You are on page 1of 114

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Tajuk 1 PENGENALAN KEPADA DISLEKSIA

1.0 SINOPSIS

Adakah anda tahu tentang definisi dan konsep disleksia? Anda akan dapat
memahaminya dengan jelas jika anda mengikuti modul ini dengan tekun dan
bersungguh-sungguh. Di samping itu, anda juga dikehendakki membuat latihan dan
tugasan yang di berikan bagi memantapkan penguasaan anda dalam bab ini.

1.1 HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, anda dapat:

1. Menjelaskan definisi dan konsep disleksia.


2. Menjelaskan sejarah pendidikan disleksia.
3. Mengenalpasti faktor-faktor berlakunya disleksia.
4. Menghuraikan jenis-jenis disleksia.

1.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK

Pengenalan
kepda
disleksia

Sejarah
pendidikan Faktor-faktor Akta,
Definisi dan disleksia di berlakunya Jenis-jenis peraturan,
konsep Malaysia dan disleksia Disleksia arahan dan
luar negara pekeliling

1
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

1.3 DEFINISI DAN KONSEP DISLEKSIA

Disleksia berasal daripada gabungan perkataan Greek dys yang bermaksud


kesukaran dan lexis bermaksud bahasa. Secara literalnya, disleksia bermaksud,
kesukaran dalam berbahasa (Ott 1997 dalam Sheila & Samsilah 2006).

Penyelidikan awal telah mendefinisikan disleksia dengan nama yang berlainan


berdasarkan konsep yang berlainan. Di antaranya, disleksia dinama sebagai word
blindness dalam kajian Kerr (1897) dan Kussmaul (1877), congenital word
blindness (Minshel Richardson 1917), strephosymbolia (Orton 1937), specific
reading disability (Eustis, 1947), reading disability (Kirk & Bateman 1962), specific
development dyslexia (Critchley 1970), unexpected reading failure (Symmes &
Rapoport 1972), poor reading (Olson et al. 1985) dan sebagainya.

Definisi terkini disleksia adalah sebagai suatu masalah kognitif (Thomson 1984
dalam Sheila & Samsilah 2006). Mohd. Sharani (2004) menjelaskan maksud dyslexia
adalah kanak-kanak yang tidak dapat membaca kerana tidak dapat menterjemahkan
dengan betul lambang-lambang bertulis sama ada dalam huruf itu sendiri, dalam
suku kata ataupun dalam perkataan-perkataan.

Definisi operasional disleksia yang pertama dikeluarkan oleh World Federation


of Neurology (1968) dalam Sheila & Samsilah (2006) adalah seperti berikut:

Suatu kecelaruan pada kanak-kanak di mana, meskipun mereka


melalui pengalaman bilik darjah konvensional, gagal mengusai
kemahiran bahasa seperti membaca, menulis dan mengeja yang
selaras dengan kemampuan intelektual mereka.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2004) mendefinisikan murid yang mengalami


masalah pembelajaran spesifik disleksia ialah murid-murid yang mempunyai
kecerdasan mental yang searas atau melebihi murid-murid biasa tetapi mempunyai

2
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

kesukaran yang tinggi dalam kemahiran mengeja, membaca dan menulis. Selain itu,
pelajar yang bermasalah pembelajaran spesifik disleksia akan menunjukkan trait-trait
yang berbagai jenis, termasuk kelemahan membaca, bertutur, penulisan dan
keupayaan kefahaman.

Mengikut Snowling(2000), kanak-kanak disleksia merujuk kepada kanak-


kanak yang mempunyai masalah membaca yang tidak boleh diterangkan oleh faktor-
faktor kecerdasan intelek yang rendah, ketidakupayaan deria, masalah emosi,
kekurangan peluang pendidikan ataupun kekurangan dalam latar belakang
sosioekonomi.

Penyelidik-penyelidik selama ini mendefinisi disleksia berdasarkan konsep dan


teori masing-masing, sesetengah pihak mendefinisikan disleksia dari perspektif
kognitif dan sesetengah dari perspektif neurobiologikal. International Dyslexia
Association mendefinisikan disleksia sebagai ketidakupayaan pembelajaran berasas
bahasa. Definisi disleksia yang dicadangkan oleh International Dyslexia Association.
(2003a; 2003b) adalah seperti berikut :

Dyslexia is a language-based, neurobiological learning disability in


which an individual ha difficulty with word recognition, spelling, and
decoding. These problems are often a result of a phonological deficit.
Consequently, people who have dyslexia frequently have secondary
problems in reading comprehension, vocabulary growth, and
development of background knowledge. Dyslexia is not due to a lack of
intelligence. A gap between potential and achievement exists.

Walaupun terdapat banyak definisi dan penjelasan mengenai disleksia, secara


umumnya penyelidik-penyelidik bersetuju bahawa :

3
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

1. Disleksia mempunyai asas biologikal dan berpunca dari keturunan


neurologikal.
2. Masalah disleksia akan berlanjutan hingga ke peringkat remaja dan
dewasa.
3. Disleksia mempunyai dimensi persepsi, kognitif dan bahasa.
4. Disleksia akan mengakibatkan kesukaran dalam banyak area dalam
hidup seseorang individu.

Latihan :
1. Rujuk kepada dua buah buku berkaitan disleksia, dan beri
definisi yang diberikan oleh kedua-dua pengarang buku tersebut.
Adakah definisi yang di berikan sama dengan definisi yang ternyata
di dalam modul ini. Jika ada kelainan sila nyatakan kelainan dalam
definisi yang di berikan.

Pastikan sumber rujukan di senaraikan seperti, nama


pengarang,nama buku,muka surat,nama penerbit serta tahun
terbitan.

1.4 SEJARAH PENDIDIKAN DISLEKSIA

4
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Malaysia
Penubuhan program disleksia telah dirancang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
sejak pengambilan kumpulan pertama guru-guru untuk menjalani kursus disleksia
selama empat belas minggu . Akhirnya, program ini telah dapat direalisasikan pada
13 Mac 2004 dengan memilih Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail (2)
Sebagai sekolah pra-rintis program disleksia.

Program ini dimulakan dengan hanya tujuh orang murid dan dua orang
guru. Subjek yang diajar pada masa itu adalah Bahasa Malaysia. Kini, program
disleksia di sekolah mempunyai tiga puluh tiga orang murid dan empat orang guru
yang mengajar subjek-subjek utama seperti Bahasa Malaysia, Sains dan Matematik.
Murid-murid disleksia dikehendaki mengikuti pembelajaran subjek-subjek lain di kelas
arus perdana.Pelancaran rasmi program disleksia di Peringkat Kebangsaan telah
disempurnakan di Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail (2) pada 16 Jun 2004,
oleh Yang Bahagia Puan Hajah Siti Zaharah binti Mat Akib iaitu Timbalan Ketua
Pengarah Pelajaran, Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Luar Negara
Perkembangan sejarah disleksia bermula seratus tahun sebelum ini. Pada tahun 1895,
Hinshelwood telah menyiarkan satu artikel dalam journal The Lancet. Dalam artikel
tersebut, beliau telah mengemukakan isu ingatan dan buta huruf (word blindness). Artikel
tersebut telah memberi ilham kepada Pringle Morgan, seorang doktor di Seaford,
menerangkan kes seorang kanak-kanak lelaki yang berumur 14 tahun yang cerdik tetapi
tidak boleh belajar membaca. Artikel beliau telah disiarkan dalam British Medical Journal
pada tahun 1896. Dalam kajian klasik ini, Morgan menerangkan keadaan seorang kanak-
kanak lelaki yang berusir 14 tahun mengalami congenitial word blindness.

Setelah kajian Morgan, ramai penyelidik berminat dalam menjalankan kajian berkait
dengan disleksia dan mengemukakan pandangan mengenai berlakunya disleksia
berdasarkan konsep dan teori mereka masing-masing. Di antaranya, Hinshelwood telah
menimbulkan kesedaran sosial dan klinikal untuk melihat disleksia sebagai isu perubatan.

5
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Pada tahun 1917, Hinshelwood telah mengemuka artikel mengenai Congenital Word
Blindness, satu kekurangan yang melibatkan perolehan dan penyimpanan ingatan visual
tentang huruf dan perkataan di otak. Menurut beliau, kekurangan tersebut adalah diwarisi,
tetapi boleh diubati dan ia berlaku lebih di kalangan lelaki daripada perempuan

Tokoh-Tokoh Luar Negara

Samuel Orton seorang psychiatrist dan neurologist di gelar sebagai Father of


Dyslexia. Pada tahun 1926, beliau telah melakukan pembentangan Interpretation of
Developmental Reading Disability to The American Neurological Association. Di
Amerika, Samuel Torrey Orton (1937) berpeluang mengkaji ketidakupayaan bahasa
pesakit baliau selain mefokuskan kajian pada aspek ketidakupayaan bahasa dan
mendapati terdapat hubungan antara kelewatan dalam belajar membaca dengan
faktor lain, seperti penggunaan tangan kiri atau penggunaan mata kiri. Beliau juga
mencadangkan teori strephosymbolia yang mefokus pada terbalik huruf atau
perkataan dan beliau mencadangkan bahawa individu disleksia mempunyai
kekurangan persepsi visual pada huruf, berkemungkinan berpunca dari
ketidakfungsian otak.

Seterusnya, Anna Gillingham seorang tokoh yang telah menganalisis dan


mengadakan prosedur mengajar dalam Bahasa Inggeris yang telah di rintis oleh
Dr.Orton. Beliau juga telah melatih beberapa orang guru untuk menggunakan dan
membiasakan sistem ini. Anna Gillingham dan Bessie Stillman(1946):, telah menulis
dan menghasilkan sebuah buku mengenai teknik dan cara untuk kanak kanak
disleksia, yang bertajuk Remedial Training for Children with Specific Disability in
Reading, Spelling and Penmanship.

Tokoh-tokoh Malaysia

6
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Rosana (1998) menyatakan bahawa kanak-kanak disleksia dapat dikesan melalui


ciri-ciri iaitu kosa kata tulisan yang tidak seimbang, lambat dalam bertutur, lemah
dalam menyusun ayat, pelupa, kurang kemahiran mengeja, seolah-olah faham ketika
proses P&P dalam kelas tetapi mendapat keputusan merosot dalam ujian, tidak tepat
dalam bacaan dan tidak terancang. Namun begitu, disleksia bukanlah suatu
kecacatan kerana tidak mempunyai kaitan dengan tahap kecerdikan atau IQ
seseorang

Sofiah (2000) menyatakan bahawa disleksia dapat disembuhkan dengan


bantuan rawatan (BOLD 2000). Hasil daripada kajian pakar perubatan dengan
mendapati kanak-kanak disleksia dari segi fizikal adalah aktif (Zabidi 2000).

Coralie (2000) menyatakan bahawa lazimnya kanak-kanak disleksia diberi


peluang pendidikan seperti kanak-kanak biasa. Proses mengenalpasti dan
merancang keperluan pembelajaran kanak-kanak disleksia ini adalah sangat penting.
Rosana (1998) menyatakan bahawa secara keseluruhannya pelajar disleksia adalah
lemah dalam pembelajaran. Mereka bersikap pelupa dan tidak tepat serta lambat
dalam bertutur. Irwin (2000) turut bersetuju bahawa individu yang menghadapi
masalah disleksia tersebut memerlukan satu program khusus untuk belajar
membaca, menulis dan mengeja. Hal ini kerana rogram pengajaran biasa tidak
selalunya efektif untuk pelajar-pelajar disleksia. Malah, beliau juga menyatakan
bahawa alternatif pengajaran adalah perlu sekali dititikberatkan oleh guru. Contohnya
menjalankan aktiviti dengan melibatkan penggunaan pelbagai deria pelajar dalam
pengajaran dan pembelajaran seperti task-on.

Antara selebriti dan tokoh terkemuka dunia yang dikatakan mempunyai


masalah disleksia seperti yang dilaporkan dalam Time Magazine bertarikh 8
September 2003 ialah Thomas Edison, Tom Cruise, Whoopi Goldberg dan bekas
Perdana Menteri Singapura iaitu Lee Kuan Yew.

7
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Latihan:

1. Terdapat ramai tokoh terkenal yang telah memberi sumbangan


pada bidang disleksia. Selain daripada tokoh-tokoh yang telah di
sebutkan di atas sila perkenalkan beberapa orang tokoh dan
institusi yang terdapat dalam negara dan luar negara dan
terangkan peranan/ sumbangan mereka terhadap bidang
disleksia. (Contohnya Margaret J Snowling, T.R. Miles, Gavin
Reid dan lain-lain.)

2. Cuba melayari laman web untuk mencari maklumat lebih lanjut.

http://www.psychtesting.org.uk/hotissues.asp?id=83

http://www.interdys.org/

1.5 FAKTOR-FAKTOR DISLEKSIA

8
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Mengikut Mercer(1997); Hammond dan Hughes(1996) dan Spaafford dan


Grosser(1996), antara punca-punca disleksia ialah;

1.5.1 Keturunan atau genetik

Kajian-kajian dijalankan sejak dekad 19 menunjukkan disleksia dipengaruhi


faktor keturunan. Kajian pertama mengenai disleksia berkait dengan genetik yang
diterbit adalah kajian Hallgren pada 1950 yang bertajuk Specific dyslexia
("congenital word blindness): A clinical and genetic study. Beliau telah melakukan
kajian terhadap 276 orang kanak-kanak yang mengalami disleksia di Child Guidence
Clinic, didapati sebanyak 88% daripada subjek mempunyai masalah pembelajaran,
sama seperti masalah yang dihadapi ahli keluarga mereka. Berdasarkan keputusan
kajian, Hallgren mencadangkan bahawa disleksia perkembangan (developmental
dyslexia) dipengaruhi faktor keturunan.

Kajian yang dijalankan oleh Shaywitz & Shaywitz (2005) telah menunjukkan
disleksia dipergaruhi faktor keturunan, iaitu terdapat 25% hingga 50% daripada
kanak-kanak di mana ibu bapanya mengalami disleksia akan juga mengalami
disorder tersebut,

Dalam 20 tahun kebelakangan ini, dengan perkembangan penggunaan


teknologi genetik dan metodologi statistikal dalam mendiagnosis disleksia, telah
menunjukkan terdapat faktor genetik menyumbang dalam berlakunya disleksia.
Selepas itu terdapat kajian-kajian menunjukkan kromosom 1p (Grigorenko et al.
2001), kromosom 2pll (Peyrard-Janvid et al. 2004), kromosom 3 dan kromosom 6p
telah dikenal pasti terlibat dalam mempengaruhi genetik seseorang individu
mengalami disleksia. Selain itu, terdapat juga kajian menunjukkan kromom 18p112
berkait dengan kekurangan kesedaran fonem. Ini menunjukkan terdapat beberapa
gen yang berkait dengan berlakunya disleksia.
1.5.2 Perkembangan

9
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangannya pada bahagian


tertentu dalam sisitem saraf. Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang
daripada kanak-kanak perempuan. Tahap dan keadaan perkembangan yang
berlainan merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia.

Secara umumnya, faktor perkembangan kanak-kanak disleksia dapat dilihat


daripada beberapa aspek:

A. Faktor neurobiological

Individu mengalami disleksia akibat daripada fungsi otak yang berlainan


dengan individu lain.

Sally Shaywitz, Overcoming Dyslexia, 2003

Oleh kerana ketidakaktifan pada laluan neural dalam otak, individu disleksik
mengalami masalah dalam menganalisis perkataan dan menterjemahkan huruf
kepada bunyi. Keadaan ini akan berlanjutan walaupun usir meningkat, dan masih
akan kurang lancar dalam membaca.

10
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

B. Faktor kerosakan kognitif

i. Visual deficits

Individu disleksik dikatakan mengalami kesukaran gerakan motor-visual


semasa membaca bahan cetakan. Garzia et. al.( 1993) mencadangkan keadaan
tersebut berlaku akibat daripada sistem magnocellular visual, di mana pembaca
disleksia mengalami kesukaran membaca, contohnya mendapati huruf terbalik, tidak
dapat membezakan bentuk huruf yang seakan-akan sama, sukar membatangkan
suku kata.

11
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

ii. Phonological (speech) processing deficits

Sesetengah penyelidik cuba menerangkan faktor berlakunya disleksia dari


segi pemprosesan fonologikal. Individu mengalami kekurangan dalam memperolehi
kemahiran fonologikal kerana ketidakupayaan memproses bunyi dengan tepat,
kesukaran mengekalkan hubungan huruf-bunyi dalam ingatan jangka pendek.

1. Rujuk kepada buku-buku disleksia, rumuskan faktor-faktor


berlakunya disleksia dan jelaskan dengan lebih lanjut mengenai
faktor-faktor tersebut. Jangan lupa seorang guru profesional tidak
akan lupa memberi sumber rujukannya. Adakah anda seorang guru
profesional?

2. Cuba melayari laman web untuk mencari maklumat lebih lanjut.


http://www.understanding-learning-disabilities.com/index.html

12
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

1.6 JENIS JENIS DISLEKSIA

1.6.1 Perolehan

Menurut Ott (1997), disleksia perolehan (acquired dyslexia) adalah kesan dari
kerosakan pada otak seperti kecederaan pada otak atau ketumbuhan dalam otak
yang di alami sejak kelahiran. Terdapat empat jenis simptom yang berlainan pada
kanak-kanak yang mengalami disleksia perolehan, iaitu :

I. Disleksia yang dalam teruk (deep disleksia) dan dikenali juga (phonemic
disleksia) yang melakukan kesilapan menyebut ketika membaca, yang
menyebabkan makna berubah
II. Disleksia phonologi yang tidak boleh menyebut atau membaca perkataan dan
bukan perkataan

III. Disleksia permukaan yang melibatkan gangguan penglihatan seseorang


kanak-kanak dalam mendiskriminasi abjad atau perkataan yang rupanya agak
sama

2. Perkembangan

Disleksia perkembangan merupakan salah satu gangguan perkembangan fungsi


otak. Disleksia dianggap suatu masalah yang disebabkan oleh gangguan dalam daya
ingat (memori) dan pemprosesan central yang disebut kesulitan membaca.Seperti
yang sudah diutarakan di atas, disleksia perkembangan disebabkan oleh kelainan
genetik. Gangguan perkembangan tersebut hanya terjadi pada bahagian otak yang
berhubungan dengan bahasa khususnya jalur membaca (jalur yang menghubungkan
antara pusat penglihatan dengan pusat bahasa). Namun, walau perkembangan di
pusat bahasa terganggu, otak individu disleksia mampu membuat kompensasi
dengan perkembangan pada pusat lainnya.

13
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

1. Terdapat 2 jenis disleksia yang telah di senaraikan di atas,


senaraikan jenis-jenis disleksia yang lain. Mengapa terdapat
banyak jenis disleksia? Sila rujuk kepada beberapa buah buku
disleksia bagi menjawab soalan di atas.

2. Cuba melayari laman web untuk mencari maklumat lebih lanjut.


http://www.understanding-learning-disabilities.com/index.html
www.macalester.edu/

1.7 AKTA

14
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Pendidikan khas semakin diberi perhatian sejak penggubalan semula Akta


Pendidikan 1961 kepada Akta Pendidikan 1996 iaitu menyediakan khusus yang
berkaitan dengan pendidikan Khas. Perlaksanaan Dasar Pendidikan Wajib di
Peringkat Rendah 2003 melalui perintah Pendidikan (Pendidikan Wajib) 2002 yang
memberi peluang kepada semua warga Malaysia yang berumur 6 tahun untuk
mendapat pendidikan di institusi yang disediakan oleh pihak kerajaan melalui
Kementerian Pendidikan Malaysia. Sistem pendidikan ini menyediakan peluang
kepada semua rakyat dalam lingkungan umur kelayakan untuk mendapat pendidikan
secara percuma. Dasar Pendidikan Untuk Semua, serta Dasar Pendemokrasian
Pendidikan yang dilancarkan sebelum ini akan diperkukuhkan lagi oleh perlaksanaan
Dasar Persekolahan Wajib.

Contoh akta pendidikan khas adalah, Akta Pendidikan Khas 1997 Bahagian II 3(2)
seksyen 41. Mengikut akta tersebut semua pelajar bekeperluan khas yang boleh
dididik & mampu mengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada bantuan orang lain-
boleh diterima bersekolah. Selain itu,terdapat pelbagai tahap pendidikan yang
disediakan oleh kerajaan kepada murid murid bekeperluan khas di Malaysia
antaranya :

I. prasekolah,
II. sekolah harian biasa rendah dan menengah
III. sekolah menengah teknik atau vokasional, dengan menggunakan
pendekatan pengajaran berasingan dan separa inklusif.
IV. pendidikan khas integrasi pula adalah untuk yang bermasalah
pembelajaran, penglihatan, dan pendengaran.

Selain itu, pelbagai syarat telah di tetapkan sekiranya ibu bapa ingin
mendaftarkan anak mereka ke sekolah,antaranya

15
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

I. Tadika(berusia tidak kurang 6 tahun),


II. Sekolah Rendah(berusia 6+ hingga 14+ tahun) dan
III. Sekolah Menengah (13+ hingga 19+ tahun)
IV. Semua kanak-kanak ini mestilah mendapat pengesahan daripada ketiga-tiga
panel.KPM,JKM,Pegawai perubatan

Akta orang cacat di malaysia pula adalah,


I. Penyamaan Peluang Dan Penyertaan Penuh (pendidikan,
perniagaan/pekerjaan, sukan, Pemulihan, Aksesibiliti, Perkhidmatan
Sokongan, Keselamatan Sosial.
II. Peruntukan Berkaitan Diskriminasi Berdasarkan Kecacatan
III. Suruhanjaya Orang Kurang Upaya(mengendalikan aduan dan menyiasat
pendakwaan)

Matlamat Akta Orang Cacat 2002 adalah untuk:

I. memastikan bahawa orang kurang upaya di Malaysia mempunyai hak yang


sama di bawah undang-undang seperti masyarakat lain
II. Untuk menghapuskan, sejauh mana yang boleh, diskriminasi terhadap
seorang atas sebab kurang upaya (kecacatan) dalam beberapa aspek
hidup
III. Untuk menggalakkan pengiktirafan serta penerimaan prinsip bahawa orang
kurang upaya diberi peluang yang sama dan penyertaan sepenuh di
kalangan masyarakat untuk membolehkan mereka hidup sebagai rakyat
yang berhak di negara ini.

1. Rujuk kepada beberapa buku mengenai akta pendidikan khas


dan terangkan maksud akta itu tersendiri dan huraikan matlamat
akta berkaitan dengan disleksia.

16
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

2. Cuba melayari laman web untuk mencari akta-akta berkaitan


disleksisa. Apakah perbezaan akta-akta tersebut dengan akta-akta
Malaysia?

17
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Tajuk 2 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DISLEKSIA

2.0 SINOPSIS

Tajuk ini akan memberi pengetahuan kepada anda berkaitan dengan


perkembangan kanak-kanak disleksia dari segi ciri-ciri kanak-kanak disleksia dan
masalah utama kanak-kanak disleksia.

Dapatkah anda mengagak bagaimanakah ciri-ciri kanak-kanak disleksia? Adakah


ciri-ciri kanak-kanak disleksia mempunyai persamaan dengan ciri-ciri kanak-kanak
normal? Apakah masalah utama yang dialami oleh kanak-kanak disleksia? Mungkin
jawapannya dapat anda temui melalui pembacaan modul ini seterusnya.

2.2 HASIL PEMBELAJARAN

1. Menjelaskan ciri-ciri kanak-kanak disleksia.


2. Mengenal pasti masalah-masalah utama kanak-kanak disleksia.

2.3 KERANGKA TAJUK-TAJUK

Perkembangan Kanak-
kanak Disleksia

Ciri-ciri kanak-kanak Masalah utama kanak-


disleksia kanak disleksia

2.4 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DISLEKSIA

18
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Bahagian ini akan membicarakan tentang ciri-ciri kanak-kanak disleksia dari


segi fizikal, kecerdasan, emosi dan sosial.

Kanak-kanak disleksia adalah lebih lambat perkembangannya berbanding


rakan yang sebaya daripada segi umur kronologikal seperti seorang kanak-kanak
disleksia berusia tujuh tahun sering berkelakuan seperti kanak-kanak berusia dua
ataupun tiga tahun yang mementingkan diri ( Cronin 1997: ms 111 dalam Sheila &
Samsilah 2006).

2.4.1 Ciri-Ciri Kanak-Kanak Disleksia

i. Ciri-ciri Fizikal:

Pakaian yang dipakai sentiasa bersih tetapi tidak kemas dan butang baju
sentiasa salah butang. Kekeliruan juga timbul di mana mereka sukar untuk
membezakan kiri dan kanan.

kanak-kanak ini tidak mempunyai kekurangan dari aspek fizikal


mereka mempunyai fizikal yang lengkap
cara mereka berpakaian sama dengan kanak-kanak normal yang
lain

ii. Ciri-ciri kecerdasan:

Kebanyakan mereka mempunyai kecerdasan yang sama dengan kanak-kanak


normal yang lain, malahan ada yang lebih baik daripada kanak-kanak normal yang
lain. Mereka tidak berminat dalam pelajaran dan selalu dilabelkan sebagai pemalas
dan bodoh.
iii. Ciri-ciri emosi

19
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Murung
Kurang berkeyakinan diri
Mudah geram
Bimbang

iv. Ciri-ciri sosial

kelihatan berkhayal dan tidak mendengar


Menghadapi kesukaran membaca isyarat sosial atau bahasa
badan
Masalah pergaulan sosial, keyakinan dan imej diri yang rendah dan
dibuli di sekolah
Menghadapi masalah ingatan dan turutan, kadang-kadang dianggap
berbohong
Konsep kendiri rendah

Ciri

AKTIVITI
Murid Murid Murid Normal
Disleksia Pemulihan
Fizikal
Emosi
Sosial
Kecerdasan

Dengan menggunakan jadual, buat banding beza antara murid disleksia, murid
pemulihan dan murid normal di kelas biasa.

2.4.2 MASALAH-MASALAH UTAMA KANAK-KANAK DISLEKSIA

20
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Masalah utama yang dialami oleh kanak-kanak disleksia ialah dari segi
bahasa, matematik, konsep kendiri, pengamatan dan pemprosesan maklumat.
Masalah-masalah tersebut dapat digambarkan dalam rajah berikut:

Rajah Menunjukkan Lima Masalah Utama yang Dialami oleh Kanak-kanak Disleksia

i. Masalah Bahasa

21
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Kanak-kanak yang didiagnosis mengalami disleksia kebanyakan


menunjukkan kesukaran dalam perkembangan bahasa pada peringkat pra-sekolah.
Salah satu masalah disleksisa adalah gangguan bahasa yang spesifik dan dapat
dilihat menerusi kekurangan kebolehan dan proses fonologikal. Kekurangn ini
dikatakan tidak ada hubungan dengan keupayaan kognitif ataupun akademik.
Disleksia ini juga boleh dijelaskan dengan pelbagai kesukaran yang dihadapi dalam
pelbagai bentuk dalam bahasa seperti membaca, menulis dan mengeja.

Secara basisnya, untuk belajar membaca, kanak-kanak perlu mengtadbirkan


satu set hubungan antara huruf cetakan dan bunyi pertuturan (fonem) kosa kata
lisan. Hubungan antara orthografik dan fonologi perlu dicapai pada tahap peroleh
dengan tepat untuk memastikan bahawa kosa-kata yang belum dijumpai sebelum ini
dapat didekod, kalau tidak, kanak-kanak akan menghadapi cabaran tentang kosa-
kata baru, kerana tidak mempunyai pengetahuan untuk dekod kosa kata. Kesedaran
bahawa semua kosa kata dapat dipecah kepada unit fonologikal membolehkan
pembaca menghubung huruf (orthografik) dengan pertuturan (fonologi) dan
seterusnya memecah kod bacaan. Untuk membaca, kanak-kanak perlu
mengembangkan insight bahawa kosa kata pertuturan boleh dipecah menjadi
fonem dan huruf dalam perkataan penulisan yang mewakili bunyi tersebut.
Bagaimana pun, kesedaran tersebut kurang ditunjukkan oleh kanak-kanak dan
dewasa disleksia.

Kanak-kanak disleksia tidak dapat mengimbangi daya mengingat huruf


dengan perkataan dan menghadapi masalah dalam mengingat bentuk huruf, bunyi
huruf dan gabungan perkataan. Antara huruf-huruf yang sering mendatangkan
masalah kepada mereka ialah huruf b dan d, dan perkataan yang ejaannya hampir
serupa.

Mempunyai kekeliruan susunan huruf. Contohnya: dan ditulis nad


Menambah huruf misalnya main ditulis maein
Menggantikan huruf saya menjadi caya

22
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Meninggalkan huruf, makan menjadi akan


Keliru dengan bunyi huruf-huruf vokal seperti a e i o u. epal ditulis
apel
Menulis ejaan yang tidak bererti misalnya makan ditulis mikan
Membalikkan suku kata misalnya, masa menjadi sama
Tidak dapat menulis dan menyebut perkataan-perkataan yang
mempunyai 3,4,5 suku kata
Sukar menyalin semula nombor-nombor, misalnya 6 ditulis 9

Kajian Kamhi & Catts (1986) juga mendapati kanak-kanak disleksia


menunjukkan kesukaran dalam memproseskan bahasa, mereka didapati
menunjukkan kekurangan dalam persepsi pertuturan, kesedaran fonologikal,
pengulangan membaca perkataan dan ayat dan menyebut dengan pantas (rapid
naming ).

ii Masalah Matematik

Kanak-kanak disleksia mengalami masalah matematik dari aspek-aspek berikut:

A. Ingatan jangka pendek dan ingatan kerja

Kesukaran dengan ingatan jangka pendek dan ingatan kerja akan


mempengaruhi keberkesanan pembelajaran dalam sifir, pengiraan mental. Namun,
kanak-kanak disleksia berkeupayaan dalam melihat pola dan gambaran besar.

B. Turutan/Sequencing

Adalah sukar untuk kanak-kanak disleksia mengira, terutamanya mengira


secara satu dengan satu. Mereka juga sukar mengira secara kebelakang(count
backwards) , contohnya 18 akan ditulis jadi 81. Mereka mungkin juga sukar dalam
mengingat turutan yang panjang, contohnya 4, 4, 4, 4.

23
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

C. Visual Perceptual

Kanak-kanak keliru dengan simbol +, , dan x atau 6 dan 9, 3 dan 8.

D. Kesedaran Ruangan

Kesukaran dalam menempatkan nilai nombor atau geometri, sukar untuk


mengkaitkan bentuk dua dimensi kepada tiga dimensi.

E. Masalah Penyusunan Bersiri

Kajian menunjukkan kanak-kanak disleksia sukar menyusun sesuatu secara


bersiri, seperti susunan bulan dalam setahun , susunan hari dalam seminggu,
susunan huruf , nombor dan ejaan-ejaan bagi perkataan-perkataan. Justeru, mereka
menghadapi masalah menghafal sifir ataupun mengingat susunannya.

Apabila ditanya secara spontan, Berapakah nilai 5 7 ? Mereka terpaksa


membaca sifir daripada awal sehingga sampai kepada nombor yang dikehendaki itu.
Ini bermakna penyelesaian satu masalah matematik yang mudah memerlukan masa
yang lama serta banyak tenaga dan usaha. Masalah yang sama juga berlaku dalam
operasi pembahagian. Hal sebeginilah yang dikatakan sabagai masalah
pemprosesan maklumat dalam diri seseorang individu.

iii Pengamatan

Individu disleksia juga menunjukkan daya pengamatan, pendengaran dan


penglihatan yang lemah. Secara umumnya individu disleksia mengalami masalah
pengamatan penglihatan dan pendengaran. Individu disleksia yang mengalami
kesukaran pada aspek pengamatan penglihatan akan menunjukkan masalah seperti
berikut:

24
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

mengeja vowel/vokal

memecah perkataan menjadi suku kata, contoh: membaca jadi me-mba-ca

gerakan visual Problems with Visual Movement

kedudukan visual

tumpuan visual

Individu disleksia mengalami kesukaran pada aspek pengamatan


pendengaran akan menunjukkan masalah seperti berikut:

rentakan bunyi: hot--mop

mengidendifikasi jumlah perkataan dalam sesuatu ayat

mengidendifikasi suku kata dalam sesuatu perkataan

mengidendifikasi setiap bunyi dalam perkataan

Menurut Learner (1971) dalam bukunya Children With Learning Disabilities,


pengamatan adalah satu proses untuk mengenal maklumat daripada tindak balas
panca indera ataupun mekanisma yang mentafsirkan sesuatu pergerakan panca
indera dengan kuasa intelek. Oleh yang demikian, guru perlulah mengkaji dan
membuat pemerhatian yang khusus bagi mengenal pasti ciri-ciri yang terdapat pada
murid yang mengalami masalah pengamatan. Terdapat 16 ciri yang dikenal pasti
ditonjolkan oleh murid disleksia yang mengalami masalah pengamatan. Berikut
adalah antara ciri-ciri masalah pengamatan yang ditonjolkan oleh murid disleksia:

Ciri pertama
Murid Disleksia lambat dalam membuat satu-satu pengolahan seperti
mengkelaskan satu-satu himpunan mengikut jenisnya. Contohnya seperti guru
memberi gambar rajah tumbuh-tumbuhan dan kenderaan seperti kereta, motor
dan lori, kemudian guru meminta murid untuk mengkelaskan gambar rajah

25
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

tersebut mengikut jenis yang diberikan. Namun apabila guru menyuruh murid
mula mengkelaskan gambar rajah tersebut, murid kelihatan memgambil masa
yang lama untuk mengkelaskannya. Hal ini adalah kerana, mereka kurang
faham dan tidak tahu untuk melakukan aktiviti tersebut, namun apabila mereka
faham dengan jelas arahan aktiviti, mereka dilihat sangat berminat untuk
melaksanakan aktiviti tersebut. oleh itu, guru perlulah membuat peneguhan
secara berulang kali bagi mengelakkan masalah kemahiran pengamatan
terjadi.

Ciri kedua
Murid disleksia mempunyai kesukaran dalam mengaitkan perkara yang
diketahuinya kepada situasi baru. Contohnya, murid mengetahui bagaimana
membezakan bentuk dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang
maujud, namun apabila diberi latih tubi murid tidak dapat membezakannya.

Ciri ketiga
Murid yang mengalami masalah pembelajaran sering cepat lupa, oleh itu
mereka memerlukan ulangan yang kerap. Sebagai contoh, guru
melaksanakan aktiviti menyebut perkataan yang mempunyai suku kata KV dan
KVK seperti bakar, sakit dan perut. Sekiranya guru memberi gambar
bersama dengan perkataan seperti gambar rumah, murid tersebut dapat
menyebut dengan lancar. Namun sekirannya guru tidak meletakkan gambar
rajah bersama dengan perkataan yang ingin disebut, murid dillihat tidak dapat
menyebut dengan lancar. Murid mengambil masa yang lama untuk
menyebutkan perkataan tersebut.

Ciri keempat
Murid disleksia lebih cenderung ke arah tindakan yang terburu-buru dan
memberi sesuatu keputusan tanpa berfikir. Contohnya, guru memberi latihan
kemahiran pengamatan penglihatn seperti mencantumkan dua suku kata
menjadi perkataan yang bermakna. Guru meletakkan suku kata di dalam satu

26
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

kotak dan murid perlu mengambilnya dan ditampalkan di papan putih. Apabila
aktiviti dimulakan, murid dilihat mencantumkan dua suku kata dengan betul,
namun perkataan yang dibina tidak mempunyai makna. Oleh yang demikian,
guru perlu membetulkan kesilapan murid dan menerangkan kepada murid
bahawa perkataan yang dicantum tidak membawa makna. Murid sepatutnya
berfikir terlebih dahulu sebelum cuba untuk mencantumkan dua suku kata
tersebut.

Ciri kelima
Murid disleksia lemah ko-ordinasi motor-mata tangan. Contohnya guru
memberi aktiviti seperti menyambungkan titik, apabila titik disambungkan ia
akan membentuk huruf seperti a, b dan c. Namun murid dilihat tidak dapat
menyambung titik dengan betul. Hal ini adalah kerana, murid tidak dapat
memegang pensil dengan betul dan tumpuan mata yang diberi terhadap
aktiviti yang dijalankan adalah kurang. Oleh itu bagi meningkatkan kemahiran
ko-ordinasi motor-mata tangan murid, guru seharusnya memperbanyakkan
lagi aktiviti yang melibatkan kedua-duanya digunakan dalam satu masa.

Ciri keenam
Murid disleksia mengalami masalah ketidakbolehan membuat keputusan
secara am. Contohnya, guru memberi aktiviti seperti meletakkan satu gambar
rajah di papan putih, kemudian guru menceritakan serba sedikit berkaitan
gambar rajah berkenaan seterusnya guru meminta murid untuk membuat
kesimpulan terhadap gambar rajah yang diberikan berdasarkan pengalaman
yang pernah dilalui oleh murid. Namun kesimpulan yang dibuat tidak menepati
gambar rajah yang diberikan. oleh itu, guru perlulah menggalakkan murid
untuk belajar membuat keputusan yang berkait rapat dengan persekitaran dan
memberi pendedahan yang teliti kepada murid berkaitan aktiviti supaya
mereka dapat membuat kesimpulan dengan baik.

ciri ketujuh

27
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Murid jenis ini dilihat susah sekali untuk turut serta dalam permainan kerana
mereka tidak dapat mengikut corak permainan. Contohnya, guru kelas
menganjurkan pertandingan membina ayat dengan perkataan yang diberikan.
Murid yang mengalami masalah kesukaran pengamatan tidak akan melibatkan
diri dan dilihat lebih banyak mendiamkan diri. Hal ini adalah kerana, mereka
tidak dapat menguasai kemahiran membina ayat tersebut. Oleh itu, guru
pemulihan perlulah mengajar murid asas pembina ayat yang mudah sehingga
murid mampu membina ayat sendiri, kemudian ke peringkat yang lebih sukar.

AKTIVITI

1. Anda telah membaca masalah pengamatan yang ditonjolkan oleh murid


disleksia. Apakah puncanya yang menyebabkan berlakunya masalah tersebut?

iv Konsep kendiri

28
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Kanak-kanak disleksia mengalami konsep kendiri yang menjejaskan masalah


sosial dan emosi mereka. Hal ini disebabkan kanak-kanak disleksia terpaksa
menempuh persekitaran dalam keadaan berbeza daripada rakan sebaya normal
yang lain.

Dr Samuel Orton menjelaskan bahawa pada peringkat pra sekolah kanak-


kanak disleksia ini masih mampu menyesuaikan diri dengan baik dan ceria. Masalah
mula wujud apabila mereka merasakan bahawa arahan-arahan dan bimbingan
daripada guru adalah tidak selaras dengan gaya pembelajaran mereka. Apabila
kanak-kanak ini masuk sekolah rendah, tekanan ke atas mereka semakin hebat
kerana tahap pembelajaran yang semaki sukar dan mementingkan kecemerlangan
akademik. Oleh itu, kanak-kanak disleksia ini berasa berputus asa kerana mereka
tidak dapat mengikut proses pembelajaran seperti rakan yang lain yang secara tidak
langsung menyebabkan mereka memberontak.

Namun demikian, kita juga perlu menyedari bahawa masalah sosial juga
merupakan salah satu kesan daripada masalah disleksia. Antara kesan yang
berkaitan dengan konsep kendiri kanak-kanak disleksia adalah seperti berikut :

Mengelak ke sekolah dan kerja rumah

Masalah ini adalah disebabkan oleh masalah pembelajaran yang dihadapi oleh
mereka di sekolah, umpamanya tugasan atau set latihan yang berat. Ibu bapa perlu
sentiasa bekerjasama dengan guru bagi memastikan tahap dan perkembangan
kanak-kanak disleksia ini sentiasa diberi perhatian agar mereka tidak terus
ketinggalan dalam proses pembelajaran. Di rumah ibu bapa perlu merancang dan
membuat sedikit aktiviti fizikal bagi menyeronokkan hati kanak-kanak disleksia selain
memberikan mereka masa rehat setelah pulang daripada sekolah.

Mudah putus asa

29
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Ramai kanak-kanak disleksia merasa kecewa di sekolah kerana semua usaha


mereka gagal, ditambah lagi dengan ejekan ataupun kemarahan yang diterima
daripada rakan-rakan dan guru. kebanyakkan kanak-kanak ini berhenti berusaha
keran mereka berasa lebih rela dimarahi apabila mereka tidak berusaha langsung
daripada mereka dimarahi setelah mencuba sedaya upaya tetapi tetap
mendatangkan hasil yang kuarng memuaskan.

v Pemprosesan maklumat

Satu lagi masalah yang sering dikaitkan dengan kanak-kanak disleksia adalah
masalah pemprosesan maklumat. Pemprosesan maklumat berkait rapat dengan
struktur otak seseorang. Ini adalah disebabkan oleh otak berfungsi untuk
menganalisis dan meneliti maklumat yang diperolehi oleh seseorang ke dalam bentuk
yang lebih lengkap. Seterusnya, maklumat-maklumat tersebut akan dihurai dan
diterjemah sama ada dalam pelbagai bentuk seperti lisan, tulisan dan sebagainya.
Masalah pemprosesan maklumat yang dialami mereka terbahagi kepada beberapa
aspek iaitu masalah pengkodan fonologi, masalah mengingat perkataan dan masalah
ingatan jangka pendek.

a. Masalah pengkodan fonologi

Pengkodan fonologi merujuk kepada hubungan sistematik antara huruf


dengan bunyi. Secara ringkasnya, kanak-kanak disleksia lazimnya mengalami
kesukaran dalam membezakan antara paku dengan pasu. Mereka juga tidak dapat
mendengar rima akhir yang sama antara perkataan. Umpamanya, apabila ditanya
apakah perkataan yang bunyi akhirnya sama dalam ayat Jack and Jill went up the
hill, mereka akan menjawab, Jack dan Jill.

Berdasarkan contoh di atas, ini bermakna mereka keliru dan sukar


membezakan perkataan yang hampir sama bunyinya. Begitu juga dengan harga
suatu barangan dalam bahasa Inggeris yang berunyi fifty cents ataupun fifteen cents.

30
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Kesukaran ini bukanlah disebabkan oleh masalah pendengaran, sebaliknya berkait


rapat dengan pemprosesan maklumat di dalam otak (Farrer, 1996).

b. Masalah mengingat perkataan

Dalam masalah ini, kanak-kanak disleksia dikatakan mempunyai masalah


untuk mengingat semula perkataan yang telah didengari mereka. Secara umumnya,
kanak-kanak disleksia dikatakan mempunyai kecerdasan yang normal. Kebanyakan
mereka mempunyai IQ yang normal dan sebahagian daripada mereka mempunyai
kecerdasan luar biasa. Walau bagaimanapun, mereka mempunyai masalah dalam
mencari semula perkataan.

Boleh Boleh melihat


mendengar

Errr

TETAPI bermasalah
memproses perkataan

Berdasarkan gambar yang ditunjukkan di atas, ini bererti kanak-kanak tidak


dapat menjawab soalan yang diberikan secara spontan. Mereka juga sering didapati
mengalami kesukaran mengingati nama kawan-kawan dan anggota keluarga dan

31
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

sering merujuk individu tersebut sebagai kawan saya di sekolah atau budak lelaki
itu . Mereka sukar mengingati fakta-fakta yang telah mereka dengar.

Seorang kanak-kanak disleksia mungkin dapat menghuraikan proses


penyebaran dalam subjek sains dengan panjang lebar, tetapi mereka mengalami
kepayahan menyenaraikan contoh tumbuhan yang menggunakan angin sebagai
mekanisma penyebaran. Selain itu, kanak-kanak disleksia juga cenderung menjadi
kaku dan membisu apabila ditanyakan soalan.

C. Masalah ingatan jangka pendek

Ingatan jangka pendek ataupun ingatan bekerja merujuk kepada stor di mana
maklumat yang sedang digunakan disimpan. Kanak-kanak disleksia didapati
menghadapi masalah memproses maklumat yang baru masuk dan pada masa yang
sama mengambil maklumat dari stor ingatan jangka panjang. Kesemua proses ini
akan mengumpul maklumat di stor ingatan jangka pendek bagi digunakan pada masa
itu. Ini bererti kanak-kanak disleksia tidak berupaya mengingati arahan-arahan
panjang yang diberikan. Sebagai contoh, pelajaran membuat origami dalam subjek
Pendidikan Seni, membuatkan mereka kehilangan punca kerana arahan yang terlalu
panjang dalam aktiviti tersebut .

Masalah yang serupa juga dihadapi oleh kanak-kanak disleksia apabila


berhadapan dengan soalan aneka pilihan. Untuk memilih jawapan yang tepat,
mereka perlu memegang satu soalan dan empat pilihan jawapan dalam stor ingatan
bekerjanya. Ini merupakan masalah berat bagi mereka. Oleh kerana itu , mereka
lebih berupaya menjawab dengan baik dalam soalan terbuka yang memberi ruang
untuk mereka berfikir dan menulis jawapan yang dikehendaki.

32
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya penyelidik-penyelidik bersetuju bahawa kanak-kanak


disleksia mengalami kesukaran pada aspek fonologikal, maka bagaimana mereka
mendapat kemujuan dalam pembacaan? Olson (1985) mencadangkan bahawa
kanak-kanak tersebut mempunyai kekuatan pada strategi visual untuk mengatasi
kelemahan fonologikal mereka, iaitu kanak-kanak disleksia mengguna kemahiran
visual dan pengetahuan terhadap perkataan dari lexican mental untuk mengenal
perkataan. Kajian Siegel et al. (1995) juga mendapati kanak-kanak disleksia
walaupun lemah dalam membaca perkataan-palsu jika berbanding dengan kanak-
kanak biasa, tetapi mereka bagus dalam tugasan mengenai orthographic. Sebagai
rumusan, kemahiran orthographic mereka sama bagus dengan kanak-kanak yang
tidak berdisleksia dan kemahiran tersebut membolehkan mereka menguruskan
tugasan bacaan.

Aktiviti 2

Anda telah membaca lima masalah utama yang dialami oleh kanak-
kanak disleksia. Dengan menggunakan peta minda, rumuskan
masalah-masalah yang dibelajari.
SELAMAT MAJU JAYA

Melayari laman web untuk mendapat maklumat tambahan.


http://archive.excellencegateway.org.uk/page.aspx?
o=framework4dyslexia

33
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Tajuk 3 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KANAK-KANAK


DISLEKSIA

3.0 SINOPSIS

Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan definisi dan konsep pengurusan
tingkah laku, faktor-faktor yang mempengaruhi salah laku, kesan salah laku terhadap
pembelajaran dan kepentingan pengurusan tingkah laku di kalangan murid-murid
berkeperluan khas.

3.1 HASIL PEMBELAJARAN

1. Memahami definisi dan konsep berkaitan dengan pentaksiran dan penilaian


kanak-kanak disleksia.
2. Menjelaskan kepentingan pentaksiran dan penilaian bagi mengenalpasti
kanak-kanak yang mempunyai masalah disleksia
3. Mengenal pasti bentuk-benmtuk ujian pengenalpastian/saringan serta ujian
diagnostik yang boleh dijalankan oleh guru-guru mata pelajaran atau guru-
guru yang dilantik khas.

34
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

3.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK

Pentaksirandan
PenilaianKanak
kanakDisleksia

Kepentingan Ujianujian
pentaksirandan Pengenalpastian/ UjianDiagnostik
penilaian Saringan

3.3 KEPENTINGAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN

Pengenalan

Pentaksiran bermaksud memperoleh maklumat dengan cara yang objektif dan


bersistem. Banyak perkara yang dijalankan dalam bilik darjah dapat dikategorikan
sebagai pengujian. contohnya, ramai guru meminta murid-muridnya mengisi
maklumat peribadi dalam suatu borang itu, antara perkara yang mungkin ditanya
ialah hobi murid dan sebabnya mereka berminat dengan hobi itu. Persoalan seperti
itu boleh dikategorikan sebagai pentaksairan.

35
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Pentaksiran biasanya melibatkan pengukuran. Pengukuran tidak semestinya


melibatkan maklumat yang diperolehi dalam bentuk nombor. Menurut Stevens
(1951), pengukuran ialah pemberian angka kepada objek atau peristiwa mengikut
kriteria tertentu dengan menggunakan satu skala yang ditetapkan. Ringkasnya,
pengukuran merupakan cara menggunakan nombor untuk mewakili maklumat yang
diperoleh dengan ringkas dan mudah.

Tujuan pentaksiran merujuk kepada Pierangelo & Giuliani (2006), menyatakan


bahawa pentaksiran dalam pendidikan mempunyai 5 tujuan iaitu :
a. Pemeriksaan dan Pengenalpastian (Screening and Identification)
b. Kelayakan dan Diagnosis (Eligibility and Diagnosis)
c. Penempatan dan Perkembangan RPI (IEP Development and
Placement)
d. Perancangan Pengajaran (Instructional Planning)
e. Penilaian (Evaluation)

Menurut Taylor( 1989 ), tujuan menjalankkan sesuatu pentaksiran dan penilaian


adalah :
1 Untuk mengidendifikasikan,
2 Menentukan dan menilai sesuatu program dan strategi pengajaran,
3 Menentukan tahap pencapaian dan keperluan pendidikan semasa,
4 Memutuskan klasifikasi dan program penempatan, dan
5 Menghasikan Rancangan Pendidikan Individu.

Menurut Pierangelo & Giuliani (2006), pentaksiran adalah merujuk kepada


pembangunan kemahiran-kemahiran yang memasukkan satu pengetahuan kerja bagi
komponen-komponen berikut bagi proses penilaian yang teratur bagi menentukan
jenis kecatatan yang sesuai :

a. Koleksi (Collection)

36
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Merupakan koleksi penyurihan dan pengumpulan maklumat daripada punca-


punca yang memberi maklumat daripada seseorang pelajar seperti maklumat
latar belakang pelajar, rekod sekolah, pemerhatian, penglibatan ibu bapa dan
laporan guru.

b. Analisis (Annalysis)
Pemerosesan dan pemahaman mengenai bentuk pendidikan pelajar, sosial,
perkembangan, persekitaran, perubatan dan sejarah emosi.

c. Penilaian (Evaluation)
Merujuk kepada penilaian pelajar, intelektual, psikologikal, emosi, persepsi,
bahasa, kognitif dan sejarah perubatan bagi menentukan kekuatan dan
kelemahan pelajar.

d. Keazaman (Determination)
Untuk mengetahui ketidakupayaan dan kriteria pengetahuan setiap kategori.

e. Syor/cadangan (Recommendation)
Mencadangkan penempatan dan program bagi keperluan pelajar dari segi
sekolah, guru dan penglibatan ibu bapa

3.3.1 Pengenalpastian masalah

Murid-murid yang dikenal pasti mempunyai masalah pembelajaran khusus akan


melalui proses pengenalpastian oleh guru-guru yang dilantik khas dalam bidang
disleksia ataupun guru-guru mata pelajaran. Mereka terdiri daripada murid-murid
yang gagal dalam PKSR 1 setelah mengikuti pendidikan di arus perdana selama
enam bulan. Murid-murid akan menunjukkan sintom-sintom disleksia seawal semasa
berada di peringkat pra sekolah. Maka, pengenalpastian seawal mungkin akan
membolehkan kanak-kanak disleksia mendapat intervensi yang sesuai seawal
mungkin.

37
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

3.3.2 Penempatan

Penempatan murid-murid yang dikenal pasti bermasalah dalam pembelajaran


disleksia dikenal pasti melalui :

a. Mereka di hantar ke kelas pemulihan khas selama empat bulan bagi


mengikuti program tersebut dan melepasi ujian mode yang dijalankan.
b. Sekiranya murid itu melepasi ujian mode yang diberikan oleh guru
pemulihan, dia akan dirujuk kepada guru program disleksia.
c. Guru program disleksia akan mengeluarkan satu salinan borang ISD
(Instrumen Senarai Semak Disleksia) yang perlu diberikan kepada guru
kelas untuk dibincang bersama guru subjek lain dan guru pemulihan.
d. Borang ISD yang telah lengkap diisi akan dikembalikan kepada guru
program disleksia untuk dinilai mengikut garis panduan yang telah
ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran
Malaysia.
e. Borang ISD beserta rumusan yang lengkap akan diserahkan kepada
Penyelaras Pendidikan Khas dan Guru Besar, untuk diserahkan kepada
ibu bapa atau penjaga murid tersebut bagi mendapatkan pengesahan
pengamal perubatan (iaitu dari Institut Pediatrik).
f. Sementara menunggu pengesahan doktor, murid tersebut akan diberi
Ujian Diagnostik oleh guru program disleksia bagi mengenalpasti
kelemahan dan kekuatannya dalam akademik. Selain dari itu dia
mengikuti sesi pelajaran di kelas biasa.
g. Setelah murid itu disahkan sebagai disleksik ia akan terus mengikuti
program disleksia. Jika bukan, ia akan dihantar ke kelas yang
sepatutnya.

3.3.3 Pemilihan strategi pemulihan

38
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Berdasarkan kekuatan dan kelemahan kanak-kanak disleksia, guru-guru boleh


mempelbagaikan strategi pemulihan.

3.4 UJIAN-UJIAN PENGENALPASTIAN /SARINGAN

British Psychological Society (1999) menyatakan bahawa murid mesti


memenuhi dua pra-syarat sebelum ianya boleh disaring untuk menentukan sama ada
ia mengalami disleksia atau tidak. Dua pra-syarat tersebut adalah:

a. murid telah mendapat pengajaran yang sesuai, relevan dan


memuaskan
b. murid telah diberikan langkah-langkah pemulihan yang dirasakan
sesuai.

3.4.1 Ujian Pengamatan

Menurut Janet W Learner (1971) dalam bukunya Children With Learning


Disabilities telah mentafsirkan bahawa pengamatan adalah satu proses untuk
mengenal maklumat daripada tindak balas panca indera atau pun mekanisme yang
mentafsirkan sesuatu pergerakan panca indera dengan kuasa intelek.

Menurut Janet W Learner pengamatan visual adalah kepayahan seseorang


khususnya kanak-kanak disleksia dalam melakukan tugasan untuk membezakan
abjad, perkataan serta mengecam angka, nombor, bentuk geometri dan gambar.
Dalam kata lain masalah visual dilihat kepada beberapa aspek antaranya tentang
perbezaan bentuk, saiz, mengecam bentuk huruf dan perkataan, serta tentang
pembalikan sesuatu objek. Kanak-kanak disleksia kebiasaannya akan mempunyai

39
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

gangguan dari aspek pengamatan visual ini yang menyebabkan mereka tidak dapat
menguasai bahasa dengan baik.

Sesetengah kanak-kanak disleksia mempunyai masalah dalam menggunakan


koordinasi mata tangan di mana apa yang dilihat tidak dapat diaplikasikan kepada
tulisan atau gerak kerja yang melibatkan penulisan. Antara kesan sampingan yang
dihadapi oleh murid yang mengalami ciri-ciri disleksia ialah:

a. Pengurusan
b. Penumpuan atau konsentrasi
c. Bahasa
d. Ingatan
e. Emosi atau tingkah laku

Ujian pengamatan ini akan membantu guru untuk mengesan masalah yang
dihadapi oleh murid dalam :

a. Mengecam orentasi kedudukan, persamaan atau perbezaan bentuk,


corak, saiz, warna, huruf, nombor, suku kata dan perkataan. Selain itu,
guru juga dapat mengenal pasti masalah murid dalam
b. Menentukan sesuatu saiz, jarak, kri ke kanan serta hubungan antara
satu objek objek yang lain.
c. Mengingat kembali, menyalin atau melengkapkan sesuatu bentuk,
corak, huruf, nombor, suku kata, perkataan dan ayat.
d. Menyelaras pergerakan motor mata tangan khususnya dari kiri ke
kanan, atau ke bawah dan dari bawah ke atas.
e. Memahami dan mengingati sesuatu mengikut turutan- Sequencing.
f. Memahami dan berupaya mencari jalan untuk menyelesaikan sesuatu
masalah.

40
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

g. Menyediakan program yang bersesuaian dengan masalah pengamatan


kanak-kanak khas.
h. Menyediakan penempatan yang bersesuaian.
i. Mengenal pasti pasukan pelbagai disiplin.

3.4.2 Instrumen Saringan Disleksia (ISD)

Untuk memastikan murid-murid yang dikenal pasti mempunyai masalah


disleksia maka satu bentuk ujian pengenalpastian/saringan telah dibentuk. Justeru
itu, maka sebuah Jawatankuasa yang dilantik oleh Jabatan Pendidikan Khas, KPM
telah ditubuhkan dan telah menghasilkan ISD. Penghasilan ISD ini dibina oleh pakar-
pakar dari USM, UKM, UM, UPM, KKM, JKM, JPK, Persatuan, Guru & JPN.

Kerangka penghasilan item-item senarai semak yang dijadikan panduan


dalam pembinaan instrumen telah diubah suai daripada `checklist` yang dihasilkan
oleh Payne dan Turner (1999) dan merangkumi ciri-ciri disleksia yang dusenaraikan
oleh pakar-pakar disleksia Antara Bangsa yang lain.

Senarai semak disleksia digunakan untuk mengenalpasti kanak-kanak yang


dikenalpasti bermasalah secara khusus. Senarai semak disleksia telah merujuk
kepada tiga elemen iaitu :
a. Elemen 1 : Tahap penguasaaan mengeja, membaca dan menulis
b. Elemen 2 : Kekuatan pada murid yang dikenalpasti
c. Elemen 3 : Kelemahan yang ditunjukkan

ISD merupakan ujian saringan bagi mengenalpasti kebarangkalian seseorang


murid itu mengalami masalah pembelajaran spesifik disleksia. Penyaringan murid-
murid yang kebarangkalian mengalami masalah disleksia adalah bukan suatu
perkara yang mudah (Jabatan Pendidikan Khas, 2003). Kebanyakan murid-murid

41
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

disleksia dikenalpasti dengan menggunakan khidmat kepakaran psikologi klinikal


melalui penggunaan instrumen yang dihasilkan oleh negara barat.

Pembinaan ISD oleh JPK berasaskan kepada teori yang beranggapan


bahawa murid yang menghadapi masalah pembelajaran spesifik disleksia adalah
terdiri daripada mereka yang mempunyai antara lain ciri-ciri :
a. Kecerdasan mental yang normal
b. Memperolehi pencapaian prestasi akademik yang rendah
c. Mengalami kesukaran dalam menguasai kemahiran membaca dan
menulis.
d. Mempunyai ciri-ciri disleksia yang boleh diterima oleh umum
e. Ketinggalan 2 tahun secara umum di belakang rakan sebayanya dalam
penguasaan kemahiran membaca dan menulis serta rendah dalam
pencapaian akademik.

Antara lain ISD yang digunapakai untuk menilai pelajar yang dikenalpasti
adalah merujuk kepada :
a. Kriteria murid yang dinilai
b. Kriteria Penilai
c. Prosedur Penilaian

Pengoperasian ISD yang dijalankan mestilah :


a. Setahun mengikuti P&P KIA2M/Program Pemulihan Khas
b. Gagal lepasi IPP2M

Personel yang menjalankan ISD terdiri daripada :

a. Guru Bahasa Melayu yang pernah mengajar murid berkenaan atau


b. Guru Mata Pelajaran Lain yang pernah mengajar murid berkenaan.
c. Rumusan dibuat oleh Guru Disleksia.
d. Pengesahan dibuat oleh Pengamal Perubatan.

42
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Sila rujuk kepada Instrumen Saringan Disleksia yang dikeluarkan oleh Jabatan
Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Berikut adalah langkah-
langkah dalam melaksana pentaksiran ISD.

Pencalonan

P&P Kelas Biasa

Pengoperasian ISD

Perumusan
TMMD

KMMD

Pelaporan

Pengesahan Pengamal Perubatan Tidak sah

Sah

Pelaporan

43
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Petunjuk:

KMMD : Kebarangkalian mengalami masalah disleksia


TMMD : Tiada mengalami masalah disleksia
3.5 UJIAN DIAGNOSTIK

Ujian diagnostik yang ditadbir dapat mengenal pasti dengan lebih terperinci
daerah-daerah kelemahan dalam membaca, mengeja, menulis, dan masalah-
masalah yang berkaitan dengan disleksia untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran.

Secara umumnya, ujian diagnostik digunakan untuk mengesan punca


kelemahan murid tentang penguasaan kemahiran-kemahiran tertentu samada
Bahasa Melayu ataupun Matematik. berdasarkan kepada keputusan ujian diagnostik
ini, maka guru dapat merancang aktiviti pengajaran pemlihan Disleksia dengan lebih
berkesan.

3.5.1 Ujian-ujian Binaan Guru

Ujian ini dibina oleh guru berdasarkan kemahiran yang telah dipelajari oleh murid.
Binaan ujian oleh guru adalah untuk memastikan setiap kemahiran yang telah
dipelajari akan diuji bagi menentukan keberkesanan sesuatu kemahiran yang telah
dipelajari. Antara aspek-aspek yang boleh dijadikan sumber dalam pembinaan ujian
termasuklah:

Latar belakang
Fungsi dan proses kognitif:
bahasa, ingatan, pemprosesan visual, keupayaan penaakulan dan fingsi
eksekutif dll.
Ujian pendidikan: membaca, menulis, mengeja dll

44
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Pemerhatian akademik dan bukan akademik

3.5.2 Ujian-ujian lain yang sesuai

Selain itu, guru juga boleh menggunakan analisis ralat sebagai salah satu cara
untuk membuat pentaksiran terhadap kemahiran yang telah dipelajari oleh murid.
Contoh-contoh ujian:
The Bangor Dyslexia Test (Miles, 1983)
The Boder Test of Reading--Spelling Patterns (Boder & Jarrico, 1982)
Aston Index (Newton & Thomson, 1976, 1982)

KESIMPULAN

Cadangan yang dikemukakan oleh National Joint Committee on Learnig


Disabilities( 1994 ) boleh menjadi garis panduan kita semasa menjalankan
pentaksiran dan penilaian masalah pembelajaran pelajar contohnya kanak-kanak
berisiko disleksia :

1 Individu yang berisiko bermasalah pembelajaran perlu diselia oleh individu


yang berlayakan untuk menentukan penilaian atau perkhidmatan yang
diperlukan, terutama bagi kanak-kanak di bawah umur 9 tahun.
2 Masalah yang berkait dengan masalah pembelajaran kanak-kanak perlu
ditinjau dari seting akademik dan juga bukan akademik. Data yang dikutip
untuk mendiagnosis individu perlu merangkumi data dari semua setting yang
berkaitan.
3 Dignosis masalah pembelajaran kanak-kanak perlu berdasarkan kekuatan dan
kelemahan kanak-kanak.
4 Keputusan diagnosis tidak harus hanya bergantung pada keputusan ujian
sahaja.

45
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

5 Untuk dignosis masalah pembelajaran, tidak harus hanya menggunakan


fomula perbezaan sebagai kriteria untuk diagnosis.
6 Skor pada ujian IQ tidak merupakan hanya satu refleksi keupayaan intelektual.
7 Pentaksiran dan penilaian perlu termasuk pelbagai aktiviti dan prosedur untuk
memastikan penyeluruhan data dalam menentukan statut dan keperluan
seseorang.
8 Data dari sejarah kanak-kanak, temu bual dan tinjauan juga merupakan
informasi yang penting terutamanya bila dibekalkan oleh ibubapa dan guru
dalam menentukan pentaksiran dan penilaian seseorang indivdidu.
9 Ujian piawai yang digunakan haruslah berkebolehpercayaan dan berkesahan.
10 Pentaksiran berasakan kurikulum, tugasan dan diagnosis pengajaran dan
laian-lain kaedah bukan piawai perlu digunakan sebagai maklumat tambahan
dalam pentaksiran dan penilaian seseorang individu.

Melayari laman web untuk mendapat maklumat tambahan.

http://www.interdys.org/FactSheets.htm

46
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

INSTRUMEN SENARAI SEMAK


DISLEKSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Bahagian A

BIODATA MURID

Arahan : Tandakan atau tulis pada petak yang disediakan.

1. Nama Murid

1. Jantina 3. Mengikuti Program


Pemulihan Khas

Lelaki
Perempuan
Sedang
Tidak

4. Tahun Persekolahan 5. Keturunan

Tahun Nama Kelas Melayu


1 Cina
2 India
3 Bumiputra Sabah
4 Bumiputra Sarawak
5 Bumiputra Orang Asli
6 Lain-lain
6. Kedatangan ke sekolah 7. Pencapaian Akademik

Baik A B C D E
Memuaskan Bahasa Malaysia
Sederhana Bahasa Inggeris
Lemah Matematik
Sains
Kajian Tempatan
47 Kemahiran Hidup
Pend.Islam/Moral
P.Jasmani &Kes
Muzik
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

8. Nama Sekolah

9. Lokasi Sekolah 10. Negeri

Bandar Perlis
Luar Bandar Kedah
Pulau Pinang
11. Daerah Perak
Selangor
W.P.Kuala Lumpur
Negeri Sembilan
Melaka
Johor
Pahang
Terengganu
Kelantan
Sarawak
Sabah
12. Nama Penilai W.P.Labuan

13. Tarikh 14. Tandatangan Penilai

48
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Bahagian B

SENARAI SEMAK

Arahan : Tandakan pada petak yang sesuai.

Elemen 1 : Tahap penguasaan mengeja,membaca dan menulis.

A. Mengeja
Ya Tidak

1. Murid sukar mengeja perkataan mudah. 1 1

2. Murid sering mengeja perkataan yang tiada langsung


kaitan makna dengan perkataan asal. 2

3. Murid kerap melakukan kesalahan ;

i. menyusun abjad dalam perkataan 3

ii. menggabung suku kata terbalik 4

4. Murid keliru membezakan bunyi abjad yang


hampir sama dalam suku kata. 5

B. Membaca

5. Murid ketinggalan dalam kebolehan membaca


berbanding rakan sebaya 6
6. Kesalahan yang kerap dilakukan oleh murid
Semasa membaca ialah ;
i. Tidak menghiraukan tanda bacaan; 7

ii. Menggugurkan perkataan; 8

iii. Menambah perkataan pada bacaannya; 9

49
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

iv. Melangkau baris; 10

v. Menggantikan perkataan. 11

Ya Tidak

7. Murid mengalami kesukaran dalam membaca 12


Perkataan yang mempunyai vokal berganding,
diftong.

8. Murid sukar membaca ayat panjang. 13

C. Menulis

9. Hasil kerja murid tidak kemas. 14

11. Murid sukar menyalin maklumat ;

i. dari papan tulis 15

ii. yang diperdengarkan 16

12. Tulisan murid sukar dibaca 17

12. Murid menulis lambat berbanding dengan rakan


sebaya 18

13. Murid menulis secara terbalik ;

vi. abjad-abjad tertentu ; 19

vii. perkataan 20

Elemen 2 : Kekuatan pada murid

14. Murid boleh bertutur dengan baik 21

15. Murid boleh menjawab soalan secara


Lisan dengan baik. 22

50
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

16. Murid boleh menghasilkan cerita


berpandukan gambar ;

i. Tunggal ; 23

ii. Bersiri 24

Ya Tidak

17. Murid berminat terhadap perkara baru. 25

18. Murid mempunyai kebolehan lisan setanding 26


dengan rakan sebaya.

19. Murid mempunyai kecenderungan dalam


bidang-bidang tertentu. 27

20. Murid kelihatan berpotensi untuk berjaya tetapi


pencapaian akademiknya rendah. 28

21. Murid mempunyai banyak idea (full of ideas) 29

22. Murid mempunyai idea yang baik tetapi gagal


untuk memindahkannya dalam bentuk tulisan. 30

23. Isi kandungan penulisan murid baik tetapi


mengandungi banyak kesalahan bahasa. 31

24. Murid mempunyai pencapaian yang baik


dalam subjek-subjek kemahiran berbanding
dengan subjek-subjek akademik. 32

25. Murid boleh menjawab secara lisan soalan


kefahaman daripada bahan yang diperdengarkan. 33

26. Murid boleh menceritakan semula petikan yang


diperdengarkan. 34

27. Murid yang kreatif. 35

28. Murid boleh menyesuaikan diri dalam pergaulan. 36

29. Murid boleh bertindak mengikut situasi. 37

30. Murid berkebolehan dalam membuat


jangkaan 38

51
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

31. Murid mempunyai pengetahuan am yang baik 39

32. Murid mempunyai sifat-sifat ingin tahu yang


tinggi. 40

Elemen 3 : Kelemahan yang ditunjukkan

Ya Tidak

33. Murid mempunyai masalah rendah diri. 41

34. Murid kerap memberi alas an untuk mengelak


daripada membuat kerja sekolah yang melibatkan
bacaan dan penulisan. 42

35. Murid mengalami masalah tingkahlaku. 43

36. Murid mempunyai daya tumpuan yang singkat. 44

37. Murid keliru dengan konsep arah. 45

38. Murid menghadapi kesukaran dengan konsep urutan. 46

39. Murid menghadapi masalah dengan pengurusan


masa 47

40. Murid tidak dapat mengingati arahan yang panjang. 48

41. Murid sering gopoh semasa bertindak. 49

42. Murid sering cuai dalam pergerakan. 50

52
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

PEMARKAHAN

BAHAGIAN A
(diisi oleh penilai)
Jumlah Jumlah
Ya Tidak

Elemen 1 : Tahap penguasaan mengeja,


membaca dan menulis.

Elemen 2 : Kekuatan pada murid

Elemen 3 : Kelemahan yang ditunjukkan

BAHAGIAN B
(diisi oleh guru pendidikan khas disleksia)
Kod

Elemen 1 : Tahap penguasaan mengeja,


membaca dan menulis.

Elemen 2 : Kekuatan pada murid

Elemen 3 : Kelemahan yang ditunjukkan

53
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

BAHAGIAN C
(diisi oleh guru pendidikan khas disleksia)

Rumusan

Murid berkemungkinan mengalami kebarangkalian Disleksia

Murid berkemungkinan tidak mengalami kebarangkalian Disleksia

Tandatangan : ___________________________________

Nama : ___________________________________

Disahkan

T/T Guru Besar : ___________________________________


Cop Sekolah :

Nama : ___________________________________
Pengarah Pelajaran

54
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Jabatan Pelajaran Negeri


(U.P Unit Pendidikan Khas)

Tajuk 4 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA

4.0 SINOPSIS

Tajuk ini menjelaskan masalah bahasa dan komunikasi dalam kalangan murid-murid
pemulihan khas. Bahasa merupakan alat komunikasi yang sangat penting dalam
konteks perhubungan sesama manusia. Melalui bahasa manusia dapat melahirkan
idea, perasaan dan berhubung antara satu dengan lain. Kanak- kanak pemulihan
khas mengalami masalah dalam kemahiran berbahasa. Oleh itu mereka mengalami
masalah untuk mengikuti pelajaran dan juga komunikasi dengan rakan sebaya
mereka. Guru perlu memahami masalah yang dihadapi muridnya agar dapat
merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

4.1 HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini anda dapat:


i. Mengetahui masalah-masalah dalam penguasaan bahasa
ii. Mengesan murid yang mengalami masalah bahasa
iii. Mengenal pasti kaedah mengatasi masalah bahasa
iv. Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bahasa
dengan lebih bekesan.

55
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

4.2 KERANGKA TAJUK

Kaedah Pengajaran Bahasa

Masalah Penguasaan Bahasa

- Mengingat kembali perkataan


- memahami perkataan pelbagai makna
- Menyatakan sesuatu yang abstrak
- Menggunakan ayat yang betul dan
lengkap Lisan
Kemahiran
-- Simptom
memberi penjelasan
-- Cara
mempelbagaikan
mengesan gaya berkomunikasi
-- Kaedah
menghasilkan mesej
mengatasi yanglisan
masalah kompleks
- memaklumkan sesuatu maklumat

Kemahiran Mengeja
- Cara mengenal pasti murid
- Kaedah mengani masalah ejaan

Kemahiran membaca
- Masalah dalam bacaan
- Kaedah pemulihan bacaan

Kemahiran Menulis
- Masalah dalam menulis
- kaedah menulis (pratulis, tulisan mekanis dan
penulisan kreatif)

56
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

4.4 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA

Guru perlu mengetahui kekuatan dan kelemahan muridnya sebelum


merancang sesuatu pengajaran. Kelemahan dan kekuatan perlu dianalisis untuk
membuat perancangan yang sistematik agar apa yang diajar menepati keperluan
sebenar murid yang diajarnya. Begitu juga dengan masalah bahasa yang dihadapi
oleh murid disleksia yang perlu diatasi dengan menggunakan pelbagai kaedah dan
teknik pengajaran.

Terdapat banyak kaedah pengajaran bahasa, salah satu adalah Kaedah


Multisensori ( VAKT ).
V - VISUAL ( LIHAT )
A - AUDITORI ( BUNYI / SEBUT )
K - KINESTETIK ( GERAK BADAN )
T - TAKTIL ( RASA / SENTUHAN)

Dengan menggunakan kaedah ini, pengajaran dilakukan dengan mengguna


meransang semua saluran dalam otak (visual/auditory, kinesthetictactile) untuk
meningkatkan ingatan dan pembelajaran.

Contohnya, untuk belajar huruf melalui VAKT, pelajar hendaklah


lihat huruf (V)
dengar guru sebut huruf (A)
menyebut huruf (A)
dengar huruf yang disebut (A)
rasa pergerakan otot semasa membuat tracing huruf (K)
rasa permukaan huruf dgn hujung jari (T)
lihat pergerakan tangan semasa tracing (V)
dengar sendiri huruf yang disebut semasa membuat tracing (A)

57
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Kaedah-kaedah pengajaran lain termasuklah Kaedah Fonik, Kaedah Seluruh /


Terus, Kaedah peta minta dan lain-lain.

Latihan

Dengan membuat rujukan dari pelbagai sumber, anda perlu mendapatkan


maklumat mengenai kaedah-kaedah pengajaran bahasa yang sesuai untuk
mengajar murid-murid disleksia. Buat perbincangan dengan rakan anda
untuk mengenalpastikan keberkesanan kaedah-kaedah tersebut.

58
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

4.5 MASALAH PENGUASAAN BAHASA

Berikut adalah beberapa petunjuk masalah bahasa yang sering dialami oleh murid
bermasalah pembelajaran. Anda perlu memahami dengan jelas permasalahan
tersebut dan mengaitkannya dengan permasalahan bahasa yang dihadapi oleh murid
disleksia.

Mengingat kembali perkataan


Memahami perkataan pelbagai makna
Menyatakan sesuatu yang abstrak
Menggunakan ayat yang betul dan lengkap
Memberi penjelasan
Mempelbagaikan gaya berkomunikasi
Menghasilkan mesej yang kompleks
Memaklumkan sesuatu maklumat

Latihan

Dengan membuat rujukan dari pelbagai sumber, anda perlu mendapatkan


maklumat mengenai masalah bahasa yang dihadapi oleh murid disleksia.
Buat perbincangan dengan rakan anda untuk menyenaraikan masalah
tersebut.

59
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

4.6 KEMAHIRAN LISAN

Pengenalan

Lisan merupakan satu daripada kemahiran yang penting dalam menjadi asas
dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Jika ditinjau dengan teliti, dalam lisan
terdapat dua aspek kemahiran kecil iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran
bertutur. Kanak-kanak mula menguasai bahasa dari apa yang didengar dan
dialaminya. Mereka akan cuba meniru serta menuturkannya berulang-ulang.

4.6.1 KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS DALAM LISAN

4.6.1.1 Kemahiran Mendengar

Apabila seseorang itu mendengar, dia seharusnya dapat mengecam, mengenal


dan mengamatinya; Iaitu mengenal dan mendiskriminasi bunyi-bunyi bahasa yang
berlainan. Kemahiran mengenal dan mendiskriminasikan bunyi-bunyi ini bergantung
kepada faktor-faktor fisiologi serta neurologi pendengaran setakat mana kadar
pendengarannya dan pengamatan pendengarannya. Secara ringkasnya seseorang
itu boleh dikatakan mempunyai kemahiran mendengar jika dia boleh:

Mendiskriminasi bunyi-bunyi bukan bahasa.


Mendiskriminasikan unit-unit bunyi bahasa.
Memahami perkataan, konsep dan kemahiran mendengar perkataan.
Memahami ayat serta lain-lain elemen linguistik bahasa.
Mendengar secara kritikal.
auding
Mengikut arahan.
Memahami urutan .
Mengingat kembali.
Menentukan idea utama / terpenting.
Membuat inferensi dan penyeluruhan atau kesimpulan.

60
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Latihan

Cuba buat penelitian terhadap permasalahan aspek lisan murid disleksia.


Fokus kepada aspek bahasa reseptif. Buat perbincangan dengan rakan
anda untuk menyenaraikan masalah tersebut.

4.6.1.2 Kemahiran Bertutur

Satu lagi kemahiran yang tergolong dalam kemahiran lisan ialah kemahiran
bertutur iaitu kemahiran menyebut dan membunyikan bunyi-bunyi bahasa dengan
pengujaran kata-kata atau ayat dalam intonasi, nada (tekanan suara ), jeda serta
helaan yang betul. Unsur-unsur ilmu linguistik yang dinamakan suprapenggalan ini
merupakan aspek yang nyata dan penting dalam lisan. Bagi setengah-setengah
bahasa, perubahan kepada unsur-unsur ini akan melibatkan perbezaan maksud atau
makna.

Mengenal pasti intonasi yang berbeza-beza ini amat penting bagi


mewujudkan suasana pertuturan yang baik, licin dan lancar. Oleh itu aspek ini juga
perlu diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Latihan

Cuba buat penelitian terhadap permasalahan aspek lisan murid disleksia


dengan menumpukan kepada aspek bahasa ekprestif. Buat perbincangan
dengan rakan anda untuk menyenaraikan masalah tersebut.

61
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

4.6.2 PENGESANAN DAERAH KELEMAHAN LISAN

Guru boleh mengesan kelemahan murid dengan mengamati setiap sebutan dan
intonasi pertuturan mereka ketika menjalankan gerakerja / aktiviti lisan. Guru boleh
membuat pengesanan khusus dengan merangka, membina serta melaksanakan
ujian lisan yang antara lain akan menguji keupayaan murid untuk:
Mengamati bunyi-bunyi bukan bahasa.
Mengamati bunyi-bunyi bahasa dan lain-lain elemen linguistik bahasa.
Memahami konsep dan maksud perkataan / ayat.
Melakukan auding yang merangkumi aspek-aspek pengamatan
pendengaran.
Mendengar secara kritikal.

Guru boleh mengesan atau menguji kemahiran lisan murid dengan menganalisa
rakaman-rakaman yang dibuat berdasarkan kepada sebutan-sebutan atau
pengujaran murid-murid. Guru juga boleh menguji kefahaman murid mengenai
perkara-perkara yang didengarnya dengan menyediakan item-item soalan yang
khusus berkaitan auding.

4.6.3 KAEDAH MENGATASI MASALAH LISAN

Pelbagai teknik boleh digunakan untuk mengatasi masalah bahasa lisan yang
dialami murid. Guru boleh mengimplementasikan teknik-teknik berikut bergantung
kepada kesesuaian dan keperluan.

Guru sendiri menjadi model sebagai penutur yang baik untuk ditiru oleh murid-
murid.

Guru mempergiatkan lagi gerakerja / aktiviti lisan untuk murid.

Guru memperbanyakkan latih tubi sebutan dan intonasi terutama kelemahan


khusus murid-murid.

Guru mempelbagaikan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran..

62
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Guru menjalankan peneguhan serta pengukuhan serta merta.

Guru menggabungjalinkan lisan dengan kemahiran bacaan dan tulisan dalam


pengajaran dan pembelajaran.

Guru mewujudkan situasi yang menggalakkan murid berinteraksi melalui


pengubahsuaian persekitaran, pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang melibatkan
peglibatan semua murid, dan sebagainya.

Latihan

Berdasarkan pembacaan anda, jelaskan kaedah atau teknik yang


digunakan untuk mengatasi masalah lisan yang dialami murid disleksia.

63
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

4.7 MENGEJA

4.7.1 Definisi

Mengeja adalah proses memilih serta mengadunkan lambang-lambang bunyi (huruf)


untuk melahirkan perkataan secara lisan dan bertulis. Sebahagian daripada kanak-
kanak mahir mengeja tanpa bantuan guru. Ini adalah kerana kemahiran itu boleh
diperolehi melalui kemahiran membaca. Tetapi ada juga kanak-kanak yang boleh
membaca tetapi lemah dalam ejaan.

4.3.2 Punca Kanak-Kanak Lemah Dalam Mengeja

Lemah dalam ingatan penglihatan.

Tidak dapat mengingat atau membayangkan bentuk sebenar sesuatu


perkataan.
Masalah penglihatan seperti rabun dan juling.

Lemah dari segi Analisis Pendengaran.

Tidak dapat menentukan lambang yang mewakili bunyi.


Tidak boleh mengecam (mendengar) bunyi-bunyi yang terlibat di dalam
perkataan.
Tidak dapat memilih lambang-lambang secara rawak.
Kemungkinan lemah dalam bacaan.

4.3.3 Aktiviti-aktiviti Kemahiran Mengeja

Membina perkataan berima sama (di pangkal, tengah atau hujung )


Contoh: la bu , la ku , la yu , la ki , dll.
Mendiskriminasi perkataan.
Melengkapkan atau menambah perkataan.
Membina perkataan di dalam perkataan.
Membina perkataan dari huruf-huruf dalam perkataan.
Mengkelaskan perkataan mengikut jenis atau keluarga.

64
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Mencari perkataan berlawan, berganda dan jantina.


Permainan teka teki.
Permainan silang kata.

Latihan

Pilih satu aktiviti mengeja yang disenaraikan di atas. Rancangkan dan


jelaskan dengan terperinci langkah-langkah pelaksanaanya.

65
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

4.8 KEMAHIRAN MEMBACA

4.8.1 Definisi

Membaca bukanlah bermakna memindahkan tulisan kepada suara sahaja


bahkan menangkap makna dan memahami apa yang dibaca. Seseorang
murid yang boleh memindahkan tulisan kepada suara, jika tidak memahami
apa yang disuarakan maka murid itu tidak dikira pandai membaca.
Pumfrey (1977)
Satu proses pemikiran yang membina
Zulkefli Hamid (1994)

Ketika seseorang itu membaca ia sebenarnya sedang berkomunikasi secara


langsung dan sedar dengan bahan bacaannya.
Deboer dan Dallman

Membaca melibatkan pemahaman dan interpretasi idea yang dilambangkan


melalui penulisan.
Juriah Long (1990)

Pembaca yang cekap hanya memberi perhatian pada perkataan-perkataan


yang penting sahaja. Ia juga memberi tumpuan kepada kebolehan memproses
bagi mendapatkan makna dengan menggunakan strategi anlisis dan sintesis
dalam bacaan.
KPM (1998)

Para pelajar harus cekap membaca dan memahami pelbagai bahan dengan
kritis dan analitis.
(KPM 1998)
Membaca ialah membunyikan suatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti
dan mengetahui sebutan perkataan mengikut penyukuan kata.

66
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

(Kamus Dewan)
4.8.2 Kesimpulan

Satu proses kompleks yang perlu seseorang menguasai sub-kemahiran yang


berkaitan dengan asas-asas bacaan
Sebelum pelajar menguasai kemahiran membaca, mereka perlu menguasai,
mengenal huruf-huruf yang menjadi lambang kepada bunyi, mengenal sistem
ejaan dan mengetahui sebutan perkataan mengikut penyukuan kata.

4.8.3 Masalah Menguasai Kemahiran Membaca

Kelemahan dalam memahami apa yang dibaca. Pelajar yang lemah,


terutamanya yang tidak mengenal huruf, akan mengalami kesukaran untuk
membaca dengan lancar,

Kekeliruan dalam membezakan bunyi bacaan. Murid seharusnya mempunyai


kemahiran dalam menentukan huruf yang dibaca.kekeliruan dalam
membezakan huruf akan menyebabkan pelajar tidak dapat memahami makna
perkataan yang sebenar tentang apa yang dibaca.

Tidak cekap dalam memproses maklumat. Pembaca yang aktif mempunyai


reaksi terhadap apa yang mereka baca. Maklumat yang dibaca akan diproses
dan disimpan untuk digunakan kembali.

Gaya bacaan juga mempengaruhi kemahiran membaca.

Latihan

Berdasarkan masalah penguasaan kemahiran membaca yang dialami


oleh murid disleksia, bincangkan punca berlakunya permasalah
tersebut. Pastikan anda mengetahui terlebih dahulu masalah bacaan
murid disleksia.
67
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

4.8.4 Proses Membaca

Membaca ialah suatu proses yang kompleks yang memerlukan beberapa kemahiran
tertentu dan merupakan interpretasi simbol grafik. Membaca memerlukan seseorang
mengenalpasti simbol dan hubungannya dengan makna tertentu. Membaca juga
adalah aspek bahasa dan komunikasi. Proses meletakkan pembaca untuk
berhubung atau berkomunikasi dengan sesuatu idea. Membaca memerlukan
penyampaian atau komunikasi mesej dan sistem bahasa (sistem isyarat) untuk
membolehkan mesej itu disampaikan.

Dalam proses membaca, sistem isyarat ialah simbol grafik. Membaca adalah
proses pancaindera. Pembaca mesti dapat bertindakbalas untuk membezakan
bentuk melalui penglihatan terhadap simbol grafik. Membaca juga ialah proses
mengenalpasti perkataan.

4.8.5 Masalah-masalah Dalam Bacaan

Bentuk Huruf

- Huruf kecil yang seakan-akan bentuknya.


- Huruf terbalik.
- Bunyi huruf yang seakan-akan sama.
- Keliru nama-nama huruf yang seakan-akan sama bentuknya.
- Menyebut huruf-huruf mengikut telor bahasa ibunda.
- Keliru menamakan huruf besar dan huruf kecil kerana bentuknya
berubah.

Peringkat Suku Kata

- Tidak boleh mengadun / membatang suku kata terbuka / tertutup.


- Keliru membunyikan suku kata yang melibatkan e taling dan e pepet.

68
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

- Tidak boleh membunyikan dengan betul setelah mengeja / membatang


suku kata.
- Tidak boleh membunyikan dengan betul suku kata VK di awal perkataan.
- Salah memecah / membatang suku kata.
- Tidak boleh membatang perkataan yang mengandungi banyak suku kata.
- Keliru membatang perkataan yang mengandungi diftong / vokal
Berganding.
- Tidak boleh membunyikan perkataan yang mengandungi diagraf di awal.
- Tidak boleh membatang suku kata yang melibatkan imbuhan.

Kesukaran Dalam Pengamatan

Boleh mengeja tetapi tidak boleh membunyikan.


Mengeja sebelum membaca.
Boleh membatang suku kata tetapi gagal menyebut.
Menggantikan bunyi suku kata dalam perkataan
Menggugurkan bunyi-bunyi suku kata dalam perkataan.
Salah menyebut perkataan yang seakan-akan rupanya.
Keliru ejaan Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris.
Salah menyebut / membunyikan perkataan yang seakan-akan sama.
Menyebut perkataan mengikut loghat.

Kesukaran Membaca Peringkat Ayat

Menggantikan perkataan dengan perkataan lain.


Tertinggal perkataan.
Pembalikan perkataan.
Mengulang.
Merangkak-rangkak.
Membaca mengikut loghat.

69
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

4.8.6 Strategi Membantu Kanak-kanak ke Arah Membaca

Mengenal pasti kanak-kanak.


Mengenal pasti masalah kanak-kanak tersebut.
Susun strategi pemulihan.
Pelaksanaan.
Penilaian .

4.8.7 Kaedah Pemulihan Bacaan


Aktiviti Peringkat Prabacaan
Menyesuaikan bentuk-bentuk yang sama
Memilih bentuk yang sama dan berbeza dari segi warna, bentuk dan
saiz.
Mengecam dan membiasakan diri dengan bentuk huruf.
Mengelaskan benda atau bentuk gambar mengikut kumpulan.
Menyusun benda atau gambar mengikut urutan.

Aktiviti Peringkat Bacaan Mekanis


Membunyikan huruf-huruf dalam perkataan.
Membaca perkataan bergambar.
Menyusun semula huruf yang diberi untuk membina perkataan
bepandukan gambar.
Membunyikan suku kata yang ditunjukkan.
Mengeja perkataan dan membaca ayat
Membatangkan suku kata terbuka dan suku kata tertutup dalam
perkataan.

Aktiviti Peringkat Membaca dan Memahami

70
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Menyusun dan memadankan gambar-gambar dengan perkataan-


perkataan yang diberi.
Menyesuaikan ayat dengan gambar yang diberi.
Membaca senyap sesuatu cerita untuk dibincangkan.
Menggambarkan isi bacaan yang dibaca dalam bentuk gambar rajah.
Menggambarkan bahan yang dibaca dengan memberi penerangan.
Menggambarkan cerita yang dibaca dalam bentuk lisan.

Contoh cara-cara membantu kanak-kanak disleksia mengatasi masalah membaca:

Ciri-ciri Kesukaran Penyelesaian


Urutan huruf/perkataan terbalik semasa Guna jari untuk menunjuk perkataan
membaca secara lisan. semasa membaca.
(contoh : dan --- nad, kepada---kedapa).

Adalah lebih mudah jika menyatakan Membenarkan kanak-kanak memperolehi


sesuatu idea daripada membacanya. informatsi melalui pebincangan, audio
atau tayangan video.

Kelajuan membaca lahan. Membahagikan tugasan membaca


memjadi beberapa bahagian, berhenti
sebentar selepas setiap bahagian dibaca
habis.

Membesarkan bahan cetakan, bertanya


sebelum murid mula membaca untuk
memberi gambaran terhadap bahan
bacaan.

Membesarkan bahan cetakan, dan


warnakan perkataan-perkataan tertentu/
guna kertas berwarna.

Semasa membaca secara lisan, terdapat Mengguna kad index letak di atas barisan
banyak perkataan dibaca berulangan. ayat dan dengan berlahan-lahannya tolak
ke barisan bawah.

71
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Lemah dalam membaca secara senyap. Mengajar membaca secara visual dan
mengguna bercakap sendiri: adakah
saya nampak gambar tersebut? apa
yang saya fikirkan semasa membaca?
Mengajar kanak-kanak membaca
bahagian yang rumit dengan suara kuat.

Kurang memaham jika membaca secara


lisan. Berhenti membaca selepas satu
perenggan pendek dan membina peta
minda. Membaca secara visual.

Mengabaikan kata kunci semasa Highlight semua kata kunci supaya mudah
membaca petikan. dinampak.

Kanak-kanak tidak dapat ingat kembali Mengajar huruf secara visual.


huruf.

72
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Latihan

Rancangkan dan jelaskan dengan terperinci langkah-langkah


pelaksanaan strategi menangani masalah bacaan dalam kalangan
murid disleksia. Pastikan anda telah jelas peringkat-peringkat
kemahiran membaca.

4.9 KEMAHIRAN MENULIS

4.9.1 Pengenalan

Bahasa yang bertulis dengan lambang-Iambang bunyi.


Seseorang akan dapat membaca hasil fikiran dan perasaan orang lain melalui
butiran-butiran tulisannya.
Mementingkan teknik dan akal kerana membaca tidak mungkin ada kalau
tidak ada tulisan.

4.9.2 Definisi kemahiran menulis :-

73
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Menulis merupakan proses penghasilan simbol-simbol grafik yang disusun


berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan-perkataan dan seterusnya
menjadi ayat.

Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1997)

Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan


ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan kreatif yang
berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan
menggunakan ayat gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul serta tulisan
yang jelas dan kemas.

Pusat Perkembangan Kurikulum

Menulis adalah proses memberi respons yang bertujuan memberikan reaksi


pada suatu perkara, hal dengan menggunakan perantaraan bahasa.

Menulis adalah proses memberi respons yang bertujuan memberikan reaksi


pada suatu perkara, hal dengan menggunakan perantaraan bahasa.

Kemahiran menulis adalah penyaluran ilmu, idea atau maklumat secara


bersistem dan ia mengambil kira aspek tujuan penulis, penggunaan bahasa,
khalayak dan gaya penulisan supaya dapat menggambarkan keadaan alam
dan kehidupan secara lebih menyeluruh.

Yahya Othman

Menulis memerlukan usaha mental secara sedar. Ini kerana semasa menulis,
proses mengekodkan berlaku dalam fikiran penulis iaitu menterjemahkan
kandungan pemikiran ke dalam bahasa yang dapat di fahami.

Don Byrne

74
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Menulis merupakan satu aspek yang penting.Sebahagian besar kegiatan


belajar memerlukan kecekapan merakamkan pengetahuan secara
bertulis.Penulisan merupakan kemahiran melahirkan idea dalam bentuk tulisan
secara tersusun dan logik.

Koh Boh Boon

Beliau berpendapat, penulisan berkaitan keupayaan intelek dan mental penulis


dalam menggarap idea. Kemahiran pertama yang diperlukan bagi menulis
ialah kemahiran penulisan secara mekanis.

Ishak Haron

75
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Latihan

Dari pelbagai definisi kemahiran menulis di atas, jelaskan kefahaman


anda tentang kemahiran menulis.

4.9.3 MASALAH TULISAN

Senarai di bawah merupakan masalah-masalah tulisan yang sering dialami


oleh murid terutamanya murid berkeperluan khas. Teliti dan imbas kembali
masalah tulisan yang dihadapi oleh murid disleksia. Adakah mereka
mengalami masalah yang serupa?

Perkataan ditulis terlalu rapat di antara satu dengan lain.


Bentuk-bentuk huruf ditulis terlalu condong.
Tiada keseragaman jarak di antara huruf dengan huruf atau di antara
perkataan dengan perkataan
Bentuk-bentuk huruf yang tidak jelas / tepat / betul.
Menulis tanpa mengikut garisan-garisan yang ditentukan,
Mencampur adukkan huruf besar dengan huruf kecil.
Masalah pembalikan huruf atau perkataan.
Huruf-huruf tidak ditulis mengikut posisi (kedudukan ) yang sepatutnya.
Menulis dengan meninggalkan huruf, perkataan atau imbuhan.
Menulis melampaui garisan ruang muka surat yang ditentukan.
Menulis huruf-huruf di dalam perkataan secara bertindih.
Mengulang garis-garis huruf yang ditulis.
Menulis mengikut arah dari kanan ke kiri.
Menulis huruf atau perkataan mengikut urutan yang salah.
Menulis atau menyalin ayat tanpa mengikut tertib yang betul.

76
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Latihan

Sejauh manakah anda bersetuju bahawa murid disleksia juga


mengalami masalah dari segi tulisan mentalis. Buktikan hujah anda.

4.9.4 Kaedah Menulis

Kemahiran menulis peringkat pratulisan

Melibatkan latihan pergerakan tangan, otot, jari dan sebagainya


Penting dikuasai pada peringkat awal supaya murid dapat menulis dengan
kemas.
Tunjukkan pergerakan tangan menulis di awangan, di pasir, di papan tulis dan
sebagainya.

Menulis Secara Mekanis

Melatih menulis unsur-unsur huruf perkataan dan gambar.


Pelajar diperkenalkan huruf, tanda bacaan dan lain-lain.
Mengawasi tulisan murid tentang bentuk, saiz, tegak atau condong dan lain-
lain.
Melatih murid menulis cepat, senang dan kemas.

Penulisan Kreatif / Pelahiran Mental


Biasanya dikuasai selepas pelajar menguasai kemahiran mekanis
Contohnya membuat karangan melibatkan pernyataan pendapat atau lain-lain.

4.9.5 KAEDAH MENULIS

Pratulisan

77
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Melatih otot-otot tangan dan jari serta kordinasi tangan dan mata kepada
murid-murid.
Aktiviti boleh dilakukan dengan pelbagai cara

Tulisan Mekanis (Peringkat mendirikan asas)


Dijalankan serentak dengan pengajaran bacaan.
Semasa menulis, murid digalakkan menyebut sambil menulis.

Peringkat Pelahiran
Mengajar murid menulis dengan bersih dan kemas dengan
kepantasan yang sesuai.
Membolehkan murid-murid menulis dengan jarak yang sesuai antara
perkataan dalam ayat.

Contoh aktiviti pramenulis

Aktiviti membuat corak :

Aktiviti mewarnakan corak :

Aktiviti melukis secara menyerong atau menegak :

78
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Latihan melukis bentuk geometri dan mewarnakannya

Contoh aktiviti peringkat mendirikan asas


(mekanis) :-

Latihan membentuk bulatan dan garis lurus


dalam keadaan terkawal.
Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris satu atau dua
Latihan membentuk lambang tulisan dengan cara yang betul
Menulis huruf mengikut urutan yang tetap
Menulis huruf yang tertinggal dalam ruang atau petak yang dikosongkan.
Menyalin perkataan dan ayat-ayat yang mudah.

Kesalahan biasa dalam tulisan :-

Bentuk huruf tidak sama saiz.


Jarak antara huruf tidak sama.
Tulisan menjadi kotor.
Kecondongan tulisan tidak sama.

Proses kemahiran menulis

Pembelajaran tiga peringkat menulis

79
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Mengajar tentang kedudukan badan,kertas dan pensel semasa menulis.


Mengajar teknik dan prinsip asas menulis huruf
Kenalpasti kesalahan murid.
Menyediakan pelbagai alat pembelajaran.

Jenis-jenis penulisan :-

Karangan terkawal
Separuh terkawal
Karangan bebas
Karangan berpandu

Kaedah pengajaran penulisan kreatif :-

Motivasi
Persediaan
Persembahan
Perlaksanaan

Contoh Aktiviti Kemahiran Penulisan Kreatif

Mengisi silang kata.


Mengisi tempat kosong dalam ayat
Melengkapkan ayat dengan menambahkan rangkai kata yang sesuai
Menuliskan ayat yang lengkap dengan perkataan yang diberi
Memanjangkan ayat dengan menambahkan rangkai kata yang sesuai
Membentuk ayat-ayat bagi menyudahkan cerita
Menulis ayat-ayat berdasarkan gambar yang disediakan dan lain-lain.

Latihan

80
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Rancangkan dan jelaskan dengan terperinci langkah-langkah


pelaksanaan strategi menangani masalah tulisan dalam kalangan
murid disleksia. Pastikan anda telah jelas peringkat-peringkat
kemahiran tulisan.

81
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

LAMAN WEB

http://www.desotoeye.com/fromligh_d_u.html
http://www.desotoeye.com/image/anatomy_eye.gif

PORTFOLIO

Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada
pensyarah dalam bentuk soft dan hard copy.

Tajuk 5 Kaedah Pengajaran Matematik

5.0 SINOPSIS
Tajuk ini menjelaskan tentang kaedah pengajaran matematik dalam kalangan
murid-murid berkeperluan khas terutamanya murid disleksia. Kemahiran
matematik merupakan sebahagian kemahiran yang perlu dikuasai dalam
kehidupan seseorang dan sangat penting dalam konteks perhubungan sesama
manusia. Tajuk ini merangkumi faktor-faktor berlakunya masalah matematik,
masalah-masalah matematik yang dihadapi murid, serta kaedah pengajaran dan
pembelajaran matematik. Melalui matematik murid dapat melahirkan idea,

82
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

perasaan dan berhubung antara satu dengan lain. Guru perlu memahami
masalah yang dihadapi muridnya agar dapat merancang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan.

5.1 HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini anda dapat:


i. mengetahui faktor-faktor penyumbang berlakunya masalah
penguasaan matematik
ii. mengetahui masalah-masalah matematik yang dihadapi oleh
murid disleksia
iii. mengenal pasti kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi
mengatasi masalah matematik

5.3 KERANGKA TAJUK

Kaedah Pengajaran Matematik

Faktor Berlakunya Masalah-masalah Kaedah P&P


Masalah Matematik Dalam Matematik Matematik

- Kognitif - Diskakulia - Kaedah Polya


- Keturunan - Konsep asas - Kaedah Newman
- Persekitaran Matematik
- Pra-Nombor &
Nombor
- Nilai Angka
- Operasi Asas
- Matematik
Sosial ( wang,
masa, waktu)
- Pecahan
- Titik
Perpuluhan
- Penyelesaian
83
Masalah
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

5.4 FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA MASALAH MATEMATIK


Terdapat pelbagai faktor yang boleh menjadi penyebab kepada berlakunya
masalah penguasaan matematik dalam kalangan pelajar, antaranya adalah
disebabkan oleh masalah kurang kecerdasan, masalah psikologi, masalah
fizikal, masalah pembelajaran dan sebagainya.

5.4.1 Faktor Keturunan


a. Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia.
b. Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia
mempunyai latar belakang keluarga yang mempunyai penghidap sindrom
berkenaan
c. Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami
masalah-masalah yang sama. Permasalahan yang dihadapi mungkin sama
tetapi yang membezakan adalah darjah keterukannya.
d. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia desebabkan
oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun-
temurun

5.4.2 Faktor Kognitif


Woolfolk (1998) dalam Shahabudian (2003), menyatakan bahawa
pemprosesan maklumat melibatkan aktiviti mental yang berkaitan dengan
menerima maklumat, menyimpan dan mengeluarkan semula untuk digunakan.
Maklumat yang diterima melalui organ deria akan dihantar ke ingatan jangka
pendek untuk diproses, disusun, ditapis dan seterusnya disimpan dalam
ingatan jangka panjang.
a. Penerimaan maklumat
Maklumat diterima oleh semua deria seperti:
penglihatan,
pendengaran,
sentuh
rasa dan bau

84
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Sekiranya seseorang itu mempunyai masalah persepsi penglihatan, ini


akan menyebabkan kesukaran:
mengenal bentuk
kedudukan dan saiz sesuatu objek
susunan atau aturan.
Sekiranya seseorang itu mengalami masalah persepsi pendengaran, maka
mereka akan menghadapi kesukaran:
menyaring bunyi luar dan suara guru
memproses deria sentuhan seperti sakit dan sentuhan.

b. Pengeluaran maklumat
Maklumat dikeluarkan daripada otak menggunakan perkataan iaitu
pertuturan atau melalui aktiviti otot seperti menulis, melukis atau
menggayakan sesuatu.
Kesukaran pengeluaran maklumat ini akan menyebabkan masalah
dengan pertuturan contohnya seperti kesukaran menjawab soalan yang
diajukan.
Pada masa itu, seseorang itu perlu mencari semula maklumat dalam
simpanan otak, mengatur dan mengeluarkannya melalui perkataan
semasa bercakap. Ia juga boleh menyebabkan kesukaran dalam
pemahaman tentang sesuatu permasalahan untuk dipindahkan ke
dalam bentuk nombor di atas kertas untuk proses pengiraan.

Kajian oleh Homan (1970) dalam Bos, Candase, (1993) menyatakan


bahawa murid yang kurang kemahiran persepsi seringkali bermasalah
mengenai perkaitan ruang, jarak, turutan, gangguan ukuran, anggaran,
penyelesaian masalah dan geometri. Bagi murid disleksia didapati bahawa
cara kerja otak mereka adalah berbeza daripada keadaan yang normal.
Apabila ujian imbasan dijalankan, didapati cara otak mereka memproses
maklumat agak berbeza daripada biasa. Pebezaan ini mungkin disebabkan
oleh kecacatan pada otak yang berlaku semasa dalam kandungan ataupun

85
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

daripada kemalangan.
5.4.3 Faktor Persekitaran
Faktor persekitaran ini meliputi keluarga, tempat tinggal dan rakan sebaya
pelajar berkenaan. Namun modul membincangkan faktor persekitaran di
sekolah, iaitu;
a. Kurikulum kurang sesuai dengan perkembangan kognitif kanak-kanak
disleksia
b. Strategi dan kaedah P&P kurang sesuai
c. BBM kurang menarik

Latihan 5.1

Dengan membuat rujukan dari pelbagai sumber, anda perlu mendapatkan


maklumat mengenai faktor-faktor penyebab berlakunya masalah matematik
yang dihadapi oleh murid disleksia. Buat perbincangan dengan rakan anda
untuk menyenaraikan masalah tersebut.

5.5 Masalah-masalah Dalam Matematik

86
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

5.5.1 Diskalkulia
Terjemahan bahasa diskalkulia bermaksud seseorang yang mengalami
kesukaran mengira. Manakala Gordon (1992) dalam Henderson, A. (1998)
menerangkan diskalkulia adalah lewat perkembangan pemerolehan kemahiran
nombor, boleh dimanifestasikan dalam pelbagai situasi @ cara iaitu
termasuklah ketidakbolehan mengenalpasti symbol matematik, tulisan terbalik
dan kegagalan mengekalkan kaedah yang betul dalam kiraan nombor.
Diskalkulia mungkin tiada stigma di kalangan pelajar lain yang mengalami
masalah belajar matematik tetapi amat penting untuk dikenalpasti dengan
terperinci apabila ciri-cirinya wujud.

Hughes, Kolstad and Briggs (1994) menyatakan pelajar diskalkulia


mengalami ketidakupayaan dalam kebolehan menyelesaikan tugasan
matematik, masalah yang tersendiri dan berbeza daripada pelajar masalah
pembelajaran. Sesetengah murid disleksia juga mengalami masalah
diskalkulia.

5.5.2 Masalah pra nombor dan nombor

Kesukaran mempelajari fakta nombor


Kesukaran mempelajari operasi simbol matematik
Lemah dalam mental arithmetic
Keliru dengan operasi matematik
Kesukaran menyusun urutan nombor
Kesukaran membaca soalan penyelesaian masalah
Keliru / menterbalik nombor satu digit (contoh P untuk 9)
Keliru / menterbalik nombor dua digit (contoh 47 untuk 74)
Kesukaran menyalin daripada papan hitam@buku

87
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

5.5.3 Masalah Nilai Tempat / Titik Perpuluhan


Nilai tempat dalam matematik adalah konsep abstrak yang hanya boleh
diperkenalkan setelah pelajar menguasai @ kompeten dengan kemahiran
mengumpul. Orton 1992 dalam Henderson, A. 1998 menyatakan sesetengah
pelajar sangat lambat untuk menguasai secara keseluruhan kemahiran
konsep struktur nilai tempat @ titik perpuluhan dan implikasinya.

5.5.4 Matematik Sosial ( wang, masa, waktu)


Topik masa dan waktu akan memberikan masalah penguasaan di kalangan
pelajar disleksia kerana mereka perlu tahu masa 12 jam dan 24 jam tetapi
juga perlu mengenal masa digital dan analog. Kesukaran timbul untuk mereka
mengorganisasikan dengan masa sendiri dengan tarikh. Mereka sering
mengalami kesukaran menguasai urutan bulan dan pergerakan masa akan
mengelirukan Contohnya memahami jadual perjalanan bas yang
mengandungi masa perjalanan, masa ketibaan, destinasi perjalanan dan
tarikh perjalanan.
5.5.5 Operasi Asas
Perkaitan antara simbol matematik dan ayat matematik sering menimbulkan
masalah kepada pelajar. Gulliford 1987 dalam Henderson 1987 menyatakan
keperluan untuk memperkembangkan dan membina pemahaman tentang
simbol daripada bahan maujud @ bahan sebenar dan bahan berstruktur
kepada pemahaman konsep dan perhubungannya.

LATIHAN 5.2

Berdasarkan aktiviti penilaian yang anda lakukan, bincangkan masalah


matematik yang dihadapi oleh murid disleksia. Dapatkan maklumat-
maklumat masalah matematik yang berkaitan akademik atau matematik
dalam kehidupan seharian yang dihadapi oleh murid disleksia dari pelbagai
sumber.
5.6 Kaedah Pengajaran & Pembelajaran Matematik

Pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran boleh digunakan bagi


menangani masalah matematik yang dihadapi oleh murid disleksia.

88
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Penggunaan kaedah tersebut bergantung kepada kesesuaian berdasarkan


permasalahan yang dihadapi murid. Guru perlu mengenalpasti punca
permasalahan terlebih dahulu sebelum merancang dan melaksanakan sesuatu
pengajaran. Berikut adalah beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk
menangani masalah matematik murid disleksia.

5.6.1 Kaedah Polya

Diperkenalkan oleh George Polya yang menerangkan 4 langkah untuk


menyelesaikan masalah matematik iaitu;
Langkah 1 Memahami Masalah
Mengenalpasti kehendak soalan mencatatkan maklumat dan clue
yang ada dalam soalan. Mencari perkaitan maklumat yang diberi
dengan masalah yang ingin diselesaikan
Langkah 2 Merancang Strategi
Guru membimbing pelajar merancang strategi yang akan digunakan.
Fikirkan strategi yang sesuai untuk menyelesaikan masalah diberi,
beberapa strategi boleh dicuba.
Langkah 3 Melaksanakan Strategi
Pilih satu strategi yang terbaik. Gunakan operasi yang sesuai @ formula
yang berkaitan
Langkah 4 Menyemak jawapan

5.6.2 Kaedah Newman


Model Newman digunakan untuk mengesan kesalahan pelajar menyelesaikan
matematik ;
Peringkat 1 Membaca dan Memahami Soalan
Guru harus kenalpasti sama ada pelajar tahu @ memahami apa yang
dibaca

89
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Peringkat 2 Pemahaman tentang apa yang dibaca


Pelajar harus mencari perkaitan antara masalah yang ingin diselesaikan
dengan konsep matematik
Peringkat 3 Tranformasi
Pernyataan dalam soalan perlu dipindahkan kepada simbol matematik.
Peringkat 4 Kemahiran Memproses
Pelajar memproses maklumat yang diberi kepada ayat matematik yang
betul. Gunakan operasi yang sesuai dalam menyelesaikan soalan.
Peringkat 5 Menyah-kod
Pelajar perlu menyah-kod yang terdapat dalam soalan supaya jalan
pengiraan yang betul dapat dibuat.
Peringkat 6 Cuai
Guru mengingatkan pelajar supaya menyemak jawapan bagi
mengelakkan kecuaian. Pada peringkat ini pelajar tidak lagi bergantung
pada bahan konkrit dan mereka harus mampu berfikir secara abstrak.
Peringkat 7 Motivasi
Guru harus memberikan kata-kata semangat dan yakinkan mereka
dapat menyelesaikan soalan matematik

LATIHAN 5.3

Terdapat pelbagai
LAMAN WEB masalah yang boleh dihadapi oleh pelajar disleksia dalam
matematik. Berdasarkan maklumat yang diperolehi menerusi media cetak dan
elektronik, anda dikehendaki membincangkan berkaitan topik, senaraikan
masalah yang dhadapi dan cadangan langkah/strategi mengatasi masalah
tersebut. Sebagai cadangan, cuba anda gunakan kaedah multisensori.

Rujukan
www.dyslexia-teacher.com
www.brighttots.com/Dyslexia.html

90
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

www.dyslexia.com
www.audiblox2000.com/dyslexia_dyslexic/dyslexia
www.medicinenet.com/dyslexia/article.htm
www.dyslexia-parent.com

PORTFOLIO
Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada pensyarah
dalam bentuk soft dan hard copy.

TAJUK 6 KAEDAH MENGINGAT/PEMPROSESAN MAKLUMAT

6.0 SINOPSIS

91
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Robert M. Gagne dalam bukunya Essentials of Learning for Instuction ( 1975 )


mengemukakan satu teori mengenai bagaimana manusia memperoleh maklumat dalam
sesuatu proses pembelajaran. Mengikut teorinya, ransangan-ransangan dari persekitaran
luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsir
dalam stor ingatan, kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang dan akhirnya
kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf. Model memproses maklumat terdiri
daripada ingatan deria, ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. Sebagai seorang
guru, bagi membantu murid-murid disleksia memperbaiki daya ingatan, beberapa kaedah
pengajaran dan pembelajaran mengingat harus dikuasai dan dapat diaplikasikan mengikut
kesesuaian.

6.1 HASIL PEMBELAJARAN

Setelah mengikuti unit ini, anda akan dapat :

1. Merancang pengalaman pembelajaran dengan mengambil kira faktor tertentu seperti


fizikal, sosial dan budaya untuk individu dan kumpulan (2.1)
2. Mengaplikasikan pelbagai kaedah untuk memantau dan menaksir pengetahuan dan
kemahiran (2.4)
3. Menghuraikan kelebihan dan kelemahan pelbagai kaedah mengingat dan
pemprosesan maklumat (1.2)
4. Mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk memperoleh pemahaman
yang koheren tentang teori dan amalan(6.3)

6.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK

92
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Kaedah Pengajaran dan


Pembelajaran Mengingat

Latih tubi Ulangan


Chunking Mnemonics
Mind Map

Kategori Klasifikasi
Konfigurasi Hubung Kait

PENGENALAN

Disleksia dipercayai berpunca daripada perbezaan otak memproses bahasa


penulisan dengan bahasa pertuturan. Dipercayai sistem neurologi yang tidak berfungsi
dengan betul menyebabkan gangguan pada struktur otak. Umumnya, murid-murid yang
mengidap disleksia ini berhadapan dengan kesukaran mengingat dan memproses maklumat.
Otak mereka juga kurang berupaya menterjemah imej yang diterima daripada mata atau
bunyi yang didengar telinga kepada bahasa yang difahami apabila dituturkan.

The Cerebellar Theory, Teori ini menerangkan yang mana penghidap disleksia

mempunyai masalah dalam aspek untuk mengikuti sesuatu arahan, keseimbangan badan,

93
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

kemahiran motor, kemahiran fonologi dan kepantasan memproses maklumat (Nicolson et al.,

2001, Ramus et al., 2003, Fawcett, 2001).

Murid-murid yang mengalami disleksia sering dianggap lembab atau bodoh. Mereka

juga sering dianggap nakal, degil dan tidak mendengar kata. Hakikatnya mereka tidak

sedemikian dan ini berlaku disebabkan cara mereka memproses maklumat adalah berbeza

dari individu yang normal.

6.3 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Mengingat.

6.3.1 Latih Tubi

Latihan tubi membantu murid-murid memperolehi kemahiran baru serta meningkatkan


kecekapannya dalam sesuatu kemahiran yang dilatih contohnya dalam penggunaan
komputer. Kaedah ini bertujuan menyediakan latihan dan peneguhan secukupnya kepada
murid-murid tentang sesuatu pembelajaran yang spesifik supaya mereka boleh, secara
automatik, menyebut atau mengingati semula maklumat apabila disuruh berbuat demikian.

Dengan memaksimumkan faedah daripada penggunaan latih tubi melalui komputer,


penglibatan guru dalam mengendalikan komputer bersama-sama dengan murid-murid
membawa faedah jangka panjang. Seseorang guru dapat mengenal pasti masalah murid-
murid serta kaedah yang tidak lengkap dalam penggunaan perisian yang terpilih merupakan
strategi pengajaran yang efektif. Contohnya penggunaan fakta dan komputasi dalam perisian
matematik.

Ciri-ciri kaedah latih tubi :

- Latihan dalam memahami maklumat berbentuk visual atau auditori supaya


murid-murid belajar berbincang dan menulis apa yang telah dipelajari melalui
bahan yang boleh didengar dan dipandang.

94
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

- Maklum balas segera terhadap respons murid-murid supaya respons yang


betul diterima atau diperkukuhkan manakala respons yang salah dianalisis dan
dibetulkan.
- Ulangan latihan dalam jangka masa tertentu pada peringkat awal dan
seterusnya dalam jangka masa yang tidak ditentukan.

Oleh sebab latih tubi melibatkan ulangan, kaedah ini mungkin membosankan. Untuk
mengelakkan kebosanan, pelbagai bentuk latih tubi boleh digunakan, antaranya :

- Permainan dan pertandingan merupakan cabaran kepada sesetengah murid-


murid
- Latih tubi boleh dijalankan dengan cara menyuruh mereka menulis pada
permukaan-permukaan yang aneh seperti di tanah yang basah, pasir atau
menyuruh mereka mengulangi maklumat secara berbaring di atas lantai,
ketika bermain atau ketika sedang mandi.

Banyak pihak boleh membantu murid-murid dalam proses latih tubi. Ini termasuklah guru,
rakan sebaya, murid-murid-murid-murid lain di dalam kelas dan keluarga di rumah. Kaedah
ini juga boleh digunakan bersama-sama dengan kaedah-kaedah lain, iaitu ujian lisan, buku
kerja, permainan dan pengajaran berprogram.

6.3.1.1 Latih Tubi Lisan

Menguasai kemahiran lisan, sukar bagi sesetengah murid-murid disleksia. Selain itu murid-
murid yang mengalami masalah gagap juga sangat memerlukan aktiviti lisan untuk
membantu mengurangkan masalah tersebut. Namun, bagi masalah gagap yang serius,
murid-murid tersebut memerlukan rawatan khusus oleh pakar fisioterapi pertuturan. Kaedah
latih tubi amat berkesan untuk mengajar sebutan, intonasi, dan struktur ayat. Kamarudin Hj.
Husin (1988) latih tubi adalah satu cara mengajar dengan mengulang-ulangkan fakta atau
sesuatu kecekapan yang diajar. Cara ini merupakan sebahagian daripada usaha menghafaz
atau mengingat sesuatu. Tujuannya adalah untuk mencapai taraf kemahiran yang maksimum
dan menjadikan apa yang dimurid-murid itu kekal dalam ingatan, malahan dapat digunakan
dalam situasi-situasi lain.

95
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Terdapat dua jenis latih tubi dalam pengajaran dan pembelajaran lisan iaitu;

i. Latih tubi aspek sebutan atau fonologi


ii. Latih tubi aspek struktur atau ayat

i. Latih Tubi Aspek Sebutan Atau Fonologi

Murid-murid disleksia kebanyakannya menghadapi masalah sebutan. Latih tubi jenis ini
sesuai digunakan untuk membantu murid disleksia yang menghadapi masalah menyebut
bunyi-bunyi tertentu dalam perkataan. Ada dua jenis latih tubi bentuk ini iaitu latih tubi
pasangan minimal dan latih tubi pemintal lidah:

Latih Tubi Pasangan Minimal

Murid-murid disleksia kerap menghadapi masalah menyebut bunyi-bunyi konsonan tertentu.


Mereka kerap tersalah menyebut konsonan yang mempunyai perbezaan bunyi yang paling
minimum dalam perkataan sehingga menyebabkan makna perkataan itu tersasar jauh,
misalnya dalam perkataan ladang disebut sebagai lalang, sehingga bertukar menjadi
perkataan lalang. Oleh itu guru perlu menyediakan senarai perkataan yang mengandungi
konsonan d dan l dan meminta murid menyebutnya berulang-ulang kali sehingga mahir.

Contoh:
dari - lari
ladang - lalang
lada - lala
dada - lada
tadi - tali

Latih Tubi Pemintal Lidah

Latih tubi pemintal lidah sangat penting untuk melatih murid-murid menyebut sesuatu bunyi
dengan betul dan tepat. Latih tubi jenis ini hanya menumpukan kepada bunyi tertentu yang
menjadi masalah kepada murid-murid menyebutnya.

96
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Contoh:

a) Masalah menyebut fonem /p/


Pandang pandan tepi pagar depan padang

b) Masalah menyebut fonem /s/ di awal perkataan


(contoh yang sangat popular digunakan dalam bahasa Inggeris)
She sells sea shells at the sea shore. The shells she sells are sea shore
shells.

ii. Latih Tubi Aspek Struktur atau Ayat

Latih tubi struktur digunakan untuk memahirkan murid disleksia dengan bentuk-bentuk ayat
tertentu dan membimbing murid menguasai kemahiran membina ayat. Dalam konteks
pengajaran kemahiran lisan, latih tubi ini dapat membantu murid menyebut ayat yang
lengkap dengan lancar. Terdapat berbagai-bagai jenis latih tubi jenis ini dan guru juga boleh
mencipta sendiri bentuk latih tubi struktur yang hendak diberikan kepada murid.

6.3.2 Ulangan

Perancangan aktiviti p&p dengan rapi. Menurut Coralie Loeong (1998) murid-murid disleksia
memerlukan arahan yang berulang. Kiranya tidak akan ketinggalan dalam murid-muridan
atau arahan. Pengulangan dapat membantu atasi masalah murid-murid disleksia.

Ini adalah teknik yang paling mudah di mana kita hanya perlu mengulangi beberapa
kali maklumat yang kita perlu ingat. Sesuatu maklumat yang sering digunakan secara
berulang-ulang akan lebih mudah diingati, sebagai contoh, mengingati nombor telefon rakan
anda yang sering dihubungi. Begitu juga dalam bacaan sifir menerusi pengulangan, individu
akan lebih mudah menguasai dan mengingati jawapannya. Apabila guru bertanyakan soalan
secara rawak, murid-murid yang kerap membuat pengulangan akan lebih mudah
menyatakan hasil darab dengan betul dan yakin berbanding murid-murid yang kurang
membuat ulangan selepas sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan. Murid-
murid boleh menjawab dengan betul tetapi mengambil masa yang panjang disebabkan
membaca sifir dari awal lagi. Apa juga mata murid-muridan kiranya diberikan ulangan akan

97
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

dapat menghasilkan sesuatu yang lebih baik kerana ia menambahkan daya kefahaman dan
meningkatkan daya ingatan.

6.3.3 Chunking

Maklumat yang tidak berkaitan dikumpulkan menjadi satu kumpulan mengikut keseragaman
tertentu. Contohnya untuk menghafal bulan-bulan Islam, nama Allah, nama-nama Malaikat
dan juga 26 abjad dikaitkan dengan lagu tertentu. Penghafalan huruf abjad lebih berjaya
menerusi penggunaan teknik chunking, seperti berikut:
ABCDEFG HIJKLMN OPQRSTU VWXYZ

Adalah agak sukar untuk seorang murid-murid menghafal 26 abjad huruf tersebut
tanpa penggunaan kaedah yang bersesuaian. Menerusi kaedah chunking dan disertakan
dengan lagu menambahkan minat murid malahan lebih memudahkan daya penghafalan
selepas menjalani beberapa sesi latihan. Kita juga pernah melihat kebolehan seseorang
individu yang berjaya mengingat nombor telefon dalam masa yang singkat, sebagai contoh
0174857662 ditulis dengan cara begini 017-485-7662.

6.3.4 Mnemonics

Teknik ini mudah digunakan dan sering digunakan.

Teknik Akrostik
Akrostik adalah frasa ataupun ayat di mana huruf pertama pada perkataan
pertama dapat menolong kita ingat maklumat yang hendak dihafal kerana
hurufnya serupa.
Frasa atau ayat di mana huruf pertama pada perkataan pertama dapat menolong
ingat maklumat yang hendak dihafal, contoh, PTKS Pergi tidur kalau sakit.

Teknik Akronim
Seakan-akan teknik akrostik. Akronim adalah sejenis kata singkatan, contoh
MARA bagi Majlis Amanah Rakyat. Jika anda mempunyai satu senarai fakta yang

98
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

panjang, anda boleh memudahkan proses mengingatnya dengan membuat


kependekan/penyingkatan.

Teknik Skrip Cerita


Cara mengingat dengan mengarang cerita, contoh tangga, papaya dan bas. Bas
merah membawa mereka tiga beradik balik ke kampong. Dari jaugh tangga
rumah nenek kelihatan. Pokok papaya di tepi dapur sudah tinggi tapi tidak
berbuah lagi.

Rima
Boleh dijadikan nyanyian atau pantun, contoh:
Satu tangan bilangan lima, Dua tangan bilangan sepuluh,
Nenek tanam biji delima, apa sebab peria tumbuh

6.3.5 Kategori

Mengkategori adalah kegiatan mental yang melibatkan aktiviti-aktiviti memilih dan membuat
perbandingan berdasarkan kriteria tertentu. Fungsinya adalah hampir sama dengan kegiatan
mengklasifikasi. Walaubagaimanapun, mengkategori lebih berfokus kepada pengumpulan
atau pengelompokan mengikut penjenisan dan kadar keupayaan.

6.3.6 Konfigurasi

Konfigurasi melibatkan cara mengingat menerusi susun atur bahan yang telah dibaca secara
yang lebih sistematik supaya ianya lebih mudah untuk dipanggil semula ketika
memerlukannya.

6.3.7 Hubungkait

Membuat perkaitan adalah kegiatan mental yang dilakukan untuk menghubungkan elemen-
elemen yang berkaitan. Ia mungkin melibatkan usaha mengesan punca dan kesan, sebab
dan akibat, menstruktur idea atau konsep, mencari sesuatu struktur atau corak

99
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

perhubungan. Kemahiran ini digunakan untuk membuat inferens, meramal, membuat


andaian, mensintesis, membuat hipotesis, menyelesaikan masalah dan membuat
kesimpulan.

Menurut pakar psikologi, M.R.Raugh dan R.C.Atkinson menasihatkan supaya


maklumat yang hendak dihafal itu diberi makna kepadanya atau mengaitkan dengan
kehidupan sendiri. Sebagai contoh, apabila sedang membaca buku teks sejarah berkenaan
ciri-ciri individu yang memiliki perjuangan fikirkan seorang rakan sendiri yang memiliki ciri-ciri
seperti itu.

Katakanlah anda hendak ke kedai membeli pisang, kelapa, topi dan minyak. Cuba
buat gambar dalam kepala dan dalam gambar itu semua benda-benda itu ada. Sebagai
contoh, buat gambar seekor monyet yang sedang makan pisang sambil memegang kelapa
dan memakai topi sambil meminum minyak. Menurut penyelidik M.A.Mc Daniel dan G.O.
Einstein melaporkan apabila gambar itu makin gila-gila dan tidak masuk akal, gambar itu
semakin mudah diingat. Sebagai contoh, jika anda hendak mengingat nombor telefon yang
diberikan kepada anda, anda bolehlah mengaitkan nombor telefon itu dengan fakta-fakta
yang yang telah diketahui, contohnya:-

Nombor telefon : 3352012


Boleh dipecahkan ke 335 20 12
Dan boleh diingatkan sebagai,
Nombor rumah : 335
Bilangan ibu dan ayah : 2
Setelah meninggal : 0
Bilangan adik beradik : 12

6.3.8 Klasifikasi

Mengklasifikasi melibatkan kegiatan memilih atau mengumpulkan sesuatu mengikut bahagia-


bahagiannya yang serupa dan berkait rapat. Dalam kemahiran berfikir, mengklasifikasi
digunakan untuk membolehkan kita membuat penjenisan atau membuat pengelompokan
mengikut kelas atau kumpulannya. Misalnya kita menetapkan penjenisan buah-buahan

100
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

tempatan dan buah-buahan luar negara. Atau kita mengklasifikasikan kenderaan di darat
dan kenderaan di laut, atau kita membahagikan jenis pokok berbunga atau pokok tidak
berbunga dan sebagainya.

Mengklasifikasi adalah juga perbuatan mengasingkan dan mengumpulkan objek atau


fenomena kepada kumpulan masing-masing berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri atau
sifat. Ia lebih menekankan kepada ciri atau sifat tertentu seperti ciri atau sifat sepunya.
Kemahiran ini digunakan apabila kita hendak menyelesaikan terlalu banyak item atau
maklumat item atau maklumat yang tidak tersusun.

Membuat pengelasan seolah-olah memberi label kepada benda tersebut ianya


tidaklah semudah itu. Contoh, kiranya kita kenal pasti pokok durian, kita sebenarnya
mengambil kira ciri-ciri khusus pokok durian yang boleh membezakan pokok tersebut dengan
pokok-pokok lain. Kita akan cuba kenal pasti dan senaraikan ciri-ciri pada pokok durian atau
pokok lain. Dapatannya kita lebih mengenali pokok durian dari sebelumnya. Kemampuan
untuk mengumpul, mencari dan menyenaraikan dan mengkategorikan ciri-ciri pokok durian
membantu kita menyusun dan mengatur maklumat yang kita kumpulkan itu dengan lebih
sistematik dan terurus.

Latihan a.

Contoh:
dari --- lari
ladang --- lalang
lada --- lala
dada --- lada
tadi --- tali

Aktiviti
Bincangkan beberapa contoh latih tubi pasangan minimal lain yang sesuai digunakan
untuk murid-murid disleksia.

101
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

RUMUSAN

Kombinasi pengetahuan (maklumat yang diproses) dan kemahiran di ingatan


jangka panjang akan membina strategi-strategi kognitif atau kemahiran yang
berkaitan dengan tugas-tugas yang kompleks. Guru perlu bijak memilih kaedah
mengingat dan memproses maklumat yang sesuai untuk murid-murid disleksia
supaya murid-murid disleksia tidak jauh tertinggal dalam menguasai bahasa.

TUTORIAL:

1. Selain daripada kaedah-kaedah yang disebut di atas, kaedah peta minda juga
merupakan salah satu cara yang berkesan untuk membantu kanak-kanak disleksia. Cuba
cari maklumat berkaitan. Bagaimana kaedah peta minda dapat membantu kanak-kanak
disleksia?

2. Secara berkumpulan, bina beberapa contoh latih tubi pemintal lidah bagi fonem-fonem
tertentu yang sesuai dijadikan latihan latih tubi lisan dengan murid-murid disleksia dan
bentangkan kepada kelas anda.

102
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

RUJUKAN

Abd.Aziz Talib, (1989) Pengajaran dan pengujian bahasa: perspektif untuk perguruan.
Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Kamarudin Hj.Husin, (1990). Pengajaran dan pembelajaran lisan. Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka.

Koh Boh Boon, (1990). Pengajaran tatabahasa bahasa Malaysia: prinsip dan
teknik. Petaling Jaya: Penerbitan Fajar Bakti.

103
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

TAJUK 7 PENGURUSAN PROGRAM DISLEKSIA

7.0 SINOPSIS

Topik ini membincangkan tentang Pengurusan Program Disleksia iaitu Langkah-


Langkah Pengurusan dan Aspek Pengurusan Program.

7.1 HASIL PEMBELAJARAN

Setelah mengikuti unit ini, anda akan dapat :

1. Mangaplikasikan pelbagai kaedah untuk memantau dan mentaksir


pengetahuan dan kemahiran (2.4)

2. Menyenaraikan langkah-langkah yang perlu diambil dalam mengurus program


disleksia (2.4)

3. Merancang dan mengurus program disleksia dengan mengambil tindakan


tertentu seperti proses mengesan, menyaring dan mendiagnosis, dan
perancangan pengajaran dan pembelajaran (2.1)

4. Merancang dan mengurus program disleksia dengan mengambil tindakan


tertentu seperti fleksibiliti, akomodasi dan advokasi (2.1)

5. Bekerjasama dengan rakan sejawat untuk meningkatkan profesion keguruan


(5.5)

6. Mempamerkan komitmen kepada kecemerlangan, akauntabiliti integreti,


bertanggungjawab dan empati untuk melaksanakan tugas (4.2).

104
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

7.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK

Langkah-langkah
Pengurusan

Proses Mengesan dan Diagnosis Kelemahan Perancangan


Menyaring Murid Pengajaran dan
Pembelajaran

KERANGKA TAJUK ASPEK PENGURUSAN PROGRAM

ASPEK PENGURUSAN
PROGRAM

FLEKSIBILITI/
LUWES AKOMODASI ADVOKASI

105
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

7.3 LANGKAH-LANGKAH PENGURUSAN PROGRAM DISLEKSIA

CARTA ALIRAN PROGRAM DISLEKSIA

Tidak sah

sah

Kelas biasa/ kelas


pemulihan

inklusif
Pendidkan
Tidak
Menguasai
kemahiran

Menguasai
kemahiran

TMMD- Tidak Mengalami Masalah Disleksia


KMMD- Kebarangkalian Mengalami Masalah
Disleksia

106
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Aspek pengurusan program:-

7.4 Fleksibiliti / Luwes

Menurut kamus Dewan Bahasa edisi keempat : Boleh diubah atau disuaikan atau
mudah berubah mengikut keadaan baru.

Bahan yang digunakan boleh berubah-ubah mengikut keadaan dan


kesesuaian.
Tidak terhad pada satu masa sahaja.

Boleh diubahsuai mengikut keadaan

Mengurangkan halangan

Pelbagai khidmat sokongan

Pengaturan jadual waktu

Susun atur kelas

Penyediaan rancangan pengajaran

Guru yang berkesan mencipta situasi kejayaan melalui amalan empati mempunyai sifat
fleksibel dan mempunyai hubungan yang rapat dengan murid-murid-murid-murid. Guru
seperti ini mempunyai ciri-ciri:

Menimbulkan minat murid-murid


Sentiasa mendedahkan murid-murid kepada ilmu pengetahuan yang berguna
dan praktikal
Menimbulkan kesedaran di kalangan murid-murid bahawa pertambahan ilmu
pengetahuan adalah penting
Menarik dan menggembirakan
Mempelbagaikan cara dan bentuk penyampaian dan sentiasa mengemas kini
bahan-bahan pengajaran

107
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Antara pendedahan kemahiran kepada murid-murid disleksia adalah dalam bidang seni dan
ini adalah hasil kerja murid-murid disleksia yang ternyata berbakat

7.4.1 Antara aspek yang fleksibel adalah:

7.4.1.1 Masa

Sesuatu pengajaran yang diajar akan memakan masa yang lama untuk murid disleksia
memahaminya. Oleh itu , masa yang diperuntukkan bagi satu topik tidak terhad malah
mengikut tahap pencapaian murid. Persoalannya di sini guru juga perlu melihat keinginan
belajar murid dalam satu masa. Sekiranya murid kurang bersedia untuk belajar pada masa
yang ditetapkan guru haruslah mengisi masa tersebut dengan aktiviti yang lebih berfaeah
dan boleh dimanfaatkan kepada murid-murid.

7.4.2 Bahan pengajaran dan pembelajaran

Lego boleh merangsang murid-murid disleksia berfikir dan


meningkatkan kemahiran psikomotor

108
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

Bahan yang digunakan hendaklah bersesuaian, boleh berubah mengikut minat dan
kecenderungan murid, contohnya, jika murid berminat dengan permainan lego, guru boleh
menyerapkan permainan lego dalam pengajaran. Bahan pengajaran tersebut hendaklah :

Bahan maujud dapat meningkatkan pengetahuan dan pemahaman terhadap


pelajaran dan bahan-bahan yang digunakan dalam pembelajaran juga boleh:
Mematang dan meluaskan pemikiran
Merangsang murid-murid untuk belajar
Meningkatkan keyakinan diri
Menambahkan kemahiran menggunakan alat dan kemahiran
psikomotor murid-murid
Memaksimukan penggunaan deria.

7.4.3 Bahan peneguhan:

Sebagai seorang guru, pastinya anda telah menggunakan peneguhan dalam pengajaran dan
pembelajaran anda. Apakah antaranya? Pernahkah anda memuji murid kerana tingkah
lakunya yang baik? Atau pernahkah anda memberi hadiah kepada murid yang berjaya
menjawab soalan dengan betul? Jika anda menjawab ya, bermakna anda pernah
menggunakan peneguhan di dalam bilik darjah. Terdapat dua jenis peneguhan iaitu
peneguhan primer (makanan, minuman, keselamatan, kemesraan dll) dan peneguhan
sekunder (sosial- pujian, senyuman, pelukan atau perhatian, token / simbolik wang, gred,
bintang, aktiviti permainan / aktiviti yang meny perhatianeronokkan). Selain daripada itu
terdapat juga peneguhan positif rangsangan yang menyeronokkan dan peneguhan negatif
penghapusan rangsangan yang tidak menyeronokkan. Sekiranya peneguhan yang dipilih
tidak berkesan, guru boleh menggunakan peneguhan-peneguhan yang lain.

109
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

7.4.4 Tugasan

Semasa memberikan tugasan seharusnya guru melihat kepada konsep asas iaitu untuk
membetulkan kesilapan dan kecelaruan murid dalam bacaan, ejaan, tulisan, lisan mahupun
dalam matematik. Pada peringkat permulaan, latihan-latihan yang diberi lebih kepada tujuan
untuk membetulkan kesilapan murid. Tugasan yang diberi sekadar memberikan kefahaman
murid berhubung kesilapan yang biasa dibuat oleh murid seperti tulisan / ejaan huruf yang
terbalik. Setelah murid menguasai kemahiran, tugasan bolehlah ditambah dan akhirnya
bersamaan seperti mana yang dibuat oleh rakan mereka di kelas aliran perdana. Sekiranya
guru terus memberikan tugasan yang banyak tanpa melihat daerah kelemahan dan masalah
murid, aspreasi tingkah laku mula terbentuk dan akhirnya guru / rakan sebaya melabelkan
bahawa murid-murid nakal, lambat, malas atau tidak minat belajar.

7.5 Akomodasi

Mengikut kamus Oxford Fajar (1989) menterjemahkan akomodasi ialah mengubah dan
menyesuaikan sesuatu supaya padan atau selaras dengan sesuatu yang lain.. Sebagai
contoh, penilaian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu ke atas murid-murid masalah
pendengaran mengikut kajian Dr. Mohd Hanafi B. Yassin dalam Jurnal Akademik IPPM
menyatakan, penggunaan kertas soalan peperiksaan yang sama untuk calon biasa adalah
kurang sesuai memandangkan beberapa kajian yang dijalankan di dalam dan di luar negara
telah mendapati bahawa kemahiran dan keupayaan bahasa di antara murid-murid pekak dan
murid-murid biasa adalah berbeza kerana mereka menggunakan BMKT semasa
berkomunikasi.
Manakala menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka : Penyesuaian atau
pengakomodasian yang bermaksud melakukan penyesuaian supaya sesuatu selaras.. Ia

110
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

berlaku semasa kita mengubah skema yang ada dalam memberi respon kepada situasi
baru. Ia melibatkan perubahan skema yang sedia ada atau membentuk skema baru dalam
memberi respon baru kepada maklumat baru. Apabila maklumat baru tidak sesuai dengan
skema yang ada, maka kita perlu sesuaikan pemikiran kita. Bahan asal diubah suai mengikut
pengajaran guru.

7.5.1 Aspek-aspek pengakomodasian:

- bahan bantu mengajar


- bahan belajar
- persekitaran pembelajaran
- cara penilaian

Antara akomodasi yang boleh dilaksanakan oleh guru semasa menyediakan bahan
bantu mengajar dan penyediaan bahan belajar murid-murid disleksia:

Menggunakan kertas soalan saiz A3


Besarkan saiz font-16
Besarkan soalan 130%
Font comic sans (a) atau century gothic (a)
Jarak perbezaan soalan
Format UPS satu muka surat 5 soalan
Double spacing
Masukkan gambar untuk menyokong petikan
Pembaca soalan-suara jelas,tumpuan mendengar, tidak pengaruh murid
Memberi lebih masa-2 kali-di kelas perdana dan di kelas disleksia.

111
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

7.6 Advokasi
Sokongan atau untuk menyokong.
Aspek-aspek advokasi:
Sokongan bahan belajar
Sokongan bahan mengajar
Sokongan persekitaran
Sokongan luar
Sokongan bahan belajar

Contohnya :
Sekiranya murid-murid tidak boleh memegang pensil dengan kuat, boleh mengadvokasikan
dengan meletakkan grip plastik atau getah pada pensel untuk mengguatkan genggaman
atau pensil tripod yang mudah pegang.

Advokasi dari Aspek Khidmat Sokongan

Sokongan fizikal dan pengajaran


Ibu bapa,guru, kerajaan, badan bukan kerajaan, masyarakat
Badan bukan kerajaan
Pusat Disleksia Malaysia
Kerajaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Kementerian kesihatan
Kementerian Pembangunan Keluarga ,Wanita dan Masyarakat
Kementerian Pembangunan Keluarga ,Wanita dan Masyarakat
Pendaftaran orang keperluan khas
Program pemulihan dalam komunit (PDK)
Pemberian geran kepada pertubuhan sukarela
Pemberian elaun, geran pelancaran, alat anggota palsu kepada orang
berkeperluan khas
Sukan bagi orang keperluan khas

112
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

TUTORIAL:

Anda dikehendaki mencari maklumat tambahan untuk menjelaskan secara terperinci


berkaitan akomodasi dan advokasi kepada kanak-kanak disleksia menerusi pelbagai
sumber yang dirujuk dan bentangkan dalam kelas.

RUJUKAN

Abd.Aziz Talib, (1989) Pengajaran dan pengujian bahasa: perspektif untuk perguruan.
Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Kamarudin Hj.Husin, (1990). Pengajaran dan pembelajaran lisan. Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka.

Koh Boh Boon, (1990). Pengajaran tatabahasa bahasa Malaysia: prinsip dan
teknik. Petaling Jaya: Penerbitan Fajar Bakti.

113
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PPG

114

You might also like