You are on page 1of 5

t

Tunku Abdul Rahman


Al-Haj
AC CH

Perdana Menteri Malaysia

Dilahirkan di Istana Tiga Tingkat, Alor


Setar, Kedah yang lebih dikenali sebagaiIstana
Pelamin, Tunku merupakan anak lelaki yang
ketujuh dan anak yang kedua puluh
kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan
t

Kedah yang ke-24. Bondanya Cik Menyelara,


seorang isteri Sultan Abdul Hamid yang tidak
berdarah gahara, ialah anak perempuan Luang
Naraborirak (Kleb), seorang pegawai
daerah Thailand. Kelahiran Tunku disambut
secara biasa sahaja kerana beliau bukan bakal
pengganti Sultan Kedah. Pengganti Sultan
Kedah,Sultan Badlishah ibni Sultan Abdul
Hamid, telah pun berumur 30 tahun ketika itu.
Semasa kecil, Tunku dipanggil Awang kerana
rupa parasnya yang tidak sesegak adik-
beradiknya yang lain.
Tunku bermula pendidikannya pada 1909 di
sebuah sekolah rendah Melayu di Jalan Baharu,
Alor Setar. Biasa berbahasa Siam di rumah,
beliau belajarbahasa Melayu di sekolah itu.
Seorang guru pula datang ke rumahnya untuk
mengajar bahasa Inggeris. Tunku kemudian
t

berpindah ke sebuah sekolah kerajaan bahasa


Inggeris yang kini dinamakan Kolej Sultan Abdul
Hamid
Pada tahun 1913 sewaktu berumur 10 tahun
dihantar ke Bangkok untuk menetap
bersama Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid,
abang sulungnya, dan belajar di Sekolah
Thebsirintrawat (Debsirindir School). Pada tahun
1915, Tunku pulang dan meneruskan
pendidikannya di Penang Free School. Antara
gurunya ialah HR Cheeseman dan SM Zainal
Abidin. Seorang yang aktif, beliau
menyertai Pengakap dan Kor Kadet.
Pada tahun 1954, Tunku mengetuai
sekumpulan perwakilan ke London untuk
memperolehi kemerdekaan Malaya.
Bagaimanapun, percubaan sulung itu tidak
berjaya. Pada tahun yang berikut, pilihan raya
t

persekutan yang pertama diadakan. Parti


Perikatanyang pada saat itu merupakan parti
campuran UMNO dengan MCA memenangi 51
daripada 52 kerusi yang ditandingi. Tunku
dilantik sebagai Ketua Menteri Malaya yang
pertama. MIC yang mewakili
kaum India kemudian menyertai Parti Perikatan
pada tahun 1955.
Pada tahun 1955, Tunku membuat lagi satu
perjalanan ke London untuk berunding tentang
kemerdekaan Malaya. Pada kali ini, beliau
berjaya, dan 31 Ogos 1957 diputuskan sebagai
tarikh kemerdekaan. Sewaktu bendera British
diturun di Kuala Lumpur pada hari kemerdekaan,
Tunku mengetuai orang ramai untuk menyorak
"Merdeka!". Gambar-gambar Tunku dengan
tangan yang diangkat naik, dan perakaman-
perakaman suaranya yang penuh emosi tetapi
t

berazam mengetuai sorakan, kini merupakan


lambang kemerdekaan Malaysia yang biasa.
Selepas kemerdekaan, Tunku
mendominasikan politik Malaya dan memimpin
Parti Perikatan ke kemenangan besar dalam
pilihan raya umum pada tahun 1959 dan 1964.
Pembentukan Malaysia pada tahun 1963
merupakan salah satu daripada pencapaian
Tunku yang teragung.

You might also like