You are on page 1of 4

PERLEMBAGAAN KELAB HOKI SEK KEB TAMAN BUKIT TIRAM

1. NAMA DAN ALAMAT


a. NAMA KELAB : KELAB HOKI
b. ALAMAT : SEK KEB TAMAN BUKIT TIRAM, JALAN BANANG 2,
TAMAN BUKIT TIRAM, 81800 ULU TIRAM JOHOR.
2. MATLAMAT

Memberi peluang kepada setiap murid untuk mengembangkan potensi secara


seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

3. OBJEKTIF
a. Melahirkan ahli/murid yang mengetahui teknik-teknik dan peraturan permainan
hoki
b. Supaya ahli dapat mewakili sekolah dalam mana-mana kejohanan hoki
peringkat sekolah mahupun luar sekolah.

4. KEAHLIAN
a. Dibuka kepada semua murid sekolah ini.
b. Wakil sekolah yang bermain bagi sekolah secara automatik menjadi ahli kelab.
c. Permohonan berdasarkan pemilihan daripada setiausaha ko-kurikulum.
d. Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan
dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan kelab
ini.

5. GURU PENASIHAT
a. Guru Penasihat adalah daripada guru sekolah ini.
b. Guru penasihat mempunyai kuasa mutlak, merancang atau membatalkan
sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu.
c. Guru penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti
dijalankan.

6. AHLI JAWATANKUASA
a. Dilantik semasa Mesyuarat Agung.
b. Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai AJK manakala ahli yang tidak dapat
hadir harus menulis surat tunjuk untuk layak dicalonkan sebagai AJK.
c. Pemilihan AJK secara undian.
d. Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh guru penasihat tanpa mengadakan
mesyuarat.
e. AJK yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat perletakan
jawatan kepada Guru Penasihat.
f. AJK hendaklah terdiri daripada:
i. Pengerusi
ii. Naib Pengerusi
iii. Setiausaha
iv. Bendahari
v. AJK

7. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA


a. Pengerusi
i. Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas
kesempurnaan semua mesyuarat
ii. Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan
yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.
iii. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa
b. Naib Pengerusi
i. Membantupengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab
yang diberi.
ii. Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
iii. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.
c. Setiausaha
i. Menguruskan hal-hal surat menyurat
ii. Mencatat dan menandatangi minit mesyuarat/laporan kegiatan kelab.
iii. Mencatat kehadiran ahli.
iv. Menyimpan dokuman yang berkaitan dengan persatuan.
v. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
semasa ke semasa

d. Bendahari
i. Bertanggungjawab berkenaan semua hal ehwal kewangan kelab.
ii. Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan
dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.
iii. Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam
mesyuarat ahli.
iv. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.

e. AJK
i. Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang
dilaksanakan.
ii. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.
8. KEWANGAN
a. Sumber kewangan adalah daripada unit Ko-Kurikulum sekolah.
b. Kelab juga bolah memperoleh kewangan melalui aktiviti.
c. Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar
boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.

9. KEHADIRAN/PENYERTAAN
a. Ahli kelab dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh kelab
sepanjang tahun.
b. Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dihendaki menulis
surat tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam penilian
kokurikulum boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian.

10. AKTIVITI
a. Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung / mesyuarat ajk.
b. Sebarang pindaan aktiviti akan akan dibuat oleh Guru Penasihat dan
diumumkan kepada semua ahli.

11. PERATURAN-PERATURAN
a. Peraturan sekolah adalah peraturan asas.
b. Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
c. Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

12. TINDAKAN DISIPLIN


a. Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan kelan dan tidak
mematuhi peraturan yang ditetapkan.
b. Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut;
i. Amaran lisan
ii. Amaran bertulis.
c. Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat
rayuan kepada Guru Penasihat secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat
adalah muktamad.

13. PINDAAN PERLEMBAGAAN


a. Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.
b. Cadangan pindaan perlembagaan bolah dibuat oleh ahli. Ajk, Guru penasihat
atau Pentadbir Sekolah secara bertulis.
c. Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan AJK akan
membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.
d. Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh
Guru Besar.
14. PEMBUBARAN KELAB
a. Guru Besar diberi kuasa untuk membubarkan kelab jika didapati melanggar
perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.
b. Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat
Agung Tergempar.

15. HAL-HAL LAIN


a. Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang
dijalankan.
b. Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.


(PN NORHAIFA BT ISMAIL) (CIK NUR NAJWA ABDULLAH)
Setiausaha Kelab Hoki Pengerusi Kelab Hoki

DISAHKAN OLEH, TARIKH:

You might also like