You are on page 1of 4

Laporan Kumpulan Cemerlang Kajian Tindakan (KCKT)

Pendidikan Moral
SMK (P) METHODIST KL

Kumpulan Cemerlang Kajian Tindakan (KCKT 2012)

Tajuk Kajian :
Penggabungjalinan Unsur Muzik Dan Seni Dalam Pengajaran &
Pembelajaran Pendidikan Moral

Ahli Kumpulan :
1. Pn Tan Hui Kee (Ketua Kumpulan)
2. Pn Habibah Binti Husin (Penolong Ketua Kumpulan)
3. Pn Hasliana Binti Musa
4. Pn Zarina Binti Othman
5. En Barnitus Loo Yu Meng
6. Pn Chin Wei Ling
7. Pn Ng Lee Fong
===========================================================

1. Abstrak :

ABSTRAK
Kecerdasan pelbagai merangkumi kecerdasan verbal-linguistik, logik - matematik,
muzik, kinestetik, visual-ruang, interpersonal, intrapersonal, dan naturalis yang merupakan
salah satu kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Oleh itu, guru perlu mengembangkan potensi kecerdasan murid dengan menyediakan
pedagogi pembelajaran yang sesuai dengan minat dan kecenderungan mereka kerana setiap
individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza. Oleh sebab itu,
penggabungjalinan unsur muzik, seni visual, dan sivik dalam Pendidikan
Moral boleh meningkatkan kemahiran dan kefahaman murid bagi isi pelajaran Pendidikan
Moral pada hari berkenaan. Kajian ini dilakukan terhadap tiga belas orang pelajar dari
tingkatan dua Gamma dan Beta di Sekolah Menengah Tinggi Melaka. Sebelum kajian
tindakan ini dilaksanakan tinjauan telah dibuat menggunakan pemerhatian dan soal selidik
kepada kumpulan sasaran. Sehubungan dengan itu, kumpulan kami telah menyediakan satu siri
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berfokus kepada penggunaan unsur muzik dan seni
visual yang bertujuan meningkatkan kemahiran bernilai tambah murid yang sesuai dengan
situasi kehidupan dunia sebenar murid serta senario dunia yang global. Satu set rancangan
pengajaran dan pembelajran telah disediakan untuk menjayakan kajian tindakan ini.
Pemahaman pelajar pula diuji melalui ujian formatif. Hasil pelaksanaan kemahiran kecerdasan
pelbagai dapat meningkatkan kefahaman pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan murid
kumpulan sasaran kajian.Satu set rancangan pengajaran telah disediakan. Semoga pedagogi
Kumpulan Cermelang Kajian Tindakan (KCKT) kami dapat membantu pedagogi lebih
berfokus, berminat dan mencapai prestasi yang cermelang dalam pengajaran dan pembelajaran
pendidikan moral.

1. Tajuk dan Objektif KCKT

Tajuk :
Penggabungjalinan unsur muzik dan seni dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Moral

Objektif :
i. Meningkatkan minat pelajar dalam p&p
ii. Meningkatkan p&p lebih menarik melalui kecerdasan pelbagai (muzik dan seni)
iii. Mengamalkan nilai kasih sayang sesama manusia dalam kehidupan seharian untuk mengekalkan
keamanan.

2. Sasaran
Pelajar-pelajar pendidikan moral kelas 2 Beta dan 2 Gamma ( 13 orang pelajar )

3. Rancangan Persediaan Mengajar

E-Rekod Peracangan Pelajaran Harian Pendidikan Moral

Guru Moral : NG LEE FONG


Tarikh : 26 Mac 2012 (Isnin)
Kelas : 2 Beta
Sasaran : Pelajar 2 Beta /2 Gamma
Masa : 9.00 a.m. 10.20 a.m. (2 waktu)
Tajuk : Nilai 1.9 Kasih Sayang
Sub-Tajuk : Unit 9 Kasih Sayang Membawa Kebahagiaan

Objektif / Hasil Pembelajaran : Pada akhir pelajaran ini, pelajar dapat :

1. menyayangi dan menghargai nyawa manusia.


2. mengenal pasti kesan peperangan terhadap nyawa manusia dan kehidupan.
3. membincangkan cara menyayangi nyawa manusia.

Alat Bantu Mengajar : pensel warna, gam, gunting, kertas berwarna, komputer, lirik lagu
bercetak, kamera

Aktiviti P&P
Set induksi :
I. Pelajar diperdengarkan lagu Youve got a friend - James Taylor melalui pembesar suara komputer dan
setiap orang pelajar diberi lirik lagu yang bercetak.
II. Pelajar diminta menyanyi bahagian chorus bersama-sama guru mengikut muzik dan lirik lagu.
III. Pelajar diminta bergerak dan berjabat tangan antara satu sama lain sebagai tanda menghormati rakan dan
menghargai hubungan persahabatan mereka.
IV. Pelajar diminta mencari perkataan-perkataan dalam lirik lagu yang menunjukkan semangat setiakawan,
hormat-menghormati dan kejujuran dalam persahabatan.

Perkembangan Isi :
I. Guru meminta pelajar merujuk kepada gambar dalam Unit 9 buku teks dan meminta pelajar memberi
respons tentang kesan peperangan terhadap harta benda dan nyawa manusia.
II. Pelajar menjawab beberapa soalan Fikir Jawab Unit 9 yang dikemukakan oleh guru secara lisan.
III. Pelajar menjawab lima soalan formatif dalam buku latihan untuk mengukuhkan kepentingan nilai kasih
sayang terhadap manusia dan kehidupan.
IV. Pelajar menjalankan satu projek dalam kelas : menghasilkan satu jantung origami simbolik kasih sayang
sesama insan sejagat.
V. Guru mendemonstrasikan langkah-langkah melipat origami bentuk jantung dan pelajar mengikut langkah-
langkah tersebut.
VI. Pelajar melekatkan jantung origami pada sehelai kertas untuk menghasilkan satu kad untuk orang yang
disayangi.
VII. Pelajar menghiaskan kad dengan lukisan kreatifnya dan meluahkan perasaan kasih sayangnya dengan
menulis beberapa perkataan pada kad.
VIII. Pelajar menunjukkan hasil kerja mereka dengan perasaan riang dan gembira.

Penutup Perancangan Pelajaran :

Guru membuat kesimpulan kognitif untuk mengukuhkan objektif pembelajaran :


Jika semua pemimpin negara mengamalkan nilai kasih sayang dalam kehidupan seperti sayang-
menyayangi , saling menghormati dan menghargai persahabatan antara satu sama lain, maka
peperangan antara negara tidak akan berlaku. Kesimpulannya, kasih sayang sesama insan
membawa kebahagiaan hidup kerana manusia dapat hidup aman damai dan tidak ada nyawa
akan terkorban akibat peperangan.

==========================================================

Aktiviti-aktiviti berpusatkan pelajar semasa proses P&P dijalankan :

AKTIVITI-AKTIVITI LAIN YANG DIJALANKAN DI DALAM KELAS DAN DIANJURKAN OLEH


PANITIA PENDIDIKAN MORAL

1. Guru menyediakan congkak untuk pelajar-pelajar bermain supaya pelajar dapat memahami
kepentingan mengekalkan permainan tradisi sesuatu kaum agar tidak dilupakan oleh generasi akan
datang.
2. Panitia Pendidikan Moral bergabung dengan Kelab Moral untuk mengadakan pameran keratan
akhbar dan gambar-gambar berkaitan isu-isu sosial dan isu semasa dalam masyarakat kita. Isu-isu
tersebut dikategorikan kepada 7 bidang pembelajaran mengikut sukatan pelajaran Pendidikan Moral.
3. Panitia Pendidikan Moral menjemput penceramah dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
dan Hal Ehwal Pengguna (Melaka) KPDNKK untuk memberi ceramah tentang peranan Tribunal
Tuntutan Pengguna agar pelajar dapat memahami secara lebih mendalam tentang nilai melindungi
hak pengguna.

4. Panitia Pendidikan Moral menganjurkan pertandingan melukis poster bertemakan nilai-nilai moral
pada Bulan Ilmu Kemanusiaan. Berikut merupakan hasil kerja pemenang-pemenang daripada
menengah atas dan menengah rendah.

5. Pelajar-pelajar Tingkatan 3 mengenal pasti Piagam Pelanggan SMK Tinggi Melaka dan
membandingkannya dengan piagam pelanggan yang tercatat dalam Unit 4 buku teks
Tingkatan 3. Mereka dapat menyatakan bahawa piagam pelanggan sekolah merupakan satu
tulisan rasmi yang mengandungi pernyataan-pernyataan tentang dasar-dasar sekolah.

You might also like