You are on page 1of 6

Refleksi

Saya berharap hasil kajian ini dapat digunakan oleh pihak lain yang berkaitan seperti

guru Sejarah, Ketua Panitia dan Pejabat Pendidikan Daerah sebagai salah satu

amalan pengajaran dan pembelajaran berkesan dalam membantu murid-murid

menguasai kemahiran mengingat. Kajian ini boleh dijadikan rujukan dan panduan

kepada guru-guru agar dapat melakukan penambahbaikan dari segi amalan

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kaedah ini boleh digunakan oleh guru-

guru sebagai alternatif untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran

yang berkesan di dalam kelas. Panitia Sejarah di sekolah bolehlah mengambil inisiatif

menggalakkan penggunaan kaedah ini dengan membuat latihan dalaman di sekolah

kepada guru-guru di sekolah supaya mereka mahir untuk menggunakan kaedah ini.

Penggunaan kaedah ini oleh guru-guru di sekolah sudah pasti akan dapat

menambahbaik kelemahan yang wujud dengan guru-guru membuat perjumpaan atau

refleksi selepas pengajaran dan pembelajaran.

Kaedah ini mempunyai kekuatan kerana telah dibuktikan dalam kajian ini bahawa

berjaya meningkatkan prestasi murid-murid dalam Sejarah dan dapat meningkatkan

minat murid untuk mempelajari Sejarah. Kaedah ini telah dapat mengubah persepsi

nurid-murid yang menganggap mata pelajaran Sejarah sukar dan susah. Kaedah ini

telah terbukti berjaya meningkatkan prestasi dan minat murid dengan amalan

pembelajaran yang sistematik dan memudahkan murid-murid lemah yang tidak ada

cara mudah untuk mengahafal. Seterusnya, kaedah ini juga telah mengubah

paradigma pengajaran guru secara tradisional yang mana berpusatkan guru kepada

pembelajaran berpusatkan murid.


Walau bagaimana pun, kaedah ini masih mempunyai kelemahan yang perlu

diperbaiki secara kolektif oleh guru-guru. Kelemahan yang ketara dapat dikesan ialah

kaedah akronim ini kadang-kadang menyebabkan responden merasa bosan dan

jemu apabila digunakan secara berulang-ulang. Oleh itu, untuk mengatasi masalah

ini, saya perlulah mempelbagaikan teknik ini dengan memperbanyakkan akronim-

akronim sesuai dengan tajuk yang diajar.

Dalam pelaksanaan kajian ini, saya telah dapat menimba pelbagai pengalaman yang

sangat berguna sebagai persiapan untuk menjadi guru yang sebenar. Kajian ini telah

memberikan pengetahuan yang berguna kepada pengkaji dari segi persepsi bahawa

untuk menjadi seorang guru yang berkesan haruslah mencabar. Hal ini kerana untuk

menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan menarik seseorang

guru mestilah bersikap proaktif dan berfikir secara kreatif. Selain itu, seseorang guru

juga perlu merancang dengan teliti aktiviti dan bahan yang hendak digunakan di

dalam kelas. Faktor yang paling penting ialah seseorang guru perlu merancang dan

melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan serta sesuai

dengan naluri murid-murid.

Dapatan Kajian

Dalam bab ini, saya akan membincangkan rumusan dapatan hasil kajian yang akan

menjawab tiga persoalan kajian, iaitu adakah penggunaan teknik akronim dapat

meningkatkan kemahiran murid untuk mengingat fakta bagi topik Tergugatnya

Kedaulatan Negara?, adakah penggunaan kaedah akronim dapat menarik minat

murid dalam mata pelajaran Sejarah Tahun 5 dan adakah penggunaan teknik

akronim dapat membantu meningkatkan amalan pedagogi guru bagi topik

Tergugatnya Kedaulatan Negara?


Persoalan 1

Adakah penggunaan teknik akronim dapat meningkatkan kemahiran murid

untuk mengingat fakta bagi topik Tergugatnya Kedaulatan Negara?

Berdasarkan Jadual 1, kesemua murid menunjukkan peningkatan skor dalam ujian

pos berbanding ujian pra. Sementara Rajah 2 menunjukkan perbandingan

pencapaian responden yang mendapat markah sederhana dan cemerlang dalam

ujian pos berbanding ujian pra. Pencapaian responden dalam ujian pra kebanyakan

dalam kelompok lemah telah meningkat kepada markah baik dan cemerlang. Jadi,

berdasarkan analisis data ujian pra dan pos ini maka telah dapat dijawab persoalan

1 kajian ini iaitu penggunaan teknik akronim dapat meningkatkan kemahiran murid

untuk mengingat fakta bagi topik Tergugatnya Kedaulatan Negara. Oleh itu, objektif

1 kajian ini juga telah dapat dicapai dengan baik.

Peningkatan prestasi ini disebabkan oleh Kaedah Akronim memberikan panduan

mudah dengan menggunakan susunan huruf yang mudah difahami dan diingati. Hal

ini dapat dibuktikan dengan jawapan temu bual murid yang menyatakan kaedah ini

senang, mudah untuk ingat fakta dan mudah digunakan.

suka sebab mudah nak ingat ( Responden 1)

senang nak guna ( Responden 2)

suka sangat akronim nie ( Responden 3)

Dapatan ini disokong oleh dapatan kajian Mohd Majid Kontang ( 2005), dalam

kajiannya menyatakan bahawa melalui kaedah akronim, satu pembelajaran terkawal

dan bermakna dapat diwujudkan. Beliau juga telah menggunakan kaedah ini di dalam

kelas dan berjaya berjaya menarik minat murid untuk menggunakan kaedah ini
seterusnya mencapai obejektif pembelajaran. Hal ini menunjukkan bahawa sekiranya

guru mengamalkan amalan pembelajaran yang sesuai dengan tahap kebolehan

murid maka sesi pembelajaran akan menyeronokkan murid-murid serta memudahkan

mereka menguasai pengetahuan atau kemahiran yang diajar. Penggunaan Kaedah

Akronim ini telah mengubah amalan pengajaran guru yang berpusatkan guru kepada

gaya pengajaran berpusatkan murid yang membolehkan murid-murid menguasai

kemahiran mengingat dengan baik. Dapatan ini disokong oleh kajian Mcniff ( 1988 )

yang mendapati gaya pengajaran guru mempunyai kesan yang amat besar dan

merupakan faktor terpenting dalam menentukan suasana pembelajaran yang

kondusif.

Kesimpulannya,berdasarkan analisis ujian pra dan pos serta temu bual maka

persoalan 1 telah dapat dijawab, iaitu penggunaan teknik akronim dapat

meningkatkan kemahiran murid untuk mengingat fakta bagi topik Tergugatnya

Kedaulatan Negara.

Persoalan 2

Adakah penggunaan kaedah akronim dapat menarik minat murid dalam mata

pelajaran Sejarah Tahun 5?

Berdasarkan Jadual 3 dan 4, iaitu soal selidik yang dibuat sebelum dan selepas teknik

akronim digunakan menunjukkan minat murid terhadap mata pelajaran Sejarah.

Berdasarkan analisis soal selidik minat tersebut telah melihatkan berlakunya

perubahan positif responden terhadap minat dalam mata pelajaran Sejarah. Kaedah

Akronim yang dijalankan telah dapat menarik minat responden untuk belajar subjek

Sejarah ini. Selain itu, kaedah ini juga telah memberikan jalan mudah untuk
responden menyelesaikan masalah dalam proses mengingat fakta Sejarah. Panduan

dan jalan yang mudah ini telah dapat meningkatkan motivasi dan minat responden

untuk membuat latihan yang diberikan kerana mereka seronok kerana dapat

menjawab soalan dengan tepat. Dapatan ini bertepatan dengan Arends, (1980), yang

menyatakan pemilihan kaedah yag tepat adalah penting agar proses pengajaran

yang dilaksanakan berkesan dan dapat menarik minat murid untuk terus fokus dalam

menguasai sesuatu ilmu pengetahuan atau kemahiran yang disampaikan.

Manakala berdasarkan analisis temu bual yang telah dibuat telah dapat mengenal

pasti tiga faktor utama yang menyebabkan responden berminat untuk mengikuti sesi

pembelajaran menggunakan kaedah Akronim iaitu penggunaan strategi pengajaran

dan pembelajaran yang berkesan, penggunaan bahan bantu mengajar yang

berkesan dan peribadi guru yang disenangi oleh murid-murid. Hal ini dapat dibuktikan

dengan transkrip jawapan responden seperti di bawah:

Seronok dan cikgu selalu dating tunjuk apabila saya tidak faham. ( Responden 2)

Suka, sebab cikgu tegas tapi baik dengan kami ( Responden 3)

Suka sebab senang nak ingat fakta ( Responden 4)

Akhir sekali, faktor peribadi guru menyebabkan responden suka pengajaran dan

pembelajaran pengkaji. Saya telah menunjukkan sikap mesra, prihatin dan peramah

dalam membina hubungan dengan murid. Dapatan ini selari dengan cadangan Azri

Aziz ( 1994) , bahawa guru yang mengajar mesti mewujudkan hubungan positif dan

mesra dengan pelajar supaya mudah untuk mengawal dan mempengaruhi pelajar

untuk belajar.
Berdasarkan soal selidik dan temu bual yang dijalankan, maka persoalan ke-2 kajian

iaitu bagaimanakah penggunaan kaedah akronim dapat meningkatkan minat murid

dalam mempelajari topik Tergugatnya Kedaulatan Negara telah dapat dirungkai juga

dapat dicapai.

You might also like