I, II dan IV D. II, III dan IV

20. Gambar di atas menunjukkan cara pemakaian semasa menyediakan makanan.


Apakah X?

A. Kep C. Kopiah

B. Topi D. Sarung kepala


21. Bilakah alatan di atas digunakan?

A. Semasa memasak makanan

B. Semasa menyajikan makanan

C. Sebelum kerja-kerja memasak dilakukan.

D. Semasa menyediakan dan menghidangkan makanan.

22. Apakah nama alatan seperti ditunjukkan di atas?

A. Sudip C. Kutleri

B. Senduk D. Penyukat

Soalan 23 dan 24 berdasarkan gambar di bawah.

23. Apakah nama alatan memasak seperti gambar di atas?

A. Kuali C. Ketuhar

B. Periuk D. Mangkuk adunan

24. Manakah antara berikut merupakan kegunaan alatan di atas?

I. Mereneh makanan III. Menggoreng makanan


II. Merebus makanan IV. Membakar dan memanggang

A. I dan II C. III dan IV

B. II dan III D. I dan IV

25. Suzana ingin membantu ibunya mengisar bawang dan cili. Manakah antara alatan
berikut boleh digunakan Suzana?

A. C.

B. D.

26. Yang manakah antara berikut merupakan sajian ringan, berkhasiat dan mengenyangkan?

I. Sarapan Pagi III. Minum petang

II. Makan tengah hari IV. Makan malam.

A. I dan II C. II dan IV

B. I dan III D. III dan IV

27. Manakah antara berikut sesuai sebagai menu sarapan pagi?

A. C
Menu A Menu C

Nasi putih Roti sandwich


Ayam goreng Tembikai susu
Sayur campur Air teh
Air masak
B. D.
Menu B Menu D

Mi goreng Popia goreng


Nasi lemak Tauhu bakar
Buah betik Air milo
Air teh Air masak

28. Julia ingin menyediakan menu untuk minum petang berkonsepkan hidangan
tempatan. Manakah antara berikut sesuai dipilih oleh Julia?

A. C.
Menu A Menu C

Popia basah Karipap sardin


Buah kiwi Buah strawberi
Jus oren Jus kiwi

B. D.
Menu B Menu D

Cekodok pisang Lamb chop


Buah betik Buah tembikai
Air teh Jus nenas
29. Manakah antara hidangan berikut sesuai diambil senagai hidangan makan tengah
hari?

I. Nasi putih dan gulai ayam

II. Sayur campur dan hirisan betik

III. Karipap dan muffin kek

IV. Chicken chop dan kentang goreng

A. I dan II C. II dan IV

B. I dn III D. III dan IV

30. Yang manakah antara berikut ada pada label pembungkusan makanan?

I. Nama makanan III. Tarikh luput

II Berat makanan IV. Gambar pengeluar

A. I, II dan III C. I, III dan IV

B. I, II dan IV D. II, III dan IV

Bahagian B

Jawab semua soalan di ruang yang disediakan.

A. Tuliskan nama alatan tangan dan padankan dengan fungsinya yang betul. ( 10 Markah )
D. Namakan haiwan atau serangga perosak yang berikut. ( 4 Markah )

1. 2.

_____________________ ____________________

3._____________________ 4. _________________________

E. Susun semula cara-cara menyediakan telur separuh masak di bawah ( 1 4 )

Masukkan telur ke dalam bekas perebus telur.

Periksa telur dan basuh telur sehingga bersih

Masak air sehingga mendidih di dalam cerek elektrik.

Tuang air mendidih ke dalam bekas perebus telur dan tutup. Biarkan selama

3-5 minit

( 4 Markah )
D. Padankan gambar di bawah dengan kerja-kerja pembersihan yang dilakukan. (4 Markah)
E. Perhatikan label pembungkusan di bawah kemudian lengkapkan rajah di bawah dengan
menulis maklumat yang ada pada label tersebut. ( 8 Markah )

############################# Soalan Tamat ###############################

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

.
Pn Siti Zaleha Sunata Pn Suraya Hani Yaakub Pn Hjh Hasmah Hj Hitam
Guru RBT Tahun 5 Setiausaha Panitia Guru Besar
Reka Bentuk dan Teknologi SK Dato Demang Hussin

You might also like