You are on page 1of 2

Perlembagaan Persekutuan Malaysia terbahagi kepada 15 bahagian dan 183 perkara.

Antara 183 perkara tersebut,


terdapat beberapa peruntukan utama yang berkaitan dengan aspek-aspek berikut
iaitu bahasa, agama, kewarganegaraan, kebebasan asasi, dan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera
Sabah dan Sarawak.

1. Bahasa
menentukan identiti sesebuah bangsa
para pemimpin yang memperjuangkan kemerdekaan negara kita telah membuat keputusan supaya kita memiliki
satu bahasa kebangsaan untuk tujuan berikut:
i) perhubungan umum
ii) bahasa rasmi
iii) sebagai alat untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara kita
peruntukan ini termaktub dalam perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia
peruntukan ini tidak meghalang penggunaan, pengajaran dan pembelajaran bahasa etnik lain ataupun bahasa
asing

2. Agama
merupakan tunjang kehidupan manusia
mampu membentuk rakyat Malaysia yang berakhlak mulia dan bermoral tinggi
prinsip pertama dalam Prinsip Rukun Negara ialah 'Kepercayaan Kepada Tuhan'
agama Islam merupakan agama bagi Persekutuan kerana faktor yang berikut:
i) lama bertapak di rantau Asia Tenggara
ii) tidak ditolak oleh penjajah
iii) mempunyai penganut yang ramai
agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan
setiap orang berhak untuk menganuti, mengamalkan dan mengembangkan agamanya dengan syarat, iaitu
pengembangan agama selain Islam tidak boleh dilakukan terhadap penganut Islam

3. Kewarganegaraan

merupakan status yang dimiliki oleh setiap individu untuk hidup dalam sesebuah negara.
-status ini memberikan hak,manfaat dan kemudahan tertentu.
-status ini memberikan hak untuk seorang warganegara:
i) mengundi dalam pilihan raya
ii) mengambil bahagian secara aktif dalam politik seperti bertandingan dalam pilihanraya,menjadi wakil
rakyat,menjadi menteri dan sebagainya.
iii) memiliki harta dan membangunkannya.
iv) bergerak dengan bebas ke mana-mana bahagian negara.
v) menerima manfaat dan kemudahan seperti pendidikan,bantuan kebajikan, perubatan dan sebagainya.
hak kewarganegaraan ini disertai oleh tanggungjawab.
rakyat bertanggungjawab untuk:
i) mematuhi undang-undang negara dan negeri.
ii) memberi khidmat kepada negara apabila diperlukan seperti mempertahankan negara apabila diserang
musuh dengan menyertai pasukan keselamatan.
iii) menyumbang terhadap produktiviti negara dalam bidang masing-masing.
iv) menyokong dan mengambil bahagian dalam rancangan dan kegiatan negara seperti menyambut Hari
Kebangsaan,membasmi kemiskinan,membantu kerajaan membendung jenayah dan sebagainya.

4. Kebebasan Asasi
i. tiada seseorang pun boleh diambil nyawa atau kebebasan dirinya kecuali menurut undang-undang.
orang yang bersalah hendaklah dibuktikan di mahkamah sebelum didenda, dipenjara atau dihukum mati.
orang berkenaan hendaklah diberi tahu tentang kesalahannya dandiberi peluang untuk membela dirinya.
ii. semua bentuk kerja paksa adalah dilarang.
tetapi parlimen boleh membuat undang-undang bagi kerahan tenaga untuk maksud negara sepeti
mempertahankan negara ketika diserang oleh musuh.
iii. semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang
tidak mengira keturunan ,kedudukan,pngkat,agama,dan jantina serta mendapat perlindungan undang-
undang yang same rata
tiada seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang
jika sesuatu harta perlu digunakan atau sdiambil maka harta itu yang digunakan atau diambil itu hendaklah
diberi pampasan yang mencukupi.
*kebebasan yang diberi tidak bermaksud kita boleh melanggar undang-undang.

5. Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak


peruntukan khas ini memberi pertimbangan kepada golongan berkenaan bertujuan untuk
menyamaratakan status pendidikan dan ekonomi orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dengan
kaum-kaum lain.
dengan ini, dapat mewujudkan kestabilan politik dan ketenteraman awam.
kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak, seperti rizab khas bagi jawatan dalam
perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan atau latihan khas, lesen dan permit perniagaan, diberi melalui Perkara
153 perlembagaan.
Rizab yang diperuntukkan mengikut radar yang difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan Agong.

You might also like