You are on page 1of 3

Bincangkan perkembangan institusi pendidikan dalam tamadun Melayu pada zaman

sebelum dan selepas kedatangan Islam.

Pendahuluan (3 markah)

- instiusi pendidikan merupakan organisasi berperanan mengurus serta mentadbir


sistem

Pendidikan secara sistematik dan terancang.

- Perkembangan institusi pendidikan di alam Melayu dapat dikesan sejak zaman


Hindu-Budha

lagi

- Selepas kedatangan Islam bermula era baru dalam dalam sistem pendidikan di Alam
Melayu

Isi Jawapan (20 markah)

Sebelum Kedatangan Islam (10 markah)

- Dipengaruhi oleh agama Hindu-Budha. Institusi-institusi yang muncul pada zaman


ini

dipengaruhi oleh agama Hindu-Budha

- Pusat-pusat pengajian terdiri daripada istana dan kraton di raja. Menekankan


pembelajaran

bahasa Sanskrit dan kitab-kitab Hindu-Buddha. Antara teks yang dipelajari ialah
Narayanatha

Rvasirsopanisad dan Veda-parikrama-Sarasamkitaranai yang kandungannya


mengenai amalan

pemujaan harian dan mantera. Selain teks Sanskrit terdapat juga teks jawa kuno dan
Bali

- Pendidikan pada zaman itu dimonopoli oleh golongan bangsawan dan kerabat diraja.
Rakyat

jelata p&p dijalankan secara tidak formal, yang mana institusi keluarga memainkan
peranan dalam mendidik anak-anak tentang nilai-nilai budaya, adat istiadat,
pantang larang dan

kemahiran dlm pertukangan dan pekerjaan lain.

- Zaman Hindu- Budha juga menyaksikan kemunculan institusi pengajian tinggi


Budhha di
Nusantara, antaranya Srivijaya pada abad ke -6 M. Srivijaya juga menjadi pusat
latihan rahib-

rahib Budha

- Ramai sarjana Budha yang terkenal seperti Dharmapala, Vajrabodhi dan


Amoghavajra pernah

menuntut ilmu di Srivijaya

Selepas Kedatangan Islam (10 markah)

- muncul sistem pendidikan yang sistematik dan terancang. Sebelum kemunculan


pendidikan formal, kanak-kanak mendapat Pendidikan secara tidak formal di rumah

- Selepas kemunculan sistem pendidikan , kanak-kanak dihantar ke institusi-institusi


Pendidikan formal untuk menimba ilmu

- Institusi Pendidikan formal terdiri daripada rumah-rumah ulama, masjid, madrasah,


sekolah-sekolah pondok dan istana raja.

- Istana merupakan salah satu institusi pendidikan yang memainkan peranan


pentingsebagai pusat Pendidikan dan pengajian Islam di Alam Melayu. Istana raja-
raja Melayu memainkan peranan sebagai pusat pengajian, penterjemahan,
pengumpulan karya atau manuskrib dan pusat pertemuan cendiakiawan serta para
ulama.

- Istana Pasai merupakan pusat pengajian Islam yang terulung pada abad ke -14
masihi. Perbincangan dan perdebatan sering dilakukan di istana raja yang disertai
oleh para ulama dan pemerintah.

- Melaka juga memainkan peranan sebagai pusat pengajian agama Islam pada abad
ke 15M. Putera-putera dari seluruh Nusantara mengunjungi Melaka untuk
mendalami Islam. Juga termasuk Sultan Melaka sendiri seperti Sultan Mansur Syah
dan Sultan Mahmud Shah serta pegawai-pegawai kerajaan.

- Di Acheh , istana juga memainkan peranan sebagai pusat pengajian ilmu tasawuf..
Para pemerintah Acheh seperti Sultan Iskandar Thani dan Sultan Iskandar Muda
Mahkota Alam memberikan galakan dalam perkembangan ilmu ini. Ini menyebabkan
munculnya ramai tokoh-tokoh tasawuf seperti Hamzah Fansuri, Shamsuddin al-
Sumaterani dan Nuruddin al- Raniri yang mendapat naugan daripada Sultan Acheh.

- Istana juga berfungsi sebagai perpustakaan, tempat penyalinan dan penterjemahan


karya-karya Arab. Tokoh-tokoh ulama ini memberi sumbangan dalam menghasilkan
karya-karya sejarah dan agama. Cintohnya Tun Sri Lanang menulis Sulatus al-
Salatin manakala Raja Ali Haji mengarang buku Tuhfat al-Nafis.

- Selain istana, masjid dan surau juga memainkan peranan yang penting sebagai
pusat pendidikan. Menurut Ibnu Batutah, Pasai merupakan negeri Islam terawal yang
menggunakan masjid sebagai pusat pendidikan. Pendidikan di masjid adalah bersifat
formal. Guru-gurunya terdiri daripada ulama-ulama yang datang dari Arab, Parsi,
India, dan negara-negara lain. Pengajian dijalankan menggunakan kitab-kitab yang
ditetapkan oleh guru. Mereka juga akan mempelajari al-Quran dan Fardu Ain. Selain
itu, mereka juga diajar Qasidah. Pada waktu malam, masjid digunakan untuk
pengajian orang dewasa. Matapelajaran yang diajar ialah fikah, usuluddin, tasawuf,
hadis, tafsir dan lain-lain.
-
- Di samping masjid dan surau, madrasah juga berfungsi sebagai pusat pendidikan.
Madrasah didirikan di setiap kampong dan merupakan pusat pendidikan rakyat. Di
madrasah, kanak-kanak menerima pendidikan formal daripada guru dan dalam
menjalankan proses pengajaran dan pemelajaran, sistem monitorial dipraktikkan.
Guru-guru akan dibantu oleh pelajar-pelajar senior dan mereka akan mengendalikan
kelas jika guru tiada. Antara matapelajaran yang diajar di madrasah ialah bacaan al-
Quran, tajwid, pelajaran sembahyang dan lain-lain.

- Selain itu, sekolah-sekolah pondok juga memainkan peranan dalam perkembangan


ilmu pengetahuan di Alam Melayu. Sekolah-sekolah pondok ini dikenali sebagai
Dayah ( Acheh ), surau ( Minangkabau ), Pesantren ( Jawa ) dan Pengajian (
Sulawesi ). Sekolah-sekolah pondok didirikan oleh golongan ulama dan dan ianya
berfunsi sebagai pusat pengajian Islam bagi rakyat jelata. Selain ilmu agama,
pelajar-pelajar sekolah pondok didedahkan dengan matapelajaran kesusasteraan
Arab, ilmu falak, sejarah, akhlak, mantik dan matematik. Guru-guru sekolah pondok
terdiri daripada ulama yang mendapat pendidikan di Makkah dan mereka tidak
mendapat gaji cuma menerima bayaran zakat daripada orang ramai. Pelajar-pelajar
lulusan pondok akan melanjutkan pelajaran ke Makkah dan setelah tamat pengajian,
mereka akan bertugas sebagai guru-guru agama.

- Terdapat satu lagi institusi pendidikan yang mempunyai persamaan dengan institusi
pondok dan pasantren iaitu Rangkang. Rangkang merujuk kepada lembaga-lembaga
pendidikan yang menpunyai tingkatan. Pelajar-pelajar yang menuntut di institusi ini
akan naik ke tingkatan yang lebih tinggi berdasarkan pencapaian mereka. Pelajar-
pelajar di tingkatan yang lebih tinggi akan menerima bimbingan daripada guru-guru
yang terkenal. Antara subjek-subjek yang diajar di Rangkang adalah ilmu kalam,
falsafah, tasawwuf, tajwid, al-Quran, hadis dan tatabahasa Arab.

- Selain Rangkang, terdapat juga institusi pendidikan tinggi yang dikenali sebagai
Jamiah Bait Ar-Rahman. Pelajar-pelajar lulusan sekolah pondok dan Rangkang
berpeluang melanjutkan pelajaran di institusi pendidikan tinggi. Pelajaran di sini tidak
terhad kepada subjek agama semata-mata tetapi juga meliputi subjek-subjek
sekular. Antara subjek-subjek yang diajar termasuk perubatan, pertanian,
pentadbiran, matematik, ilmu kewangan, pertukangan besi, undang-undang dan ilmu
peperangan.

Kesimpulan (2 markah)

- Apa sahaja yang sesuai

You might also like