You are on page 1of 7
KETUA SETIAUSAHA Secretary General KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Ministry of Education Malaysia ARAS 8, BLOK E8. KOMPLEKS E Telefon : 03-8884 6069 PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN Faks : 03-8888 5124 62604 PUTRAJAYA Laman Web: hitp://www:moe.gov.my Ruj. Kami: KP(BKEW/BT)1800/G-03 Jid.2 (s.k 5) (11) (3) Tarikh 8 Mei 2013 ‘Semua Pengarah Pelajaran Negeri Jabatan Pelajaran Negeri Semua Pegawai Pelajaran Daerah Pejabat Pelajaran Daerah Semua Guru Besar YBhg Datuk/Dato'/Tuan/Puan, SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL. 1 TAHUN 2013 RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN DI SEKOLAH RENDAH TUJUAN Surat Pekeliling ini bertujuan untuk menggariskan peraturan dan tatacara pentadbiran, pengurusan kewangan dan perakaunan dalam melaksanakan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah rendah mulai bulan Mei tahun 2013. LATAR BELAKANG 2. Surat Pekeliling Kewangan (SPK) Bil.7 Tahun 2010 telah menggariskan tatacara pengurusan kewangan dan perakaunan yang berkaitan dengan RMT. Terdapat beberapa pindaan yang perlu dibuat penambahbaikan selaras dengan perubahan dasar dan keperluan semasa. oy KRITERIA KELAYAKAN 3, Kriteria kelayakan bantuan RMT adalah seperti berikut: i) Murid warganegara Malaysia dari Tahun 1 hingga Tahun 6 di semua Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan; ii) Pendapatan Ketua Isi Rumah (KIR) adalah di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK) Nasional semasa: ili) Murid yang bersekolah di Sekolah Orang Asli/Penan dan Murid Berkeperluan Khas (OKU) layak secara automatik; dan iv) Semua murid yang tinggal di asrama TIDAK LAYAK menerima RMT. KADAR DAN TEMPOH PELAKSANAAN 4, Kadar RMT adalah RM1.80 sehari bagi setiap murid di Semenanjung Malaysia dan RM2.05 bagi setiap murid di Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Tempoh pelaksanaan RMT adalah tidak melebihi 190 hari setahun. 5, Pelaksanaan RMT bermula pada hari pertama persekolahan, manakala bagi murid Tahun 1 dan kes keciciran permohonan (Tahun 2 hingga 6), bermula pada 1 Februari tahun semasa. 6. RMT tidak dilaksanakan sepanjang bulan Ramadhan bagi murid yang beragama Islam dan pembelian makanan untuk dibawa pulang adalah TIDAK DIBENARKAN. TATACARA PERMOHONAN 7. Murid perlu mengisi borang permohonan RMT seperti di Lampiran A dan dikemukakan kepada sekolah untuk pertimbangan Jawatankuasa Bantuan Peringkat Sekolah. ogy: Er 8 Senarai murid yang layak akan dikemukakan ke Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) untuk semakan dan dikemukakan ke Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) untuk pengesahan dan kelulusan. 9, JPN hendaklah mengemukakan bilangan murid yang layak ke Bahagian Kewangan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) selewat-lewatnya pada minggu ke-3 bulan Disember tahun semasa (Tahun 1 hingga Tahun 5, tahun semasa) dan selewat-lewatnya pada minggu ke-4 bulan Januari tahun berikutnya bagi murid Tahun 1 dan kes keciciran permohonan (Tahun 2 hingga 6) dengan menggunakan borang di Lampiran B TATACARA PERAKAUNAN DAN PEMBAYARAN 10. Bahagian Kewangan akan menurunkan waran peruntukan kepada semua JPN selewat-lewatnya minggu ke-2 bulan Januari setiap tahun 141. JPN/PPD hendaklah mengagihkan peruntukan RMT ke sekolah dalam tempoh tujuh (7) hari selepas waran peruntukan diterima dan satu salinan surat agihan hendaklah dihantar ke sekolah berkenaan. 12, Sekolah yang menerima peruntukan RMT hendaklah mengakaunkan jumiah yang diterima di bawah lajur pelbagai dalam Buku Tunai Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) dan menyelenggarakan Akaun Subsidiari RMT. PELARASAN PERUNTUKAN KEWANGAN 13, Sekolah yang mempunyai pertambahan murid yang layak mendapat RMT boleh memohon peruntukan tambahan kepada PPD/JPN sebelum 28 Februari tahun semasa,

You might also like