You are on page 1of 11

1.

0 PENGENALAN

Dalam memacu kemajuan negara kita hari ini yang lebih tinggi, prasyarat utama untuk
menilai keupayaan kita adalah bergantung kepada usaha dalam pembinaan negara
bangsa yang bersatu padu dan harmoni yang memerlukan hasil usaha daripada semua
pelbagai pihak. Oleh yang demikian, keupayaan membina negara bangsa pula
bergantung kepada sejauh mana nilai patriotisme, toleransi serta sikap saling
menghormati dapat dipupuk dan dikongsi secara bersama oleh setiap lapisan rakyat
tanpa mengira kaum dan agama. Usaha membina negara bangsa bermula dengan
pembinaan insan yang seimbang dan berasaskan kepada ilmuan, kerohanian dan
kemahiran yang tinggi. Dengan itu, terdapat elemen penting yang disepadukan
termasuklah nasionalisme, patriotisme dan ideologi kebangsaan untuk membina
kecemerlangan warga dan seterusnya membina negara bangsa sejajar dengan pelan
kerajaan dalam dasar Falsafah pendidikan Negara. Nasionalisme menjadi tenaga
penggerak yang amat berpengaruh dalam menangani perjuangan sesuatu bangsa.
Ianya bertujuan menggerakkan komitmen rakyat untuk membangun dengan memberi
penekanan kepada penyelesaian masalah dan dalaman.

2.0 PEMBINAAN NEGARA BANGSA

Pembinaan negara bangsa dalam istilah sains, politik merujuk kepada sebuah negara
yang mempunyai budaya sivik. Budaya sivik yang dimaksudkan adalah sebuah negara
yang rakyatnya sudah menerima satu pandangan dunia (weltanschauung) politik yang
sama. Ciri-ciri dan sifat masyarakat tersebut adalah masyarakat yang hidup aman
damai tanpa dipisahkan oleh elemen-elemen sempit seperti etnik, kebudayaan dan
kepercayaan. Pembinaan negara pula bergantung kepada satu ideologi politik yang
mencakupi strategi dan dasar penyelesaian konflik hubungan kaum, ketidakseimbangan
ekonomi, agenda pembangunan manusia melalui pendidikan dan latihan, penstrukturan
ekonomi ,serta reformasi ekonomi negara. Tegasnya bahawa perpaduan dapat
dibentuk dalam pembinaan negara bangsa tanpa memberi implikasi kepada sesuatu
kelompok etnik. Proses dalam mewujudkan kebudayaan kebangsaan ini mengikut dasar

1
kebudayaan nasional yang masih memelihara keaslian budaya penduduk dalam negara.
Ini adalah salah satu pengorbanan dan langkah ke arah pembinaan negara bangsa yang
perlu dihargai oleh semua lapisan masyarakat malaysia. Dalam masa yang sama,
pembinaan negara bangsa juga merupakan salah satu daripada enam teras strategik
bagi melahirkan modal insan yang cemerlang, produktif dan kreatif ke arah membentuk
Misi Nasional menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

3.0 PERANAN GURU DALAM PEMBINAAN NEGARA BANGSA

Pendidikan dan pembinaan negara adalah berkait rapat antara satu sama lain. Tanpa
pendidikan, proses pembinaan negara tidak akan tercapai. Sesebuah negara perlukan
warganegara yang terdidik dalam semua aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual
seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Tanggungjawab yang
perlu digalas oleh guru menunjukkan bahawa besarnya amanah dan tugas dalam
mendidik anak bangsa untuk mencapai matlamat negara kita. Oleh itu, guru yang
mempunyai tahap keprofesionalan yang tinggi perlu memahami akan tanggungjawab
yang dipikul serta amanah mereka untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi ilmu
serta akhlak moral agar segala ilmu yang diperoleh dapat disalurkan kepada kebaikan
demi kepentingan agama, bangsa dan negara. Ini menjurus kepada peranan utama
yang diharap oleh sistem pendidikan formal negara kita dalam membina bangsa yang
bersatu dan moden serta mencapai produk generasi akan datang yang berkualiti
menjadi realiti. Diantara peranan dan tanggungjawab guru dalam konteks pembinaan
negara bangsa ialah:

Kerjaya guru sebagai satu ibadah


Guru bertanggungjawab dalam pembangunan insan kamil dikalangan murid
Sebagai agen sosialisasi iaitu penjalin hubungan yang rapat dengan
masyarakat
Agen perubahan dalam dunia pendidikan yang dinamik

2
Guru yang sentiasa menerapkan nilai-nilai patriotisme melalui sejarah
pembinaan negara
Guru yang menghayati Falsafah Pendidikan Negara (FPK) sebagai panduan
dalam menjalankan tugas.

3.1 Kerjaya guru sebagai satu ibadah


Ini bermaksud guru yang berwibawa yang meletakkan tugas dan tanggungjawab
kerjaya ini sebagai satu amanah. Ibadah ini mengandungi dua unsur, iaitu tunduk
patuh sepenuhnya kepada Allah; dan cinta sepenuhnya kepada Allah sesuai
dengan tujuan dijadikan manusia itu sendiri. Guru seharusnya mempunyai
falsafah dan prinsip hidup yang berlandaskan keagamaan, yang sentiasa
melengkapi diri dengan ilmu dan kemahiran yang tinggi. Ini secara langsung
dapat menjadikan guru sebagai rol model kepada murid-murid yang
dipertanggungjawabkannya. Penerapan nilai-nilai murni yang merentasi
kurikulum dan kokurikulum perlu diwujudkan dalam sistem pengajaran di sekolah
lantaran nilai adalah ukur tara terhadap sesuatu benda, perkara, perbuatan dan
amalan. Nilai juga melibatkan persepsi minda dan hati berasaskan sifat dan
syarat tertentu yang serasi dan sejalan dengan fitrah. Baik pada ukuran nilai tidak
sahaja pada pertimbangan akal dan rasional tetapi juga pada hati dan terlihat
dalam amalan dan percakapan.

Penerapan nilai murni kemanusiaan ini memandu manusia agar hidup


bertatahkan adab agar pembinaan bangsa itu berada di tahap yang tinggi dari
segi ilmu dan akhlaknya. Dalam pendidikan perlu ada nilai-nilai teras yang
sifatnya fundamental seperti amanah, jujur dan ikhlas, hormat-menghormati serta
adil dan bijaksana. Nilai-nilai teras di samping nilai-nilai tambahan dan
kembangan harus disuburkan secara kreatif dan bijaksana agar watak yang
bersih sifatnya dapat digarap dalam jiwa pelajar. Dalam hal ini, guru atau pendidik
merupakan fokus utama dalam penerapan nilai. Murid atau pelajar mengalami
proses perpindahan ilmu, maklumat dan ketrampilan. Matlamat akhir pendidikan

3
ialah berlakunya transformasi diri dan penitipan adab kepada diri pelajar. Pada
diri guru pula, seharusnya ada sifat muallim, murabbi dan pelbagai sifat-sifat
pendidik yang tinggi lain agar proses pendidikan ini dapat dilihat sebagi proses
bina insan. Sifat-sifat ini hendaklah terlihat dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dan ianya boleh menyebabkan berlakunya transformasi diri. Pada
diri pendidik ada contoh yang fitrah sifatnya dan seperti ibu bapa juga, guru
berada di peringkat kedua menjadikan dirinya teladan dan sumber ikutan para
pelajar. Hasil pendekatan di atas yang praktikkan, seorang guru mampu mendidik
para pelajarnya kearah kebaikan yang menjurus kepada unsur-unsur yang
terdapat dalam falsafah pendidikan negara iaitu jasmani, emosi, rohani dan
intelek dan sentiasa memupuk semangat perpaduan dikalangan pelajarnya.

3.2 Guru bertanggungjawab dalam pembangunan insan kamil di kalangan


murid.
Dengan bermatlamatkan dengan memperkembangkan potensi individu secara
menyeluruh dari segi intelek, jasmani rohani dan emosi. Penerapan nilai-nilai
nasionalisma, nilai-nilai perpaduan yang boleh dilaksanakan oleh guru dengan
mengamalkan dan mengaplikasikan elemen-elemen di dalam Rukun Negara.
Elemen yang ada dalam Rukun Negara boleh dilihat sebagai penyatuan
pemikiran, jiwa, hasrat, perasaan dan semua aspek yang menunjukkan simbol
negara Malaysia. (Mok Soon Sang, 2009). Pembinaan negara bangsa adalah
agenda kerajaan bagi menyatukan rakyat yang berbilang kaum. Oleh yang
demikian, bangsa Malaysia mendokong lima rukun negara yang menjadi teras
kepada pembentukan negara. Rukun Negara sebagai satu ideologi kebangsaan
yang dapat merapatkan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Kepercayaan kepada Tuhan


Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-Undang

4
Kesopanan dan Kesusilaan.

Amalan prinsip Rukun Negara membolehkan rakyat Malaysia menjadi


warganegara yang bersatu padu, demokratik, adil, liberal, progresif dan hidup
dalam suasana aman dan harmoni. Hasil penerapan lima prinsip yang kekal di
kalangan diri guru, para pelajar dan msyarakat sekeliling, sedikit sebanyak dapat
memupuk rasa cinta kepada negara sekaligus berperanan membina negara
bangsa yang bersatu padu dan patuh kepada konsep raja berperlembagaan serta
mewujudkan semangat perpaduan yang erat di kalangan kaum dalam negara.

3.3 Guru sebagai agen sosialisasi iaitu penjalin hubungan yang rapat dengan
masyarakat.

Penekanan kepada konsep `Malayanization' ialah untuk membina satu bangsa


Malaysia yang mempunyai taat setia dan cintakan negara serta dapat
menyumbang ke arah masa depan pembangunan bangsa. Guru sebagai agen
sosialisasi perlu menerapkan konsep bertunjangkan satu Malaysia sebagai satu
proses membina generasi baru Malaysia yang berpendidikan dan berkiblatkan
Malaysia, menggunakan bahasa Malaysia sebagai lambang penyatuan dan
kekuatan budaya bangsa, menggunakan kurikulum berorientasikan Malaysia dan
mendukung aspirasi dan cita-cita baru pembinaan negara Malaysia. Sistem
penilaian yang seragam juga diwujudkan untuk pensijilan dan pengiktirafan. Di
peringkat sekolah, para pendidik dikehendaki menanamkan bibit-bibit kesedaran
baru untuk penyatuan, perpaduan dan pembangunan kewarganegaraan melalui
mata pelajaran yang di sampaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Sebagai alat sosialisasi politik bagi membina kesedaran baru dan


membangkitkan imej baru negara Malaysia sebagai Negara-Bangsa. Slogan baru
seperti `Malaysia Boleh', Demokrasi model Malaysia, Nilai-nilai Malaysia,
Wawasan Malaysia dikira turut menyumbang kepada rangka model Negara-

5
Bangsa yang dihasratkan. Pendidikan juga akan menjadi alat pembangunan bagi
merealisasikan impian dan cita-cita menjadikan Malaysia negara membangun
sepenuhnya menjelang abad ke 21. Penekanan kepada Sains, teknologi dan Era
Informasi Maklumat amat penting dalam pembentukan Negara-Bangsa dan dari
satu segi lain ianya adalah mencabar dan kritikal.

Asas-asas pembinaan negara ini dibuat dengan memperkukuhkan unsur-unsur


nasionalisma dan budaya kebangsaan seperti bahasa kebangsaan, kebudayaan
kebangsaan, kuasa politik ketuanan, perlembagaan negara yang menjamin
kedudukan negara-bangsa, agama dan begitu juga dengan Lambang-lambang
kedaulatan Negara-Bangsa. Lambang-lambang kenegaraan yang berteraskan
kepada Negara-Bangsa ditonjolkan bukan sahaja sebagai satu penghayatan
kesedaran tetapi juga bagi tujuan melambangkan cita-cita, keunggulan,
kebanggaan, perpaduan dan kedaulatan bangsa dan negara.

Asas-asas pembinaan negara bangsa ini pula diperkukuhkan dengan merujuk


kepada sejarah awal ketamadunan bangsa, sejarah perjuangan bangsa dan
sejarah pembinaan semula masa depan nasib bangsa yang telah menghalami
proses penjajahan sama ada oleh kuasa barat mahupun kuasa-kuasa lain.
Membebaskan diri daripada kongkongan mana-mana kuasa atau pengaruh ke
atas negara dan bangsa adalah satu lambang sejarah perjuangan bangsa Melayu
yang menjadi teras pembinaan negara-Bangsa. Konsep perjuangan dan
kesinambungan sejarah merupakan prinsip asas pembinaan bangsa.
Bagaimanapun konsep Negara-Bangsa ini mengambilkira kepentingan bangsa-
bangsa lain yang bermastautin di negara ini yang merupakan sebahagian
daripada satu rumpun budaya dan politik negara-bangsa yang menjadi wadah
untuk membina wawasan masa depan bangsa yang dipanggil Bangsa Malaysia.
3.4 Guru sebagai agen perubahan dalam dunia pendidikan yang dinamik

Pendidikan menjadi alat untuk membina semangat patriotisme yang membawa


kesedaran kebangsaan, mendorong kepada membaiki maruah, moral, nilai dan

6
harga diri. Penekanan yang serius bagi menanamkan nilai-nilai patriotisme bagi
tujuan mewujudkan negara malaysia yang mempunyai semangat ketahanan jiwa,
sosial dan moral yang tinggi serta berupaya menghadapi cabaran untuk
menghadapi perubahan dan kemajuan. Guru sebagai agen perubahan yang
dinamik sering membuat satu pembaharuan teknik atau kaedah pengajaran yang
dapat menarik perhatian para pelajarnya dan sentiasa menekankan pemikiran
yang positif. Penekanan bahasa kebangsaan amat penting kerana bahasa
kebangsaan menjadi teras pembinaan bangsa Malaysia yang melibatkan
penjanaan minda bangsa dengan menunjukkan rasa bangga menggunakan
bahasa tersebut sekaligus mempamerkan semangat patriotik terhadap negara
dan unsur-unsur kenegaraan.

3.5 Guru yang sentiasa menerapkan nilai-nilai patriotisme melalui sejarah


pembinaan negara.
Dalam konteks ini, subjek sejarah amat penting dalam menerapkan nilai-nilai
patrorisme di kalangan pelajar atau murid pada hari ini. Kerana dengan sejarah
negara, murid dapat menghargai jasa-jasa tokoh negara, semangat perjuangan
antara semua kaum dalam negara untuk mengecapi kebebasan melalui
kemerdekaan negara. Hasilnya murid atau pelajar dapat menghayati dan
mensyukuri nikmat negara hari ini dan sentiasa menanam nilai perpaduan kaum
untuk pembinaan bangsa yang harmonis. Melalui subjek sejarah juga, dapat
memberi tanggungjawab untuk membentuk keperibadian diri pelajar menjadi
insan yang seimbang. Selain itu, ianya juga diletakkan harapan supaya generasi
muda yang lahir daripada sistem pendidikan kebangsaan mempunyai semangat
nasionalisme dan patriotisme yang jitu. Malahan subjek sejarah juga dilihat
sebagai pendekatan terbaik untuk menyemai semangat perpaduan dalam
kalangan generasi muda.

Sejarah ialah peristiwa yang sudah berlaku dalam kehidupan harian kita. Sebagai
seorang guru, kepentingan sejarah yang diterapkan dalam diri pelajar, yang

7
berkaitan dengan diri ,keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara. Sejajar
dengan itu, para pelajar dapat mengetahui sejarah diri keluarga pelajar masing-
masing. Hal ini dapat membangkitkan perasaan bangga dalam diri dan
seterusnya timbul pula semangat untuk mengetahui sejarah bangsa, masyarakat
dan negara. Melalui kefahaman tersebut, lahirlah persefahaman yang
memangkinkan sikap toleransi dalam diri masing-masing. Sikap Toleransi inilah
yang mewujudkan semangat perpaduan dalam masyarat kita hari ini. Terdapat
beberapa nilai dan pengetahuan sejarah dalam mata pelajaran sejarah iaitu:

Nilai Intelek nilai yang membina pemikiran pelajar seperti kritis dan objektif
Nilai Moral dan Etika nilai yang membentuk kod etika, tingkah laku,
perbuatan, moral dan akhlak pelajar
Nilai Politik nilai yang memberikan pendedahan tentang nilai ekonomi,
perkembangan ekonomi dan sejarah ekonomi.
Nilai budaya nilai yang menerapkan tentang pemahaman amalan,
kepercayaan, perubahan budaya dan pembinaan tamadun bangsa.

Dari aspek penerapan nilai, pembelajaran sejarah bukan sahaja semata-mata


menghafal sahaja malah ianya boleh diterapkan dengan kaedah pembelajaran
yang menyeronokkan dengan kaedah penyelidikan. Ini dapat merangsang ingin
tahu dalam diri pelajar. Melalui sejarah juga, para pelajar dapat mengetahui
peristiwa dan memberi pengajaran terhadap peristiwa berdarah yang berlaku
pada13 mei 1969. Peristiwa tersebut dapat memberi gambaran tentang
pentingnya persefahaman, toleransi, sikap bersatu-padu antara kaum demi
memartabatkan keamanan dan perpaduan kaum dalam negara.

3.6 Guru yang menghayati Falsafah pendidikan negara sebagai panduan dalam
menjalankan tugas.
Penghayatan perlu wujud bagi melahirkan perpaduan dikalangan masyarakat
malaysia. Ini bersesuaian dengan Matlamat Pendidikan Negara, dan di antaranya
adalah seperti berikut:

8
Melahirkan rakyat yang bertanggungjawab, progresif, mahir serta cekap
supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif
dan sempurna demi memberikan sumbangan terhadap kemajuan negara.
Berperanan melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta
mengamalkan prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi mengikut
perlembagaan.
Berperanan melahirkan rakyat yang taat setia kepada raja dan cinta kepada
negara.
Melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun
Negara, dan bersikap toleransi, demi wujudnya perpaduan rakyat berbilang
kaum.
Guru berperanan mengurangkan jurang perbezaan dari ekonomi, sosial dan
peluang di antara kaum dengan membekalkan kemudahan-kemudahan asas
pendidikan kepada golongan kurang berada.

Sebagai guru yang bertanggungjawab, adalah penting dalam meneliti dan


memahami kehendak-kehendak matlamat pendidikan Negara demi memainkan
peranan sebagai pembina negara yang berkesan. Ianya juga bermatlamatkan
untuk melahirkan insan yang harmonis dan seimbang supaya menjadi
warganegara yang baik dan berguna.

4.0 KESIMPULAN

Pembinaan negara adalah ditunjangi oleh warganegara Malaysia yang menepati


ideologi negara dan bersikap patriotik. Untuk melahirkan sebegini mestilah berpaksikan
kepada kemantapan rohani, ilmu yang benar dan tenaga kerja mahir. Oleh yang

9
demikian nasionalisme dan patroitisme perlu ada dalam jiwa masyarakat kita dalam
membentuk negara bangsa yang aman serta perpaduan yang kukuh dikalangan
pelbagai kaum dalam negara. Nasionalisme mencerminkan semangat keinginan dan
keupayaan untuk mencapai perubahan dan yang lebih mustahak ialah membina maruah
dan harga diri. Manakala patriotisme memerlukan komitmen pemimpin dan semua
golongan rakyat dengan mempertahankan asas pembinaan dan kedaulatan negara.
Dari sudut pendidikan pula, peranan pendidik amat penting kerana pendidikan disekolah
adalah pendidikan terawal bagi pelajar-pelajar dan untuk memastikan generasi yang
akan datang adalah generasi cemerlang dan berpotensi serta mempunyai sikap patroitik
terhadap negara, bangsa dan agama. Watak-watak berkeperibadian yang tinggi serta
kepimpinan berasaskan nilai secara tidak langsung yang akan menghasilkan produk
berkualiti untuk kemajuan negara pada masa akan datang untuk meneroka kemajuan
dan perubahan yang sifatnya membangun bukan meruntuhkan. Inilah peranan utama
guru yang mempunyai tahap profesianal yang tinggi dalam pembentukan watak insan
kamil demi kepentingan pembentukan negara bangsa.

5.0 BIBLIOGRAFI

Ishak Saat, (2009). Pendidikan Negara Bangsa Malaysia, Selangor : Karisma


Publication Sdn Bhd.

10
Mok Soon Sang, (2009). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Komponen 3:
Profesionalisme Keguruan) Sekolah Rendah, Selangor : Kumpulan
Budiman Sdn Bhd.

Choong Lean keow, (2008). Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia Untuk Program
Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian 4 Tahun, Kuala Lumpur :
Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Abd Rahim Abd Rashid, (2004). Patriotisme Agenda Pembinaan Bangsa, Kuala
Lumpur : Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

Koo Kee Ping, (2009, Januari). Sejarah Membina Jati Diri. Majalah Pendidik, pp
12-13.

Lee Yok Fee Dan Sarjit S. Gill. (2008). Rukun Negara Teras Pembinaan Modal
Insan: Satu Komentar, Universiti Putra Malaysia, Selangor

11

You might also like