You are on page 1of 34

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA


http://www.parlimen.gov.my

HARI SELASA, 25 JULAI 2017, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 1

WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

1. PR-1352-MQT0103
Datuk Noor Ehsanuddin Bin Mohd Harun Narrashid [ Kota Tinggi ] minta
MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN
KEPENGGUNAAN menyatakan apakah langkah Kementerian dalam usaha
melindungi peminjam yang dikenakan caj bayaran lewat oleh Syarikat
Pemberi Kemudahan Kredit akibat kegagalan mereka dalam membuat
pembayaran ansuran bulanan mengikut masa yang telah ditetapkan.

2. PR-1352-MQT0099
Puan Hajah Fuziah Binti Salleh [ Kuantan ] minta MENTERI SAINS,
TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan berkenaan kenyataan Lynas pada
19 Julai 2017 bahawa mereka telah berjaya mencari kaedah untuk mencipta
"condisoil" daripada residue kilang Lynas yang telah mendapat pengesahan
keselamatan daripada SIRIM.

3. PR-1352-MQT0101
Dato' Dr. Noraini Binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan apakah inisiatif terbaru yang dilakukan oleh pihak Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam menambahbaik proses
pengeluaran Sijil Pengesahan Halal Malaysia serta apakah nilai tambah
yang bakal diperoleh oleh para pemohon sijil ini menerusi inisiatif terbaru
yang digariskan tersebut.
MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA


http://www.parlimen.gov.my

HARI SELASA, 25 JULAI 2017, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 22

WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1352-L01542
Dato' Dr. Noraini Binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI SUMBER
ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan tindakan Kementerian dalam
memastikan kedudukan semua utiliti bawah tanah dikenal pasti dan
dipetakan bagi membantu Kerajaan dalam pembangunan prasarana negara.

2. PR-1352-L02197
Puan Teo Nie Ching [ Kulai ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA,
KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah kes pembuangan
bayi sejak 2010, dan cara Kerajaan menentukan kewarganegaraan bayi
yang ditemui, sama ada bayi tersebut akan diberi kerakyatan Malaysia.

3. PR-1352-L01849
Tuan Che Mohamad Zulkifly Bin Jusoh [ Setiu ] minta MENTERI LUAR
NEGERI menyatakan langkah-langkah dalam memastikan keselamatan
pelajar Malaysia yang berada di luar negara terjamin ekoran daripada
sentimen Islamophobia yang berlaku di London baru-baru ini.
AUM DR 25/7/2017 2

4. PR-1352-L02703
Tuan Oscar Ling Chai Yew [ Sibu ] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan langkah yang akan diambil untuk mengatasi masalah wabak
penyakit rabies di Sarawak. Adakah jangkitan rabies berasal dari Kalimantan
Indonesia. Apakah tindakan akan diambil oleh Jabatan Imigresen di
sempadan Sarawak-Indonesia.

5. PR-1352-L01619
Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong [ Hulu Rajang ] minta MENTERI
SUMBER MANUSIA menyatakan sejauh mana kerjasama diantara
Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Luar Negeri untuk
menyelesaikan kes-kes yang melibatkan warganegara Malaysia terutamanya
kes kemalangan pekerjaaan dan aduan penipuan yang dilaporkan di luar
negara kepada kedua-dua Kementerian tersebut.

6. PR-1352-L02542
Tuan Ahmad Baihaki Bin Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan adakah Kerajaan tidak bercadang untuk
mengeluarkan sijil atau cap "TIDAK HALAL" ke atas barang-barang yang
diharamkan kepada umat Islam secara menyeluruh, bagi memudahkan
pengecamannya kepada para pengguna.

7. PR-1352-L01510
Datuk Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI
PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan sama ada
Kementerian dapat mempertimbangkan untuk membina kilang-kilang sawit
khas untuk pekebun-pekebun kecil sawit di Sarawak supaya mereka dapat
menjual buah sawit dengan harga yang berpatutan mengikut harga pasaran.

8. PR-1352-L02589
Tuan Idris Bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan bilakah Kementerian hendak menempatkan
pembantu guru yang secukupnya di seluruh negara untuk menyelesaikan
kerja-kerja perkeranian sebagai satu usaha untuk membolehkan guru-guru
hanya menumpukan tugasan pembelajaran dan pengajaran.
3 AUM DR 25/7/2017

9. PR-1352-L01744
Dato' Haji Ahmad Nazlan Bin Idris [ Jerantut ] minta MENTERI SUMBER
ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan hutan hujan di Malaysia adalah
kaya dengan tumbuh-tumbuhan yang didakwa mempunyai pelbagai nilai
ubat-ubatan. Namun masih banyak lagi yang belum diterokai dari segi
potensi ubatan dan nilai komersialnya. Apakah usaha-usaha yang telah
diambil oleh Kementerian untuk menerokai potensi dan nilai komersialnya
serta pembangunan industri herba Malaysia.

10. PR-1352-L02168
Tuan Charles Anthony Santiago [ Klang ] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan kesudian Kerajaan untuk membuat perubahan dalam
memerangi kanser memandangkan Malaysia telah menjadi 'signatory'
kepada '2017 World Health Assembly Cancer Resolution: From Global
Commitment to National Action'. Adakah ini bermaksud bahawa National
Cancer Control Plan dan Tobacco Control Act akan diubahsuaikan.

11. PR-1352-L01717
Dato' Ahmad Fauzi Bin Zahari [ Setiawangsa ] minta MENTERI KERJA
RAYA menyatakan apakah status cadangan Kerajaan dalam
menstrukturkan semula kadar tol untuk lebuh raya serta menambah baik
klausa-klausa dalam perjanjian konsesi termasuk memperuntukkan klausa
Mekanisme Semakan Semula Tol iaitu menyebabkan kenaikan kadar tol
tidak lagi dibenarkan secara automatik.

12. PR-1352-L02017
Puan Nurul Izzah Binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan :-
(a) jumlah kes pengubahan wang haram melibatkan syarikat
Malaysia, bilangan kertas siasatan yang dibuka dan
tindakan diambil dari tahun 2010 hingga Mei 2017; dan

(b) adakah Kerajaan berhasrat meminda Akta 613 dalam


memperkukuhkan institusi kewangan negara.

13. PR-1352-L02717
Datuk Haji Shabudin Bin Yahaya [ Tasek Gelugor ] minta MENTERI
PENDIDIKAN TINGGI menyatakan apakah strategi Kementerian dalam
menyediakan pendidikan terbaik bertaraf dunia ke arah gagasan
Transformasi Nasional (TN50) sebagai persiapan mendepani cabaran
industri 4.0.
AUM DR 25/7/2017 4

14. PR-1352-L01783
Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran Bin Abdul Hamid (b) [ Lumut ]
minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan akan mewujudkan
satu Akta yang melarang ajaran Syiah diamalkan di Malaysia demi
kesejahteraan rakyat dan negara Malaysia dalam jangka panjang.

15. PR-1352-L01823
Dato' Haji Abdul Rahman Bin Mohamad [ Lipis ] minta MENTERI
PENDIDIKAN TINGGI menyatakan langkah Kementerian dalam merancang
revolusi terhadap pendidikan tinggi negara agar lebih cemerlang seiring
dengan pengenalan Industri 4.0 atau Revolusi Perindustrian Keempat, yang
berlaku di peringkat global.

16. PR-1352-L02214
Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan
bilakah kerajaan akan menaik taraf Ibu Pejabat Polis Daerah Muar serta
kelengkapan balai, lokap dan kelengkapan tahanan.

17. PR-1352-L02249
Dato' Hajah Normala Binti Abdul Samad [ Pasir Gudang ] minta
MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah syarat-syarat
kelayakan bagi tuntutan pencen ilat dan pencen penakat serta jumlah
penerima pencen tersebut mengikut negeri.

18. PR-1352-L02208
Tuan Sim Tze Tzin [ Bayan Baru ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan berapa ramai warga negara asing dan mana negara asal
mereka yang telah membuat laporan polis terhadap syarikat atau individu
Malaysia yang disyaki mengoperasi Money Game atau skim cepat kaya
pada tahun 2017. Senaraikan syarikat-syarikat yang disyaki menjalankan
skim cepat kaya yang melibatkan pelabur warga asing.

19. PR-1352-L02177
Tuan Haji Hasbi Bin Haji Habibollah [ Limbang ] minta MENTERI KERJA
RAYA menyatakan apakah status perbincangan kemungkinan laluan
"seamless' di antara Negara Brunei dan Wilayah Sarawak dan Sabah.

20. PR-1352-L02302
Tuan Mohd Rafizi Bin Ramli [ Pandan ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan tarikh laporan aktuari terkini yang dibuat ke atas dana
Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) dan senaraikan tahun-tahun
(sejak 2000) Kerajaan Persekutuan terpaksa menyuntik dana tambahan
ekoran laporan aktuari dan jumlah suntikan yang dibuat.
5 AUM DR 25/7/2017

21. PR-1352-L01657
Datuk Hajah Norah Binti Abd. Rahman [ Tanjong Manis ] minta
MENTERI KESIHATAN menyatakan langkah-langkah yang sedang dan
akan diambil oleh Kementerian dalam mengalakkan lebih banyak syarikat
korporat dan swasta untuk tampil membantu Kementerian terutama melalui
tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka bagi membantu pesakit-
pesakit kronik khususnya yang datang dari luar bandar ke Hospital Besar.

22. PR-1352-L01956
Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI
menyatakan perkembangan penyelidikan di universiti-universiti dan
peruntukan yang dipotong.

23. PR-1352-L01507
Datuk Jumat Bin Idris [ Sepanggar ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan :-
(a) apakah garis panduan keselamatan bagi program-program
yang melibatkan sekolah khususnya aktiviti yang dibuat di
luar kawasan sekolah; dan

(b) adakah Kerajaan masih lagi membenarkan aktiviti sekolah


diadakan di luar kawasan sekolah.

24. PR-1352-L02053
Tuan Teo Kok Seong [ Rasah ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan :-
(a) mengapakah sehingga kini Kerajaan masih belum
mengiktiraf UEC walaupun semua isu teknikal telah
diselesaikan seperti yang diumumkan oleh Timbalan
Menteri Pendidikan Chong Sin Woon pada 4 Februari
2017; dan

(b) apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan dalam


usaha menjayakan pengiktirafan UEC.

25. PR-1352-L01575
Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi [ Sungai Besar ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan apakah usaha-usaha yang telah dijalankan oleh
pihak Kerajaan bagi membantu kedudukan kewangan sekolah Kelas Asas
Fardhu Ain (KAFA) di seluruh negara serta adakah terdapat apa-apa
peruntukan khas yang disediakan bagi membantu sekolah KAFA yang tidak
mendapat peruntukan kewangan dari pihak Kerajaan negeri.
AUM DR 25/7/2017 6

26. PR-1352-L01934
Puan Alice Lau Kiong Yieng [ Lanang ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan :-
(a) sama ada Kerajaan akan menetapkan satu harga siling
atau harga maksimum untuk tiket penerbangan domestik
memandangkan rakyat Sarawak tiada pilihan lain selain
daripada MASwings bagi pesawat seperti Sibu-Miri, Sibu-
Kota Kinabalu, Sibu-Bintulu dan sebagainya; dan

(b) apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh


pihak Kementerian untuk menangani masalah harga tiket
penerbangan yang tinggi dan membebankan rakyat.

27. PR-1352-L01562
Datuk William @ Nyallau Anak Badak [ Lubok Antu ] minta MENTERI
KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan bilakah bekalan
elektrik luar bandar dapat disalurkan ke kawasan Ulu Sg. Engkari yang
melibatkan 12 buah rumah panjang, 2 sebuah sekolah dan sebuah klinik
kesihatan.

28. PR-1352-L01441
Dato' Sri Abdul Manan Bin Ismail [ Paya Besar ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi laporan Global
Peace Index 2016 oleh Institute for Economics and Peace menyebut bahawa
Malaysia termasuk dalam kalangan 30 negara yang paling aman di dunia.

29. PR-1352-L02274
Dato' Sri Abdul Azeez Bin Abdul Rahim [ Baling ] minta MENTERI
PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah langkah-
langkah yang diambil oleh Kementerian dalam menjaga warisan negara. Di
Baling terdapat Galeri Putra tempat berlakunya Perjanjian Baling 1955 di
antara Tunku Abdul Rahman dengan Chin Peng terpaksa ditutup atas faktor
keselamatan kerana tiada penyelenggaraan daripada pihak berwajib.

30. PR-1352-L01588
Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan apakah perancangan Kerajaan untuk melonjakkan semula
Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) ke tahap yang
membanggakan berikutan prestasi menurun akibat kemelut dalaman yang
melanda sekarang.
7 AUM DR 25/7/2017

31. PR-1352-L02323
Tuan Khalid Bin Abd Samad [ Shah Alam ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan pendirian Kerajaan terhadap sekatan yang dilakukan oleh
Negara-negara Teluk terhadap Qatar.

32. PR-1352-L01704
Datuk Dr. Ewon Bin Ebin [ Ranau ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan ekoran daripada pergolakan di Marawi, Filipina, apakah
langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak Kerajaan (ESSCOM) untuk
mempastikan agar penjenayah daripada negara Filipina tidak dapat masuk
ke negeri Sabah dan kedaulatan negara terpelihara.

33. PR-1352-L01811
Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan adakah Kerajaan bersedia untuk menukarkan Suruhanjaya
Pilihan Raya sebagai badan bebas yang akan terus melapor kepada
Parlimen.

34. PR-1352-L01456
Datuk Sapawi Bin Ahmad Wasali [ Sipitang ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan langkah diambil Malaysia menangani serta
membanteras aktiviti dan ideologi keganasan seperti Daesh, terutama dalam
konteks rantau Asean sendiri, berikutan kejadian yang berlaku di Jakarta,
Selatan Thailand dan Marawi, Filipina.

35. PR-1352-L01694
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan :-
(a) apakah jenis-jenis pelaburan yang telah dibuat oleh Felda
Global Ventures (FGV) dan adakah pelaburan yang dibuat
oleh FGV ini mendatangkan keuntungan kepada Kerajaan
dan peneroka Felda ; dan

(b) jumlah keuntungan yang dicatat dalam tempoh 10 tahun


lepas dan siapakah yang menerima manfaat tersebut .

36. PR-1352-L01620
Dato' Seri Dr. Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah [ Mukah ] minta
MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN
TEMPATAN menyatakan sejauh manakah usaha Kementerian dalam
menjadikan Malaysia sebagai negara bersih ke arah Matlamat Pelupusan
Terbuka Sifar menjelang 2020 serta apakah standard kualiti sistem
pengurusan sisa pepejal yang dikuatkuasakan supaya dapat memastikan
pengurusan sisa pepejal berjalan dengan sempurna.
AUM DR 25/7/2017 8

37. PR-1352-L01625
Dato' Sri Hasan Bin Malek [ Kuala Pilah ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan adakah Kementerian bercadang dalam mengadakan siri dialog
TN50 bersama rakyat Malaysia yang berada di luar negara. Ini mampu
dalam memastikan setiap suara dan pandangan serta hasrat rakyat kita
didengari.

38. PR-1352-L02740
Tuan Lim Lip Eng [ Segambut ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
apa sebenarnya bidang tugas baru Menteri dengan Tugas-tugas Khas di
Jabatan Perdana Menteri dan elaunnya. Mengapa tugas baru itu tidak dapat
dipikul oleh sembilan Menteri dan tiga Timbalan Menteri yang sedia ada di
Jabatan Perdana Menteri.

39. PR-1352-L01877
Dato' Haji Mohd Zaim Bin Abu Hasan [ Parit ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan apakah usaha-usaha yang telah dilakukan oleh
Kerajaan dalam menstabilkan nilai Ringgit Malaysia.

40. PR-1352-L02408
Dato' Ir. Nawawi Bin Ahmad [ Langkawi ] minta MENTERI KEMAJUAN
LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah Kementerian
merancang untuk menyediakan peluang-peluang kontrak kepada kontraktor
kelas kecil (berdaftar CIDB gred G1) melalui peruntukan-peruntukan kecil
bagi menyelesaikan masalah-masalah masyarakat luar bandar.

41. PR-1352-L02298
Tuan Mohd Rafizi Bin Ramli [ Pandan ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan harga bidaan yang dikemukakan AirAsia, Malaysia Airlines dan
Saudi Arabian Airlines bagi tender menyediakan penerbangan jemaah haji
bagi setiap tahun 2010 hingga 2017 dan pembida yang dipilih bagi setiap
tahun itu.

42. PR-1352-L01743
Dr. Ismail Bin Daut [ Merbok ] minta MENTERI PERTANIAN DAN
INDUSTRI ASAS TANI menyatakan tindakan yang akan diambil untuk
menangani masalah kekurangan kawasan penanaman padi khususnya di
kawasan Merbok.
9 AUM DR 25/7/2017

43. PR-1352-L02301
Tuan Mohd Rafizi Bin Ramli [ Pandan ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan peratusan terkini pegangan ekuiti Tabung Haji di dalam
Putrajaya Perdana Berhad dan bagaimanakah RM193 juta suntikan ekuiti itu
telah dibelanjakan dari 2014 hingga 2017 (dengan perincian perbelanjaan).

44. PR-1352-L02029
Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
jumlah permohonan perkahwinan bawah umur yang diluluskan oleh
Mahkamah Syariah pada tahun 2010 hingga 2017. Adakah latar belakang
sosial ekonomi, agama, bangsa, luar bandar atau bandar mempunyai impak
besar yang menyebabkan mereka berkahwin di bawah umur.

45. PR-1352-L02030
Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI PEMBANGUNAN
WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah Perintah
Perlindungan Interim (IPO) dan Perintah Perlindungan (PO) yang
dikeluarkan oleh pihak mahkamah kepada mangsa keganasan rumah
tangga dari tahun 2010 hingga sekarang. Berapakah rumah perlindungan
untuk mangsa keganasan telah disediakan di setiap negeri.

46. PR-1352-L02465
Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan pecahan perbelanjaan percutian Perdana Menteri dan
keluarganya di Bali dan Perth dalam bulan Jun dan Julai 2017. Pihak mana
yang membiayai kesemua kos percutiannya.

47. PR-1352-L02482
Datin Mastura Binti Mohd Yazid [ Kuala Kangsar ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan mekanisme cara kutipan cukai pelancongan yang
akan diguna pakai bagi memberi faedah yang maksima kepada negeri-
negeri yang dipromosikan.

48. PR-1352-L02665
Dato' Sri Douglas Uggah Embas [ Betong ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan :-
(a) berapakah peruntukan untuk membaikpulih sekolah-
sekolah daif di negeri Sarawak; dan

(b) bilakah projek akan bermula.


AUM DR 25/7/2017 10

49. PR-1352-L02683
Tuan Tony Pua Kiam Wee [ Petaling Jaya Utara ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan sebab Felda masih ingin meneruskan pembelian
saham Eagle High Plantation walaupun Laporan 'due diligence' oleh KPMG
mendedahkan pelbagai masalah syarikat Eagle High, termasuk hutang
terlampau tinggi, defisit aliran tunai, penyata kewangan kurang tepat dan
saiz ladang yang melampaui hak milik.

50. PR-1352-L01472
Datuk Abd Rahim Bin Bakri [ Kudat ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan bilakah Kerajaan bercadang untuk membina sebuah Sekolah
Menengah Agama Islam di kawasan Parlimen Kudat memandangkan
masalah ini sering disuarakan oleh masyarakat setempat.

51. PR-1352-L02466
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre Bin Mohd Akin [ Bukit Katil ] minta
PERDANA MENTERI menyatakan keadaan kewangan serta pencapaian
FELDA sepanjang 10 tahun yang lalu sehingga kini. Adakah keadaan
kewangan FELDA mencukupi dan boleh mandiri. Berapakah wang Kerajaan
dari segi pinjaman atau jaminan yang telah dihulurkan kepada FELDA
semenjak 5 tahun yang lalu.

52. PR-1352-L01438
Dato' Sri Abdul Manan Bin Ismail [ Paya Besar ] minta MENTERI BELIA
DAN SUKAN menyatakan perkembangan terkini persiapan Sukan SEA
2017 yang ke-29 dan Sukan Para ASEAN Ke-9.

53. PR-1352-L02437
Ir. Shaharuddin Bin Ismail [ Kangar ] minta MENTERI PERTANIAN DAN
INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah bentuk perancangan jangka
pendek dan panjang disediakan bagi meningkatkan lagi pengeluaran buah
mempelam harum manis yang menjadi 'Trade Mark' negeri Perlis yang mana
permintaannya sangat tinggi.

54. PR-1352-L02198
Tuan Ng Wei Aik [ Tanjong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
Menteri-Menteri Kabinet serta Timbalan-Timbalan Menteri yang tidak
berkelulusan kredit dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dalam Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM).
11 AUM DR 25/7/2017

55. PR-1352-L01692
Dato' Dr. Shamsul Anuar Bin Haji Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI
PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah bentuk
transformasi dan pemodenan yang akan dilaksanakan oleh Kementerian
dalam merealisasikan Rancangan Malaysia Ke-11 bagi sektor pertanian
yang terdiri daripada sub sektor agro makanan dan komoditi industri dalam
memastikan ia mampu menyumbang di dalam KDNK serta mempunyai
bekalan makanan yang mencukupi pada masa akan datang.

56. PR-1352-L02270
Tuan Su Keong Siong [ Ipoh Timur ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan jumlah kes-kes yang melibatkan penyelewengan atau salah-
guna kaedah tuntutan balik pembayaran Cukai Barangan dan Perkhidmatan
(GST) sedang disiasat dan telah didakwa di Mahkamah sejak pelaksanaan
sistem cukai GST tersebut.

57. PR-1352-L01498
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff Bin Ahmad [ Mersing ] minta MENTERI
KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN
TEMPATAN menyatakan kewajaran cadangan memberi kebenaran
terhadap syarikat pemaju perumahan untuk menyediakan pinjaman kepada
pembeli rumah dan apakah perkembangan terkini cadangan tersebut.

58. PR-1352-L01533
Dato' Dr. Haji Noor Azmi Bin Ghazali [ Bagan Serai ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan bagaimanakah Kerajaan dapat menggubal satu
dasar supaya modal insan hari ini harus dilatih bagi memastikan kesediaan
untuk berfungsi dalam era Revolusi Industri ke 4 dan apakah persediaan
Malaysia untuk berhadapan dengan Revolusi Industri ke 4 ini yang bakal
mengubah pelbagai aspek kehidupan .

59. PR-1352-L02515
Dato' Seri Haji Abdul Hadi Bin Awang [ Marang ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan apakah usaha Kerajaan untuk melantik firma audit
bebas untuk mengaudit FGV & menyiasat permasalahan yang berlaku selain
daripada melantik Dato' Seri Idris Jala mengetuai siasatan bagi pihak
Kerajaan dan kenapa Kerajaan tidak menubuhkan Suruhanjaya Bebas atau
Suruhanjaya Sisatan Di Raja (RCI) untuk menyiasat permasalahan tersebut.
AUM DR 25/7/2017 12

60. PR-1352-L01976
Datuk Juslie Bin Ajirol [ Libaran ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN
MULTIMEDIA menyatakan jumlah layaran atau views portal
"sebenarnya.my" yang dilancarkan 14 Mac 2017 lalu dan setakat mana
maklum balas diberikan kepada portal itu yang bertindak sebagai pusat
sehenti bagi rakyat Malaysia untuk menyemak dan menyalurkan maklumat
mengenai berita yang tidak ditentukan kesahihannya, yang diterima secara
dalam talian melalui platform media sosial, perkhidmatan mesej segera, blog
serta lama sesawang.

61. PR-1352-L01947
Dato' Sri Dr. Haji Irmohizam Bin Haji Ibrahim [ Kuala Selangor ] minta
MENTERI KESIHATAN menyatakan mengapakah syarat lulus Bahasa
Melayu dilonggarkan bagi pelantikan secara kontrak jawatan Pegawai
Perubatan Gred UD41 sedangkan ianya selaras dengan kedudukan Bahasa
Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dalam Perkara 152 Perlembagaan
Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (Akta 32).

62. PR-1352-L02135
Tuan Ignatius Dorell Leiking [ Penampang ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan berkenaan Surat Kementerian Pelajaran
Bertarikh 7hb Januari 1976 (Perkeliling Ikhtisas Bil. 2/1976 - Potongan
Rambut Murid-Murid) masih dikukuhkan dan jika masih, apakah tindakan
Kementerian terhadap beberapa sekolah-sekolah yang telah melanggar
pekeliling tersebut dan melaksanakan pemotongan rambut secara '3-2-1'
kepada murid-murid lelaki.

63. PR-1352-L02423
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan [ Keningau ] minta
MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan
bilakah pelaksanaan naik taraf jalan dari gravel kepada aspal di Kampung
Skim Pamalan Keningau sejauh 2.3km dan Kampung Padang Tembak
Keningau sejauh 3.2km seperti yang diumumkan oleh YB semasa lawatan
kerja ke kawasan ini tahun 2016 yang lalu.

64. PR-1352-L02645
Dr. Ko Chung Sen [ Kampar ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-

(a) bilakah hospital baru di Kampar yang telah diluluskan oleh


kabinet pada tahun 2012 akan dibina; dan

(b) apakah sudah berlaku dengan bajet RM150 juta yang


diperuntukkan untuk hospital baru tersebut.
13 AUM DR 25/7/2017

65. PR-1352-L02496
Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan :-
(a) apakah usaha Kementerian untuk mengatasi masalah
kekurangan doktor pakar, doktor, jururawat dan pembantu
perubatan yang sering berlaku terutamanya di Hospital
Bintulu; dan

(b) apakah perancangan jangka panjang dan pendek


Kementerian untuk mengatasi masalah kekurangan doktor
pakar di seluruh negara yang amat serius .

66. PR-1352-L01960
Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
dasar-dasar dan rancangan-rancangan untuk menggalakkan kesederhanaan
dan pluralisma di negara ini sejajar dengan semangat Perlembagaan
Persekutuan dan Rukun Negara bagi mencegah Malaysia dari menjadi tapak
yang subur bagi pembiakan ekstremisme dan keadaan-keadaan yang tidak
disukai (intolerance)..

67. PR-1352-L01912
Tuan Khoo Soo Seang [ Tebrau ] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan statistik jumlah premis dikena tindakan penguatkuasaan dalam
operasi 'serbu premis tawar terapi ozon' dan apakah usaha Kementerian
dalam memastikan semua perkhidmatan rawatan dan perubatan berkenaan
ditawarkan oleh salun kecantikan dan pengamal perubatan mendaftar dan
mendapat kelayakan lesen daripada pihak berkuasa peranti perubatan.

68. PR-1352-L02356
Tuan Julian Tan Kok Ping [ Stampin ] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan status terkini projek pembinaan tempat meletak kereta
bertingkat Hospital Umum Sarawak (HUS) serta projek-projek berkaitan,
status pembinaan Hospital Petra Jaya Sarawak serta Hospital Sri Aman.
Jangka masa siap, pelan terkini serta syarikat-syarikat yang terlibat mengikut
kontrak. Nyatakan sebab utama kelambatan projek tersebut dan langkah-
langkah yang telah diambil bagi setiap hospital tersebut.

69. PR-1352-L02103
Datuk Zahidi Bin Zainul Abidin [ Padang Besar ] minta MENTERI
PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah tindakan
pihak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dalam
membantu petani harumanis untuk memasarkan hasil pertanian mereka ke
peringkat luar negara dan apakah usaha yang dilakukan untuk meningkatkan
kualiti buah ini.
AUM DR 25/7/2017 14

70. PR-1352-L01898
Tuan Anuar Bin Abd Manap [ Sekijang ] minta MENTERI BELIA DAN
SUKAN menyatakan tahap persediaan penganjuran temasya Sukan SEA
dan Sukan Para ASEAN 2017 dan berapakah jumlah semasa tajaan yang
telah diterima bagi penganjuran temasya sukan tersebut.

71. PR-1352-L01790
Tuan Mohamed Hanipa Bin Maidin [ Sepang ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan mengapakah tiada sebarang tindakan diambil ke atas
Ketua Polis Negara yang mengakui beliau dan keluarga beliau ada
berhubung dengan penjenayah yang ditangkap di Melaka oleh SPRM.

72. PR-1352-L02549
Tuan Haji Ahmad Lai Bin Bujang [ Sibuti ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan apakah langkah Kerajaan untuk mengawal perairan laut China
Selatan di Sarawak dari pencerobohan nelayan asing dan berapa banyak
tangkapan bot nelayan asing sejak Januari 2017 hingga sekarang bagi
negeri Sarawak sahaja.

73. PR-1352-L02009
Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan syarat-syarat penyelesaian yang dipersetujui oleh Kementerian
Kewangan dengan International Petroleum Investment Co (IPIC), sebab-
sebab penyelesaian tersebut dan tindakan yang diambil untuk mendapatkan
semula wang dari pihak-pihak yang melakukan kesalahan.

74. PR-1352-L02136
Dato' Sri Bung Moktar Bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan apakah status pembinaan Sekolah Menengah
Kebangsaan Paris, Kinabatangan serta bilakah pihak Kementerian
merancang untuk pembaikpulihan sekolah-sekolah yang terlalu usang dan
daif di Kinabatangan seperti yang berikut, iaitu S.M.K. Sukau, S.K. Bilit, S.K.
Abai, S.K. Rancangan Suan Lamba, S.K. Kuala Suan Lamba, S.K. Kg. Suan
Lamba, S.K. Sukau, S.K. Sri Ganda, S.K. Kuamut, S.K. Tundun Bohangin,
S.K. Sg. Lokan, S.K. Sangau, S.K. Desa Permai, S.K. Litang dan S.K.
Tidung / Tabin .

75. PR-1352-L01483
Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan bilangan pesakit dengan jangkitan Hepatitis C di
Malaysia pada setakat ini. Berapakah antara mereka yang dirawat oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia dengan ubat sofosbuvir. Apakah kos
merawat seorang pesakit Hepatitis C.
15 AUM DR 25/7/2017

76. PR-1352-L02576
Tuan Haji Nasrudin Bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan kesediaan Kerajaan bagi mengurangkan senarai
barangan yang dikenakan cukai dan menurunkan kadar cukai GST ke arah
memansuhkan cukai itu.

77. PR-1352-L02672
Dato' Sri Hasan Arifin [ Rompin ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
Kerajaan telah melaksanakan beberapa langkah dan strategi baru ke arah
merangsang pertumbuhan ekonomi negara. Di antaranya ialah
memperkukuhkan daya saing negara tetapi hasil daripada langkah ini, kita
dapati tidak dimanfaatkan oleh pekerja-pekerja tempatan dan menyebabkan
gaji mereka tidak meningkat. Sebaliknya kenaikan gaji dalam sektor-sektor
tertentu dimanfaatkan oleh pekerja-pekerja asing. Apakah langkah Kerajaan
untuk memastikan perkara ini tidak berterusan dengan menyebabkan
kerugian besar kepada rakyat tempatan .

78. PR-1352-L01481
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Bin Salleh [ Kalabakan ] minta
MENTERI KESIHATAN menyatakan :-
(a) apakah Kementerian mempunyai rancangan dalam masa
terdekat untuk menambah besar bangunan dan
kemudahan di Hospital Tawau; dan

(b) jika ada, sebutkan kontraktor pelaksana yang sudah


dilantik dan apakah kaedah pelantikan tersebut.

79. PR-1352-L01843
Dato' Fauzi Bin Abdul Rahman [ Indera Mahkota ] minta MENTERI
PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sama ada
Kementerian bersedia untuk mengadakan kempen besar-besaran serta
menzahirkan program membantu para petani dan penduduk kampung yang
memiliki tanah agar tanah-tanah mereka ditanam dengan pelbagai jenis
sayuran dan tanaman kontan yang boleh menjana pendapatan dan di
samping itu mengurangkan kos sara hidup mereka. Adakah Kementerian
bersedia untuk membekalkan benih-benih sayuran seperti benih lada, bendi,
serai dan lain-lain secara percuma kepada masyarakat kampung ini sebagai
galakan agar dapat meningkatkan tahap produktiviti masyarakat kampung.
AUM DR 25/7/2017 16

80. PR-1352-L02350
Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan berapakah jumlah bilangan pendatang tanpa izin yang berada
dalam negara kita dan apakah langkah-langkah segera yang akan diambil
oleh Kerajaan untuk mengatasi masalah ini yang telah membawa impak
besar kepada masyarakat sosial negara kita.

81. PR-1352-L02554
Tuan Nik Mohamad Abduh Bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta
MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah kementerian akan
memperhalus garis panduan waktu bekerja bagi Pegawai Perubatan bagi
mengelakkan kes-kes kemalangan Pegawai Perubatan yang pulang selepas
bekerja 34 jam tanpa henti.

82. PR-1352-L02741
Dato' Dr. Mujahid Bin Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI
DALAM NEGERI menyatakan ancaman terhadap Malaysia dalam
perkembangan IS di Asia Tenggara.

83. PR-1352-L02320
Tuan Wong Ling Biu [ Sarikei ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan
bahawa apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk
memastikan penyebaran penyakit anging gila (rabies) di Serian, Sarawak
boleh dikawal.

84. PR-1352-L02209
Tuan Ahmad Marzuk Bin Shaary [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan jumlah terkini anak muda di bawah umur 40 tahun yang belum
berdaftar sebagai pemilih mengikut kategori negeri dan pekerjaan.

85. PR-1352-L02341
Dato' Haji Mahfuz Bin Haji Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan :-
(a) berapakah jumlah kamera Sistem Penguatkuasaan
Automatik (AES) yang baru dipasang sehingga kini dan
berapakah jumlah pembayaran telah dibuat untuk
pemasangan kamera tersebut; dan

(b) berapakah jumlah saman dikeluarkan dan berapakah


pengguna dikenakan pemotongan mata dimerit sejak
penguatkuasaan AWAS (Automated Awereness Safety
System) pada 15 April 2017 sehingga sekarang.
17 AUM DR 25/7/2017

86. PR-1352-L02077
Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah Bin Raja Ahmad [ Kuala Terengganu ]
minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah perancangan
kerajaan Malaysia memantau dan menghalang kemasukan dan ancaman IS
- Islamic State, ke dalam negara dengan kekalahan kumpulan tersebut di
Timur Tengah..

87. PR-1352-L02268
Tan Sri Dato' Seri Abd Khalid Bin Ibrahim [ Bandar Tun Razak ] minta
PERDANA MENTERI menyatakan adakah sebarang cadangan menyemak
dan mengemas kini semua dasar berkenaan mangsa pelarian dan pemohon
suaka di Malaysia termasuk kecenderungan menjamin hak-hak asas,
jaringan keselamatan sosial dan perlindungan undang-undang demi
kelangsungan hidup di tempat baharu.

88. PR-1352-L02461
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [ Batu ] minta MENTERI
PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan
beberapa penganalisis mengatakan pelaburan China dalam projek Melaka
Gateway bukan sahaja untuk pulangan ekonomi tetapi untuk memajukan
tentera laut di Selat Melaka. Apakah langkah-langkah yang diambil
Kementerian untuk memastikan ini tidak berlaku.

89. PR-1352-L02056
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan adakah Hospital Ratu Elizabeth 2 (QEH 2)
menghadapi masalah kewangan atau tiada peruntukan sehinggakan alat
pemanas air di bilik mandi di kebanyakan wad tidak dapat dibaiki. Bilakah
alat tersebut boleh dibaiki. Berapakah peruntukan yang telah diberikan
kepada QEH 2.

90. PR-1352-L02395
Tuan Zairil Khir Johari [ Bukit Bendera ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan syarikat pembekal, jenama perkakasan serta kos pembekalan
Tablet Bantuan Mengajar yang sepatutnya diagihkan kepada 430,000 guru
seperti yang diumumkan dalam Bajet 2017.

91. PR-1352-L01919
Dato' Kamarul Baharin Bin Abbas [ Telok Kemang ] minta MENTERI
PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan :-
(a) jumlah kes penipuan agensi pelancongan yang terkini dan
syarikat pelancongan yang telah disenaraihitamkan atau
digantung lesen ; dan
AUM DR 25/7/2017 18

(b) cara mana Kementerian boleh mengawal syarikat terlibat


supaya tidak lagi boleh memperdayakan masyarakat .

92. PR-1352-L02544
Tuan Chong Chieng Jen [ Bandar Kuching ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan berapa peruntukan perbelanjaan bekalan dan perbelanjaan
pembangunan diperuntukkan untuk Jabatan Perdana Menteri dalam tahun
2015, 2016 dan juga 2017 adalah untuk dibelanjakan di Negeri Sarawak.
Apakah peratusan peruntukan tersebut terdiri daripada peruntukan
keseluruhan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

93. PR-1352-L02363
Tuan Sim Chee Keong [ Bukit Mertajam ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan sebab dan pertimbangan serta cadangan jabatan/agensi mana,
Jalan Mutiara Jaya dan Lorong Mutiara Jaya 1 (P045 Bukit Mertajam)
dipindah dari N13 Berapit ke N14 Machang Bubok dalam proses
persempadanan semula daerah mengundi yang siap pada 31 Mac 2016.

94. PR-1352-L02436
Puan Hajah Fuziah Binti Salleh [ Kuantan ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan :-
(a) berapakah jumlah bot nelayan asing yang menceroboh
memasuki ke perairan negara setiap tahun untuk 10 tahun
kebelakangan ; dan

(b) apakah bentuk tindakan yang dikenakan ke atas bot


nelayan asing yang menceroboh perairan negara Malaysia.

95. PR-1352-L01965
Tuan Sivarasa A/l K. Rasiah [ Subang ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan sama ada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil)
Effingham di Bandar Utama, Selangor adalah dalam senarai 45 sekolah
yang telah memulakan program perintias Dwi Bahasa (DLP) di seluruh
negara, dan kalau ada, kenapa program ini diteruskan di sekolah itu
walaupun ada bantahan daripada ibu bapa.

96. PR-1352-L02340
Dr. Hajah Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan jumlah anak pekerja asing yang lahir di Malaysia dan
tidak punya kewarganegaraan. Apakah dasar Imigresen terhadap keturunan
pekerja asing ini.
19 AUM DR 25/7/2017

97. PR-1352-L02121
Dr. Ong Kian Ming [ Serdang ] minta MENTERI KERJA RAYA
menyatakan status terkini projek menaiktaraf Jalan Besar, Seri Kembangan
menuju ke Lebuhraya BESRAYA di bawah Rolling Plan RMKe-11 dan bila
dana untuk projek ini akan diluluskan.

98. PR-1352-L02349
Tuan N. Surendran A/l K. Nagarajan [ Padang Serai ] minta MENTERI
DALAM NEGERI menyatakan jumlah banduan yang telah dilaksana
hukuman mati menurut kategori bangsa, kewarganegaraan dan jenis
kesalahan daripada tahun 2007 hingga 2017.

99. PR-1352-L01723
Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [ Sandakan ] minta MENTERI
KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN
TEMPATAN menyatakan bilangan unit rumah mampu milik yang telah dibina
oleh Kerajaan Persekutuan selepas PRU-13 dalam pecahan negeri, lokasi
dan bilangan. Adakah skim sewa-beli akan dipakai guna dalam rumah
mampu bilik yang disediakan oleh Kerajaan.

100. PR-1352-L02684
Tuan Tony Pua Kiam Wee [ Petaling Jaya Utara ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan sama ada 1MDB telah menandatangani
perjanjian pelaburan atau pinjaman sebanyak US$700 juta dengan atau
kepada Good Star Limited yang ditandatangani oleh Datuk Shahrol Halmi
dengan En Seet Li Lin pada tahun 2009 dan 2010.

101. PR-1352-L01751
Dato' Abd Aziz Bin Sheikh Fadzir [ Kulim Bandar Baharu ] minta
MENTERI DALAM NEGERI menyatakan status terkini berhubung tindakan
ataupun siasatan pihak berkuasa sepertimana yang terkandung dalam
Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang dikeluarkan
sejak April 2016 yang lalu berpendapat terdapat kekangan dan kelemahan
tertentu oleh pihak pengurusan dan Lembaga Pengarah 1MDB khususnya
bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim
Halmi yang perlu mengambil tanggungjawab atas kelemahan dan kekangan-
kekangan tersebut.

102. PR-1352-L02603
Puan Hajah Siti Zailah Binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta
PERDANA MENTERI menyatakan jumlah daftar pemilih terkini yang telah
bertukar alamat tempat mengundi dan jumlah pendaftaran baru pemilih
terkini mengikut setiap negeri.
AUM DR 25/7/2017 20

103. PR-1352-L02767
Tuan Loke Siew Fook [ Seremban ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan butiran kos terperinci untuk penganjuran Majlis Rumah Terbuka
Aidilfitri Perdana Menteri dan Menteri Kabinet di Seri Perdana pada 25 Jun
2017.
21 AUM DR 25/7/2017

PADA PERMULAAN URUSAN MESYUARAT


MENGEMUKAKAN RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN
UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA

1. Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar


* Rang Undang-undang Akses kepada Sumber Biologi dan
Perkongsian Faedah 2017.

2. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan


* Rang Undang-undang Kawalan Harga dan Antipencatutan (Pindaan)
2017.

3. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan


* Rang Undang-undang Perihal Dagangan (Pindaan) 2017.

4. Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah


* Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Pindaan)
2017.

5. Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah


* Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Johor Tenggara
(Pindaan) 2017.

6. Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah


* Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah
(Pindaan) 2017.

7. Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah


* Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan
(Pindaan) 2017.

* Menandakan bahawa Rang Undang-undang ini akan dibawa pada semua


peringkat di mesyuarat ini.
AUM DR 25/7/2017 22

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. ( D.R.10/2017 ) Rang Undang-undang Keganasan Rumah Tangga


(Pindaan) 2017, - Menyambung semula Perbahasan
atas masalah, Bahawa Rang Undang-undang ini
dibacakan kali yang kedua sekarang (24 Julai, 2017)

[ Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan


Masyarakat ]

2. ( D.R.15/2017 ) Rang Undang-undang Pengangkutan Bacaan Kali


Awam Darat (Pindaan) 2017 Yang Kedua

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

3. ( D.R.16/2017 ) Rang Undang-undang Lembaga


Pelesenan Kenderaan Perdagangan
(Pindaan) 2017

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

4. ( D.R.7/2017 ) Rang Undang-undang Agensi Pekerjaan


Swasta (Pindaan) 2017

[ Menteri Sumber Manusia ]

5. ( D.R. 13/2017 ) Rang Undang-undang Agensi Kawalan


Sempadan Malaysia 2017

[ Menteri Dalam Negeri ]

6. ( D.R.17/2017 ) Rang Undang-undang Pencegahan


Jenayah (Pindaan) 2017

[ Menteri Dalam Negeri ]

7. ( D.R.20/2016 ) Rang Undang-undang Membaharui


Undang-Undang (Perkahwinan dan
Penceraian) (Pindaan) 2016

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]


23 AUM DR 25/7/2017

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang


ditetapkan padanya oleh subseksyen 11(1) dan subseksyen 11(2), Akta
Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam yang dibentangkan di hadapan
majlis ini sebagai kertas statut, bilangan ST.43/2017, ST.44/2017,
ST.48/2017, ST.49/2017 dan ST.50/2017 disahkan."

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang


ditetapkan padanya oleh subseksyen 6(1), Akta Eksais 1976 supaya
Perintah Duti Eksais yang dibentangkan di hadapan majlis ini sebagai
kertas statut, bilangan ST.45/2017, ST.46/2017 dan ST.47/2017 disahkan."

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang


ditetapkan padanya oleh subseksyen 17(5) Akta Cukai Barang dan
Perkhidmatan 2014 supaya Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan yang
dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bilangan
ST.42/2017 disahkan."

11. PR-1352-U(27)038
Dato' Seri Haji Abdul Hadi Bin Awang [ Marang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini memberikan kebenaran menurut Peraturan Mesyuarat


49 (1) kepada Yang Berhormat Ahli bagi kawasan Marang untuk
mencadangkan suatu Rang Undang-undang Ahli Persendirian bernama
Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)
(Pindaan) 2016 seperti berikut

Pindaan Seksyen 2

Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 [ Akta 355 ]


dipinda dalam proviso kepada seksyen 2 dengan menggantikan perkataan
"penjara selama tempoh melebihi tiga tahun atau denda melebihi lima
ribu ringgit atau sebatan melebihi enam kali" dengan perkataan
"penjara selama tempoh melebihi tiga puluh tahun atau denda
melebihi satu ratus ribu ringgit atau sebatan satu ratus kali
sebagaimana ditadbir selaras dengan tatacara jenayah Syariah."

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]


AUM DR 25/7/2017 24

12. PR-1352-U(27)039
Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan akan mencadangkan supaya Kerajaan mempergiatkan


usaha untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di Malaysia yang
kelihatan masih lemah dan longgar meskipun negara telah menjadi negara
merdeka dan berdaulat sejak 60 tahun lalu supaya mereka boleh hidup
dengan aman dan saling memerlukan antara satu sama lain dan
memahami bagi memudahkan mereka membangunkan ekonomi negara
secara bersama dan merealisasikan Impian Malaysia."
[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

13. PR-1352-U(27)040
Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan akan mencadangkan supaya Kerajaan memulihkan


Pilihan Raya Kerajaan Tempatan seluruh negara supaya urus tadbir
Kerajaan menjadi lebih cekap, akauntabiliti dan bersih dengan mengambil
langkah pertama untuk membuat kajian serius dan melakukan pungutan
suara antara rakyat."
[ Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan ]

14. PR-1352-U(27)041
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa Perkara 11 Perlembagaan


Persekutuan Malaysia memberikan semua rakyatnya kebebasan
beragama. Dan mengambil maklum juga bahawa Perkara 8 Perlembagaan
Persekutuan Malaysia menjamin kesamarataan hak untuk warganya bagi
menjalani kehidupan harian mereka. Dan mengambil maklum juga bahawa,
Malaysia sebagai negara peneraju gerakan kesederhanaan global dibawah
pimpinan YAB Perdana Menteri Malaysia,telah berjaya memahat nama di
persada antarabangsa dimana Malaysia menjadi model penerimaan
kepelbagaian agama dan kaum sebagai sumber kekuatannya. Dan
mengambil maklum juga bahawa, konsep penerimaan kepelbagaian
agama dan bangsa melalui Gagasan 1Malaysia adalah model yang terbaik
dalam mewujudkan keharmonian, kemakmuran dan perpaduan kaum dan
agama di negara ini. Dan mengambil maklum juga bahawa, sejak akhir-
akhir ini, perpaduan, keharmonian serta toleransi kaum dan agama
semakin terhakis memandangkan terdapat segelintir rakyat yang tidak lagi
peka kepada kepentingan untuk mengekalkan perpaduan,keharmonian
serta toleransi kaum dan agama semata-mata untuk kepentingan politik
atau kepentingan individu mereka. Dan mengambil maklum juga bahawa,
insiden-insiden yang boleh menyebabkan keruntuhan perpaduan,
keharmonian serta toleransi kaum dan agama di negara ini kian menular
dan yang terkini adalah dimana Azril Mohd Amin telah dengan lantang
menggesa Kerajaan untuk mengharamkan "Christian Evangelicalism"
25 AUM DR 25/7/2017

dengan tanpa mengambil kira apa yang termaktub dalam Perkara 11


Perlembagaan Malaysia. Maka, bagi menangani perkara-perkara yang
boleh menggangu-gugat perpaduan, keharmonian serta toleransi kaum
dan agama yang negara ini kecapi oleh negara sekian lama, maka Dewan
ini hendaklah mengambil ketetapan bahawa, pihak Kerajaan hendaklah
dengan segera mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka yang
bertanggungjawab agar tidak menjadi teladan di masa akan datang demi
untuk kepentingan Negara."
[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

15. PR-1352-U(27)042
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa, tahap penguasaan


Bahasa Inggeris dalam kalangan murid dan graduan dinegara ini adalah
pada tahap yang amat minima dan keadaan ini telah menjadikan sumber
tenaga manusia negara ini kurang berdaya saing di luar negara. Dan
mengambil maklum juga bahawa, kebanyakan bahan-bahan rujukan untuk
pengajian yang terdapat diatas talian dan buku-buku rujukan adalah dalam
Bahasa Inggeris. Mengambil maklum juga bahawa oleh kerana tidak dapat
bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dengan baik, sumber tenaga
manusia dan para graduan dari negara Malaysia tidak berpeluang untuk
berkerja dan bersaing di peringkat global. Dan mengambil maklum juga
bahawa sumber tenaga manusia daripada negara-negara yang
membenarkan penggunaan Bahasa Inggeris dalam sistem pembelajaran
mereka, misalnya negara Filipina, adalah lebih mendapat pasaran tenaga
kerja di peringkat antarabangsa. Mengambil maklum juga bahawa Sekolah
Menengah La Salle Tanjung Aru Sabah telah menggunakan Bahasa
Inggeris sebagai bahasa pengantar sejak penubuhannya pada tahun 1903
sehinggahlah dimansuhkan pada lewat tahun 1970an. Maka, bagi
menangani masalah ini, Dewan yang mulia ini hendaklah mengambil
ketetapan bahawa Kerajaan haruslah dengan segera meluluskan
penubuhan sekolah menengah aliran Bahasa Inggeris, sekurang-
kurangnya satu sekolah menengah disetiap kawasan Parlimen sebagai
permulaan dan bagi kawasan Parlimen P.173 Putatan, Sekolah Menengah
La Salle Tanjung Aru sebagai perintis."
[ Menteri Pendidikan ]

16. PR-1352-U(27)043
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa, masalah setinggan


dibandar adalah masalah yang saban hari saban meningkat kerana migrasi
dari luar bandar ke bandar, terutama sekali untuk tujuan mencari
pekerjaan. Dewan ini hendaklah juga mengambil maklum bahawa migran
ekonomi yang berpindah daripada luar bandar ke bandar ini adalah dari
golongan yang kurang berkemampuan / berpendapatan rendah dan
mereka tidak mampu untuk membeli atau memiliki rumah-rumah yang
dibina oleh pihak pemaju atau prima yang ada pada ketika ini, dimana
kebanyakkan mereka ini hanya mampu untuk membayar kadar sewaan
AUM DR 25/7/2017 26

dibawah RM350.00 sebulan. Dan mengambil maklum juga bahawa,


matlamat Kerajaan mensasarkan sifar setinggan terutama sekali
dikawasan bandar adalah agak sukar untuk dicapai selagi masalah
perumahan bagi migran yang dimaksudkan diatas tidak ditangani secara
tuntas, Dan mengambil maklum juga bahawa, Program Perumahan Pakyat
(PPR) yang dahulunya untuk sewaan tanpa had masa dilihat sebagai satu
langkah alternatif bagi mengatasi masalah setinggan dibandar dan
sekaligus memberikan kumpulan sasar untuk menduduki rumah yang agak
selesa. tetapi malangnya, status PPR tersebut telah dipinda kepada status
rumah transit untuk pendudukan untuk tempoh tidak melebihi lima (5)
tahun. Dan mengambil maklum juga bahawa Program Perumahan Pakyat
atau PPR yang ada sekarang ini merupakan sumber alternatif bagi
mengatasi masalah setinggan dibandar dimana rumah-rumah PPR ini
diubah syarat daripada sewaan kepada sewa beli bagi membolehkan
mereka yang dimaksudkan diatas untuk akhirnya memiliki rumah mereka
sendiri. Maka, bagi menangani masalah setinggan bandar dan kekurangan
perumahan untuk golongan kurang mampu, Dewan ini hendaklah
mengambil ketetapan bahawa Kerajaan hendaklah meminda syarat
pendudukan rumah PPR diseluruh negara daripada syarat sewaan bulanan
kepada syarat sewa-beli."
[ Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan ]

17. PR-1352-U(27)044
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa Chinese Independent


School di Malaysia menjalankan taksiran peperiksaan persekolahan
mereka melalui sijil yang dikenali sebagai Unified Examination Certificate
(UEC) yang mana dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu Unified
Examination Certificate -Junior Middle (UEC-JM), Unified Examination
Certificate Vocational (UEC-V) dan Unified Examination Certificate Senior
Middle (UEC-SML). Dan mengambil maklum juga bahawa, persijilan UEC
telah pun diguna pakai dalam persekolahan oleh United Chinese School
Committees Association Of Malaysia sejak ianya diperkenalkan pada tahun
1975. Dan mengambil maklum juga bahawa sijil UEC yang diperkenalkan
oleh UCSCAM ini telah diikiraf oleh universiti diserata negara seperti di
United Kingdom, United States of America, Taiwan, Hong Kong, China,
Australia, Canada, Singapore dan lain-lain negara. Dan mengambil
maklum juga bahawa malangnya, Kementerian Pelajaran dan Kementerian
Pendidikan Tinggi Malaysia atau secara khususnya, Lembaga Akreditasi
Negara tidak mengiktiraf sijil UEC ini terutama sekali bagi kemasukkan ke
universiti awam Malaysia, walaupun National University Of Singapore yang
berkedudukan tempat keempat universiti terbaik di dunia mengiktiraf sijil
UEC ini. Dan mengambil maklum juga bahawa dengan ketiadaan
pengiktirafan yang dimaksudkan diatas, negara Malaysia secara tidak
langsung mengalami kerugian yang besar dimana pemegang sijil UEC ini
terpaksa meneruskan pendidikan tinggi mereka di luar negara dimana
aliran wang keluar daripada negara ini dan juga kecenderungan lepasan
27 AUM DR 25/7/2017

sijil UEC ini untuk terus berkerja di luar negara adalah tinggi, di mana
dalam hal ini negara Malaysia akan kerugian "aliran keluar" tenaga mahir
ke luar negara. Maka, bagi menangani masalah ini, dewan yang mulia ini
hendaklah mengambil ketetapan bahawa Kerajaan haruslah dengan
segera mengiktiraf Sijil Unified Examination Certificate bagi manfaat
negara."
[ Menteri Pendidikan ]

18. PR-1352-U(27)045
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa kesan pemanasan global


dan perubahan cuaca kini menjadi topik perbualan harian diseluruh
pelusuk dunia dimana ianya bukan lagi satu fenomena tetapi telah menjadi
realiti yang mana setiap warga dunia mempunyai tanggungjawab untuk
sama-sama melaksanakan langkah-langkah mitigasi bagi mengurangkan
impaknya keatas kehidupan manusia. Dan mengambil maklum juga
bahawa salah satu penyebab utama kedua-dua masalah diatas adalah
akibat daripada kesan penebangan pokok-pokok disebabkan aktiviti
ekonomi seperti pembukaan ladang dan sebagainya. Dan mengambil
maklum juga bahawa pihak berkuasa tempatan berperanan untuk
mengambil bahagian dalam usaha untuk langkah mitigasi bagi mengatasi
kedua-dua masalah diatas walaupun dalam bentuk kecil, dengan
menanam lebih banyak pokok-pokok diseluruh kawasan seliaan mereka.
Maka, bagi menangani masalah ini, Dewan yang mulia ini hendaklah
mengambil ketetapan bahawa Kerajaan Malaysia hendaklah meminta
pihak berkuasa tempatan untuk segera menanam lebih banyak pokok-
pokok dikawasan dibawah seliaan mereka disamping memperbanyakkan
kempen menanam pokok untuk menyemai budaya menanam pokok di
kalangan rakyat setempat.""
[ Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan ]

19. PR-1352-U(27)046
Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] akan mencadangkan :-
"Dewan ini mengambil maklum bahawa Kabinet Malaysia pada 19 Mac
2011 telah bersetuju untuk menjadikan Malaysia ahli Mahkamah Jenayah
Antarabangsa Statut Rom "Rome Statute of the International Court (ICC)"
Namun, sebarang tindakan kesertaan tidak dilakukan sehingga kini.
Diharapkan Dewan ini akan mengambil keputusan dengan mengarahkan
Kementerian Luar Negeri dan Peguam Negara untuk menfailkan kertas
kerja yang diperlukan tanpa melengahkan masa lagi."
[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]
AUM DR 25/7/2017 28

20. PR-1352-U(27)047
Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini membahaskan keadaan bon Kerajaan Malaysia."


[ Menteri Kewangan ]

21. PR-1352-U(27)048
Tuan Liew Chin Tong [ Kluang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini menggesa bahawa Laporan penuh Jawatankuasa


Siasatan Bebas mengenai kejadian kebakaran Hospital Sultanah Aminah
Johor Bahru pada 25 Oktober 2016 hendaklah diumumkan untuk
makluman dan pengetahuan rakyat tentang punca-punca berlakunya
kebakaran tersebut. Kerajaan juga didesak untuk menyatakan langkah-
langkah yang akan diambil untuk mencegah dan mengelakkan tragedi
kebakaran berulang lagi di mana-mana hospital atau pusat perubatan."
[ Menteri Kesihatan ]

22. PR-1352-U(27)049
Tuan Liew Chin Tong [ Kluang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini menyokong cadangan menetapkan sebarang


pembelian aset atau sistem pertahanan yang melebihi 100 juta oleh
Kementerian Pertahanan, mesti dibawa ke Parlimen dibahas dan diaudit
oleh Jabatan Audit Negara supaya untuk syarat meneruskan pembelian ini.
Ini juga bertujuan untuk mempertingkatkan integriti dan keberkesanan
pembelian sistem pertahanan. Ini adalah diakibatkan oleh pembelian Kapal
Selam Scorpene telah menimbulkan banyak persepsi negatif terhadap
negara."
[ Menteri Pertahanan ]

23. PR-1352-U(27)050
Tuan Liew Chin Tong [ Kluang ] akan mencadangkan :-
"Bahawa Dewan ini bersetuju mengurangkan peruntukan untuk JPM dan
menyalurkan kepada peruntukan bagi hal ehwal pendidikan, pengangkutan
awam, kesihatan dan kebajikan rakyat. Peruntukan untuk Jabatan Perdana
Menteri telah dihadkan tahapnya pada tahun 2008 iaitu masing-masing
sebanyak RM3.4 bilion bagi peruntukan pengurusan dan RM3.5 bilion
untuk pembangunan. Ini membawa kepada jumlah keseluruhan sebanyak
RM6.9 bilion. Berbanding 2017, anggaran peruntukan pengurusan dan
pembangunan telah melepasi tahap ditetapkan pada 2008 tersebut iaitu
masing-masing sebanyak RM4.92 bilion dan RM11.02 bilion yang
membawa kepada jumlah keseluruhan RM15.94 bilion."

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]


29 AUM DR 25/7/2017

24. PR-1352-U(27)051
Tuan Liew Chin Tong [ Kluang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini memuatkan semua Jawapan-Jawapan Pertanyaan


Jawab Lisan Harian Yang Tidak Dapat Dijawab, Jawapan-Jawapan
Pertanyaan Bertulis, serta Undi-Undi dan Perjalanan Mesyuarat (Votes and
Proceedings) bagi Dewan Rakyat dan Dewan Negara ke dalam portal
rasmi Parlimen Malaysia untuk memastikan ketelusan Parlimen."
[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

25. PR-1352-U(27)052
Dato' Johari Bin Abdul [ Sungai Petani ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan menyedari Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)


baru-baru mengeluarkan kenyataan bahawa "ketupat segera" yang
dimasak di dalam plastik yang popular sebagai hidangan Hari Raya atau
oleh penjual-penjual satay boleh mengakibatkan kemandulan dan kanser.
Ini kerana beg plastik yang mengandungi bahan polietilena berketumpatan
tinggi (HDPE) digunakan untuk merebus ketupat dalam masa yang lama
akan merembeskan bahan kimia beracun lain iaitu organik mudah
terpeluwap (VOC) yang membawa kesan buruk kepada kesihatan manusia
dan alam sekitar. Kementerian Kesihatan mesti mengambil tindakan
segera menyiasat dan mengambil tindakan bagi menasihati pengguna
dengan kadar segera. "
[ Menteri Kesihatan ]

26. PR-1352-U(27)055
Dato' Johari Bin Abdul [ Sungai Petani ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan menyedari masyarakat umum berpendapat terdapat


kecelaruan Kementerian Dalam Negeri mentadbir dan mengendalikan
pendaftaran pekerja dan pendatang asing di negara ini. Adalah
dicadangkan setiap warga asing yang menetap di negara ini sama ada
sebagai pekerja, pelajar, pengajar, atau investors jika tinggal lebih lama
dari satu masa yang layak seperti yang diberikan dalam visa, mereka
mestilah memohon Kad Izin Tinggal Terbatas (KITT). Di dalam kad ini akan
tersimpan nama, negara asal pemegang kad, tempuh tinggal yang
dibenarkan, no. pasport, nama majikan, alamat dan no. telefon majikan,
maklumat kesihatan dan lain-lain . KITT ini, seperti Mycard, diwarna
dengan berbagai warga bagi memisahkan kategori mereka. Dengan
mempunyai KITT ini, mereka tidak perlu lagi membawa pasport mereka.
Juga amat mudah bagi pihak berkuasa mengesan mereka jika mereka
tidak berada di tempat yang diluluskan untuk bekerja, atau mereka
menghilangkan diri dari majikan mereka "
[ Menteri Dalam Negeri ]
AUM DR 25/7/2017 30

27. PR-1352-U(27)057
Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ] akan mencadangkan :-

"Bahawasanya Dewan yang mulia ini meluluskan satu ketetapan supaya


YAB Perdana Menteri dan seluruh anggota Menteri Kabinet
mengisytiharkan harta dan aset mereka kepada Dewan Rakyat tiap-tiap
tahun pada bulan Disember."
[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

28. PR-1352-U(27)059
Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ] akan mencadangkan :-

"Bahawasanya Dewan yang mulia ini meluluskan satu ketetapan selaras


dengan titah Majlis Raja-Raja Melayu di mana Akta Majlis Keselamatan
Negara 2016 dibentang dan dikaji semula di Dewan Rakyat dengan kadar
segera."
[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

29. PR-1352-U(27)060
Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] akan mencadangkan :-

"Dewan ini mengambil maklum bahawa cukai pelancongan perlu


dimansuhkan memandangkan industri pelancongan terutama pengusaha
hotel tempatan bakal berhadapan dengan risiko kemerosotan jumlah
pelancong dan seterusnya akan menjejaskan peluang pekerjaan. Dewan
yang mulia ini hendaklah mengambil maklum bahawa pengenalan cukai ini
juga berisiko melembapkan aktiviti ekonomi dan menjejaskan pendapatan
rakyat yang terlibat secara langsung dengan industri pelancongan."

[ Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan ]

30. PR-1352-U(27)061
Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] akan mencadangkan :-

"Dewan ini mengambil maklum bahawa banyak pengusaha teksi


persendirian mahu pun berdaftar di bawah syarikat swasta menghadapi
kesukaran dan ada yang terpaksa menutup operasi mereka. Salah satu
punca permasalahan ini adalah dengan kewujudan Uber dan GrabCar
yang jauh lebih efisien daripada operasi mereka melalui penggunaan
teknologi aplikasi dengan menggunakan telefon pintar. Maka dengan
menyedari hakikat ini, Dewan yang mulia ini hendaklah membahaskan
langkah-langkah strategik bagi menyelamatkan pengusaha teksi yang ada
dalam menghadapi persaingan daripada Uber dan GrabCar ini."
[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]
31 AUM DR 25/7/2017

31. PR-1352-U(27)063
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [ Batu ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan menggesa Kerajaan untuk menghentikan pembinaan


pusat penyembelihan ayam di pasar borong Selayang sehingga kajian
kesesakan lalu lintas dan alam sekitar dapat dilakukan."
[ Menteri Wilayah Persekutuan ]

32. PR-1352-U(27)065
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [ Batu ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Malaysia untuk membawa isu ketegangan Saudi dan Qatar ke


OIC dan mewujudkan satu mekanisme pendamaian."
[ Menteri Luar Negeri ]

33. PR-1352-U(27)067
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [ Kapar ] akan mencadangkan :-
"Bahawa Dewan ini mempertimbangkan cadangan untuk menghalang dan
mengharamkan penjualan arak murahan (cheap liquor) secara mudah dan
murah yang semakin berleluasa. Gegaja pengambilan arak murahan ini
menimbulkan pelbagai masalah sosial seperti keganasan rumah tangga
dan gengsterisme serta merosakkan organ dalaman. Di samping itu,
kawalan dan penyeliaan terhadap kedai - kedai menjual arak perlu
diketatkan. Masa penjualan arak dan lokasi minum arak perlu dikaji.
Kawasan tempat awam seperti di taman awam dan taman permainan
kanak-kanak, minum arak wajib diharamkan. Dewan ini juga wajib
mempertimbangkan penubuhan Pusat Pemulihan Arak (PPA) di setiap
negeri di Malaysia untuk membendung masalah minum arak yang semakin
berleluasa di kalangan anak muda merentasi sempadan bangsa dan
agama. "
[ Menteri Kewangan ]

34. PR-1352-U(27)068
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [ Kapar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mempertimbangkan cadangan untuk kes kematian di


bawah tahanan Polis DiRaja Malaysia, keluarga simati diberi kebenaran
sepenuhnya untuk memperoleh Pakar Perubatan Forensik sendiri bagi
mewakili pihak keluarga simati semasa bedah siasat dijalankan."
[ Menteri Dalam Negeri ]
AUM DR 25/7/2017 32

35. PR-1352-U(27)069
Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [ Kapar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mendesak agar pendidikan agama diperkenalkan di


sekolah kepada pelajar bukan Islam sebagai langkah untuk menerapkan
nilai -nilai murni dan keagamaan di kalangan pelajar bukan Islam bagi
menangani gegala sosial yang kian meningkat dan berleluasa akibat
daripada kegagalan sistem pendidikan di Malaysia."

[ Menteri Pendidikan ]
33 AUM DR 25/7/2017

**UCAPAN
( PERATURAN MESYUARAT 17 BAHARU )
( KAMAR KHAS )

Tarikh Ahli Yang Tajuk Ucapan Menteri Yang


Ucapan Berucap Bertanggungjawab

1. 25.7.2017 1. YB Dato 1. Isu Pembinaan 1. YB Menteri


Dr. Noraini Pusat Pelupusan Kesejahteraan
(Selasa) Binti Ahmad Sampah Di Bukit Bandar,
Payong Perumahan dan
(Parit Kerajaan
Sulong) Tempatan

2. 25.7.2017 2. YB Puan 2. YB Menteri


Nurul Izzah 2. Masalah Pendidikan
(Selasa) Binti Anwar Penyalahgunaan
Dadah Kalangan
(Lembah Remaja Dan
Pantai) Kanak-Kanak Di
Malaysia Dan
Langkah
Mengatasinya Di
Peringkat
Sekolah
** Ucapan-ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (Peraturan
Mesyuarat 17 Baharu)

You might also like