You are on page 1of 3

Terima kasih tuan pengerusi majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana,

seterusnya kawan-kawan yang saya sayangi sekalian.


Hai kawan- kawan, Nyamuk Aedes adalah serangga yang amat merbahaya.
Ianya boleh menyebabkan kita mendapat demam denggi. Demam denggi
amatlah merbahaya, jika tidak dirawat dengan betul boleh menyebabkan
kematian.
Kawan, kawan, kali ini saya akan menyampaikan cerita yang bertajuk
Bersepadu Membanteras Denggi

Kawan- kawan,
Pada suatu petang yang damai,angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, dari
jauh kelihatan gembiranya Si Aedes hidup dihalaman rumah Pak Ali dan
Mak Siti. Mereka terbang ke sana ke mari tanpa sebarang gangguan.
Keadaan di persekitaran rumah Pak Ali dan Mak Siti sangat tidak terurus,
rumput sudah meninggi, pokok-pokok bunga disiram dan dibiarkan, bekas
plastic, botol dan kaca dilonggok di bawah pokok mangga. Maka,
bermaharajalelalah Si Aedes, menjadi tempat pembiakannya. Kesibukan Pak
Ali dan Mak Siti mencari rezeki sebagai peniaga menyebabkan keadaan
rumahnya terabai.

Awi adalah anak tunggal Pak Ali dan Mak Siti, dia sangat disayangi oleh ibu
bapanya.
Tahukah kawan-kawan, Nyamuk Aedes mudah membiak di kawasan rumah
kita, sama ada di dalam rumah atau di luar rumah. Jika terdapat air
bertakung, maka disitulah ianya bertelur dan membiak. Nyamuk Aedes ini
sangat hebat kitar hidupnya, telurnya mampu bertahan sehingga 6 bulan
tanpa air sebelum menetas.
Kawan-kawan yang saya sayangi sekalian,
Setiap hari bermula pukul 5.00 petang sehinggalah pukul 7.00 malam, Awi
akan menghabiskan masanya bermain di halaman rumahnya. Seperti biasa,
Awi dengan gembiranya bermain bersama rakan-rakan yang merupakan
jirannya. Aduh, gatalnya., kata Irwan yang merupakan teman
sepermainan Awi. Banyak la nyamuk petang ni ., ulas Irwan lagi.
Alah.. biasalah tu aku ni dah biasa, hari-hari macam ni dah kebal Irwan,
kata Awi dengan bangga sekali. Mereka bermain lagi sehingga senja.
Begitulah kehidupan Awi setiap hari selepas pulangnya dari sekolah.
Pada suatu hari, Ketua Kampung datang ke rumah Awi. Kebetulan pada masa
tersebut Ayah dan Ibu Awi tiada dirumah.
Ketua kampung menyerahkan suratProgram Gotong-Royong Bersepadu
Membanteras Denggi. Program tersebut akan dilaksanakan pada hari sabtu
minggu tersebut. Menurut Ketua Kampung, program gotong royong ni
penting dalam menjaga dan mengekalkan kebersihan dan kesihatan
masyarakat kampung. Awi pun menyimpan surat tersebut untuk diserahkan
kepada ayahnya apabila pulang nanti.
Kawan-kawan rasa. Apakah reaksi ayah Awi apabila melihat surat tersebut?
Adakah ayahnya berasa gembira atau sedih.
Ya. Kawan-kawan
Sepulangnya ayah dan ibu, maka Awi pun memaklumkan surat yang
diberikan oleh Ketua Kampung kepadanya siang tadi.
Ayah, ini surat Ketua Kampung bagi petang tadi, Kampung kita akan
mengadakan gotong royong Bersepadu Membateras Denggi sabtu ini,
bolehkah kita ikut serta ayah?, Tanya Awi.
Tidak perlulah Awi kamu menyusahkan diri, ayah dan ibu sibuk, kamu urus
sahaja hal kamu, jangan kamu sibukkan hal orang kampung itu, kata ayah
Awi tanpa berfikir panjang.
Kawan-kawan, rasanya, apakah yang akan berlaku kepada Awi?
Pada suatu hari hujan turun renyai-renyai.
Hujan oh hujan, mengapa engkau turun,
Macam mana aku tak turun, katak panggil aku,
Katak panggil aku, la..lala lala..(2x)
Seronok sekali Si aedes menyanyi, apabila hujan mulai turun. Telur yang
sebelum ini belum menetas.. akan mula menetas menjadi jentik-jentik.
Seterusnya dalam tempoh satu mkinggu akan keluarlah si aedes muda yang
dahagakan darah manusia.
Untuk pengetahuan kawan-kawan, darah kita diperlukan oleh Si Aedes untuk
menghasilkan telur yang baharu. Sebanyak 60-100 biji telur dikeluarkan oleh
Si aedes setiap kali bertelur. Nyamuk betina mampu bertelur sehingga 10
kali dalam masa 30 hari hayatnya.
Hah bertambah lah keturunan aku!!!, ujar Si Aedes dengan gembiranya.
Pada petang itu seperti biasa Awi akan bermain di halaman rumahnya.
Kedaan petang itu agak redup, maklumlah hujan baru sahaja berhenti.
Ya. Itu dia, mangsaku sedap nih nyiunyiu.shutt. Alhamdulillah
rezeki petang-petang ni, kata Si Aedes.
Sempat juga si Aedes dan rakan-rakannya menyedut darah Awi tanpa
disedarinya.
Berapa hari kemudian, Awi mula berasa tidak sihat. Kepalanya mula
berdenyut dan pening, manakala badannya terasa panas dan lemah. Awi
memaklumkan keadaan itu kepada ibunya. Ibunya segera menyuruh
ayahnya ke klinik membeli ubat demam untuk Awi.
Ya.. kawan-kawan, adakah Awi terus sihat selepas itu?
Tidakk Keadaan Awi semakin serius. Selepas tga hari, demamnya masih
belum surut. Ayah Awi tiada pilihan lain, melainkan membawanya terus ke
hospital.
Seibanya di Hospital, Awi terus dirawat oleh seorang doktor.
Ya. Doktor memberitahu Awi adalah suspek demam denggi. Tindakan
segera ke hospital yang dilakukan oleh ayah Awi adalah tindakan yang bijak.
Jika tidak nyawa Awi dalam bahaya.
Timbul rasa penyesalan dalam hati Pak Ali dan Mak Siti. Mereka tidak
menghiraukan saranan ketua kampung.
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna, itu lah yang boleh
diperkatakan oleh Pak Ali.
Seminggu kemudian, Awi sudah dibenarkan keluar dari hospital. Pak Ali dan
Mak Siti mula bergerak bersama-sama masyarakat kampung meneruskan
Program Gotong Royong Bersepadu Membanteras Denggi di kampungnya
pada setiap hujung minggu. Kesedaran masyarakat kampung semakin
meningkat. Keadaan kampung bertambah bersih dan harmoni.
Kawan-kawan, bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana
maufakat. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh, itulah teladan yang dapat
diambil dari cerita kita tadi. Bersama-sama kita bersepadu membanteras
denggi.
Sekian terima kasih.

You might also like