You are on page 1of 7

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

TUGASAN PROJEK

NAMA GURU PELATIH :


PROGRAM : PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN
LEPASAN IJAZAH

KOD DAN NAMA KURSUS : EDUP2013


SEMESTER : 1
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

TARIKH MULA : 6 JUN 2017 TARIKH HANTAR : 28 OGOS 2017

Hasil Pembelajaran Kursus :


1. Menjelaskan konsep asas falsafah, falsafah pendidikan dan sejarah perkembangan sistem pendidikan di Malaysia.
(C2, LO1)
2. Menghuraikan pandangan ahli falsafah Islam, Barat dan Timur terhadap ilmu dan pendidikan melalui tinjauan literatur.
(C4, LO3, LO6, CTPS3, LL3)
3. Menilai elemen Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) dalam perkhidmatan
perguruan. (C4, A4, LO3, CTPS3)
4. Menganalisis model kurikulum dan pelaksanaan kurikulum di sekolah dalam aktiviti pembentangan. (C4, LO3,
LO4,CTPS3, C3)
5. Menganalisis isu-isu dalam falsafah dalam pendidikan di Malaysia melalui sumber rujukan yang relevan. (C6, A5, LO3,
LO8, CTPS2, EM2)

Projek ini menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3, 4 dan 5.

Objektif Projek :

1. Menganalisis model pembinaan kurikulum menggunakan Thinking Maps yang sesuai untuk menghasilkan carta alir
pembentukan KSSR yang berteraskan elemen FPK.
2. Menganalisis hubung kait elemen Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dengan aspirasi murid dan aspirasi sistem.
3. Melaksanakan proses penyelesaian masalah dengan meneliti program atau inisiatif semasa dalam usaha untuk mencapai
aspirasi murid dan aspirasi sistem berasaskan senario/kes yang disediakan.

Tugasan Projek

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengenal pasti kemahiran dan kompetensi yang selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang membolehkan murid Malaysia bersaing pada peringkat antarabangsa. Bagi mencapai
hasrat tersebut, kurikulum kebangsaan digubal untuk melahirkan murid Malaysia yang seimbang, berdaya tahan, bersemangat
ingin tahu, berprinsip, bermaklumat, penyayang, patriotik, serta mempunyai kemahiran berfikir, berkomunikasi, dan bekerja
dalam pasukan dengan berkesan. (Kemenjadian murid ini digabungkan dalam enam aspirasi murid yang diperihalkan dalam
Bab 2.) Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang akan
diwujudkan mencerminkan kemahiran dan kompetensi ini.
( Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025)

Namun hasrat murni ini menghadapi cabaran berdasarkan tinjauan yang dijalankan oleh IDEAS (Institute of Democracy and
Economic Affairs) pada 2013 mendapati ribuan pelajar telah meninggalkan sistem pendidikan sebelum mencapai pendidikan
menengah. Majoriti pelajar tersebut datang daripada keluarga yang berpendapatan rendah ini tentunya menjejaskan usaha
mereka untuk meningkatkan status sosio-ekonomi masing-masing. Isu keciciran ini boleh menjejaskan pencapaian aspirasi
pendidikan negara melalui pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013 - 2025).

IDEAS (Institute of Democracy and Economic Affairs)


Tugasan 1 : Pembentangan (10%)

Tarikh : 28 Ogos 2017


Anda dikehendaki :
i. Menganalisis model pembinaan kurikulum dengan menggunakan peta pemikiran yang sesuai.
ii. Secara analitikal, berdasarkan pemahaman anda dalam menganalisis model pembinaan kurikulum tersebut, hasilkan satu
carta alir pembentukan KSSR berteraskan elemen FPK ke arah mencapai aspirasi murid dengan berbantukan Thinking
Tools yang bersesuaian.
iii. Secara individu, berikan justifikasi hasil (i) dan (ii) dalam sesi pembentangan.
Tugasan 2 : Penulisan Esei (30%)

Berdasarkan kajian kes Dropping-out of school in Malaysia: What we know and what needs to be done oleh IDEAS (Institute
of Democracy and Economic Affairs) pada 2013, mendapati ribuan pelajar telah meninggalkan sistem pendidikan sebelum
mencapai pendidikan menengah. Majoriti pelajar yang terlibat dalam keciciran tersebut datangnya daripada keluarga yang
berpendapatan rendah.
Anda dikehendaki mengenal pasti masalah keciciran ini dan sejauh mana isu tersebut menjejaskan pencapaian aspirasi
pendidikan negara.
Setelah meneliti pelbagai program atau inisiatif yang dikemukakan oleh KPM, pilih satu program / inisiatif yang menurut
pandangan anda boleh membantu mengatasi masalah keciciran tersebut. Huraikan hujah-hujah yang menjadi asas kepada
pemilihan dan keberkesanan program / inisiatif tersebut.

Tugasan 3 : Kuiz (10%)

Tarikh : 26 Ogos 2017


Satu kuiz yang mengandungi 8 soalan aneka pilihan, 3 soalan padanan dan 2 soalan betul/salah.
Kuiz dilaksanakan merangkumi Tajuk 1, Tajuk 2 dan Tajuk 3 berdasarkan jadual berikut:

Tajuk / Kandungan Kuiz - bilangan / jenis / aras

1. Konsep Asas Falsafah dan Falsafah Pendidikan 2 soalan (C2 - kefahaman)


(MCQ, Cloze, Matching, False/True)
2. Cabang-cabang Falsafah 4 soalan (C2 - kefahaman)
(MCQ, Cloze, Matching, False/True)
3. Perkembangan Pendidikan di Malaysia 6 soalan (C2 - kefahaman)
(MCQ, Cloze, Matching, False/True)

Panduan Pelaksanaan Tugasan Projek


1. Tugasan ini adalah tugasan individu.
2. Merangkumi Konsep Asas Falsafah, Falsafah Pendidikan, Falsafah Pendidikan Timur, Islam dan Barat, Model
Kurikulum dan pelaksanaan serta Isu-isu Falsafah dalam Pendidikan
3. Menganalisis model pembinaan kurikulum dengan menggunakan Thinking Maps yang sesuai. Menghasilkan carta alir
pembentukan KSSR berdasarkan elemen FPK menggunakan Thinking Tools yang sesuai.
4. Bentangkan hasil langkah (3) untuk menghuraikan justifikasi anda.
5. Memahami kajian kes (IDEAS, 2013) yang disediakan.
6. Meneliti pelbagai program atau inisiatif yang dikemukakan oleh KPM untuk mencapai aspirasi pendidikan negara.
7. Memilih satu program / inisiatif yang menurut pandangan anda boleh membantu mengatasi masalah yang anda temui
dalam kajian kes (5).
8. Sediakan satu penulisan esei secara analitikal dan reflektif untuk menghuraikan hujah-hujah anda.
9. Buat rujukan yang mencukupi dan lampirkan senarai rujukan dalam esei anda.
10. Format penulisan esei adalah seperti berikut :
a. Panjang esei adalah 1000 patah perkataan (lebih kurang 7 muka surat), bertaip, langkau 1.5 baris dan
menggunakan font Arial saiz 11.
b. Rujukan prosedur mengikut format dan gaya APA (American Psychological Association)
c. Penulisan esei harus menunjukkan keaslian, kematangan dan bermutu ilmiah.
d. Amalan plagiat adalah tidak dibenarkan sama sekali.
11. Anda WAJIB menyertakan Borang Maklum Balas Tugasan dalam penulisan esei anda selepas muka depan.
12. Anda mesti menghantar tugasan mengikut tarikh yang ditetapkan. Tugasan yang dihantar lewat tanpa sebab yang kukuh
boleh menjejaskan gred kerja kursus anda.
13. Muka depan esei merangkumi :
a. Nama Pelajar
b. Angka Giliran
c. No. Kad Pengenalan
d. Kumpulan/ Unit
e. Kod Dan Nama Kursus
f. Tajuk Tugasan Projek
g. Nama Pensyarah Akademik
h. Tarikh Hantar

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:


1. Pengurusan Grafik dan Persembahan
Reka letak fizikal yang kemas dengan pilihan warna menarik dan ilustrasi yang dapat meningkatkan kualiti
persembahan idea.
Menganalisis model pembinaan kurikulum menggunakan thinking maps yang sesuai.
Menyediakan carta alir pembentukan KSSR berteraskan elemen FPK.
Idea dipersembahkan dengan jelas dan berfokus.

2. Penulisan Esei
Kefahaman yang menyeluruh terhadap topik perbincangan.
Justifikasi dan menilai program atau inisiatif yang dikemukakan oleh KPM, untuk membantu mengatasi masalah
keciciran.
Penilaian daripada perspektif yang pelbagai (pembacaan, pengalaman, perbincangan dan maklum balas).
Format dan organisasi esei yang jelas dan koheren.
Rujukan daripada sumber akademik yang pelbagai dan ilmiah.
Penulisan esei menggunakan bahasa standard dan struktur penulisan yang mantap.
Perkembangan hujah yang analitikal dan matang.

Kriteria Pemarkahan

Kerja Kursus ini akan diperiksa berdasarkan Kriteria Pemarkahan Tugasan PDPLI (Tugasan Pengurusan Grafik dan Bertulis)
yang dilampirkan.

RUBRIK EDUP 3013 (FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA)


RUBRIK TUGASAN A ( 10%) - PEMBENTANGAN

Pencapaian KRITERIA

SKALA
Penguasaan Isi Kandungan
Menunjukkan penguasaan isi kandungan yang jitu, relevan dan terperinci terhadap model pembinaan
kurikulum dan KSSR.
Menunjukkan kefahaman yang cemerlang tentang konsep, teori dan prinsip yang relevan terhadap model
pembinaan kurikulum dan KSSR.
Menunjukkan perkaitan yang cemerlang antara konsep, teori dan prinsip sesuai dengan tugasan terhadap
model pembinaan kurikulum dan KSSR.

Penguasaan Kemahiran Pengurusan Maklumat


Menunjukkan kemahiran mencari, mengumpul dan menganalisis maklumat dengan jitu, sangat cekap dan
sangat berkesan terhadap model pembinaan kurikulum dan KSSR.
Amat
Penguasaan Kemahiran Berfikir
Cemerlang
Menunjukkan kebolehan yang cemerlang dalam menganalisis fakta dan maklumat secara analitik dan
90 100
kritis terhadap model pembinaan kurikulum dan KSSR.
(A+)
Menunjukkan kebolehan yang cemerlang dalam mengaplikasikan teori/prinsip yang relevan dengan
kehendak tugasan terhadap model pembinaan kurikulum dan KSSR.

Penguasaan Kemahiran Komunikasi


Persembahan yang cemerlang, sangat tersusun dan menarik tentang hasil thinking maps dan carta alir
berkaitan model pembinaan kurikulum dan KSSR.
Pengelolaan hujah cemerlang dan sangat mantap tentang hasil thinking maps dan carta air berkaitan
model pembinaan kurikulum dan KSSR.
Laras bahasa yang sangat bertepatan dengan tujuan penulisan tentang hasil thinking maps dan carta alir
berkaitan model pembinaan kurikulum dan KSSR.
Penggunaan perbendaharaan kata yang sangat luas, pelbagai dan sesuai tentang hasil thinking maps dan
carta alir berkaitan model pembinaan kurikulum dan KSSR.
Penguasaan Isi Kandungan
Menunjukkan penguasaan isi kandungan yang sangat tepat ,relevan dan menyeluruh terhadap model
pembinaan kurikulum dan KSSR.
Menunjukkan kefahaman yang sangat baik tentang konsep, teori dan prinsip yang relevan terhadap model
pembinaan kurikulum dan KSSR.
Menunjukkan perkaitan yang sangat baik antara konsep, teori dan prinsip sesuai dengan tugasan terhadap
model pembinaan kurikulum dan KSSR.
Cemerlang
Penguasaan Kemahiran Pengurusan Maklumat
75 89
Menunjukkan kemahiran mencari, mengumpul dan menganalisis maklumat dengan tepat, cekap dan
( A, A-)
berkesan terhadap model pembinaan kurikulum dan KSSR.

Penguasaan Kemahiran Berfikir


Menunjukkan kebolehan yang sangat baik dalam menganalisis fakta dan maklumat secara analitik dan
kritis terhadap model pembinaan kurikulum dan KSSR.
Menunjukkan kebolehan yang sangat baik dalam mengaplikasikan teori/prinsip yang relevan dengan
kehendak tugasan terhadap model pembinaan kurikulum dan KSSR.
Penguasaan Kemahiran Komunikasi
Persembahan yang sangat tersusun dan menarik tentang hasil thinking maps dan carta alir berkaitan
model pembinaan kurikulum dan KSSR.
Pengelolaan hujah yang sangat mantap tentang hasil thinking maps dan carta alir berkaitan model
pembinaan kurikulum dan KSSR.
Laras bahasa yang sangat bertepatan dengan tujuan penulisan tentang hasil thinking maps dan carta alir
berkaitan model pembinaan kurikulum dan KSSR.
Penggunaan perbendaharaan kata yang sangat luas, pelbagai dan sesuai tentang hasil thinking maps dan
carta alir berkaitan model pembinaan kurikulum dan KSSR.

Penguasaan Isi Kandungan


Menunjukkan penguasaan isi kandungan yang tepat ,relevan dan menyeluruh.
Menunjukkan kefahaman yang baik tentang konsep, teori dan prinsip yang relevan.
Menunjukkan perkaitan yang baik antara konsep, teori dan prinsip sesuai dengan tugasan.

Kemahiran Pengurusan Maklumat


Menunjukkan kemahiran mencari, mengumpul dan menganalisis maklumat dengan betul, baik dan
berkesan terhadap model pembinaan kurikulum dan KSSR.

Penguasaan Kemahiran Berfikir


Menunjukkan kebolehan yang baik dalam menganalisis fakta dan maklumat secara analitik dan kritis
KEPUJIAN
terhadap model pembinaan kurikulum dan KSSR.
60 74
Menunjukkan kebolehan yang baik dalam mengaplikasikan teori/prinsip yang relevan dengan kehendak
( B+, B, B- )
tugasan terhadap model pembinaan kurikulum dan KSSR.

Penguasaan Kemahiran Komunikasi


Persembahan yang tersusun dan menarik tentang hasil thinking maps dan carta alir berkaitan model
pembinaan kurikulum dan KSSR.
Pengelolaan hujah yang mantap tentang hasil thinking maps dan carta alir berkaitan model pembinaan
kurikulum dan KSSR.
Laras bahasa yang bertepatan dengan tujuan penulisan tentang hasil thinking maps dan carta alir
berkaitan model pembinaan kurikulum dan KSSR.
Penggunaan perbendaharaan kata yang luas, pelbagai dan sesuai tentang hasil thinking maps dan carta
alir berkaitan model pembinaan kurikulum dan KSSR.
Penguasaan Isi Kandungan
Menunjukkan penguasaan isi kandungan yang memuaskan, kurang tepat, relevan dan menyeluruh
terhadap model pembinaan kurikulum dan KSSR.
Menunjukkan kefahaman yang memuaskan tentang konsep, teori dan prinsip yang relevan terhadap
model pembinaan kurikulum dan KSSR.
Menunjukkan perkaitan memuaskan antara konsep, teori dan prinsip sesuai dengan tugasan terhadap
model pembinaan kurikulum dan KSSR.

Penguasaan Kemahiran Pengurusan Maklumat


Menunjukkan kemahiran mencari, mengumpul dan menganalisis maklumat dengan kurang tepat,
memuaskan dan kurang berkesan terhadap model pembinaan kurikulum dan KSSR.

Penguasaan Kemahiran Berfikir


LULUS
Kurang kebolehan menganalisis fakta dan maklumat secara analitik dan kritis terhadap model pembinaan
50 59
kurikulum dan KSSR.
( C+, C )
Kurang berkebolehan mengaplikasikan teori/prinsip yang relevan terhadap model pembinaan kurikulum
dan KSSR.

Penguasaan Kemahiran Komunikasi


Persembahan yang memuaskan tentang hasil thinking maps dan carta alir berkaitan model pembinaan
kurikulum dan KSSR.
Pengelolaan hujah yang memuaskan tentang hasil thinking maps dan carta alir berkaitan model
pembinaan kurikulum dan KSSR.
Laras bahasa yang memuaskan dengan tujuan penulisan tentang hasil thinking maps dan carta alir
berkaitan model pembinaan kurikulum dan KSSR.
Penggunaan perbendaharaan kata yang memuaskan, kurang pelbagai dan kurang sesuai tentang hasil
thinking maps dan carta alir berkaitan model pembinaan kurikulum dan KSSR.

Penguasaan Isi Kandungan


Menunjukkan penguasaan isi kandungan yang lemah, tidak tepat tidak, relevan dan tidak menyeluruh
GAGAL
terhadap model pembinaan kurikulum dan KSSR.
Menunjukkan kefahaman yang lemah tentang konsep, teori dan prinsip yang relevan terhadap model
0 49
pembinaan kurikulum dan KSSR.
( C, D+, D
Menunjukkan perkaitan lemah antara konsep, teori dan prinsip sesuai dengan tugasan terhadap model
dan F )
pembinaan kurikulum dan KSSR.
Penguasaan Kemahiran Pengurusan Maklumat
Menunjukkan kemahiran mencari, mengumpul dan menganalisis maklumat dengan kurang tepat, tidak
memuaskan dan tidak berkesan terhadap model pembinaan kurikulum dan KSSR.

Penguasaan Kemahiran Berfikir


Menunjukkan kebolehan yang lemah dalam menganalisis fakta dan maklumat secara analitik dan kritis
terhadap model pembinaan kurikulum dan KSSR.
Tiada perkaitan antara konsep dan prinsip sesuai dengan tugasan terhadap model pembinaan kurikulum
dan KSSR.

Penguasaan Kemahiran Komunikasi


Persembahan yang lemah tentang hasil thinking maps dan carta alir berkaitan model pembinaan
kurikulum dan KSSR.
Pengelolaan hujah yang lemah tentang hasil thinking maps dan carta alir berkaitan model pembinaan
kurikulum dan KSSR.
Laras bahasa yang lemah dengan tujuan penulisan tentang hasil thinking maps dan carta alir berkaitan
model pembinaan kurikulum dan KSSR.
Penggunaan perbendaharaan kata yang lemah, tidak pelbagai dan tidak sesuai dengan tugasan tentang
hasil thinking maps dan carta alir berkaitan model pembinaan kurikulum dan KSSR.

RUBRIK EDUP 3013 (FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA)


RUBRIK TUGASAN B ( 30%) - PENULISAN ESEI

SKALA
KRITERIA

Penguasaan Isi Kandungan


Menunjukkan penguasaan isi kandungan yang jitu, relevan dan terperinci.
Menunjukkan kefahaman yang cemerlang tentang konsep, teori dan prinsip yang relevan.
Menunjukkan perkaitan yang cemerlang antara konsep, teori dan prinsip sesuai dengan tugasan.

Penguasaan Kemahiran Pengurusan Maklumat


Menunjukkan kemahiran mencari, mengumpul dan menganalisis maklumat dengan jitu, sangat cekap dan sangat
berkesan.

Penguasaan Kemahiran Berfikir


Menunjukkan kebolehan yang cemerlang dalam menganalisis fakta dan maklumat secara analitik dan
kritis.
Menunjukkan kebolehan yang cemerlang dalam mengaplikasikan teori/prinsip yang relevan dengan
Amat
kehendak tugasan.
Cemerlang
90 100
Penguasaan Kemahiran Menyelesaikan Masalah
(A+)
Menunjukkan kebolehan mendefinisi masalah dengan sangat jelas dan mengenal pasti isu-isu berkaitan
dengan sangat tepat.
Menunjukkan kebolehan membangunkan pelan penyelesaian masalah yang sangat jelas dan jitu.
Menunjukkan kebolehan mengumpul dan menganalisis maklumat dengan sangat mendalam daripada
pelbagai sumber.
Menunjukkan kebolehan menginterpretasi dapatan dengan sangat logikal dan menyediakan cadangan
penyelesaian yang sangat jelas.

Penguasaan Kemahiran Komunikasi


Persembahan yang cemerlang, sangat tersusun dan menarik.
Pengelolaan hujah cemerlang dan sangat mantap.
Laras bahasa yang sangat bertepatan dengan tujuan penulisan.
Penggunaan perbendaharaan kata yang sangat luas, pelbagai dan sesuai.
Penguasaan Isi Kandungan
Menunjukkan penguasaan isi kandungan yang sangat tepat ,relevan dan menyeluruh.
Menunjukkan kefahaman yang sangat baik tentang konsep, teori dan prinsip yang relevan.
Menunjukkan perkaitan yang sangat baik antara konsep, teori dan prinsip sesuai dengan tugasan.

Kemahiran Pengurusan Maklumat


Cemerlang
Menunjukkan kemahiran mencari, mengumpul dan menganalisis maklumat dengan tepat, cekap dan
75 89
berkesan
( A, A-)
Penguasaan Kemahiran Berfikir
Menunjukkan kebolehan yang sangat baik dalam menganalisis fakta dan maklumat secara analitik dan
kritis.
Menunjukkan kebolehan yang sangat baik dalam mengaplikasikan teori/prinsip yang relevan dengan
kehendak tugasan.
Penguasaan Kemahiran Menyelesaikan Masalah
Menunjukkan kebolehan mendefinisi masalah dengan jelas dan mengenal pasti isu-isu berkaitan dengan
tepat.
Menunjukkan kebolehan membangunkan pelan penyelesaian masalah yang jelas dan tepat.
Menunjukkan kebolehan mengumpul dan menganalisis maklumat dengan mendalam daripada pelbagai
sumber.
Menunjukkan kebolehan menginterpretasi dapatan dengan logikal dan menyediakan cadangan
penyelesaian yang jelas.

Penguasaan Kemahiran Komunikasi


Persembahan yang sangat tersusun dan menarik.
Pengelolaan hujah yang sangat mantap.
Laras bahasa yang sangat bertepatan dengan tujuan penulisan.
Penggunaan perbendaharaan kata yang sangat luas, pelbagai dan sesuai
Penguasaan Isi Kandungan
Menunjukkan penguasaan isi kandungan yang tepat ,relevan dan menyeluruh.
Menunjukkan kefahaman yang baik tentang konsep, teori dan prinsip yang relevan.
Menunjukkan perkaitan yang baik antara konsep, teori dan prinsip sesuai dengan tugasan.

Penguasaan Kemahiran Pengurusan Maklumat


Menunjukkan kemahiran mencari, mengumpul dan menganalisis maklumat dengan betul, baik dan
berkesan

Penguasaan Kemahiran Menyelesaikan Masalah


Menunjukkan kebolehan mendefinisi masalah dengan jelas dan mengenal pasti isu-isu berkaitan dengan
tepat.
Menunjukkan kebolehan membangunkan pelan penyelesaian masalah yang baik dan sesuai.
KEPUJIAN
Menunjukkan kebolehan mengumpul dan menganalisis maklumat dengan baik daripada pelbagai sumber.
60 74
Menunjukkan kebolehan menginterpretasi dapatan dengan logikal dan menyediakan cadangan
( B+, B, B- )
penyelesaian yang sesuai.

Penguasaan Kemahiran Berfikir


Menunjukkan kebolehan yang baik dalam menganalisis fakta dan maklumat secara analitik dan kritis.
Menunjukkan kebolehan yang baik dalam mengaplikasikan teori/prinsip yang relevan dengan kehendak
tugasan.

Penguasaan Kemahiran Komunikasi


Persembahan yang tersusun dan menarik.
Pengelolaan hujah yang mantap.
Laras bahasa yang bertepatan dengan tujuan penulisan.
Penggunaan perbendaharaan kata yang luas, pelbagai dan sesuai

Penguasaan Isi Kandungan


Menunjukkan penguasaan isi kandungan yang memuaskan, kurang tepat ,relevan dan menyeluruh.
Menunjukkan kefahaman yang memuaskan tentang konsep, teori dan prinsip yang relevan.
Menunjukkan perkaitan memuaskan antara konsep, teori dan prinsip sesuai dengan tugasan.

Penguasaan Kemahiran Pengurusan Maklumat


Menunjukkan kemahiran mencari, mengumpul dan menganalisis maklumat dengan kurang tepat,
memuaskan dan kurang berkesan

Penguasaan Kemahiran Menyelesaikan Masalah


Menunjukkan kebolehan mendefinisi masalah dengan kurang jelas dan mengenal pasti isu-isu berkaitan
dengan kurang tepat.
LULUS
Menunjukkan kebolehan membangunkan pelan penyelesaian masalah yang baik dan kurang sesuai.
50 59
Menunjukkan kebolehan mengumpul dan menganalisis maklumat dengan baik daripada sumber terhad.
( C+, C )
Menunjukkan kebolehan menginterpretasi dapatan dan menyediakan cadangan penyelesaian yang kurang
sesuai.

Penguasaan Kemahiran Berfikir


Kurang kebolehan menganalisis fakta dan maklumat secara analitik dan kritis.
Kurang berkebolehan mengaplikasikan teori/prinsip yang relevan.

Penguasaan Kemahiran Komunikasi


Persembahan yang memuaskan.
Pengelolaan hujah yang memuaskan.
Laras bahasa yang memuaskan dengan tujuan penulisan.
Penggunaan perbendaharaan kata yang memuaskan, kurang pelbagai dan kurang sesuai
Penguasaan Isi Kandungan
Menunjukkan penguasaan isi kandungan yang lemah, tidak tepat tidak,relevan dan tidak menyeluruh.
Menunjukkan kefahaman yang lemah tentang konsep, teori dan prinsip yang relevan.
Menunjukkan perkaitan lemah antara konsep, teori dan prinsip sesuai dengan tugasan.

Penguasaan Kemahiran Pengurusan Maklumat


Menunjukkan kemahiran mencari, mengumpul dan menganalisis maklumat dengan kurang tepat, tidak
memuaskan dan tidak berkesan.

Penguasaan Kemahiran Berfikir


Menunjukkan kebolehan yang lemah dalam menganalisis fakta dan maklumat secara analitik dan kritis.
Tiada perkaitan antara konsep dan prinsip sesuai dengan tugasan.
GAGAL
Penguasaan Kemahiran Menyelesaikan Masalah
0 49
Menunjukkan kebolehan mendefinisi masalah dengan tidak jelas dan mengenal pasti isu-isu berkaitan
(C, D+, D &
dengan tidak tepat.
F)
Menunjukkan kebolehan membangunkan pelan penyelesaian masalah yang kabur dan kurang sesuai.
Menunjukkan kebolehan mengumpul dan menganalisis maklumat dengan sederhana daripada sumber
terhad.
Menunjukkan kebolehan menginterpretasi dapatan dengan kurang tepat dan menyediakan cadangan
penyelesaian yang tidak sesuai.

Penguasaan Kemahiran Komunikasi


Persembahan yang lemah.
Pengelolaan hujah yang lemah.
Laras bahasa yang lemah dengan tujuan penulisan.
Penggunaan perbendaharaan kata yang lemah, tidak pelbagai dan tidak sesuai dengan tugasan.

You might also like