You are on page 1of 6

KERTAS CADANGAN

[No. 5/2014]

PANDUAN PENGURUSAN KAMERA CCTV


DI BAWAH AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI (APDP) 2010

Jabatan Perlindungan Data Peribadi mengalu-alukan maklum balas


dan pendapat secara bertulis kepada Jabatan berhubung dengan
perkara yang dibangkitkan di dalam kertas ini. Maklum balas dan
pendapat hendaklah dikemukakan sebelum 11 Julai 2014 kepada
alamat atau e-mel seperti berikut:-

Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi Malaysia

Aras 6, Kompleks KKMM

Lot 4G9, Persiaran Perdana, Presint 4

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62100 Putrajaya

Emel: pcpdp@pdp.gov.my

Faks: 03 8911 7959

Pegawai untuk dihubungi

Siti Dinar binti Othman (Tel: 03 8911 7924)


Sengngeng Mohd Saleng (Tel: 03 89117397)
Ab. Rahman bin Jarawi (Tel: 03 8911 5168)

1
Kertas ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas dan
pendapat berkenaan cadangan Jabatan Perlindungan Data Peribadi
(Jabatan ini) untuk mewujudkan Panduan Pengurusan Kamera
CCTV di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi (APDP) 2010 (Akta
709)

PENGENALAN

CCTV atau televisyen litar tertutup ialah sistem pengawasan yang


menggunakan kamera video dan peralatan berkaitan yang lazimnya
digunakan di premis-premis perniagaan dan kawasan-kawasan komersial
seperti bank, pusat membeli-belah dan pasar-pasar raya serta juga di
pejabat dan lapangan terbang. Namun demikian, dengan peningkatan
kes-kes jenayah di dalam negara mutakhir ini; pemasangan CCTV kini
lebih meluas di kawasan-kawasan berisiko tinggi jenayah hinggalah di
kediaman-kediaman persendirian. Kertas ini bertujuan menyediakan garis
panduan bagi individu atau organisasi dalam penggunaan CCTV di bawah
Akta Perlindungan Data Peribadi (APDP) 2010 (Akta 709)

PEMAKAIAN

Walau di mana pemasangannya, CCTV mampu merakam apa-apa imej di


dalam kawasan liputan rakamannya termasuk imej individu. Di dalam
Seksyen 4, APDP mentafsirkan data peribadi sebagai ...apa-apa
maklumat...yang berhubungan secara langsung atau tidak langsung
dengan seorang subjek data, yang dikenalpasti atau boleh dikenal pasti

2
daripada maklumat itu dan maklumat lain dalam milikan seorang
pengguna data.... Dengan merujuk kepada tafsiran ini, imej individu juga
merupakan data peribadi yang akan tertakluk di bawah APDP apabila imej
tersebut dilibatkan di dalam transaksi komersial seperti bagi promosi atau
pun jualan produk dan perkhidmatan sama ada secara kontrak ataupun
tidak. Bagi rakaman imej CCTV yang digunakan di dalam transaksi
komersial, pematuhan prinsip-prinsip perlindungan data peribadi adalah
perlu bagi melindungi hak privasi individu dan mengurangkan risiko
penyalahgunaan imej peribadi yang dirakam.

PRINSIP AM

Seksyen 45, APDP dengan jelas memberi pengecualian daripada


peruntukan Akta kepada data peribadi yang diproses bagi maksud hal
ehwal peribadi, keluarga dan rekreasi. Juga, Prinsip Am dikecualikan
terhadap data peribadi yang diproses bagi pencegahan atau pengesanan
jenayah atau bagi maksud penyiasatan. Sehubungan itu, bagi maksud
selain daripada di atas; imej-imej individu yang dirakam perlu mendapat
persetujuan pemiliknya sekiranya ingin digunakan dalam transaksi
komersial.

PRINSIP NOTIS DAN PILIHAN

Menjadi tanggungjawab organisasi atau pemilik-pemilik premis yang


dipasang CCTV untuk memaparkan notis pemakluman atau
pemberitahuan operasi CCTV dan tujuan pemasangannya kepada
pengunjung dengan jelas di papan tanda dan diletakkan di pintu masuk ke

3
kawasan zon pengawasan CCTV. Bagi penggunaan CCTV di tempat
kerja, tujuan utama pemasangannya untuk mencegah dan mengesan
jenayah TIDAK BOLEH disalahgunakan untuk perkara-perkara yang
berlainan seperti pemantauan kerja kakitangan.

PRINSIP PENZAHIRAN

Menyediakan prosedur yang jelas bagi mengendalikan imej rakaman


CCTV adalah penting kepada organisasi. Ini adalah untuk mewujudkan
tanggungjawab pengawalan imej terutamanya dalam membuat keputusan
imej yang perlu direkodkan, bagaimana imej akan digunakan dan kepada
siapa imej boleh dizahirkan. Penzahiran imej dari CCTV perlu dikawal
selaras dengan tujuan pemasangannya. Sebagai contoh, jika sistem
tersebut dipasang untuk membantu mencegah dan mengesan jenayah
maka imej yang dirakam hanya dihadkan penzahirannya bagi tujuan
penyiasatan sahaja.

PRINSIP KESELAMATAN

Organisasi perlu mengambil langkah-langkah yang perlu bagi memastikan


aspek keselamatan dalam pengoperasian sistem CCTV yang digunakan
sentiasa diutamakan. Polisi organisasi berkaitannya dan prosedur-
prosedur keselamatan pengendalian CCTV dan rakamannya perlu
difahami oleh pegawai pengendali melalui komunikasi dan latihan yang
bersesuaian. Akses kepada bilik kawalan dan rakaman CCTV perlu
mempunyai rekod yang jelas dan dihadkan kepada pegawai yang diberi
kuasa sahaja oleh pihak pengurusan organisasi bagi mengelakkan imej-

4
imej rakaman terutamanya imej-imej individu yang boleh dikenalpasti
daripada jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab.

PRINSIP PENYIMPANAN

APDP tidak menetapkan apa-apa tempoh tertentu yang minimum atau


maksimum bagi penyimpanan imej yang rakaman. Namun demikian, imej
yang direkod dan disimpan harus mencerminkan tujuan rakaman oleh
sesebuah organisasi. Ini adalah untuk memastikan bahawa hak-hak
individu yang dirakam di dalam CCTV dilindungi. Imej mungkin perlu
disimpan lebih lama apabila diperlukan bagi sesuatu siasatan oleh agensi
penguatkuasaan undang-undang. Walau bagaimanapun, sekiranya tiada
sebab untuk mengekalkan imej yang dirakamkan, ianya harus
dihapuskan.

PRINSIP INTEGRITI DATA

Imej rakaman CCTV seseorang individu yang ingin digunakan oleh


sesebuah organisasi bagi maksud yang dipersetujui oleh individu tersebut
hendaklah jelas, tepat dan tidak mengelirukan. Dalam hal ini, pihak
pengurusan organisasi mungkin perlu mempertimbangkan penggunaan
kamera yang bersesuaian dengan lokasi dan litupan pemandangan(field
of view) bagi mendapatkan kualiti cerapan imej yang jelas dan tepat.
Organisasi juga perlu memastikan tanggungjawab yang sama
dipanjangkan kepada pihak pemproses luar sekiranya organisasi
berhasrat menggunakan khidmat pihak berkenaan dalam memproses imej
rakaman CCTV.

5
PRINSIP AKSES

Individu yang imejnya dirakam mempunyai hak untuk melihat imej diri
mereka apabila mereka meminta berbuat demikian. Namun demikian,
prosedur permohonan akses ini bersama-sama butiran yang diperlukan
daripada pemohon perlu disediakan dengan jelas oleh organisasi agar
permohonan diterima adalah disahkan sebenar-benarnya daripada subjek
imej itu sendiri bagi akses kepada imej-imejnya sahaja.

Kertas di atas mewakili cadangan awal Jabatan. Oleh itu, Jabatan ini
ingin mengalu-alukan sebarang maklum balas dan pendapat
mengenai perkara-perkara yang dicadangkan.

You might also like