You are on page 1of 89

TEORI TEORI DALAM KAUNSELING

PENGENALAN

Apakah Definisi Teori ?

Kita perlu mempelajari asas teori personaliti individu terlebih dahulu barulah kita
dapat memahami teori kaunseling. Ianya akan membantu memahami peranan dan tujuan
teori tersebut terutamanya dalam psikologi. Terutamanya penting dalam perkembangan
fizikal dan bialogikal sains dan teori merupakan nilai yang besar dalam psikologi. Teori
merupakan suatu bentuk intelektualisme dalam idea dan konsep yang dimiliki oleh
seseorang individu menerusi asas pekerjaannya, pengalamannya, pembacaannya, dan juga
meditasinya. Jika ianya dianggap sebagai sesuatu yang sainstifik sifatnya, maka perlulah
diuji, diselidiki dan diamalkan. Selain itu, definisi teori juga adalah :

Pendapat yang dikemukakan untuk menerangkan sesuatu ilmu pengetahuan ataupun asas -
asas kasar yg menjadi dasar pembentukan sesuatu pengetahuan. ( Kamus Dewan 1986 )

Satu set andaian konsep dan model yg tersusun menerangkan fenomena- fenomena
tertentu. Dalam kaunseling, tabiat manusia dan alam sekitar dan hubungannya dengan
tingkah laku manusia akan dilihat. ( Brammer 1971)

Pendapat mengenai sesuatu kenyataan mengenai hubungan antara penyebab ( cause ) dan
kesan ( effect ) untuk menjelaskan perlakuan ( Bynum & Thompson, 1992 )
Penjelasan atau ramalan mengenai punca permasalahan intra dan interpersonal bertujuan
membentuk cadangan penyelesaian masalah ( Gladding, 2004 )

Teori juga merupakan asas-asas yang menjadi pembentukan sesuatu pengetahuan.


Seringkali perkataan teori dikaitkan dengan para ilmuwan dan tokoh-tokoh yang terkenal.
Sebenarnya, setiap orang mempunyai pandangan pribadi di mana ianya akan membentuk
suatu teori penggunaan tentang tingkah laku manusia. Teori ini sebenarnya merujuk
kepada kepercayaan-kepercayaan dan andaian - andaian manusia itu sendiri dalam
kehidupan seharian yang mereka jalani. Berdasarkan teori tersebut, ianya banyak
mempengaruhi tingkah laku seseorang terutamanya hubungan antara individu. Kebanyakan
teori peribadi kita telah dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti sosioekonomi, jantina,
pengalaman, taraf persekolahan, rakan-rakan dan kesedaran diri. Jika kita sedar, teori
peribadi kita sebenarnya berkait rapat dengan teori formal yang dikemukakan oleh tokoh-
tokoh terkenal dimana teori tersebut telah banyak yang dibuktikan melalui kajian - kajian
yang dibuat.

Kriteria Teori

Bagaimana Menilai Pendekatan Teori Kaunseling ?

i. Ketepatan dan Kejelasan

Peranan teori pada asasnya mesti tepat dan jelas agar mudah difahami. Kejelasan ini
perlu spesifik. Contohnya, psikoanalitik dalam terma ego perlukan definisi daripada
persetujuan orang yang mengamalkannya dan kajian yang dilakukan. Kemungkinan
teori boleh digunakan dalam definisi operasional. Konsep ego perlu didefiniskan secara
jelas dari segi makna yang diperlukan. Definisi yang biasa adalah berkaitan dengan
fruedian konsep ego tetapi ia lebih luas lagi iaitu berkaitan dengan personaliti. Selain
daripada jelas konsep dan peranan ia juga secara hematnya atau mungkin secara jujur
dilakukan.
ii. Menyeluruh

Pada umumnya, secara menyeluruh teori boleh diaplikasikan tetapi mudah tergelincir
dan salah. Contohnya, semua teori psikoterapi dan kaunseling yang dipelajari adalah
menyeluruh dan secara langsung fokus kepada manusia terutamanya dari segi umur
atau persekitaran budaya. Teori psikoterapi secara langsung untuk membantu
mengubah kefungsian psikologi. Oleh itu dengan secara menyeluruh ini akan dapat
menjelaskan banyak masalah.

iii. Boleh diuji

Teori mesti khusus, boleh diuji, dikaji dan dipastikan. Anggapan terhadap teori dalam
psikoterapi tidak semua pengalaman itu boleh digunakan untukmemastikan efektif tetapi
ia perlu berdasarkan kepada kajian dalam usaha mengubah tingkah laku individu. Jadi
konsep mesti jelas dan hipotesis harus berdasarkan kepada kajian.

iv. Kegunaan

Tidak semua teori itu baik digunakan tetapi ia membantu pengamal dalam kerjanya.
Bagi kaunseling dan psikoterapi teori akan membantu memahami kelayan dan teknik
yang digunakan dapat membantu kelayan berfungsi dengan baik. Tanpa teori pengamal
/ kaunselor / psikteris akan melakukan kerja dan penggunaan teknik secara tidak
sistematik dan boleh melakukan dengan baik dengan menggunakan teknik terhadap
pesakit yang lain. Bila menggunakan teori terbukti bahawa teknik dan konsep yang jelas
akan membantu klien dalam kemajuan hidupnya. Kaitan yang erat adalah antara teknik
dengan hasil. Ukuran yang paling berkesan ialah kebergunaan (usefulness) teori dalam
proses dan pencapaian matlamat bimbingan dan kaunseling.

Osipow & Walsh (1970) menyatakan teori dalam kaunseling berguna dalam 4 situasi iaitu :
i. Membantu kaunselor membuat perancangan sesuatu strategi mahupun rawatan
ii. Menyumbang kefahaman tentang tingkah laku manusia dan kliennya.
iii. Mencadangkan sesuatu teknik kaunseling
iv. Mengenalpasti objektif / matlamat yg akan dicapai oleh klien serta dapat dinilai.

Apakah Definisi Kaunseling ?

Konsep pengertian tentang kaunseling telah mendapat definisi yang pelbagai


mengikut kefahaman mazhab dan mirip falsafah perlakukan manusia. Walau bagaimanapun
definisi kaunseling sangat luas dan tidak ada sesuatu definisi yang boleh mencakupi
keseluruhan aspek berkaitan dengan kefahaman kaunseling itu sendiri. (Othman, Rahil dan
Majid, 1995)

Secara kronologi, definisi kaunseling bersesuaian mengikut zaman, keadaan dan budaya.
Tetapi pengertian kaunseling dalam zaman alaf 2000 sudah berubah merangkumi pelbagai
kemajuan teknologi, perhubungan dan maklumat.

Carl Rogers dalam bukunya Counseling and Psychotherapy menyatakan kaunseling


sebagai satu proses pembetulan diri untuk berkembang secara biasa dengan pertolongan
pakar dan dapat pula menerima pengalaman yang belum pernah dirasai supaya ia dapat
disesuaikan dengan diri seseorang. Rogers berpendapat khidmat ini sebagai khidmat
pertolongan dan konsep ini bergabung dengan unsur psikologi dan kerja-kerja kebajikan
masyarakat dan bidang pendidikan. (dalam Muhd Mansur Abdullah, 1986). Teori Kaunseling
lazimnya mengandungi lima elemen berikut :
i. Pandangan terhadap sifat manusia ( Views of Human Nature )
ii. Pandangan mengenai punca masalah ( Cause of Human Problems )
iii. Perspektif mengenai peranan kaunselor
iv. Perspektif mengenai matlamat proses kaunseling
v. Teknik / kaedah yang sesuai digunakan

Klasifikasi Teori Kaunseling

Berapa jumlah teori dalam psikoterapi sekarang? Sebelum 1995 an, tidak banyak
hanya di perolehi daripada teori psikonalisis Freud. Semenjak itu wujud beberapa teori
membolehkan terapis menolong orang dalam kefungsian psikologikal. Corsini ( 2001 ),
menghuraikan 69 teori baru telah berkembang daripada 400. dalam masa yang sama
berlaku percambahan dalam perkembangan pendekatan teori. Mereka menolak integratif
teori juga ekletik. Secara kasarnya, pemikiran ekletik merujuk kepada penggunaan teknik
atau konsep daripada dua atau lebih teori. Kajian semula terhadap 7 laporan kajian
menunjukan peratusan terapis yang mengamalkan ekletik iaitu ( Garfield & Bergin (1994 ),
terdapat antara 29 - 68% psiktris, klinikal, atau psikologi kaunseling, kerja sosial, keluarga
dan perkahwinan, telah identifikasikan diri mereka adalah eklektik. Ada juga yang
identifikasikan diri mereka yang hanya menggunakan satu teori sahaja.

Sesetengah kajian menunjukkan terapis berorientasikan teorikal. Sebagai contoh,


Prochaska & Norcross ( 2003 ), gabungan tiga kajian terhadap 1000 psikologis, kaunselor,
psiktris dan kerja sosial menyatakan bahawa mereka mengamalkan orientasi teorikal.

Menurut Seligman ( dalam Thompson, Rudolph & Henderson, 2004 ), terdapat lebih kurang
350 jenis teori kaunseling dan psikoterapi yang telah diutarakan oleh pelbagai ahli teori
dalam bidang bimbingan dan kaunseling, dan psikoterapi. Oleh hal yang demikian, sebagai
seorang kaunselor, mereka harus tahu dan bijak teori mana yang bersesuaian digunakan
berdasarkan masalah klien dan sejauh mana teori tersebut berkesan dan dapat membantu
klien mereka. Teori-teori kaunseling dapat dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Afektif,
Behavioral dan Kognitif. Klasifikasi teori kaunseling ialah seperti Rajah 1.

Rajah 1 : Klasifikasi Teori-Teori Kaunseling

KATEGORI TEORI
AFEKTIF ( PERASAAN ) Teori Pemusatan Klien / Insan atau
Client Centered Theory
Terapi Gestald
BEHAVIORAL ( TINGKAH LAKU ) Teori Behavioris / Tingkah laku
Terapi Realiti
Terapi Brief
Terapi Psikologi Individu
KOGNITIF ( PEMIKIRAN ) Teori Rasional Emotif ( RET )
Terapi Kognitif Behavioral ( CBT )
Psikoanalisis
Analisis Transaksional
Intervensi Sistemik
Kaunseling Keluarga
Gladding ( 2004 ) melaporkan terdapat 400 teori di seluruh dunia. Beberapa pendekatan
utama adalah :

1. Psikodinamik :
i. Teori Psikoanalitik
ii. Teori Psikososial Erikson
iii. Teori Adlerian
iv. Teori Transaksional
2. Tingkah Laku / Behavioris
i. Teori Pelaziman Klasik
ii. Teori Pembelajaran
iii. Modifikasi Tingkah Laku
3. Humanistik :
i. Teori Kewujudan
ii. Teori Pemusatan Klien / Insan Atau Client Centered Theory
iii. Teori Gestald
4. Kognitif Tingkah Laku
i. Teori Realiti
ii. Teori Rasional Emotif Tingkah Laku Atau Rational Emotive Behavioural
Theory ( REBT )
5. Sistematik
6. Gabungkait
TEORI TEORI KAUNSELING

1.0 TEORI PSIKOANALITIK

1.1 Latar Belakang Pendekatan Dan Tokoh

Teori Psikoanalitik telah wujud sejak tahun 1880 an hasil daripada penyelidikan
yang dikendalikan oleh Sigmund Freud dan Josef Breurer dengan menggunakan kaedah
hipnosis semasa rawatan bagi pesakit histeria.

Sigmund Freud telah dilahirkan di Freiberg, Moravia (Czechoslovakia) pada 6 Mei


1856. Beliau merupakan anak sulung dalam lapan orang adik beradik. Lima adalah
perempuan dan tiga lelaki. Sebagai anak yang paling tua dalam keluarganya, hubungannya
dengan adik beradiknya adalah rapat. Suasana keluarganya yang luar biasa telah
menyebabkan Freud peka kepada keanehan hubungan keluarganya yang mana memberi
dorongan yang mendalam untuk beliau mengkaji dalam teorinya yang kemudian. Yahaya
Mahamood, Bapanya adalah seorang saudagar bulu kambing dan pernah berkahwin dua
kali. Ibu Freud adalah seorang yang periang dan cerdas. Ibunya meninggal dunia ketika
berusia 95 tahun. Semasa berumur 4 tahun, Freud dan keluarganya berpindah ke Vienna
pada tahun 1860 dan tinggal ketika pemerintahan Nazi yang menyebabkan beliau
berpindah ke London pada tahun 1938.

Pada umur 9 tahun beliau belajar di Sperl Gymnasium (High School). Di sini beliau
telah mula meminati sejarah dan kemanusiaan sehingga menarik beliau menceburi dalam
kerjaya bidang undang-undang, sehingga di tahun akhir di Sperl Gymnasium, beliau
berpeluang membaca esei yang berkaitan dengan alam tabiei sehingga membangkitkan
cita-cita saintifiknya. Ketika berumur 17 tahun, Freud telah memasuki sekolah perubatan di
Universiti Vienna pada tahun 1873.

Ketika di Universiti Vienna , beliau telah banyak menemui beberapa orang guru
terkenal yang terdiri daripada ahli falsafah dan ahli psikologi. Antara lainnya ialah Franz
Brentano(1838-1917). Semasa belajar de ngan Brentano, beliau telah mengambil lima
kursus elektif ketika dalam dua tahun pertama di sekolah perubatan. Beliau juga berhasrat
ingin mengambil ijazah dalam bidang perubatan selepas tamat latihan tetapi tidak
kesampaian.

Seorang lagi tokoh yang banyak memberikan kesan dalam kehidupan Freud ialah
Ernst Brucke (1819-1892). Beliau merupakan Pengarah Institut Fisiologi Universiti yang
telah mendorong Freud menjadi penyelidik sukarela di institut tersebut sehingga
menyebabkan beliau lambat mendapat ijazah perubatannya.

Menjelang tahun 1880, Freud telah menerbitkan 4 makalah mengenai neuroanatomi


dan cuba memperolehi pekerjaan dalam bidang tersebut. Tetapi beliau gagal kerana
bidang penyelidikan yang bergaji tidak banyak tambahan pula beliau beragama Yahudi yang
sering menghadapi deskriminasi bagi pemilihan kerja di universiti. Freud telah melakukan
latihan praktikal selama beberapa tahun di General Hospital Vienna sehingga akhirnya
membolehkannya beliau membuka perubatan pensendirian. Ketika di hospital, Freud telah
mengikuti pengkhususan dalam bidang yang berkaitan dengan neurofisiologi dan memberi
tumpuan kajiannya dibawah seliaan ahli anatomi otak yang terkenal iaitu Theodor Meynert
(1833-1893). Beliau telah mahir dalam diagnosis kecederaan pada bahagian otak.
Kemudian pada tahun 1885 beliau telah mendapat sokongan Menert untuk meneruskan
pengajiannya di Paris. Sekembali dari Paris , beliau telah mempunyai surat tauliah yang
sempurna dan telah mendirikan rumahtangga pada tahun 1886. Beliau telah mengahwini
Martha Bernays dan dikurniakan empat orang anak. Anna (1895) merupakan anak bongsu
Freud yang banyak menyumbang di dalam bidang psikoanalisis.
Freud telah mula mempraktiskan secara persendirian dalam merawat penyakit
neurologi. Freud kemudiannya mendapati bahawa beliau tidak mampu menyara hidup
hanya dengan merawat kes neurologi biasa walaupun beliau telah memperhebatkan
reputasinya dengan menulis buku yang berkaitan dengan sereblum palsi dan afasia. Bagi
meningkatkan pendapatannya, beliau telah menerima pesakit histeria dan beliau
merupakan salah seorang doktor di Vienna yang bersedia memberi perhatian serius
terhadap penyakit tersebut sehingga ramai datang menemuinya bagi mendapat
perkhidmatan.

Freud telah menghasilkan lebih dari 600 karya penerbitan. Beliau telah
menerbitkan karyanya dalam bahasa Inggeris sebanyak 24 volum yang dikenali sebagai The
Standard Edition of the Complete Psychological Works of Sigmund Freud (1953-1964). Di
antara karyanya yang terkenal ialah The Interpretation of Dreams(1900), The Psychology of
Everday Life(1901), Beyong the Pleasure Principle(1920), The Ego and the Id (1923), dan
Cvilization and Its Discontents(1930).

Freud telah merubah beberapa andaian teorinya selepas beberapa tahun


kemudiannya. Perubahan andaian ini telah dimuatkan dalam New Introductory Lecture on
Psychoanalysis (1933) dan An Outline of Psychoanalysis (1940).

Terdapat beberapa orang pengamal teori psikoanalitik. Mereka teridiri daripada Anna
Freud(1966), Melanie Klein(1959), Eric Erikson(1959), Erich Fromm (1955), Carl Jung,
Karen Horney (1950), dan Harry S. Sullivan (1964).

Freud merupakan seorang yang mempunyai cita-cita tinggi dalam masa hidupnya
walaupun terpaksa menghadapi kesengsaraan akibat daripada penyakit barah rahang yang
dihadapinya dengan 33 pembedahan. Situasi begini tidak sedikitpun melupuskan cita-
citanya untuk mendalami tentang kajian psikik manusia. Freud telah meninggal dunia
pada tahun 1939 di London kerana penyakit barah rahang yang di alaminya sekian lama.
Sebagai pelopor teori psikoanalisis yang masyhur, Freud telah mencipta teknik-teknik yang
boleh diaplikasikan dalam memahami tingkahlaku manusia dan beliau telah mencipta satu
teori yang komprehensif berkaitan dengan personaliti manusia dan psikoterapi.

1.2 Pandangan terapi Psikoanaltik Terhadap Kejadian Sifat Manusia

Corey (1977) mengatakan pendekatan Psikoanalitik adalah merupakan


pendekatan yang mula-mula muncul dalam tiga pendekatan psikologi yang utama. Dua
pendekatan yang lain ialah pendekatan ketingkahlaku (behaviorisma) dan pendekatan
kewujudan kemanusiaan (humanistik). Pada sudut pandangan falsafah, pendekatan ini telah
mengemukakan konsep kegirangan. Freud (1933) menyatakan seseorang individu normal
adalah mereka yang dapat menikmati kehidupannya dengan kasih sayang dan bekerja.
Konsep kegirangan ini telah dihuraikan lagi oleh Fine (1972) yang menyatakan terdapat
aspek-aspek lain bagi memperoleh keseronokan, menghapuskan perasaan negatif,
melahirkan perasaan positif, mendapat identiti diri dan masyarakat, mencari pengertian
tentang peranan dalam keluarga dan kepuasan bekerja.

Dalam pandangan lain, Morris (1976), melihat bahawa psikoanalitik telah


memberikan penekanan pada bahagian tidak sedar (unconscious), peranan naluri, peranan
asas keluarga, tekanan-tekanan dinamik , dan pembentukan personaliti. Pendekatan ini juga
telah memberi perhatian kepada proses-proses dalaman individu,tingkahlaku luaran,
pengalaman masa lampau dan kini, dan keadaan sosial seseorang.

Patterson (1996) mengatakan bahawa pendekatan psikoanalitik merupakan


pendekatan pertama yang mengkaji peranan perasaan dan emosi dalam pengalaman
psikologi. Pendekatan ini telah diubahsuai oleh beberapa orang ahli teori psikoanalisis dari
segi konsep dan presedurnya dan mereka telah membentuk teori masing-masing
(neo Freudians) Di antara ahli psikologi yang telah mengubahsuai ialah Alfred Adler(1927)
yang membentuk teori Psikologi Individu, Carl Jung membentuk teori Analisa.

Pada umunnya di dapati pendekatan psikoanalitik telah melihat manusia itu sebagai
individu yang telah ditentukan masa depannya. Kenyataan ini telah disokong oleh beberapa
orang tokoh terkenal. Di antaranya Amir Awang(1987) yang menyatakan bahawa
pendekatan ini telah meletakkan manusia itu lahir bersama-sama dengan naluri-naluri
kebinatangan yang bersifat jahat. Kehidupannya telah ditentukan dari sejak awal lagi oleh
naluri-naluri tersebut. Naluri ini akan mempengaruhi tingkahlaku yang tidak logik dan tidak
rasional.

Samuel T. Glading (1996) menjelaskan keadaan semula jadi manusia boleh


diterangkan dalam terma-terma minda yang sedar, pra sedar, dan tidak sedar. Mahmood
Nazar Mohd.(1990) mengatakan pendekatan ini menunjukkan bahawa semua personaliti
dewasa manusia dibentuk dari semenjak dilahirkan hingga ke umur lima tahun.

Freud telah menegaskan bahawa manusia dilahirkan dengan dorongan naluri


dalaman yang bersifat biologi atau kebinatangan. Naluri ini telah dibahagikan kepada dua
bahagian iaitu naluri seksual atau eros (naluri hidup) dan naluri pembinasaan atau thanatos
(naluri mati) Semua kuasa naluri telah disimpan dalam tenaga yang tidak bertambah.
Tenaga ini akan wujud dalam bentuk yang dikenali sebagai tenaga psikik dan tenaga
determinisma psikik. Tenaga ini juga merupakan kuasa penggerak kepada segala perilaku
manusia dan mempuyai hubungan dengan naluri seksual dan libido. Tenaga determinisma
psikik merupakan tenaga penyebab yang mengakibatkan tingkahlaku fizikal dan mental
manusia.

Terdapat lima prinsip utama tingkahlaku manusia mengikut pendekatan ini iaitu;

1.2.1 Prinsip Keseronokan:


Segala tingkah laku atau tindakan manusia adalah didorong oleh kehendak untuk
memperolehi keseronokan dan berusaha mengelak daripada pengalaman yang
menyakitkan.

1.2.2 Prinsip Realiti :


Manusia terpaksa menyesuaikan tingkah lakunya dengan melihat kepada batasan
realiti bukan hanya bertindak secara mengikut rasa hati sahaja. Pengaruh dan
peranan persekitaran adalah penting di dalam menentukan tingkah laku.

1.2.3 Prinsip Mengurangkan Ketegangan :


Ketegangan adalah merupakan satu fenomenologi manusia. Oleh itu apabila
manusia menghadapi konflik yang melibatkan pemilihan di antara keseronokan
dan realiti. Maka prinsip ini telah menjelaskan bagaimana cara manusia menangani
konflik tersebut.

1.2.4 Prinsip Polariti :


Freud telah menyatakan bahawa, manusia menemui dikotomi nilai (kualiti) dalam
kehidupannya seharian seperti aspek baik buruk, benar-salah, hidup-mati, eros-
thanatos, dan lain-lain.

1.2.5 Prinsip Pengulangan Aktiviti :


Manusia melakukan sesuatu tindakan adalah hasil daripada proses pelaziman dan
manusia lebih cenderung mengulangi apa-apa aktiviti untuk menyelesaikan
permasalahan kehidupan.
1.3 Konsep dan Tema-tema Utama Pendekatan Psikoanalitik

Pada peringkat awal, Sigmund Freud telah mengutarakan suatu teori topgrafikal
yang membahagikan akal manusia kepada tiga bahagian yang mempunyai perbezaan
tertentu seperti persepsi sedar, pra-sedar dan tidak sedar. Untuk memperjelaskan konsep
ini kita boleh merujuk kepada konsep seketul iceberg yang besar dan terapung di dalam
air. Iceberg ini menunjukkan bagaimana kedudukan pemikiran manusia . Di bawah ini
ditunjukkan bagaimana ilustrasi fikiran manusia berdasarkan konsep iceberg :

1.3.1 Alam Sedar :


Bahagian iceberg yang timbul paling atas juga dikenali sebagai tahap sedar. Tahap
ini merangkumi perkara-perkara yang kita sedari pada suatu masa tertentu. Pada
pendapat Freud, manusia sememangnya menyedari dan mengetahui apa-apa
peristiwa yang berlaku dan telah berlaku di persekitarannya. Misalnya, kadang-
kadang kita akan merasa marah, takut, sunyi, sepi, sedih dan sebagainya.

1.3.2 Alam pra-sedar :


Tahap ini adalah tahap antara sedar dan tidak sedar. Manusia tidak sedar dan tidak
mengetahui apa yang berlaku disekelilingnya kecuali ianya diberi perhatian secara
sedar kepada apa yang berlaku. Kedudukan ini dianggap sebagai peringkat
monitoring dan bukan peringkat seseorang itu memberi perhatian dengan
sepenuhnya. Sebagai contoh, seorang guru sedang mengajar dalam suasana bunyi
yang bising yang mengganggu konsentrasi pelajar-pelajar. Tetapi sekiranya pelajar
memberi perhatian sepenuhnya sudah pasti mereka dapat memahami apa yang
disampaikan oleh guru tersebut.

1.3.3 Alam Tidak Sedar:


Pada tahap ini, seseorang individu sememangnya tidak sedar langsung apa yang
berlaku disekelilinginya. Sebagai contoh, perubahan-perubahan yang berlaku
dalam emosi kita disebabkan sesuatu perkara. Kita juga tidak sedar perjalanan darah
dalam tubuh kita dan sistem saraf berfungsi. Bagi Freud , keadaan ini dipanggil
sebagai alam tidak sedar dan dalam analogi ini ia terletak pada bahagian iceberg di
bawah permukaan air.

Di dalam teori psikoanalitik, konsep ini adalah perlu diketahui kerana terdapat faktor-faktor
lain yang boleh membantu kita memahami bagaimana teori ini mencari penyelesaian
mengubah kehidupan manusia.

Freud juga telah mengemukakan konsep-konsep lain dalam memahami pemikiran


manusia. Beliau melihat fikiran manusia mengandungi tiga sistem utama iaitu Id, Ego dan
Superego. Teori ini juga dinamakan Teori Struktural Personaliti. Freud menyatakan bahawa
ketiga-tiga unsur ini sangat penting dalam pembentukan personaliti manusia yang
merangkumi cara-cara manusia bertingkah laku dan berfikir. Freud percaya semua tingkah
laku manusia wujud ada sebabnya. Ianya tidak berlaku secara nasib atau secara kebetulan
tetapi boleh dinyatakan berdasarkan kepada mimpi, percakapan dan penafian.

1.3.4 Id :
Id merupakan dorongan naluri yang berkaitan dengan prinsip keseronokan tanpa
mempedulikan tentang realiti dan pertimbangan dari segi moral, logikal dan matlamat
asasnya ialah untuk memuaskan nafsu naluri semata-mata. Ianya tidak pernah matang
walaupun umur seseorang itu telah lanjut. Dalam usaha Id untuk mendapatkan
keseronokan dan mengelakkan kesakitan ia telah menggunakan dua cara yang utama
iaitu:
a. Gerakan Pantulan atau Reflex actions
Tindakbalas ini wujud semenjak manusia dilahirkan. Ia berkaitan dengan
tindakan yang tidak disengajakan dan berhubung dengan sistem saraf.
Contohnya, kelipan mata, bersin, menguap, menggigil dan sebagainya.

b. Proses Primer/Primery Proses


Proses ini merupakan proses psikologi yang bertujuan untuk mengurangkan
ketegangan dengan membayangkan objek yang dikehendaki. Misalnya,
orang yang lapar akan membayangkan makanan, orang dahaga akan
membayangkan air dan sebagainya.

1.3.5 Ego
Kompenan ego merupakan tenaga jiwa yang berasal dari Id. Ia bertindak sebagai
kuasa eksekutif bagi mengawal personaliti seseorang dan sebagai pengawal kepada jenis-
jenis tindakan yang sesuai dengan persekitaran. Ego bertindak berdasarkan prinsip realiti.
Dengan itu segala tindak-tanduk yang dilakukan adalah setelah membuat pertimbangan
mengikut realiti yang wujud pada ketika itu. Misalnya, seseorang dewasa tidak akan
membuang air besar di merata-rata kerana pada masa itu ia dikawal oleh egonya. Ego juga
dapat menghasilkan pemikiran yang logik dan rasional untuk merancang serta
melaksanakan segala tindakan bagi mengurangkan ketegangan dan kerisauan.Ia juga
mempunyai kuasa atau kawalan terhadap personaliti.

1.3.6 Superego:
Superego lebih bersifat sosial dan bermoral. Ia bertanggungjawab terhadap
sebarang tindakan sama ada berupa baik atau buruk, betul atau salah. Bersifat idealistik dan
sempurna ketika mengutarakan idea yang disampaikan kepada satu generasi ke generasi
yang baru. Superego bertindak untuk menyekat ego daripada mematuhi sebarang
kehendak Id tetapi mendorong ego untuk menerima nilai-nilai moral. Superego berfungsi
sebagai hakim bagi menentukan ganjaran dan dendam. Fungsi utama superego ialah untuk
menyekat desakan-desakan id terutamanya berkaitan dengan seks. Ia juga berfungsi bagi
menggantikan matlamat realistik dengan tujuan moral disamping berusaha ke arah
kesempurnaan kendiri. Superego mempunyai dua sistem, iaitu hati nurani (conscience)
yang menunjukkan pembentukan superego hasil daripada dendaan atau hukuman.

1.3.7 Kerisauan :
Menurut Freud, interaksi id, ego dan superego merupakan elemen penting bagi
pembentukan personaliti manusia. Ia melihat bagaimana manusia bertingkah laku dan
berfikir. Dalam hubungan interaksi ini, id bertindak sebagai pendesak, ego sebagai pengatur
dan superego pula sebagai pemerhati dan mengurus gelagat id dan ego. Sekiranya ego
berjaya memuaskan kehendak id maka akan wujud rasa ketenangan tetapi sekiranya gagal
maka ego akan mengalami kerisauan.

Menurut Freud , terdapat tiga jenis kerisauan iaitu:

a. Kerisauan Realiti :
Kerisauan ini timbul akibat ancaman-ancaman nyata yang timbul dalam persekitaran.
Tahap kerisauan ini sama dengan tahap ancaman yang dijangkakan dan ia
bertindak sebagai amaran yang mana seseorang individu itu perlu melakukan
sesuatu bagi menghindarinya.Kadangkala kerisauan ini terlalu tinggi dan sukar untuk
mengelak. Sebagai contoh, seseorang risau dia akan dimarahi oleh majikannya
kerana tidak menyiapkan tugasan yang diberikan.

b. Kerisauan Moral:
Kerisauan ini terhasil daripada hati nurani seseorang individu. Kerisauan ini adalah
merupakan suatu bentuk ancaman hukuman yang dikenakan oleh superego.
Kerisauan ini ditonjolkan melalui perasaan rasa bersalah atau merasa malu kerana
tingkah laku itu bertentangan dengan nilai moral masyarakat. Sebagai contoh,
seorang pelajar rasa bersalah sekiranya tidak menyiapkan tugasan yang diberikan
oleh gurunya sedangkan dia boleh melakukannya.

c. Kerisauan Neurotik:
Kerisauan ini wujud akibat daripada rasa bimbang seseorang individu kerana tidak
dapat mengawal nalurinya sehingga terdapat perubahan tingkah laku yang tidak
normal. Ianya berlaku dengan tidak ada punca dan ditakuti kerana bersifat tidak
sedar.

Oleh itu, kerisauan adalah suatu bentuk amaran terhadap keadaan bahaya yang
memberitahu ego bahawa sesuatu perlu dibuat. Sekiranya kerisauan tidak dapat dielakkan
maka ia boleh menjadi traumatik (Patterson, 1996)

Apabila ego tidak dapat bertindak ke atas kerisauan dengan cara yang rasional maka
ia terpaksa menggunakan kaedah-kaedah mekanisme bela diri.

1.3.8 Mekanisme Bela Diri:

Clark dalam Thompson dan Rudolph (1996) mendefinisikan mekanisme bela diri
sebagai pengherot-berotan terhadap realiti yang boleh mengurangkan kesan kesakitan dan
konflik melalui tindak balas lazim yang automatik.

Helah bela diri adalah merupakan proses psikologi yang bertujuan bagi
mengurangkan penderitaan ego yang tidak dapat mengawal id dengan baik dan membantu
ego mempertahankan dirinya dari desakan dan dorongan yang kuat dari id. Maka helah bela
diri telah digunakan bagi mempertahankan dari kutukan superego. Pendek kata semua
orang menggunakan helah bela diri dan ianya adalah biasa dilakukan. Terdapat beberapa
jenis helah bela diri yang sering digunakan. Kebanyakan individu menggunakan satu atau
lebih dalam situasi tertentu tetapi individu yang neurotik akan kerap menggunakan suatu
jenis yang tertentu.

Di antara helah bela diri yang sering digunakan dalam kehidupan kita ialah :

a. Represi:
Merupakan mekanisma bela diri yang asas dalam diri seseorang individu. Ianya
berlaku secara tidak sedar iaitu menyingkirkan pengalaman-pengalaman dan perasaan-
perasaan yang tidak menyenangkan, menyakitkan atau menakutkan agar pengalaman dan
perasaan tadi tidak akan menimbulkan anxieti. Bagi Patterson (1996) , terdapat dua jenis
represi. Pertama represi yang membentuk pengalaman menjadi tidak sedar iaitu perkara
dalam keadaan prasedar yang tidak dimasukkan ke alam sedar di tolak ke alam tidak sedar.
Kedua, represi yang menghalang perkara masuk ke alam prasedar dengan menetap dalam
alam tak sedar.Kebiasaannya pengalaman yang pahit selalu ditutup daripada keadaan
sedar. Adakalanya sebahagian sahaja perkara direpres, ingatan tentangnya berada dalam
keadaan sedar tetapi perasaan tidak diletakkan padanya. Perkara yang disingkir adakalanya
timbul semula dalam bentuk tingkah laku seperti dalam tidur, igauan ketika sakit dan
sebagainya.

Sebagai contoh, sewaktu mengalami konflik oedipus kepada ibu dan menentang
bapa, kanak-kanak lelaki akan menekan atau menyingkirkan keghairahannya terhadap
ibunya ke alam tidak sedar dengan cara represi.

Represi wujud dalam diri individu ketika ia belum mencapai umur enam tahun.
Apabila terbentuk adalah sukar unruk mengatasinya.
b. Sublimasi:

Mekanisma bela diri ini adalah untuk melepaskan tenaga agresi dalam diri individu
dan merupakan mekanisma bela diri yang baik, positif dan boleh diterima oleh masyarakat
sekitarnya. Seperti contoh, Persaingan dalam prestasi akademik merupakan sublimasi
terhadap motif-motif agresif.

c. Regresi:
Mekanisma bela diri ini terdapat dalam diri individu yang digunakan untuk mengelak
daripada situasi krisis yang boleh mengancam diri iaitu dengan cara bertingkah laku tidak
seiring dengan umurnya atau pada awal kanak-kanak. Contohnya, isteri yang dimarah oleh
suami akan menangis seperti kanak-kanak

d. Identifikasi:
Menurut Thompson dan Rudolph (1996), identifikasi biasanya berlaku pada individu
yang sama jantina. Contohnya, seorang kanak-kanak lelaki akan berlagak seperti ayahnya
kerana terlalu mengkaguminya. Oleh itu identifikasi digunakan bagi seseorang membuat
penyesuaian dengan menyifatkan dirinya seperti orang lain yang mempunyai kebolehan,
pencapaian dan status yang lebih baik darinya.

e. Penyangkalan:
Merupakan penafian atau penolakan akan wujudnya realiti.Ia dilakukan secara sedar
atau prasedar. Sesuatu peristiwa yang traumatik terlalu hebat untuk diterima oleh seseorang
individu sehingga ia terpaksa menafikannya untuk mengawal kestabilan emosi dan
fikirannya.

f. Pembentukan reaksi:
Bentuk helah bela diri ini adalah untuk mempertahankan diri dari suatu ancaman
dengan memperlihatkan reaksi yang bertentangan dengan bentuk ancaman. Misalnya,
seseorang yang benci pada seseorang dia akan menunjukkan rasa kasih yang berlebihan
dihadapan orang itu.

g. Projeksi:
Satu mekanisma untuk membalik desakan dan keinginan yang tidak diterima oleh
dirinya sendiri kepada orang lain.Misalnya, rasa berahi, agresif yang tidak dapat diterimanya
dianggapkan sebagai dimiliki oleh orang lain dan bukan oleh dirinya. Rasa benci dalam diri
seseorang itu dikatakan tidak wujud dalam dirinya tetapi sebaliknya wujud dalam diri orang
lain sehingga timbul kenyataan seperti bukan saya yang membencinya tetapi dia yang
bencikan saya tetapi hakikat yang sebenarnya dialah yang membenci orang itu.

h. Penyaluran:
Mekanisma bela diri untuk melepaskan desakan-desakan kepada sasaran yang lain
yang lebih selamat. Misalnya, rasa marah terhadap ketuanya disalurkan kepada anak
isterinya di rumah.

i. Pampasan:
Suatu usaha untuk mengimbangi sesuatu kelemahan yang ada pada diri seseorang
individu. Misalnya jika tidak pandai dalam akademik mungkin ia akan berusaha menjadi ahli
mekanik yang berjaya.

j. Undoing
Suatu tindakan untuk memperbaiki sesuatu yang telah rosak dengan harapan dapat
mengurangkan rasa bersalah. Misalnya , seorang ayah merasa bersalah kerana tidak
memberi perhatian kepada anaknya semasa kecil akan berusaha membuat apa sahaja
untuk memperbaiki kesilapannya.

k. Supresi:
Tindakan yang sengaja dilakukan untuk mengelak daripada memikirkan sesuatu
masalah. Misalnya, seorang pelajar gagal dalam ujian matematik, bagi mengelakkan
daripada memikirkan kegagalan itu maka ia pun pergi menonton wayang atau bermain di
pantai.

l. Penarikan:
Suatu proses yang mana seseorang individu secara sengaja menarik diri dari satu
situasi yang kurang menyeronokkan. Misalnya, seseorang itu tidak biasa ke majlis
keramaian maka dia kan merasa tidak selesa dan selamat dalam majlis itu lalu menarik diri
untuk menyertainya.

m. Fantasi:
Seseorang individu cuba mengurangkan ketegangannya dengan berkhayal dan
membentuk suatu situasi lain yang tidak mengancamnya dan lebih selesa daripada keadaan
yang sebenar.

n. Keagresifan:
Suatu tindakan bagi mengeluarkan , mencederakan atau merosakkan punca-punca
ancaman atau kekecewaan. Misalnya, seseorang kanak-kanak tidak dapat mengikut ibunya
ke kedai maka dia akan meraung, meradang atau menarik tangan ibunya.

o. Intelektualisasi:

Menggunakan perkataan-perkataan yang dilahirkan oleh pemikiran yang logik, bukan


melalui perasaan untuk menghilangkan perasaan yang menyakitkan.

1.3.9 Kebaikan penggunaan Mekanisma Bela Diri

Penggunaan mekanisma bela diri ada kalanya membawa kebaikkan. Antaranya ialah :

i. Dapat mententeramkan diri secara sementara sebelum mendapat bantuan


kaunselor.
ii. Dapat menambahkan kemahiran hidup diri supaya lebih kreatif.
iii. Ia memberikan masa untuk seseorang itu menilai kelemahan diri dan mencari cara
yang difikirkan sesuai untuk menyelesaikan masalah.

Oleh itu mekanisma bela diri selalu berlaku dalam kehidupan harian yang dianggap normal.
Sekiranya digunakan dengan berlebihan atau keterlaluan ianya akan menimbulkan masalah
kerana individu akan sering berselindung disebalik tingkah lakunya yang sebenar.

1.4 Peringkat - peringkat Perkembangan Personaliti

Robert D. Nye (1992) telah menyatakan bahawa huraian dan pemerhatian telah dibuat
oleh Freud pada zaman Queen Victoria yang mana nilai-nilai kemasyarakatan amat mirip
kepada autoritarian dan konservatisma yang memberikan perhatian berat kepada pantang
larang seks.

Freud telah membahagikan peringkat perkembangan personaliti setiap individu


kepada lima peringkat yang masing-masing memperlihatkan penekanan dan ciri-ciri tertentu.
Di antaranya :
1.4.1 Peringkat Mulut atau Oral Stage(0 hingga 1 tahun)

Peringkat ini bermula sejak individu itu dilahirkan sehinggalah mencapai umur
setahun. Ketika ini bayi menumpukan perhatian kepada menyusu tetek ibunya kerana
tindakan ini dapat memenuhi keperluan makanan dan keseronokan.

Menurut Freud, melalui tindakan menyusu, kanak-kanak akan mengalami kepuasan


seks, kerana mulut dan bibirnya merupakan zon erotik yang sensitif. Pada peringkat ini juga
bayi belum mempunyai ego atau superego. Segala tindakannya adalah didorong oleh id
semata-mata. Menurut Feist. J. (1985), tindakan menyusu ini boleh dibahagikan kepada dua
jenis iaitu :

a. Oral Incorporative;
Ianya berbentuk penyusuan yang banyak dilakukan oleh bayi untuk memperolehi
kepuasan. Apabila berlakunya lekatan seperti ini maka tindakan-tindakan yang
mencerminkan oral incorporative akan menjelma apabila bayi ini dewasa kelak. Menurut
Freud, orang dewasa yang suka makan banyak, suka menguyah, suka bercakap banyak,
suka menghisap rokok banyak dan suka minum banyak adalah orang-orang dewasa yang
perkembangan personalitinya terlekat pada peringkat ini.

b. Oral Aggressive;
Keadaan ini berlaku pada ketika bayi mula tumbuh gigi dan bersifat aggresif. Bayi sering
menggigit tetek ibunya. Menurut Freud, orang dewasa yang terlekat pada peringkat ini akan
memperlihatkan tindakan-tindakan sindirian, agresif, mengumpat atau membuat komen-
komen yang menyakitkan.

Ketika bayi berada pada tahap ini ia amat memerlukan kasih sayang daripada ibunya
kerana tanpa kasih sayang bayi ini akan membesar seiring dengan perasaan yang dia tidak
sukai, tidak mahu diterima dan tidak disayangi. Oleh itu, ia akan kelihatan takut, sentiasa
berusaha untuk dapatkan perhatian, tidak merasa selamat, iri hati, agresif dan kesepian
apabila ia dewasa.

1.4.2 Peringkat Dubur atau Anal Stage (2 hingga 3 tahun):

Peringkat ini bermula pada awal tahun kedua hingga keusia tiga tahun. Peringkat ini
dinamakan peringkat dubur kerana zon yang menjadi tumpuan kepuasan seks ialah dubur
dan pada masa ini kanak-kanak dilatih membuang air besar.Semasa menjalani latihan ini
kanak-kanak akan mengalami beberapa proses positif dan negatif yang menjurus kepada
kehidupannya apabila dewasa kelak.Ia juga akan berhadapan dengan desakan-desakan
dan kehendak ibu bapanya dan alam persekitaran.

Di ketika ini juga ia akan mengalami pelbagai perasaan negatif sekira ibu bapanya
terlalu mengawal dan mendesak.

Suatu sumber kepuasan yang diperoleh oleh kanak-kanak pada masa ini ialah
menahan atau melepas najis dan ini juga cara baginya untuk mengawal desakan ibu
bapanya. Melalui cara kawalan seperti ini ia belajar menguasai rasa bebas, kuasa, dan
autonomi serta mengenali dan mengendalikan perasaan negatif tadi.

Freud menegaskan bahawa, kuasa yang ada pada kanak-kanak ketika ini boleh
menjadi asas bagi perkembangan personaliti apabila ia dewasa kelak. Ada dua
kemungkinan personaliti yang terbentuk iaitu:
a. Personaliti Anal Aggressive
Sekiranya ibu bapanya terlalu ketat kawalan dan rigid peraturannya maka ia akan
bertindak balas secara agresif dengan tidak mematuhi akan kehendak ibu bapanya.
Tindakbalas menentang ini akan menjadi asas bagi pembentukan personaliti anal
aggressive yang melahirkan ciri-ciri seperti kezaliman, amarah dan tidak teratur yang
ekstrim.

b. Personaliti Anal Retentive;


Sekiranya ibu bapa terlalu banyak memberikan perhatian kepada setiap kali anaknya
membuang air besar dengan betul maka kanak-kanak ini mungkin tersalah anggap akan
kepentingan aktiviti ini. Apabila dewasa ia akan suka kepada aktiviti mengumpul harta
kekayaan, degil, kedekut, dan amat mementingkan susunan yang teratur. Corak personaliti
sebegini dikenali sebagai personaliti anal retentive. Freud berpendapat bahawa pada
peringkat ini kanak-kanak hendaklah diberi peluang sebanyak mungkin agar ia boleh
berdikari, berautonomi dan tahu mengawal kuasa sendiri.

1.4.3 Peringkat Zakar dan Faraj

Peringkat ini bermula dari umur 4 hingga 5 tahun. Pada peringkat ini kanak-kanak
akan memperoleh kepuasan biologi dan mula mendapat kepuasan asas seks. Menurut
Freud ( dalam Lahey, 1995), pada peringkat ini kanak-kanak mula mengalami kompleks
memusuhi ibu bapa yang sama jantina. Kompleks kanak-kanak lelaki dipanggil oedipus dan
perempuan digelar eletra complex.

Kegagalan ibu bapa mendidik anak-anak pada peringkat ini akan menghasilkan
pembentukan personaliti kanak-kanak yang rigid, konflik yang serius, mengalami perasaan
bersalah selalu, mempunyai konsep nilai kendiri yang rendah, sering mencemuh kendiri dan
selalu berperasaan ingin membalas dendam. Di dalam aspek seksual ia akan takut untuk
mendampingi orang yang berlainan jantina, menjadi rigid, gentar dan takut untuk merasa
perasaan berahi. Kadangkala boleh mengakibatkan keadaan mati pucuk yang berpunca
daripada sebab-sebab psikologi

1.4.4 Peringkat Latensi atau Latency Period (6 hingga 12 tahun)

Sebenarnya pada peringkat ini kanak-kanak tidak mempunyai banyak aktiviti tetapi
tenaga seknya jelas kelihatan. Dia juga sudah biasa dengan peraturan dan pendedahan
kepada pendidikan moral. Kanak-kanak tidak lagi terbatas oleh peristiwa-peristiwa di dalam
dunia awalnya tetapi boleh pula berinteraksi dengan dunia baru. Melalui proses
pemasyarakatan sebeginilah ia mendapat pengalaman-pengalaman bagi memainkan
peranannya semasa dewasa kelak dan bagi menghadapi dunia akil balighnya kelak.

Bagi Freud, peringkat ini merupakan peringkat yang agak tenang, tanpa sebarang
kerisauan atau kegelisahan yang boleh menjejaskan perkembangan personalitinya pada
masa akan datang.

1.4.5 Peringkat Syahwat atau Genital Stage (12 tahun ke atas)

Menurut Freud ( dalam Viney , 1993) peringkat ini bermula dari 12 tahun ke atas.
Pada peringkat ini tahap pemikiran kanak-kanak akan meningkat menjadi lebih kompleks
disamping peningkatan dorongan seks dan kompleks Oedipus akan wujud kembali. Kanak-
kanak atau remaja akan menunjukkan minat mereka terhadap individu yang berlainan
jantina.
Menurut Freud, fantasi kompleks Oedipus diperingkat ini tidak ketara ditonjolkan
kerana batasan-batasan nilai, agama, moral, undang-undang dan sebagainya. Ia mengalami
kesedaran tentang realiti kehidupan yang menyebabkan fikirannya matang dan membentuk
personaliti yang normal.

Pada keseluruhannya, peringkat lima tahun pertama pada usia kanak-kanak adalah
tersangat penting. Pada peringkat ini terjelmanya personaliti psikoanalisis.Pada peringkat ini
juga perkembangan kanak-kanak adalah suatu peringkat yang amat kritikal mengikut
pendapat Freud. Dengan itu ibu bapa perlu berhati-hati dalam usaha membentuk personaliti
anak-anak mereka.

1.5 Proses Dan Matlamat Pendekatan


Terdapat dua matlamat utama pendekatan psikoanalitik iaitu;

1.5.1 Membentuk semula watak seseorang individu supaya segala apa yang
terpendam di alam tidak sedar dapat dialami di alam sedar. Ianya dapat
dikembalikan dengan cara mengalami kembali pengalaman awal masa kecil
dengan melakukan rekonstruksi, perbincangan, interpretasi dan analisis. Melalui
proses kaunseling struktur perwatakan individu diubahsuai dengan mengubah
perkara yang tidak sedar kepada sedar. Ianya juga membantu klien mengalami
celik akal pada dirinya.

1.5.2: Membantu klien mencari pengalaman masa lampau yang tidak dapat
diselesaikan dan menguatkan ego agar seseorang individu itu dapat berfungsi
menurut prinsip realiti, tanpa dikongkong atau didorong oleh desakan-desakan id,
ataupun superego.

Untuk mencapai kedua-dua matlamat ini, kaunselor dan klien mempunyai peranan
tertentu bagi menghidupkan kembali zaman awal kanak-kanak agar segala pengalaman
masa kecil dapat dirasai dan dialami sekarang. Melalui pengalaman ini diharapkan supaya
klien akan memperolehi kefahaman dan celik akal mengenai masalah yang dihadapinya dan
dapat mewujudkan personaliti yang dikehendaki bagi menghayati hidup yang normal.

1.6 Teknik
Untuk merawat permasalahan klien, kaunselor perlu mencari punca-punca masalah
klien seberapa banyak yang boleh. Oleh itu kaunselor seharusnya membina hubungan
yang baik rapport dan trust building dengan klien. Bagi melancarkan proses kaunseling
maka psikoanalitik telah menggariskan beberapa teknik yang sesuai. Di antaranya ialah;

1.6.1 Perkaitan Bebas


Teknik ini dilakukan dengan menyuruh klien berbaring di atas kerusi malas manakala
kaunselor berada di belakang atau di hujung kepala klien. Kaunselor akan cuba
menenangkan fikiran klien. Klien digalakkan meluahkan segala isi hati dan
perasaannya yang tidak logik dan tidak rasional. Kaedah perkaitan bebas ini
digunakan untuk mengingat dan meluahkan emosi yang bersabit dengan keadaan-
keadaan traumatik masa lalu. Proses ini dikenali sebagai katarsis.Semasa proses ini
dilakukan , kaunselor berperanan mengenalpasti bahan represi yang masih terkunci
di alam tidak sedar. Dalam hal ini, pendekatan hipnosis juga boleh digunakan.

1.6.2 Pentafsiran ( Interpretasi )


Pentafsiran ialah prosedur asas yang digunakan untuk menganalisis perkaitan
bebas, mimpi, penahanan dan pemindahan. Prosedurnya, kaunselor perlu
memberikan petunjuk, penjelasan dan nasihat kepada klien tentang makna-makna
tingkah laku yang dimanifestasikan oleh perkaitan bebas, mimpi, penahanan dan
hubungan teraputik itu sendiri.
Fungsinya ialah memberi peluang kepada ego mengasimilasikan bahan-bahan baru
dan mempercepatkan pendedahan lanjut bahan-bahan alam tidak sedar.
Pentafsiran kaunselor membawa klien kepada celik akal dan sedar segala yang
terpendam di dalam dunia tidak sedar klien.

1.6.3 Takbir Mimpi:


Analisis mimpi digunakan untuk mendedahkan bahan-bahan tidak sedar klien dan
memberi celik akal kepada klien untuk menyelesaikan masalah yang tidak dapat
diselesaikan.

Freud beranggapan bahawa mimpi adalah jalan diraja ke alam tidak sedar kerana
dalam mimpi terdapat manifestasi perkara atau peristiwa yang tidak biasa muncul
dalam alam sedar. Dalam mimpi, alam tidak sedar akan melahirkan impian,
keperluan, kebimbangan dan sebagainya.

1.6.4 Analisa Penahanan:


Semasa perkaitan bebas atau perkaitan mimpi, klien mungkin tidak bersedia untuk
menceritakan fikiran, perasaan dan pengalamannya. Kedaan tidak mahu atau tidak
berupaya melahirkan perasaan semacam ini dipanggil sebagai penahanan.
Penahanan dilihat sebagai dinamika alam tidak sedar yang cuba melindungi
daripada menjadi sedar akan dorongan dan perasaannya yang tertindas.Selagi
penahanan ini tidak diatasi maka selama itulah klien akan mengalami kerisauan dan
permasalahan. Dengan itu, kaunselor perlu menjelaskan perkara ini dan klien pula
mesti menghadapinya sekiranya ingin menyelesaikan konflik yang dihadapinya
secara realistik.

1.6.5 Analisa Pemindahan:


Kebanyakan terapis psikoanalitik percaya bahawa klien akan membentuk
pemindahan neurosis kerana neurosis klien berasal dari zaman kehidupan lima
tahun yang pertamanya. Tapi sekarang klien tidak seharusnya membawa unsur-
unsur tersebut ke dalam zaman dewasanya sebagai kerangka kehidupannya.
Dalam pemindahan ini, klien akan memindahkan perasaan dan pengalaman yang
dialaminya semasa zaman kanak-kanak dahulu kepada kaunselor. Kaunselor pula
akan menggalakkan pemindahan neurosis dengan bersikap neutral, objektif,
anonymity dan pasif. Kaunselor akan cuba memahami dan mentafsirkan curahan
perasaan dan pengalaman ini supaya klien sedar akan sebab-sebab berlakunya
tindakan yang tidak rasional dalam dirnya selama ini.

1.6.6 Ujian Projektif:


a. Rorscharch Inkblot Test (Berbentuk titik-titik dakwat)
Dalam ujian ini, klien disuruh menatap gambar-gambar atau tanda-tanda dakwat,
kemudian menyatakan persepsi dan kesimpulan terhadap tanda-tanda tersebut.
Daripada huraian klien, kaunselor akan dapat mentafsirkan mengenai personaliti klien
atau peristiwa lampau yang mempunyai pengaruh tertentu terhadap diri klien.

b. Thermatic BAUM Test (ujian melukis gambar pokok)


Dalam ujian ini, klien disuruh melukis tiga jenis pokok mengikut heiraki keistimewaan
pada dirinya. Kaunselor akan meneliti gambar-gambar pokok mengikut kriteria-kriteria
tertentu mengenai sifat peribadi dan pengalaman masa lampau klien. Jenis dan bentuk
pokok yang dilukis itu mencerminkan personaliti klien.

1.7 Peranan Kaunselor dan Klien :

1.7.1 Peranan Kaunselor;


Bagi ahli-ahli terapis dan kaunselor psikoanalitik sememangnya seorang yang
mempunyai kemahiran yang tinggi dalam mengendalikan sesi kaunseling. Ini akan
menentukan kejayaan dan kegagalan klien menangani permasalahanya. Diantaranya;
a. Menyedarkan klien dari alam tidak sedar kepada alam sedar.
b. Membina semula asas personaliti klien.
c. Membantu klien mengurangkan tekanan akibat daripada pengalaman
masa lampau.
d. Membantu klien menghadapi konflik akibat ingin melupakan atau
menghindarkan pengalaman pahit masa lampau.
e. Bertanggungjawab mengajar klien memahami apa yang berlaku
dalam diri klien agar ia mencapai celik akal mengenai masalah yang
dihadapinya.

1.7.2 Peranan dan Tanggungjawab Klien;


a. Bersedia dan komited dalam melibatkan diri dalam proses kaunseling
yang intensif.
b. Bersedia menurut peraturan-peraturan biasa dalam psikoanalisa
seperti berbaring di atas kerusi panjang couch selama satu jam tiap-
tiap kali proses psikoanalisa dilakukan.
c. Bersetuju secara ikat kontrak untuk membayar yuran-yuran tertentu,
menghadiri sesi-sesi yang ditetapkan dan bercakap.

1.7.3 Perhubungan Kaunselor - Klien;


Setelah kedua-dua pihak memahami tanggungjawab masing-masing maka proses
kaunseling boleh dimulakan. Perhubungan di antara kaunselor dan klien adalah sangat
penting Setelah perhubungan telah wujud maka klien digalakkan mencurahkan segala yang
terpahat dalam hati dan pengalaman yang terpendam selama ini kepada kaunselor.

Jika proses pemindahan ini melibatkan pengalaman positif maka wujud pemindahan
positif. Begitulah sebaliknya. Melalui proses ini kaunselor dapat mengetahui masalah yang
dihadapi klien.

Semasa kaunselor berusaha memahami klien kadang-kadang berlaku pula curahan


hati kaunselor kepada klien. Proses ini disebut pemindahan kontra yang boleh berbentuk
negatif atau positif.

Pemindahan kontra ini akan menyebabkan matlamat asal menjadi kabur. Bagi
mengelak perkara ini berlaku kaunselor mesti menganalisa dirinya sendiri semasa
menjalani latihan agar sentiasa berwaspada terhadap kemungkinan berlakunya gangguan
tadi.
Untuk mengelak berlaku proses kontra ini maka hubungan yang profesional perlu
diwujudkan antara kaunselor dan klien sehingga klien yakin dan percaya kepada kebolehan
kaunselor.

1.8 Aplikasi Psikoanalitik Dalam Bidang Kaunseling :

Aplikasi psikoanalitik dalam bidang kaunseling adalah agak terhad kerana sifatnya
yang agak rumit dan memerlukan kemahiran yang tinggi oleh kaunselor. Untuk
memudahkan teori ini diaplikasikan maka seseorang kaunselor perlu mempunyai kemahiran
yang tinggi dan serasi dengan pendekatan ini. Teori ini dapat digunakan untuk:

a. Mengenalpasti masalah klien dengan menghubungkaitkan dengan


keterancatan pada peringkat-peringkat tertentu perkembangan diri klien.
b. Menguji sejauh mana pengalaman masa lampau klien menimbulkan kesan
yang tidak baik pada diri klien sekarang.
c. Mengatasi konflik yang sekian lama dan berurutan dalam hidup klien.
d. Mengenalpasti struktur psyche (id. Ego dan superego) yang sedang
mengawal klien.

Dapatlah dikatakan bahawa, teori ini dapat diaplikasikan dalam kaunseling bagi
menyediakan suasana untuk membantu klien mengalami semula pengalaman awal
hidupnya secara individu mahupun dalam kekeluargaan serta persekitarannya. Ianya
juga bertujuan untuk menyelami dan membongkar perasaan yang terpendam
disebabkan oleh peristiwa atau pengalaman masa lampau yang boleh
mempengaruhi tingkah laku masa kini. Ia juga dapat membantu kepada celik akal
kepada punca keterencatan perkembangan psikologikal kemudian merangsang
penyembuhan pengalaman emosi klien.
Dari segi tatacara terapi ini juga dapat diaplikasikan dalam kaunseling seperti
teknik perkaitan bebas. Tetapi mungkin caranya diubahsuai mengikut keadaan
semasa.

1.9 Sumbangan Dan Limitasi :

1.9.1 Sumbangan Teori Psikoanalitik;

Freud merupakan seorang tokoh psikologi yang amat deterministik dan telah
mendahului zamannya dengan pemikiran ilmiah dalam psikologi. Kerajinan dan
kesungguhan beliau telah menghasilkan dapatan-dapatan yang telah dipraktikkan di klinik
persendiriannya dan didapat berkesan. Beliau juga telah menghasil kan beberapa buku
yang menjadi rujukan oleh ahli-ahli psikologi di seluruh dunia hingga kini.

Pendekatan yang diperkenalkan oleh Freud seperti kaedah hipnosis , perkaitan


bebas dan analisis mimpi telah memberi sumbangan yang besar terhadap kaedah terapi
psikoanalisis bagi merawat pesakit-pesakit neurosis.

Di antara sumbangan yang besar yang oleh Freud ialah ;

a. Melalui teorinya, kita dapat mengetahui tentang dinamika yang sering


berinteraksi dalam jiwa kita sehingga membawa kepada kerisauan.
b. Kaedah-kaedah yang dicadangkan oleh Freud dapat membantu di
dalam kita memahami penahanan dan kepentingan perhubungan
kaunselor klien, nilai-nilai pemindahan dan helah bela diri.
c. Kita juga dapat mengetahui peringkat-peringkat perkembangan
personaliti dan permasalahan-permasalahan yang berkaitan
dengannya serta tingkah laku yang terhasil akibat terlekatnya
perkembangan tersebut dalam sesuatu peringkat tertentu.

1.9.2 Limitasi;

Teori ini juga terdapat limitasinya seperti teori-teori lain . Di antaranya:

a. Masa dan tenaga yang digunakan dalam proses teori ini adalah terlalu
panjang sehingga memakan masa 2 hingga 5 tahun untuk
menyelesaikan satu-satu kes.
b. Tidak sesuai untuk digunakan bagi melayan jumlah klien yang ramai.
c. Teori ini lebih menekankan kepada masalah dalaman dan mempunyai
kesan perubatan yang sedikit kepada klien.
d. Teori ini terlalu menekankan tentang naluri seks manusia.
e. Pendapat atau pandangan Freud terlalu terkongkong dan berpegang
kepada sebaran agama.
f. Freud terlalu bersikap bias terhadap golongan wanita.
g. Tidak sesuai digunakan untuk klien yang menghadapi masalah krisis
yang memerlukan penyelesaian segera.
h. Teori ini mempunyai sokongan empirikal yang terhad iaitu
berdasarkan pengalaman Freud sendiri.

Rumusan

Kita dapati bahawa teori ini sebenarnya sukar diterjemahkan ke dalam dunia
nyata namun kita seharusnya menghargai sumbangan yang besar yang diberikan
oleh Freud dari segi kefahaman, keadah-kaedah, peringkat-peringkat perkembangan
personaliti dan masalah manusia dan bagaimana sifat semula jadi manusia itu.

Teori ini akan dapat membantu kita dalam mengendalikan kaunseling


dengan lebih berkesan apabila ianya difahami dengan betul-betul. Dalam teori ini
juga telah ditekankan tentang perkembangan awal kanak-kanak pada peringkat lima
tahun pertama dan interaksi ketiga-tiga unsur id, ego dan superego yang amat
penting dalam pembentukan personaliti seseorang.

2.0 TEORI PEMUSATAN INSAN

2.1 Latar Belakang Tokoh

Carl Ransom Rogers dilahirkan pada 8 Januari 1902 di Oak park, Chicago daan
meninggal dunia di La Jolla, California pada 4 Februari 1987 semasa berumur 85 tahun
selepas menjalani pembedahan untuk tulang punggung yang patah akibat satu kemalangan.
Ayahnya merupakan seorang kontraktor dan jurutera. Kedua-dua ibu bapanya sangat kuat
berpegang kepada agama. Keluarganya sangat rapat dan adik beradik Rogers adalah
seramai enam orang. Lima daripada mereka adalah lelaki.

Pencapaian akademiknya di sekolah sangat baik dan pada tahun 11919 dia
memasuki Universiti Wisconsin. Di universiti itu beliau mengambil bahagian dalam
pelbagai aktiviti, termasuk rombongan ke China sebagai perwakilan dalam World Student
Christian Federation Conference. Beliau mendapat ijazah pertamanya dalam bidang
Sejarah pada tahun 1924. Beliau menerima ijazah kedoktorannya pada tahun 1931.

Pada tahun 1928, sebelum menerima ijazah kedoktorannya, dia mula bekerja di
Rochester New York, terutamanya dengan kanak-kanak dan remaja yang bermasalah yang
dirujuk oleh mahkamah dan agensi-agensi kepada Child Study Depaartment of the Society
for the Prevention of Cruelty to Children. Kemudian dia dilantik menjadi pengarah kepada
Rochester Guidance Center. Pada tahun 1940 dia menjadi professor di Ohio State
University. Diantara tahun 1945 sehingga 1957 beliau dikaitkan dengan Counseling Center
di University of Chicago. Rogers kemudian berpindah ke University of Wisconsin. Pada
tahun 1964 beliau menyertai Western Behaavioral Science Institute sebagai resident
fellow. Dari thaun 1968 sehingga dia meninggal dunia, Rogers menjadi resident fellow di
Center for studies di La Jolla, California. Rogers telah menulis beberapa buah buku.
Rogers banyak menulis buku. Antara buku-buku yang ditulisnya adalah Counseling and
Psychotherapy (1942), Client-centered Therapy (1951), On Becoming a Person (1961), Carl
Rogers On Encounter Groups (1970).
2.2 Andaian terapi terhadap manusia (Carl Rogers)

Menurut Ee Ah Meng (1997), Carl Rogers dalam teori Pemustan Insan membuat
andaian bahawa manusia adalah rasional, baik dan bertanggungjawab. Manusia boleh
membuat keputusan sendiri yang membawa kepada kebebasan dan berdikari. Manusia
adalah membina, bekerjasama, boleh dipercayai, realistik dan sanggup bersoial. Emosi-
emosi negatif seperti marah dan benci memang wujud akibat penafian keperluan seperti
kasih sayang, keselamatan dan penerimaan. Andaian-andaian teori ini adalah seperti

1. Konsep kendiri adalah persepsi tentang diri kita berdasarkan interaksi kita dengan
orang-orang lain.
2. Individu bertingkah laku dalam bentuk yang boleh meningkatkan konsep kendirinya.
3. Masalah-masalah timbul kerana timbul yang wujud antara konsep kendiri dengan
pengalaman-pengalaman yang lalu.
4. Hanya dengan pengalaman dan penghormatan barulah individu akan bersedia untuk
berkongsi masalahnya.

Manakala Suradi Salim dalam bukunya Bimbingan dan Kaunsleing (1996) berpendapat
bahawa sifat manusia mengikut pendekatan teori Pemusatan Klien ialah manusia dianggap
mempunyai sifat-sifat positif dan mempunyai keinginan untuk berfungsi penuh, iaitu hidup
dengan seberapa berkesan yang boleh. Jika seseorang itu dibenarkan untuk berkembang
dengan bebas, dia akan berkembang dengan sempurna dan akan menjadi individu yang
positif dan berjaya. Pandangan seseorang tentang dirinya dalam konteks persekitarannya
menentukan tingkah lakunya dan kepuasan peribadinya. Jika diberikan aatau disediakan
dengan persekitaran yang mengalakkan, manusia akan berkembang dengan yakin ke arah
Nirwana kendiri- menjadi apa sahaja yang dia mahu. Jika dia tidak menerima kasih
sayang dan sokongan orang yang penting baginya, kemungkinan besar dia menganggap
dirinya tidak berharga dan menganggap orang lain tidak boleh dipercayai, serta mereka
akan bersikap mempertahankan diri dan perkembangan ke arah nirwana diri akan terhalang.
Persepsi seseorang tentang diri dan persekitaranya merupakan realiti baginya.

2.3 Teknik pemusatan Insan

Menurut Hansen, stevic & warner (1986), kaunseling pemusatan insan


mengandaikan bahawa setiap individu mempunyai keinginan untuk berkembang, matang
dan mencapai atau menuju ke arah kesempurnaan kendiri. Ini adalah merupakan satu-
satunya pendekataan teraputik yang utama yang bergantung terhadap gerakan dalaman
klien untuk menuju ke arah pertumbuhan. Individu dilihat sebagai boleh memulihkan diri,
memerlukan kemesraan, dan persekitaran yang menyokong untuk mencapai kepuasan
kendiri pada tahap yang tinggi.

Menurut Gelso & Carter (1985) dan henry, Schacht & Strupp (1986), hubungan
kaunselor dengan klien dilihat sebagai ramuan yang penting di dalam psikoterapi. Dalam
perhubungan kaunsleing, komunikasi difokuskan kepada individu yang mengalami masalah.
Rogers (1986) menyarankan tiga suasana yang fasilitatif iaitu;

1. Ketulenan sebenar atau kongruen


2. Penerimaan, mengambil berat dan bersangka baik.
3. Mempunyai kefahaman empati.

Beberapa kajian telad dapat menunjukkan kaunseling pemusatan insan yang


dicadangkan oleh Rogers adalah sesuai untuk mengalakkan peningkatan penyesuaian
psikologikal pada diri klien. Melalui kaunseling pemusatan insan, klien telah meningkatkan
penghargaan kendiri (Corsini dan wedding, 1989). Menurut Carkhuff dan Berenson (1967)
dan Truax dan Carkhuff (1967), kajian-kajian telah mengesahkan kepentingan sumbangan
empati, penghormatan dan ketulenan dalam proses kaunseling. Satu ciri utama yang
membezakan kaunseling pemusatan insan dengan pendekatan lain ialah meningkatnya
tahap tanggungjawab pada diri klien berbanding dengan yang dijangkakan oleh
kaunselor (Brammer dan Shostrom, 1982).

2.4 Konsep-konsep Pemusatan Insan.

2.4.1 Penerimaan tanpa syarat.


Mempunyai sikap penerimaan tanpa syarat adalah menerima klien tanpa menilai
tingkahlaku, peristiwa atau perasaan klien sama ada baik atau jahat. Sikap penerimaan
tanpa syarat kaunselor perlu ditunjukkan melalui perbuatan verbal.

2.4.2 Empati
Empati adalah kebolehan untuk merasa dan mengenalpasti perasaan orang lain dan
kemampuan memberitahunya kepada klien daripada sudut pandangannya, iaitu cuba masuk
ke dalam ruang rujuk klien.

2.4.3 Ketulenan
Ketulenan adalah kebolehan untuk menjadi sejati dan benar dengan orang lain. Kaunselor
tidak menyelewengkan komunikasi, menyembunyikan motif atau bertindak dengan agenda
yang tersembunyi, berpura-pura dan mengelak.

2.4.4.Aktif mendengar dan berfikir.


Mendengar adalah satu seni. Tumpuan yang penuh hendaklah diberikan kepada apa yang
klien cakap sama ada secara verbal atau bukan verbal. Tumpuan atau perhatian
merupakan prasyarat terhadap membantu. Pendengar yang aktif memberi maklum balas
tentang apa yang dicakapkan menggunakan perkataannys sendiri untuk tiga sebab, iaitu,

a. memastikan dia betul-betul faham


b. memastikan yang dia betul-betul telah mendengar
c. membantu pendedahan kendiri klien.

Mengenal pasti perasaan dapat memberitahu kepada klien bahawa kaunselor sedang
mendengar dan mengalakkan klien untuk bercakap lebih bebas. Ini boleh membnatu untuk
merangka suatu ketetapan yang lebih memuaskan. Menurut McKay, Davis dan Fanning
(1983) menyatakan bahawa mendengar dengan aktif memerlukan kaunsleor bekerjasma di
dalam proses berkomunikasi. Ini termasuklah parafrasa, menjelaskan dan maklum balas.

2.4.4.1 Parafras
Parafrasa bermaksud mengatakan dengan perkataan sendiri apa yang telah
dikatakan oleh klien seperti;

i) apa yang saya faham


ii)dengan kata lain

Kaunselor harus memprasafrasa apabila klien menyebut sesuatu yang penting


kepadanya.

2.4.4.2 Penjelasan
Penjelasan maksudnya bertanya soalan untuk mendapat penjelasan agar kaunselor
boleh memahami kenyataan-kenyataan yang kabur. Tujuannya ialah memahami dari
konteks bagaimana cara berfikir klien dan perasaannya terhadap sesuatu masalah.
2.4.4.3 Maklum Balas
Sewaktu temubual kaunseling maklum balas menyediakan peluang untuk kausnelor
berkongsi apa yang difikirkan, dirasakan dan untuk menyemak persepsi. Untuk
menyemak persepsi kaunselor merangka apa yang dia dengar dan dipersepsikan ke
dalam persepsi tentatif.

2.5 Kongruen

Kongruen memerlukan kausnelor bersifat telus terhadap klien, iaitu jika kaunsleor merasa
marah terhadap cara klien berkomunikasi tetapi dia menyembunyikannya. Ini menyebabkan
tidak berlakunya tidak kongruen. Adalah menjadi satu dilema untuk menjadi kongruen
kerana ia kadangkala bercanggah dengan sikap tidak menghukum.

2.6 Mendengar untuk Merasa

Komunikasi yang berkesan melibatkan pemahaman yang mendalam terhadap dunia


seseorang dan menyatakan kefaahaman itu kepada klien. Melalui pendengaran dan
tindakan yang tepat, halangan yang merintangi persafahaman dua hala boleh dihindari.
(Dinkmeyer & Losoney, 1980).. Mengenalpasti dan menyatakan perasaan dalam sesuatu
mesej boleh dirangka dalam bentuk;

i) perasaan kamu sekarang


ii) jika apa yang saya dengar ini betul.

2.7 Mendengar dengan empati

Ini bermaksud kaunselor menyedari bahawa walau pun sesuatu perkara amat berat tetapi
kaunselor perlu juga membantunya. Kaunselor perlu menaya diri sendiri bagaaimana
kepercayaan dan keputusan walau pun ia mungkin gagal tetapi boleh mengurangkan
kerisauan klien.

2.8 Menghormati

Menghormati adalah kemahiran interpersonal yang menunjukkan penghargaan tentang


keunikan orang lain, toleransi terhadap perbezaan atau kelainan, kemahuan dan keinginan
untuk berinteraksi dengan orang lain secara sama rata.

2.9 Penerimaan yang mesra

Teknik ini merupakan keupayaan untuk bersifat terbuka, peramah, dan menerima
menggunakan komunikasi bukan lisan yang boleh menyampaikan isyarat-isyarat kongruen,
keterbukaan dan kesudiaan untuk mendengar.

2.10 Konfrontasi

Konfrontasi merupakan keupayaan untuk memberitahu seseorang individu itu tentang


perselisihan tingkah laku dan kesannya terhadap dirinya sendiri, dengan cara yang tidak
agresif, tidak menghakimi, tidak kritikal, atau tidak defensif (mempertahankan kebenaran
diri). Ia bertujuan untuk menyedarkan individu tersebut sama ada tingkah lakunya
mengalakkan atau menghalang perhubunagn interpersonalnya.
3.0 Peranan Kaunselor

Corey (1996) menjelaskan bahawa peranan kaunselor dalam terapi ini adalah seperti
berikut;

a. Fasilitator
b. Mewujudkan suasana yang teraputik
c. Membantu klien supaya tidak bersifat defensif terhadap tingkah lakunya
d. Menganggap klien sama taraf dengan kaunsleor dan berusaha mengenali masalahnya
e. Berusaha membnatu klien mengenali diri dan masalahnya dengan jelas.

Untuk memastikan tercapainya perkara di atas perlu diwujudkan keadaan-keadaan berikut;

1. Pertemuan baik secara langsung dan tidak langsung antara kaunselor dengan klien
2. Kaunselor harus berada dalam keadaan kongruen dan klien berada dalam keadaan
tidak kongruen
3. Kaunselor bersedia menerima klien tanpa syarat, prasangka atau tidak beranggapan
buruk.
4. Kaunselor berempati bagi merasai dan mengalami apa yang dialami oleh klien.

4.0 Peranan Klien

1. Klien memutuskan bahawa dia memerlukan kaunseling dan datang secara sukarela
2. Pada awalnya, klien menghadapi kebimbangan, percanggahan perasaan dan fikiran
3. Klien merasa bersedia untuk berbincang apabila merasa diterima dan dapat menghayati
perhubungan kaunselor dengan klien
4. Klien merasa lebih terbuka dan bebas meluahkan perasaan dan menjelajah diri.
5. Klien cuba untuk mencari penyelesaian dengan bantuan klien
6. Klien menentukan pilihan dan tindakannya sendiri (dibantu oleh kaunselor)
7. Klien berupaya dan bersedia untuk berubah.
8. Klien bersedia untuk terus berkembang dalam usaha mencari matlamat baru.

5.0 Kekuatan dan limitasi teori

Menurut Shertzer & Stone (1992), antara matlamat yang ingin dicapai ialah membina
indiivdu agar dapat berkembang dengan sihat. Oleh itu antara kekuatan teori ini menurut
mereka ialah;

Menekankan kepentingan hubungan yang akrab antara kaunselor dengan klien


Menanamkan pendapat bahawa penerimaan, penghargaan serta
kejujuran kaunselor merupakan syart-syarat yang amat penting bagi mewujudkan
perhubungan
Memupuk pendapat bahawa klien ialah rakan kongsi penuh dalam hubungan dan bukan
hanya sebagai rakan yang merendah diri

Limitasi Teori

1. Tidak terdapat satu set/teknik/tatacara yang khusus


2. Kurang panduan tentang cara mewujudkan hubungan kaunselor dengan klien
3. Kebanyakan konsep tidak dapat dibuktikan dan diukur dengan mudah (abstrak).
3.0 TERAPI GESTALT

3.1 Latar Belakang Terapi

Mengikut Corey (1996), terapi Gestalt telah menggunakan pendekatan Eksistensial /


Fenomenologikal yang diasaskan kepada premis bahawa manusia mesti mencari jalan
dalam hidupnya dan bertanggungjawab terhadap dirinya sendiri jika ia mahu mencapai
kematangan.
Perls telah memperkembangkan terapi Gestalt berpandukan psikologi Gestalt yang
telah diasaskan oleh May Wertheimer , Wolfgang Kohler, Kurt Koffka. Semua tokoh ini
berpendapat bahawa manusia seharusnya dilihat secara keseluruhan (holistic) dan tidak
berasingan. Perkataan Gestalt bermaksud dalam bahasa Jerman ialah keseluruhan as a
whole.
Lahey (1998:501) telah menulis,sensation have no meaning unless they are
organized into whole perceptions. Fritz Perls wanted to help his client perceive
themselves in a whole way by admitting conflicting information into awareness .
Mengikut Amir Awang (1987), seseorang individu dikatakan mengalami masalah
disebabkan dia belum berjaya melengkapkan persepsinya. Kesedaran yang ada padanya
tidak mencukupi untuk membolehkannya mengalami atau merasai sepenuhnya sesuatu
pengalaman itu. Oleh itu terapi Gestalt telah menekankan aspek melengkapkan Gestalt agar
seseorang individu dapat merasai atau menyedari sesuatu pengalaman itu secara
menyeluruh.
Perls dikatakan telah meneruskan usaha memperkembangkan terapi Gestalt bagi
mengisi ruang-ruang kosong terapi psikoanalisis. Perls melihat bahawa manusia secara
keseluruhan mempunyai bahagian-bahagian seperti pengalaman, perasaan, kegembiraan,
ketakutan , kesedihan dan sebagainya. Semua fenomena ini menjadikan manusia itu suatu
yang unik. Manusia pada mulanya adalah satu tetapi kemudian dia telah berkembang dan
mengalami pelbagai peristiwa, perasaan takut, gembira, sedih dan lain-lain sehingga
menyebabkan manusia telah kehilangan bahagian-bahagian tersebut. Kemudian manusia
cuba berusaha memperlengkapkan semula gestaltnya dengan menyatukan kembali
bahagian-bahagian yang terpisah itu ke satu unit yang menyeluruh.
Secara umumnya, terapi gestalt telah mempersepsikan manusia adalah
bertanggungjawab terhadap tindakan-tindakan yang dibuatnya. Terapi ini memberi fokus
kepada masa sekarang here and now. Perls telah mengatakan bahawa, sekira seseorang
itu selalu memikirkan masa depan maka ia akan mengalami anxiety. Oleh itu Perls telah
menekankan kewujudan di dunia sekarang( being in-the world dan berfokus kepada diri
sendiri serta bersedia untuk merasai kewujudan pada masa sekarang. Konsep gestalt lebih
menekankan aspek tingkah laku manusia pada masa sekarang dan diakui oleh banyak
cendikiawan dalam pelbagai bidang. Diantaranya Thackeray dan rakan-rakannya (1979:264-
265) telah memetik puisi Clyde Reid yang bertajuk Celebrate You.
Celebrate You
It doesnt matter your age, or your color, or whether your
Parents love you or not (maybe they wanted to but
Couldnt).It belongs to the past, you belong to the now.
It doesnt matter what you have been. The wrong youve done.
The mistakes youve made. The people youve hurt.
Youve forgiven. You are accepted.
Youre akay. You are loved in spite of everything.
So love yourself , and nourish the seeds within you.
Celebrate now.
Begin now
Start anew. Give yourself a new birth.
Today
You are you, and that is all you need to be
You are temporary, here today and gone tomorrow.
But today
Today can be a new beginning, a new thing , a new life.

- Clyde Reid

Sir Willian Osler (dalam Thackery et.el., 1979:265) telah menulis , The chief worries of life
arise from the foolish habit of looking before and after, dan beliau terus memberi nasihat,
Live neither in the past nor in the future, but let each days work absorb all your interest ,
energy , and enthusiasm. The best preparation for tomorrow is to do todays work superbly
well.

3.2 Latar Belakang Tokoh

Frederick Salomon Perls merupakan tokoh utama dalam memperkembangkan terapi


Gestalt. Beliau dilahirkan di Berlin, Jerman pada tahun 1893. Beliau berbangsa Yahudi dan
dari keluarga kelas pertengahan bawah (lower-middle-class family). Perls merupakan
seorang kanak-kanak yang selalu tidak menyenangkan hati orang tuanya dan dianggap
pencetus dan penyebab pelbagai masalah kepada keluarganya (Corey, 1996).
Perls pernah dibuang sekolah kerana masalah disiplin. Dia juga gagal dua kali dalam
peperiksaan Gred Tujuhnya. Walaupun begitu dengan usaha gigihnya beliau berjaya
meneruskan pengajiannya sehingga mendapat ijazah doktor perubatan dalam bidang
psikiatri pada tahun 1921. Pada tahun 1916, Perls telah menyertai Angkatan Tentera
Jerman dan bertugas sebagai pelajar doktor perubatan pada waktu Perang Dunia Pertama.
Selepas Perang Dunia Pertama, Perls telah bekerja dengan Kurt Goldstein di
Goldstein Institute for Brain Damaged Soldiers di Frankfurt. Ketika di Institut ini beliau
telah menyedari bahawa betapa pentingnya manusia dilihat secara keseluruhan dan
bukannya bahagian-bahagian yang terpisah-pisah. Perls kemudian telah berpindah ke
Vienna dan memulakan latihannya dalam bidang Psikoanalisis. Di sini Perls dianalisis oleh
Wilhelm Reich, iaitu seorang pakar psikoanalisis yang memulakan kaedah pemahaman diri
dan perubatan personaliti dengan menganalisis tubuh manusia yang dirawat. Perls juga
telah diselia oleh beberapa orang tokoh pengamal terapi psikoanalitik termasuklah Karen
Horney.
Pada tahun 1946, Perls telah berpindah ke Amerika Syarikat dan telah
meninggalkan amalan dan tradisi Psikoanalitik.Pada tahun 1952, Perls telah menubuhkan
New York Institute for Gestalt Therapy. Kemudian beliau telah menetap di Big Sur, California
dan menganjurkan beberapa seminar dan bengkel di Esalen Institute. Di sini beliau telah
mengukir nama sebagai innovator(penambahbaik) dalam bidang psikoterapi. Beliau juga
telah dikagumi bukan sahaja kerana tulisan-tulisan profesionalnya tetapi hubungan
peribadinya dengan peserta-peserta dalam bengkel dan seminar yang dianjurkannya.
Perls merupakan seorang yang mementingkan keperluan hidup dan mempunyai
sifat-sifat yang membingungkan vital and perplexing. Beliau sering dilihat sebagai manusia
yang mengkagumkan , menggerunkan dan yang ditakuti, kasar serta mengutamakan
kehendak sendiri dalam penampilannya.
Perls dilihat oleh kebanyakan orang pada masa itu sebagai orang mempunyai celik akal
yang tinggi insightful, bijak witty, cerdas bright, provokatif, manipulatif, memusuhi, mendesak
demanding dan berinspirasi inspirational.

3.3 Pandangan Terapi Terhadap Kejadian Manusia:


Terapi Gestalt telah memberikan penekanan terhadap isu-isu yang berkaitan dengan
manusia secara holistik. Manusia dilihat mempunyai satu kompasisi yang terdiri dari
bahagian-bahagian yang saling berhubungkait di antara satu sama lain seperti perasaan,
fikiran, dan tingkah laku yang saling berinteraksi dan bergerak balas secara aktif dan bukan
berasingan. Pada asasnya terapi ini telah melihat manusia itu mempunyai sifat tabii
berdasarkan falsafah kewujudan(existentialism) dan fenomenologi.
Menurut Gladding (1988), pandangan terapi terhadap manusia dilihat berakar umbi
dalam falsafah kewujudan dan fenomenologi. Ketulenan pengetahuan adalah hasil daripada
bukti serta merta di dalam pengalaman setiap individu. Sasaran terapi bukan untuk
menganalisa tetapi melihat hubungkait konflik yang ada di dalam diri individu. Proses
dipunyai semula adalah sebahagian daripada diri sendiri dan pelbagai proses atau langkah
demi langkah sehingga klien cukup kuat membawa dirinya atau menghadapi pertumbuhan
diri. Dengan menyedari mereka boleh membuat pilihan yang tepat dan oleh itu mampu
menjalani kehidupan yang lebih bermakna.
Antara pandangan-pandangan terapi Gestalt terhadap manusia ialah:
a. Manusia adalah satu organisma yang bersepadu atau saling berhubung
kait di antara satu sama lain yang terdiri daripada fizikal, mental ,
spiritual dan emosi. Semua kompenan ini berfungsi secara keseluruhan
atau berada dalam satu kesatuan. Pada hakikatnya manusia yang sihat
akan berperasaan , mempunyai fikiran dan bertingkah laku secara sihat,
jelas dan bersepadu.
b. Manusia juga dilihat mempunyai tanggungjawab , berkebolehan,
mempunyai bakat dan keupayaan untuk menguruskan diri, merasai dan
berupaya menyatukan segala perasaan dan pengalaman dalam
keadaan diri yang bersepadu. Namun ketika proses pembesaran,
pertumbuhan dan perkembangannya maka berlaku masalah yang
menyebabkan wujudnya kebuntuan dan sukar ditangani.
c. Manusia dilihat sebagai sebahagian dari persekitaran yang saling
berinteraksi antara satu sama lain. Objek atau orang dalam persekitaran
yang memuaskan keperluannya akan memperoleh katarsis positif
manakala yang menghalang kepuasan itu akan memperoleh katarsis
negatif. Sekiranya individu itu dapat atau berusaha mendampingi
katarsis positif dan mengelak katarsis negatif, maka gestalt individu itu
akan menjadi sempurna. Kejayaan ini membolehkan individu tersebut
menumpukan perhatiannya kepada perkara lain yang akan menjelma
dalam interaksi atau konfigurasi baru.
d. Manusia dipercayai mempunyai naluri seks dan naluri lapar bagi
meneruskan zuriatnya. Naluri lapar akan berkembang mengikut tahap-
tahap yang tertentu dan setiap tahap mempunyai ciri-ciri personaliti dan
perkembangan diri yang berbeza.
e. Setiap individu mempunyai realiti mereka tersendiri yang dipetik dan
dipilih daripada realiti objektif yang wujud di dalam dunia nyata. Pilihan
ini akan dijadikan pula sebagai realiti subjek hidup masing-masing.
Manusia dapat menumpukan perhatian kepada aspek yang berkaitan
dengan minat dan keperluan masing-masing pada suatu ketika tertentu
sahaja dan ia tidak dapat bertindak kepada keseluruhan
persekitarannya.
f. Manusia juga mempunyai kecenderungan bagi mencapai perimbangan
atau homeostasis. Dalam ertikata yang lain sekiranya berlaku gangguan
kepada perimbangan akibat munculnya keperluan maka akan wujudlah
mekanisma-mekanisma yang akan berusaha mencapai perimbangan.
g. Teori ini juga berpendapat bahawa manusia sebenarnya lengkap dan
berkemampuan untuk menyesuaikan diri dengan apa yang berlaku pada
mereka. Apa yang mereka alami adalah akibat daripada matlamat dan
tujuan diri sendiri. Dengan itu manusia boleh mengendalikan
tanggungjawab peribadinya sebagai manusia yang berguna, personaliti
yang sihat yang lahir daripada pengalaman hidup yang bermakna.
Pendekatan ini telah menekankan kepada situasi semasa dan menikmati
sepenuhnya apa yang ada.
h. Manusia juga boleh mengendalikan diri sendiri dengan berkesan
sekiranya mereka menyedari apa yang berlaku disekitarnya.Terapi ini
memberi halangan dan cabaran untuk mendapatkan pengetahuan dan
kesedaran supaya mendapat kehidupan yang lebih bermakna. Individu
dijangka mempunyai kebolehan bagi membantu diri serta mengambil
peluang menjalankan terapinya sendiri.
Pada dasarnya teori gestalt mengandaikan bahawa manusia boleh menghadapi
persoalan hidupnya terutama jika mereka mengetahui apa yang berlaku
dipersekitarannya. Oleh itu untuk mencapai perkembangan diri individu , terapi ini
telah menyediakan persekitaran yang sepatutnya dan cabaran-cabaran untuk
menolongnya ke arah kewujudan dan sebenar atau lebih penting dan mencabar.
Corey (1996), telah mengatakan bahawa terapi Gestalt menggunakan
pendekatan Eksistensial atau Fenomenologi yang diasaskan kepada premis bahawa
manusia mesti mencari jalan hidupnya dan bertanggungjawab terhadap dirinya
sendiri sekiranya dia mahu mencari kematangan.
Oleh itu Teori Gestalt telah menekankan kepada kesedaran individu kepada
prinsip di sini dan sekarang. Ia memberi perhatian khusus kepada jenis-jenis
tingkah laku yang tersekat perkembangannya dan bagaimana tingkah laku itu
menjadi sedemikian sehingga organisma tidak boleh berfungsi dengan berkesan
pada masa sekarang.

3.4 Konsep-Konsep Utama terapi

3.4.1 Saat-saat Sekarang;


Pendekatan Teori Gestalt telah memberikan penekanan kepada isu-isu yang berkaitan
dengan kemanusiaan secara keseluruhan. Pada asasnya teori ini melihat sifat tabii manusia
berdasarkan kepada falsafah kewujudan dan fenomenologi. Pendekatan ini memfokuskan
kepada kesedaran individu dalam menerima tanggungjawab peribadi dan perseorangan.
Jika seseorang itu boleh membuat pilihan maka kehidupannya menjadi lebih bermakna.
Andaian asas teori ini ialah individu boleh mengendalikan masalah dirinya sendiri
dengan berkesan sekiranya mereka sedar apa yang berlaku disekelilingnya. Kaunselor
terapi Gestalt berpendapat manusia sebenarnya lengkap dan berkemampuan
menyesuaikan diri dengan apa yang berlaku padanya. Manusia boleh mengendalikan
tanggungjawab peribadinya dan hidup sebagai manusia yang berguna.Naranjo (1970) telah
menekan sembilan perkara penting dalam terapi Gestalt :
i. Hidup pada masa sekarang. Fokus pada masa sekarang.
ii. Tinggal di sini. Uruskan dengan perkara yang hadir dan bukan dengan
yang tidak hadir.
iii. Hentikan pemikiran yang bukan-bukan .Cuba lihat dan mengalaminya.
iv. Hentikan khayalan . Alamilah yang sebenar.
v. Nyatakan dan bukan cuba beri alasan.
vi. Cuba alami perasaan yang menyakitkan seperti juga apabila kita
mengalami keseronokan.
vii. Jangan menerima perkataan yang sepatutnya.
viii. Pikullah tanggungjawab terhadap tindakan perasaan dan pemikiran
sendiri.
ix. Terima diri anda yang sebenar.

Terdapat beberapa konsep asas yang perlu difahami dalam pegangan dalam teori Gestalt.
Antaranya ialah :
Di sini dan kini Here and now
Pendekatan ini memberikan penekanan kepada apa yang dirasai pada masa
kini dan pada ketika ini. Perbincangan di sini dan kini bertumpu kepada isu
bagaimana dan sekarang, bukannya isu-isu yang berkaitan dengan mengapa,
bila, masa lepas ,atau masa akan datang . Mengikut terapi Gestalt, adalah
merugikan atau tidak berguna sekiranya kita asyik bercakap atau berbincang
mengenai perkara yang sudah lepas atau pada masa lampau. Masa yang
lampau merupakan perkara-perkara yang telah pun berlaku dan tidak dapat
diubah lagi dan hanya menjadi milik individu yang berpenyakit yang suka
merintih nasib yang lalu.
Masa akan datang merupakan suatu yang belum pasti dan tidak perlu diberi
perhatian kerana bimbangkan masa yang akan datang hanya akan merugikan
potensi diri manusia itu sendiri. Namun, pengalaman masa lampau yang
signifikan boleh dikaitkan dengan apa yang dirasai dan dialami masa kini. Dalam
erti kata yang lain, individu itu perlu diajak pengalamannya yang lampau kepada
situasi masa kini dan cuba melahirkan perasaan yang dirasai pada masa itu.
Namun, perbincangan pengalaman masa lampau tidak dibenarkan kerana itu
akan menjadi alasan bagi mengelakkan dirinya daripada berhadapan dengan
perasaan dan peranan yang dipertanggungjawabkan.
Dalam teori ini, kaunselor atau pembantu kepada klien perlu menggunakan
soalan-soalan apa dan bagaimana sahaja untuk mendorong klien
menumpukan perhatian mereka kepada pemikiran perasaan dan pengalaman
masa kini dan di sini. Bagi terapis Gestalt, pengalaman masa kini dan perasaan
masa kini amat penting kerana ialah yang menyebabkan masalah bagi
seseorang individu itu wujud. Soalan-soalan seperti kenapa atau mengapa
adalah hendaklah dielakkan kerana soalan-soalan ini akan menggalakkan klien
menggunakan helah bela diri defense mechanism seperti intelektualisasi dan
huraian kognitif.
Selain itu, untuk mendorong klien menumpukan perhatian kepada masa kini,
terapis juga tidak akan membenarkan klien bercakap mengenai pengalaman-
pengalamannya. Bercakap mengenai merupakan proses intelektualisasi yang
gagal bagi mendorong seseorang untuk menyatakan apa yang sebenarnya yang
dirasai dan dialaminya masa kini. Terapi ini yakin bahawa, melalui curahan
perasaan sahajalah akan dapat membantu dan mendorong seseorang itu
merasai atau mengalami ketidaklengkapan perasaan dan pengalamannya.

3.4.2 Perkara Yang Belum atau Tidak Selesai (Unfinished business)


Konsep ini mempunyai kaitan rapat dengan hukum perlindungan atau
persembunyian diri Closure sebagai suatu situasi yang akan memberikan pengertian
kepada bahagian-bahagian yang dipersepsikan oleh individu tersebut. Tanpa
perlindungan dan persembunyian ini dan ditambah pula dengan penyempurnaan
closure, kadang-kadang sesuatu tanggapan itu tidak ada pengertian dan akan
tinggal tergantung atau terbengkalai dalam diri individu tersebut. Perkara ini turut
berlaku pada sistem pemikiran dan perasaan manusia.
Walau bagaimanapun , dalam keadaan tertentu perasaan seperti marah, benci,
sedih, bersalah, dan sebagainya tidak dapat dilepaskan lantaran sesuatu sebab.
Implikasinya, perasaan-perasaan akan sentiasa terbuku di dalam sistem diri atau
tubuh badan manusia. Seterusnya perasaan ini akan mengganggu kita dalam
menjalani kehidupan sehari-harian tanpa disedari selagi ia tidak dilepaskan dan
disempurnakan. Dengan itu, teori Gestalt telah menggalakkan kliennya supaya
melepaskan apa-apa perasaan yang terpendam di dalam hati supaya ia tidak lagi
mengganggu cara seseorang berfungsi masa kini.

Terdapat juga konsep-konsep lain dalam teori Gestalt.Antaranya:


a. Konsep Kesedaran awarenes
Konsep ini mengutamakan kesedaran yang luas tentang apa yang
difikirkan dan dialami oleh individu.
b. Kebimbangan disebabkan oleh jurang antara waktu sekarang dan masa
lalu.
Masa lalu dianggap penting apabila ia berhubungkait dengan perkara-
perkara yang berguna bagi seseorang itu berfungsi pada masa kini.
c. Scape Goat
Alasan untuk mengurangkan kebimbangan dan mengelakkan
tanggungjawab sekarang. Seseorang individu itu cuba lari dari perasaan
dan masalahnya yang sebenar dengan memanipulasikan menerangkan,
memberi justifikasi atau membuat penilaian tentang masalahnya.

d. Catastrophy
Kebimbangan yang melampau tentang masa akan datang.

e. Sentiasa Berkhayal dan Berfantasi


Klien akan cuba melindungi masalahnya yang sebenar dengan berkhayal
atau berfantasi tentang perkara-perkara yang tidak wujud.

f. Pertumbuhan dan Kematangan


Konsep ini melihat pertumbuhan dan kematangan sebagai satu proses
dalam diri seseorang individu dan bukan satu matlamat yang ingin dituju.

Oleh itu, Terapi Gestalt menekankan tentang kesedaran masa kini dan di sini. Ia
memberi perhatian yang khusus kepada jenis-jenis tingkah laku yang tersekat
perkembangannya dan bagaimana tingkahlaku ini menjadi sedemikian. Matlamat yang ingin
dicapai melalui proses terapi ini ialah bagaimana seseorang individu itu menerima
tanggungjawab ke atas dirinya sendiri, hidup untuk masa kini dan mengalami kehidupan
secara konkrit dengan sepenuh-penuhnya terutama sekali dari segi perasaan.

3.5 Matlamat Terapi :


Matlamat Teori Gestalt adalah bertujuan untuk mewujudkan kesedaran yang tinggi
dalam diri individu kepada realiti dunia hari ini yang bersifat di sini dan sekarang. Antara
matlamat umum Terapi Gestalt ialah:
Memberi kesedaran kepada individu bahawa mereka mempunyai
tanggungjawab yang tersediri. Teori ini juga membuatkan individu supaya
lebih berdikari, tidak bergantung kepada orang lain, dan menyedarkan
mereka bahawa mereka mampu melakukan perkara-perkara yang jauh lebih
baik daripada apa yang disangka mereka sendiri.
Membantu individu lebih mengenali diri sendiri dengan lebih mendalam tanpa
perlu berusaha untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran atau dengan
lain perkataan tidak perlu mengikut atau menyesuaikan diri mereka dengan
masyarakat tersebut.
Perls berpendapat bahawa setiap manusia mempunyai banyak potensi tetapi
disebabkan halangan yang banyak dalam hidupnya maka ia tidak berjaya
mengalami hidupnya dengan sempurna. Oleh itu teori Gestalt akan cuba
membantu individu agar ia dapat mengalami dan merasai nikmat hidupnya
dengan lebih sempurna.
Membantu individu agar dapat merasai dan menyedari segala perasaan dan
pengalaman mereka masing-masing. Hanya dengan merasa dan menyedari
perasaan dan pengalamannya maka seseorang itu akan berusaha ke arah
mengubah personaliti atau diri mereka sendiri. Hanya dengan cara ini maka
gestaltnya akan menjadi lengkap. Oleh itu, dalam proses melengkapkan
perasaan-perasaan ini individu akan berdepan dengan perasaan yang tidak
lengkap, tertekan dan sebagainya. Perasaan ini akan berubah setelah
mengalami terapi ini dengan bersungguh-sungguh.
3.6 Peranan Kaunselor :
Menurut Peterson dan Nisenholz (1995), peranan kaunselor Gestalt ialah menolong
klien mengenalpasti halangan-halangan. Kaunselor bertanggungjawab memberi perhatian
sepenuhnya kepada pengalaman dan membawa kepada keadaan sekarang, tidak hanya
bercakap menterjemah tingkah laku orang lain. Sebaliknya kaunselor mengkonfrantasikan
pengalaman yang dialami dahulu dalam persekitaran sekarang dan berusaha mengalami
segala perasaan berasaskan saya-anda , bercakap dengan dan tidak mengenai
seseorang. Soalan-soalan hendaklah merujuk kepada kenyataan-kenyataan klien.
Penekanan hendaklah dibuat terhadap kesedaran pada bahasa bukan lisan, terutamanya
keseimbangan bahasa bukan lisan dan bahasa lisan.
Tugas utama kaunselor Gestalt adalah menolong klien dalam memudahkan proses-
proses menerima tanggungjawab dan mengintegrasikan dengan peningkatan kesedaran
kendiri. Matlamat ini boleh dicapai dalam beberapa cara. Pertama, kaunselor mesti
mengajar klien bagaimana belajar mengenai dirinya sendiri.
The therapist provides the person with the opportunity to discover what he need
the missing part that he has aliennated and given to the world. Then the therapist must
provide the opportunity, the situation in which the person can grow
(Perls, 1969 dalam Peterson dan Nisenholz,1995)

Bagi melakukannya, kaunselor mesti mempelajari mengenai kliennya dalam setting di sini
dan sekarang , bukan sebagai satu susunan tanda-tanda atau hasil daripada sejarah
hidup lalu. Dia mengelakkan interpretasi ,kenyataan , malah komunikasi yang empatik.
Sesungguhnya , dia meneliti maksud tersembunyi disebalik kenyatan-kenyataan klien- his
expressions, gestures, dan apa yang Perls sebutkan psychosomatic language klien,
Tugas terapis juga adalah menolong klien melihat dirinya secara keseluruhan. Satu
cara yang dilakukannya ialah dengan menolong klien memahami dalam perhubungannya
dengan alam persekitarannya.
demonstrate loss of contact with the environment by means of brief exercises that
require the (client) to examine various aspects of his behavior and world that are rarely
axamined closely.
(Denner , 1968 dalam Peterson dan Nisenholz, 1995)
Terapis Gestalt juga merupakan seorang guru dari sudut yang berbeza. Kaunselor
tidak hanya cuba mendedahkan klien dengan kewujudannya dalam dunia nyata tetapi lebih
dari itu ia memandu klien terhadap kewujudannya, berintegrasi antara ransangan tanggapan
dan perasaan keseluruhan sebagai individu.
Pengamal Gestalt secara langsung akan menggunakan prinsip-prinsip daripada
psikologi gestalt dalam usaha menolong klien memahami pelbagai bentuk persamaan untuk
diagnosis. Kaunselor memfokuskan kepada klien pada setiap detik, pergerakan, isyarat,
lisan dan bukan lisan yang menunjukkan bagaimana kesemuannya memberikan gambaran
tentang diri klien.Kaunselor Gestalt juga bertindak sebagai seorang pemangkin catalyst
terhadap pertumbuhan klien. Dia mengelakkan diri daripada penglibatan secara langsung
untuk mencapai kehendak klien tetapi memberikan bimbingan yang lemah lembut dan
dengan pengaruh yang dinamik dia membantu klien membuat pilihan-pilihan yang sesuai
dan bijaksana

3.7 Peranan Klien :


Kaunselor Gestalt percaya bahawa klien datang membawa bersamanya keengganan
dan penentangan resistance. Dalam pendekatan Gestalt, resistance adalah berperanan
sebagai perluahan yang aktif terhadap gaya hidup, dan kaunselor membenarkan klien
menunjukkan sepenuhnya penentangan yang dimilikinya dengan kepercayaan bahawa
dengan menyedari penentangan ia boleh membawa kepada pemulihan daripada
pembinasaan (Peterson dan Nisenholz, 1995). Klien digalakkan untuk mempertahankan
diri.
Klien juga hendaklah terlebih dahulu menentukan matlamatnya apabila hendak
mendapatkan perkhidmatan kaunseling. Sekiranya ia inginkan sesuatu perubahan dalam
perasaan dan tingkah lakunya maka ia hendaklah bertanggungjawab bagi menentukan
sejauh mana perubahan yang hendak dilakukannya. Ini kerana matlamat terapi Gestalt
ialah menyediakan klien agar dapat bertindak secara autonomi dan bertanggungjawab.
Klien juga dikehendaki untuk lebih mengalami daripada mengintelektualisasi.
Keadaan ini penting untuk klien bersedia mendedahkan dirinya kepada mengalami semula
secara terus terhadap apa yang telah dirasakannya. Ini bersesuaian dengan cara Gestalt
mentafsirkan mimpi-mimpi, dalam menghadapi penentangan dan memahami secara
mendalam peristiwa-peristiwa lalu yang menyebabkan tekanan terhadap klien.

3.8 Teknik-Teknik :
Terdapat banyak teknik yang digunakan oleh terapi Gestalt dalam membantu
menyelesaikan persoalan yang dialami oleh klien. Di antaranya ialah:

3.8.1 Kerusi Kosong/Permainan Berdailog


Terapi Gestalt membuat andaian bahawa sesuatu konflik yang wujud di dalam diri
seseorang individu itu adalah hasil daripada pertikaian di antara Top Dog dengan
Under Dog dua bentuk fungsi yang wujud dalam personaliti.
Top Dog merupakan unsur yang menekankan kedudukan autoritarian ,
moralistik, mendesak dan sebagainya. Ia adalah merupakan unsur ibu bapa yang
sering mengkritik dan yang selalu menekankan perkataan seperti patut dan harus.
Under Dog pula merupakan unsur yang menyoal mangsa di dalam sesuatu
keadaan dan kerana peranan yang dimainkannya , ia sering bersikap membela diri,
selalu meminta maaf, tidak berdaya dan lemah. Ia sering memberi alasan-alasan
bagi kelemahan-kelemahan dirinya dan perananya. Bagi menyelesaikan pertikaian
dan konflik ini, terapi Gestalt mencadangkan teknik berdialog dengan menggunakan
pendekatan kerusi kosong.
Terdapat dua matlamat yang ingin dicapai melalui teknik ini.
a. Supaya setiap unsur ini merasa dam memahami peranan unsur yang lain.
b. Dengan merasai, menyedari dan memahami, maka kedua-dua unsur ini
dapatlah hendaknya menerima unsur-unsur yang berlawanan dalam
personalitinya tanpa perlu pertikaian dan konflik lagi.

3.8.2 Sayalah Yang Bertanggungjawab Bagi...


Matlamat teknik ini ialah :
a. Untuk menolong klien menyedari dan merasai perasaan tertentu.
b. Klien menerima perasaan itu tanpa memprojeksikannya kepada orang lain.
Apabila klien berjaya berbuat demikian maka ia sudah bersedia untuk
bertanggungjawab bagi perasaan , pemikiran dan tingkah lakunya.

3.8.3 Saya Ada Satu Rahsia


Teknik ini memerlukan individu berfantasi bahawa ia mempunyai satu rahsia yang
tidak mahu diketahui oleh orang lain. Andainya rahsia ini dibuka kepada orang lain
maka ia hendaklah cuba bayangkan bagaimana ia sendiri akan terasa dan
bagaimana orang lain akan bertindak balas terhadapnya.
Teknik ini akan dapat membuka peluang kepada individu itu merasakan
sendiri perasaan bersalah dan malu yang dirasai jika rahsia yang disimpan dengan
ketat itu diketahui orang. Teknik ini juga membolehkan kaunselor meneroka sebab-
sebab mengapa seseorang itu menyimpan rahsia serta kebimbangan-
kebimbangannya dan melalui usaha sebegini ia akan berjaya memupuk kepercayaan
klien terhadap kaunselor.
3.8.4 Bermain Dengan Projeksi
Projeksi adalah merupakan salah satu usaha atau tindakan yang dilakukan oleh
hampir setiap orang bagi menafikan sifat-sifat yang tidak disukainya dalam dirinya.
Penafian ini dilakukan dengan memprojeksikan sifat-sifat atau ciri-ciri itu kepada
orang lain.

3.8.5 Permainan Melebih - lebih


Sesuatu perasaan yang dirasai boleh dilahirkan melalui gerak-geri atau bahasa
badan atau melalui lisan.
Teknik ini dilakukan dengan individu yang akan merasai sesuatu akan
menggalakkan melahirkan perasaan itu dengan lebih hebat lagi sama ada melalui
lisan atau pun melalui gerak-geri. Misalnya, sekiranya ia merasa gementar lutut
maka ia akan digalakkan untuk mengementarkan lututnya dengan lebih hebat lagi.
Seandainya sesuatu perasaan itu dilahirkan melalui bahasa , ia digalakkan untuk
mengulangi lafaznya dan setiap kali ianya dilafazkan ia hendaklah menambahkan
kelantangan dan kenyaringan.
Teknik ini bertujuan supaya klien dapat merasai , menyedari dan mendengar
apa yang sedang dirasai dan difahaminya.

3.8.6 Kekalkan Dengan Sesuatu Perasaan


Apabila seseorang klien melahirkan sesuatu perasaan yang menyakitkan
dirinya maka ia kelihatan akan cuba lari dari perasaan itu. Disaat inilah kaunselor
perlu menggalakkan kliennya untuk terus meneroka perasaan yang menyakitinya,
terus merasai dan terus mengalaminya.
Teknik ini sememangnya tidak semudah yang hendak dilakukan kerana
tindakan ini akan memaksa klien untuk membasmi sebarang ingatan atau sekatan
yang selama ini digunakannya untuk menyekat perasaan itu. Teknik ini juga
memaksa individu itu berdepan dan berkonfrantasi bagi merasai perasaan itu. Ini
memerlukan keberanian dan kesanggupan serta kerelaan diri klien untuk
menanggung penderitaan dan untuk mencari jalan baru untuk berkembang.

3.8.7 Making The Round


Teknik ini selalu digunakan di dalam kelompok individu yang menyertai
kaunseling kelompok. Setiap ahli digalakkan untuk menyatakan dengan jujur apa
yang dirasai mereka. Ia boleh berbentuk konfrantasi atau menceritakan mengenai
diri sendiri atau pun mencuba sesuatu tingkah laku tertentu.
Diharapkan tindakan sebegini membolehkan individu bersedia mengambil
risiko untuk mengubah dan bersedia untuk terus berkembang.

3.8.8 Permainan Raptai


Terapi Gestalt berpendapat bahawa dalam kehidupan seseorang individu ia
sering melakukan raptai di dalam dirinya atau secara fantasi dengan tujuan untuk
menyusun segala tindakan yang bersesuaian dan diterima oleh masyarakat. Dalam
usaha ini seseorang individu akan mengalami perasaan takut, bimbang, risau dan
sebagainya. Keadaan ini berlaku kerana individu itu tidak pasti apakah yang sebenar
akan diperolehi dari masyarakatnya.
Untuk mengurangkan ketakutan, kebimbangan dan kerisauan di dalam
kelompok maka setiap ahli digalakkan menceritakan raptainya kepada yang lain dan
seterusnya mendengar raptai orang lain. Akibat daripada pelbagai raptai telah
ditonjolkan oleh ahli kelompok diharapkan klien akan merasa lega dan tenang.
3.9 Aplikasi Terapi Gestalt Dalam Amalan Kaunseling :
Perls telah menyatakan bahawa terapi Gestalt akan membantu proses pertumbuhan
klien dan memperkembangkan potensi-potensi mereka yang berada pada landasan yang
betul.

Beliau berkata ;
We have a very specific aim in Gestalt Therapy, and this is the same aim that exist
verbally in other forms of therapy, in other of discovering life. The aim is to mature, togrow
up.
(Kita mempunyai tujuan khusus /khas dalam terapi Gestalt sama bentuk dengan terapi-
terapi lain yang wujud secara lisan dan menerokai hidup. Tujuannya ialah untuk kematangan
dan pertumbuhan)
Kaunselor yang mengamalkan terapi Gestalt biasanya menggunakan beberapa
strategi yang mencabar bagi membantu klien menghapuskan halangan-halangan kepada
pengalaman di sini dan sekarang. Kebanyakan strategi ini agak dramatik.
Perls mengatakan bahawa, usaha ke arah mengalami dan merasai sepenuhnya
sesuatu pengalaman adalah tanggungjawab seseorang individu. Hanya individu itu sendiri
yang boleh menyelesaikan masalahnya dengan berkesan. Kaunselor hanya bertugas
sekadar membantu klien supaya dapat mengalami sepenuhnya keadaan masa kini dengan
mengajak klien menyedari langkah-langkah yang dia sendiri lakukan dalam usaha menyekat
dirinya dari merasai dan mengalaminya.Dengan itu, klien harus berusaha mentafsirkan
perasaan dan pengalamannya dan memberikan makna tertentu tentang apa yang dirasai
dan dialaminya.

3.10 Sumbangan Dan Limitasi :


3.10.1 Sumbangan
a. Sumbangan terapi Gestalt adalah untuk mendorong klien memberikan perhatian kepada
kewujudan existentialism. Penekanan juga diberikan terhadap keseluruhan dan
kesepaduan tingkahlaku. Pendekatan ini memperkenalkan gerak-geri dan bahasa tubuh
badan non verbal behavior sebagai salah satu sumber pengetahuan mengenai diri
seseorang.
b. Terapi Gestalt juga membolehkan seseorang individu mengalami dengan sebenar-
benarnya perasaan dan tidak sekadar bercakap mengenainya sahaja. Terapi ini
mempunyai pelbagai teknik untuk mencapai matlamat untuk menambahkan kesedaran
diri individu.
c. Terapi Gestalt memberikan cara yang mencabar klien. Ia tidak membenarkan klien
merasa putus asa dan dijadikan alasan untuk tidak mahu berubah. Klien diberi peluang
yang sebanyak mungkin untuk berubah.
d. Terapi Gestalt mengkaji masa lampau individu dengan cara yang menarik dan
mengiktirafkan kepentingannya. Dengan cara ini seseorang individu akan menjadi lebih
sedar akan perasaannya dan berupaya untuk hidup sepenuhnya dengan cara
mengatasi semua perasaan masa lampau yang telah menghalang kemajuannya.

3.10.2 Limitasi:
Corey (1990) menyatakan bahawa terdapat beberapa limitasi dalam terapi gestalt.
Terapi ini mempunyai kecenderungan mengetepikan unsur kognitif. Perls telah
mengurangkan faktor intelektual dalam personaliti. Kenyataan Perls lose your mind and
come to your senses bertentangan dengan terapi kognitif .Penekanannya terhadap
pengalaman yang dialami serta tubuh badan menyebabkan Perls telah terkeluar daripada
kontinum terapi tradisional pada masa itu.
Terapi Gestalt yang menekankan perasaan dan bahasa badan dan mengetepikan
faktor kognitif mungkin tidak seimbang dalam mewujudkan hubungan teraputik secara
optima. Walau pun ianya tidak memfokuskan kepada proses kognitif dalam perkembangan
awal terapi gestalt, terdapat keperluan terhadap faktor ini dan digabungkan dengan
perasaan dan kognitif dalam pengalaman manusia.
Terapi Gestalt juga dikritik kerana kurang kajian yang menunjukkan keberkesanan
dalam pelaksanaannya. Simkin ,1982 (dalam Corey, 1990) telah menyatakan bahawa
keseluruhan terapis Gestalt mengutamakan perlaksanaan daripada peningkatan. Keadaan
ini dikatakan mungkin akan berubah pada tahun 1980an tetapi Corey menyatakan kadaan
ini tidak pun berubah dalam tahun 1980 an .
Kottler dan Brown (1996) ,menyatakan kaunseling Gestalt telah dkritik kerana
teorinya yang kurang jelas dan asas empirikal yang terhad. Di antara kritikan yang diberikan
ialah :
kecenderungan kaunselor menjadi lebih bersifat manipulasi dan mengawal.
Ia kelihatan seperti gimik dan berpotensi tinggi berlaku penyelewengan.
Ia kadang kala boleh mendorong tingkah laku sendiri yand tidak
bertanggungjawab , dan
Terdapat sangat sedikit penekanan terhadap pencapaian kemahiran hidup
yang berguna dalam bentuk tingkah laku.
Shertzer dan Stone (1980), menyatakan bahawa terdapat hanya sedikit atau tidak
ada langsung kajian yang menunjukkan keberkesanannya. Shepherd 1970, (dalam
Brown dan Srebalus, 1996) menyatakan teknik-teknik Gestalt adalah tidak sesuai
digunakan kepada keseluruhan spektrum klien yang mendapatkan pertolongan. Hal
ini menyebabkan tidak begitu ramai terapis menggunakan pendekatan ini (Smit,
1982 dalam Brown dan Srebalus, 1996).
Terapi Gestalt juga gagal memperkembangkan teorinya dengan kukuh. Ia
hanya mengumpulkan teknik-teknik dan koleksi jargon yang digunakan ke atas klien.
Teknik-teknik ini mungkin disalahgunakan oleh kaunselor untuk tujuan manipulasi
daripada untuk menolong klien.

Kesimpulan :
Terapi Gestalt merupakan suatu pendekatan yang bertujuan untuk membantu
klien bagi membentuk personaliti baru yang lebih baik dan bertanggungjawab
terhadap diri mereka. Terapi ini juga mempunyai banyak kebaikan dan
kelemahannya seperti teori-teori yang lain. Untuk tujuan membantu klien, seseorang
kaunselor yang berkesan akan menggunakan teori-teori tertentu mengikut
kesesuaian dengan permasalahan klien bagi membantu klien. Jadi tidak hairanlah
sekiranya ada kaunselor yang menggabungkan beberapa pendekatan bagi
membolehkannya menolong klien seperti mana pernah dilakukan oleh Kastner dan
Newmann, 1986 (dalam Belkin,1988).
Terapi ini memberikan penekanan terhadap penggunaan pendekatan
eksistensial atau fenomenologi yang menekankan asas bahawa manusia perlu
mencari jalan dalam hidupnya dan bertanggungjawab pada dirinya sendiri sekiranya
ia mahu mencapai kematangan . Melalui kesedaran, manusia memperolehi
kefahaman diri dan pengetahuan untuk membantunya berubah. Terapi ini juga
melihat kepada fenomena kini dan di sini here and now Manusia dikatakan
mengalami konflik kerana terdapat perkara-perkara yang belum selesai. Oleh itu
manusia perlu berbincang perkara yang berlaku sekarang dan bukan masa yang
lampau dan memikirkan perkara yang lalu akan menambahkan kebimbangan.
Permasalahan manusia boleh di atasi dengan melihat secara keseluruhan
kefungsian kehidupan yang merangkumi perasaan, pemikiran dan tingkah laku yang
bersepadu.
4.0 TERAPI RASIONAL EMOTIF (RET)

4.1 Latar Belakang Tokoh


Teori ini dicipta oleh Albert Ellis. Albert Ellis dilahirkan pada tahun 1913 di
Pittsburgh, Amerika Syarikat . Beliau merupakan pelopor kepada terapi ini atau lebih
dikenali sebagai terapi A-B-C. Semasa beliau berumur 4 tahun , beliau telah berpindah ke
New York. Semasa zaman kanak-kanak, beliau sering mengalami gangguan kesihatan.
Pernah juga beliau dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan nefritis sebanyak 9 kali.
Ketika berumur 19 tahun pula beliau menghidapi penyakit renal glycosuria dan diabetes
semasa umur 40 tahun.
Ellis mempunyai kebolehan dalam memberikan perkhidmatan kaunseling. Beliau
bercita-cita ingin menjadi seorang pakar psikologi. Beliau telah mendapat ijazah dalam
program psikologi klinikal dari Teacher College, Colombia. Beliau mula mempratiskan
terapi perkahwinan, keluarga dan seks. Pada masa itu, Ellis yakin bahawa terapi
psikoanalisis merupakan suatu teori yang mengkaji manusia dengan begitu mendalam.
Pada awal tahun 1955,beliau telah menggabungkan Terapi Pemusatan Insan
dengan Terapi Tingkah laku untuk menghasilkan Terapi Rasional Emotif (RET). Kemudian
Ellis dikenali sebagai datuk (grandfather) terapi Tingkah laku Kognitif. Ellis cuba
memajukan pendekatannya dengan membuat kajian ke atas dirinya sendiri semasa usianya
masih muda. Sebagai contoh Ellis menghadapi Fobia apabila bercakap di hadapan
khalayak ramai, terutamanya di depan wanita. Semasa usianya 19 tahun, beliau telah
memaksa dirinya bercakap di hadapan 100 orang wanita dalam tempoh sebulan di Bronx
Botanical Gardens. Malangnya tiada seorang pun di kalangan wanita tersebut yang berjaya
dipikatnya. Tetapi beliau dapat menguasai masalah yang dihadapinya selama ini. Bahkan
beliau merasa seronok dan telah mendapat pengalaman bercakap dan menjalankan aktiviti
dikhalayak ramai. Dia berjaya menyampaikan ceramahnya dengan penuh berkeyakinan,
berkesan, bertenaga dan dipenuhi dengan unsur-unsur gurauan. Situasi ini telah diakuai
oleh orang-orang yang pernah mengikuti ceramahnya.
Ellis juga banyak menulis buku mengenai kaunseling dan psikoterapi.Dalam
kesibukan yang dihadapinya, beliau sempat memberikan perkhidmatan kaunseling individu
kepada 80 orang klien dan 5 kumpulan terapi dalam seminggu dan juga dapat
menyampaikan ceramah dan bengkel sebanyak 200 kali kepada golongan profesional
serta orang ramai setiap tahun. Beliau juga telah menerbitkan lebih daripada 50 buah dan
700 artikel berkenaan dengan teori dan aplikasi RET.

4.2 Latar Belakang Terapi


Terapi Rasional Emotif (RET) atau juga dikenali sebagai terapi A-B-C adalah
merupakan suatu teori yang mempunyai kelainan dengan teori-teori yang lain terutamanya
teori psikoanalitik, teori pemusatan insan, Gestalt dan lain-lain lagi. Ini disebabkan oleh
kerana teori ini mementingkan kepada tiga aspek utama iaitu kognitif, emosi dan aspek
tingkah laku. Teori ini juga memberikan penekanan kepada pemikiran, penganalisaan,
penilaian, perlakuan dan membuat keputusan. Pendekatan ini juga bercorak didaktif atau
mengajar, mengarah dan mengutamakan kepada pemikiran daripada perasaan.
Terapi ini yakin tentang kewujudan sistem kepercayaan yang tidak rasional di dalam
diri setiap individu yang perlu dicabar dan diperbetulkan supaya dapat mewujudkan sistem
kepercayaan yang baik dan rasional. Dalam konteks ini, ia merupakan satu sistem
pendidikan semula yang mengajar individu untuk melihat sistem kepercayaan yang
menjadikannya sengsara dan digantikan dengan satu set kepercayaan yang lebih baik yang
membawa kesejahteraan dan kebahagiaan pada diri seseorang individu dan seterusnya
kepada orang yang signifikan dengannya.
Albert Ellis telah mencipta teori rasional emotif ini setelah beliau melihat bahawa
terapi psikoanalisis yang diamalkannya pada masa itu tidak begitu berkesan dan memakan
masa yang lama atau panjang. Beliau mendapati terapi RET lebih jauh berkesan ke atas
dirinya daripada terapi psikoanalisis. Dengan menggunakan teori RET, beliau telah berjaya
mencabar dan mematahkan sistem kepercayaan tidak rasional yang wujud dalam dirinya.
Terapi ini sangat sesuai digunakan dalam kaunseling individu dan kaunseling
kelompok.terutama dalam kaunseling seks dan keluarga.
Ellis membuat kesimpulan bahawa seorang kaunselor tidak perlu berjumpa dan
berbincang dengan klien dalam masa yang lama atau menunggu klien sehingga mereka
celik akal mengenai masalahnya. Bagi Ellis seseorang kaunselor harus mengetahui apa
cara untuk membantu kliennya dan tidak perlu membuang masa yang lama sehingga klien
menderita dan merana. Sepatutnya klien tersebut dapat menikmati hidup yang bahagia lebih
awal dari itu. Dengan menggunakan terapi RET, Elllis merasakan bahawa ianya berguna ,
lebih baik, lebih praktis untuk membantu klien.
Menurut Ellis , hubungan emosi dan pemikiran adalah berkait rapat dan tidak boleh
dipisahkan. Segala pemikiran dan kepercayaan yang tidak rasional itu berpunca daripada
proses pengaruh budaya dan pembelajaran . Manusia juga sangat suka mengamalkan
pemikiran yang tidak rasional dengan menyebut-nyebut dan bertindak secara tidak rasional.
Bagi Ellis, gangguan emosi adalah disebabkan oleh pemikiran-pemikiran yang tidak
rasional. Seorang kaunselor adalah bertanggungjawab mengubah segala pemikiran dan
perasaan ini melalui menyusun semula persepsi dan pemikiran dengan menggunakan
teknik-teknik tertentu agar klien tidak mempunyai fikiran tidak rasional.

4.3 Pandangan Terapi (RET) Tentang Sifat Manusia


George dan Cristiani (1995) telah mengandaikan bahawa manusia sebagai penilai ,
perunding dan pengawal diri. Gangguan emosi dan tingkah laku akan bermula apabila
manusia menganggap beberapa keutamaan seperti keinginan untuk disayangi, diperakui
kejayaan dan menganggap keutamaan tersebut sebagai keperluan yang utama. RET juga
memandang bahawa manusia dilahirkan dengan kecenderungan ke arah perkembangan
dan pengikhtirafan diri tetapi mereka akan mengkhianatinya disebabkan kecenderungan
untuk berfikiran tidak rasional dan contoh-contoh mengalah diri yang telah mereka pelajari.
Gerald Corey (1996) menjelaskan bahawa terapi RET berlandaskan kepada
andaian bahawa manusia dilahirkan dengan keupayaan untuk berfikiran secara rasional
dan tidak rasional. Manusia berupaya untuk memelihara dirinya, bergembira , berfikir,
menterjemahkan diri, sayang menyayangi, berkomunikasi dengan orang lain, berkembang
dan mengiktiraf diri sendiri. Manusia juga berkecenderungan untuk merosakkan dirinya,
tidak mahu berfikir, suka menangguh untuk membuat sesuatu, mengulangi kesilapan, tidak
sabar, mementingkan kesempurnaan semata-mata, selalu menyalahkan diri sendiri, cuba
mengelakkan pengikhtirafan dan pertumbuhan potensi. Fenomena ini meyakinkan terapi ini
dapat membantu manusia untuk menerima kembali diri mereka sendiri setelah melakukan
kesilapan dan belajar untuk hidup lebih harmonis.
.Hackey dan Cormier (1995) berpendapat bahawa RET, membuat andaian tentang
gangguan emosi manusia adalah disebabkan oleh pemikiran yang tidak rasional. Hubungan
antara emosi dan pemikiran terlalu rapat sehingga tidak boleh dipisahkan kedua-duanya.
Manusia juga dilahirkan dengan suatu potensi untuk berfikiran secara lurus dan rasional
dan juga secara tidak rasional. Manusia sendirilah yang menyebabkan dirinya merasa
terganggu dan gangguan itu bukanlah disebabkan oleh sumber-sumber luaran tetapi
berpunca dari diri individu itu sendiri.
Manusia mempunyai keupayaan untuk mengubah proses-proses kognitif, emotif dan
tingkah lakunya. Mereka boleh memilih untuk bertindak dengan cara yang berlainan
daripada pola tingkah laku yang normal. Mereka juga boleh memilih untuk tidak
membenarkan dirinya terganggu dan boleh melatih diri untuk mengalami gangguan yang
minimun selagi hayat masih ada.
Ee Ah Meng (1991) berpendapat bahawa terapi RET yang dikembangkan oleh Ellis
dalam tahun 1950 an adalah berdasarkan kepada kepercayaan bahawa manusia perlu
mengubah cara berfikir supaya boleh memperbetulkan pemikiran yang tidak rasional.
Baginya manusia dilahirkan dalam dunia yang tidak rasional dan manusia menjadi semakin
tidak rasional apabila berada dalam sistem kepercayaan mereka.
Muhd. Mansur Andullah dan Siti Nordinar Mohd. Tamin (1996 menyatakan terapi
RET lebih mirip kepada sifat pendidikan daripada perawatan. Oleh itu kaunselor perlu lebih
aktif dan mengarah dengan tepat disamping bersikap sebagai pengajar. Baginya
pendekatan RET berdasarkan andaian bahawa manusia mempunyai keupayaan bertindak
sama ada secara rasional atau tidak rasional. Keberkesanan dan kemungkinan produktif
adalah sangat penting tetapi tingkah laku yang tidak rasional pula boleh dihasilkan dalam
suasana tidak gembira dan tidak mendatangkan pengeluaran yang baik. Dia yakin sekiranya
manusia boleh menggunakan pemikiran yang rasional dalam mentadbirkan dirinya maka
tidak ada sesuatu dalam hidup ini yang tidak dapat diubah atau diperbaiki.
Suradi Salim (1996) mengandaikan bahawa manusia berupaya untuk berfikiran
rasional dan tidak rasional. Dalam pemikiran seseorang individu terdapat sistem
kepercayaan yang berkecenderungan untuk berfikir ke arah tidak rasional. Apabila sesuatu
peristiwa terjadi maka individu itu selalu mengandaikan suatu kepercayaan terhadap
peristiwa tersebut sama ada ianya baik atau sebaliknya. Manusia juga sering mempercayai
tahyul yang menyebabkan mereka membuat sesuatu keputusan yang tidak
mengembirakan. Oleh itu kaunselor perlu bertanggungjawab untuk mewujudkan sistem
kepercayaan individu tersebut supaya menjadi rasional bagi membantunya memperolehi
kehidupan yang lebih harmonis.

4.4 Mengapa Dan Bagaimana Gangguan Berlaku


Mengikut Albert Ellis, manusia menghadapi masalah adalah bukan akibat daripada
sesuatu perkara atau peristiwa tetapi disebabkan oleh pandangan atau pemikiran mereka
sendiri terhadap sesuatu peristiwa yang berlaku. Bagi RET seseorang individu akan
mengalami neurosis atau psikosis bukan disebabkan oleh sesuatu peristiwa tetapi kerana
idea-idea dan kepercayaan yang tidak rasional, tidak realistik dan tidak logik. Implikasi
daripada pemikiran yang karut , songsang dan tidak logik ini akan menimbulkan gangguan
emosi dan tingkah laku yang bersifat self defeating.
Dalam gangguan emosi, Ellis telah mengenalpasti dua jenis perasaan yang tidak
sesuai iaitu bersifat positif ataupun negatif. Perasaan positif yang tidak bersesuaian
didefinisikan sebagai kehebatan dan permusuhan dalam tempoh jangka pendek yang
menyebabkan manusia berasa baik dan superior daripada orang lain. Walau bagaimanapun
akhirnya ia menuju ke arah kekecewaan seperti peperangan, pergaduhan dan
pembunuhan. Manakala perasaan negatif yang tidak sesuai pula bermaksud berkaitan
dengan emosi seperti kemurungan, hilang harapan, kebimbangan, rasa kekurangan dan
tiada self esteem .
RET telah mendefinisikan tingkah laku yang tidak sesuai dan self-defeating sebagai
tindakan yang serius dan sentiasa menjadi gangguan hidup seseorang. Misalnya, tingkah
laku yang rigid, kompulsif, streotaip, fobia dan penarikan diri self withdrawal. Bagi
kepercayaan-kepercayaan yang tidak rasional, emosi tidak sesuai dan tingkah laku self
defeating adalah sebagai interaksional dan transaksional. Misalnya, isteri mungkin bercakap
dan menyalahkan dirinya seperti , Aku mesti menjadi isteri yang terbaik dengan menurut
segala kehendak suami dengan menyediakan makanan yang sedap dan menguruskan
rumah dengan kemas. Sekiranya saya gagal maka saya merupakan isteri yang tidak
berguna. Dengan itu, isteri tersebut akan merasa bimbang dan kemurungan kerana takut
akan gagal melaksanakannya. Akibat dari itu, kemungkinan dia akan bertingkah laku secara
tidak berkesan dalam peranannya di rumah ataupun di tempat kerja. Apabila perasaan
kemurungan berlaku akan menyebabkan fikiran seseorang bertambah tidak rasional dan
keadaan ini menguatkan lagi kepercayaan yang tidak rasional.
Menurut teori RET, seseorang yang bermasalah akan mempunyai suatu sistem
kepercayaan atau belief system(B) yang penuh dengan pemikiran yang tidak rasional
mengenai perkara yang dilihat atau dialaminya. Ellis telah menggariskan beberapa idea
pemikiran yang tidak rasional:
Saya mesti disayangi oleh orang-orang yang penting atau signifikan dalam hidup saya.
Saya mesti membuktikan bahawa saya berkebolehan dan berkemampuan.
Apabila seseorang bertindak secara adil dan tidak diingini maka kita harus menyalah
dan mengutuknya serta melihatnya sebagai seorang yang tidak baik.
Masa lampau adalah penting kerana ia mempengaruhi hidup kita maka ia perlu sentiasa
menentukan perasaan kita hari ini.
Saya harus melihat kehidupan saya sangat teruk sekiranya saya tidak dapat mencari
penyelesaian yang baik kepada kehidupan yang realiti.
Saya perlu berpandangan tidak baik sekiranya saya dikecewakan, disisih atau tidak
dilayan secara adil.
Sekira sesuatu perkara itu merbahaya dan menakutkan maka saya mesti memikirkannya
dan akan risau tentangnya.
(Ellis & Harper, 1975)

Antara idea-idea yang sering mengganggu emosi dan fikiran manusia iaitu dengan cara :
i. Apabila seseorang selalu menyalahkan diri sendiri.
ii. Apabila seeorang itu menekankan perkataan mesti dan patut dengan cara yang
mutlak.(Ellis:1797)
Bagi menerangkan dengan jelas bagaimana gangguan emosi dan fikiran berlaku maka kita
akan menggunakan konsep ABCDE yang telah dinyatakan oleh Ellis iaitu :
A ialah penggerak pengalaman activating experience atau peristiwa , faktor sikap atau
tingkah laku yang dialami oleh seseorang. Misalnya gagal dalam peperiksaan.
B ialah sistem kepercayaan yang dianuti oleh seseorang persons belief system.
Misalnya , saya tidak kelihatan cantik atau hodoh
C ialah akibat consequence iaitu hasil daripada penilaian oleh B akan A dan
ditafsirkannya. Misalnya, sentiasa keadaan muram dan tidak bersemangat.
D ialah kaedah-kaedah untuk berhujah, mengajar, mencabar dan memperbetulkan
sistem kepercayaan yang tidak rasional yang menyebabkan individu itu mengalami
suatu reaksi emosi yang tidak rasional. Misalnya, Saya tidak mahu kamu yang
menyebabkan saya mengalami kerugian besar dalam hidup saya.
E ialah menjadi normal dan mempunyai sistem kepercayaan dan penilaian yang
rasional dan positif. Misalnya Saya rasa gembira.

Corey (1996) menjelaskan bahawa konsep ABC dalam teori RET adalah seperti berikut;
Menurut beliau, prinsip asas kepada gangguan emosi adalah sebahagian besarnya akibat
daripada hasil pemikiran tidak rasional dan pemikiran kalah diri. Hasil daripada pemkiran ini
menyebabkan seseorang individu itu suka menyatakan sesuatu dengan perkataan
sepatutnya, seharusnya dan semestinya. Dari perspektif RET, ramai terapis telah
membuat kesilapan keran memfokuskan kepada sejarah hidup yang lampau dan cara
tindakan ialah semua peristiwa masa kanak-kanak boleh diubah. Terdapat juga terapis
melakukan kesilapan dengan terlalu menekankan dalam usaha klien mengenal diri,
meluahkan perasaan dan perubahan pemikiran. Keadaan ini mendorong klien melupakan
peristiwa awal kanak-kanak dan menumpukan pemikiran sekarang. Bagi Ellis cara ini tidak
produktif kerana sesuatu yang menyebabkan emosional tidak akan hilang malah ia akan
menambahkan lagi kehebatan perasaan tersebut.
Oleh itu bagi Ellis , terapis dan klien perlu bekerjasama untuk mencabar
kepercayaan tidak rasional yang mengakibatkan gangguan emosional. Mereka perlu menuju
ke arah mengubah perkara yang tidak realiti, tidak matang, terlalu menuntut dan tidak lojik
kepada pemikiran yang logik, matang dan realistik.

Teori personaliti ABC berpusat kepada terapi RET dan dipraktikkan ;


A = kenyataan , cara bertingkah laku atau perlakuan seseorang
individu.
C = ialah emosional dan akibat atau tindakan dan tingkah
laku individu. Tindakan ini boleh jadi sesuai atau sebaliknya.
B =(Peristiwa) bukan menyebabkan C (akibat emosional) sebaliknya
B, di mana individu percaya tentang A menyebabkan C.
Sebagai contoh : Seseorang yang mengalami kesedihan selepas diceraikan oleh
suaminya. Kesedihan terjadi bukan kerana penceraian yang menyebabkan kesdihan tetapi
kepercayaan individu itu tentang kegagalan kerana ditolak atau kehilangan pasangannya.
Ellis telah menegaskan bahawa sebab utama kesedihan ialah bukan kerana peristiwa
diceraikan (A). Oleh yang demikian manusia bertanggungjawab tentang kewujudan tindakan
emosional dan gangguan. Ellis telah menunjukkan bagaimana manusia boleh mengubah
kepercayaan tidak rasional secara langsung menyebabkan akibat gangguan emosional
dirinya.
Bagaimanakah emosional yang terganggu itu timbul? Dalam hal ini , Ellis telah
menjelaskan bahawa individu yang mengalami gangguan kerana sentiasa berterusan
mengulangi ayat-ayat yang tidak logikal.Misalnya , individu itu berkata : Saya sangat marah
terhadap penceraian. Kegagalan saya itu sungguh mengerikan dan semua yang saya
lakukan itu adalah kerana kesalahan saya sendiri. Saya adalah merupakan manusia yang
paling teruk.
Gangguan emosi ini menyebabkan wujudnya depresi dan anxieti. Keadaan ini akan
mengakibatkan individu itu akan kekal berpegang dengan kepercayaan yang tidak rasional
itu.
Selepas itu keperluan D pula ialah mengaplikasi secara saintifik bagi membantu klien
mencabar sistem kepercayaannya yang tidak rasional. Ellis dan Benard (1986) telah
mengkategorikan 3 komponen dalam proses mencabar klien iaitu:
i. Mengesan iaitu klien akan belajar bagaimana mengesan kepercayaan tidak
rasionalnya terutamanya sikap yang terlalu sempurna patut, mesti, tersangat teruk
atau kalah diri .
ii. Selepas itu klien akan belajar mempersoalkan kepercayaan yang menyekatnya
selama ini.
iii. Kemudian klien akan belajar mendikriminasikan kepercayaan yang tidak rasional
(self defeating) dan mempercayai akan kepercayaan yang rasional (self helping).

4.5 Ciri-ciri Kepercayaan yang Tidak Rasional


Dalam terapi RET Ellis telah memberikan penekanan terhadap idea-idea dan
kepercayaan yang tidak rasional dalam diri individu yang bermasalah. Ianya dapat
dikenalpasti sekiranya individu itu mempunyai ciri-ciri utama seperti di bawah :
4.5.1 Rasa teramat malu (Awfulizing)
Keadaan ini merujuk kepada kecenderungan untuk merasai malu yang amat
mendalam lalu cuba membesar-besarkan masalahnya atau dengan melihatnya sedih dan
sayu. Keadaan ini biasanya akan menghasilkan perasaan takut dan bimbang yang bukan-
bukan.

4.5.2 Terlalu Menuntut (Demandingness)


Sifat ini merujuk kepada individu yang menganggap sesuatu perkara itu sebagai
sesuatu yang mesti dibuat, sepatut dan harus berlaku pada dirinya. Kegagalan untuk
mencapai tahap atau kriteria tersebut akan membawa kepada perasaan kecewa yang
mendalam, marah yang teramat sangat atau terlampau benci pada dirinya.

4.5.3 Merendah Diri Yang Teramat (Self-devaluation)


Sikap suka merendahkan diri atau memperkecilkan kebolehan diri ini merujuk
kepada kecenderungan seseorang individu membuat kenyataan yang merendahkan dirinya
atau mengecilkan dirinya. Akibat daripada perbuatan ini menyebabkan timbulnya perasaan
malu tanpa sebab, kecewa yang tiada arah, dan rasa bersalah tidak tentu arah dan punca.

4.5.4 Ciri-ciri lain manusia yang tidak rasional ialah


Daya toleransi yang rendah.
Lemah semangat atau tanpa harapan.
Merajuk.
Suka mengalah dan menyalahkan orang lain

Proses Kaunseling RET


Menurut Ee Ah Meng (1997) manusia rasional dilahirkan ke dunia yang tidak
rasional. Manusia menjadi semakin tidak rasional apabila menerapkan idea-idea tidak
rasional ke dalam sistem kepercayaan mereka.Oleh itu dalam merasionalkan kembali
manusia daripada sistem kepercayaan yang tidak rasional ini maka ia perlu melalui proses-
proses tertentu sesuai dengan permasalahan klien hadapi.
Ellis mementingkan tahap penglibatan antara kaunselor dan klien yang bertujuan
untuk membina perhubungan rapport seperti yang dilakukan dalam terapi pemusatan insan.
Wessler dan Wessler (1980) telah bersetuju bahawa syarat-syarat teraputik
pemusatan klien akan memudahkan lagi perubahan pada diri klien. Mereka juga bersetuju
bahawa sekiranya syarat-syarat ini diaplikasikan oleh terapis RET maka ianya boleh
dilakukan secara direktif supaya dapat menambahkan lagi suasana teraputik.
Distance Education (1996) telah membahagikan empat tahap atau proses asas
dalam terapi R iaitu;
i. Peringkat diagnosis-psiko atau mengketagorikan masalah.
ii. Mengenalpasti kepercayaan tidak rasional atau celik akal.
iii. Peringkat bekerjasama bahagian 1.
iv. Peringkat bekerjasama bahagian 2.

Peringkat i : Mengketagorikan Masalah (categorizing problem)


Pada peringkat ini, kaunselor perlu menentukan masalah-masalah yang mengganggu klien.
Masalah ini pula dapat dibahagikan kepada dua iaitu masalah luaran external problem dan
masalah dalaman internal problem. Masalah luaran adalah berkaitan dengan kerjaya,
kehidupan, kesukaran dan komunikasi dan sebagainya. Dalam pendekatan RET, masalah
luaran ini dikategorikan dengan peristiwa tindakan (A=activiting events) Sebaliknya masalah
dalaman pula seperti gangguan emosi dan tingkah laku (dysfunctional) dan disamakan
dengan kesan atau akibat (C=Consequences) dalam formula ABC (B = Belief system)
Dalam mengkategorikan masalah ini , kaunselor perlu berhati-hati kerana sekiranya
klien menyatakan masalah dalaman seperti gangguan emosi maka kaunselor RET perlu
memberi perhatian dalam aspek tingkah laku emosi emotional-behavioral yang perlu
diubah oleh klien. Ini bertujuan untuk membantu klien supaya bebas daripada masalah
luaran sebelum menyelesaikan masalah emosi.

Peringkat ii : Mengenalpasti Kepercayaan Tidak Rasional (Detekting Irrational Beliefs)


a. Apabila selesai mengenalpasti masalah emosi (C) klien, maka kaunselor akan
mengalami peringkat kedua iaitu mengenalpasti kepercayaan tidak rasional (B) yang
menyebabkan (C). Mengikut terapi RET, terdapat 4 tema yang sering berhubung rapat
dengan kepercayaan tidak rasional iaitu demandingness, awfulizing, I cant stand it dan
self-aeting. Semasa proses kaunseling berjalan , kaunselor RET akan berusaha mengesan
atau mengenalpasti kepercayaan tidak rasional yang pertama seperti di atas kerana
mengikut Ellis , kepercayaan (B) ini akan menimbulkan aspek (C) masalah emosi klien.

b. Mengenalpasti Masalah Yang Utama (Detecting Major Problem)


Bagi terapi RET masalah yang dibawa oleh klien itu bukanlah masalah yang sebenar.
Kebanyakan klien telah menggunakan masalah luaran yang lebih mudah dan bukannya
masalah sebenar yang dialami. Masalah ini dikatakan masalah sekunder manakala masalah
sebenar ialah masalah primer/utama.
Masalah sekunder dalam gangguan emosi kebiasaannya akan membawa kesan
yang negatif kepada masalah yang sebenar dan akan menyebabkan klien sukar mengatasi
atau menyelesaikan masalah emosinya. Dengan itu, kaunselor mesti berhati-hati bagi
mengenalpasti kedua-dua masalah ini supaya proses menolong akan berlaku dengan
berkesan.
c. Membentuk Matlamat (Goal setting)
Kaunselor dalam RET juga dikatakan sebagai pengajar atau master yang mengajar anak
muridnya. Dengan itu kaunselor akan berkecenderungan untuk membina satu skema
konsep yang mengkategorikan masalah klien dalam bentuk ABC. A ialah activiting events ,
B ialah irrational beliefs dan C pula ialah behavioral consequences. Setelah konsep
tersebut terbina, maka kaunselor akan mengemukakan beberapa pilihan atau alternatif yang
sesuai kepada klien. Alternatif ini merupakan matlamat yang perlu dicapai pada akhir proses
kaunseling bersama klien.

Peringkat ii : Celik akal RET Rational-Emotif Insight


Pada tahap ini kaunselor akan membantu klien supaya memperolehi celik akal insight
dengan memberitahu klien apa yang telah berlaku di dalam proses kaunseling dan mengajar
klien cara-cara yang positif untuk menghadapi dan menangani masalah. Terdapat lima jenis
celik akal atau insight yang perlu dicapai oleh klien . Di antaranya ialah :
i. idea dan kepercayaan bahawa manusia sering memainkan peranan dalam
menimbulkan masalah emosi dan tingkah laku . Klien perlu mendapat celik akal
insight mengenai masalah sebenarnya.
ii. Klien digalakkan untuk bertanggungjawab atas masalah emosinya yang disebabkan
oleh indoktrinasi-indoktrinasi yang lepas.
iii. Klien perlu wujudkan kesedaran, pengetahuan dan penghargaan terhadap idea atau
kepercayaan tidak rasional kerana celik akal ini akan mendorong klien untuk
berubah.
iv. Klien dikehendaki menerima dirinya walaupun ia mengetahui bahawa masalah emosi
adalah disebabkan oleh kepercayaanya sendiri.
v. Klien perlu menyedari bahawa untuk mencapai perubahan atau matlamat maka
mereka perlu berusaha untuk mengatasi kepercayaan tidak rasional tersebut.

Peringkat iii : Bekerjasama Bahagian 1 Mengajar pemikiran-pemikiran rasional.


Pada peringkat ini, kaunselor akan cuba membantu klien bekerja keras bersamanya untuk
menangani masalah tingkah laku emosi yang dihadapinya. Proses ini akan membabitkan
aktiviti membebaskan klien daripada idea-idea atau pemikiran yang tidak rasional dan
digantikan dengan idea-idea atau pemikiran yang rasional. Matlamat pada peringkat ini
ialah:
i. Membantu klien memahami idea-idea palsu atau kepercayaan tidak rasional yang
selalu mengganggu emosinya.
ii. Klien memahami kesan negatif akibat idea tidak rasionalnya.
iii. Mengajar klien idea dan alternatif baru.
iv. Untuk memberitahu klien tentang kebaikan idea-idea baru tadi.
Untuk membantu klien mencapai matlamat tersebut terapi RET bertindak secara
didaktif atau direktif dengan cara memberikan pengajaran, penaakulan dan
pembujukan.

Peringkat iv : Bekerjasama Bahagian 2 : Mewujudkan Pemikiran Baru.


Setelah selesai tahap 1, 2 dan 3 maka kaunselor akan pula memberi penumpuan perhatian
pada peringkat yang terakhir iaitu membina satu pemikiran atau falsafah hidup yang baru.
Peringkat ini sangat penting dalam proses membantu klien bebas daripada pegangan yang
tidak rasional dan digantikan dengan falsafah yang baru dan rasional.
Kaunselor perlu memberi perhatian dalam dua aspek pada peringkat ini. Iaitu aktiviti
mencabar(disputation) dan aktiviti mempertingkatkan keazaman klien(habit strengthening)
i. Aktiviti Mencabar (Disputation)
Kaunselor akan menggunakan strategi kognitif, tingkah laku dan emotif untuk membantu
klien bagi menentukan sama ada idea mereka rasional atau sebaliknya. Pada peringkat
permulaan , kaunselor akan mengajukan pelbagai soalan Misalnya, apakah bukti-bukti atau
alasan untuk menyokong perkara ini? dan juga pengalaman emotif serta menggalakkan
klien melakukan sendiri. Tujuannya adalah untuk membantu klien mencabar idea-idea
irrasionalnya.
Kaunselor juga bertugas membantu klien membezakan antara idea-idea yang
rasional dengan tidak rasional. Kehendak dengan keperluan, kesan yang tidak diingini dan
kesan teruk. Proses ini adalah membantu klien memikirkan perkara-perkara yang baik dan
rasional untuk kepentingan mereka.
Pada peringkat akhir, kaunselor akan membantu klien untuk menterjemahkan idea-
idea logik dan rasional secara jelas dan tepat. Kaunselor juga perlu menggunakan pelbagai
teknik yang sesuai supaya klien dapat dibantu mencapai matlamatnya.

ii. Aktiviti Peneguhan (Habit Strengthening)


Langkah yang terakhir untuk mengelakkan klien mengubah idea tidak rasional terapi RET
ialah melalui beberapa cara . Di antaranya ialah menyatakan idea rasional mereka kepada
kawan, memberikan ganjaran untuk pemikiran rasional, membaca bahan-bahan yang
rasional, mencabar pemikirannya dan lain-lain lagi. Menurut George dan Cristiani (1990)
tiga langkah utama dalam proses terapi RET.
i. Langkah Pertama ialah menunjukkan kepada klien bahawa ianya tidak logik serta
membantu klien menerangkan mengapa dan bagaimana mereka berkeadaan
demikian. Kemudian menunjukkan perhubungan antara pemikiran tidak rasional
terhadap keadaan kemurungan dan gangguan emosi klien.
ii. Langkah kedua ialah membantu klien supaya mempercayai bahawa pemikiran itu
boleh dicabar dan seterusnya dapat diubah dengan cara menyoal dan mencabar
tentang keesahan validity idea-idea yang dipegang oleh klien tentang dirinya, orang
lain dan dunia persekitarannya.
iii. Langkah terakhir ialah membantu bersama-sama dengan klien mencabar pemikiran
yang tidak rasional serta memberikan galakkan supaya dapat memperkukuhkan dan
membangunkan falsafah hidup yang rasional supaya klien tidak menjadi mangsa
kepada kepercayaan dan pemikiran yang tidak rasional.

4.6 Matlamat Terapi RET


RET berusaha ke arah satu perubahan falsafah hidup dan idealogi berpandukan
kepada andaian atau asumsi bahawa masalah emosi dan perlakuan manusia adalah
berpunca daripada falsafah hidup manusia itu sendiri. Oleh itu tujuan asas RET ialah bukan
sahaja untuk menghapuskan gejala atau masalah klien tetapi ke arah mendorongkan klien
agar dapat menguji secara kritis nilai-nilai dalam dirinya. Sekiranya masalah yang klien
hadapi seperti ketakutan atau kegagalan dalam perkahwinan maka sasaran terapis bukan
hanya untuk mengurangkan rasa ketakutan tetapi juga cuba untuk menangani perasaan
kegagalan seterusnya. Dalam maksud yang lain tujuan utama proses teraputik RET ialah
untuk membantu klien membebaskan dirinya daripada masalah-masalah yang telah
dinyatakan atau yang tidak diluahkan kepada terapis.
Poses teraputik RET merupakan suntikan penyembuhan pemikiran yang tidak
rasional kepada pemikiran yang rasional. RET membuat andaian bahawa manusia
merupakan mahkluk yang rasional dan gangguan emosi adalah disebabkan oleh pemikiran
yang tidak rasional yang wujud dalam hidup seseorang yang telah dipelajari daripada ibu
bapa, rakan-rakan dan masyarakat amnya. Seseorang individu itu boleh memperolehi
kebahagiaan sekiranya ia mempelajari cara berfikiran rasional dan membuang pemikiran
yang tidak rasional.

4.7 Peranan Kaunselor Dalam RET


Corey (1977) telah menyatakan bahawa aktiviti-aktiviti utama terapi RET adalah untuk
membantu klien membebaskan dirinya daripada dicengkam oleh pemikiran-pemikiran yang
tidak logik atau tidak rasional dan berada dalam pemikiran yang rasional. Sasarannya ialah
menjadikan klien menginternalisasikan suatu falsafah hidup yang rasional sebagaimana ia
menginternalisaskan kepercayaan-kepercayaan dogmatik yang tidak rasional dan tahyul
yang diamalkan oleh orang tua atau dalam budaya hidup klien. Untuk mencapai tujuan
tersebut kaunselor memainkan peranan yang lebih spesifik. Antara peranan yang boleh
dimainkan oleh kaunselor ialah :
4.7.1 Kaunselor menunjukkan dan membuktikan kepada klien bahawa sistem
kepercayaan klien itu tidak rasional. Kepercayan-kepercayaan tersebut banyak
dipengaruhi oleh perkataan seperti mesti , sepatutnya , dan harus .Diharapkan cara
ini boleh memberikan kefahaman pada klien supaya dapat memisahkan kepercayaan
yang tidak rasional itu kepada kepercayaan yang rasional.Untuk mencapai tujuan ini,
kaunselor akan mencabar dan mengarahkan klien melibatkan diri dalam apa bentuk
aktiviti yang boleh mencabar kepercayaan yang tidak rasional yang dialaminya.

4.7.2 Kauselor juga akan membawa klien ke suatu tahap kesedaran bahawa masalah
klien yang sebenarnya adalah berpunca daripada diri klien itu sendiri iaitu yang
sentiasa mengindoktrinasikan kepercayaan-kepercayaan yang tidak logik dalam dirinya
dan mempertahankan gangguan emosi dengan berfikir secara tidak logik.

4.7.3 Kaunselor berperanan membantu klien agar dapat memodifikasikan pemikiran-


pemikirannya dan dapat meninggalkan sistem kepercayaan yang tidak rasional
tersebut. Dalam situasi ini kaunselor harus membantu klien supaya ia memahami
hubungan antara idea-idea yang menyalahkan diri (self-defeating) dengan falsafah-
falsafahnya yang tidak realistik yang mengarahkannya kepada proses penyalahan diri
yang berbentuk lingkaran yang tak berakhir (vicious cycle of the self-blaming process).

Kaunselor RET mempunyai banyak perbezaan dengan kebanyakan kaunselor lain yang
lebih konvensional. Ini berlaku kerana RET adalah pada dasarnya merupakan suatu proses
teraputik kognitif dan active-directive behavioral. RET kurang mementingkan hubungan
antara kaunselor dengan klien. Ia merupakan suatu proses deduktif dan peranan utama
kaunselor adalah mengajar klien cara-cara untuk memahami diri dan mendapat perubahan.
Kaunselor menggunakan metodologi yang sangat direktif yang menekankan kepada aspek-
aspek kognitif.
Ellis (1973 ) telah memberikan suatu gambaran tentang apa yang dilakukan oleh
kaunselor yang menggunakan terapi RET :
i. Mengajak klien untuk berfikir tentang beberapa ideanya yang tidak rasional yang
telah mengarahkan kepada gangguan tingkah laku.
ii. Mencabar klien untuk menguji idea-ideanya.
iii. Menunjukkan klien pemikirannya yang tidak logik.
iv. Menggunakan suatu analisis logik untum meminimumkan kepercayaan-kepercayaan
yang tidak rasional klien.
v. Menunjukkan bahawa kepercayaan-kepercayaan itu tidak memberikan manfaat dan
boleh mengakibatkan gangguan-gangguan emosi dan tingkah laku pada masa
depan.
vi. Menggunakan keanehan dan kelucuan untuk menghadapi pemikiran klien yang tidak
rasional.
vii. Menerangkan bagaimana idea-idea yang tidak rasional boleh digantikan dengan
idea-idea yang rasional.
viii. Mengajar klien bagaimana menerapkan pendekatan ilmiah dala keadah berfikir
sehingga klien boleh menghayati dan meminimumkan idea-idea yang tidak rasional
serta kesimpulan-kesimpulan yang tidak logik sekarang atau pada masa akan datang
yang menyebabkan tingkah laku yang boleh merosakkan dirinya sendiri.
Berpandukan kepada peranan kaunselor yang sangat penting dalam terapi ini, maka
didapati bahawa :
a. Terapi RET sangat memberi penekanan kepada aspek kognitif.
b. Kaunselor amat bersikap mengarah dalam pendekatannya.
c. Kaunselor amat aktif dalam usaha untuk mencabar dan menyoal klien.
d. Terapi RET juga kurang mementingkan perhubungan kaunselor dengan klien. Bahkan
bagi Ellis perhubungan ini tidak cukup untuk menjamin kejayaan proses kaunseling.
4.8 Peranan Klien Dalam RET
Peranan klien dalam terapi RET adalah sebagai seorang pelajar. Psikoterapi
dipandang sebagai suatu proses reduktif iaitu klien belajar bagaimana cara-cara untuk
menerapkan pemikiranpemikiran yang logik sebagai suatu cara penyelesaian kepada
permasalahan yang dihadapinya.
Terapi RET lebih menekankan proses teraputik pengalaman masa kini. Ianya sama
dengan terapi client-centered atau Gestalt iaitu menitikberatkan pengalaman di sini dan
sekarang. Dalam proses kaunseling klien tidak perlu menceritakan pengalaman yang silam
tetapi klien perlu menceritakan keadaan emosi, pemikiran dan tingkah laku masa sekarang.
Begitu juga sistem kepercayaannya yang tidak rasional yang diperolehinya pun tidak perlu
diceritakan. Apa yang penting ialah bagaimana kesedaran klien tentang wujudnya sistem
kepercayaan yang tidak rasional dan bagaimana mempengaruhi pemikiran, perasaan dan
tingkah lakunya yang boleh menimbulkan permasalahan dalam hidupnya.
Klien juga perlu menyedari apa yang boleh ia lakukan bagi menghapuskan sistem
kepercayaan yang tidak rasional itu dan menggantikan dengan suatu sistem kepercayaan
yang baru yang rasional dan realistik.
Klien juga mestilah celik akal. Melalui cabaran dan teknik yang digunakan oleh
kaunselor, klien akan menyedari ketidakbaikan sistem kepercayaan yang tidak rasional.
Untuk memastikan kejayaan proses celik akal ini klien pada peringkat awal hendaklah
menyedari dan mengenalpasti sistem kepercayaan yang tidak rasional yang wujud dalam
dirinya. Klien juga harus sedar bahawa sistem kepercayaan itulah yang menyebabkan
gangguan emosi dan tingkah lakunya. Seterusnya klien harus menyedari dan menerima
hakikat bahawa selagi dia sendiri tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk
menghapuskan sistem kepercayaan yang tidak rasional yang ada dalam dirinya itu maka
selagi itulah ia akan menghadapi masalah dalam hidupnya.

4.9 Teknik-teknik Dalam Terapi RET


Kebanyakan teknik yang digunakan dalam RET adalah bersifat eklektif iaitu gabungan
beberapa kaedah atau strategi termasuklah proses kognitif-emotif dan tingkah laku. Menurut
Amir Awang (1986), RET memberikan penekanan kepada hubungan antara proses
kognitif, emotif dan tingkah laku.

4.9.1 Aspek Kognitif


a. Klien akan disuruh berhujah mengenai kepercayaan-kepercayaan yang tidak rasional
dan cuba membuktikannya.
b. Melakukan aktiviti harian seperti berkomunikasi . Misalnya, seseorang yang malu
bercakap dikhalayak ramai. Mula-mula ia akan bersyarah di hadapan kawan-
kawannya ,kemudian barulah ia berceramah di khalayak ramai.
c. Klien sendiri akan disuruh untuk mencabar sistem kepercayaannya dengan bukti-
bukti yang sahih.

4.9.2 Aspek Emotif


Bagi aspek ini, teknik-teknik seperti penerimaan tanpa syarat, permainan peranan,
contoh atau model, gambaran dan khayalan serta latihan-latihan yang mencabar digunakan
dalam terapi ini.

4.9.3 Aspek Tingkah Laku


Dalam aspek ini klien digalakkan menggunakan teknik-teknik dan tatacara seperti
pelaziman operan, prinsip-prinsip pengurusan kendiri, pelaziman instrumental, biofeedback,
teknik beristirehat, contoh atau model, penghapusan deria secara bersistem, kerja-kerja
rumah yang berbentuk aktiviti seperti latihan kemahiran, latihan asertif, latihan
menghapuskan deria dan lain-lain. Ellis(1993) telah menggabungkan proses kognitif-emotif
yang dikenali sebagai teknik evokatif-emotif.
Teknik Evokatif Emotif
a. Menghilangkan rasa malu(Shame attacking)
Teknik ini menggalakkan klien tampil di khalayak ramai dan dengan berhati-hati
melakukan sesuatu tingkah laku yang dianggap leceh atau bodoh dan memalukan. Pada
masa yang sama klien akan digalakkan untuk merasai secara kognitif dan emotif hanya
kepada perkara-perkara yang boleh dimanfaatkannya dan bukannya malu apabila tingkah
laku tersebut tidak diterima oleh orang lain.

b. Imageri Rasional-Emotif (Rational-Emotif Imagery)


Klien akan membuat imaginasi kepada satu perkara yang sangat buruk yang boleh
berlaku ke atas dirinya seperti membayangkan perasaan kemurungan, ngeri, ketakutan dan
kemarahan. Selepas itu klien akan berusaha untuk merasai kekecewaan , kesedihan dan
kehampaan secara tepat.

c. Membina Kenyataan Bersungguh (Forceful Coping Statement)


Klien ditunjukkan bagaimana untuk membina kenyataan diri yang realistik dan rasional. Klien
juga diajar bagaimana untuk menyemaikannya ke dalam fikiran dan jiwanya sehingga ia
yakin dan percaya dengan bersungguh-sungguh.

d. Dialog-Diri Bertenaga (Forceful Self-Dialogue)


Klien akan merakamkan irrational-beliefs ke dalam pita rakaman dan berhujah
mengenainya dengan kuat dalam pita tersebut. Kemudian klien akan mendengar semula
pita tersebut dan menyuruh orang lain mendengarnya. Seterusnya klien akan mendengar
sama ada ianya memadai kuat dan bertenaga.

e. Menggunakan Aspek Jenaka(Humor)


Ellis (1976) telah mengemukakan lirik lagu yang diciptanya sendiri dan didapati ianya
berkesan sama ada di jalankan dalam sesi kaunseling individu, bengkel dan latihan intensif.
Lirik-lirik lagu ini menggunakan kata-kata yang berunsur lucu dan rasional.

f. Latihan Dalam Proses Kelompok


Di dalam kelompok-kelompok kecil ini, kaunselor akan berhujah dengan
kepercayaan-kepercayaan yang tidak rasional(irrational beliefs) ahli secara aktif.

g. Hubungan Interpersonal
Klien diajar tentang kemahiran antara perseorangan dan bagaimana untuk
diaplikasikannya dalam hubungan dengan ahli keluarga dan orang lain. RET bukan sahaja
menghuraikan dirinya sendiri serta perhubungannya dengan orang lain tetapi juga
menunjukkan cara untuk berhubung dan bekerjasama dengan lebih baik bersama-sama
orang lain.

h. Main Peranan (Role-play)


Klien akan menunjukkan semula tingkah laku kebimbangan, kemarahan dan
kemurungan. Kaunselor akan menerangkan bagaimana ianya terjadi. Kemudian peranan
akan diambil alih oleh kaunselor pula (reverse role-play) sehingga klien boleh menerangkan
semula bagaimana pemikiran yang tidak rasional itu boleh berlaku.

4.10 Aplikasi RET Dalam Kaunseling


Menuru Corey yang diterjemahkan terapi RET boleh diaplikasikan dalam kaunseling seperti
berikur :
a. Orang yang mengalami gangguan emosional yang teruk maka sesi dijalankan dalam
tempoh 7 bulan hingga 1 tahun. Hal ini bertujuan bagi membolehkan mereka
mempraktikkan apa yang mereka sedang pelajari.
b. Bagi klien yang mempunyai masalah spesifik atau ingin menjalani terapi singkat
maka terapis akan hanya mengajar dasar-dasar tentang cara menangani masalah
dan memerlukan 10 kali pertemuan.
c. Terapi secara individu boleh menggunakan satu sesi setiap minggu dan berlangsung
sehingga 5 minggu.
d. Sesi dimulakan dengan cara klien diminta menceritakan masalah-masalah yang
paling menekan perasaannya dan membingungkan .
e. Kaunselor akan mencari peristiwa yang menjadi punca berlakunya permasalahan.
f. Seterusnya kaunselor akan mengajar klien bagaimana untuk merasionalkan sistem
pemikirannya yang tidak rasional itu.
g. Kaunselor juga boleh memberikan tugasan kerja rumah kepada klien untuk
membolehkannya mempraktikkan cara hidup yang lebih rasional dan praktikal.
h. Setiap minggu kaunselor akan memeriksa perkembangan klien dan pembelajaran
melalui sesi dan ianya diteruskan sehingga klien belajar cara hidup yang lebih
toleransi dan rasional.

Menurut Gladding (1996) , terapi ini dilakukan antara 10 hingga 50 kali. Klien akan
mengamalkan teori ini sendiri setelah didedahkan berkaitan asas-asas teori tersebut
sehingga klien dapat menguasai kecekapan yang ditunjukkan oleh kaunselor itu
menimbulkan kesan yang mendalam pada klien.
Kaedah yang jelas, senang dipelajari dan berkesan .Kebanyakan klien tidak
menghadapi banyak masalah dalam memahami prinsip atau terminologi RET. Roush (1984)
dalam laporannya telah menyatakan bahawa RET sangat sesuai diaplikasikan bagi merawat
masalah efektif, masalah kebimbangan dan masalah penyesuaian. Kaedah ini dapat
digabungkan dengan mudah bersama teknik tingkah laku bagi membantu klien mengalami
apa yang mereka sedang pelajari.
Menurut Ellis dalam Corey, RET banyak diaplikasikan dalam usaha menyembuh
anxieti, kecelaruan tingkah laku, kecelaruan psikotik, depresi , masalah seks, percintaan dan
perkahwinan, latihan kemahiran sosial dan pengurusan diri.
Di antara perkara yang boleh diaplikasikan dengan terapi Ret ialah :

a. Terapi Individu
Dilakukan secara bersemuka dan memberi fokus kepada masalah yang spesifik.
Dilakukan dengan satu sesi dalam seminggu dan mengambil masa selama 5 hinggga 50
sesi. Bagi klien yang mengalami gangguan emosi yang terlampau teruk akan menjalani
terapi sehingga setahun.

b. Terapi Kelompok
Ianya sesuai diaplikasikan dalam kelompok supaya ahli-ahli kelompok dapat diajar
untuk mengaplikasikan prinsip RET kepada semua ahli. Mereka akan dapat mempelajari
tingkah laku baru dengan mengambil kira risiko dan mendapat banyak peluang untuk
membuat kerja rumah.

c. Terapi Ringkas
Dijalankan 1 hingga 10 sesi . Biasanya ia dilakukan kepada mereka yang tertekan
kerana kehilangan pekerjaan secara tiba-tiba akibat pengurangan kerja. Ia juga sering
diaplikasikan apabila berhadapan dengan klien yang akan bersara dari pekerjaan.

d. Terapi Keluarga
Diaplikasikan untuk melihat gangguan-gangguan yang wujud dalam keluarga dan
dapat dipertanggungjawabkan kepada tingkah laku yang menjadi penyebab gangguan
kepada keluarga.
e. Terapi Perkahwinan
Dalam terapi ini kedua pasangan haruslah datang pada masa yang sama dan
ditetapkan.

Menurut Thomson & Rudolp, Schroeder dan Rayner (1992) rawatan haruslah dijalankan 5
sesi untuk setiap kanak-kanak yang berumur 7 tahun yang esteem kendirinya rendah dan
menghadapi kesukaran dalam menghadapi kemarahan ataupun kanak-kanak yang sering
mengasingkan diri atau terlalu pendiam.

Menurut Muhd Mansur Abdullah (1993) teori ini menggalakkan manusia supaya
menganggap diri mereka adalah berkebolehan. Mengikut terapi RET, klien akan dibantu
untuk melihat bahawa rangkaikata-rangkaikata dan ayat-ayat yang tidak rasional adalah
dusta belaka. Kaunselor mengaplikasikan teori ini dengan memberikan tumpuan kepada
semua perkara yang tidak logik dan melihat bagaimana ianya berlaku dan cuba membaiki
gangguan-gangguan tersebut. Klien juga diajar bagaimana hendak memikirkan semula,
mencabar, menghujah dan menyusun dalam kata-kata ayat yang boleh menimbulkan
pemikiran yang logik secara berkesan.

Menurut Zulkifli Yusuf (1988) teori ini diaplikasikan dalam usaha melahirkan suatu
teknik kaunseling yang saintifik, ke arah memudahkan pengukuran sesuatu hasil
berdasarkan kepada perubahan tingkah laku yang dapat diukur dan dilihat serta ke arah
meyakinkan bahawa sebarang kekurangan dalam persekitaran itu boleh diperbaiki.

4.11 Limitasi
Menurut E.Koeswara, pendekatan ini sangat didaktik (bertujuan mengajar atau
contoh teladan) oleh itu kaunselor haruslah mengenal dirinya sendiri dahulu dengan baik
agar bukan hanya memaksa klien. Teori ini boleh juga mengelirukan bila digunakan untuk
melihat keberkesanan dalam jangka masa yang pendek.
Menurut Gladding(1996),. Beliau menyatakan bahawa pendekatan ini tidak efektif
dengan individu yang mengalami penyakit mental atau penyakit otak dan hanya sesuai
kepada orang-orang yang otaknya cerdik. Ramai juga individu yang sukar meninggalkan
kelakuannya yang telah pun biasa dengan hidupnya walaupun menggunakan terapi ini.
Pendekatan ini juga hanya sesuai kepada orang-orang yang benar-benar mahir tentang
teori ini.
Menurut Muhd Mansur Abdullah dan Siti Nordinar Mohd. Tamin (1996), teori ini tidak
dapat menolong individu yang serius dan teruk emosinya. Penggunaannya agak terhad
terhadap klien tertentu dan juga kepada kaunselor kerana memerlukan kaunselor yang
benar-benar mahir dengan pendekatan ini.
Menurut Corey, tidak semua klien dapat dibantu dengan rekonstruksi melalui logik
analisis dan filosofi. Teori ini tidak sesuai untuk orang-orang yang terlalu muda atau terlalu
tua. Ia juga tidak sesuai untuk orang yang terlalu tidak fleksibel. Terapi ini juga kurang
berkesan kepada orang yang mengalami otak atau minda yang rendah atau tidak geliga.
Menurut Axelson (1993) RET lebih menekankan kepada pemikiran (kognitif) dan
tidak kepada peranan emosi dan perasaan. Memandangkan teori ini banyak menggunakan
konfrantasi dan arahan, klien akan menjadi pasif, hanya mendengar dan menunggu arahan
daripada kaunselor sahaja.
Kottler & Brown (1996) berpendapat bahawa
a. RET tidak memberikan penekanan terhadap perasaan maka ini akan
menyumbangkan kepada penafian perasaan.
b. Kaunselor akan merasa bosan mengulangi perkara yang sama dengan
semua klien.
c. Kaunselor yang tidak suka berdebat dan berkonfrantasi tidak sesuai
menggunakan teori ini.
d. Memandangkan peranan kaunselor yang aktif dan mengawal maka klien
mungkin mudah kalah, didominasikan dan tidak bertanggungjawab terhadap
hasil kaunseling.
e. Tidak sesuai untuk klien yang tidak dapat berfikir secara logik.
f. Tidak sesuai untuk klien yang tidak stabil mentalnya.

Menurut Muhd Mansur Abdullah(1993) terdapat beberapa limitasi dalam terapi RET. Di
antaranya ialah :
a. Sekiranya seseorang kaunselor kurang inisiatif dan tidak kreatif dalam usaha untuk
menyedarkan klien terutamanya dengan menggunakan hujah dan cabaran boleh
kemungkinan menyinggung perasaan klien dan akan menggangu proses
penerokaan .
b. Bukan mudah untuk menentukan seseorang klien itu benar-benar belajar
menyesuaikan diri dan mengubah tingkah laku serta perasaan melalui kata dan
bisikan dalaman dirinya sendiri melalui teori ini.
c. Kadang-kadang sukar bagi klien untuk menentukan apakah di mengalami keraguan,
ketakutan dan cemas. Keadaan ini boleh menyebabkan klien susah untuk menjadi
rasional

5.0 TERAPI REALITI

5.1 PENGENALAN

Terapi realiti adalah satu bentuk terapi yang agak baru dalam kaunseling. Terapi ini
diasaskan oleh William Glasser seorang psikologis di California dalam tahun 1965. realiti
adalah selari. Terapi realiti adalah merujuk kepada dunia fenomena klien dan menekankan
kepada cara yang subjektif iaitu klien akan melihat dan bertindakbalas dengan dunia
persekitaran mereka melalui kaawalan penilaian dalaman internal locus of evaluation.
Glasser (1985) telah menekankan bahawa manusia melihat dunia melalui lima keperluan
asas genetik dan bukannya dunia seperti ianya yang sebenar.
Seperti mana terapi lain yang di atas, terapi realiti telah menegaskan bahawa
manusia mempunyai kebebasan, boleh membuat pilihan dan bertanggungjawab terhadap
pilihan tersebut. Manusia boleh mengawal secara berkesan kehidupan ini jika mereka
bersedia untuk berusaha menentukan matlamat. Oleh itu dengan meletakkan prinsip-prinsip
teori kawalan dalam, manusia boleh mencegah banyak masalah yang menjurus kepada
terapi. Terapi realiti berorientasikan tingkah laku secara menyeluruh yang melibatkan
komponen doing, thinking, feeling dan physiology. Hal ini bermakna klien bertanggungjawab
untuk memilih bukan sahaja apa yang mereka lakukan tetapi apa jua yang mereka fikirkan,
rasai, dan mengalaminya secara fizikal. Dalam ertikata yang lain terapi ini menekankan
kepada tingkah laku dan pemikiran.
Tugas kaunselor ialah bertindak secara aktif , mengarah, didaktif dan kognitif.
Kaunselor juga akan mengikat kontrak dengan klien dalam usaha klien untuk mengubah
tingkah lakunya. Sebagai suatu bentuk terapi mengarah, kaunselor berperanan sebagai
guru, dan juga sebagai teladan. Walau bagaimanpun, adalah menjadi tanggungjawab
kaunselor untuk mencabar klien berhadapan dengan realiti semasa jika perlu. Terapi ini juga
menekankan secara langsung kepada peristiwa-peristiwa masa lampau. Ia juga menolak
konsep sakit jiwa yang dipolopori oleh teori psikoanalisis.
Secara umumnya matlamat terapi realiti ialah untuk menyediakan suatu suasana
yang boleh membantu klien bagi membina kekuatan psikologi (psychology strength) untuk
menilai atau menghargai tingkah laku semasa. Ianya boleh digunakan dalam terapi atau
kaunseling individu, kerja-kerja sosial, pendidikan, terapi kelompok, , kaunseling keluarga,
kaunseling pemulihan, pengurusan institusi dan perkembangan serta kemajuan masyarakat.
5.2 Latar Belakang Tokoh
William Glasser merupakan pengasas kepada terapi realiti. Beliau dilahirkan di
Cleveland Ohio, California pada tahun 1925. Beliau merupakan anak yang ketiga dan yang
bongsu dalam keluarganya. Bagi Glasser , zaman kanak-kanaknya merupakan zaman yang
mengembirakan dan semasa di sekolah beliau sangat berminat bermain muzik dan dalam
bidang sukan. Pada tahun 1944, ketika berumur 19 tahun, Glasser telah mendapat ijazah
pertamanya dalam bidang kejuruteraan kimia dari Case Institute of Technology. Empat
tahun kemudian beliau mendapat ijazah Master dalam Clinical Psychology dari Case
Western Reserve University. Namun tesis untuk mendapatkan PhDnya telah ditolak.
Semasa berumur 28 tahun(1953), Glasser mendapat ijazah perubatan dari universiti yang
sama.
Pada tahun 1956, Glasser telah menjadi ketua psikatarist di Ventura School for Girls,
iaitu sebuah institusi yang dikendalikan oleh kerajaan California untuk merawat gadis-gadis
yang rosak moral dan melanggar peraturan atau undang-undang.Dalam tahun 1961,
Glasser menghasilkan bukunya yang pertama iaitu Mental Health or Mental Illness yang
menjadi asas kepada teknik dan konsep terapi realiti. Selama tempoh dua belas tahun di
Ventura School, Glasser telah memajukan lagi terapi realitinya dengan mengendalikan
program-program yang berjaya di sekolah berkenaan. Istilah realiti terapi digunakan untuk
pertama kalinya oleh Glasser dalam manuskripnya yang bertajuk Reality Therapy : A
Realistic Approach To The Young Offender dalam tahun 1964. Pada tahun 1965, bukunya
yang terkenal bertajuk Reality Therapy : A New Approach To Psychiatry telah diterbitkan.
Dalam tahun 1966, Glasser mula mengaplikasikan idea-idea realiti terapinya dalam
sistem pendidikan di California. Idea-idea ini akhirnya telah dimuatkan ke dalam bukunya
yang ketiga iaitu Schools Without Failure(1969). Pada tahun 1968, Glasser telah
mengasaskan penubuhan Institute For Reality Therapy do Los Angeles. Institut ini
menawarkan kursus-kursus dan latihan untuk para doktor, ahli-ahli fiziks, pegawai
perundangan, pegawai polis, jururawat, peguam, hakim, guru dan kaunselor. Dua tahun
kemudian iaitu tahun 1970, William Glasser La Verne College Center ditubuhkan di
University of La Verne di California Selatan untuk menyediakan pengajian luar kampus
kepada guru-guru untuk mendapatkan ijazah.
Bermula tahun 1981, Glasser telah menjalinkan idea asalnya dengan teori kawalan
(Control Theory) yang menegaskan bahawa tingkah laku dijana dari dalam individu. Apa
yang diperoleh dari luar hanyalah maklumat (information). Bukunya yang bertajuk Stations
of the mind(1981) dan Control Theory : A New Explanation of We Control Our Lives(1984)
telah menunjukkan pendirian teori ini dan menghuraikan bagaimana otak manusia
mempengaruhi persepsi dalaman.
Buku-buku lain yang dihasilkan oleh Glasser ialah The Identity Society(1972),
Positive Addiction(1976), Control Theory In The Claaroom(1986), The Quality School
:Managing Students Without Coercion(1990) dan The Quality School Teacher(1993).
Glasser juga sering memberikan kuliah atau ceramah dan bengkel di peringkat antara
bangsa mengenai aplikasi teori kawalan dan realiti terapi.

5.3 Latar Belakang Terapi


Terapi Realiti merupakan satu bentuk terapi yang agak baru dalam dunia kaunseling.
Ianya telah diasaskan oleh William Glasser iaitu seorang psikologis dari California pada
tahun 1965 ekoran daripada ketidaksetujuan Glasser terhadap teori psikoanalitik.
Kottler dan Brown menyatakan bahawa terapi realiti merupakan suatu pendekatan
mengajar yang menekankan kepada penyelesaian masalah, tanggungjawab peribadi dan
keperluan untuk menangani atau mengatasi keperluan realiti seseorang individu.
Menurutnya lagi terapi realiti adalah berdasarkan kepada assumsi atau andaian bahawa
setiap individu perlu untuk membina identiti sama ada berjaya atau gagal. John J.
Pietrofesa(1984), berpendapat bahawa terapi realiti berasaskan kepada andaian terhadap
sesuatu tingkah laku sama ada menolong atau menghalang untuk memenuhi keperluan
asas manusia. Keperluan tersebut merupakan keperluan untuk disayangi dan menyayangi
orang lain dan keperluan merasa dihargai dan menghargai orang lain. Tingkah laku yang
dapat dipenuhi dikatakan bertanggungjawab dan yang gagal adalah sebaliknya. Tingkah
laku yang tidak bertanggungjawab akan membina identiti gagal dan seterusnya akan
menghadapi kegagalan. Maka kaunselor adalah membina identiti individu itu ke arah
kejayaan.
Glading (1993), berpendapat terapi realiti menegaskan baahawa perubahan
individu dilakukan melalui tindakan dan pemikiran. Beliau mencadangkan bahawa dunia
dalaman individu adalah yang paling berpengaruh dalam menentukan tingkah laku yang
telah dipilihya. Terapi ini juga berorientasikan tindakan (action oriented) yang bersifat
konkrit, mengajar, mengarah dan kognitif.
Oleh itu secara keseluruhannya kita dapati, teori realiti lebih menekankan kepada
keperluan untuk memenuhi kehendak psikologi (a fulfilments of psychology needs). Secara
amya didapati terapi realiti adalah untuk menyediakan individu dalam susasana yang boleh
membantu mereka membina kekuatan psikologi untuk menilai atau menghargai tingkah laku
semasa. Terapi ini juga boleh digunakan dalam kaunseling individu, kaunseling keluarga,
kaunseling pemulihan, kaunseling kelamin, pendidikan, kerja-kerja sosial, terapi kelompok,
crisis intervention, pengurusan institusi dan perkembangan kemajuan masyarakat.

5.4 Pandangan terapi Tentang Kejadian Manusia


Menurut William Glasser (1965), terdapat tiga andaian terhadap kejadian manusia
berdasarkan terapi realiti. Diantaranya ialah :
5.4.1 Manusia berfungsi pada tahap atau keadaan kesedaran tanpa dipengaruhi
oleh kuasa tidak sedar.
5.4.2 Dalam diri setiap manusia terdapat dorongan yang sihat. Dorongan ini
mengandungi dua tahap iaitu dalam bantuk fizikal dan psikologikal.
Dalam bentuk fizikal, merupakan suatu keperluan asas kepada manusia seperti
makan minum dan tidur. Manusia juga dipengaruhi oleh keinginan untuk
kelangsungan hidup (survival). Manakala dalam bentuk psikologikal pula, terbahagi
kepada empat bahagian iaitu :
a. Rasa kepunyaan (belonging). Rasa kepunyaan ini misalnya seperti keperluan
kepada rakan, keluarga dan kasih sayang.
b. Kuasa iaitu suatu keperluan penghargaan kendiri , dihargai dan bersaing.
c. Kebebasan (freedom) iaitu suatu keinginan untuk membuat pilihan dan
keputusan.
d. Keseronokan iaitu suatu bentuk keperluan untuk bermain, berehat, ketawa,
gembira dan lain-lain .
Keempat-empat keperluan ini akan membawa kepada identiti diri seseorang individu.
Ianya akan tercapai apabila individu itu diterima oleh orang lain atau masyarakat.
Yang paling penting dalam keperluan psikologikal ialah apaabila seseorang itu akan
mengalami rasa cinta dan rasa dihargai.
Menurut Glasser, seseorang individu yang tidak ada rasa dicintai akan
mengalami kegagalan identiti, personaliti tidak seimbang, kurang keyakinan diri dan
cepat putus asa. Dalam suasana mencapai identiti diri ini terdapat dua waktu yang
kritikal dalam kehidupan di zaman kanak-kanak di antara umur 2 hingga 5 tahun dan
5 hingga 10 tahun.
Dalam peringkat umur antara 2 hingga 5 tahun , proses sosialisasi awal
berlaku seperti berhubung dengan ibu bapa, adik beradik dan rakan sebaya. Pada
peringkat ini kanak-kanak sudah mula mengalami perasaan kecewa dan kerisauan.
Pada peringkat ini, kanak-kanak memerlukan kasih sayang, bimbingan, dan
penerimaan dari ibu bapa. Jika ini berlaku maka kanak-kanak itu tadi akan mula
membentuk identiti yang kekal.
Pada peringkat umur 5 hingga 10 tahun pula, kanak-kanak akan terlibat
dengan alam persekolahan dan mula memperolehi pengetahuan dan membentuk
konsep diri. Di peringkat ini, kanak-kanak akan menghadapi masalah sosialisasi dan
masalah pembelajaran . Dalam kontek pembelajaran , sekiranya individu tidak
belajar sesuatu pada masa atau peringkat muda maka individu itu boleh belajar di
waktu selepas itu.

5.4.3 Individu mampu menentukan dan mengawal diri


Mengikut Gladding (1993), dalam pertumbuhan individu masalah timbul apabila
manusia itu tidak bertanggungjawab tentang sikap mereka. Manusia perlu disayangi dan
menyayangi, berasa dihargai, gembira dan mampu mengawal keadaan sekeliling di atas
sebab tertentu. Ee Ah Meng (1989), telah mengatakan bahawa untuk menghuraikan
tingkah laku dan pandangan mengenai ketenteraman jiwa seseorang Glasser
menggunakan istilah seperti memuaskan , telah maju ,baik dan moral. Menurutnya lagi,
bagi memperoleh harga diri kita perlu mempelajari cara memperbaiki diri kita sekiranya kita
telah melakukan kesilapan sebaliknya kita hendaklah memuji diri kalau melakukan sesuatu
yang betul.
Mengikut Muhd Mansur Abdullah (1993), setiap manusia di antara kita membentuk
keperibadian di dalam penglibatan kita dengan orang lain dan dengan imej diri sendiri.
Kuasa pertumbuhan akan membantu kita mencapai identiti yang berjaya. Natijahnya,
penderitaan peribadi hanya boleh diubah jika berubahnya keperibadian itu sendiri kerana
individu itu mampu mengubah nasib, cara hidup, perasaan dan tingkah laku mereka.
Manusia itu menolak dunia sekelilingnya apabila menghadapi kekecewaan kehendak diri.
Mereka mungkin kehilangan tujuan sebenar, hilang kebolehan bagi melihat keadaan nyata
yang sebenar.
Mengikut Corey(1988), dalam pembentukan identiti masing-masing individu akan
mengembangkan keterlibatan dengan orang lain dan dengan bayangan diri yang dengannya
individu itu akan merasa relatif berhasil atau sebaliknya. Manusia mencakupi pernyataan
bahawa sesuatu kekuatan pertumbuhan itu mendorongnya untuk berusaha mencapai
sesuatu identiti keberhasilan. Individu boleh mengubah cara hidup, perasaan dan tingkah
lakunya.Idividu juga mampu mengubah identitinya. Justeru itu, perubahan identiti
bergantung kepada perubahan tingkah laku.
Mengikut Pietrofesa Hoffman dan Splete (1984), manusia mempunyai dua
keperluan asas. Jika keperluan itu tidak dapat dipenuhi maka akan wujudlah kekecewaan.
Dua keperluan asas itu ialah keinginan untuk menyayangi dan disayangi dan juga keperluan
keinginan untuk merasakan kita berguna untuk diri sendiri dan juga orang lain. Bagi Glasser,
beliau percaya bahawa kematian merupakan keputusan yang dibuat oleh seseorang yang
kurang kasih sayang di awal kehidupannya. Seterusnya kekurangan sepenuhnya kasih
sayang yang mungkin menyebabkan kekecewaan yang teruk sehingga seseorang itu
membunuh diri dan sakit jiwa.
Menurut Wubbolding dlm John J. Pietrofesa et, al.(1984), kejayaan identiti seseorang
itu berkembang dalam beberapa peringkat:
a. Peringkat lakukan atau buat iaitu orang akan mula untuk mengerjakan sesuatu.
Maknanya ia memulakan suatu harapan untuk mempertingkatkan diri tanpa mengira
sekecil manapun usaha permulaan tersebut.
b. Perkembangan identiti kejayaan, iaitu pemikiran yang positif. Pada peringkat ini,
pertama berkelakuan membina iaitu bersikap tegas dalam menunjukkan diri dan
meningkatkan penampilan diri serta mengambil kira kebajikan orang lain. Kedua,
berfikiran positif iaitu berkebolehan menggunakan situasi yang paling baik dan
mengembirakan, percaya dan penerimaan diri untuk mengawal pembangunan atau
perkembangan yang positif secara berterusan. Ketiga, berfikiran rasional dan tidak
rasional. Seseorang itu akan dapat mengenal pasti satu masalah dan isu dengan
beralasan secara keseluruhan dan matang. Keempat, kesihatan aktiviti fizikal diikuti
dengan diet yang berpatutan, seterusnya mendapat senaman yang bersesuaian
dengan keperluan fizikal.
c. Peringkat mengisi kekosongan yang ada pada diri seseorang dengan merasakan
suatu yang seronok, merasakan kasih sayang serta disayangi oleh orang lain.
Seseorang itu juga harus merasakan kebolehan menjalankan kerja dan mempunyai
harga diri.
Menurut John J. Pietrofesa et,al (1984), bahawa manusia akan menderita akibat
kegelisahan, menyalahkan diri sendiri, kemuraman dan kemarahan dan mungkin akan
tersingkir dari masyarakat apabila gagal mendapat kasih sayang.
Mengikut Corey(1982), walaupun faktor persekitaran mempunyai pengaruh manusia dalam
membuat keputusan tetapi perilaku itu bukan disebabkan olehnya. Menurutnya lagi, semua
sikap motivasi dalaman seseorang berpandu kepada keinginannya untuk mencapai sesuatu.
Mohd Salleh Lebar (1993), mengandaikan bahawa manusia apabila menerima kasih
sayang dan memberikan kasih sayang adalah penting bagi dirinya dan juga orang lain.
Beliau juga berpendapat bagi memperolehi harga diri seseorang itu perlu memperbaiki
dirinya dahulu dari kesilapan. Kegagalan menjaga harga diri menyebabkan seseorang itu
menghadapi masalah. Oleh itu manusia perlukan kasih sayang dan memperolehi harga diri
yang sewajarnya.

5.5 Konsep-konsep Utama Terapi Realiti

Mengikut Amir Awang (1987), terapi realiti berbeza dengan teori-teori kaunseling
dan psikoterapi yang lain kerana ia tidak mempunyai konsep-konsep tertentu. Walau
bagaimanapun ia mempunyai ciri-ciri tertentu. Di antaranya ialah :
Terapi realiti menekankan bahawa tingkah laku yang tidak siuman adalah
disebabkan pengabaian tanggungjawab. Menurutnya, apabila individu itu tidak
melaksanakan tanggungjawabnya maka akan menyebabkan timbulnya tingkah laku
yang bilazim.
Terapi realiti juga memberi penumpuan kepada tingkah laku dan bukannya
perasaan dan sikap. Menurut terapi ini apabila tingkah laku itu berubah maka sikap
dan perasaan akan turut berubah.
Tumpuan kepada peristiwa-peristiwa yang berlaku ke atas klien pada masa kini.
Peristiwa yang lampau dan pada masa depan tidak diberi perhatian kerana sejarah
yang lalu tidak boleh diubah. Begitu juga masa depan boleh menimbulkan
kebimbangan semata-mata.
Terapi realiti juga menekankan aspek-aspek positif seperti potensi individu,
kejayaan, kelebihan dan kualiti positif yang ada pada individu tersebut. Melihat
individu sebagai positif dan beroperasi dan bukan sebaliknya.
Menggalakkan individu atau klien menilai tingkah lakunya sama ada yang positif atau
negatif. Tingkah lakunya akan berubah setelah mengenal pasti tingkah laku itu dan
ini akan menyedarkan individu itu tentang punca kegagalan pada masa kini.
Terapi realiti ini juga menitikberatkan tanggungjawab. Sikap bertanggungjawab perlu
dipelajari secara terus menerus sepanjang masa kehidupan.
Persetujuan di antara kaunselor dan klien perlu dipatuhi bagi mencapai matlamat
dan memenuhi keperluan individu tersebut.
Muhd Mansur Abdullah(1993) telah mengemukakan beberapa konsep dalam
terapi. Diantaranya ialah meletakkan kepentingan utama pada perasaan klien dalam menilai
tingkah lakunya agar dapat menentukan siapakah yang menyebabkan berlakunya
kegagalan dalam kehidupannya. Perubahan tingkah laku juga adalah sangat penting.
Sekiranya klien menyedari bahawa mereka tidak mendapat keperluan yang diinginkan maka
tingkah laku yang ditonjolkan itu merupakan pemusnah diri.
Mengikut Gibson dan Mitchell (dalam John J. Schmidt (1996) terapi realiti menunjukkan
bahawa kaunseling adalah kaedah pengajaran yang istimewa atau latihan mengajar
seseorang individu tentang apa yang sepatutnya dipelajari semasa hidup yang normal pada
masa yang singkat.
Secara menyeluruhnya, terapi ini dapat diaplikasikan di sekolah, dalam pentadbiran,
dan kelas bimbingan dalam kumpulan. Keberkesanannya telah didokumentasikan dalam
beberapa idea termasuk bekerja bersama pelajar istimewa, konsep kendiri pelajar dan hala
tuju diri pelajar.

5.6 Matlamat Terapi Realiti

Pietrofesa,J.J. (1984), telah menjelaskan bahawa terapi realiti adalah untuk


membantu mereka yang hanya mencari keseronokan sahaja dan mengabaikan dunia realiti.
Kottler dan Brown (1996) pula menyatakan terapi ini menggalakkan klien
bermotivasi, bertanggungjawab terhadap rancangan tindakannya ke arah perubahan tingkah
laku membina dan identiti yang berjaya.
Samuel T.G.(1993), pula menjelaskan antara lain matlamat terapi realiti ialah:
Membantu klien memperjelaskan apa yang mereka mahu dalam hidupnya.
Membantu klien mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri serta sokongan yang
ada di sekelilingnya dan juga bentuk halangan-halangan yang wujud.
Membantu klien agar mantap dari psikologi dan lebih rasional dalam membuat
tindakan dan pemikiran.
Corey. G .(1982), menyatakan antara lain matlamat terapi realiti ialah :
Secara holistiknya matlamat terapi ini adalah untuk membantu individu mencari jalan
yang lebih berkesan bagi memenuhi keperluan mereka dari segi rasa kepunyaan,
kebebasan, berkuasa dan berseronok.
Memfokuskan kepada apa yang klien sedar dan membantu klien meningkatkan
kesedaran itu.

Corsini R.J. (1983), menyatakan bahawa tidak kira bagaimana kejam atau ganas
dan luar biasa sesuatu kejadian itu yang membawa kepada tingkah laku seseorang, kita
harus menjelaskan kepadanya bahawa kejadian yang lalu tidak boleh dijadikan alasan untuk
bertingkah laku yang tidak sepatutnya. Tidak kira apa yang terjadi kepadanya di masa lalu,
dia harus mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap apa dilaksanakannya sekarang
Koeswara (1988), menjelaskan beberapa matlamat terapi realiti ialah :
Motif umum terapi adalah membantu seseorang bagi mencapai autonominya.
Membantu orang-orang dalam menentukan dan memperjelaskan tujuan-tujuan
mereka.
Membantu klien dalam menjelaskan cara-cara mereka menghambat kemajuan ke
arah tujuan-tujuan yang ditentukan oleh mereka sendiri.
Membantu klien menemukan alternatif-alternatif dalam mencapai tujuan-tujuan
dengan syarat klien sendiri yang menetapkan tujuan-tujuan itu.
Mohd Salleh Lebar(1993), menyatakan matlamat terapi ini adalah untuk membantu klien
menyedari bahawa kegagalan untuk menjaga diri menyebabkan seseorang itu akan
menghadapi masalah. Dalam erti kata lain, terapi ini membantu klien agar berada dalam
situasi yang rasional.
Muhd. Mansur Abdullah & Siti Nordinar Mohd. Tamin(1993) menyatakan bahaw
matlamat terapi realiti ialah:
Untuk mengurangkan tingkah laku ketewasan-kendiri yang tidak bertanggungjawab
dan memperkembangkan imej-kendiri yang lebih positif.
Membuat dan melaksanakan suatu rancangan bagi membolehkan klien mengalami
kejayaan tingkah laku bertanggungjawab dan mula memperolehi sedikit deria
kesejahteraan kendiri.
Klien diharapkan dapat membuat kemajuan apabila tanggungjawab terhadap tingkah
laku peribadinya dapat dilaksanakan dan apabila hajat itu dapat dipenuhi dengan
tidak menyakiti diri sendiri mahupun orang lain.
Amir Awang (1987) telah menjelaskan beberapa matlamat terapi realiti. Antaranya
ialah :
Klien sendiri menentukan matlamat hidupnya secara bebas tanpa bergantung
kepada orang lain. Iaitu klien harus berusaha untuk mencapai autonomi.
Klien harus berupaya merancang strategi dan langkah-langkah tertentu bagi
mencapai matlamat hidupnya.
Kaunselor boleh mengemukakan syor-syor dan saranan-saranan berhubung dengan
matlamat hidup yang bertanggungjawab dan realistik serta strategi-strategi yang
boleh digunakan bagi mencapai matlamat tersebut. Dalam hal ini klien sendiri mesti
menentukan apa yang baik bagi dirinya.

5.7 Proses Kaunseling Dalam Terapi Realiti


Pietrofesa, J.J (1984), telah menjelaskan tentang proses terapi yang melibatkan
beberapa kemahiran seperti konfrantasi, homor atau kecindan, perbincangan, penetapan
matlamat, menunjukkan (pointing out), nasihat dan debat. Proses ini boleh dibahagikan
kepada tiga prosedur:
i. Keterlibatan iaitu proses ini memerlukan kaunselor melibatkan diri dengan klien
secara intelektual dan emosi. Kaunselor harus memahami dan menerima klien
seadanya. Ini adalah untuk menjalinkan hubungan yang baik dan memudahkan
proses kaunseling kemudiannya.
ii. Kaunselor mesti memberitahu klien sama ada tentang tingkah laku yang kaunselor
tidak suka atau tentang penerimaannya sebagai individu. Ini memberitahu klien
bahawa sikapnya yang tidak disukai dan bukannya sebagai orang atau individu.
iii. Kaunselor harus memberi arahan kepada klien untuk mencari jalan yang lebih baik
bagi memenuhi keperluannya. Ini dapat dilakukan apabila klien mengaku bahawa
sikap tidak bertanggungjawabnya adalah salah. Prosedur ini hanya dilakukan
dengan syarat kaunselor mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk membantu
klien.
Menurut Glasser(1992) dalam Pietrofesa, J.J (1984) menyatakan terdapat lapan
langkah dalam proses terapi realiti :
Langkah 1 : Keterlibatan
Kaunselor mesti menjalinkan hubungan baik dengan
klien. Kaunselor hendaklah mesra , empati dan
dapat memberikan perhatian kepada klien.
Keterlibatan kaunselor hendaklah ada batasan
jangan sampai terperangkap.
Langkah 2: Fokus kepada tingkah laku semasa.Walaupun
tingkah laku dan perasaan saling berkait rapat,
namun tumpuan kaunselor hendaklah kepada
tingkah laku semasa klien.Tingkah laku diberi
tumpuan kerana ia merupakan perkara yang lebih
mudah diperbetulkan oleh klien.
Langkah 3: Fokus terhadap masa sekarang.
Terapi ini tidak melihat pengalaman lampau tetapi masa lampau hanya
dibincangkan untuk membantu :
- Pembinaan sikap pengalaman lampau sebagai hubungannya dengan
masa kini.
- Mengenalpasti alternatif yang membina untuk klien buat pilihan.
- Menentukan kenapa klien memilih tingkah laku yang tidak membawa beliau
kepada lebih banyak masalah. Terapi ini percaya bahawa tingkah laku
semasa dapat diubah.

Langkah 4 : Menilai kendiri


Klien diberi tanggungjawab menilai tingkah laku sendiri. Kaunselor
hanya memberikan perangsang dan panduan.
Langkah 5 : Membuat Pelan
Pelan dibuat untuk membantu klien. Alternatif dipilih dan langkah-langkah
yang perlu untuknya mencapai objektif itu disenaraikan. Pelan ini dinilai dan
disemak dari semasa ke semasa.
Langkah 6 : Komitmen
Langkah ini perlu ditekankan sewaktu pertemuan awal supaya apabila klien
diminta menjalankan atau melaksanakan pelan perubahan tingkah lakunya
maka dia sudah bersedia.
Langkah 7 : Tidak menerima sebarang alasan
Kaunselor tidak patut menerima sebarang alasan klien yang tidak dapat
melaksanakan pelannya tidak juga harus memarahi klien. Kaunselor harus
meminta klien membuat komitmen yang baru untuk memenuhi
tanggungjawabnya.
Langkah 8 : Hapuskan dendaan
Hukuman dan dendaan tidak termasuk dalam terapi ini tetapi adalah elok
sekiranya klien dapat merasakan kerugian apabila dia gagal
menyempurnakan tanggungjawabnya terutama sekali dalam mengubah
tingkah laku yang negatif.

Muhd Mansur Abdullah (1993), telah menjelaskan bahawa proses kaunseling terapi
realiti adalah seperti berikut :
Kehangatan hubungan kaunselor , pemahaman dan prihatin kaunselor terhadap
klien.
Pemusatan utama kepada tingkah laku.
Penumpuan kepada masa kini. Masa lalu tidak boleh diubah lagi.
Klien mesti membuat suatu penilaian dan mengenal pasti ketewasan kendiri, tingkah
laku tidak bertanggungjawab sebelum terdedah kepada pertolongan kaunseling.
Kaunselor membantu klien membina suatu perancangan mengubah tingkah laku .
Adalah penting perancangan itu dibuat dalam bentuk bertulis.
Kaunselor menolong klien membuat suatu penglibatan menyiapkan rancangan.
Kaunselor menjelaskan kepada klien bahawa alasan tidak menyiapkan rancangan
tidak boleh diterima.
Kaunselor tidak menyalahkan klien sekiranya gagal.

5.8 Peranan Kaunselor


Corey , G. (1982), telah menjelaskan bahawa peranan kaunselor adalah seperti
berikut :
kaunselor berperanan sebagai guru dan model. Ia menerima klien secara mesra,
empati dan penuh perhatian.
Tugas utamanya ialah melibatkan diri dengan klien bagi membina hubungan yang
baik supaya dapat menyediakan landasan yang betul untuk proses kaunseling
seterusnya.
Sebagai seorang pengajar , iaitu mengajar klien tentang teori kawalan , memberikan
klien pilihan bertingkah laku dan sentiasa aktif semasa sesi kaunseling berjalan.
Kaunselor mencabar klien dengan bertanya adakah perkara yang anda lakukan
mendatangkan faedah atau manfaat kepadanya? Sekiranya klien merasakan atau
sebaliknya maka kaunselor akan mencadangkan alternatif kelakuan yang lain.
Membina struktur dan had sesuatu sesi.
Membina rapport berdasarkan perhatian dan penghormatan.
Memberikan tumpuan kepada kekuatan individu dan potensi yang dapat
mengarahkan kepada kejayaan.
Berbincang secara aktif tentang tingkah laku semasa dan tidak menggalakkan klien
memberikan alasan tentang tingkah lakunya yang tidak bertanggungjawab.
Memperkenalkan dan menggalakkan psoses menilai kehendak yang ingin dicapai
secara realistik.
Mengajar dan menggalakkan klien melaksanakan pelan tindakan untuk mengubah
tingkah lakunya.
Membantu klien mencari jalan untuk memenuhi kehendak mereka dan
menggalakkan mereka agar tidak cepat putus asa.
E. Koeswara (1988), menjelaskan bahawa kaunselor bertindak sebagai pembimbing
yang akan membantu klien agar dapat menilai tingkah lakunya sendiri secara realiti. Terapi
ini juga berasumsi bahawa klien mampu mewujudkan kebahagiaannya sendiri dan
mendapatkannya maka kuncinya adalah menerima tanggungjawab. Kaunselor juga harus
berfungsi sebagai guru dalam menjalinkan hubungannya dengan klien dan mendedahkan
kepada klien bahawa tujuan terapi ialah ke arah kebahagiaan
Ee Ah Meng (1997), menyatakan bahawa peranan kaunselor ialah :
Melibatkan diri secara mendalam dengan klien.
Kenalpasti jurang diantara tindakan klien dengan keperluan-keperluan dan nilai-
nilainya.
Tumpukan kepada tindakan (apa yang dibuat oleh klien) lebih daripada fikiran dan
perasaan klien.
Pastikan klien bertanggungjawab ke atas pilihan dan akibatnya.
Wujudkan perhubungan yang terbuka, mesra, dan jujur dengan klien.
Tumpukan pada tingkah laku sekarang.
Berikan galakkan , pujian dan alternatif kepada klien.
Lakukan konfrantasi sekiranya tingkah laku klien berbeza dengan percakapannya.
Mohd Salleh Lebar (1993), telah menjelaskan tentang peranan kaunselor seperti
berikut :
memberikan galakkan kepada klien.
Menumpukan kepada tingkah laku.
Lakukan konfrantasi jika tingkah laku klien berbeza dengan percakapannya.
Wujudkan hubungan yang terbuka.
Pastikan klien bertanggungjawab dengan pilihan dan akibat pilihan itu.
Menumpukan kepada sesuatu tindakan daripada perasaan.

5.9 Peranan Klien


5.9.1 Klien digalakkan menumpukan perhatian kepada tingkah laku dan tidak pada
perasaan dan sikapnya. Mereka diarahkan supaya meneliti dan menilai tingkah laku
sendiri bagi menentukan adakah tingkah laku itu membina atau menghalang untuk
mencapai matlamat hidup mereka.. Seandainya mereka mengalami sesuatu
perasaan tertentu, mereka akan disuruh mengkaji tingkah laku itu.
5.9.2 Klien digalakkan memikirkan dan merancang strategi-strategi yang khusus untuk
mengubah tingkah laku yang gagal dan menggantikannya dengan tingkah laku yang
baik.
5.9.3 Klien hendaklah melaksanakan strategi-strategi yang dirancangkan. Klien mestilah
komited pada rancangan tindakannya. Mereka tidak boleh menyalahkan sesiapa
atau cuba memberi alasan-alasan tertentu. Kontrak dan komitmen seperti ini
hendaklah dilaksanakan oleh klien.
5.9.4 Di dalam usaha klien menilai dan mengktirik tigkah lakunya, ia juga haruslah bersikap
realistik. Tidak keterlaluan sehingga kecaman-kecaman itu menjadi terlalu hebat dan
berat baginya. Sekiranya situasi ini wujud maka tentukan usaha-usaha klien untuk
megubah tingkah lakunya akan gagal. Lebih realistik dan munasabah sekiranya
kecaman dan kritik itu dilakukan secara sederhana supaya tingkah laku yang tidak
sesuai itu dapat diubah dan digantikan dengan tingkah laku yang lebih sesuai.
5.10 Teknik DanTatacara Terapi Realiti
Menurut Muhd. Mansur Abdullah (1993) , matlamat asas terapi realiti ialah
menolong individu mencapai kuasa autonomi agar sampai kepada peringkat kematangan
yang membolehkan seseorang itu melepaskan dirinya daripada sokongan persekitaran dan
menggantikannya dengan bantuan dalaman. Kematangan ini menunjukkan bahawa
manusia berkemampuan memikul tanggungjawab untuk dirinya sendiri dan untuk apa yang
mereka mahukan serta untuk membina tanggungjawab dan perancangan-perancangan
yang realistik bagi mencapai dan memenuhi matlamat mereka .
Bagi membantu manusia untuk mencapai matlamat dalam hidup mereka dan
menerangkan cara-cara untuk mencapaikannya maka terapi realiti telah menggunakan
teknik-teknik tertentu yang berbentuk tingkah laku. Di antarannya ialah :
5.10.1 Menjadi model atau contoh: Dalam teknik ini kaunselor mestilah menjadi contoh
teladan atau model yang berperanan sebagai seorang pendidik. Sebagai pendidik,
kaunselor cuba menolak tingkah laku klien yang negatif tanpa meminggirkan klien
tersebut. Kaunselor perlu mengajar klien dengan cara yang lebih berkesan bagi
memenuhi kehendak klien berdasarkan realiti. Tindakan ini membolehkan klien
menghadapi kenyataan dan menyedari akan tingkah lakunya yang tidak realistik.
5.10.2 Kelucuan : Kaunselor akan bersikap lucu dan tidak terlalu serius. Ini bermakna
kaunselor akan melihat sesuatu situasi dari sudut yang melucukan dengan tujuan
untuk meringankan tekanan atau bebanan yang dihadapi klien.
5.10.3 Konfrantasi : Kaunselor akan berdepan atau mencabar klien tanpa membenarkan
klien memberikan alasan-alasan tertentu. Kaunselor juga boleh menggunakan
cemuhan-cemuhan dan kritikan yang boleh memeranjatkan klien di dalam usaha
untuk mencabar tingkah laku yang tidak realistik. Situasi ini dapat memberikan
respon kepada klien memikirkan tentang dirinya secara realistik.
5.10.4 Main Peranan(Role play) : Kaunselor akan menggunakan komunikasi dalam main
peranan bersama klien. Dalam permainan tersebut kaunselor akan cuba
memberikan penekanan pada di sini dan pada ketika ini dan elakkan daripada
memberi penumpuan kepada peristiwa-peristiwa yang lampau dan perasaan-
perasaan yang tidak baik.
5.10.5 Tindak balas : Kaunselor akan meminta kepada klien melihat tingkah lakunya
sebagai satu cara untuk klien menerima sesuatu tanggungjawab. Kaunselor akan
bertanya kepada klien adakah tindakan itu sesuai dengan klien dan adakah cara itu
berfaedah kepadanya. Dalam hal ini klien hendaklah menentukan sama ada hendak
mengubah tingkah lakunya atau sebaliknya.
5.10.6 Penglibatan : Kaunselor akan melibatkan diri secara langsung dengan menggunakan
kata-kata seperti saya mementingkan anda, saya bertanggungjawab pada anda.
Tingkah laku yang ditonjolkan oleh kaunselor perlulah sejajar dengan kata-kata yang
telah dilafazkan itu. Kaunselor harus melibatkan diri dengan klien dalam usaha
mencari arah tuju kehidupan atau mencari jalan yang baru bagi mencapai
kehidupan klien yang lebih berjaya dan bermakna.
5.10.7 Kontrak(Perjanjian) : Kaunselor dan klien perlu membuat perjanjian. Sekiranya perlu
perjanjian itu boleh dilakukan dalam bentuk tulisan dan ditandatangani oleh klien.
Biasanya dalam perjanjian terdapat peraturan-peraturan tertentu maka dalam
membuat peraturan tersebut klien libatkan diri dengan kaunselor. Kaunselor juga
perlu menyemak kemajuan klien dan berikan pujian mengikut situasi yang
perlu.Sekiranya rancangan yang dirancang agak sukar dilaksanakan maka perlu
buat rancangan yang baru. Bagi pihak klien kegagalan rancangan tersebut tidak
perlu dihukum atau didenda.
5.10.8 Formulate Menghasilkan satu rangka kerja yang spesifik : Dalam hal ini kaunselor
perlu membuat satu rancangan untuk mengubah tingkah laku klien. Klien boleh
ditanya adakah cara yang lebih baik baginya untuk membuat sesuatu untuk ubah
tingkah lakunya. Kaunselor boleh membantu klien membuat perancangan dan dalam
merancang , berikan kebebasan klien memilih alternatif yang disukainya. Rancangan
itu hendaklah berbentuk bagaimana dan bila klien akan melakukannya dan dibuat
secara positif.

5.11 Kekuatan Dan Kekurangan Terapi Realiti

5.11.1 Kekuatan Terapi Realiti


Terapi ini sangat sesuai dilaksanakan dan diaplikasikan dalam bentuk kaunseling,
misalnya kaunseling kanak-kanak, remaja, dewasa, ibu bapa, dalam perkahwinan, keluarga,
kaunseling individu dan kaunseling Muhd Mansur (1993). Kenyataan ini disokong oleh
James C. Hansen (1990) yang mengatakan ;
although now used with a variety of clients in a number of different settings.
Reality Therapy originally used in the treatment of office patients, mental hospital patients,
and adult and juvenile lawbreakers. Much of Glaciers work with juvenile offenders grew out
of this years of work at the venture school for girls of the Calofornia Youth Authority.
Pendekatan dan kaedah Terapi Realiti digunakan secara konkrit, jelas dan realistik di
mana ia boleh menampilkan keberkesanan, dinilai terutamanya apabila kontrak dibuat dan
persetujui oleh kaunselor dan klien.
Terapi realiti juga mempunyai pelan induk yang dirancang dengan secara sistematik
dan realistik oleh klien dengan bantuan kaunselor sebagai panduan bagi penyelesaian
masalah.
Terapi ini telah memberikan kebebasan kepada klien untuk berfikir secara rasional,
menilai , menentukan dan membuat keputusan sendiri.
Terapi ini telah menggunakan jangka masa yang pendek untuk membantu klien kalau
dibandingkan dengan teori-teori yang lain seperti psikoanalisis dan pemusatan insan.
Banyak kenyataan telah dibuat oleh beberapa penulis yang menyokong kelebihan-
kelebihan terapi ini. Di antaranya ialah Panek (1993:461) menyatakan bahawa pendekatan
terapi realiti sebagai stimulates active mental processes.. Kottler (1996) berpendapat
bahawa terapi realiti sebagai terapi jangka pendek dan sesuai dalam seting di sekolah dan
selanjutnya reality therapy is a short-term treatment that has been widely used in schools,
institutions and correctional settings. It is a fairly simple therapeutic approach and can be
mastered withaut length training and supervision.
Menurut Samuel T. Gladding (1996:283-289) mengatakan bahawa terapi realiti
applicable to many different populations; effective with certain disorders; concertinas;
short-term; centralized training center; promotes responsibility and freedom without blaming;
stresses here and now; integrates control theory.

5.11.2 Kekurangan atau Kelemahan Terapi Realiti


Terapi realiti juga mempunyai kelemahannya. Terapi ini cenderung hanya kepada
memfokus kepada tingkah laku semata-mata tetapi seseorang manusia itu adalah unik dan
bertindak dengan secara menyeluruh termasuklah emosi, persepsi, kognitif, sensasi dan
sebagainya. Oleh itu jelas menunjukkan bahawa terapi ini mempunyai keupayaan yang
terbatas.
Terapi ini juga menekankan kepada konsep masa sekarang dan di sini atau here
and now dan dalam situasi yang sedar tanpa mengambil kira konsep-konsep tidak sedar
serta sejarah hidup klien. Walhal, setiap manusia berkemungkinan bersekongkong dengan
masalah yang disebabkan oleh faktor biologi, fantasi, sistem kepercayaan dan nilai dan lain-
lain lagi.
Terapi realiti juga amat bergantung kepada bahasa. Jadi melalui sistem komunikasi
kadang-kadang klien bersifat pendiam dan lembam atau tidak expresive adalah tidak sesuai
dalam pemilihan tindakan terapi realiti.
Terapi realiti kurang menyediakan situasi pembelajaran kerana sifatnya yang agak
mendesak dan mengongkong. Oleh itu klien tidak kreatif dalam membuat keputusan dan
akhirnya bergantung kepada kaunselor.
Kaunselor juga dianggap tidak bermoral kerana terlalu bebas dan terbuka sehingga
kerap mendesak klien membuat sesuatu. Ini akan menimbulkan kesan negatif ke atas klien.
Berkemungkinan klien akan melakukan atau mengubah fikiran untuk mengikut atau akur
dengan nasihat serta petunjuk yang dikemukakan oleh kaunselor.
Paul E. Panek (1993:461) menyatakan bahawa kelemahan terapi realiti telah wujud
diperingkat awal designed for used in early treament stages and for the disoriented;
efficacy limited...
John A.Axelson (1993 :368-369) menyatakan bahawa although the therapist
might be viewed as a tough and controlling person, he or she is also uninterested and
sensitive human being who understands and accepts behavior uncritically, but who never
agrees with the clients irresponsibility. Being more concerned with behavior than with
attitudes, the therapy is not intended to make someone happy, but to make someone
responsible

5.12 Aplikasi Terapi Realiti Dalam Kaunseling


Terapi realiti ini adalah sangat mudah dan boleh diaplikasikan dalam banyak bentuk
perkhidmatan kaunseling , misalnya kaunseling individu dan kelompok, kaunseling kanak-
kanak, remaja, dewasa, ibu bapa, keluarga, perkahwinan, kaunseling krisis, pemulihan,
pencegahan, kerjaya dan sebagainya.
Menurut Glasser (dalam Muhd. Mansur Abdullah 1993:) terapi ini berjaya
diaplikasikan di sekolah-sekolah budak nakal dalam bentuk proses pemulihan. Oleh itu
ianya sesuai dipraktikkan ke dalam perkhidmatan kaunseling pemulihan.
Konsep terapi ini tidak menerima alasan dari luar maka klien harus dipaksa atau
terpaksa menerima tanggungjawab terhadap tingkah lakunya sendiri. Justeru itu, klien perlu
menilai tingkah laku , membuat pilihan dan keputusan sendiri sama ada mencapai matlamat
atau sebaliknya. Sekiranya belum mencapat matlamat maka klien harus bertanggungjawab
berusaha mencari jalan bagi mendapatkannya.
Dalam kaunseling kerjaya , terapi ini sangat sesuai diaplikasikan memandangkan
bahawa ianya berfokus kepada minat,bakat atau potensi dan kelayakan klien itu sendiri.
Tambahan pula ianya dilakukan dalam jangka masa yang pendek iaitu memfokuskan
kepada permasalahan kesedaran tingkah laku dan tidak memberi peluang untuk klien
menghuraikan peristiwa masa lalu.

Kesimpulan
Terapi realiti dianggap paling mudah dipraktikan kerana ianya bersifat realistik dan
praktikal untuk digunakan dalam banyak bentuk perkhidmatan kaunseling. Tujuan dan
matlamat terapi ini ialah untuk mengatasi pelbagai masalah tingkah laku dan emosi yang
negatif dikalangan remaja dan belia.
Di samping itu, kebolehkepercayaan dan keyakinan terhadap kemampuan individu
untuk memimpin dirinya sebagai seorang yang bertanggungjawab telah memberikan suatu
penghormatan dan sokongan moral kepada individu itu. Perkara ini merupakan suatu bentuk
peneguhan dan motivasi dalaman yang amat kuat untuk membantu individu itu berusaha
memperbaiki tingkah lakunya untuk mencapai matlamat masa depan dengan lebih berjaya.
Terapi realiti menitikberatkan tingkah laku yang boleh diukur dan dilihat maka.
Sebarang perubahan yang berlaku dengan mudah dapat dikesan dan dinilai oleh klien itu
sendiri. Keadaan ini mendorong klien untuk terus memperbaiki dan berusaha ke arah yang
lebih baik.
Walaupun begitu terapi ini juga masih lagi terlibat dengan limitasinya. Di antaranya
ialah konsep dan pendekatannya yang terlalu mudah, malah oversimplistic sehingga boleh
menimbulkan keraguan. klien kepadanya. Kaunselor pula kadangkala akan mengambil
kesempatan terhadap diri klien dengan memberikan beberapa aktiviti untuk dilaksanakan
oleh klien. Bagi pihak klien pula ianya akan mejadi kebergantungan terhadap kaunselor.
Oleh itu situasi ini akan menjadikan klien tidak mempuyai otonomi dan tanggungjawabnya
sendiri untuk menyelsaikan masalahnya.
Terapi ini juga menolak tentang isu berkaitan dengan peristiwa yang lampau.
Keadaan ini akan menyebabkan kaunselor tidak memahami tentang diri klien dengan
sebenarnya. Oleh itu, implikasinya akan mempengaruhi pendekatan dan pandangan
kaunselor di dalam sesi atau bidang terapi.
Amir Awang (1987:123) telah menyatakan , sesungguhnya pengasas terapi William
Glasser begitu berkeyakinan serta optimistik dengan pendekatannya. Terdapat banyak bukti
meunjukkan kejayaan terapi ini dalam usaha untuk mengubah tingkah laku belia yang
mengalami penyelewengan tingkah laku .

6.0 TERAPI ADLERIAN

6.1 Latar belakang Tokoh Terapi Adlerian

Alfred Adler telah dilahirkan pada 7 Feb. 1870 di Vienna. Dia adalah anak ketiga
dalam satu keluarga yang terdiri daripada lima orang lelaki dan dua orang perempuan. Salah
seorang daripada abangnya telah meninggal dunia dalam usia yang masih muda. Semasa kecil
dia tidak pernah merasa bahagia kerana dia sentiasa sakit dan menyedari tentang kematiannya.
Ketika berumur empat tahun, dia hampir-hampir mati kerana disebabkan penyakit Pneumonia.
Disebabkan pengalaman tersebut beliau berazam untuk menjadi doktor.

Oleh kerana dia selalu sakit sejak kecil, dia selalu dimanjakan oleh ibunya. Selepas
itu, tumpuan ibunya beralih pula kepada adik bongsunya. Dengan sebab itu, hubungannya lebih
intim antara beliau dengan ayahnya berbanding ibunya. Semasa muda, beliau telah berjaya
menyelesaikan kelemahan dan perasaan rendah diri inferiority complex. Pengalaman itu telah
menjadi teladan untuk beliau merancang perjalanan hidupnya sendiri dan bukannya ditentukan
oleh keadaan.

Adler seorang pelajar miskin. Gurunya selalu mengatakan bahawa dia hanya sesuai
untuk menjadi pembuat kasut dan tidak lebih daripada itu. Dengan keazaman yang tinggi, dia
berusaha dan akhirnya menjadi murid yang terbaik di dalam kelasnya.

Dia meneruskan pengajiannya di Universiti of Vienna dalam bidang perubatan, dan


tamat dalam tahun 1895. Kemudian, beliau menjadi pakar dalam bidang Neurology dan
Psychiatry. Beliau juga berminat merawat kanak-kanak yang penyakitnya sukar dirawat.
Adler mempunyai minat terhadap perkara-perkara mengenai reformasi sekolah dan juga
cara-cara mendidik kanak-kanak. Dia selalu bercakap dan menulis dengan menggunakan
bahasa mudah supaya mudah difahami oleh orang awam. Selepas perang dunia pertama,
beliau berhenti sebagai pegawai perubatan dan membuka beberapa buah klinik penjagaan
kanak-kanak di Vienna serta melatih guru-guru dan ahli profesional yang lain mengenai cara
mendidik kanak-kanak.

Adler dan Sigmund Freud mempunyai hubungan yang rapat tetapi oleh kerana
perbezaan pendapat maka mereka berpisah pada tahun 1911. Adler berpendapat bahawa motif
seseorang adalah sosial dan bukan seksual seperti mana pendapat Freud. Oleh itu, Adler telah
menubuhkan dan memperkembangkan sekolahnya dan Jurnalnya sendiri. Dalam tahun 1921
Adler telah mendirikan pusat pendidikan kanak-kanak di Vienna. Selepas itu, 30 buah sekolah
lagi dibuka. Dalam tahun 1926, Adler pergi ke Amerika syarikat dan menjadi profesor di
Columbia Universiti di New York pada tahun 1927. Lima tahun kemudian Adler bekerja di
Fakulti Long Island College Of Medicine.

Buku penulisan awal Adler adalah berbentuk theoretical. Buku-buku tulisannya ialah
seperti Understanding Human Nature (1927) dan What Life Should Mean To You (1931) adalah
ditulis untuk pembacaan umum Dua buah buku yang menerangkan dengan jelas mengenai
pendapatnya iaitu ' The Indidvidual Psychology Of Alferd Adler' (1956) dan Superiority and Social
Interest (1964).

Walaupun Adler mempunyai jadual yang ketat namun dia masih mengambil masa
untuk menikmati muzik dan juga bersama rakan-rakannya. Dia tidak mendengar nasihat
rakannya supaya berehat. Pada 28 Mei 1937 semasa bersiar-siar sebelum memberi ceramah di
Alberden, Scotland dia pengsan dan meninggal dunia kerana diserang sakit jantung.

6.2 Konsep-Konsep Utama Dalam Teori Adler

6.2.1 Fictional Finalism ( Ket entuan Yang Diada-adakan)


Kehidupan individu selalunya ditentukan oleh idea-idea yang diada-adakan atau yang
berbentuk fiksyen yang sebenarnya tidak wujud di dalam realiti atau alam nyata. Sebagai
contoh, manusia dicipta adalah sama namun di dalam kehidupan sehari-hari hakikat ini tidak
pernah wujud. Ini kerana manusia dilayan dengan cara yang menunjukkan bahawa mereka
tidak sama rata. Demikian juga dengan perkara kejujuran iaitu orang yang menipu dan mencuri
berjaya di dalam hidup, sementara orang yang jujur dan ikhlas sering tertindas dan merana.

Menurut Adler, manusia bertindak lebih oleh jangkaan-jangkaan dan harapan masa
hadapannya daripada peristiwa dan pengalaman masa lampau. Jangkaan-jangkaan itu adalah
bersifat subjektif yang tidak wujud sebagai realiti di dalam hidup. Sebagai contoh kita percaya
akan adanya hari akhirat serta ganjaran dan denda bagi setiap perlakuan atau tindakan yang
kita lakukan di dunia ini, oleh itu kita bertindak menurut apa yang kita kehendaki di masa
hadapan.

6.3 Berusaha ke Arah Superioti.


Adler pada mulanya berpendapat bahawa agresif penting untuk mencapai matlamat
hidupnya. Konsep ini diganti dengan ' will to Power" atau kemahuan untuk berkuasa, dan
didapati tidak sesuai dan ia mengesyorkan konsep berusaha untuk mencapai superioriti. Konsep
ini boleh mengelirukan tetapi bagi Adler, ia bukanlah beertiberusaha mencapai kedudukan yang
tinggi, menjadi pemimpin dan sebagainya. Bagi Adler, konsep ini bermakna manusia akan
sentiasa berusaha untuk menjadi ke arah nirwana kendirinya yang subjektifnya. Ia merupakan
suatu usaha untuk berkembang untuk mencapai kesempurnaan yang subjektif. Kuasa yang
mendorong individu berusaha ini wujud sejak lahir lagi dan setiap individu boleh menggunakan
potensi menurut gaya atau cara yang tersendiri untuk mencapai matlamat atau impian masing-
masing.

6.3.1 Perasaan Rendah Diri ( Inferiority complex) dan Pampasan


Setiap orang dilahirkan dengan kekurangan-kekurangan tertentu yang membawa
kepada perasaan rendah diri. Rendah diri ini mendorong individu tersebut untuk berusaha
mengatasinya agar ia mencapai rasa superioti dan kesempurnaan. Pada mulanya, Adler
memberi perhatian kepada rendah diri inferioriti complex anggota. Jika seseorang
mendapati yang ia kekurangan atau inferioriti dari segi anggotanya, ia berusaha memampas
kekurangan ini dengan cara-cara tertentu. Sebagai contoh seseorang yang merasa rendah
diri, ia akan berusaha mengatasi kekurangan semualajadi itu dengan mencapai bidang-
bidang tertentu sehingga kekurangan asal tersebut tidak lagi dirasai atau ketara.
Jika seseorang merasa inferior kerana sesuatu kekurangan yang tidak semestinya
terbatas kepada anggota, individu itu berusaha untuk merampas perasaan inferior dengan
tindakan-tindakan tertentu. Proses memampas inferioriti berlaku berterusan. Apabila
sesuatu kekurangan itu selesai dipampas, individu akan berada dalam situasi seimbang
atau equilibrium, perasaan inferior tidak lagi dirasai. Sebenarnya keadaan stabil tidak
berkekalan, kerana melalui proses perkembangan, perasaan inferior baru akan menjelma.
Ianya berlaku terus menerus dalam proses perkembangan. Kita janganlah menganggap
peranan inferior itu dianggap sebagai kelemahan atau kekurangan dan ianya bukan satu
tanda bilazim tetapi ia merupakan aspek yang membawa kepada perkembangan individu
tersebut.

6.3.2 Minat Untuk Bermasyarakat


Minat adalah suatu tret yang wujud sejak lahir tetapi ia perlu dipupuk dan dibimbing.
Semua manusia mempunyai hasrat, keinginan dan minat untuk bergaul dengan orang lain
untuk bekerjasama, bantu membantu dan tolong menolong serta berempati. Satu minat
bermasyarakat wujud di antara bayi dengan ibunya. Minat seperti ini bukan sekadar untuk
memenuhi hasrat bermasyarakat tetapi lebh murni dari itu, untuk bekerjasama dengan ahli
masyarakat membimbing dan memajukan masyarakat.

6.3.3 Gaya Hidup


Manusia berusaha untuk mencapai kesempurnaan bagi dirinya. Dengan ushah
sedemikian ia akan maju ke hadapan setapak demi setapak sesuai dengan model
pertumbuhannya dan setiap individu berusaha memaksimumkan potensi, bakatnya dan
sebagainya yang ada pada dirinya. Semua usaha ini menuju kepada nirwana kendiri.
Semasa ia bergelut menuju ke arah nirwnan kendiri , ia talah memperoleh suatu gaya yang
menjadikan dirinya unik iaitu keindividualnnya tersendiri. Gaya hidup seseorang tidak sama
dengan orang lain, sebabnya di dalam diri kita berusaha ke arah superioriti dan
kesempurnaan tadi serta menggunakan aspek-aspek yang berlainan. Ada orang yang
menekankan aspek intelektual, atau minat, bakat dan sebagainya. Gaya hidup terbentuk
melalui interaksi kita dengan keluarga kita. Bagi Adler apa yang berlaku kepada kita
ditentukan oleh cara kita mempersepsi dan menilai sesuatu yang terdapat atau berlaku di
luar diri kita. Dalam kontek ini , kitalah yang menentukan gaya hidup kita sendiri dan bukan
dipaksa ke atas diri kita.

6.3.4 Kendiri Kreatif


Bagi Adler, dapatan tentang kendiri kreatif ini merupakan kemuncak pencapaiannya.
Kendiri kreatif menjadi komponen personaliti yang teragung. Konsep-konsep lain yang
terdahulu daripadanya menduduki tempat kedua. Kendiri kreatif ini adalah sesuatu yang
terdapat di antara rangsangan yang terdapat di antara rangsangan yang bertindak ke atas
individu dan gerak balas yang dilakukannya. Kendiri kreatif bagaikan ragi (pemangkin) yang
bertindak ke atas alam nyata individu dan mengubah menjadi suatu personaliti yang subjektif,
dinamik, bersatu, bersifat peribadi dan mempunyai gaya hidup yang unik. Ia juga merupakan
prinsip aktif di dalam kehidupan manusia dan menentukan matlamat yang hendak dicapai,
serta cara-cara mencapainya. Bagi Adler manusia mempunyai perasaan altruisma, rasa
perikemanusiaan, kerjasama, kreativiti, keunikan dan kesedaran. Manusia kini bukan lagi
mangsa nasibnya, tetapi sebaliknya penentu dan tuan kepada nasibnya.

6.3.5 Susunan Kelahiran (Gugusan Keluarga)


Anak pertama menerima perhatian sepenuhnya dariapda ibu bapa, dididik untuk
menurut perintah bertingkah laku baik dan berdaya maju mengambil tanggungjawab bila ibu
bapa tiada. Anak pertama akan hilang kuasa apabila anak kedua lahir (merasakan
diturunkan takhta).
Anak kedua pula dicemburui dan tidak diberi perhatian sebagaimana anak pertama
selalunya lebih bebas dan kreatif dan tidak terikat dengan peraturan-peraturan sebagaimana
anak pertama. Tingkah lakunya bertentangan dengan anak pertama. Anak tengah pula
merasa dilayan tidak adil. Tidak mempunyai hubungan yang tidak mesra sebagaimana anak
pertama atau bongsu. Anak tengah banyak belajar tantang perkara yang berkaitan dengan
kekeluargaan dan cara berunding. Kemahiran ini boleh digunakan untuk mendapatkan apa
yang diingini. Anak bongsu pula menerima perhatian sepenuhnya daripada yang lain dan
menjadi temapat bermanja dengan ibu bapa. Terdapat kemungkinan besar menjadi 'spoil'
atau terlalu manja. Pada masa yang sama, anak bongsu ini berusaha untuk mencapai cita-
citanya berdasarkan role model atau model-model orang lain seperti abang-abang atau
kakak-kakaknya. Anak tunggal akan matang awal dan mempunyai pencapaian yang tinggi
dan mungkin ada daya khayalan atau imiginasi yang tinggi kerana banyak masa yang
terluang. Tidak merasa akan diturunkan takhta dan seperti anak sulung menerima perhatian
yang sepenuhnya. Kekurangan ini ialah anak akan menjadi manja, mementingkan diri dan
tidak pandai bersosial.
Selain susunan kelahiran, persekitaran keluarga penting dalam pembentukan
individu terutama pada awal lima tahun pertama. Persekitaran keluarga yang negatif seperti
bersifat autotarian adan materialistik, terlalu mengawal boleh menyebabkan individu tidak
berfungsi dengan efektif.

6.4 PROSES TERAPUTIK TERAPI ADLERIAN

6.4.1 Matlamat Teraputik Teori Adlerian


Kaunseling yang berasaskan Teori Adlerian, berdasarkan kepada persetujuan antara
kaunselor dengan klien. Secara umumnya, proses teraputik ini termasuklah mengenalpasti
dan meneroka matlamat yang silap dan jangkaan yang salah serta diikuti oleh aktiviti
membimbing semula klien ke arah matlamat yang lebih konstruktif. Matlamat utama terapi
Adler ialah untuk mengembangkan keperluan sosial klien yang sempurna dengan cara
meningkatkan kesedaran kendiri dan mencabar serta memodifikasikan asas pendirian,
matlamat hidup dan konsep-konsep asas ( Dreikurs, 1967).
Adlerian tidak melihat klien sebagai sakit dan memerlukan penyembuhan.
Sebaliknya, matlamat teraputik ialah mengajar semula klien supaya bolah hidup seimbang
dalam masyarakat dan memberi sumbangan kepada masyarakat serta menerima daripada
orang lain. Oleh itu , proses kaunseling adalah memfokuskan kepada pemberian maklumat,
mengajar, membimbing dan memberi dorongan kepada klien yang tidak mempunyai
dorongan. Dorongan merupakan kaedah yang paling berkesan untuk menukarkan
kepercayan seseorang. Ini akan membantu klien untuk membina keyakinan diri untuk
merangsang keinginan. Keinginan ialah kesediaan untuk bertindak walaupun dengan cara
yang menakutkan yang mana bersesuaian dengan keperluan sosial. Biasanya ketakutan
atau kebimbangan dirasai secara seiringan, sebab tanpa adanya rasa takut maka kemahuan
atau keinginan tidak akan diperlukan. Kaunselor mengajar klien melihat diri mereka, orang
lain dan kehidupan dari sudut lain melalui proses menyediakan peta kognitif atau
pemahaman fundamental tentang tingkah laku mereka. Kaunselor membantu klien
mengubah persepsi mereka. Berikut adalah matlamat proses terapi Pendidikan Adler.

memupuk minat sosial


Membantu klilen menangani perasaan kecewa dan rendah diri
Mengubahsuai pandangan dan matlamat klien degan caar mengubah cara
hidup
Mengubah cara hidup
Mengubah motivasi yang salah
Membantu klien merasa sama rata dengan orang lain
Membantu mereka supaya dapat menyumbang atau penyumbang dalam
masyarakat

6.4.2 Fungsi dan Peranan Ahli Terapis


Fungsi dan peranan ahli terapis dalam teori Adler, lebih memfokuskan kepada terapi
kognitif. Mereka menyedari bahawa klien mengalami kekecewaan dan kesedihan tidak
berfungsi secara efektif ke atas tingkah laku disebabkan oleh kognitif yang salah. Mereka
bertindak ke atas andaian bahawa mereka akan merasa dan bertingkah laku dengan lebih
baik jika mereka dapat mengenalpasti dan membetulkan kesilapan asal mereka. Ahli-ahli
terapis bercadang untuk melihat kesilapan-kesilapan utama dalam berfikir dan menilai
ketidakpercayaan, kepentingan sendiri, cita-cita yang tidak nyata dan tiada keyakinan dalam
diri individu.
Fungsi utama terapis ialah membuat tugasan yang komprehensif terhadap fungsi klien.
Terapis mendapatkan maklumat keluarga klien, termasuk ibu bapa, adik beradik dan orang
lain yang tinggal bersama dengan klien. Ini bertujuan untuk soal selidik bagi mendapatkan
gambaran ke atas cara kehidupan sosial awal klien. Daripada maklumat ini juga, terapis
bolah mendapatkan perspektif terhadap aspek utama kejayaan dan kegagalan klien terhadap
pengaruh-pengaruh kritikal yang klien ambil di dunia ini. Kaunselor juga menggunakan
pengalaman awal sebagai diagnostik. Ini akan membawa ingatan kembali pada zaman
kanak-kanak. Ingatan ini juga digunakan untuk menentukan bagaimana klien melihat diri
sendiri, orang lain dan bagaimana kita melihat masa depan.

6.4.3 Pengalaman Klien Dalam Terapi


Klien dalam kaunseling terapi Adler, memfokus terhadap gaya hidup mereka yang
telah membentuk tindakan tingkah laku dan mengapa mereka menentang dan tidak mahu
mengubahnya. Umumnya, orang gagal untuk berubah kerana mereka tidak dapat mengenal
pasti kesilapan dalam pemikiran, tingkah laku mereka dan juga takut untuk meninggalkan
corak hidup yang lama. Dalam terapi ini, klien akan meneroka logik peribadi, iaitu konsep
tentang diri orang lain dan kehidupan di mana klien berlandaskan gaya hidupnya. Masalah
klien timbul kerana kesimpulan yang mereka buat tidak selaras atau serasi dengan kehendak
masyarakat dan kehidupan yang bersosial. Oleh itu, klien akan mencari kesilapan asalnya
dan belajar untuk membetulkan sangkaan dan kesimpulannya.

Satu contoh :
Cerita tentang kehidupan seorang tua ' depressed' setelah disiasat, gaya hidupnya maka
corak kesilapan asalnya adalah seperti berikut :

Dia yakin tidak ada orang yang benar-benar mengambil berat tentang dirinya.
Dia menolak orang lain sebelum dia ditolak.
Dia terlalu menekan diri, kerana mengharapkan dirinya mencapai tahap
sempurna.
Dia juga menjangkakan semua perkara hampir tidak mungkin berjalan dengan
baik.
Dia menekan diri kerana percaya bahawa dia mengecewakan orang lain.

Dalam terapi ini, orang tua ini akan belajar untuk mencabar struktur logik
peribadinya. Terapis atau kaunselor tidak memberi perhatian terhadap kepercayaan dan
keyakinan yang mengakibatkan gangguan emosi dan tingkah laku. Oleh kerana, emosi
adalah berkaitan dengan proses kognitif, maka klien akan berbincang mengenai fikiran
kepercayaan dan tentang apa yang mereka lakukan berdasarkan rangka konsep kehidupan
yang mereka bina. Oleh kerana klien tidak dilihat sebagai sakit, klien akan merasa
terangsang untuk belajar berubah.

6.4.4 Hubungan Antara Kaunselor Dengan Klien


Hubungan yang dianggap baik dalam kaunseling ini adalah hubungan yang
berdasarkan kesamarataan, bertunjangkan kerjasama, mempercayai, hormat, yakin dan
mempunyai matlamat yang sesuai. Sejak awal lagi, hubungan antara kaunselor dan klien
adalah dalam bentuk kerjasama, ke arah mencapai matlamat khusus yang dipersetujui
(Dinkmeyer, Dinkmeyer dan Sperry, 1987 :142) Dalam kaunseling ini, klien juga hendaklah
aktif, menyediakan pelan dengan terperinci tentang apa yang klien mahu. Bagaimana dia
boleh mencapai apa yang dikehendaki, apa yang boleh menghalang kejayaan bagi mencapai
ojektif dan bagaimana klien boleh mengubah tingkah laku yang tidak produktif kepada
tingkah laku yang produktif serta bagaimana klien boleh menggunakan aset dan potensinya
untuk mencapai tujuannya. Melalui hubungan kerjasama sebegini, klien akan sedar bahawa
diri mereka sendiri adalah bertanggungjawab ke atas tingkah laku mereka sendiri.

6.5 TEKNIK DAN PROSEDUR PSIKOTERAPI


Mengikut Dinkmeyer, ( 1979), kaunseling Adlerian mempunyai empat matlamat yang
ingin dicadangkan iaitu :

6.5.1 Membina Dan Mengekalkan Perhubungan Empati Di Antara Kaunselor Dan


Kaunseli.
Membina dan mengekalkan perhubungan empati di antara kaunselor dengan kaunseli
merupakan matlamat utama yang ingin dicapai oleh psikoterpi Adler ini. Untuk mencapai
matlamat ini, kaunselor hendaklah menekankan aspek hormat-menghormati dan percaya-
mempercayai dengan kaunseli sejak peringkat awal proses kaunseling. Sehubungan
dengan ini, Adler melihat bahawa taraf kaunselor adalah sama dengan taraf klien. Keadaan
ini memberi keyakinan kepada klien terhadap perhubungan mereka dan menyebabkan pihak
klien tersebut merasa dirinya diterima oleh pihak kaunselor. Dengan wujudnya
perhubungan baik di anatara kedua-dua belah pihak, maka mereka mudah menjalin
kerjasama untuk mencapai matlamat yang sama. Oleh itu, apa juga matlamat yang hendak
dituju, mereka boleh berfikir bersama-sama.
Di samping itu, kaunselor juga menekan kelebihan-kelebihan dan kekuatan-
kekuataan yang dimiliki oleh kliennya dan memberikan keyakinan bahawa klien tersebut
mempunyai kebolehan dan keupayaan untuk mengatasi masalahnya itu.

6.5.2 Membantu Klien Memahami Gaya Hidupnya.


Untuk mencapai tujuan ini, kaunselor hendaklah meneroka perasaan, motif,
kepercayaan dan matlamat yang ditujui oleh klien. Penerokaan ini boleh dilakukan dengan
berbagai-bagai cara. Antaranya, penerokan terhadap interaksi di dalam keluarganya
semasa kecil. Ahli-ahli keluarga dan perhubungan di antara mereka memberi banyak
maklumat untuk memahami kelakuan seseorang semasa dia dewasa .
Soalan-soalan terbuka dikemukakan agar klien memahami akan persepsi -
persepsinya terhadap dirinya sendiri, saudara maranya, faktor-faktor penting yang
menyebabkan ia menjadi begitu serta keputusan-keputusan utama yang diambilnya di dalam
hidupnya.
Kaunseli juga diminta melaporkan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di dalam
hidupnya pada ketika -ketika tertentu . Mengikut Adler, individu hanya mengingati peristiwa
yang mempengaruhi pandangan hidup kita .Peristiwa-peristiwa masa kecil ini menunjukkan
kefahaman yang asas bagaimana kita memandang diri kita, bagaimana pandangan hidup
kita, kepercayaan kita, nilai hidup kita dan sikap kita.
Semasa membuat penilaian, tugas kaunselor ialah untuk menggabung dan
merumuskan semua maklumat yang didapati dan membuat tafsiran bagaimana
kepercayaan-kepercayaan yang tidak benar dan tidak seimbang itu mempengaruhi gaya
hidup kaunseli.

6.5.3 Menolong klien Membina Celik Akal


Celik akal adalah satu langkah menuju perubahan . Melalui pembinaan celik akal,
klien dapat memahami gaya hidupnya dan sedar akan matlamatnya yang salah, serta tingkah
laku yang tidak bersesuaian. Bagi mencapai matlamat ini, kaunselor bukan sahaja
mengambil sikap menyokong kaunselinya di dalam penerokaannya, tetapi dia juga mencabar
dan mengkonfrontasi klien tersebut dengan soalan-soalan tertentu. Melalui proses disokong,
dicanai dan diberi tafsiran pada saat-saat tertentu, klien akan berjaya memperolehi
kefahaman dengan sendirinya melalui celik akal. Klien akan mengerti mengapa matlamatnya
dengan sendiri tingkah lakunya tidak sesuai dan mengapa gaya hidupnya tidak wajar.
6.5.4 Membantu Kaunseli Mencari Dan Membuat Pilihan
Apabila klien sudah memahami dan menyedari tentang sebab-sebab mengapa
matlamat tidak kena, mengapa tingkah lakunya tidak sesuai dan mengapa gaya hidupnya
tidak wajar, maka dia kini bersedia untuk mengubah semuanya itu. Untuk membantu
kaunseli mencari alternatif tindakan dan seterusnya membuat pilihan, kaunselor dan kaunseli
akan bersama-sama mencari pelbagai alternatif tindakan untuk dilakukan oleh kaunseli.
Tindakan-tindakan yang dipilih itu akan dilaksanakan dan dinilai semula, sehinggalah
akhirnya terhasil matlamat yang sesuai, tingkah laku yang sesuai dan gaya hidup yang wajar.

6.6 LIMITASI, KRITIKAN DAN KELEMAHAN KAEDAH ALDERIAN


Adler terpaksa membuat pilihan antara perhatian beliau dalam masa membuat
formula teori dan terapi ini dengan mengajar orang lain tentang asas konsep psikologi
individu. Beliau telah menetapkan pengajaran dan amali beliau sebelum membuat sesuatu
definisi yang sistematik terutamanya dalam mengorganisasi dan menyampaikan teori ini.
Maka, ini telah menyebabkan penulisan beliau sukar diikuti. Banyak idea beliau telah
dipermudahkan dan hilang begitu sahaja.
Selain dari itu,kaedah Adlerian juga dikatakan kurang berasaskan kajian kerana ia
lebih abstrak dan susah difahami. Segala yang kompleks akan dipermudahkan kerana tidak
ada catatan yang jelas. Oleh itu, kekaburan telah wujud dan orang yang ingin meneruskan
kaedah beliau juga agak ragu-ragu serta teori ini sering dipersoalkan.
Walaupun demikian, psikologi individu yang dibawa oleh Adler telah berkembang
maju ke hadapan, banyak formula Adler yang asal adalah susah untuk membuat pengukuran
empirikal dan kurang sesuai dengan hipotesis asal beliau. Ada beberapa konsep beliau yang
terlalu global dan semual jadi serta definisi yang tidak lengkap seperti rungutan kepada
superioriti, kuasa kreatif dalam kendiri dan inferioriti kompleks. Maka, beliau telah dianggap
sebagai terlalu umum dan bergantung kepada kaedah yang paling asas dalam kesedaran
psikologi dan terlalu memudahkan konsep yang kompleks. Di sini, kita sering juga boleh
mengatakan bahawa kaedah Alderian ini telah menjadi terlalu sempit dengan erti kata lain ia
sering mengambil jalan mudah.

6.7 RUMUSAN DAN PENILAIAN


Adler telah mara lebih ke hadapan pada masa beliau. Oleh itu, ramai ahli terapi yang
tidak bekerjasama denga idea beliau. Beliau telah menafsirkan bahawa dalam psikologi
individu manusia telah dimotivasikan melalui faktor sosial. Mereka telah bertanggungjawab
ke atas pemikiran, perasaan dan tindak balas sendiri. Ini merupakan matlamat dan tujuan
dari golongan yang lebih menuju ke masa depan berbanding dengan yang lepas.
Adalah sukar untuk membuat tanggapan terhadap sumbangan Adler dalam kesan
latiahn teraputik. Ini kerana pengaruh beliau telah menjangkau kaunseling individu yang
dilanjutkan ke dalam pergerakan kesihatan mental komuniti (Ansbacher, 1974). Abraham
Maslow, Victor Frankl, Rallo May, dan Albert Ellis telah mengakui kewajipan kepada Frankl
Adler.dan May melihat Adler sebagai seorang yang mendahului tentang pergerakan
existential kerana posisi beliau menunjukkan manusia adalah bebas untuk membuat pilihan
dan harus bertanggungjawab kepada tugas sendiri. Ini juga menunjukkan bahawa beliau
adalah mendahlui kaedah subjektif dalam psikologi, di mana fokus beliau adalah kepada
penemuan dalam tingkah laku, nilai, kepercayaan, sikap, matlamat, minat dan makan
personal, persepsi sibjektif dalam kenyataan dan bertekad mara ke arah kesedaran diri.
Gerald Corey juga berpendapat bahawa salah satu sumbangan terpenting Adler
adalah pengaruh beliau kepda satu lagi jenis sistem terapi. Banyak idea yang asal telah
ditemui dalam sekolah psikologikal seperti kaedah sistem kekeluargaan, terapi Gestalt, teori
pembelajaran, teori realiti, terapi tingkah laku rasional emotif, terapi kognitif, terapi
pemusatan diri dan logoterapi. Kesemua kaedah ini bertekad kepada pembesaran, nilai dan
maksud di dunia ini ( Terner dan Pew , 1978). Dalam beberapa penghormatan ini, Adler
kelihatan terturap kepada perkembangan terapi kognitif semasa. Asas Adlerian telah
menunjukkan bahawa juga klien boleh mengubah pemikirannya, maka dia dapat mengubah
perasaan serta tingkah lakunya sendiri.
Matlamat asal beliau adalah untuk membantu klien mengidentifikasikan mengubah
kesilapan kepercayaan mereka tentang konsep hidup dan ia lebih melibatkan dunia sosial.
Klien tidak dilihat sebagai pesakit mental tetapi ketidakdorongan sahaja. Proses teraputik
telah membantu mereka sedar dari gaya mereka dan melakukan perubahan berasaskan
kepercayaan dan pemikiran di mana perubahan perasaan dan tingkah laku mempunyai
hubungan yang rapat. Dalam peraturan keluarga, perkembangan individu adalah ditekankan
dalam teori ini. Terapi yang merupakan satu usaha kerjasama dibentuk melalui rangka
perjanjian dan panduan tuju ke arah persaingan klien. Ini juga dapat menterjemahkan
fahaman klien melalui tingkah laku dalam dunia nyata ini.
Hall dan Lindzey (1966) telah memberi dua kelemahan utama yang sering dikaitkan
dengan teori Adler ini. Pertama ,ianya terlalu idealistik, sedangkan di dalam kehidupan
sebenar, bukan semua mempunyai ciri-ciri atau sifat-sifat positif yang dinyatakan oleh Adler
itu. Adler tidak berjaya menjelaskan begaiman individu memperolehi minat untuk
bermasyarakat ini. Bagimana masyarakat individu menjadi ahli masyarakat yang wajar.
Di samping itu, Hall dan Lindzey juga melaporkan bahawa umumnya, orang
berpendapat bahawa Adler tidak mengemukakan sesuatu teori yang betul-betul baru. Ia
hanya memperbaiki apa yang dikemukakan oleh Freud sahaja.
Terapis Adlerian penuh dengan sumber dalam menggunakan pelbagai method. Bagi
pandangan Adlerian, ia adalah sesuatu yang boleh guna dalam banyak aspek hubungan
antara manusia termasuk tidak ada had kepada kaunseling individu dan kelompok tetapi
untuk kaunseling kekeluargaan dan perkahwinan dan pengurangan masalah sosial
(Dinkmeyer & Dinkmeyer, 1982; McKay, & Dinkmeyer, 1980; McKay & Dinkmeyer, 1989).
Selain itu, ia juga sesuai untuk kaunseling sekolah dan kajian menunjukkan keberkesanan
yang bercampur adalah amat menggalakkan ( Jackson & Brown, 1986; Morse, Bockoun, &
Bettesworth, 1988).
Tambahan pula, psikoterapi Adler merupakan sebuah teori yang berorientasikan
aspek-aspek positif dan mengenepikan kelemahan. Maka, ia adalah sebuah teori yang
menarik. Teknik dan tatacara yang dianjurkan oleh Adler itu sistematik, realistik dan
berorientasikan kendiri. Adler telah berjaya menunjukkan bahawa manusia yang
menentukan nasibnya. Dalam konteks ini, beliau memberi martabat dan maruah kepada
manusia yang telah dihancurkan oleh psikoanalisis Freud. Ia memberikan manusia sifat-sifat
positif seperti perikemanusiaan, kemasyarakatan, kesediaan untuk bekerjasama, kreativiti,
keunikan dan keupayaan untuk mengarah dan mengawal dirinya secara sedar.

7.0 TEORI EXISTENTIAL

7.1 PENGENALAN

Tokohnya ialah Sidney Jourard, Abraham Maslow, Irvin Yalom, Rallo May, Clement
Vontrest. Mereka adalah ahli teori Amerika. Falsafah asas kewujudan berasal dari Eropah.
Tulisan-tulisan Soer Kierkegaurd, Pyoder Dostoyeski, Edmund Hussel, Victor Frankl, Marti
Heidegger banyak mengandungi falsafah-falsafah kewujudan dan mereka ini datang dari
Eropah.
Walau bagaimanapun, Rallo May dan Victor Frankl adalah dua tokoh teori yang
utama. Teori existetntial ini bermaksud Teori Kewujudan. Teori atau terapi kewujudan ini
berpunca dari satu bentuk falsafah yang menekankan kebebasan individu. Kehidupan
manusia ini tidak disekat oleh kuasa-kuasa yang tidak sedar, seperti mana yang diutarakan
oleh Teori Psikoanalisa atau pun oleh pelaziman-pelaziman yang dipelajari di dalam
masyarakat seperti mana yang dianjurkan oleh Terapi Tingkah Laku. Malah, teori
kewujudan ini memberi maruah, penghormatan, dan memberi sesuatu kedudukan sepada
manusia sebagai unsur yang boleh memandu hidupnya sendiri.
Hasil daripada keyakinan dan kepercayaan seperti ini telah wujud terapi yang mirip
kepada falsafah ini. Terapi Pusatan Kaunseling oleh Carl Rogers dan Terapi Gestalt oleh
Perls yang memberi status dan keyakinan ini telah sedikit sebanyak dipengaruhi oleh
falsafah kewujudan. Oleh kerana, falsafah ini begitu universal sifatnya, maka teori
kewujudan yang terhasil juga mempunyai asas-asas dan pengaruh-pengaruh yang berbeza.
Oleh kerana, adanya pelbagai pengaruh yang menghasilkan teori kewujudan ini,
maka tidaklah wujud suatu bentuk terapi kewujudan. Malah, terdapat banyak pendekatan
Tetapi tidak satu pun daripada pendekatan ini telah berjaya mengutarakan suatu
pendekatan yang teratur dan bersistem ( Patterson ,1980), dan baginya pelopor-pelopor ini
sedikit sekali memberi perhatian kepada teknik dan kaedah.
Walaupun tidak wujud suatu teori atau pendekatan yang boleh dikatakan terapi
kewujudan yang sebenarnya, terdapat aspek-aspek yang umum yang menjadi asas kepada
semua pendekatan terapi kewujudan ini.

Menurut Patterson (1980) lagi, aspek-aspek yang dimaksudkan itu termasuklah :-


i. Ciri utama kewujudan manusia ialah Dasein-makhluk yang wujud, yang mengetahui
ianya wujud, dan dapat melihat hubungannya dengan alam persekitarannya.
Manusia berbeza daripada haiwan lain kerana ia mempunyai keupayaan untuk
menyedari akan kewujudannya serta menyedari akan peristiwa-peristiwa yang
mempengaruhi mereka di masa lampau, sekarang dan yang akan datang.
Disebabkan manusia boleh memilih dan lantaran adanya kelebihan ini, manusia
bertanggungjawab di atas kewujudannya seperti mana yang dirumuskan oleh May
dalam Patterson (1980, m.s 526) :
" Man is the being who can be consciuos of, and therefore responsible for, his
existtence. It is this capacity to becaome aware of his own being which distinguishes
the human being from other beings."

ii. Manusia wujud di dalam tiga dunia secara serentak iaitu i.Umwelt atau dunia biologi,
tanpa kesedaran kendiri ; 2. Mitwelt, dunia perhubungan dengan orang lain yang
menghasilkan kesedaran bersama dan Eigenwelt, dunia identiti kendiri. Agak
mustahil untuk memisahkan manusia daripada dunianya.
iii. Manusia bukanlah suatu entiti yang statik, tetapi adalah sentiasa di dalam keadaan
berubah, menjelma dan menjadi. Manusia menuju ke arah nirwana kendiri dengan
melibatkan dirinya di dalam hidup secara berterusan.
iv. Manusia juga tahu bahawa pada suatu masa nanti, mereka akan wujud dan
lawannya adalah fana. Manusia sedar yang mereka pasti akan mati dan pastinya
berhadapan dengan realiti ini.
v. Ancaman yang timbul dari kefanaan ini menjadi suatu punca kerisauan,
kelangsangan dan hostiliti yang normal. Ia menjadi suatu konflik dalam diri manusia
tadi.
vi. Kewujudan tidak semestinya hanya merangkumi introjeksi norma-norma masyarakat
dan etika. Bukan hanya sekadar mencerminkan pandangan- pandangan orang lain.
Ia bukan " salinan" nilai-nilai orang lain, tetapi setiap individu itu mempunyai
identitinya yang tersendiri yang unik, yang esa, yang tidak boleh diganti dan kerana
itu ianya signifikan dan penting.
vii. Manusia mempunyai keupayaan untuk menggemblengkan masa lampau dan
hadapan dengan masa kini. Dia merupakan pelaku yang aktif harus sedar yang ia
boleh menjadi subjek dan juga objek di dalam sesuatu situasi itu. Harus juga
disedari bahawa di dalam kehidupan dan kewujudan seseorang itu, ada batasan-
batasan tertentu yang mesti diterimanya.
viii. Orang moden, baik yang normal mahu pun yang neurotik, kini merasa yang dirinya
terpisah daripada dunia dan masyarakat. Masa kini manusia sering merungut
tentang kesepian, keseorangan, ketiadaan peribadi dan pengasingan. Oleh itu, telah
putus hubungannya dengan dunianya. Dia kini tidak lagi berumahtangga dan kini
menjadi seorang asing di dalam dunia di mana ia tidak lagi menjadi sebahagian
daripadanya.

7.2 TOKOH-TOKOH TEORI EXISTENTIAL

ROLLO MAY
Beliau telah dilahirkan pada tahun 1909 di Ada, Ohio. Beliau merupakan yang kedua
daripada enam orang adik beradik. Walaupun bagaimanapun, beliau anak lelaki yang tertua
di kalangan keluarganya. Bapa May bekerja di YMCA, inilah yang telah menggalakkan May
untuk mempelajari disiplin diri melalui aktiviti renang. Hubungan beliau dengan keluarganya
tidak begitu erat dan beliau membayangkan kehidupan di rumah adalah tidak
membahagiakan. Akibatnya, beliau berubah menjadi seorang pendiam dan pemberontak
semasa beliau remaja (Rabinowitz, Good dan Cozad, 1989).
Pada tahun 1930, beliau berjaya mendapat ijazah dalam English dari Oberlin College
dan menerima untuk mengajar English di Anatolia College di Greece. Semasa cuti
semester, beliau telah bercuti dan melancong ke Vienna dan beliau telah mendaftarkan diri
di seminar yang telah dikendalikan oleh Alfred Adler. Keputusannya, beliau berminat dalam
bidang psikoanalisis. Selama beliau tinggal di Greece, beliau lebih gemar bersendirian dan
bekerja secara berterusan. Ini menyebabkan keputusan peperiksaan beliau gagal di mana
beliau terpaksa mengulang setahun lagi.
Menurut May pada 1985, beliau menyatakan :-
" Saya sudah cukup untuk mempelajari psikologi semasa di kolej, untuk mengetahui tanda-
tanda di dalam kehidupan saya yang ada kesilapan dalam menuju jalan sepanjang
kehidupan ini. Oleh itu, saya perlu mencari sesuatu matlamat yang baru dan keazaman
untuk kehidupan serta melepaskan moralnya, sedikit sebanyak ketegasan jalan menuju
kewujudan"

Pada tahun 1933, beliau telah kembali ke Amerika Syarikat untuk memasuki Union
Theological Seminary. Di sinilah beliau kuat dipengaruhi oleh Paul Tillich seorang ahli
theologi kewujudan. Selepas itu, beliau mempunyai karier yang cemerlang sebagai seorang
Menteri Keagamaan- perhimpunan orang terutama untuk sembahyang di gereja. May telah
mengambil keputusan untuk menyambung ijazah di klinikal Psikologi dari Universiti
Columbia. Tetapi, beliau telah diserang penyakit batuk kering atau tibi. Ini menyebabkan
beliau terpaksa ditahan di Sanitarium selama dua tahun. Semasa dalam proses perawatan,
beliau banyak menghabiskan masa dengan membaca dan mempelajari buku yang ditulis
oleh Danish seorang ahli teori kewujudan Soren Kierkegoard. Selepas beliau sembuh, May
telah menyambung dan menamatkan dalam bidang kedoktoran di Columbia pada tahun
1949. Beliau telah menyertai Fakulti William Allanson White Institute di New York.
May telah menulis buku bertajuk The Meaning Of Anxiety (1950) dan merupakan
buku yang paling laris. Beliau mengingati tentang kehidupannya yang kurang gembira.
Sebab itulah, May mencari situasi yang menarik berkaitan dengan psikologi dan kaunseling.
Dalam kehidupan peribadi beliau yang bercelaru dengan kewujudan dirinya sendiri dan
gagal dalam perkahwinannya sebanyak dua kali. May mempercayai bahawa kegelisahan itu
suatu perkara yang baik sebagai sesuatu yang berbahaya kepada manusia. Beliau
merupakan seorang ahli humanistik yang terkenal di Amerika Syarikat terutamanya di
Univerisiti Yale dan Harvard. Beliau menyambung dalam latihan psikoterapi dan melayan :-
" sebagai ahli fakulti penting di New School Research dan Universiti New York" ( Rabinowitz,
1989)

Beliau telah muncul sebagai serang pengetua atau ketua Amerika yang boleh
menyatakan tentang existential yang difikirkan yang boleh diaplikasikan dalam psikoterapi di
Eropah. Beliau telah menyertai Persatuan Humanistik Psikologi pada tahun 1960-an dan
tidak lama kemudian beliau menuis dua buah iaitu Love And will (1969) bukunya yang paling
popular dan The Courage To Crete (1975). Menurut May, kehidupan yang benar-benar
mencabar bagi manusia yang hidup di dunia apabila mereka keseorangan dan apabila
mereka akan menghadapi saat-saat kematian.
Pada tahun 1980-an, beliau telah bersara di kawasan San Francisco. Beliau
menumpukan perhatian kepada makna yang mitos untuk kehidupan dan menyambung
tentang humanistik untuk mendorong keada mempelajari seseorang. Beliau meninggal
dunia pada 22hb Oktober 1994, ketika berusia 85 tahun.

VICTOR FRANKL
Beliau telah dilahirkan pada tahun 1905 di Vienna, Austria. Beliau menerima ijazah
dalam bidang perubatan pada tahun 1930 dan PHD pada tahun 1949 daripada Universiti
Vienna. Beliau telah menubuhkan Youth Advisement Center di Vienna pada tahun 1928
hingga 1938. Beliau juga memiliki beberapa buah hospital dan klinik di sekitar antara tahun
1930 dan 1942.
Walaupun beliau adalah pelajar Freud, tetapi beliau begitu meminati existential pada
tahun 1930-an apabila beliau membaca buku philospohis seperti Heidegger, Scheler dan
Legan. Beliau mula mewujudkan formula dan idea tentang teori kewujudan dalam
kaunseling, menggunakan jangka masa yang ditentukan iaitu logotherapy yang terawal
pada tahun 1938. Menurut bahasa Greek perkataan "logo" bermaksud mencari makna.
Semasa Perang Dunia ke- dua (1942-1945) , beliau telah dipenjarakan oleh nazi di
kem Auschwitz dan Dachau. Di mana ahli keluarganya abang, isteri dan anak-anaknya
telah mati. Di kem inilah memberi kesan dan beliau memikirkan tentang makna kehidupan
dan bagaimana seksanya tinggal di kem tersebut. Berkat keazaman inilah beliau
mendapatkan kepercayaan untuk beliau meneruskan kehidupan.
Pada tahun 1940-an, beliau telah berkahwin dengan Ellenonara dan menetap di
Austria. Pada tahun 1947, beliau telah menyertai fakulti di Universiti Vienna dan akhirnya
menjadi ahli dengan United States International Universitiy di San Diego. Beliau telah
mengembara seluruh dunia dan telah memberi ceramah di Eropah, Amerika latin , Southest
Asia dan Amerika Syarikat. Selain daripada itu, beliau juga merupakan profesor lawatan di
Universiti Harvard, Stanford dan Universiti Southern Medthodist. Beliau juga telah bekerja
untuk mengalih bahasa lebih kurang 20 buah bahasa dan menyambung dalam
perkembangan terapi existential.
Beliau telah menulis buku Man's Search For Meaning (1962) merupakan buku yang
paling popular di dunia dan The Will To Meaning (1969). Beliau kadang-kala merujuk
kepada sekolah ketiga di Vienna Psikoterapi ( logotherapy), Teori Psikoanalitik Freud dan
juga Psikologi Individu Adler.

7.3 PANDANGAN EXISTENTIAL TERHADAP MANUSIA

Berkeupayaan untuk mengenali dirinya dan menyedari tentang kewujudannya.


Contohnya : Kita kenal siapa diri kita sama ada penyayang, penyabar, atau pemarah
dan kita juga tahu mengapa kita diwujudkan di dunia.
Contoh : Dalam Islam kita dilahirkan sebagai khalifah iaitu mempunyai peranan
masing-masing.
Contoh : Mengapa kita menjadi kaunselor?

Mempunyai kebebasan untuk digunakan dalam kehidupannya dan mempunyai rasa


tanggungjawab dalam membuat sesuatu keputusan atau tindakan.
Contoh: Apabila seseorang mengambil keputusan untuk berkahwin, maka dia mesti ada
rasa tanggungjawab yang akan atau mesti dilaksanakan.

Mempunyai komitmen iaitu setiap manusia mempunyai komitmen atau tanggungjawab


yang perlu dilaksanakan.
Berupaya membuat pilihan. Pilihan itu terletak di tangan kita sendiri.
Contoh: Klien mempunyai pilihan sama ada mahu berubah atau tidak.

Mengenali keunikan, identiti dan cara dia berhubung dengan orang lain dengan cara
yang bermakna. Manusia mengenali keunikan dirinya walaupun sesetengah orang tidak
mengenalinya. Kita mengenali identiti dan mengetahui kepada siapa atau orang yang
macam mana yang sesuai untuk kita berhubung dengan lebih bermakna.
Contoh: Klien yang bermasalah akan mengetahui siapa yang harus atau sesuai untuk
dia meluahkan isi hati atau perasaan. Bukan semua orang boleh mendengar keluhan
perasaan atau memberi bantuan kepada klien tadi.

Manusia bersedia meneroka dan mengnali makna kewujudan, nilai-nilai tujuan


Hidup dan matlamat-matlamt yang ingin dicapai.
Manusia mahu mencari sebab-sebab tentang kewujudan , tujuan, dan apa yang harus
dicapai dalam hidupnya.

Mengetahui dan merasai kematian. Kita mengetahui bahawa suatu hari nanti kita
Pasti akan mati , dan ada pula yang merasakan seolah-olah kematian itu semakin
Hampir. Kebiasaannya kepada mereka yang berumur 50 tahun ke atas.

Boleh merasa risau. Manusia pada bila-bila masa sahaja akan mengalami kerisauan
iaitu ada sahaja perkara yang merisaukannya dan resah gelisah (unfinished bussiness).
Contoh : Dalam Al- Quran ada mengatakan bahawa manusia sentiasa dalam keluh
kesah, sebab itu apabila kita memikirkan semula tentang kewujudan kita di dunia, kita
akan sentiasa bersyukur.
Contoh : Kita risau tentang kesihatan ibu di kampung, keselamatan anak di rumah, dan
sebagainya.
Manusia mempunyai keberanian untuk bersendirian - jika ia memilih untuk berbuat
demikian. Apabila manusia ingin mencari sesuatu atau hakikat kewujudannya di dunia
ini, mereka lebih suka bersendirian tanpa gangguan.
Contoh : Pergi bertapa di gua dan di hutan.

Manusia berupaya untuk meneroka berbagai-bagai alternatif yang terbuka untuknya


bertindak di dalam sesuatu keadaan.
Contoh : Manusia bebas memilih sebarang tindakan misalnya apabila seseorang itu
menghadapai masalah yang amat berat. Terdapat dua jalan penyelesaian yang
digunakan iaitu ;
~Jalan pintas iaitu dengan cara membunuh diri.
~Berfikir secara rasional iaitu berjumpa dengan kaunselor, rakan, keluarga, sembahyang,
berzikir dan sebagainya.

Manusia sedar bahawa mereka boleh berkembang iaitu setiap manusia mempunyai
potensi untuk maju (setiap manusia mempunyai kelebihan masing-masing).
Contoh : Individu yang lewa memasuki pusat pengajian tinggi akan berasa kecewa,
rendah diri, malu, tidak pandai dan sebagainya. Kita seharusnya yakin bahawa kita
sebenarnya mempunyai potensi untuk berjaya walaupun lewat mencapai matlamat yang
dikehendaki.

Proses berkembang itu tidaklah berlaku secara automatik, ia mestilah melalui proses-
proses dan peringkat-peringkat yan tertentu mengikut tahap kemampuan individu itu
sendiri. Proses berkembang itu merupakan suatu perjuangan yang sentiasa berterusan.
7.4 KONSEP UTAMA TERAPI KEWUJUDAN
Terapi ini tidak mempunyai konsep-konsep khas seperti mana yang didapati di dalam
terapi-terapi lain. Terapi ini cuma wujud menggunakan tema-tema tertentu yang
diutamakan oleh ahli-ahli falsafah kewujudan. Konsep-konsep meliputi tema kebebasan,
tanggungjawab, kecemasan, penciptaan makna dan kesedaran diri. Berikut adalah
konsep-konsep terapi kewujudan yang diutarakan oleh shaffer (1978) yang menjadi terapi
pemandu bagi terapi kewujudan :

7.4.1 Penciptaan Makna Dan Kecemasan


Kita sering menghadapi dengan ketentuan dunia yang tidak boleh dielakkan, yang
tidak mempunyai sebarang makna yang tetap dan juga sering berhadapan dengan
ketentuan bahawa suatu masa nanti kita akan mati.
Ini bermakna kita terpaksa berhadapan dengan berbagai kemungkinan dalam
kehidupan dan kita tidak dapat mengelakkan diri dan terpaksa mnerimanya. Ini boleh
dikaitkan dengan takdir atau ketentuan Tuhan. Contohnya, kita selalu menanamkan azam
untuk mencapai cita-cita tetapi kita sering tidak mencapainya dan ada juga perkara yang
cuba kita elakkan tetapi kita tidak daapt mengelakkannya. Oleh itu, situasi ini terpaksa kita
hadapi dan terima kenyataan kerana banyak perkara yang berlaku di laur kemampuan kita
untuk menentukannya. Manusia hanya merancang tetapi Tuhan yang menentukannya.
Tidak kurang jika kita menemui perkara yang kita anggap tidak mempunyai sebarang
makna untuk kehidupan kita. Konteks makna berbeza antara seseorang individu dengan
individu yang lain. Mungkin suatu perkara itu tidak bermakna bagi kita tetapi bermakna
bagi orang lain kerana individu mendefinisikan maka ini dari sudut pandangan dan situsi
kehidupannya. Contohnya, bagi saya masuk ke universiti ini adalah sangat bermakna
kerana ia merupakan utama cita-cita saya tetapi mungkin pada orang lain ia tidak
bermakna.
Kematian adalah realiti kehidupan dan suatu masa manusia akan mati. Ini sering
menimbulkan persoalan dan kecemasan dalam diri manusia. Ramai manusia takut
menghadapi saat-saat kematian. Bagi orang yang kuat pegangan pada agama, mereka
akan faham tentang kematian lalu membuat persediaan untuk kematian. Individu yang jahil
tantang agama akan sentiasa berada dalam kecemsan dan cuba lari dari kematian.
Mereka sering bertanya bagaimana selepas mati, siapa yang akan menjaga keluarganya,
bagaimana keadaan dengan orang-orang yang disayangi dan pelbagai persoalan lain.
Sementara itu, ada juga manusia yang merasakan bahawa kematian itu adalah
penyelesaian bagi masalahnya lalu membunuh diri.

7.4.2 Kebebasan
Dalam menghadapi situasi yang mungkin tidak mempuyai makna ini, kita akan
menyedari akan kebebasan semulajadi yang ada pada kita untuk memilih sikap kita
terhadap situasi yang tertentu dan juga tindakan yang akan kita lakukan.
Ini bermakna walaupun terdapat batasan atau sekatan dalam kehidupan kita tetapi
kita masih mempunyai kebebasan untuk memilih sikap dan tindakan. Kebebasan
semulajadi ini perlu digunakan sebaiknya kerana itu adalah hak kita. Kita perlu memilih
sikap dan tindakan yang sebaliknya maka kita menemui jalan buntu atau menambahkan
lagi masalah kita.

7.4.3 Kesedaran Diri


Memang terdapat sekatan atau batasan yang bercorak biologis dan persekitaran ke
atas kebebasan manusia. Walau bagaimanapun dalam batasan-batasan ini manusia masih
mempunyai pilihan-pilihan tertentu.
Dalam kehidupan manusia tidak dapat lari daripada batasan biologis dan
persekitaran dalam setiap langkahnya. Contohnya, sikap malas, cacat, lembab, masalah
kesihatan, kemiskinan dan pelbagai sekatan lagi. Walaupun begitu, manusia masih
mempunyai banyak alternatif untuk mendapatkan sesuatu yang terbaik dalam
kehidupannya. Tidak semestinya apabila gagal mendapatkan sesuatu maka tidak ada jalan
lain lagi untuk mendapatkannya sebenarnya banyak lagi alternatif lain yang boleh diambil
jika kita kreatif menangani permasalahan tersebut.

7.4.4 Tanggungjawab
Kita tidak boleh lari dari tanggungjawab untuk memilih bagi diri kita sendiri kerana
kita sentiasa membina diri kita melalui pilihan-pilihan yang kita lakukan atau gagal untuk
melakukannya. Kesedaran tentang tanggungjawab ini selalunya menghasilkan kerisauan
dan bagaimana kita mengendalikan kerisauan ini sangat berkaitan dengan identiti kita
sendiri.
Pada hakikatnya, manusia hidup untuk memikul pelbagai tanggungjawab. Lazimnya
manusia akan sentiasa risau dan bimbang kerana tidak dapat menjalankan tanggungjawab
yang dipertanggungjawab kepadanya. Selain tanggungjawab untuk diri sendiri, kita
mempunyai tanggungjawab kepada Tuhan dan juga sesama manusia. Sekiranya
tanggungjawab ini tidak ditunaikan maka akan menyebabkan seseorang itu sentiasa berada
dalam kerisauan.

7.5 MATLAMAT TERAPI KEWUJUDAN


Matlamat dalam perkhidmatan kaunseling itu sebenarnya bertepatan dengan
kehendak falsafah perkhidmatan itu sendiri. Penekanan dalam falsafah kaunseling
menjelaskan bahawa kaunseling adalah untuk kesejahteraan manusia sejagat. Kehendak
dan matlamat kaunseling juga adalah untuk membantu manusia itu memahami serta melihat
potensi dirinya dalam mencapai matlamat kliennya dalam keadaan perasaannya sendiri.
(Muhd. Mansur, 1986).
Ramai juga orang keliru terhadap peranan perkhidmatan kaunseling itu sendiri. Ada
yang menyangkakan bahawa kaunselor itu merupakan orang yang berkuasa dan
bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah orang lain.
Matlamat asas bagi kebanyakan sistem teraputik membolehkan individu itu
menerima kebebasan dan tanggungjawab untuk bertindak. Terapi teraputik merupakan satu
pertimbangan yang baik untuk mengajak klien mengenalpasti cara hidup dalam keadaan
yang betul-betul sempurna dan untuk membuat pilihan yang akan memandu atau
menjadikan mereka sebagai manusia yang berkemampuan.
Terapi ini juga bertujuan untuk membantu individu lebih menyedari dan merasai
kebebasan dan tanggungjawab yang ada padanya dan boleh digunakan untuk memandu
kehidupannya. Ia membantu individu menghadapi kerisauan yang timbul akibat kesedaran
mereka yang mempunyai kebebasan untuk memilih dan tanggungjawab memimpin diri
sendiri.
May, Angel, dan Ellenberger (1958) berpendapat bahawa tujuan terapi ialah untuk
memberikan klien mengalami kewujudannya dengan kewujudannya dan dia akan dapat
membuka diri dan bertindak mengikut kemampuannya.
Tujuan terapi ini ialah untuk membuatkan klien sedar akan keunikannya dan
membantu klien membina hubungan yang lebih baik dengan orang lain. Ia juga
menggalakkan klien membuat keputusan tentang kehidupannya sekarang dan masa
hadapan.
Kemunculan orientasi ini dipercayai bahawa tidak ada pelepasan diri dalam
kebebasan. Kemunculan terapi ini membawa klien keluar daripada lurah yang ketat dan
cuba untuk mencabar mereka secara terpaksa dan bebas yang mana menghalang
kebebasan mereka. Walaupun proses ini memberikan kebebasan dan meningkatkan kuasa,
ia akan membawa kebimbangan kepada klien. Banyak ketakutan daripada tanggungjawab
untuk mereka miliki sekarang dan akan berlaku seterusnya. Mereka terpaksa memilih
contohnya, sama ada bergantung kepada pengetahuan dan kebiasaan atau mempunyai
risiko yang kurang dan kehidupan yang mencabar.
7.6 PROSES KAUNSELING
Perkataan proses merupakan kata intipati dalam kaunseling. Proses merupakan
kejadian yang boleh dilihat berlaku sepanjang kaunseling ini diadakan dan semakin lama
semakin jelas selama kaunseling itu berjalan.
Dalam kaunseling proses dimulai sejak seseorang klien datang menemui kaunselor,
terutama apabila kliennya dengan senang hati menceritakan masalahnya sendiri. Langkah
yang berlaku sepanjang kaunseling itulah yang dinamakan proses.
Kaunseling merupakan perkhidmatan menolong, khususnya pertolongan yang
diberikan oleh kaunselor kepada kliennya. Tujuannya ialah untuk mengenali diri,
permasalahan, penyesuaian, mententeramkan emosi dan perasaan serta fikiran, membuat
mahupun mengatasi serta menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh kliennya.
Proses ini juga melibatkan kemahiran kaunselor menangani atau melayani kliennya
semasa temubual. Klien akan merasakan dirinya dihargai dan ada orang lain yang
mengambil berat tentang masalahnnya secara bersama. Inilah yang akan menyebabkan
sesuatu proses kaunseling itu berkesan.
Walaupun langkah-langkah itu sama bagi semua orang, tetapi apa yang berlaku
dalam sesuatu proses adalah unik bagi seseorang individu itu sahaja. Taylor mengatakan
bahawa tujuan menolong seseorang itu adalah supaya klien boleh menghadapi masalah
dalam kehidupannya sehari-hari dengan tenang dan bersedia. Sesudah proses kaunseling,
klien diharapkan agar dapat mengambil satu tindakan yang positif tentang dirinya sendiri.
Shertzen dan rakan-rakan menjelaskan bahawa proses kaunseling adalah satu
proses pembelajaran yang dijalankan untuk menolong seseorang dengan individu yang
memerlukan bantuan untuk mengenali alam sekitarnya dengan lebih jelas dan terang.
Sebagaiman kata Blocher sendiri, melalui pembelajaran inilah sesorang itu mempelajari
keadaan dirinya secara mendalam.

7.7 PERANAN KAUNSELOR


Mengikut Graen (1976) terdapat tiga jenis faktor yang menentukan sesuatu peranan.
Pertama, teknologi iaitu had keuapayaan yang dibuat oleh seseorang itu ditetapkan oleh
kepintarannya, metodologi serta alat kelengkapan yang telah sedia ada. Kedua, had
keupayaan yang menggolongkan unsur-unsur yang telah ditetapkan oleh sesebuah
organisasi itu sendiri. Misalnya, satu kontrak atau peraturan kerja bagi sesuatu tugas dan
pekerjaan.
Ketiga ialah had keupayaan bagi orang yang memenuhi peranan itu sendiri. Had ini
adalah tanggapan dan penghargaan orang yang memegang tugas itu sendiri ataupun
pengalamannya sebelum datang bekerja. Begitu juga dengan peringkat kelulusan yang
dicapai sebelum memegang jawatan tersebut.
Terapi kewujudan membuat andaian bahawa individu mempunyai masalah hasil
daripada kewujudan yang terbatas. Sekatan itu termasuklah batasan-batasan :
i. Batasan biologi
ii. Batasan Persekitaran
iii. Batasan diri sendiri
Tugas uatama kaunselor ialah membantu dan membimbang individu mengenali
masalahnya serta mencari alternatif bagi klien untuk membuat pilihan menyelesaikan
masalahnya.
Kaunselor bertanggungjawab untuk mengenali klien dengan lebih dekat, mengetahui
dunia subjektifnya membantu menerokai kemungkinan-kemungkinan baru agar hidup klien
kurang terbatas dan tersekat.
Kaunselor juga berperanan untuk mencabar dan seterusnya mendorong klien
mencabar diri sendiri sehingga mereka menyedari tindakan-tindakan yang dilakukan selama
ini telah menyebabkan mereka yang terbatas.
7.8 PERANAN KLIEN
Klien merupakan orang yang datang meminta pertolongan pemikiran dalam
menyelesaikan masalah. Kehadiran klien adalah faktor yang amat penting bagi seseorang
kaunselor dalam melaksanakan perkhidmatan membantunya.
Klien sendiri sememangnya menaruh harapan yang besar sejak mereka masuk
menemui kaunselornya. Mereka berharap agar kaunselor dapat memberikan bantuan
melalui proses kaunseling itu. Setiap klien yang datang menemui kaunselor, mereka
mencari pertolongan dan bantuan agar soalan-soalan yang mereka kemukakan akan
terjawab semuanya dalan sesi kaunselingnya. Sekaligus mereka dapat memecahkan
masalah yang mereka tanggung selama ini. Hanya dengan itulah sahaja tekanan yang
dialami oleh klien akan terus hilang.
Lazimnya para klien berharap kaunselor memimpin dan membimbing mereka ke
arah jalan yang baru dan dapat pula menyelesaikan masalah. Shertzer dan Stone
mengatakan :
" Selalunya mereka mengharapkan supaya mereka tercabar, teruji dan dianalisa serta
diberitahu apa yang patut dan harus mereka lakukan."

Sebagai seorang individu yang selama ini hidup di dalam suatu ruang yang terbatas,
klien pada mulanya akan berasa takut, cuak, bimbang atau risau untuk menemui kaunselor.
Apabila diyakini bahawa ketakutan, kebimbangan, dan kerisauan itu perkara biasa, dan
menerima galakan daripada kaunselor, klien akan mula terasa untuk mencuba untuk
menerokai alternatif-alternatif baru secara perlahan-lahan. Pengalaman sebegini akan
membuat klien berasa seronok (excited) dan riang serta ingin mneruskan penerokaan
tersebut.
Keseronokan akibat penerokaan akan mendorong klien untuk terus meneroka dan
akan sedar akan pelbagai alternatif yang terbuka untuk dipilihnya. Apabila berhadapan
dengan pelbagai pilihan alternatif, klien akan berhadapan dengan konflik dan kesulitan.
Hasil galakan kaunselor, menyebabkan klien membuat pilihan, menilai dan meneliti
kebaikan dan keburukan pilihan itu.
Namun begitu, patut juga diingat bukanlah semua harapan yang diletakkkan kepada
kaunselor dapat dipenuhi oleh kaunselor semata-mata tanpa kerjasama dan pendedahan
serta penerokaan yang jujur, ikhlas, terbuka dan bebas daripada pihak klien itu sendiri.
Semuanya berpunca daripada klien kerana merekalah yang sebenar-benarnya yang akan
menentukan kejayaan sesebuah kaunseling.
Klien juga hendaklah bersedia untuk mengambil keputusan untuk hidup secara
berlainan apabila berada di dalam proses kaunseling atau terapi kewujudan.

7.9 PERHUBUNGAN KAUNSELOR DENGAN KLIEN


Sesuatu sesi kaunseling yang akan dijalankan itu mesti diatur dan bersistematik.
Persediaan begini lebih merupakan pembinaan hubungan antara kaunselor-klien. Segala
interaksi, perbincangan dalam temu bual itu akan saling pengaruh-mempengaruhi hubungan
kaunselor-klien sehingga terjadinya suatu perubahan nanti.
Di dalam teori kewujudan, perhubungan antara kaunselor-klien amatlah penting. Ia
merupakan aspek pusat yang akan menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu terapi itu.
Kaunselor haruslah bersifat jujur, ikhlas dan boleh dipercayai, berani dan lain-lain ciri
personaliti yang boleh dicontohi oleh klien.
Melalui teknik empati, refleksi, prafrasa dan lain-lain teknik bukan arahan yang
digunakan akan menyebabkan klien menjadi begitu mesra denga kaunselor dan sedia
mencurahkan segala isi hati, perasaan dan pengalamannnya. Ini akan memudahkan proses
kaunseling dan memudahkan klien melihat alternatif-alternatif lain yang terbuka untuk dipilih
dengan penuh rasa tanggungjawab.
7.10 TEKNIK DAN TATACARA TERAPI KEWUJUDAN
Seperti mana yang kita tahu, matlamat teori kewujudan adalah agen luas dan
bersifat umum bentuknya. Teknik dan tatacaranya bergantung kepada aspek yang
ditekankan. Memang tidak dapat dielakkan apabila teori kewujudan dan teori lain turut
menggunakan teknik yang sama kerana ia berbentuk elektik. Menurut Osipaw dan Welsh
(1970), penggunaan teknik dalam teori kewujudan tidak dijelaskan dengan panjang lebar.
Secara umumnya, teknik yang digunakan oleh kaunselor bergantung kepada fahaman
kewujudan yang lebih mengarah kepada kepelbagaian sebagaimana ramainya kaunselor
yang mengikut pendekatan kewujudan itu sendiri.
Dalam psikoterapi dan kaunseling, kemampuan kewujudan ini diwakili oleh bebrapa
pendekatan yang berbeza-beza (Sartre, 1956; Frankl, 1962; Boss, 1963; Kaum, 1957 dan
May, 1967). Terapi ini bolehlah dianggap sebagai satu pendekatan intelektual dalam
amalan teraputik atau satu falsafah untuk menjalankan sesuatu terapi, Ia dibina daripada
dua model yang dicantumkan iaitu Terapi Psikoanalisis dan Terapi Tingkah Laku.
Pendekatan kewujudan ini adalah lain daripada yang lain dan terdapat lima aspek penting
iaitu:-
i. Kebanyakan pndekatan kewujudan mengesyorkan agar manusia sedar terhadap
kendirinya, mampu membuat keputusan sendiri. Oleh itu, mereka bertanggungjawab
terhadap setiap tindakan peribadinya. Apa yang dicapainya oleh individu itu
mencerminkan pemilihannya sendiri. Pengaruh luaran (persekitaran, penetap atau
penentu).
ii. Menyakini yang manusia boleh hidup dalam tiga dunia sekaligus dunia biologi, dunia
hubungan dan dunia keperibadian kendirinya. Secara umumnya, daripada perspektif
kewujudan adalah penting bahawa seseorang itu cuba menggabungkan ketiga-tiga
dunianya bagi memperkuatkan " kesedarannya".
iii. Menerima realiti bahawa manusia sebenarnya tidak statik sebaliknya sentiasa
muncul, menjadi dan mencipta kendirinya. Walupun begitu, individu juga tahu
bahawa dalam satu masa depan dia akan tidak wujud lagi. Pendekatan ini
berpegang kepada pendapat dan fahamannya tentang mati banyak sekali
memberikan kehidupannya bermakna dan menjadi sumber kepada kebimbangan
biasa, persengketaan dan kelangsangan. Kebimbangan boleh dikenalpasti sebagai
suatu kewujudan keadaan yang formal sebab ancaman kematian selalu berada
dalam diri individu itu sendiri.
iv. Perkongsian terhadap perpecahan atau pembahagian kaedah falsafah kewujudan
tidak perlu menetapkan sesuatu kaedah sahaja. Sesetengah daripada teknik yang
digunakan dalam kewujudan itu lebih terbuka dalam bentuk hubungan, interpretasi,
cadangan, pujukan, memberi keyakinan dan penarikan serta pengajaran.
v. Penekanan kewujudan terhadap masa sekarang dan keadaan manusia itu terhadap
keseorangnnya, pemencilan, tidak keperibadian dan diketepikan adalah yang akhir
sekali. Tujuan utama pendekatan teknik kewujudan ini ialah membantu manusia
utnk menambah penglibatan mereka itu adalah kehidupannya, terhadap kesedaran
kendirinya dan potensinya. Individu lebih mampu mengawal pengaruh dalam
hidupnya.
Frankl (1959) juga memasukkan teknik bagi maksud yang bertentangan yang
memerlukan klien bagi hujah untuk mereka menyertai dengan menyertai dengan rasa takut
dan gementar. Misalnya, seseorang yang mempunyai kesukaran mungkin untuk tidak
diminta berlatih, sentiasa duduk berjaga-jaga. Ini adalah kebalikan daripada sikapnya
terhadap situasi, terutama jika ini seboleh-bolehnya dibawa dalam bentuk yang melucukan.
Ini akan membawa kepada perubahan sikap ke arah petanda yang membolehkan klien
dapat menjauhkan sedikit daripada itu :
Walaupun begitu, Frankl menjelaskan dua teknik khusus yang lazimnya digunakan :
i. Hasrat Paradoks - Menumpukan kepada tanda sedangkan keterlaluan perhatian,
maksud dan pemerhatian diri yang dilayan dengan teknik kewujudan.
ii. De-Reflection - Mengandungi sikap tidak mempedulikan masalah dan
menumpukan kepada perhatian klien terhadap sesuatu dengan lebih positif. Sifat
tidak mencerminkan dalam diri seseorang itu mengandungi kedua-dua aspek positif
dan negatif. Klien mesti tidak menggambarkan sebarang keraguan kepada sesuatu.
Melalui sifat begini seseorang ini diarahkan kepada satu kehidupan penuh dengan
makna positif dan nilai yang memupuk khusus kepada potensi peribadi seseorang itu
sendiri.
Selain itu, teknik dan tatacara juga turut dihuraikan dengan lebih lanjut oleh May. Beliau
menyatakan enam ciri utama yang harus disedari berhubung dengan teknik dan tatacara
terapi kewujudan :-
i. Terapis atau kaunselor kewujudan menggunakan teknik-teknik yang agak berbeza-
beza. Kaunselor-kaunselor ini amat berkebolehan dan fleksibel. Mereka bukan
sahaja menggunakan teknik-teknik yang berbeza dari seorang kaunselor dengan
kuanselor yang lain malah, mereka menggunakan teknik yang berbeza dari satu fasa
ke fasa yang lain semasa merawat klien.
ii. Kaunselor kewujudan terutama sekali yang mempunyai latar belakang psikoanalisa
dan menggunakan dinamisme-dinamisme psikoanalisa seperti pemindahan, represi,
penahanan dengan maksud-maksud khusus sejajar dengan falsafah kewujudan.
iii. Penekanan ialah kepada kewujudan iaitu kepada realiti wujudnya hubungan fizikal
dan psikologi di antara kaunselor dengan klien. Kaunselor haruslah dapat menyelami
pengalaman-pengalaman klien. Ia bukanlah menjalankan dignosis tetapi sebaliknya
cuba memahami pengalaman dan perasaan klien secara subjektif.
iv. Kaunselor akan cuba menghindari tingkah laku yang boleh menyekat atau
menghalang atau merosakkan kewujudan yang sepenuhnya pada masa kini.
v. Matlamat terapi ialah supaya klien "mengalami" kewujudannya sebagai benar.
Tujuannya ialah supaya ia menyedari akan kewujudannya dengan sepenuhnya
dengan menyedari akan keupayaan - keupayaannya supaya ia cepat
menggunakannya.
vi. Terapis kewujudan membantu kliennya membina sikap atau orientasi komitmen.
vii. Terapis kewujudan menekankan masa kini. Masa lampau dan masa depan menjadi
penting hanya jika ianya berkaitan dengan masa kini.
viii. Di sini, kita dapat melihat bahawa teknik dan pendekatan kewujudan tidak mengikut
prosedur yang terlalu rigid tetapi mengikut situasi klien. Ia lebih beri penekanan
kepada sini dan kini (here and now). Misalnya, klien ketagihan arak dan mahu
mengubahnya. Kaunselor akan mencabar individu secara terus dengan yang
bermakna dan berkaitan dengan perlakuan tersebut. Setelah kesedaran wujud,
barulah kaunselor membimbing klien membina alternatif untuk mencapai matlamat
yang diingini.

7.11 PENILAIAN

Kelebihan
i. Ini merupakan satu galakan atau mendekati yang menitikberatkan antara individu
yang unik. Ini lebih humanistik dalam jalan bekerja dengan orang lain (Yalom,1980).
ii. Cara untuk mengenali dan mendekati kegelisahan bukan satu keutamaan dalam
situasi yang negatif. Kegelisahan meruapakan salah satu kehidupan manusia dan
boleh motivasi individu untuk membentuk kesihatan dan keputusan produktiviti.
iii. Cara pendekatan kaunselor untuk memasuki sangat hebat dalam philosophy dan
kesusasteraan di antara informasi dan maklumat tentang semulajadi manusia.
Philosophy merupakan asas kepada existential dalam potensi untuk merancang
menanggung sistematik teori kaunseling.
iv. Cara pendekatan stress di kalangan manusia yang berkembang dan memberi
harapan kepada klien melalui bacaan secara langsung dan teraputik berhadapan
dengan kaunselor. Victor Frankl ada kekuatan dalam ilusi kehidupan.
v. Cara pendekatan yang efektif dalam situasi silang budaya kaunseling kerana ia
adalah global menunjukkan manusia untuk membenarkan kaunselor menumpukan
kepada kaunselor menumpukan kepada seseorang klien dengan cara " I- Thou"
tanpa penyesalan etnik atau latar belakang sosial (Jackson, 1987).
vi. Cara pendekatan yang menolong dalam hubungan / rangkaian masalah individu
yang universal dalam menghadapi kehidupan manusia, seperti mencari kedamaian
dan menjaganya (Baldwin,1989).
vii. Cara pendekatan ini boleh digabungkan dengan perspektif yang lain dan kaedah
(seperti prinsip asas pembelajaran dan tingkah laku) untuk merawat masalah yang
sukar seperti pemabuk alkohol. Ini difokuskan kepada existential yang mempunyai
nilai kenyataan " masalah kehidupan dan perasaan melalui bayangan yang ikhlas"
(Wilbur, Roberts - Wilbur, & Morris, 1990).

7.12 LIMITASI

i. Cara pendekatan tidak bersesuaian dalam model perkembangan kaunseling


profesional yang mengalami perkembangan stress yang bertingkat atau tahap
kaunseling biasanya menunjukkan perasaan yang kuat atau keras dalam mengkritik
pendekatan.
ii. Cara pendekatan mempunyai pendidikan yang berkurangan dan program latihan
setiap pekerja yang terlalu letih ini adalah unik. Walaupun mempunyai nilai yang
unik, teori ini melarang pengajaran sistematik. Menurut Wallace (1986) contohnya
untuk mengatakan bagaimana existential May yang memberi pendekatan yang akan
berakhir.
iii. Cara pendekatan yang sukar dilaksanakan kerana ia adalah subjektif semulajadi.
Teori kewujudan kurang jelas metodologi dan proses, kurang penjelasan dalam
pelaziman cara pendekatan yang lain. Pendek kata, ini akan mengurangkan
kaunselor untuk memahami permulaan teori tersebut.
iv. Cara pendekatan ini berdekatan dengan existential philosophy berbanding dengan
teori lain di dalam kaunseling. Kelainan ini menyebabkan kekurangan itu berfaedah.

7.13 KESIMPULAN
Terapi kewujudan telah berjaya menunjukkan kepada kita :-
i. Betapa pentingnya manusia.
ii. Manusia itu sentiasa di dalam keadaan berubah menuju ke arah nirwana kendiri.
iii. Manusia bukanlah mangsa persekitaran atau qada dan qadar tetapi mempunyai
keupayaan, kebebasan dan tanggungjawab untuk mencorakkan hidupnya.
iv. Mati itu mempunyai nilai yang begitu positif di dalam mendorong manusia untuk
menggunakan masa yang terbatas itu untuk mencapai kehidupan yang lengkap.
v. Di dalam kaunseling, hubungan di antara kaunselor dan klien itu sebenarnya adalah
hubungan antara manusia yang hidup dan penuh dengan jiwa dan tenaga kerana ini
tidak perlulah kita bertindak secara mekanistik.
vi. Kebebasan yang ada pada kita itu bukanlah pula boleh kita gunakan dengan
sebebas-bebasnya kerana ada risiko-risiko dan kerisauan-kerisauan tertentu yang
mengiringinya.
Seperti yang ternyata di dalam huraian di atas, terapi kewujudan tidak mempunyai
prinsip-prinsip, teknik-teknik dan pendekatan-pendekatan yang bersistem dan khusus
seperti mana yang terdapat di dalam terapi yang lain. Konsep-konsep yang dikemukakan
juga adalah konsep-konsep falsafah kewujudan yang selalunya amat abstrak dan sukat
difahami, dan dilaksanakan di dalam kaunseling. Lantaran itu, wujudlah pendekatan-
pendekatan yang bersifat elektik yang begitu abstrak dan mirip kepada falsafah, terapi ini
lebih sesuai digunakan dengan klien-klien yang tertentu sahaja yang biasanya, klien-klien
yang belum digolongkan sebagai psikotik atau skizofrenia.
Walau bagaimanapun, tidak terdapat satu persetujuan di antara tokoh-tokoh
kewujudan untuk menghasilkan satu teori. Bagaimanapun, terdapat beberapa asas
kepercayaan yang sama di antara mereka kesemua, mereka memberi fokus kepada
kepentingan anxiety, nilai kebebasan, tanggungjawab dan penciptaan makna dalam
kehidupan.

8.0 TEORI NARATIF


8.1 Pengenalan

Pendekatan naratif melihat penceritaan klien sebagai aspek utama dalam


pendekatannya. Terapis atau kaunselor akan mendengar cerita klien yang membawa
kepada masalah. Penceritaan cerita yang sama tetapi dari perspektif yang berbeza
membolehkan klien mengatasi masalah dalam kehidupan mereka (Neimeyer 2000). Ahli
terapi naratif akan meneroka seting, karakter, plot dan tema dalam cerita yang dibawa untuk
memahami masalah klien. Pendekatan ini membantu klien melihat hidup mereka dengan
cara memisahkan masalah tersebut daripada hidup mereka. Ahli terapi naratif mencari
pengecualian atau eksternalisasi dalam penceritaan oleh klien yang membolehkan hidup
klien menjadi lebih memuaskan. Tambahan dari itu, teori ini juga mengambil kira kekuatan
dan kebolehan klien yang dapat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.

8.2 Latar Belakang Tokoh

Teori ini telah diperkenalkan oleh Michael White (19482008) yang bekerja di
Dulwich Centre di Adelaide, Afrika Selatan. White telah membangunkan terapi naratif
bersama-sama beberapa orang rakan yang lain. Pada mulanya beliau merupakan seorang
pelukis pelan elektrikal dan mekanikal, kemudiannya menjadi pekerja sosial untuk
membantu orang ramai. Dalam kerjayanya, White banyak dipengaruhi oleh Bateson dan
Institut Penyelidikan Mental. Beliau berminat dalam memahami persepsi manusia terhadap
dunia mereka (Nichols & Schwartz 2004), yang seterusnya membawa beliau kepada
pendekatannya dalam memahami cerita dan eksternalisasi masalah klien. White juga
menulis beberapa buah buku, antaranya Narrative Means To Therapeutic Ends (White &
Epston, 1990) dan Reauthoring Lives: Interview and Essays.

David Epston (1944) juga dikenali sebagai salah seorang antara pelopor pendekatan
naratif. Beliau menetap di New Zealand dan merupakan Pengarah Bersama di Pusat Terapi
Keluarga di Auckland, New Zealand. Salah satu daripada sumbangan beliau dalam bidang
ini adalah konsep leagues atau kumpulan. Leagues adalah sekumpulan klien yang
mengalami masalah yang sama dan berhubung antara satu sama lain melalui penulisan.
Antara penulisan Epston yang terkenal adalah Playful Approaches to Serious Problems:
Narratives with Children and Their Families.

8.3 Pandangan Tentang Sifat Semula jadi Manusia

Pendekatan naratif memahami manusia dengan melihat perspektif penceritaan dalam


konteks keluarga dan budaya di mana manusia tersebut dibesarkan. Beberapa pemahaman
tersebut adalah:
1. Manusia membina makna kehidupan berdasarkan penceritaan yang diinterpretasikan
olehnya, yang mana penceritaan tersebut dianggap benar dalam kehidupannya.
2. Manusia hidup dalam persekitaran budaya. Budaya ini mendominasi hidup manusia dan
sering kali menyebabkan manusia terikat dengan budaya tersebut dan berpegang kuat
kepada sesuatu yang bersifat dominan. Keadaan ini menyebabkannya
membelakangkan atau melepaskan peluang dalam kehidupan semata-mata untuk
memenuhi tuntutan budaya.
3. Manusia dapat memisahkan dirinya daripada masalah dengan memahami bagaimana
budaya dan konteks sosial mempengaruhi masalah yang dihadapi.
8.4 Andaian Asas dan Prinsip Teori

Terapi naratif melihat penceritaan sebagai suatu yang membentuk realiti iaitu sesuatu
yang dirasai, dilihat dan dilakukan. Cerita terhasil daripada percakapan dalam konteks sosial
dan budaya. Manusia hidup di dunia ini berdasarkan penceritaan yang diceritakan oleh
orang lain terhadap diri kita juga cerita yang kita ceritakan pada diri sendiri. Penceritaan ini
membina pengalaman yang sebenar dan biasanya membentuk realiti dalam kehidupan kita
yang memberi kesan mendalam terhadap kehidupan dan akhirnya mewujudkan situasi yang
memberi masalah. Cerita hidup setiap individu perlu direka atau ditulis semula untuk
memperbaiki aspek-aspek kehidupan dan pengalaman yang lebih memberi makna kepada
seseorang.
White (1989) melihat pengaruh dan kesan sesuatu masalah bukan sahaja kepada klien,
bahkan kepada konteks lebih luas yang merangkumi pengaruh dan kesan ke atas orang lain
termasuklah ahli terapi. Proses ini dikenali sebagai eksternalisasi yang membolehkan klien
melihat hubungan mereka dengan masalah tersebut dengan lebih jelas lagi. Andaian yang
lebih tepat dalam naratif adalah kesedaran bahawa bukan individu atau klien tersebut yang
bermasalah, tetapi yang bermasalah itu adalah masalah itu sendiri.
Selain itu, klien juga perlu disedarkan tentang tujuan, nilai, harapan dan komitmen mereka
dalam kehidupan. Apabila nilai dan harapan telah dapat ditentukan dalam kehidupan, ahli
terapi membantu klien untuk mengarang semula cerita dan pengalaman hidup mereka.
Dengan cara ini diharapkan klien mendapat sinar hidup baru dalam kehidupan mereka.

8.5 Matlamat Terapi


Terapi naratif mengajak individu untuk menggambarkan pengalaman mereka dalam
bahasa yang baru dan lebih bertenaga. Pendekatan ini memberi fokus kepada bagaimana
individu menceritakan pengalaman hidup mereka dan bagaimana mereka persembahkan
cerita ini dalam hidup. Dengan melakukan penceritaan dan penceritaan semula dengan
bahasa yang baru, individu itu dapat membuka atau mengenal pasti kemungkinan-
kemungkinan yang baru dalam kehidupan. Bahasa yang baru membolehkan klien membina
makna dan pandangan yang baru untuk memperbaiki pemikiran, perasaan dan tingkah laku
yang bermasalah (Freedman & Corbs 1996). Di samping itu, ahli terapi membantu klien
membentuk makna daripada plot dan karakter dalam cerita yang dibawa dengan tujuan
untuk mengatasi masalah. Ahli terapi menggunakan kuasa frasa atau ayat yang mampu
memberi kesan kepada cara individu melihat diri mereka dan orang lain di samping memberi
celik akal kepada klien untuk melihat alternatif baru yang ada dalam kehidupannya.
8.6 Peranan Kaunselor
Terapis naratif berperanan sebagai fasilitator yang aktif. Sikap mengambil berat,
menunjukkan minat, perasaan ingin tahu, keterbukaan, empati, sentuhan, dan tarikan
adalah dilihat sebagai aspek yang penting dalam sesuatu perhubungan. Kedudukan yang
tidak tahu (not-knowing position), membolehkan ahli terapi untuk mengikuti, mengiakan
cerita yang dibawa oleh klien, mencipta peserta-pemerhati serta mengintegrasikan terapi
dengan pandangan teori moden terhadap kajian tentang manusia. Ahli terapi perlu bertindak
sebagai pendengar yang aktif agar dapat memahami bagaimana cerita masalah tersebut
membawa kepada kerumitan dalam kehidupan klien.
Tugas utama ahli terapi naratif adalah untuk membantu klien membina cerita yang ingin
dipilih. Mereka berperanan untuk memandu klien menceritakan masalah serta pengaruh
masalah tersebut terhadap dirinya dan orang lain. Ahli terapi akan memberi kefahaman
kepada klien tentang hubungan klien dengan masalah tersebut seterusnya membantu klien
untuk mengambil perspektif yang berbeza dalam melihat masalah tersebut. Ahli terapi
naratif mengambil pendirian yang dicirikan oleh perasaan ingin tahu dengan cara yang
hormat, dan bekerjasama dengan klien untuk meneroka kesan masalah ke atas ahli terapi
dan klien serta apa yang mereka lakukan untuk mengurangkan kesan masalah tersebut
(Winslade & Monk 2007). Penerokaan ini dilakukan dengan bertanyakan soalan kepada
klien, dan daripada jawapan tersebut, dapat menghasilkan soalan yang lebih lanjut.
White dan Epston (1990) menggunakan teknik soalan untuk memisahkan masalah
dengan klien. Perubahan dalam bahasa atau penggunaan soalan menjadi titik permulaan
pembinaan semula penceritaan asal yang dibawa oleh klien. Pada awalnya, klien
menganggap diri mereka sebagai satu kesatuan yang wujud bersama masalah, namun
dengan teknik-teknik soalan yang diajukan, klien dapat memisahkan diri mereka dari
masalah tersebut. Seperti mana dalam terapi berfokuskan penyelesaian, ahli terapi naratif
juga menganggap klien sebagai pakar dalam menentukan keinginan mereka dalam
kehidupan ini. Ahli terapi perlu berusaha untuk mengelakkan penggunaan bahasa yang
membawa kepada pendiagnosisan, penilaian, rawatan dan intervensi kerana
berkemungkinan boleh membantu ahli terapi lebih mengetahui tentang kehidupan klien itu
berbanding diri mereka sendiri. Ahli terapi naratif juga perlu berhati-hati supaya tidak
mengambil peranan atau kuasa klien dalam membawa perubahan dalam kehidupan mereka
(Winslade, Crocket & Monk 1997). Sekiranya tidak, klien mungkin akan berasakan bahawa
ahli terapi lebih berkuasa untuk menentukan perubahan dalam hidup mereka.
Selain itu, ahli terapi juga perlu ingat bahawa setiap klien adalah unik dan berbeza
(Monk 1997). Ini memberi maksud bahawa penceritaan yang dibawa oleh klien adalah
berbeza-beza menyebabkan ahli terapi perlu menyesuaikan penciptaan cerita yang baru
seperti yang diinginkan oleh klien yang berbeza.

8.7 Proses Terapi

Menurut O Hanlon (1994), terdapat beberapa langkah dalam proses terapeutik pendekatan
naratif iaitu:
1. Bekerjasama dengan klien untuk saling mengenal pasti dan menerima masalah yang
dihadapi.
2. Menjelmakan masalah dengan mengena lpasti keadaan atau faktor yang menyumbang
kepada masalah tersebut, serta memilih strategi ke arah penyelesaian masalah
tersebut.
3. Meneroka bagaimana masalah tersebut boleh menyebabkan huru hara, mendominasi
klien serta tidak memberi galakan kepada klien dalam kehidupannya.
4. Mengajak klien untuk melihat cerita mereka dari perspektif yang baru dan berbeza
dengan memberikan makna yang lain terhadap sesuatu peristiwa atau cerita yang
dibawa oleh klien tersebut.
5. Mencari waktu supaya klien tidak didominasi oleh masalah bagi tujuan mencari
pengecualian masalah.
6. Mencari bukti sejarah untuk memperteguhkan atau memberi sokongan kepada
pandangan baru klien agar menjadi lebih kompeten untuk dipegang, dipertikaikan, atau
keluar dari masalah tersebut. Pada peringkat ini identiti klien dan cerita hidupnya mula
ditulis semula.
7. Meminta klien untuk membuat spekulasi atau jangkaan tentang masa hadapan yang
lebih baik. Apabila klien bebas daripada penceritaan masalah masa lalu yang tepu, klien
akan dapat membayangkan atau merancang masa hadapan yang kurang bermasalah.
8. Mencari dan mencipta audiens untuk merasai dan menyokong cerita klien yang baru.
Proses ini tidak mencukupi dengan hanya membaca atau mengutarakan cerita yang
baru, sebaliknya klien perlu menghidupkan cerita yang baru itu di luar sesi terapi. Oleh
sebab masalah yang wujud adalah terbina daripada persekitaran sosial, maka adalah
penting untuk melibatkan persekitaran sosial dalam usaha menyokong kisah hidup yang
baru yang terhasil melalui perbincangan dengan ahli terapi.
8.8 Teknik-teknik
Terdapat beberapa teknik yang digunakan dalam terapi naratif yang bergantung
kepada sikap dan perspektif ahli terapi itu sendiri. Walau bagaimanapun, terapi naratif
melihat bahawa kaedah yang digunakan oleh ahli terapi adalah bertentangan dengan
kaedah penggunaan teknik. Pendekatan naratif adalah kaedah yang bukan sahaja tertumpu
kepada pengaplikasian kemahiran, ia juga berdasarkan karakteristikahli terapi yang
membina atau mencipta suasana yang menggalakkan klien untuk meluahkan cerita mereka
dari perspektif yang berbeza. Pendekatan ini juga melibatkan peluahan pendirian tentang
etika yang diasaskan oleh kerangka falsafah. Bermula dari kerangka konseptual inilah,
amalan diaplikasikan untuk membantu klien mencari makna dan kemungkinan baru dalam
hidup mereka (Winslade & Monk 2007).

8.9 Kekuatan dan Kelemahan Teori


Terapi naratif mengandaikan bahawa individu adalah kompeten dan boleh dipercayai
untuk menggunakan sumber mereka sendiri atau mencari strategi penyelesaian masalah.
Andaian ini mengambil kira sumbangan dan peranan individu itu sendiri dalam
menyelesaikan masalah. Individu diiktiraf sebagai seorang yang hebat dalam kehidupannya,
secara tidak langsung memperteguhkan dirinya untuk terus melakukan perubahan ke arah
yang lebih baik.
Terapi naratif juga memberi lebih tumpuan ke atas aspek yang positif bagi klien.
Perbincangan masalah tidak menumpukan kepada masalah itu sahaja atau bagaimana
masalah itu boleh wujud. Sebaliknya, ia lebih menekankan mencari sumber dan kekuatan
klien dalam menentukan strategi penyelesaian masalah.
Selain itu, penggunaan teknik soalan yang berorientasikan masa depan atau
bertanyakan tentang sesuatu yang bakal terjadi kepada klien sekiranya masalah dapat
diselesaikan, mampu menjana minda klien untuk lebih aktif memikirkan masa depan
mereka. Klien juga boleh berasa dan membayangkan pembaharuan yang bakal berlaku
dalam kehidupan mereka jika masalah yang dihadapi dapat diatasi. Ini seterusnya memberi
kekuatan kepada klien untuk mengambil tindakan bagi menyelesaikan masalah mereka agar
suasana pembaharuan yang dibayangkan dapat direalisasikan.
Meskipun terapi naratif kelihatan agak ringkas dan mudah, namun ia tidak semudah yang
disangka. Penggunaan teknik-teknik misalnya pengolahan semula cerita, dan penggunaan
soalan demi soalan memerlukan kemahiran, kepakaran dan pengalaman ahli terapi. Bagi
ahli terapi atau kaunselor baru yang kurang pengalaman menjalankan sesi terapi atau
kaunseling, mereka mungkin berhadapan dengan kekangan untuk mengaplikasikan teknik
ini dengan baik.

Rumusan
Terapi Naratif menganggap klien sebagai pakar dalam kehidupan mereka sendiri. Namun
ada ketikanya, klien atau individu akan mengalami kesukaran yang menyebabkannya tidak
dapat menjalani hidup dengan berkesan. Dalam pendekatan naratif, klien akan disedarkan
tentang kehadiran masalah yang bersifat sementara. Teori naratif menekankan tentang
perbincangan atau perbualan sebagai cara untuk mendapatkan maklumat tentang
perspektif, sumber dan pengalaman unik klien. Pentingnya dalam proses terapi adalah
pembentukan hubungan kerjasama terapeutik antaraahli terapi dengan klien sebagai asas
kejayaan dan keberkesanan terapi yang diberikan.
9.0 TEORI INTEGRATIF
9.1 Pengenalan

Pendekatan integratif merupakan pendekatan yang menggabungkan pelbagai


pendekatan dalam sesi kaunseling. Suatu masa dahulu, pendekatan ini dipanggil eklektik.
Pendekatan ini menjadi semakin dikenali kerana tiada satu pun teori kaunseling dan
psikoterapi yang berupaya memahami semua pengalaman manusia sepanjang hidupnya.
Menyedari hal ini, ahli psikoterapi dan kaunselor menggunakan beberapa pendekatan dalam
membantu klien mereka. Tambahan pula, untuk menjadi seorang kaunselor yang hanya
menggunakan satu teori sahaja mungkin memerlukan latihan lanjut dalam teori berkenaan.
Walau bagaimanapun, bagi kaunselor dan ahli terapi yang berminat mendalami sesuatu
teori, kewujudan institusi latihan yang menawarkan sijil dan latihan dalam teori berkenaan
membantu mereka untuk menjadi pakar dalam satu-satu teori. Sebagai contoh, bagi yang
meminati dan yakin bahawa mereka boleh menjalankan terapi dengan menggunakan
pendekatan Gestalt, Gestalt Institute yang mempunyai banyak cawangan di Amerika Utara
adalah tempat latihan yang sewajarnya dipertimbangkan.

9.2 Faktor yang Mendorong Penggunaan Pendekatan Integratif

Terdapat beberapa faktor yang mendorong ahli terapi dan kaunselor memilih menggunakan
pendekatan integratif. Antara faktor pendorong ialah kepelbagaian budaya klien. Pada
asalnya, kaunseling dan psikoterapi berasal dari negara Barat seperti Austria dan
berkembang pesat di Amerika Syarikat. Hari ini, kaunseling dan psikoterapi telah
berkembang ke pelbagai negara dan latar belakang klien itu sendiri terdiri daripada pelbagai
warna kulit, bangsa, agama, nilai, dan lain-lain. Teori yang asalnya lahir untuk golongan
Euro-American cuba diaplikasikan ke atas klien yang berbeza budayanya. . Sudah pasti
akan timbul konflik dari segi kesesuaian. Justeru, kaunselor yang kebanyakannya dilatih
dalam bidang kaunseling yang berasaskan pendekatan Barat mungkin berasakan
ketidaksesuaian pendekatan dengan klien tempatan.
Faktor lain yang mendorong berkembangnya pendekatan integratif ialah kekurangan
sesuatu teori itu. Ini disebabkan para pengasas teori kaunseling dan psikoterapi
mengasaskan teori mereka berdasarkan klien yang mereka bantu. Sigmund Freud misalnya
merawat pesakit psikiatri di hospital, dan dengan sendirinya, jadi kesesuaian teori tersebut
untuk semua lapisan masyarakat boleh dipersoalkan. Seiring dengan faktor sebelum ini iaitu
faktor klien, kekurangan sesuatu teori atau tidak wujudnya satu-satu teori yang lengkap
bersesuaian dengan semua klien mendorong lahirnya pendekatan integratif.
Perkembangan penyelidikan dalam aplikasi kaunseling dan psikoterapi juga menggalakkan
perkembangan pendekatan integratif. Penyelidikan tentang keberkesanan sesuatu teori
telah banyak dijalankan terutama di Amerika Syarikat, tempat berkembang pesatnya disiplin
kaunseling dan psikoterapi. Kewujudan kajian-kajian seperti ini membantu kaunselor dan
ahli terapi menilai sejauh mana kesesuaian sesuatu pendekatan dalam menangani sesuatu
masalah. Pendekatan integratif merupakan pendekatan yang dianggap selamat kerana
berupaya menggabungkan teori-teori yang bersesuaian dalam menangani sesuatu masalah.

9.3 Jenis-jenis Pendekatan Integratif


Seligman dan Reichenberg (2010) mengenal pasti jenis-jenis pendekatan eklektik atau
integratif iaitu:

1. Integratif tanpa teori pendekatan ini tidak berlandaskan mana-mana teori. Kaunselor
berkemungkinan menggunakan justifikasi sendiri dalam memberi kaunseling. Implikasi
daripada penggunaan pendekatan seperti ini ialah kaunselor mungkin memberi kaunseling
tanpa panduan, dan boleh mengelirukan klien. Klien mungkin melihat kaunselor sebagai
tidak cekap kerana apa yang dilakukannya tidak berpasak kepada mana-mana asas.
Keadaan ini banyak berlaku dalam seting Malaysia apabila terdapat individu yang mengaku
diri mereka kaunselor dan menawarkan kaunseling kepada orang ramai. Oleh sebab
profesyen kaunseling masih belum berada di peringkat profesional seperti negara maju jadi
kebanyakan orang memahami bahawa hanya kaunselor berlesen layak memberi
kaunseling, maka kaunselor palsu memberi bantuan dan akhirnya implikasinya bukan
sahaja kepada klien tetapi juga kepada profesyen kaunseling itu
2. Integratif berdasarkan faktor kebiasaan (common factors) mengikut pendekatan
integratif ini, beberapa elemen dalam hubungan terapeutik seperti memberi sokongan,
empati, penerimaan tanpa syarat boleh mendorong perubahan klien. Penggunaan
elemen-elemen yang menggalakkan hubungan terapeutik digandingkan dengan
intervensi tertentu tanpa menggunakan teori yang spesifik. Elemen yang boleh
dikategorikan sebagai faktor kebiaasaan ini diterima dan disarankan oleh semua
pendekatan, walaupun pendekatan Pemusatan Klien merupakan salah satu pelopor
yang menggalakkan penggunaan faktor kebiasaan ini tanpa teknik tertentu. Perlu
ditekankan di sini, kaunselor novis mungkin beranggapan pendekatan ini mudah
sedangkan hakikatnya ia adalah pendekatan yang memerlukan kecekapan kaunselor
supaya tidak sewenangwenang menggunakan justifikasi sendiri yang boleh
memudaratkan klien.
3. Integratif teknikal mengikut pendekatan ini kaunselor membuat kombinasi antara
kepelbagaian teori dengan cara mengguna pakai teknik atau intervensi tertentu dari
pelbagai teori. Walaupun kaunselor menggunakan teknik dan intervensi dari pelbagai
teori, kaunselor tidak semestinya menggunakan teori-teori tersebut dalam rawatan
kaunseling. Penggunaan hanyalah teknik dan intervensi yang bersesuaian dengan klien
dan masalah yang dihadapinya. Contoh pendekatan ini ialah pendekatan Multimodal
yang diperkenalkan oleh Lazarus.
4. Integrasi teori pengintegrasian teori bermakna kaunselor atau ahli terapi
mengintegrasikan dua atau lebih teori dalam rawatan kaunseling. Kombinasi antara
teori membolehkan kaunselor membentuk pendekatan rawatan baru yang efektif dan
bersesuaian dengan klien. Pendekatan ini berfokuskan kombinasi teori dan bukan
berfokuskan kombinasi teknik. Contoh pendekatan yang menggunakan integrasi teori
ialah Developmental Counseling and Therapy (DCT) yang diasaskan oleh Allen dan
Ivey, Sandra Rigazio-DiGillio dan rakan-rakan mereka.

Teori Berasaskan Eklektik dan Integratif

Beberapa teori yang berasaskan eklektik dan integratif telah diasaskan oleh ahli-ahli terapi
yang dapat dijadikan panduan oleh kaunselor yang mahu menggunakan pendekatan
berkenaan. Antara pendekatan integratif yang popular ialah terapi Multimodal,
Developmental Counseling and Therapy (DCT), dan Transtheoretical Model.

10.0 TEORI BERFOKUSKAN PENYELESAIAN


10.1 Pengenalan
Teori berfokuskan penyelesaian memberi tumpuan kepada perkara yang berfungsi dalam
kehidupan klien, berbeza dengan pendekatan atau teori tradisional yang biasanya
cenderung memberi tumpuan kepada sesuatu masalah serta puncanya. Teori ini membantu
klien dengan menfokuskan pengecualian pola masalah yang merupakan suatu situasi
dengan klien tidak diganggu oleh masalah tersebut. Klien juga dibantu untuk mengenal pasti
faktor-faktor yang dapat membantu mereka menyelesaikan masalahnya dalam masa yang
singkat. Selain itu, kaunselor atau ahli terapi turut menggalakkan individu untuk
menganalisis sesuatu masalah dan mengenal pasti bagaimana masalah tersebut wujud bagi
mencari strategi penyelesaian masalah.
10.2 Latar Belakang Tokoh

Steve de Shazer merupakan seorang psikoterapis, penulis dan pengasas kepada


terapi berfokuskan penyelesaian. De Shazer mendapat latihan dalam bidang muzik klasik
dan pernah bekerja sebagai pemain seksafon. Kemudian beliau meneruskan pengajiannya
dan dianugerahkan Bachelor in Fine Arts dan MSc in Social Work dari Universiti Milwaukee-
Wisconsin. Pada tahun 1978, De Shazer menubuhkan Brief Family Therapy Center di
Milwaukee, Wisconsin bersama isterinya, Insoo Kim Berg. De Shazer telah menulis enam
buah buku yang diterjemah kepada 14 buah bahasa, menulis artikel, dan mengajar di
peringkat antarabangsa. Antara penulisan beliau yang berpengaruh adalah Keys to
Solutions in Brief Therapy (1985), Clues: Investigating Solutions in Brief Therapy (1988) dan
Words Were Originally Magic (1994). Beliau meneruskan usaha dalam pembinaan teori ini
sehingga kematiannya pada tahun 2005.
Insoo Kim Berg dilahirkan di Korea, merupakan ahli psikoterapis Amerika, yang juga
pengasas kepada terapi berfokuskan penyelesaian. Pada tahun 1978, Berg bersama
suaminya, De Shazer menubuhkan Brief Family Therapy Center (BFTC) di Milwaukee.
Beliau telah menerbitkan banyak buku ilmiah antaranya termasuklah Working with the
Problem Drinker: A Solution-Focused Approach pada tahun 1992, dan Family Based
Services: A Solution- Focused Approach pada 1994. Antara pencapaian beliau adalah
mengaplikasikan teori berfokuskan penyelesaian kepada penagih alkohol, terapi
perkahwinan dan perkhidmatan untuk orang miskin. Berg meninggal dunia 16 bulan selepas
kematian suaminya pada tahun 2005. Selepas kematian kedua-dua pengasas ini, BFTC
telah ditutup pada tahun 2007, dan segala bahan dan peralatan latihan telah berpindah milik
kepada Solution Focused Brief Therapy Association.

10.3 Pandangan Tentang Sifat Semula jadi Manusia

Teori berfokuskan penyelesaian masalah memahami manusia dengan beberapa cara iaitu:
1. Manusia mempunyai keupayaan untuk mengatasi cabaran hidup, namun adakalanya,
manusia kehilangan kawalan untuk mencari penyelesaian dan mengatasi masalahnya.
2. Setiap manusia mempunyai kekuatan diri masing-masing. Jika manusia dapat
memahami dan menggunakan kekuatan ini dengan sebaik-baiknya, manusia tersebut
dapat menyelesaikan masalah dalam kehidupannya.
3. Manusia tidak sentiasa berhadapan dengan masalah. Pada satu ketika, pasti terdapat
waktunya manusia tidak diganggu oleh masalah.

10.4 Andaian Asas dan Prinsip Teori

Teori berfokuskan penyelesaian adalah bersifat optimistik dan menganggap bahawa individu
yang sihat dan cekap mempunyai keupayaan untuk membina penyelesaian terhadap
sesuatu masalah dalam kehidupan mereka. Pendekatan ini percaya bahawa manusia
mempunyai keupayaan untuk mengatasi cabaran hidup, namun adakalanya, manusia
kehilangan kawalan untuk mencari penyelesaian dan mengatasi masalahnya.
Walter dan Peller (1992) menjelaskan bagaimana manusia dapat berubah dan
bagaimana mereka boleh mencapai matlamat mereka. Beberapa andaian asas yang
membawa kepada perubahan tersebut adalah:
1. Individu atau klien yang datang ke sesi terapi mempunyai keupayaan untuk bertingkah
laku dengan berkesan, walaupun adakalanya keupayaan tersebut disekat oleh
pemikiran yang negatif. Pemikiran yang bermasalah ini menghalang klien untuk
mengenal pasti cara-cara yang berkesan untuk menangani masalah.
2. Tumpuan kepada aspek positif dan masa depan dapat membantu menyelesaikan
masalah. Sekiranya klien dapat menyesuaikan diri dengan kekuatan diri mereka, maka
masalah dapat diselesaikan dengan mudah.
3. Terdapat pengecualian bagi setiap masalah yang timbul. Perbincangan tentang
pengecualian dapat membantu klien mengawal masalah yang dihadapi. Pengecualian
merujuk kepada satu keadaan atau ketika masalah tersebut tidak memberi kesan atau
mengganggu klien.
4. Klien biasanya melihat diri mereka dari satu perspektif. Justeru, teori ini memandu klien
untuk melihat diri mereka dari perspektif yang berbeza.
5. Perubahan yang kecil dapat membawa kepada perubahan lebih besar yang biasanya
membantu untuk menyelesaikan masalah.
6. Klien ingin membuat perubahan, berupaya untuk berubah dan dapat melakukan yang
terbaik untuk berubah.
7. Seharusnya bekerjasama dengan klien untuk merangka strategi penyelesaian masalah,
dan bukan merangka strategi penyelesaian untuk klien.
8. Klien boleh dipercayai dalam niat mereka untuk menyelesaikan masalah.
9. Tiada satu set pun penyelesaian masalah yang boleh digunakan untuk semua individu,
setiap individu adalah unik maka mereka memerlukan cara penyelesaian masalah yang
berbeza bergantung kepada diri masing-masing.
10.5 Matlamat Terapi

Matlamat terapi adalah berbeza bagi setiap klien. Antara matlamat pendekatan ini ialah
untuk mengubah pandangan sesuatu masalah, mengubah perlakuan yang membawa
kepada situasi yang bermasalah, dan mengenal pasti sumber dan kekuatan klien (O Hanlon
& Davis 2003). Klien digalakkan untuk membincangkan tentang penyelesaian dan
perubahan berbanding berbincang tentang masalah itu. Keadaan ini adalah berdasarkan
jangkaan bahawa apa yang dibincangkan di dalam sesi adalah apa yang akan kita hasilkan.
Apabila kita sentiasa bercakap tentang masalah, maka akan terhasillah masalah secara
berterusan. Sebaliknya jika kita bercakap tentang perubahan, akan terhasillah perubahan.
Apabila individu dapat mempelajari untuk menyatakan sesuatu yang mampu dilakukan
dengan berkesan, membincangkan tentang sumber dan kekuatan yang dimiliki, juga
mengutarakan perkara yang telah dan berjaya dilakukan, mereka telah mencapai matlamat
utama dalam terapi (Nichols 2006; 2007). Sekiranya klien tidak dapat menentukan matlamat
dengan jelas, sesi terapi akan menjadi tidak berkesan. Justeru, pada peringkat awal sesi,
amat penting bagi terapis untuk mengenal pasti isu yang sedia untuk dibincangkan oleh
klien. Terapis juga perlu mengetahui perubahan yang ingin dicapai oleh klien dengan
menyediakan suasana yang memudahkan perubahan itu berlaku di samping menggalakkan
klien untuk berfikir dari pelbagai sudut yang berbeza.
Walter dan Peller (1992) juga menekankan tentang kepentingan membantu klien membina
matlamat yang jelas yang dinyatakan dalam bahasa yang positif oleh klien, matlamat yang
berorientasikan proses dan tindakan, berkonsepkan here and now, boleh dicapai, konkrit
dan khusus serta boleh dikawal oleh klien. Bagaimanapun, ahli terapiperlu berhati-hati agar
tidak terlalu tergesa-gesa dalam membantu klien membentuk matlamat. Ahli terapi perlu
terlebih dahulu mendengar masalah yang dikemukakan oleh klien agar klien berasa dihargai
dan difahami.

10.6 Peranan Kaunselor


Klien akan mengambil bahagian sepenuhnya dalam sesi terapi sekiranya mereka menyedari
bahawa mereka sendiri yang menentukan arah dan tujuan perbincangan terapi (Walter &
Peller 1996). Dalam proses terapi, klien harus menentukan matlamat dan perubahan yang
ingin dicapai. Ahli terapi pula akan mengambil posisi tidak tahu (not knowing position) untuk
menggalakkan klien meletakkan diri mereka sebagai pakar dalam kehidupan mereka sendiri.
Ahli terapi menganggap klien sebagai pakar dalam kehidupan mereka, ini berbeza dengan
pendekatan tradisional lain yang melihat ahli terapi atau kaunselor sebagai pakar dalam
penilaian dan rawatan, sebaliknya pendekatan berfokuskan penyelesaian menganggap ahli
terapi sebagai pakar yang dapat memandu kepada proses perubahan.
Tugas utama ahli terapipula adalah untuk membantu klien bergerak ke arah perubahan
yang telah ditentukan oleh klien. Ahli terapi perlu berusaha untuk mewujudkan hubungan
kerjasama dengan klien kerana ia mungkin dapat membantu perubahan pada masa
sekarang dan masa hadapan (Bertolino & O Honlon2002).Ahli terapi perlu membina
suasana yang saling menghormati, menyediakan dialog yang berkesan, penerokaan, serta
menerima apa yang sedia untuk dikongsi, diteroka dan diubah semula oleh klien (Walter &
Peller 1996). Ahli terapi juga perlu membantu berfikir tentang perubahan yang diingini dan
mengenal pasti perkara yang boleh membawa kepada perubahan tersebut (Gingerich &
Eisengart 2000).
10.7 Proses Terapi
Bertolino dan OHonlon (2002) menekankan kepentingan hubungan kerjasama terapeutik
antara ahli terapi dengan klien bagi memastikan proses terapi menjadi lebih efektif. Ahli
terapi dianggap sebagai pakar dalam konteks mewujudkan perubahan, manakala klien
dianggap sebagai pakar dalam kehidupan mereka sendiri. Klien lebih mengetahui tentang
semua aspek dalam kehidupannya sama ada positif atau negatif berbanding dengan ahli
terapi itu sendiri.
Walter dan Peller (1992) menghuraikan empat langkah dalam proses terapi ini iaitu:
1. Mengenal pasti keinginan dan ketidakmahuan klien.
2. Tidak mencari patologi atau memberi label dan diagnosis kepada klien kerana ia boleh
memberi kesan yang negatif kepada klien. Sebaliknya, kenal pasti aspek positif yang
dapat membantu klien dan menggalakkan mereka untuk terus ke arah yang lebih baik.

Sekiranya apa yang telah dilaksanakan oleh klien tidak berjaya, galakkan klien untuk
mencuba alternatif yang baru atau berbeza.
4. Laksanakan setiap sesi terapi dengan menganggap sesi tersebut adalah satu-satunya
sesi dan yang terakhir.
Selain daripada Walter dan Peller (1992), De Shazer (1991) juga percaya bahawa klien
boleh membina penyelesaian masalahnya tanpa sebarang penilaian terhadap kewujudan
semula jadi masalah tersebut. Struktur ini membezakan teori dengan pendekatan tradisional
yang lain.
De Jong dan Berg (2008) menjelaskan tentang langkah yang terlibat dalam proses
pendekatan berfokuskan penyelesaian iaitu:
1. Klien diberi peluang untuk menceritakan masalah mereka manakala ahli terapi pula akan
mendengar dengan penuh hormat dan berhati-hati. Klien juga akan diajukan dengan
pertanyaan bagaimana ahli terapi boleh berguna kepadanya.
2. Ahli terapi dan klien bekerjasama untuk membentuk matlamat sesi. Bagi tujuan
pembentukan matlamat ini, soalan yang boleh diajukan kepada klien ialah Apakah
perbezaan yang wujud setelah masalah anda diselesaikan?
3. Ahli terapi bertanya kepada klien tentang waktu atau situasi masalah tersebut tidak
mengganggu klien. Klien dibantu untuk meneroka pengecualian masalah dengan
memberi penekanan khas kepada tindakan klien untuk ke arah pengecualian masalah.
4. Pada akhir setiap sesi, ahli terapi akan membuat rumusan, memberikan galakan, dan
mencadangkan apa yang perlu dilakukan oleh klien sebelum sesi yang akan datang
untuk memastikan masalah klien dapat diselesaikan.
5. Ahli terapi dan klien menilai kemajuan yang telah dicapai melalui sesi dengan
menggunakan skala penilaian. Klien diminta untuk melaksanakan tindakan yang
dibincangkan sebelum masalah dapat diselesaikan.
10.8 Penamatan
Pada permulaan sesi terapi, terapis dan klien sedar bahawa mereka bekerja ke arah
penamatan sesi. Apabila klien telah dapat membina penyelesaian yang memuaskan,
hubungan terapeutik boleh ditamatkan. Soalan-soalan yang ditanya oleh ahli terapidapat
membuatkan klien berfikir tentang perubahan yang diingini dalam kehidupan mereka di
samping mengenal pasti sumber kekuatan yang dapat membantu klien untuk melaksanakan
perubahan tersebut. Penggunaan soalan berskala membolehkan ahli terapi membantu klien
memantau perkembangan mereka apabila tidak lagi berada dalam sesi terapi (De Jong &
Berg 2008). Sebelum sesi terapi berakhir, ahli terapi membantu klien mengenal pasti
perkara yang boleh dan telah dilakukan oleh klien yang dapat membawa kepada perubahan
pada masa hadapan (Bertolino & OHanlon 2002). Klien juga dibantu untuk mengenal pasti
kesukaran atau halangan yang mungkin dihadapi dalam mengekalkan perubahan yang
dilakukan.
Oleh sebab terapi ini bersifat ringkas dan berpusatkan masa sekarang, berkemungkinan
klien akan berhadapan dengan masalah perkembangan yang lain pada masa yang lain.
Justeru, klien boleh mendapat sesi tambahan sekiranya terdapat sebarang masalah atau isu
yang memerlukan klien untuk memperbaiki kehidupan mereka.

10.9 Kekuatan dan Kelemahan Teori

Seperti mana pendekatan naratif, teori berfokuskan penyelesaian juga menganggap klien
sebagai pakar dalam kehidupan mereka. Klien dianggap lebih mengetahui dengan jelas
kehidupan mereka berbanding ahli terapi yang hanya membantu memandu klien
menyelesaikan masalah mereka. Klien lebih berhak untuk menentukan matlamat hidup
mereka. Dengan andaian ini, memberi keyakinan dan motivasi kepada klien bahawa mereka
yang lebih berhak menentukan kehidupan sendiri.
Selain itu, pendekatan ini juga bersifat objektif. Ia lebih memandangke hadapan dan
lebih berusaha ke arah mencari strategi penyelesaian masalah klien. Oleh sebab ahli terapi
kurang atau tidak membincangkan tentang aspek masa lalu, pendekatan ini akan lebih
cepat berbanding pendekatan lain. Dalam kata lain, kaunselor dan klien mungkin tidak
memerlukan sesi yang banyak untuk membincangkan satu-satu masalah kerana ia terus
kepada penyelesaian masalah.
Sesuai dengan nama teori ini sendiri, semestinya ia lebih memberi fokus kepada
penyelesaian masalah berbanding meninjau pengalaman lampau klien yang menyebabkan
masalah ini berlaku. Oleh sebab penerokaan terhadap pengalaman lalu yang biasanya
melibatkan emosi klien tidak dibuat secara mendalam, klien mungkin tidak dapat mencapai
tahap katarsis atau luahan perasaan yang memberikan kelegaan dalam sesi kaunseling.
Masih ada unfinished business terpendam dalam hati klien yang tidak dapat diluahkan.
Atas kekangan ini juga, hubungan terapeutik antara kaunselor dengan klien agak sukar
dibina kerana berkemungkinan klien tidak berasakan bahawa kaunselor mendengar
masalah yang ingin diluahkannya. Seterusnya menjadikan matlamat sesi sukar dicapai.
Justeru, kaunselor perlu mempertimbangkan aspek-aspek ini sebelum menggunakan terapi
berfokuskan penyelesaian masalah dalam merawat masalah klien. Kesesuaian isu yang
dibawa oleh klien juga harus dipertimbangkan sama ada bersesuaian dengan pendekatan
ini atau tidak.

Rumusan
Teori berfokuskan penyelesaian ini lebih memberi fokus kepada penyelesaian masalah
berbanding berbicara tentang masalah tersebut. Teori ini melihat klien sebagai individu
pakar dalam konteks kehidupan klien. Meskipun klien dianggap sebagai pakar, namun
adakalanya klien berhadapan dengan situasi di mana klien tidak dapat mengawal kehidupan
mereka sendiri akibat dari tingkah laku dan pemikiran yang tidak sesuai. Justeru ahli terapi
perlu membantu klien untuk menilai kembali aspek kehidupan mereka dengan mengenal
pasti sumber kekuatan yang dimiliki untuk memperteguhkan sesuatu perubahan positif yang
telah dan akan dilakukan. Dalam mencapai matlamat ini, perkara yang paling utama harus
dicapai oleh ahli terapi adalah membentuk hubungan kerjasama terapeutik dengan klien
agar dapat menjamin keberkesanan sesi terapi. Walaupun teori ini bersifat agak ringkas,
namun ahli terapi perlu juga mendengar perkongsian dari klien agar klien rasa dihargai,
dengan itu klien akan bersedia untuk berubah.

You might also like