You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN TANAH LIAT,

14000 BUKIT MERTAJAM,


PULAU PINANG

KERTAS KERJA PROJEK INDIVIDU


PENGLIBATAN MURID DALAM PROGRAM
FROG VLE

INTERNSHIP (AMBILAN JAN 2014)

SEMESTER 8

TARIKH :
07 OGOS 2017 HINGGA 25 OGOS 2017

TEMPAT :
MAKMAL KOMPUTER SEKOLAH

OLEH :
GURU PELATIH IPGK TUANKU BAINUN

1. PENDAHULUAN
Projek melukis mural merupakan salah satu projek yang akan dijalankan oleh
guru pelatih dari IPG Kampus Tuanku Bainun. Kertas kerja ini adalah bagi
mendapatkan kebenaran untuk menjalankan projek membuat mural di dinding
sekolah. Projek ini juga merupakan salah satu projek yang dapat membantu guru
pelatih untuk menyempurnakan internship semester 8.
Pada masa yang sama semangat kecintaan terhadap sekolah dapat
dipupuk dengan meletakkannya sebagai matlamat yang utama di samping dapat
menceriakan lagi persekitaran sekolah. Selain itu, persekitaran sekolah yang
kondusif khususnya di prasekolah dapat menimbulkan keselesaan dan rasa
selamat kepada komuniti sekolah sepanjang menjalankan aktiviti. Oleh itu,
guru-guru pelatih akan mengambil peluang ini bagi menceriakan persekitaran
sekolah dan mewujudkan suasana yang kondusif semasa bekerja dalam
kalangan guru

2. TUJUAN
Tujuan membuat mural adalah untuk menghiaskan dinding sekolah dengan
melukis bendera setiap negeri di Malaysia dan kata-kata hikmat yang dapat
menarik perhatian warga sekolah dan bukan warga sekolah. Sebagai tempat
yang menjadi perhatian ramai, kawasan persekitaran sekolah mestilah
berperanan dalam menarik perhatian umum supaya perkhidmatannya diguna
pakai secara optimum demi keselesaan dan kepuasan hati penggunanya.
Keselesaan dan suasana yang kondusif digabungjalinkan dengan suasana
persekitaran yang mendidik melalui pembinaan mural akan terasa lebih mesra.
Secara tidak langsung tetamu yang melalui kawasan sekolah akan membaca
kata-kata hikmah serta mengenal motif seni yang dijadikan mural. Mural yang
dibina juga dapat dijadikan wadah yang menonjolkan budaya sekolah.

3. ASAS PERTIMBANGAN
3.1 Program ini merupakan salah satu projek yang perlu dilaksanakan oleh guru
pelatih semasa Internship.
3.2 Program ini membantu guru-guru pelatih dapat memperoleh pengetahuan
dan pengalaman dalam penganjuran sesuatu projek.
3.3 Guru pelatih juga mampu menjalinkan hubungan persahabatan sesama
guru-guru sekolah serta memupuk nilai bekerjasama, toleransi dan tolong-
menolong antara satu sama lain.

4. OBJEKTIF
Objektif pelaksanaan mural ini adalah :
i. Untuk menceriakan suasana persekitaran prasekolah perdana
khususnya di bahagian luar.
ii. Merancang dan melaksanakan aktivti atau projek yang dipersetujui oleh
pihak sekolah.
iii. Menyumbang tenaga dan buah fikiran sebagai sumbangan terhadap
sekolah.
iv. Hasil kerja guru pelatih sebagai tanda kenangan apabila selesai
menjalani internship di sekolah ini.
v. Dapat memberi pengalaman baru kepada guru pelatih dalam
pengurusan keceriaan sekolah dan pengalaman ini dapat digunakan
apabila kami bakal berkhidmat sebagai guru sebenar pada masa akan
datang.

5. TARIKH, TEMPOH DAN TEMPAT PELAKSANAAN


Tarikh : 07 Ogos 2017 hingga 25 Ogos 2017.
Tempoh : Tiga Minggu berturutan
Tempat : Makmal Komputer Sekolah

6. SASARAN
Guru pelatih IPG Kampus Tuanku Bainun :

BIL NAMA GURU PELATIH NO.K. KUMPULAN


PENGENALAN
1. KIRUBAH A/P RAJENDRAN 921226-07-5440 TESL
2. NIRANTRA A/P THARMALINGAM 941229-02-5156 TESL
VIKNESWARY MAHADEVAN 940925-04-5244 PENDIDIKAN
3.
SENI VISUAL
4. AFFAF AQILAH BINTI MAT HABIB 930112-02-5132 TESL

7. JAWATANKUASA PROJEK

Penasihat : Encik. Nasaruddin bin Abd Rashid


(Guru Besar, SK Tanah Liat)

Pengarah Projek : Cik. Kirubah Rajendran


(Guru Pelatih IPG Kampus Tuanku Bainun)

Setiausaha : Cik.Nirantra Tharmalingam


(Guru Pelatih IPG Kampus Tuanku Bainun)

AJK Dokumentasi : Cik.Vikneswary Mahadevan


(Guru Pelatih IPG Kampus Tuanku Bainun)

AJK Kebersihan : Cik. Affaf Aqilah Binti Mat Habib


(Guru Pelatih IPG Kampus Tuanku Bainun)
8. IMPLIKASI KEWANGAN
Tiada melibatkan implikasi kewangan sekolah.

9. PERANCANGAN PROJEK

BIL AKTIVITI BAHAN TINDAKAN TEMPOH


PELAKSANAAN
1. Penyediaan kertas kerja. 02 Ogos 2017
2. Mendapat kelulusan daripada Guru Besar. 03 Ogos 2017
3. Program dimulakan. 07 Ogos 2017
4. Program penutupan dijalankan. 23 Ogos 2017
5. Refleksi dan laporan dokumentasi 23 Ogos 2017

10. Penutup

Projek ini diharapkan dapat menceriakan bangunan sekolah dan dapat menarik
perhatian warga sekolah dan bukan warga sekolah.

Disediakan Oleh, Disemak Oleh,

.
(CIK NIRANTRA THARMALINGAN) (CIK VIKNESWARY
MAHADEVAN )
Setiausaha Projek Pengarah Projek

Diluluskan Oleh,

.
(EN.NASARUDDIN BIN ABD RASHID)
Guru Besar, SK Tanah Liat

You might also like