You are on page 1of 1

3.

0 LANGKAH- LANGKAH UNTUK MENANGANI GANGGUAN EMOSI DALAM KALANGAN


GURU

Pada masa ini perkara yang paling membingung guru- guru di sekolah adalah pengurusan
masa. Tugas seseorang guru bukan seperti zaman dulu tetapi telah meningkat sehingga guru
mengalami gangguan emosi dan juga tekanan. Guru tiada masa untuk keluarga masing-
masing, kurang tidur, terburu- buru dalam persediaan pengajaran dan pembelajaran, tidak
dapat menulis rancangan pengajaran harian dan sebagainya. Namun seorang guru yang
profesional perlulah bijak dalam mengurus masa walaupun beban tugasnya banyak. Apabila
masa dan tugas diuruskan dengan baik maka guru tersebut dapat menjalankan tugas sebagai
seorang pendidik profesional tanpa gangguan emosi ataupun tekanan.
Sebagai langkah pertama, guru perlulah menyenaraikan tugas- tugas yang perlu
dilaksanakan mengikut keutamaan dan juga menentukan tarikh tugas tersebut dapat disiapkan.
Dengan itu, guru dapat melaksanakan tugas tersebut sebelum tarikh yang ditetapkan. Apabila
guru menyiapkan sesuatu tugas dengan sedikit demi sedikit beliau akan mencapai matlamat
tugas dan boleh melaksanakan tugas- tugas peribadi tanpa halangan.
Selain itu, sesuatu tugas perlulah disiapkan pada masa yang telah ditetapkan. Apabila
guru menangguh sesuatu kerja lama- kelamaan kerja tersebut akan menjadi banyak serta
menjadi beban kepada guru tersebut. Guru perlulah mengawal fikiran mereka dan berfokus
dalam menyiapkan sesuatu kerja tanpa tangguh. Seseorang guru juga mestilah mendisiplinkan
diri mereka supaya tugas- tugas mereka dapat disiapkan dengan segera. Antara perkara paling
penting yang tidak boleh ditangguhkan adalag penulisan rancangan pengajaran harian dan
persediaan bahan bantu mengajar.
Akhirnya, guru perlulah mempelajari taktik- taktik pengurusan masa yang baik dan
mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian beliau. Selain itu, seseorang guru juga perlulah
menjadi seorang pemudahcara dan melaksanakan sesuatu kerja ataupun tugas dengan bijak,
mudah, cepat dan juga efektif. Sekiranya guru tiada kelas, waktu tersebut boleh digunakan
membuat kerja mereka tanpa berbual kosong. Guru juga boleh mendengar muzik supaya tidak
mengalami tekanan akibat daripada beban tugas. Guru juga mestilah cekap dalam penggunaan
gajet- gajet teknologi kini untuk membuat kerja sekolah mereka. Misalnya, apabila seseorang
guru dikehendaki menghadiri kursus dan masih ada tugas untuk diselesaikan, guru boleh
membuatnya melalui telefon bimbit, Ipad dan sebagainya. Dengan ini, guru tidak perlu
membawa komputer riba dan juga mencari tempat untuk mengecas bateri komputer. Guru yang
profesional perlulah sentiasa bijak dalam melaksanakan apa jua tugas yang diberikan.

You might also like