You are on page 1of 8

Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

Mata Pelajaran : Sains

Tahun : 2

Bilangan Murid: 29 orang

Tarikh : 18 Julai 2017

Masa : 11.15 pm 12.45 pm

Tema : Tumbuhan

Tajuk : Tumbuhan Memahami tumbesaran tumbuhan.

Standard Kandungan:

3.3 Memahami tumbesaran tumbuhan

Standard Pembelajaran:

3.3.1 Merekod perubahan yang berlaku pada tumbuhan semasa membesar dari segi
pertambahan tinggi atau bilangan daun dengan menjalankan penyiasatan ke atas
tumbuhan sebenar.

3.3.2 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.

Pengetahuan sedia ada: Murid pernah menanam pokok bunga.

Objektif pembelajaran:

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat;

1. Merekodkan secara bertulis perubahan pada tumbuhan dari segi pertambahan tinggi dan
bilangan daun dengan tepat.
2. Menyatakan secara lisan hipotesis mengenai tumbesaran tumbuhan dari segi pertambahan
tinggi dan bilangan daun tumbuhan dengan betul.

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS):

Latihan SP 3.3.1 Merekodkan perubahan pada tumbuhan dari segi pertambahan tinggi dan
bilangan daun tumbuhan pada lembaran kerja.
Kemahiran Saintifik:

Kemahiran Proses Sains:

Memerhati perubahan tumbuhan selama 7 hari.


Membuat hipotesis dalam perubahan dari segi ketinggian dan bilangan daun tumbuhan.
Mengeksperimen dalam menguji hipotesis yang dibina.
Berkomunikasi dalam memilih, menyusun dan mempersembahkan maklumat dalam bentuk
jadual.

Kemahiran Manipulatif:

Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul.


Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat.
Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul.

Tabiat berfikir (Habits of minds): Berfikir dan berkomunikasi dengan jelas dan tepat.

Kemahiran berfikir: Menjana idea, menghubungkait

KBAT: Mengaplikasi, menilai

Elemen Merentasi Kurikulum:

Bahasa, keusahawanan, kemahiran berfikir, kepimpinan.

Sikap saintifik dan nilai murni:

Bekerjasama

Berani mencuba

Mensyukuri nikmat yang dikurniakan Tuhan.

Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling.

Bahan Bantu Belajar:

Anak pokok cili, biji benih kacang hijau, kapas, air, piring.
Proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP):

Fasa / Masa Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan Catatan


Pembelajaran
Persediaan Gambaran awal Guru menunjukkan anak pokok cili. BBM:
tentang topik Murid melihat anak pokok cili. Pokok cili padi
(Orientasi) memahami
(5 minit) tumbesaran Guru bersoaljawab dengan murid. Nilai:
tumbuhan. Contoh soalan: Berani mencuba
Adakah pokok ini hidup dan terus
membesar?
Jika tidak, bagaimanakah saiz pokok
ini nanti?
Bagaimanakah saiz asal pokok ini?
Apakah yang sebenarnya berlaku
pada pokok ini?

Murid mencuba menjawab soalan


yang diajukan oleh guru.
Guru menerima semua jawapan murid
dan membetulkan jika terdapat
kesalahan.

Guru memperkenalkan topik yang


akan diajar pada hari ini iaitu
memahami tumbesaran tumbuhan.
Imaginasi Terdapat Guru memperlihatkan sebiji benih BBM:
peningkatan kacang hijau kepada murid dan Biji benih kacang
(Pencetusan ketinggian dan bersoaljawab. hijau
Idea) penambahan
(7 minit) bilangan daun Contoh soalan:
bagi tumbuhan Adakah biji benih ini akan berubah
yang sedang bentuk jika ditanam? Menjana idea
bertumbuh.
Apakah keperluan asas yang
diperlukan oleh biji benih ini untuk
berubah bentuk?
Biji benih ini akan berubah menjadi
apa? Tumbuhan?
Adakah terdapat perubahan dari segi
ketinggian tumbuhan?
Adakah terdapat perubahan dari segi
bilangan daun tumbuhan?

Murid mencuba menjawab soalan guru


dan membetulkan jika terdapat
kesalahan murid.

Guru menyuruh murid untuk membuat Nilai:


hipotesis awal antara tumbesaran Berani mencuba
tumbuhan dan pertambahan tinggi Bekerjasama
tumbuhan atau bilangan daun
tumbuhan.
Guru membimbing murid dalam
membuat hipotesis.
Perkembangan Eksperimen Guru membahagikan murid kepada 6 BBM:
tumbesaran kumpulan (5 orang, 1 kumpulan). Lembaran kerja 1
(Penstrukturan tumbuhan.
Semula Idea) Guru memberikan lembaran kerja 1
(30 minit) Terdapat untuk menjalankan eksperimen.
peningkatan
dari segi Antara maklumat yang perlu semasa
ketinggian menjalankan eksperimen termasuklah:
tumbuhan.
Tajuk :
Terdapat juga Tujuan :
pertambahan Hipotesis :
Bahan dan radas :
bilangan daun Prosedur :
tumbuhan. Jadual pemerhatian :
Perbincangan/ Analisa data :
Rumusan ; ( sama ada hipotesis
diterima ataupun ditolak.

Guru membekalkan bahan-bahan Kemahiran


untuk melaksanakan eksperimen. Proses Sains:
Mengeksperimen
Murid dalam kumpulan masing-masing
melaksanakan eksperimen. NIlai:
Guru membimbing murid dalam Bekerjasama
melaksanakan eksperimen. Berdisiplin

Murid menjaga tumbuhan sebaik-


baiknya dengan membekalkan
keperluan asasnya.

Murid memerhatikan tumbesaran anak


benih selama seminggu dan mengukur
ketinggian menggunakan pembaris.

Murid merekodkan perubahan yang


berlaku dalam lembaran kerja.

Tindakan Latihan Guru menayangkan video tentang BBM:


pengukuhan percambahan biji benih. Video
(Aplikasi Idea) (Individu) Murid menonton video tersebut. Percambahan
(13 minit) biji benih
Guru meminta pelajar untuk Lembaran kerja 2
melengkapkan lembaran kerja 2
berdasarkan tayangan video tersebut.
Guru memberikan lembaran kerja
kepada murid.
Murid membuat lembaran kerja yang
disediakan oleh guru.

Guru membimbing murid dalam


melaksanakan lembaran kerja yang
diberi.
Penutup Bagi tumbuhan Guru bersama-sama murid Nilai:
yang sedang merumuskan tentang eksperimen yang Bekerjasama
(Refleksi) membesar, dilaksanakan.
(5 minit) terdapat
beberapa
perubahan
yang dapat
dilihat iaitu:
Peninggian
tumbuhan dan
penambahan
bilangan daun
tumbuhan.
Tajuk

Memahami tumbesaran tumbuhan

Tujuan

Mengenalpasti perubahan yang berlaku pada tumbuhan: perubahan tinggi dan bilangan daun

Hipotesis

Perubahan yang berlaku pada tumbuhan yang membesar ialah peningkatan tinggi tumbuhan
dan penambahan bilangan daun tumbuhan.

Pembolehubah :

i. Dimalarkan : Air, cahaya matahari dan udara

ii. Bergerak balas : Perubahan ketinggian dan bilangan daun tumbuhan

iii. Dimanipulasi :

Bahan dan radas

Biji benih kacang hijau, kapas, piring.

Prosedur:

1. Rendamkan biji benih kacang hijau didalam air semalaman (guru).


2. Letakkan kapas dalam piring sehingga keseluruhan piring dipenuhi kapas.
3. Spraykan air keatas kapas tersebut sehingga ia menjadi lembab.
4. Letakkan dengan berhati-hati biji benih kacang hijau di atas kapas lembab tersebut.
5. Letakkan piring ditempat yang sesuai: bercahaya matahari dan berudara.
6. Labelkan setiap piring.
7. Ukur ketinggian anak pokok kacang hijau menggunakan pembaris selama seminggu.
8. Kira bilangan daun anak pokok kacang hijau selama seminggu.
9. Perubahan ketinggian dan bilangan daun tumbuhan direkodkan dalam Jadual 1 selama
seminggu.
Penjadualan data

Hari 1 2 3 4 5 6 7
Bilangan daun

Ketinggian

Jadual 1.

Perbincangan:

Kesimpulan:

You might also like