You are on page 1of 18

3758/1

Ekonomi
Rumah Tangga
Kertas 1
PKBS 3
Tingkatan 5
2012
1 jam

JABATAN PELAJARAN KELANTAN

PENILAIAN KENDALIAN BERASASKAN SEKOLAH 3

EKONOMI RUMAH TANGGA

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan yang berhuruf A, B, C, D. Bagi tiap-
tiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Tandakan semua jawapan anda pada kertas
jawapan objektif yang disediakan.

4. Fikir dengan teliti ketika memilih jawapan. Jika anda hendak menukar sesuatu
jawapan, padamkan seehingga bersih tanda yang tidak dikehendaki itu dan hitamkan
jawapan anda yang baru.
1 Apakah maksud makanan ?
A Bahan yang belum dimasak dan diproses
B Bahan yang boleh dimakan dan berkhasiat
C Bahan yang mengandungi karbohidrat, lemak dan protein
D Bahan yang boleh dimakan dalam bentuk pepejal dan cecair

Nutrien X

Mengawal suhu badan Pelarut vitamin larut lemak

Rajah 1

2 Rajah 1 menunjukkan fungsi nutrien X. Nutrien X ialah


A lemak
B protein
C karbohidrat
D garam mineral

3 Kekurangan kalsium dan fosforus menyebabkan


A kurang selera makan
B penyakit kulit dan gusi
C tulang lembut dan rapuh
D pembekuan darah terjejas

2
4 Antara berikut padanan yang manakah betul tentang nutrien dan contohnya?

Karbohidrat Lemak Protein


A Tempe Marjerin Kacang dal
B Roti Mentega Udang
C Tebu Daging Roti
D Telur Marjerin Ikan

5 Antara yang berikut faktor yang manakah mempengaruhi keperluan nutrien?


A Agama
B Pendidikan
C Kumpulan tertentu
D Kemajuan teknologi

6 Antara berikut, faktor manakah yang mempengaruhi pengambilan diet?


I Umur dan jantina
II Pendapatan keluarga
III Kemajuan teknologi
IV Bilangan ahli keluarga

A I, II dan III
B I, II dan IV
C II, III dan IV
D I, II, III dan IV

7 Nutrien untuk pengiraan nilai tenaga ialah


A protein, lemak dan air
B karbohidrat, air dan serat
C protein, karbohidrat dan serat
D lemak, protein dan karbohidrat

3
Rajah 2

8 Rajah 2 adalah sebahagian daripada organ pencernaan. Bahagian manakah


merembeskan enzim amilase?
A P
B Q
C R
D S

4
9 Rajah 3 menunjukkan organ pencernaan,

P
Q

R
S

Rajah 3

Pada bahagian manakah proses peristalsis berlaku semasa proses pencernaan.


A P dan Q
B P dan S
C Q dan R
D R dan S

pepsin

Protein pepton + polipeptida

10 Pernyataan di atas adalah berkaitan pencernaan protein di ............


A perut
B duodenum
C usus kecil
D esofagus

5
11 Rajah 10 menunjukkan klasifikasi daging.

Daging Daging Ofal


Putih Merah
X
Rajah 4

Manakah contoh yang betul tentang klasifikasi daging di X?


A Daging
B Daging lembu muda
C Kepala lembu
D Hati lembu

12 Perkara yang perlu dipertimbangkan semasa memilih ikan segar ialah


I insang berwarna merah gelap
II mata menonjol dan bersinar
III badan licin dan berlendir
IV sisik masih melekat dan berkilat

A I, II dan II
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

13 Antara berikut yang manakah cara menyimpan kekacang?


A Simpan di tempat gelap dan sejuk
B Simpan dalam bekas kedap udara
C Dipek dalam plastik berlubang
D Dipek selepas dibersihkan dan ditos keringkan

6
Kek
Kari telur
Tat telur
Telur masak hancur

Rajah 5

14 Pernyataan di Rajah 5 menerangkan tentang tujuan memasak dari aspek


A keselamatan
B memudahkan pencernaan
C mempelbagaikan masakan
D menambah perisa

15 Manakah antara berikut kebaikan mengukus makanan?


I Makanan kurang berminyak
II Sebahagian nutrien telah hilang
III Tidak memerlukan perhatian
IV Makanan lebih mudah dihadam

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

7
16 Antara berikut, padanan yang manakah betul tentang ciri-ciri hasil masakan bagi
setiap kaedah memasak?

Kaedah memasak Ciri hasil masakan


A Menggoreng kering Makanan berminyak
B Menggoreng tohor Makanan lembab
C Mengukus Makanan kering
D Merendidih Makanan lembut

Seimbang
Kemas dari segi saiz, bentuk dan warna makanan
Hiasan masakan sesuai dan menarik

Rajah 6

17 Rajah 6 berkaitan dengan penilaian hasil masakan dari segi


A rupa
B rasa
C hiasan
D tekstur

18 Antara berikut yang manakah menerangkan maksud sanitasi makanan?


A Pengawalan kebersihan dalam menyukat, menyedia, memasak dan
menyimpan makanan supaya makanan tidak tercemar
B Pengawalan keselamatan dalam menimbang, mengkategori dan
mengasingkan makanan supaya makanan tidak tercemar
C Pengawalan mutu, kualitidan jenis makanan dalam penyediaan dan
penyimpanan makanan supaya tidak tercemar
D Pengawalan kebersihan dan keselamatan dalam penyediaan dan penyimpanan
makanan supaya tidak tercemar

8
Buah betik menjadi perang, ranum dan
cepat masak oleh tindakbalasnya

Rajah 7

19 Rajah 7 menerangkan punca pencemaran makanan yang disebabkan oleh


A mikroorganisma
B bahan kimia
C tindak balas enzim
D benda asing

20 Perancangan menu dipengaruhi oleh faktor berikut kecuali


A Tujuan sajian
B Kegemaran
C Bilangan tetamu
D Taraf tetamu yang hadir

21 Antara berikut yang manakah menerangkan ciri-ciri gentian kapas?


I Mudah menyerap lembapan
II Ringan, lembut dan sangat selesa dipakai
III Teguh semasa kering dan berkurang apabila basah
IV Mudah renyuk jika tidak diberi kemasan khas

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

9
22 Jadual berikut menunjukkan fabrik dan cirinya. Manakah padanan yang tepat.

Fabrik Ciri
A Akrilik Hidrofobik, selesa dan mudah bertahi
lalat
B Nilon Mudah bertahi lalat, kenyal
C Sutera Daya serapan baik, pengalir haba ,
selesa
D Kapas Menyerap lembapan, bercas elektrostatik

23 Rajah 8 menunjukkan seorang model sedang menggayakan pakaian formal.

Rajah 8
Pilih padanan yang betul tentang klasifikasi pembinaan fabrik untuk pakaian itu.
Fabrik tenun Fabrik kait Fabrik tanpa tenun
A P Q R
B R P Q
C Q R P
D P R Q

10
24 Antara yang berikut yang manakah tujuan memberi kemasan berglis pada fabrik?
A Mengelakkan fabrik daripada renyuk
B Mengelakkan fabrik daripada mengecut
C Memperbaiki rupa fabrik supaya berkilat
D Memperbaiki rupa fabrik supaya bercorak timbul

25 Rajah 9 menunjukkan tentang fabrik

Tenun Kait Tanpa tenun

Rajah 9

Apakah X
A Permintaan fabrik
B Pembinaan fabrik
C Penenunan fabrik
D Penjalinan fabrik

26 Antara yang berikut padanan yang manakah betul tentang alatan jahitan dan
kegunaannya?
Alatan menjahit Kegunaan
A Pembaris sesiku Mengukur ukuran badan
B Pembaris sesiku Menanda garisan lurus di kertas pola
C Pembaris melengkung Membentuk garisan melengkung
D Pita ukur Menanda garisan bersudut tepat

11
Rajah 10

27 Antara berikut yang manakah kegunaan alat di Rajah 10?


A Membentuk garisan pemadan pada fabrik
B Menanda garisan di atas pola
C Menetapkan pola pada fabrik
D Menandakan garis pemadan pada fabrik

28 Antara yang berikut stail pakaian yang manakah sesuai untuk individu yang rendah
dan gempal?

A B

C D

12
29 Antara yang berikut stail pakaian yang manakah sesuai untuk bentuk badan tinggi
dan langsing?

A B

C D

13
30 Berikut ialah urutan bagi menyediakan kedut lepas.

Urutan yang betul ialah


A I,II,IV dan III
B I,III,IV dan II
C III,I,IV dan II
D III.IV.II dan I
31 Rajah 11 menunjukkan satu proses pada pakaian.

X X

Rajah 11
Apakah proses yang digunakan pada bahagian bertanda X ?
A Kun
B Kelepet
C Lapik berbentuk
D Belah slit berlapik

14
32 Antara yang berikut langkah yang manakah betul bagi mencantum lengan ke lubang
lengan?
I Semat, jelujur dan jahit mesin di garisan pemadan
II Selaraskan kepala lengan dengan saiz lubang lengan
III Masukkan lengan ke lubang lengan dengan sebelah luar lengan bertemu
sebelah luar pakaian
IV Temukan kelim lengan dengan kelim rusuk badan dan kelim bahu dengan
garisan tengah lengan

A I. II , III dan IV
B II, III,IVdan I
C III ,IV,I dan II
D IV,I,II dan III

33 Kos untuk membuat sehelai blaus ialah

Kos bahan RM12.00


Kos upah RM15.00
Kos sampingan RM1.00

Kirakan kos untuk membuat 50 helai blaus.


A RM 28.00
B RM 280.00
C RM 1,240.00
D RM 1,400.00

15
I Garisan
gunting

IV Tanda lipatan

II Lisu pemadan
III Garis
pemadan

Rajah 12

34 Rajah 12 menunjukkan pola badan hadapan sehelai blaus longgar, tanda pola yang
manakah dilabelkan dengan betul?
A I dan III
B I dan III
C II dan III
D II dan IV

35 Apakah yang dimaksudkan dengan wardrobe?


A Koleksi asas dan aksesori
B Koleksi pakaian dan pakaian asas.
C Koleksi pakaian dan aksesori
D Semua jenis pakaian yang adadalam koleksi individu yang sesuai untuk
menghadiri majlis formal.

16
36 Manakah urutan yang betul bagi mencuci sehelai pakaian?
I Baiki pakaian yang rosak
II Pilih bahan pencuci yang sesuai
III Rendam, cuci dan bilas pakaian
IV Hilangkan segala tanda kotoran yang degil

A I, IV, II, III


B IV, II, I, III
C II, I, IV, III
D I, II, IV, III

37 Label JagaanTekstil Antarabangsa ialah


A sistem mencuci pakaian
B sistem kawalan pakaian
C sistem panduan penjagaan pakaian
D sistem maklumat pada pakaian

38 Antara yang berikut yang manakah simbol pengeringan balik kuang?

A B C D

17
39 Antara berikut manakah sumber bukan manusia yang diperlukan untuk memasak
mee goreng?
I Kemahiran memasak
II Alatan memasak
III Mee kuning
IV Keyakinan diri

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

Saya ingin memiliki rumah yang aman


dan tenang di atas bukit yang indah
berhampiran sungai yang tenang

Rajah 13

40 Rajah 13 menunjukkan salah satu faktor yang mempengaruhi pemilihan tempat


kediaman. Apakah faktor tersebut?
A Infrastruktur
B Pendapatan
C Kejiranan
D Estetika

18

You might also like