You are on page 1of 10

Pusat Sumber Pendidikan Negeri Melaka

Bahagian Teknologi Pendidikan,


Kementerian Pelajaran Malaysia
Km.9, Jalan Tun Kudu,
Bukit Katil, 75450 Melaka

KERTAS KERJA
PELAKSANAAN PROGRAM JEJAK MAKLUMAT
Peringkat Negeri Melaka 2006
KERTAS KONSEP PROGRAM JEJAK MAKLUMAT
Kempen Membaca Peringkat Negeri

1. PENGENALAN

Program Jejak Maklumat adalah berbentuk pertandingan yang berkonsepkan Treasure


Hunt atau Explore Race. Pertandingan ini adalah berasaskan pembacaan yang mencabar
minda dan kreativiti setiap murid bagi mendorong kepada penerokaan khazanah ilmu yang
terdapat dalam bahan bacaan. Pertandingan ini turut menguji ketahanan mental dan fizikal
para peserta termasuk semangat berpasukan serta kerjasama dalam kumpulan.

2. OBJEKTIF

Objektif Pertandingan Jejak Maklumat adalah seperti berikut:

2.1 Memberi pendedahan dan kemahiran murid-murid dalam pencarian maklumat


dengan menggunakan koleksi yang terdapat di Pusat Sumber Sekolah khususnya
dan sumber ilmu lain amnya.

2.2 Mendekatkan murid- murid dengan perpustakaan serta menjadikan kunjungan ke


perpustakaan satu rutin sebagai asas amalan pembelajaran sepanjang hayat.

2.3 Menyedarkan murid-murid tentang kepentingan perpustakaan dalam proses


pembelajaran.

2.4 Merangsang rasa ingin tahu bagi mendorong keseronokan menerokai dunia ilmu.

3.0 KAEDAH

3.1 Program Jejak Maklumat akan bermula dengan mesyuarat,


pembinaan soalan dan program tinjauan lokasi di sekolah yang terpilih
Aktiviti-aktiviti yang dirancangkan termasuk:-

i) Taklimat dan membangunan soalan untuk klu segmen-


segmen dan klu utama oleh Jawatan Kuasa Permufakatan
GPM Sekolah Menengah dan Rendah.
ii) Penyediaan format pemarkahan
iii) Menjalankan Program Jejak Maklumat 2 hari.

3.2 Yg Bhg. Ketua Penolong Pengarah, Pusat Sumber Pendidikan


Melaka akan menyempurnakan Majlis Penutup Program Jejak Maklumat.

3.3. Tarikh yang dicadangkan untuk Program ini ialah pada 7 dan 8
November 2006. Sekolah yang dicadangkan untuk menerima Program Jejak
Maklumat adalah :

2
i) SMK Seri Mahkota (7 November 2006)
ii) SK Durian Tunggal (8 November 2006)

3.4 Seramai 96 orang peserta dari sekolah yang terpilih seperti berikut:
i) 16 Sekolah Menengah dari ahli PKG Melaka
16 SMK x 3 pelajar = 48 orang

ii) 16 Sekolah Rendah dari ahli PKG Melaka


16 SR x 3 pelajar = 48 orang

Jumlah = 96 orang

3.5 Di samping itu, terdapat beberapa pegawai lain yang turut terlibat dalam
menjayakan program khidmat bantu ini. Perincian pegawai yang
terlibat terdiri daripada:

i) Pegawai BTP dan JPM = 10 orang

ii) Pegawai PSPN Melaka = 20 orang

iii) Pegawai PKG, PSPN Melaka = 16 orang

iv) GPM Sekolah (Guru Pengiring) = 32 orang

iv) Pengetua / Guru Besar dan guru sekolah = 26 orang

Jumlah = 104 orang

4.0 PELAKSANAAN

Pelaksanaan pertandingan Jejak Maklumat adalah seperti berikut:

4.1 Sebanyak 32 kumpulan ( 16 SM dan 16 SR) yang mengandungi 3 orang akan dipilih
bagi menyertai pertandingan yang mencabar ini.
4.2 Setiap kumpulan akan mendapat arahan berteraskan ilmu pengetahuan yang
memerlukan mereka mengembara dari satu perhentian (checkpoint) ke satu
perhentian untuk mendapatkan klu utama dan klu segmen. Klu utama perlu
dikumpulkan dan klu segmen perlu diselesaikan di setiap perhentian.
4.3 Pelbagai halangan akan diwujudkan sepanjang pengembaraan tersebut bagi membina
daya tahan dan meningkatkan pemikiran kreatif untuk melepasi halangan tersebut.
4.4 Kumpulan pertama dapat menyelesaikan klu utama adalah johan pertandingan ini.
Bagi memenangi pertandingan ini peserta memerlukan pembacaan, persediaan,
ketahanan dan strategi yang terancang.
4.5 Terdapat lima (5) perhentian yang meliputi lima (5) segmen yang perlu dilalui oleh para
peserta secara individu dan berkumpulan. Segmen yang dicadangkan adalah seperti
berikut:

3
i) Perhentian Pertama: Segmen Ketahanan Fizikal (Individu)
Segmen Ketahanan Fizikal memerlukan peserta secara individu menempuh halangan-
halangan secara fizikal yang telah ditetapkan.

Contoh Halangan:
Peserta perlu menempuh halangan fizikal seperti lari berhalangan yang telah
ditetapkan.

ii) Perhentian Kedua: Segmen Isu Semasa (Individu)


Segmen Isu Semasa memerlukan peserta secara individu mempunyai pengetahuan
mengenai isu-isu semasa dalam negara dan luar Negara

Contoh Halangan:
Peserta perlu mendapatkan keratin akhbar beserta rujukan tentang isu semasa yang
diperlukan.

iii) Perhentian Ketiga:Segmen Pemikiran Kreatif (individu atau berkumpulan)


Segmen Pemikiran Kreatif memerlukan peserta secara individu atau berkumpulan
menyelesaikan masalah dalam bentuk puzzle.

Contoh Halangan:
Peserta perlu mencantumkan semula gambar dalam bentuk jigsaw puzzle.

iv) Perhentian Keempat: Segmen Uji Minda (bekumpulan)


Segmen Uji Minda memerlukan peserta secara berkumpulan menyelesaikan Teka
Silangkata (Cross word Puzzle) / Cari Perkataan (Word Maze) ( Bahasa Melayu atau
Bahasa Inggeris) yang telah ditetapkan.

v) Perhentian Kelima: segmen Pembacaan (berkumpulan)


Merupakan segmen utama pertandingan ini di mana para peserta secara berkumpulan
akan menyelesaikan kesemua klu utama yang telah dikumpul. Klu utama tersebut
melibatkan bahan-bahan di Pusat Sumber Sekolah.

Contoh Halangan:
Peserta perlu mendapatkan maklumat atau jawapan seperti makna perkataan dan
lain-lain melalui bahan-bahan di Pusat Sumber Sekolah.

4.6 Bagi segmen individu, ketiga-tiga peserta perlu berbincang bagi memastikan siapakah
di antara mereka yang mempunyai kemahiran untuk melepasi halangan di perhentian
pertama, kedua atau ketiga. Ini kerana setiap peserta secara individu boleh
menyelesaikan halangan segmen di perhentian pertama, kedua atau ketiga SEKALI
sahaja ( setiap kumpulan mempunyai 3 orang peserta).

4.7 Manakala bagi segmen berkumpulan, ketiga-tiga orang peserta perlu bekerjasama
untuk menyelesaikan halangan segmen di perhentian keempat dan kelima.

4.8 Secara ringkas pergerakan peserta adalah seperti berikut.

i) Semua peserta secara berkumpulan akan bermula di perhentian (check point)


pertama bagi menerima 2 sampul surat yang mengandungi klu utama dan klu
segmen. Klu utama tidak boleh dibuka dan perlu dikumpulkan sehingga ke

4
perhentian kelima. Manakala klu segmen perlu dibuka dan diselesaikan untuk
mendapat mata.
ii) Setiap kumpulan perlu menyelesaikan klu segmen dengan melalui pelbagai
halangan sama ada secara individu atau berkumpulan dari satu perhentian ke
satu perhentian bagi mendapatkan 5 klu utama di mana sebanyak 2 klu utama
akan diberikan di perhentian keempat.
iii) Kelima-lima klu utama tersebut hanya boleh dibuka di perhentian kelima iaitu di
Pusat Sumber Sekolah di mana setiap kumpulan perlu menyelesaikan
kesemua klu tersebut dengan menggunakan bahan-bahan di pusat Sumber
Sekolah tersebut.

5.0 KRITERIA

Kriteria Pemilihan Sekolah :

i) Sekolah yang mempunyai tahap PSS yang baik dan cemerlang


ii) GPM Sekolah yang pro-aktif dan berwibawa
iii) Sekolah yang telah dapat menajlankan Program NILAM yang
menggalakkan.

6.0 SASARAN

Pertandingan Jejak Maklumat mensasarkan golongan peserta iaitu:

5.1 Murid sekolah rendah tahap 2 ( Tahun 4 hingga Tahun 6 )

5.2 Murid sekolah menengah ( Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 )

5
7.0 JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM JEJAK MAKLUMAT SEKOLAH
PERINGKAT NEGERI MELAKA 2006.

A. JK PROJEK KHIDMAT BANTU NEGERI MELAKA 2006

Penaung : YBhg. Dato Yusoff bin Harun


Pengarah,
Bahagian Teknologi Pendidikan,
Kementerian Pelajaran Malaysia

Penasihat : Pn. Azizah. bt. Abd. Gani


Pengarah Pelajaran Melaka

: En. Zulkiflee bin Mohd Said


Pemangku Pengarah
PERPUSTAM

Pengerusi : Tn. Hj. Mohd. Nor b. Hj. Abu


Ketua Penolong Pengarah, PSPN

Naib Pengerusi En. Rahmat b. Md. Nor


Penolong Pengarah, PSPN

Tn. Hj. Amir b. Basar


Penolong Pengarah, PSPN

Setiausaha : Cik Halimah bt Hj. Jantan


Penolong Pengarah, PSPN

Pen. Setiausaha 1 En. Mohd. Kalip b. Md. Tap


Pegawai Teknologi Pendidikan, PSPN Melaka

Pen. Setiausaha 1 En. Hanafiah bin Othman


Pegawai Teknologi Pendidikan, PSPN Melaka

Bendahari: Tn. Haji Khalib bin Takim


Pegawai Teknologi Pendidikan, PSPN Melaka

Ahli Jawatankuasa
1. Pn. Hjh Maimon binti Subuh - Pengetua, SMK Seri Mahkota
2. En. Abu Bakar bin Hj. Tamam - Guru Besar SK Durian Tunggal
3. Ketua Unit Bahasa
4. PPD Melaka Tengah
5. PPD Alor Gajah
6. PPD Jasin
7. En. Mustafar Kamal b. Abu Bakar - PTP PKG M. Tanah
8. En. Mohd Kamarudin bin Kasim - PTP PKG Ayer Molek

6
9. En. Sulaiman bin Abd. Rahim - PTP PKG Jasin
10. Pn. Zalina binti Kamis - GPM SMK Seri Mahkota
11. Pn. Salmah binti Md. Ali - GPM SMK Rahmat
12. Pn. Samsiah binti Yusoff - GPM SMK Telok Mas
13. Pn. Salina binti Abdul Aziz - GPM SK Durian Tunggal
14. Pn. Zanariah binti Ali - GPM SK Jasin
15. En. Abd. Azizi bin Mohd Din - GPM SK Kg. Gelam
16. Cik Adnida Diah binti Jaffar - Perpustam

B. JK KERJA PROJEK KHIDMAT BANTU NEGERI MELAKA 2006

Penaung : Pengarah
Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Penasihat : Ketua Penolong Pengarah
Pusat Sumber Pendidikan Negeri Melaka
Pengerusi : Cik Halimah binti Jantan
PP PSPN Melaka
Naib Pengerusi: Pengetua
SMK Seri Mahkota
Urus setia : Pn. Zalina binti Kamis - GPM SMK Seri Mahkota
En. Hanafiah bin Othman - PSPN Melaka
Cik Adnida Diah binti Jaffar - PERPUSTAM

JAWATANKUASA

Jawatankuasa Tempat dan Peralatan:


1. En. Salleh bin Lempah - SMK Seri Mahkota
2. En. Mohd Kalip bin Md. Tap - PSPN Melaka

Jawatankuasa Pengadil
1. En. Sulaiman bin Abd. Rahim (K) - PKG Jasin
2 Semua PTP PKG Negeri Melaka

Jawatankuasa Siaraya dan Dokumentasi


1. En. Rahmat bin Md. Nor (K) - PP PSPN Melaka

Jawatankuasa Hadiah dan Cenderamata


1. Pn. Normah binti Hashim (K) - PSPN Melaka

Jawatankuasa Jamuan
1. Tn. Hj. Khalib bin Takim (K) - PSPN Melaka
2. Pn. Norafidah binti Abdullah - SMK Seri Mahkota
3. Pn. Zaimah binti Sayuti - SMK Seri Mahkota

Jawatankuasa Keselamatan
1. En. Azman bin Shafie (K) - SMK Seri Mahkota
2. Kadet Polis SMK Seri Mahkota.

7
8.0 PELAN TINDAKAN PELAKSANAAN PROGRAM JEJAK MAKLUMAT
PERINGKAT NEGERI MELAKA 2006

BIL PERKARA TINDAKAN TARIKH STATUS TINDAKAN


a Perbincangan dengan KPP PP UPSP 6 Oktober 2006
PSPN Melaka
b Menaip Surat ke sekolah SETIAUSAHA 6 Oktober 2006
terlibat PROGRAM
c Surat panggilan JK S/USAHA 6 Oktober 2006 11 Oktober di SKDT
Pembina Soalan dan PROGRAM 16 Oktober 2006 di
Format Markah SMKSM

d Mengedarkan surat- PTP UPSP 9 OKTOBER


menyurat yang berkaitan 2006
Menghubungi GPM terlibat.
e Perjumpaan dengan Guru PP UPSP 10 OKTOBER
Besar dan Pengetua 2006
Sekolah yang terlibat
f Menjalankan Bengkel PP UPSP 11 OKTOBER Lawatan ke tapak
Pembinaan Soalan TOT Program 2006 program
Perbincangan Konsep
Pemarkahan di SKDT
g Menjalankan Bengkel PP UPSP 16 OKTOBER Lawatan ke tapak
Pembinaan Soalan TOT Program 2006 program
Perbincangan Konsep
Pemarkahan di SMKSM

h Taklimat Program Jejak TOT Program 6 NOVEMBER


Maklumat Pegawai / 2006
Pengadil

i Program Jejak Maklumat TOT Program 7 NOVEMBER


berlangsung di SMKSM 2006

j Program Jejak Maklumat TOT Program 8 NOVEMBER


berlangsung di SKDT 2006

8
9. CARTA ALIRAN AKTIVITI JEJAK MAKLUMAT

1. SEGMEN KETAHANAN
FIZIKAL

TERIMA
1. KLU SEGMEN
2. KLU UTAMA

2. SEGMEN ISU SEMASA

TERIMA
1. KLU SEGMEN
2. KLU UTAMA

3. SEGMEN PEMIKIRAN
KREATIF

TERIMA
1. KLU SEGMEN
2. KLU UTAMA

4. SEGMEN UJI MINDA

TERIMA
1. KLU SEGMEN
2. KLU UTAMA

5. SEGMEN PEMBACAAN
1. JAWAP KLU UTAMA
2. LAPORAN

9
* STATUS LAPORAN PELAKSANAAN PSPN MELAKA - DALAM PROSES
PELAKSANAAN YANG AKAN DIADAKAN PADA :

a. 07 NOVEMBER 2006 DI PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH


b. 08 NOVEMBER 2006 DI PERINGKAT SEKOLAH RENDAH

10

You might also like