You are on page 1of 2

TEKS UCAPAN

BULAN TEKNIK DAN VOKASIONAL.


Selamat pagi dan salam sejahtera.

Terima kasih puan / tuan pengerusi majlis.

Yang Berusaha,
Encik Robin anak Sabai, Pengetua SMK Kapit No.2,

Encik Philip Beginda, Penolong Kanan Akademik,

Encik Pulit Lai, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Encik Mikal Luat, Penolong Kanan Kokurikulum,

Encik Igoh anak Medan, Penolong Kanan Tingkatan 6,

Encik Wong Yau Nyau, Penolong Kanan Sesi Petang,

Barisan Ketua Bidang,

Rakan-rakan Guru serta pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian.

Untuk pengetahuan para guru dan pelajar sekalian, bulan Teknik


Vokasional akan bermula pada hari ini dan akan berlangsung
sepanjang bulan April 2016.

Tema bulan Teknik dan Vokasional pula ialah APLIKASI


TEKNOLOGI DALAM KEMAHIRAN.

Matlamat mengadakan Bulan Teknik dan Vokasional ialah


memberikan pendedahan dan memantapkan penguasaan
murid dalam bidang Teknik dan Vokasional melalui aktiviti-aktiviti
terancang bagi membentuk generasi berilmu dan berpengetahuan
tinggi dalam bidang teknik dan vokasional.

Objektif minggu Teknik dan Vokasional ini diadakan supaya pelajar


dapat menimbulkan minat serta mengukuhkan penguasaan murid
dalam bidang Teknik dan Vokasional. Dalam masa yang
sama mampu mencetuskan kreativiti dan rekacipta murid melalui
pertandingan-pertandingan yang dianjurkan. Kemudian pelajar-
pelajar dapat mengembangkan dan meningkatkan daya intelek serta
pemikiran rasional, kritis dan kreatif. Pelajar juga dapat
mengabungjalinkan ilmu yang diperolehi dengan ilmu yang dipelajari
di dalam bilik darjah dengan aktiviti yang didedahkan di luar bilik
darjah seterusnya dapat menekankan pembangunan modal insan
supaya pelajar sekolah ini memiliki minda kelas pertama.

Tanpa melengahkan masa, saya dengan segala hormatnya


menjemput Yang Berusaha Tuan Pengetua SMK kapit No.2, Encik
Robin anak Sabai untuk menyempurnakan upacara perasmian Bulan
Teknik dan Vokasional tahun 2016 peringkat SMK Kapit No.2,
dengan diiringi oleh Encik Kiu Hieng Sing selaku Ketua Bidang
Teknik dan Vokasional. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada Tuan Pengetua kita,


Encik Robin anak Sabai atas kesudian merasmikan Bulan Teknik
dan Vokasional pada kali ini.

Untuk pengetahuan semua, pelbagai aktiviti akan berlangsung


sepanjang bulan April ini yang akan dianjurkan oleh Bidang Teknik
dan Vokasional.

Aktiviti yang akan dianjurkan oleh bidang Teknik dan Vokasional


pula adalah;
Inovasi Bahan terbuang
Master Chef Junior
The King of Puzzle
The Best Man Wins

Penglibatan para pelajar adalah amat dialu-alukan. Sebagai bonus,


para pemenang bakal menerima hadiah yang menarik dan juga sijil
penghargaan untuk dibawa pulang.

Sebelum saya sudahi majlis, saya mewakili idang Teknik dan


Vokasional mengucapkan ribuan terima kasih kepada para guru
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam
Pelancaran Bulan Teknik dan Vokasional kali ini.

Sekian, terima kasih.

You might also like