You are on page 1of 1

Kaedah Pemarkahan Kabur Punca Prestasi UPSR

Merosot
PETALING JAYA: Sebuah kumpulan pendesak dalam isu pendidikan berkata guru
tidak dimakumkan mengenai kaedah pemarkahan Ujian Pencapaian Sekolah
Rendah (UPSR) 2016.

Pengerusi Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan Malaysia (PAGE), Datin Noor Azimah
Rahim berkata, ini antara sebab berlaku penurunan yang ketara dari segi keputusan
peperiksaan tahun ini berbanding tahun lalu.

Bila mereka minta Lembaga Peperiksaaan Malaysia apakah gred yang baru,
mereka tak bagi tahu, katanya.

Katanya, terdapat perbezaan besar keputusan UPSR dengan keputusan kertas


percubaan.

Keputusan UPSR tahun ini menyaksikan hanya 4,896 murid mendapat keputusan
cemerlang Gred A bagi semua mata pelajaran, berbanding 38,344 pada tahun
sebelumnya.
Calon pada tahun ini merupakan yang pertama menduduki peperiksaan itu di
bawah format baharu UPSR, sejajar pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) yang turut menekankan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT).

Azimah mencadangkan agar Kementerian Pendidikan memaklumkan kepada


sekolah paras markah untuk mendapatkan gred A kepada murid, di samping lebih
telus dalam pemarkahan.

Jangan bagi guru teragak-agak. Mesti telus, ini adalah A, ini adalah B. Jadikannya
rasmi, katanya kepada FMT.

Beliau berharap perkara sama tidak terjadi kepada pelajar yang menduduki Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini, melibatkan kumpulan pertama di bawah sistem
PT3.

You might also like