You are on page 1of 10

OUM BUSINESS SCHOOL

SEMESTER JANUARI 2016

OUMH1103

LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS

NO. MATRIKULASI :
NO. KAD PENGNEALAN :
NO. TELEFON :
E-MEL :

PUSAT PEMBELAJARAN : SHAH ALAM


OUMH1103
AKTIVITI 1

Kemahiran belajar ialah prinsip, teori umum dan kaedah yang melipatgandakan
keberkesanan belajar (Sabri Samad, 2003). Kemahiran belajar ditakrifkan sebagai
keupayaan untuk mengumpul, memproses dan merumus maklumat. Cara belajar yang
berkesan sebenarnya merupakan satu kombinasi dari pelbagai strategi dan kemahiran
belajar. Berfikir membolehkan manusia untuk mencari kaedah penyelesaian terhadap
masalahnya (Edward 1976). Memang betul kemahiran belajar memenuhi matlamat
pelajar semasa di sekolah/kolej/univerisiti mahupun dalam kehidupan seharian.
Pemikiran Logikal bermaksud daya usaha bagi mengenalpasti apa yang betul dan
apa yang salah daripada segi logiknya. Logik terbahagi kepada dua jenis iaitu Logik Akal
dan Logik Natural. Logik Akal ialah logik dari ciptaan akal manusia. Ianya bersifat nyata
dan dapat dilihat kerana terdiri daripada suatu set peraturan. Logik Natural berdasarkan
realiti alam sebenar. Contohnya, kita perlu membezakan mana perkara yang baik dan
mana perkara yang buruk sebelum sesuatu tindakan itu diambil.
Penggunaan celik akal secara optimum bagi menyelesaikan masalah yang wujud.
Bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul, kita harus sentiasa bertenang dan
berfikiran positif. Contohnya, kita boleh menyediakan satu jadual waktu untuk
membahagikan masa yang secukupkan kepada keluarga, bekerja dan belajar.
Mengaplikasikan kemahiran belajar yang dikuasai dalam pelbagai situasi. Setiap
subjek atau matapelajaran yang kita belajar pasti sedikit sebanyak memberi impak dalam
kehidupan. Contohnya, kita boleh terapkan apa yang kita belajar seperti subjek
pengurusan dan pemasaran dalam perniagaan (kerja) kita.
Memupuk disiplin diri. Disiplin bermaksud taat atau patuh. Salah satu sikap
disiplin adalah sikap tepati janji yang mana membolehkan orang lain mempercayai kita.
Memupuk disiplin perlu bermula dari perubahan sikap yang baik. Contohnya, kita perlu
mendisiplinkan diri kita untuk mematuhi jadual waktu yang telah kita rancangkan.
Selain itu, kemahiran belajar akan membuatkan seseorang itu lebih meningkatkan
daya ingatan, mengasah bakat serta potensi, melatih pelajar menghadapi cabaran, melatih
dan membantu pelajar dalam menguruskan masa dengan sebaiknya, sentiasa

1
OUMH1103
meningkatkan pengetahuan daya intelek sepanjang hayat dan mencapai cita-cita dan
matlamat diri.
Kesimpulannya, kemahiran belajar sebagai elemen yang penting bagi membentuk
kejayaan dalam akademik disamping membentuk personaliti dalam kehidupan seharian.
Ianya juga adalah satu proses tindakan seseorang untuk mendapatkan perubahan
tingkahlaku yang baru. Kemahiran belajar menghasilkan pengalaman kepada individu
dalam melaksanakan interaksinya dengan persekitaran.

(346 patah perkataan)

2
OUMH1103
AKTIVITI 2

Pengurusan masa ialah kemahiran untuk menguruskan sikap dan tingkah laku kita
terhadap masa. Masa amat penting bagi kehidupan manusia dan kita mesti tahu
menguruskan masa dengan baik supaya masa yang ada dapat dimanfaatkan. Pengurusan
masa yang baik akan membolehkan kita hidup dengan teratur dan kualiti kerja yang lebih
baik. Kemahiran pengurusan masa merujuk kepada cara menguruskan masa agar kita
dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Pengurusan masa yang efektif adalah
dengan cara menentukan matlamat, mengenalpasti dan menyenaraikan keutamaan
tentang perkara penting yang perlu dilaksanakan. Pelajar biasanya cenderung untuk
melaksanakan tugasan masing-masing mengikut masa yang dirancang agar matlamat
dapat dicapai (Ruti Et Al, 2010).
Tetapkan matlamat utama. Dalam pengurusan masa, yang paling utama adalah
matlamat. Tanpa matlamat, tiada apa yang hendak dicapai kerana tiadanya hala tuju.
Contohnya, matlamat kita adalah menamatkan pelajaran dalam tempoh empat tahun. Bagi
mencapai matlamat tersebut, kita perlu membuat jadual masa untuk memudahkan
pengurusan masa belajar.
Jadual masa. Dalam kehidupan seharian, kita mempunyi masa yang terhad kerana
masa perlu dibahagikan kepada tugas kerja, tanggungjawab kepada keluarga dan tugas
sebagai pelajar. Penyelesaian untuk membahagikan masa dengan betul adalah dengan
membuat jadual masa. Contohnya, dalam sehari kita tetapkan masa sebanyak lapan jam
untuk bekerja, lima jam bersama keluarga dan dua jam masa untuk belajar.
Menilai keutamaan. Ianya bermaksud melakukan perkara yang penting dahulu
disusuli dengan perkara yang kurang penting. Perkara ini juga boleh membantu kita
dalam menguruskan masa dengan betul. Contohnya, dalam tempoh menyiapkan tugasan,
kita perlu membuat soalan mana yang mudah dijawab dahulu disusuli dengan soalan
yang susah.
Displin diri amat penting bagi seorang pelajar. Matlamat yang telah dirancang
perlu dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Dengan ini, pengurusan masa
yang cekap dapat dilaksanakan. Contohnya, kita perlu mengikuti jadual masa yang telah
dibuat tanpa sebarang penangguhan atau alasan yang tidak penting.

3
OUMH1103
Kesimpulannya, pengurusan masa yang betul adalah kunci kejayaan bagi seorang
pelajar. Kita perlu menguruskan masa dengan berkesan jika ingin berjaya. (Nadinloyi, K.
B. Et. Al., 2013). Tiada sebarang alasan mengapa kita tidak boleh mengurus masa dengan
baik kerana pengurusan masa yang baik terhasil dari diri atau sikap kita sendiri.

(342 patah perkataan)

4
OUMH1103
AKTIVITI 3

5
OUMH1103

6
OUMH1103

Remember
Intention to
remember
Logical Memory :
New idea Remembering :
immediately Close attention :
Facts Face
Ideas that Name
already firmly Date
lodged Facts

Remembering by Sense Organs :


Brute Force :
MEMORIZATION
Allows us to
We will remember it
forget more much more
clearly

Reviewing :
More effective
if carried out Visualize :
before Diagram
memories Picture
have entirely Short notes
escaped
Write Down Notes :
Explain it to
somebody

7
OUMH1103
AKTIVITI 4

My Virtual Learning Environment (myVLE) merupakan satu sistem pembelajaran secara


e-learning yang dicipta khusus untuk pelajar Open University Malaysia (OUM). Ianya
adalah sistem yang menghubungkan antara pelajar, tutor dan pentadbiran OUM. Setiap
pelajar OUM akan disediakan satu akses myVLE sepanjang pengajian mereka.
MyVLE memudahkan saya untuk berkomunikasi dengan tutor dan rakan pelajar
pada bila-bila masa melalui eForum. Ianya memudahkan urusan perbincangan masalah,
petanyaan soalan dan lain-lain.
Bahan pembelajaran atau modul yang mudah diakses melalui myVLE. Oleh itu,
saya tidak lagi perlu membawa buku atau modul nyata bersama saya. Kini, saya boleh
mengakses modul melalui telefon bimbit.
MyVLE memudahkan urusan pentadbiran. Tiada lagi penggunaan borang nyata
kerana semuanya boleh dihantar secara dalam talian. Saya tidak lagi perlu ke fakulti
OUM untuk menghantar Borang Penambahan Subjek.
Memudahkan penghantaran aduan, permintaan atau cadangan dengan cara
mengakses eCRM. Saya tidak lagi perlu bersusah payah menaip surat rasmi sekiranya
ingin membuat permohonan Surat Pengeluaran KWSP. Semudah ABC, klik, isi dan
hantar, dalam masa tiga hari saya akan dapat maklum balasnya.
Kesimpulannya, myVLE adalah satu platform untuk saya mempertingkatkan
pembelajaran kerana ianya adalah sangat mudah digunakan. MyVLE juga sesuai
digunakan untuk semua peringkat umur.

(188 patah perkataan)

8
OUMH1103
LAMPIRAN

RUJUKAN

Ab. Rahim Selamat. (1989). Belajar Cara Belajar. Kuala Lumpur: Nuri Enterprise

Noor, M. Y. (1990). Psikologi belajar dan teknik belajar yang berkesan. Petaling Jaya:
Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Chung Han Tek, Huam Hon Tat, Hazidi Abd Hamid, Zahari Hamidon, Hui Thian Teo,
Shawira Abu Bakar, Suhaimi Jamaludin, Shahril Effendi Ibrahim, Zaiton Osman, Abtar
Kaur, Sharipah Hanon Bidin, Halimatolhanin Mohd Khalid, Harvinder Kaur, Hazna
Ahmad & Thami Munisah Mohd Yusoff. (2014). OUMH1103: Learning Skills for Open
Distance Learners. Selangor: Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Hamzah, R., Othman, W., & Sin, W. T. C. (Tiada Tahun). Pola Gaya Pembelajaran
Pelajar Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) Yang
Mengikuti Program Pendidikan Jarak Jauh (Pjj) Di Pusat Pembelajaran Space Di
Universiti Teknologi Malaysia. 1-225. [Online].
Available:http://eprints.utm.my/2341/ [01 April 2016].

You might also like