Professional Documents
Culture Documents
SAINS
SAINS
BAB 10:
PENEROKAAN
ANGKASA LEPAS
2. Melalui teleskop buatannya sendiri, Galileo berjaya mengukuhkan lagi teori Copernicus.
Beliau telah memerhatikan kawah-kawah di Bulan, fasa-fasa planet Zuhrah, dan begitu
banyaknya bintang-bintang di galaksi kita, iaitu Bima Sakti
3.Kemudiannya, ahli matematik German, Johannes Kepler telah berjaya membuktikan idea
Copernicus adalah betul
4. Sebelum berakhirnya abad ke-17, kerja-kerja teori oleh Isaac Newton berjaya
menerangkan pergerakan objek-objek cakerawala yang diperhatikan
Penemuan Lanjutan
2. Kemudian, spektroskopi astronomi telah dibangunkan. Pada mulanya, alat ini digunakan
untuk mentafsirkan spektrum Matahari dan bintang-bintang . Pada tahun 1860-an, gambar-
gambar foto Bulan yang baik telah diperoleh
Astronomi Moden
Penerokaan moden mengenai alam semesta banyak dibantu oleh teleskop angkasa,roket,
satelit, kapal angkasa ulang alik, stesen angkasa lepas, teleskop radio, kapal angkasa dan
prob angkasa
Perkembangan dalam Penerokaan Angkasa Lepas
1. Banyak teori tentang penerbangan ke angkasa lepas telah dilakukan oleh ahli-ahli sains
yang bijak di antara tahun 1600 dan 1900
4. Robert Goddard adalah orang yang mereka bentuk, membina dan menerbangkan roket-
roket. Pada tahun 1926, beliau telah melancarkan roket pertama di dunia yang
menggunakan bahan api cecair. Beliau telah mencipta hampir semua yang diperlukan oleh
roket moden dan mempunyai 200 paten
6. Pada 4 Oktober 1957, orang Rusia melancarkan Sputnik I yang merupakan satelit buatan
manusia pertama mengorbit Bumi. Satelit itu mengelilingi Bumi setiap 96.2 minit dan
menghantar maklumat tentang atmosfera Bumi
7. Yuri Gagarin menjadi orang pertama mengorbit Bumi dalam kapal angkasanya pada tahun
1961
8. Pada 21 Julai 1969, manusia pertama telah mendarat di Bulan iaitu Neil Armstrong dalam
program US Apollo 11. Angkasawan-angkasawan Apollo 11 telah mengumpul batu-batan,
mengambil beribu-ribu foto, dan mendirikan peralatan saintifik di atas Bulan
9. Banyak kapal angkasa telah dilancarkan dari tahun 1970 hingga 1989 untuk mengkaji
planet Utarid, Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun.
10. Pada tahun 1990, Amerika melancarkan kapal angkasa ulang-alik pertama iaitu
Discovery untuk membawa lima angkasawan dan meletakkan Teleskop Angkasa Lepas
Hubble di Orbit
11. International Space Station dilancarkan dengan kerjasama 16 buah negara pada tahun
2000
12. Rajah 1.3 dilancarkan dengan kerjasama 16 buah negara pada tahun 2000
Apollo dan projek-projek NASA bukan sahaja telah meluaskan pengetahuan manusia
mengenai alam semesta, tetapi banyak hasil daripada teknologi ini digunakan dalam
kehidupan harian. Berikut merupakan beberapa sumbangan daripada teknologi angkasa
lepas
Kanta kalir calar telah dibina oleh NASA dengan penyalut pelincir menyerupai berlian pada
kanta plastik. Hari ini, penyalut tersebut telah digunakan pada hampir semua cermin mata
yang dipakai setiap hari
Nasa telah menggunakan teknik makanan kering beku untuk angkasawannya. Proses ini
telah membuktikan keberkesanan pengawetan makanan. Dalam proses ini , makanan
dibekukan dan hampir semua kelembapan disingkirkan daripada makanan beku
Kasut Sukan
Pada awalnya, teknologi ini direkacipta sebagai but yang digunakan di Bulan. Teknologi ini
telah menambah baik penyerapana gegaran, kestabilan dan kawalan pergerakan. Sekarang,
kasut-kasut ini digunakan oleh ahli-ahli sukan
Pengimbas Topografi Bantuan Komputer (CAT) dan Pengimejan Resonans Magnet (MRI)
telah dibina untuk memilih tempat yang sesuai bagi pendaratan di Bulan untuk
angkasaawan pertama. Hari ini, pengimbas CAT dan MRI telah digunakan dengan meluas
untuk mengimbas pesakit-pesakit di hospital seluruh dunia
Sut Pendingin
Sut angkasawan telah direka untuk mengekalkan angkasawan pada suhu yang selesa. Hari
ini, teknologi ini digunakan untuk membuat sut bagi pemandu lumba kereta, pekerja
teknikal reaktor nuklear dan pkerja limbungan kapal
NASA telah mencipta peralatan kuasa tanpa kord. Hari ini, peralatan ini telah digunakan
dengan meluas di semua tempat
Penderiaan Jauh
Satelit selalunya digunakan dalam penderiaan jauh. Pusat Remote Sensing Malaysia
(MACRES) bertanggungjawab bagi projek-projek penderiaan jauh di Malaysia . Hari ini,
pelbagai kegunaan satelit dapat dimanfaatkan dalam kehidupan
a. Telekomunikasi
- Satelit komunikasi menerima signal daripada Bumi, menguatkan dan menghantar semula
ke Bumi . Satelit ini membolehkan kita berkomunikasi dalam jarak jauh melalui telefon dan
Internet. Satelit ini juga membolehkan kita menonton siaran televisyen secara langsung dari
luar negara
b. Meteorologi
- Satelit cuaca mengesan peruibahan tekanan atmofera, suho, arah angin dan awan.
Stesen meteorologi di Bumi menerima maklumat untuk membantu dalam ramalan cuaca
c. Geologi
- Satelit digunakan untuk mengesan kawasan bumi yang kaya dengan minerak. Gamabr
foto yang dihantar semila ke Bumi turut ditunjukkan kawasan yang sesuai untuk tanaman
dan keadaan hutan bagi bidang pertanian dan perhutanan, dan juga dapat mengesan
tumpahan minyak di laut
d. Navigasi kapal dan kapal terbang
- Terdapat satelit yang direka untuk membantu kelasi dan kjuruterbang mencari
kedudukan mereka dengan cepat dan tepat terutamanya jika dalam kecemasan
e. Pertahanan Negara
- Satelit perisik digunakan untuk memperoleh maklumat keupayaan ketenteraan negara
lain
3. Peristiwa yang berlaku berkaitan angkasa lepas dapat menyatukan seluruh manusia.
Sebagai contoh, terciptanya Sputnik, pendaratan di Bulan, International Space Station, dan
usaha-usaha menyelamatkan Mir
4. Satelit-satelit cuaca digunakan untuk memberi amaran pada manusia tentan ribut taufan
yang akan melanda
5. Satelit-satelit boleh digunakan untuk mengintip dan ini akan mencabuli privasi peribadi
6. Penerokaan angkasa lepas dengan satelit-satelit boleh digunakan untuk sesuatu yang baik
atau tidak baik