You are on page 1of 8

Apa maksud Penggunaan ICT Dalam P&P?

Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan ICT secara
terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan pengajaran dan
pembelajaran

Apa Tujuan Modul?


Modul ini bertujuan untuk: menjelaskan bagaimana ICT dapat digunakan secara terancang
dan bersesuaian dalam aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru dan murid dan
secara tidak lansung dapat membantu guru merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan ICT,

Manfaat ICT Dalam Pembelajaran ?


Penggunaan ICT secara terancang dan bersesuaian dengan keperluan dalam pembelajaran:
berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pelajaran , Memberi
peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan,
Meningkatkan motivasi pelajar, Membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise
learning) Membolehkan pelajar mengakses maklumat yang sukar diperolehi. Membolehkan
murid mengumpul maklumat yang perlukan masa yang lama atau terlalu mahal untuk
dikumpul, Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar,
Membolehkan pelajar mencuba atau melaksanakan eksperimen yang sukar, terlalu mahal,
mustahil atau bahaya untuk dilaksanakan dengan cara biasa, Meningkatkan daya kreativiti
dan imaginasi pelajar, Memberi peluang kepada pelajar belajar secara berkesan dengan
bimbingan yang minima, Meningkatkan kemahiran ICT.

Apakah Syarat Untuk Memanfaatkan ICT Dalam Pengajaran Dan


Pembelajaran ?
Untuk memperoleh manfaat penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran, perkara-
perkara berikut perlu diberi perhatian: Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran
dirancang dengan baik, bukan secara bidan terjun atau sebagai aktiviti sampingan yang tidak
ada kaitan dengan kurikulum. Guru mesti menggunakan ICT bersesuaian dengan kehendak
kurikulum atau untuk menyokong sesuatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran.
Ada perkakasan dan perisian yang boleh digunakan serta aktiviti pembelajaran yang sesuai.

PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KONSEP


ASAS
Bagaimana cara menggunakan ICT dalam Pengajaran Dan Pembelajaran ?

Dalam konteks penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran, tiada satu cara pun
yang boleh dikatakan sebagai terbaik dan mesti digunakan oleh guru atau pelajar. Pendekatan
yang terbaik ialah jika penggunaannya sesuai dengan keperluan pelajar, serta dapat
membuahkan hasil yang diharapkan dalam jangka masa yang munasabah. Penggunaan ICT
dalam pengajaran dan pembelajaran dapat dilihat dari 2 aspek; aspek pengajaran (guru
menggunakan ICT), dan aspek pembelajaran (pelajar gunakan ICT).
Dalam konteks pembelajaran penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran boleh
dikategori sebagai:

i. ICT Sebagai Alat Tutorial


ii.ICT Sebagai Alat Penerokaan (eksploratori)
iii. ICT Sebagai Alat Aplikasi ICT Sebagai Alat Komunikasi Dalam konteks pengajaran
pula, ICT boleh diguna sebagai alat persembahan dan alat demonstrasi.

Apa Maksud ICT Untuk Pembelajaran Tutorial?


ICT dikatakan untuk pembelajaran tutorial apabila digunakan untuk menyampaikan
kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan. Pembelajaran tutorial ini
merangkumi
Pembelajaran ekspositori
Demonstrasi sesuatu fenomena yang ditunjukkan dan dikawal urutan babaknya oleh sistem,
Latihan atau latihtubi yang disampai dan dikawal oleh sistem.

Bagaimana ICT Digunakan Untuk Pembelajaran Tutorial?


Alat ICT yang selalu digunakan untuk pembelajaran tutorial ialah komputer dan perisian
pendidikan sama ada yang disimpan di dalam CD-ROM, cakera keras ataupun laman web.
Istilah Computer Assisted Instruction (CAI). digunakan untuk menggambarkan penggunaan
komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Kemudiannya istilah Intelligent Computer
Assisted Instruction atau Intelligent Tutoring System (Means et. al., 1993) digunakan.
Perubahan ini seiring dengan perkembangan yang berlaku dalam rekabentuk perisian
pendidikan yang berciri kecerdasan. Ciri ini melahirkan perisian pendidikan yang berupaya
menyesuai maklumat yang disampai dengan kemampuan dan keperluan murid. Dengan
perkembangan ICT, perisian kursus yang terdapat pada hari ini hampir semuanya berciri
multimedia. Secara umum, setiap perisian pendidikan mengandungi satu atau lebih daripada
komponen berikut.
Mempersembahkan maklumat
Membimbing
Menyediakan / memberi latihan
Menilai pencapaian
Perisian pendidikan yang digunakan dalam pembelajaran tutorial sebahagian besar
direkabentuk berdasar kepada model tradisional pengajaran dan pembelajaran, model
transmisi, yang melihat guru sebagai penyampai maklumat utama dan murid sebagai
penerima. Perisian pendidikan seperti ini lebih mudah diadaptasi oleh guru (Clack dan Sun,
1996).
Bagimanapun, guru harus berhati-hati dalam melaksana pendekatan ini. Kesilapan dalam
memberikan pertimbangan boleh:
mengakibat pembaziran masa dan tenaga
menghalang penggunaan kemudahan ICT yang lebih produktif
menjurus ke arah penyalahgunaan kemudahan ICT
mengakibat lebih banyak masa diperlu oleh pelajar untuk mempelajari sesuatu
Sebelum guru mengguna pendekatan ini, perkara-perkara berikut perlu diberi pertimbangan:
Ada perisian pendidikan yang sesuai. Untuk tujuan ini, guru perlu terlebih dahulu menilai
setiap perisian pendidikan yang hendak diguna oleh murid.
Ada peralatan ICT yang sesuai untuk mengguna perisian.
Ada kemahiran mengendali peralatan ICT.
Ada keperluan untuk mengguna ICT (penggunakan ICT dapat membantu pelajar memahami
dan menguasai pengetahuan yang dikehendaki)
Setelah pasti benar-benar wujud keperluan, guru hendaklah merancang penggunaan ICT,
bukan dibuat secara bidan terjun. Perancangan ini perlu mengambil kira perkara-perkara
berikut:
Lokasi peralatan ICT (dalam kelas atau di luar kelas)
Penggunaan secara berkumpulan atau individu.
Penggunaan di dalam atau di luar waktu waktu persekolahan.

Apa Situasi Yang Sesuai Untuk Gunakan Pendekatan Ini?

Penggunaan ICT untuk pembelajaran tutorial sesuai digunakan dalam situasi berikut: Dalam
kelas yang mengandungi jumlah pelajar yang ramai dengan perbezaan kemampuan
pembelajaran yang sangat ketara, guru boleh mengarahkan sebahagian daripada pelajarnya
menggunakan perisian pendidikan dan memberikan tumpuan secara lebih dekat kepada
kumpulan yang lain. Dalam keadaan guru terpaksa bertugas luar, dia boleh merancang
pelajaran pelajar- pelajarnya menggunakan perisian pendidikan yang bersesuaian di dalam
makmal. Penyeliaan kelas bolehlah dilakukan oleh guru ganti. Pemulihan pelajar-pelajar
yang lemah boleh dibuat dengan bantuan komputer dan perisian pendidikan yang sesuai.
Murid boleh mengikuti perisian berulangkali sehinggalah memahami dan menguasai
pengetahuan yang dikehendaki. Kepada pelajar-pelajar yang cerdik, guru boleh
menggunakan persian pendidikan yang mencabar minda mereka. Dengan ini mengelakkan
mereka daripada berasa bosan.

Kelebihan Menggunakan Pendekatan ICT Tutorial ini.

Penggunaan ICT dapat mengindividukan pembelajaran Penggunaan ICT membolehkan


murid belajar berdasarkan kemampuan mereka sendiri. Penggunaan ICT meningkatkan
motivasi pelajar. Pelajar boleh belajar tanpa pengawasan atau dengan pengawasan guru yang
minimum.

ICT Untuk Pembelajaran Penerokaan

Menurut Means et al. (1993), penggunaan ICT dikata untuk pembelajaran penerokaan apabila
digunakan oleh murid sebagai medium untuk:
membolehkan mereka mencari dan mencapai maklumat (daripada CD-ROM, Internet, portal
maklumat dll.)
mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi
melihat demontrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh murid pada
bila-bila masa murid memerlukannya.
Dalam pembelajaran penerokaan, murid berkuasa mengawal dan menentukan maklumat yang
diterimanya melalui alatan ICT. Ini berbeza dengan pembelajaran tutorial dimana murid
hanya menerima bahan pelajaran yang dikawal dan ditentukan oleh sistem.

ICT Digunakan Untuk Pembelajaran Penerokaan


Pendekatan ini amat serasi dan menyokong pendekatan constructivism .iaitu teori
pembelajaran yang menekankan kepada pemikiran kritis, penyelesaian masalah, pengalaman
pembelajaran yang authentic, social negotiation of knowledge dan kolaborasi . Pelajar-pelajar
di dalam kelas Geografi, boleh merujuk kepada World Facts Book yang boleh dicapai di
laman web Central Intelligence Agency (CIA), atau kepada ensaiklopedia dalam talian seperti
Encarta melalui Internet, Capaian juga boleh dibuat di rumah, untuk tujuan ulangkaji.
Bagi mengatasi masalah kelambatan capaian, guru boleh meminta bantuan guru yang mahir
komputer untuk membuat pendua (mirror) kandungan laman ini ke dalam cakera keras
tempatan dengan menggunakan perisian pendua web seperti HTTrack.Selain daripada
mencapai maklumat terus daripada Internet, guru juga boleh menggunakan maklumat yang
disimpan di dalam CD-ROM seperti Ensaiklopedia, pangkalan data, dan lain-lain maklumat
yang boleh diperolehi di pasaran. Pembelajaran penerokaan boleh dilaksanakan samada
secara bersendirian atau berkumpulan. Penetapan masa perlu diberikan perhatian oleh guru
kerana tanpa kawalan, aktiviti pembelajaran boleh memakan masa yang terlalu panjang.

Situasi Yang Sesuai Untuk Gunakan Pengajaran Dan Pembelajaran Ini.

ICT sesuai digunakan untuk pembelajaran penerokaan dalam situasi: yang melibatkan
aktiviti pembelajaran yang berbentuk inkuari penemuan. Pembelajaran yang menjurus
kepada penyelesaian masalah kehidupan sebenar. Aktiviti yang berkaitan Kajian Masa
Depan Aktiviti pembelajaran yang berbentuk simulasi

Apa Kelebihan Menggunakan ICT Untuk Pembelajaran Penerokaan.

Memberi peluang kepada pelajar untuk menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran
masing-masing.
Mendorong pelajar terlibat secara lebih aktif dalam pembelajaran.
Memberi peluang kepada pelajar untuk menangani masalah sebenar di dalam kelas.
Memberi peluang kepada guru melaksanakan pendekatan moden dalam pendidikan seperti
pemulihan, pelbagai kecerdasan dan lain-lain.

ICT Sebagai Alat Aplikasi.

ICT digunakan sebagai alat aplikasi untuk membantu pelajar melaksanakan tugasan
pembelajaran. Contohnya penggunaan pemproses perkataan oleh pelajar dalam aktiviti proses
penulisan. Atau pun penggunaan perisian hamparan elektronik untuk oleh pelajar untuk
memplot graf. Selain daripada perisian aplikasi umum seperti pemproses perkataan dan
hamparan elektronik, perisian aplikasi khusus seperti editor grafik, Computer Aided Design
dan lain-lain juga termasuk dalam kategori alat aplikasi yang boleh digunakan untuk
membantu pelajar melaksanakan aktiviti pembelajaran.
ICT Sebagai Alat Aplikasi.

Di kalangan guru, ada yang beranggapan penggunaan ICT dalam konteks di atas telah
dipenuhi bila pelajarnya menyediakan esei dan huraian dengan menggunakan pemproses
perkataan. Menurut Clark dan Sun, penggunaan seperti ini tidak menyokong mana-mana
falsafah pendidikan, sebaliknya, komputer dan pemproses perkataan digunakan hanya
digunakan seperti mesen taip sahaja. Bagaimanapun, apabila sekumpulan pelajar berbincang,
mengedit dan mengolah kandungan esei atau huraian dengan bantuan pemproses perkataan
dan mempersembahkan hasil esei dan huraian ini, barulah boleh dikatakan ICT telah
digunakan secara yang bermanfaat. Situasi ini turut mengambarkan pengoperasian teori
pembelajaran sosio-budaya (socio-cultural learning) yang mengatakan budaya atau
persekitaran sosial turut membantu pembelajaran pelajar saling mempelajari dan membantu
sesama mereka membangunkan kemahiran kognitif, metakognitif, bertutur (verbal) dan
bekerjasama (Brown, 1994; Perkins, 1992; McInerney & McInerney, 1998)
Dengan bantuan aplikasi-aplikasi ini, murid akan dapat memberikan tumpuan melakukan
aktiviti-aktiviti pendidikan yang authentik. Katakan dalam satu eksperimen yang telah
dilakukan, pelajar perlu mengkaji perkaitan antara dua pembolehubah. Mungkin banyak graf
perlu diplot supaya pertalian antara dua pembolehubah ini dapat dilihat. Walaupun kemahiran
membina graf perlu dikuasai oleh pelajar tetapi dalam hal ini sepatutnya tumpuan diberi
kepada melihat perkaitan antara dua pembolehubah itu. Tugas membina graf-graf ini
mungkin memesongkan tumpuan murid daripada perkara yang lebih penting. Dalam hal ini,
perisian aplikasi yang sesuai boleh digunakan untuk membantu pelajar membina graf-graf
yang diperlukan itu, sementara perhatian mereka ditumpukan untuk melihat perkatan antara
pembolehubah tersebut.

4.2 Apa Kelebihan Menggunakan ICT?


Murid boleh memberikan penumpuan kepada melakukan aktiviti pembelajaran yang autentik.
Membolehkan guru mengemukakan masalah yang lebih mencabar minda pelajar.
Meningkatkan kecekapan dan ketepatan hasil pembelajaran.
ICT Sebagai Alat Pemudah Komunikasi
ICT dikatakan sebagai alat pemudah komunikasi apabila digunakan untuk membolehkan
murid-murid dan guru-guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan
berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk (Clark dan Sun, 1996). Kemajuan ICT pada hari
ini membolehkan komunikasi dilakukan dalam pelbagai mod seperti berikut:
text
grafik
audio.
video
kombinasi dua atau lebih mod di atas

ICT Sebagai Alat Komunikasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran ?


Menurut Paulsen, M.F. (1995), terdapat empat teknik untuk komunikasi melalui ICT, iaitu:
Teknik Seorang Sendirian Teknik Seorang dengan Seorang Teknik Seorang kepada
Ramai Teknik Ramai kepada Ramai Satu daripada model pembelajaran terkini yang
mengambil peluang daripada keupaya ICT sebagai alat komunikasi ialah pembelajaran
kolaboratif. Selain daripada itu, kebolehan komunikasi global melalui ICT membolehkan
pelajar bertukar-tukar maklumat berhubung budaya, cara hidup, geografi setempat bagi
membolehkan mereka menganalisa dan membuat perbandingan dengan apa yang mereka
alami. Ini adalah merupakan satu pengalaman pembelajaran yang berupaya membuka minda
mereka dan menjadikan pembelajaran lebih bermakna.

Kelebihan ICT Sebagai Alat Pemudah Komunikasi ?

Membolehkan pembelajaran kolaboratif dilaksanakan.


Meningkatkan penglibatan pelajar dalam proses pembelajaran melalui peer group yang
bersifat global.
Boleh melibatkan pakar di dalam dan luar negeri dalam proses pembelajaran.
ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Penggunaan ICT dalam P&P
bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk
meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P dalam kelas.

5.0 KAEDAH-KAEDAH PENGGUNAAN ICT DALAM P&P

1. KAEDAH TUTORIAL

Menurut kaedah ini ICT digunakan untuk


menyampaikan kandungan pembelajaran berdasarkan urutan yang telah
ditetapkan.Pembelajaran tutorial ini merangkumi pembelajaran ekspositori ( menyampaikan
maklumat kepada murid, demonstrasi sesuatu fenomena , latihan atau latih tubi yang dikawal
oleh sistem. Secara umum perisian berasaskan pembelajaran tutorial ini mengandungi
mempersembahkan maklumat, membimbi ng,. memberi latihan dan menilai pencapaian.
KAEDAH PENEROKAAN

Kaedah ini berlaku apabila ICT digunakan sebagai medium untuk ;Mengakses dtau mencari
maklumat daripada CD atau internet, mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi atau
melihat demonstrasi sesuatu kejadian yang babaknmya boleh dikawal. Dalam kaedah ini
murid boleh mengawal dan menentukan maklumat yang diterima. Kaedah penerokaan ini
sesuai digunakan dalam situasi berikut ;pembelajaran berbentuk inkuiri penemuan,
penyelesaian masalah kehidupan sebenar, aktiviti berkaitan Kajian Masa Depan dan aktiviti
pembelajaran berbentuk simulasi.

KAEDAH ICT SEBAGAI ALAT APLIKASI


Dalam kaedah ini, ICT diguna bagi membantu murid melaksanakan tugasan pembelajaran
seperti ;Menghasilkan karanganMembina graf/jadualMelakar gambar dan sebagainya
KAEDAH ICT SEBAGAI ALAT PEMUDAH KOMUNIKASI Dalam kaedah ini ICT diguna
untuk membolehkan guru dan murid berkomunikasi daripada lokasi yang berbeza untuk
menghantar, menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk seperti ;Teks, Grafik,
Audio, Video dan Kombinasi pelbagai mod Melalui kaedah ini boleh digunakan bagi
melaksanakan pembelajaran seperti berikut ;Pembelajaran kolaboratif, Meningkatkan
penglibatan murid dalam proses pembelajaran, Melibatkan pakar di dalam dan luar negara
dalam proses P&P.
Posted by Ismail Yonat 21:58

You might also like