You are on page 1of 1

PENCEMARAN UDARA

Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan


sebarang bahan kimia, jirim zarahanatau bahan biologi yang boleh menyebabkan mudarat,
ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain serta merosakkan alam
sekitar apabila ia dibebaskan ke atmosfera. Contoh pencemaran udara adalah seperti
gaskarbon dioksida, sulfur dioksida, kloroflorokarbon, bau-bauan, logam toksik
seperti plumbum tembaga dan sisa radioaktif.

Pencemaran udara berpunca daripada pelepasan asap kotor oleh industri terus ke udara
melalui cerobong asapkilang, kenderaan motor di jalan raya, asap rokok,pembakaran
terbuka dan letusan gunung berapi. Antara kesan pencemaran udara adalah penipisan
lapisan ozon, jerebu, hujan asid ,dan pemanasan bumi. Pencemaran udara mungkin boleh
memberi kesan terhadap kesihatan, keselamatan dan keselesaan manusia ataupun harta
benda.

Indeks Pencemaran Udara (IPU); bahasa Inggeris: Air Pollution Index (API) merupakan
suatu kaedah umum dan termudah untuk menghuraikan status kualiti udara khususnya
di China, Hong Kong dan Malaysia. Ia juga dikira dari beberapa set data pencemaran udara.
Di Tanah Besar China indeks IPU ditukar dengan Indeks Kualiti Udarayang dikemas kini
sejak awal tahun 2012.[1]

Berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah satu cara untuk mengetahui
tahap teruknya jerebu. Ia melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus merbahaya seperti
karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. Pengelasan tahap kualiti
udara mengikut IPU adalah seperti berikut:

Nilai IPU Kualiti udara


0 - 50 Baik
51 - 100 Sederhana
101 - 200 Tidak sihat
201 - 300 Sangat tidak sihat
301 - 400 Berbahaya
401 - 500 Sangat berbahaya
Lebih 501 Kecemasan, (perintah berkurung dan Darurat boleh diumumkan oleh kerajaan)

You might also like