You are on page 1of 3

B. FAKTOR BERLAKUNYA PERTANDINGAN KAWAD KAKI BERUNIFORM SMK MULUGU 2014.

Pertandingan Kawad Kaki Beruniform yang diadakan di SMK Mulugu pada tahun 2014 adalah
bertujuan untuk menggalakan penglibatan pelajar dalam gerak kerja ko-kurikulum seklah. Di
sekolah, setiap pelajar digalakan dan diwajibkan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti
kokurikulum terutamanya unit pakaian beruniform. Tujuan pihak sekolah mengalakan pelajar
mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikurum adalah untuk memudahkan mereka dalam gerak
kerja sekolah seterusnya memperkasakan aktiviti kokurikulum seiring dengan visi dan misi
Kementerian Pelajaran Malaysia.

c. KRONOLOGI PERTANDINGAN KAWAD KAKI UNIT BERUNIFORM

SEBELUM

Sebelum pertandingan kawad kaki diadakan, semua unit beruniform seperti Persatuan Bulan Merah,
Kadet Remaja Sekolah, Bomba dan Kadet Polis telah melakukan latihan kawad kaki. Latihan kawad
kaki ini telah diadakan pada waktu petang dan selama seminggu iaitu dari 7-11 April 2014. Tujuan
latihan ini diadakan adalah untuk memastikan setiap pelajar jelas dengan gerak dan hukum kawad
yang diberikan.

SEMASA

Pertandingan kawad kaki unit beruniform telah diadakan pada 12 April 2014. Unit-unit beruniform
yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini berkumpul di tempat pertandingan seawal 7.30
pagi. Setelah selesai proses pendaftaran, maka pertandingan kawad kaki bermula. Pertandingan ini
telah bermula pada pukul 8.30 pagi, setiap pasukan melakukan persembahan pertandingan kawad
kaki mengikut susunan yang telah ditetapkan. Semua pasukan menunjukan persaingan yang sengit.

SELEPAS

Setelah keputusan pertandingan diumumkan. Kesemua pasukan diarahkan untuk membersihkan


kawasan pertandingan. Tujuan pembersihan ini dilakukan adalah untuk mengekalkan kecerian dan
kebersihan sekolah. Selepas selesai proses pembersihan, maka pelajar pun bersurai.

Orang sumber :

Nama :
Umur :
Alamat :
D. kesan . impak peristiwa kepada diri, masyarakat dan Negara ( positif/ negatif )

Pertandingan kawad kaki yang telah diadakan ini mendatangkan pelbagai kesan sama ada kepada
diri, masyarakat ataupun Negara. Kesan pertandingan kawad kaki yang paling ketara dalam diri
pelajar adalah dapat melatih pelajar menjadi lebih bertanggungjawab dan berdisplin. Contohnya
semasa latihan kawad kaki, pelbagai arahan dan hukuman telah diberikan. Pelajar-pelajar mesti
mengikut arahan yang diberikan untuk memastikan persembahan yang mereka lakukan berjalan
dengan lancar. Pelajar pelajar juga kena akur dengan tanggungjawab yang diberikan kepada
mereka iaitu turun latihan kawad kaki. Jadi pertandingan kawad kaki ini telah menjadikan pelajar
lebih berdisiplin dan bertanggungjawab.

Kesan pertandingan kawad kaki yang seterusnya adalah kepada masyarakat iaitu menjadi tulang
belakang kepada masyarakt setempat terutamanya dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Unit-unit
beruniform seperti Persatuan bulan sabit merah boleh memberikan sumbangan kepada masyarakat
sekiranya berlaku kecemasan. Ini adalah kerana pelajar-pelajar dalam unit ini telah diberi
pendedahan tentang cara-cara menghadapi kecemasan contohnya merawat luka, memberi
pertolongan dalam pernafasan dan lain-lain. Pelajar- pelajar dalam unit beruniform juga boleh
melakukan khidmat masyarakat kepada penduduk kampong seperti gotong royong dan lain-lain.

Kesan yang terakhir adalah kepada Negara iaitu melahirkan pelajar yang berdisplin tinggi dan boleh
menyahut aspirasi Negara pada masa depan. Seiring dengan peredaran masa, Negara kita
memerlukan ramai golongan muda untuk terlibat dalam bidang pertahanan khasnya. Dengan adanya
penglibatan pelajar dalam unit beruniform ini, ia secara tidak lansung telah membentuk minat
pelajar dalam bidang pertahanan seperti tentera, polis yang mana akan membantu menjaga
keselamatan Negara pada masa akan datang. Oleh itu, pertandingan kawad kaki ini telah melahirkan
pelajar yang berdisplin tinggi dan boleh menyahut aspirasi Negara pada masa akan datang.

E. IKTIBAR DARIPADA PERTANDINGAN KAWAD KAKI UNIT BERUNIFORM SMK MULUGU 2014

Terdapat beberapa iktibar atau pengajaran yang diperolehi hasil daripada pertandingan kawad kaki
ini, iktibar yang paling ketara adalah dapat mengliatkan diri pelajar dalam gerak kerja ko-kurikulum
di sekolah untuk menjadi pelajar yang lebih bertanggungjawab. Pelajar haruslah mematuhi segala
peraturan sekolah yang telah ditetapkan dan tidak melakukan masalah displin.

Iktibar seterusnya adalah dapat mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam unit beruniform untuk
membantu masyarat sekitar ketika saat kecemasan. Contohnya bila berlakunya kemalangan, pelajar
yang terlibat dalam unit persatuan bulan sabit merah boleh member pertolongan cemas seperti
merawat luka kecil dan lain- lain.

Kesimpulannya, pertandingan kawad kaki unit beruniform ini sememangnya mendatangkan pelbagai
faedah kepada kita. Oleh itu, pelajar-pelajar haruslah menglibatkan diri dalan unit beruniform.

You might also like