You are on page 1of 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TANJUNG BUNGA

JALAN TAN JIT SENG,


11200 PULAU PINANG

PROGRAM KEMBARA ILMU UNIT BERUNIFORM PENGAKAP

BELAJAR MELALUI LAWATAN


KE CAMERON HIGHLAND, PAHANG

TAHUN 2017
KERTAS KERJA

TAJUK: LAWATAN SAMBIL BELAJAR

1. PENDAHULUAN
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung
Bunga, Pulau Pinang akan mengadakan satu program lawatan sambil belajar ke Cameron
Highland, Pahang. Lawatan ini akan diadakan pada 5 Julai hingga 6 Julai 2017 (Rabu & Khamis).
Seramai 16 orang murid PPKI yang merupakan ahli unit beruniform Pengakap, 13 orang murid
aliran perdana yang merupakan ahli unit beruniform Pengakap dan 7 orang guru akan mengikuti
lawatan ini. Program lawatan ke luar dari Pulau Pinang ini merupakan julung-julung kalinya
diadakan dengan kerjasama aliran Pendidikan Khas dan aliran perdana.

2. MATLAMAT
Antara siratan matlamat program ini adalah seperti berikut :
i. Memberi peluang kepada murid untuk melihat di luar kawasan tempat tinggal
ii. Menimba pengalaman dalam mengikuti program lawatan sekolah
iii. Mengenali tumbuhan dan hidupan di kawasan tanah tinggi
iv. Menanamkan sifat sayangkan tumbuhan

3. OBJEKTIF
Di antara objektif program ini adalah seperti berikut :
i. Memberi pengalaman kepada murid di luar kawasan sekolah
ii. Merapatkan hubungan antara murid dan guru
iii. Memberi peluang kepada murid untuk mengenali tumbuhan
iv. Memberi peluan kepada murid untuk menguasai pengalaman lawatan bersama guru
dan rakan-rakan
v. Memberi peluang kepada murid untuk berkerja dalam kumpulan, berkongsi idea dan
berkomunikasi secara efektif
vi. Memberi kesempatan kepada murid untuk merasai keindahan alam ciptaan Tuhan.
vii. Memberi keberkesanan kepada pengajaran guru berdasarkan pengalaman (termasuk
dalam topik pengajaran di bilik darjah)
4. AKTIVITI-AKTIVITI PROGRAM
Lawatan ke Cameron Highland :
Taman Pertanian MARDI
Ladang Strawberi
Ladang Kaktus
Ladang Lavender
Ladang teh BOH
Pasar

TENTATIF PROGRAM
Masa / 6.00 7.00 9.00 10.00 1.00 2.00 4.00 5.00 8.00
Hari 7.00 8.00 9.30 11.00 2.00 4.00 5.00 8.00 10.00

Rabu Taklimat Minum Jangka tiba di Makan Lawatan Lawatan Daftar Makan
dan pagi Cameron tengah ke ke masuk malam
5 Julai bertolak highlands hari / ladang Taman ke dan sesi
2017 ke solat kaktus rama- hotel/ refleksi
Cameron Jamak dan rama urus perjalanan
Highlands ladang dan diri/
Lebah ladang solat
Ee Feng strawberi jamak
Gu

Khamis Solat Sarapan Daftar Lawatan ke Makan Lawatan Lawatan Bertolak


subuh / pagi keluar Taman tengah ke ke pulang
6 Julai tazkirah hotel Agrotek Mardi hari / Taman ladang ke
2017 solat Lavender Teh Boh SMKTB,
(Pertandingan Jamak Pulau
Eksplorasi) Pinang.
5. PUNCA PENDAPATAN WANG
Peruntukan PCG (LPBT) RM2300.00
Peruntukan BKK (Pendidikan Khas)- RM150.00
Peruntukan BKK (aliran Perdana) RM220.00
Sumbangan PIBG RM8250 .00
Jumlah: RM10,920.00
Bayaran yang dikenakan termasuk tambang bas persiaran, insurans, tiket masuk ke
tempat lawatan dan lain-lain perbelanjaan.

6. PENUTUP
Pihak pengurusan lawatan berharap program Kembara Ilmu ini akan dapat menambah
pengalaman dan ilmu secara realistik serta dapat menarik minat murid yang disasarkan. Di
samping itu, secara tidak langsung diharap matlamat program dapat dicapai secara menyeluruh
bagi melahirkan generasi yang peka terhadap persekitaran. Selain itu, murid dapat mengagumi
keindahan dan kecantikan alam ciptaan Tuhan.

DISEDIAKAN OLEH: DISEMAK OLEH:

___________________ _______________________
( ) ( )
Setiausaha Program Penyelaras PPKI
SMK Tanjung Bunga SMK Tanjung Bunga

DISAHKAN OLEH:

_________________________
( )
Pengetua
SMK Tanjung Bunga

You might also like