You are on page 1of 84

REFLEKSI HATI

Versi Digital 2014

Diterbitkan oleh : Aras Publisher

Hakcipta Terpelihara Nurdiyanah Md Tahir


Heart Works Centre TransformasiHati.com

PENAFIAN

Pihak penerbit berusaha sedaya upaya memastikan


buku (ebook) yang diterbitkan ini mengandungi
maklumat yang tepat dan berautoriti daripada segi
subjek yang dibincangkan.

Penerbit ebook ini tidak boleh dianggap memberikan


khidmat perundangan, perakaunan, atau khidmat
profesional yang lain kepada pembaca.

Sekiranya nasihat atau bantuan pakar diperlukan, sila


dapatkan nasihat dan khidmat professional daripada
pakar yang berkelayakan.

Ebook ini dilindungi di bawah Akta Hakcipta 1987 dan


Akta Cap Dagangan 1976 Undang-undang Kerajaan
Malaysia

Anda tidak dibenarkan sama sekali menyalin atau


mencetak semula ebook ini malah mengedarkannya
secara percuma kepada sesiapa samada melalui apa
jua kaedah media bercetak atau elektronik sekalipun.
REFLEKSI
HATI
77 ubat hati untuk hidup
penuh kesedaran dan kedamaian

DIYANATAHIR
1
REFLEKSIHATI

REFLEKSI HATI | DIYANA TAHIR


Orang yang membenci kita,
hadir hanya sebagai cermin
untuk kita menghargai orang
yang menyayangi kita.
Bila benci dan sayang ini
dilihat sebagai cermin
di antara satu sama lain,
kedamaian datang bersahabat.
Semua adalah satu dan
sempurna apa adanya.
Ucapkan terima kasih dari hati
yang terdalam.

4
2
REFLEKSIHATI

REFLEKSI HATI | DIYANA TAHIR


Kesusahan dan kedukaan hadir
bukan sebagai hukuman,
tetapi sebagai bahan cerita
yang indah untuk dikisahkan
bila kejayaan dan
kebahagiaan itu datang.
Berbahagialah bila kedukaan hadir,
kerana itu adalah tanda kisah
bahagiamu sedang dilakarkan.

5
3
REFLEKSIHATI

REFLEKSI HATI | DIYANA TAHIR


Berterima kasihlah pada orang
Yang mengkritik kita.
Kerana dia membantu kita
untuk jadi lebih baik
dengan lebih pantas.
Berkahnya lagi dia membantu
kita secara percuma!

Sudahkah anda berterima kasih


padanya?

6
4
REFLEKSIHATI

REFLEKSI HATI | DIYANA TAHIR


Rasa marah adalah satu
keadaan bila kita lupa.
Lupa bahawa kemarahan itu
umpama tetamu yang hadir sebentar.
Layani tetamu itu
luahkan secara sihat,
rasakan dan peluk lembut
bahagian gelap dalam diri kita.
Perlahan-lahan tetamu itu
akan berlalu pergi.
Kita bukan api kemarahan,
kita adalah cahaya kasih sayang
yang tidak berhingga

7
5
REFLEKSIHATI

REFLEKSI HATI | DIYANA TAHIR


Jadilah seperti rumput
yang tetap ikhlas melayani
setiap kaki yang memijaknya.
Tanpa mengira pencaci
atau pencinta.
Ia terus menghulur
belas kasih dan kelembutan
tanpa syarat

8
6
REFLEKSIHATI

REFLEKSI HATI | DIYANA TAHIR


Ketika melihat kejayaan
dan kebahagiaan orang lain,
ingatlah bahawa ada air mata
kegagalan dan kesedihan juga
dalam hidupnya.
Setiap suka dan duka
adalah pasangan kehidupan
yang tidak mungkin terpisah.
Ketika menyedari hakikat ini,
yang ada hanya hati
yang penuh kebahagiaan
dan belas kasih buat sesama kita

9
7
REFLEKSIHATI

REFLEKSI HATI | DIYANA TAHIR


Tiada manusia yang tidak
pernah salah. Begitu juga
Saya, anda dan mereka.
Kesalahan dan kesilapan
adalah proses yang
mendewasakan kita.
Akui, sedari dan pelajari
sesuatu darinya. Mohon maaf
dan maafkan orang lain,
termasuklah diri kita sendiri.
Teruslah berjalan dengan
penuh kesedaran
dan nikmati saat ini

10
8
REFLEKSIHATI

REFLEKSI HATI | DIYANA TAHIR


Tugas anda bukanlah untuk
mengejar kebahagiaan,
kerana kebahagiaan itu
adalah diri anda.
Hanya perlu izinkan diri anda
untuk diam sebentar,
tarik nafas, sedari
dan rasakannya

11
9
REFLEKSIHATI

REFLEKSI HATI | DIYANA TAHIR


Mungkinkah kita terlalu
menggengam apa
yang kita mahu?
Sehingga kita tidak menyedari
ada perkara yang lebih baik
sedang menunggu untuk
hadir dalam hidup kita.
Usahakan yang terbaik,
namun sentiasa ingat,
yang terbaik mungkin dari
perkara yang tidak kita sedari.

12
10
REFLEKSIHATI

REFLEKSI HATI | DIYANA TAHIR


Memaafkan bukan bermakna
anda kalah, namun memaafkan
bermakna anda bersedia untuk
menjadi manusia yang mulia
dan rendah hati.
Dan memang begitulah
pentas kehidupan,
pasti ada yang menjadi
crook untuk menjadaikan
anda seorang hero
Bersediakah anda menjadi Hero?

13
11
REFLEKSIHATI

Mengapa sukar

REFLEKSI HATI | DIYANA TAHIR


untuk memaafkan?
Kerana kita dirajai oleh
fikiran yang sering memilih
hal yang benar dan salah.
Namun jika ditanya pada hati,
ia sentiasa menyedari bahawa
hanya dengan memaafkan,
kedamaian akan datang
bersahabat. Memaafkan bukan
bererti membenarkan kesalahan
yang telah terjadi, tetapi kerana
hati merindui kedamaian

14
12
REFLEKSIHATI

REFLEKSI HATI | DIYANA TAHIR


Ketika anda menyintai
apa yang anda dapat,
anda akan dapat
semua yang anda cintai

15
13
REFLEKSIHATI

REFLEKSI HATI | DIYANA TAHIR


Ketika cabaran datang,
bersyukurlah sebab ia
adalah tanda kau sudah
sedia untuk menerima
kekuatan yang baru.
Ketika kejayaan datang,
bersyukurlah kerana ia
adalah tanda kau sudah
siap untuk memberi manfaat
sebanyaknya. Setiap sesuatu
sempurna apa adanya.
Sudahkan anda mengucapkan
Terima Kasih Ya Tuhan?

16
14
REFLEKSIHATI

REFLEKSI HATI | DIYANA TAHIR


Ketika mencintai seseorang
tanyakan ini:

Apakah aku menginginkan


sesuatu darinya?

Jika YA, - itu bukan cinta,


tetapi keinginan. Kerana
Cinta itu memberi
bukan meminta. Cinta yang
sebenar ialah cinta yang
Membebaskan dan bukan memiliki.

17
15
REFLEKSIHATI

REFLEKSI HATI | DIYANA TAHIR


Orang yang berhati kecil
sentiasa melihat masalah
sebagai halangan,
namun orang yang
berhati besar sentiasa
melihat masalah sebagai
proses untuk menjadikan
dirinya versi yang terbaik

18
16
REFLEKSIHATI

REFLEKSI HATI | DIYANA TAHIR


Usah bersedih dengan
kekurangan diri,
sebab kekurangan
mengingatkan kita untuk
terus menyedarkan kekuatan
dalam diri yang telah
tertidur lama.

19
17
REFLEKSIHATI

REFLEKSI HATI | DIYANA TAHIR


Bersyukur bila orang fokus
pada kesalahan kita,
kerana dengannya kita lebih
rendah hati untuk perbaiki diri
menjadi lebih baik.
Berhati-hatilah ketika
orang fokus pada kebaikan kita,
kerana ia boleh membuat kita
tinggi diri dan lupa
untuk memperbaiki diri

20
18
REFLEKSIHATI

REFLEKSI HATI | DIYANA TAHIR


Ketika anda memuji seorang,
sesungguhnya anda tidak
pernah meminatinya,
tetapi anda sedang merindui
diri sejatimu yang telah
tersimpan lama.
Sedarkan ia.

21
19
REFLEKSIHATI

REFLEKSI HATI | DIYANA TAHIR


Jika aku menyintaimu
dengan mataku, aku pasti
mecintaimu kerana keindahanmu.
Tetapi jika aku menyintaimu
dengan hatiku, pasti aku
mencintaimu tanpa
sebarang sebab.

22
20
REFLEKSIHATI
Seekor ulat tidak sedar suatu hari

REFLEKSI HATI | DIYANA TAHIR


nanti ia akan menjadi seekor
rama-rama yang indah , berpotensi
untuk bebas dan terbang tinggi.
Begitu juga ketika kita dirundung
nasib malang yang penuh
kesedihan dan kegagalan
semuanya nampak kelam.
Namun ketika kita mengizinkan
diri kita untuk mengambil iktibar
dari kisah ulat ini, keyakinan dan
kesedaran pasti hadir akan
janji-Nya bahawa selepas kesusahan
akan datang kesenangan

23
21
REFLEKSIHATI

REFLEKSI HATI | DIYANA TAHIR


Masalah bukan masalah
tetapi persepsi kita tentang
masalah yang menjadi masalah.
Masalah menjadi berkah bila kita
izinkan hati untuk menyedari
bahawa masalah adalah sebuah
berkah bagi terbukanya
gerbang spiritual

24
22
REFLEKSIHATI

REFLEKSI HATI | DIYANA TAHIR


Ketika kita bangun pagi
dengan penuh rasa syukur
dan penuh belas kasih
ketika melihat diri kita
di cermin, itulah kejayaan.

25
23
REFLEKSIHATI

REFLEKSI HATI | DIYANA TAHIR


Bila kesedaran dan pencerahan
datang menerangi ruang gelap
dalam hati, segala kesedihan,
kesakitan dan trauma yang kita
lalui tidak menjadi sebuah
penderitaan lagi, malah ia
menjadi sebuah berkah dan
belakan untuk kita menjadi versi
kita yang terbaik.

26
24
REFLEKSIHATI

REFLEKSI HATI | DIYANA TAHIR


Hidup ini mudah.
Yang menjadikan ia susah
adalah kemahuan kita yang
mahu senang sahaja susah di tolak.
Sedangkan siang dan malam
pun silih berganti.
Bila gembira Ya bergembiralah!
Bila sedih, Ya bersedihlah!
Hanya sedari kehadirannya
dan izinkan ianya berlalu.

27
25
REFLEKSIHATI

REFLEKSI HATI | DIYANA TAHIR


Tuhan sentiasa sedia
memakbulkan impian kita.
Persoalannya sekarang, adakah
kita telah mengizinkan diri kita
untuk merasakan bahagia?
Mungkinkah selama ini kita yang
menghalang kebahagiaan dan
kejayaan kita selama ini?

28
26
REFLEKSIHATI

REFLEKSI HATI | DIYANA TAHIR


Kesedihan, ketakutan dan
Kemarahan, kekecewaan dan
kerisauan semuanya ilusi kerana
ia adalah hasil dari produk fikiran
yang sudah lepas dan yang belum
hadir di saat ini. Yang realiti hanya
nikmat-Nya di saat ini
yang kita rasakan sekarang.

29
27
REFLEKSIHATI

REFLEKSI HATI | DIYANA TAHIR


Tuhan sentiasa sedia
memakbulkan impian kita.
Persoalannya sekarang, adakah
kita telah mengizinkan diri kita
untuk merasakan bahagia?
Mungkinkah selama ini kita yang
menghalang kebahagiaan dan
kejayaan kita selama ini?

30
28
REFLEKSIHATI

REFLEKSI HATI | DIYANA TAHIR


Ketika ada kehendakmu yang
belum tercapai, ingatlah
Tuhan sedang mengatur
kehendak-Nya. Apakah ada
kehendak yang lebih baik daripada
kehendak-Nya yang Maha Mengetahui
dan Maha Bijaksana?

31
29
REFLEKSIHATI

REFLEKSI HATI | DIYANA TAHIR


Bukan seberapa banyak
hal yang kita dapatkan,
tetapi seberapa dalam kesyukuran
yang kita rasakan itulah kunci
menikmati kehidupan.

32
30
REFLEKSIHATI

REFLEKSI HATI | DIYANA TAHIR


Usah percaya apa yang fikiran anda
katakan tentang perkara yang negatif.
Tanyakan padanya ;
Betulkah? Adakah ia 100% betul?
Jika betul, tanyakan pada orang lain
untuk penjelasan. Sebab fikiran
yang tidak terlatih suka
membuat anggapan dan persepsi.
Anda bukanlah fikiran anda,
anda adalah jiwa yang tenang
dan penuh cinta kasih.

33
31
REFLEKSIHATI

REFLEKSI HATI | DIYANA TAHIR


Hidup bukan sekadar untuk
mendapatkan sesuatu yang di
luar, tetapi juga untuk kembali
bersatu dengan yang di dalam.
Itulah dia hati yang penuh belas
kasih dan kedamaian.

34
32
REFLEKSIHATI

REFLEKSI HATI | DIYANA TAHIR


Bila hidup di dampingi kasih sayang
dan belas kasih, keindahan dan
kedamaian datang bersahabat.

35
33
REFLEKSIHATI
Semakin aku fokuskan fikiran dan

REFLEKSI HATI | DIYANA TAHIR


perasaanku pada saat ini..
Aku semakin tenang dan semakin damai.

Semalam sudah berlalu.


Kemarahan lalu sudah terjadi
Kekecewaan semalam sudah terlepas.
Ketakutan semalam juga sudah di belakang.

Seteruk apa pun semalam, hari ini bukan hari


semalam, hari ini adalah hari yang baru
Hari yang penuh dengan peluang penuh keindahan.

Hari ini katakan,


Aku bersedia menerima segala keberkatan
dan kedamaian yang sudah tersedia ada buatku.
Terima Kasih Ya Tuhan atas keberkatan yang Kau
sediakan hari ini. Terima Kasih Ya Allah!
36
34
REFLEKSIHATI

REFLEKSI HATI | DIYANA TAHIR


Setiap orang dan setiap situasi
adalah guru yang mengajar kita
untuk menjadi lebih baik.
Ketika ada orang yang menyakiti
hati, tanyakan soalan ini:

Apa yang aku boleh belajar di sini?

Sekurang-kurangnya kita belajar untuk


tidak menjadi sepertinya

37
35
REFLEKSIHATI

REFLEKSI HATI | DIYANA TAHIR


Kesedaran adalah kunci
kebahagiaan, kasih sayang
dan kedamaian. Sedari bahawa
semuanya ada di sini dan
di saat ini. Hanya izinkan diri
untuk diam sebentar dan
biarkan hati merasakanya.

38
36
REFLEKSIHATI

REFLEKSI HATI | DIYANA TAHIR


Ketika dirimu ingin diterima
dan dicintai, sesungguhnya cinta
yang paling kau dambakan ialah
cinta Tuhan yang penuh belas kasih
dan cinta. Kerana tiada yang mampu
menerima kekuranganmu dan tetap
menyintaimu sehabat Dia.

39
37
REFLEKSIHATI

Bila terlalu ramai musuh di luar,

REFLEKSI HATI | DIYANA TAHIR


itu adalah tanda musuh di dalam
sedang menguasai.
Apakah musuh di dalam?
Nafsu dan keegoaan yang merajai
kita tanpa kita sedar.

Bila nafsu dan keegoaan kita


jinakkan, musuh diluar bertukar
menjadi guru yang mengajarkan
sebuah berkah. Yang ada hanya
senyum penuh kedamaian.
Sebab semuanya dari tarian
Tuhan yang sama.

40
38
REFLEKSIHATI

REFLEKSI HATI | DIYANA TAHIR


Kebebasan yang sebenar ialah bila
dirimu mengizinkan hatimu bebas
dari penguasaan keegoan yang
menghalang dirimu dari merasakan
kedamaian dan kebahagiaan yang
sememangnya milikmu.

41
39
REFLEKSIHATI

REFLEKSI HATI | DIYANA TAHIR


Masalah dikirimkan untuk
kita hadapi dan selesaikan.
Kemudian bantu orang lain untuk
selesaikan masalah yang sama.
Masalah bukan hukuman Tuhan,
tetapi peluang dari Tuhan untuk kita
berbakti kepada ramai orang.

42
40
REFLEKSIHATI

REFLEKSI HATI | DIYANA TAHIR


Semakin aku memaafkan kesilapanku,
semakin rasa... damai itu bersahabat di
hatiku...

Kita mungkin sering marah pada kesilapan


orang lain. Ya..mungkin secara faktanya
memang
dia salah dan kita benar.

Tetapi bila kita memandang semula


kebelakang, sejujurnya..menyalahkan orang
lain tidak menjadikan damai itu hadir di hati.

Ketika kita pilih untuk melihat ke dalam, akui


bahawa kita juga ada silap dan salah

43
40
REFLEKSIHATI
Maka kita akan menyedari bahawa sebagaimana

REFLEKSI HATI | DIYANA TAHIR


kita, dia juga sama - Pernah berbuat salah dan
tersilap.

Bila cara memandang begini, yang tinggal


hanyalah pengertian, simpati dan kelembutan
hati untuk memaafkan.

Kerana sepertimana kita, dia juga berbuat salah


ketika kesedaran itu tiada. Ketika lupa dan
dikuasai oleh keegoaan diri.

Bukan benar dan salah yang mendamaikan hati.


Tetapi.. ketulusan hati untuk memaafkan
kesalahan atas dasar belas kasih lah yang
menjemput damai di hati
44
41
REFLEKSIHATI

REFLEKSI HATI | DIYANA TAHIR


Ketika semua rancangan
tidak berhasil,
tanyakan ini di hatimu;
Apakah selama ini
aku menjalankan Misiku
atau misi-Nya?

45
42
REFLEKSIHATI

REFLEKSI HATI | DIYANA TAHIR


Hidup umpama pelangi yang penuh
dengan warna warninya. Ada warna
berbentuk kegembiraan, kesedihan,
kejayaan, kegagalan, sihat, sakit,
muda tua, hidup dan mati.
Yang menjadikan kita menderita
ialah bila kita hanya mahukan satu
warna sahaja. Hanya ingin kaya terus
atau mungkin ingin muda terus.
Sedangkan kekayaan itu lebih
membahagiakan bila kita
pernah merasa susah.

46
43
REFLEKSIHATI

REFLEKSI HATI | DIYANA TAHIR


Punca segala derita ialah bila
mula membanding hidup kita
dengan orang lain. Kita umpama
pohon apel menderita ingin
menjadi pohon tembikai.
Bahagia itu apabila kita menerima
diri kita sebagai pohon apel apa
adanya. Yang buahnya kecil namun
daun merimbun menjadi tempat
berteduh manusia yang kepanasan.

47
44
REFLEKSIHATI

REFLEKSI HATI | DIYANA TAHIR


Masa sihat untuk
berbakti pada dunia
Masa sakit untuk
berbakti pada diri.

Saksikan dan terus saksikan


dengan penuh penerimaan
dan kasih sayang.

Terima kasih Ya Tuhan...

48
45
REFLEKSIHATI

REFLEKSI HATI | DIYANA TAHIR


Dalam kehidupan yang perlu
berubah hanyalah persepsi dan
sudut pandang kita. Bukan orang
lain dan bukan sesuatu keadaan.
Bila cara memandang kita berbeza,
hidup pun berubah dan hati mudah
merasakan syukur atas berkah
setiap sesuatu yang telah berlaku.

49
46
REFLEKSIHATI

REFLEKSI HATI | DIYANA TAHIR


Terima dan sayangi diri sendiri,
berdamai dengan kesilapan,
kekurangan dan kelemahan diri.
Ketika kita menyayangi diri
seadanya, kita mudah untuk
menerima dan menyayangi
orang lain seadanya.
Bila kita menyayangi orang lain
seadanya, ketika itulah
perubahan berlaku.

50
47
REFLEKSIHATI

Semakin aku menerima dan menyayangi

REFLEKSI HATI | DIYANA TAHIR


diriku, aku semakin menyedari bahawa aku
ini berharga.

Buktinya?
Tuhan Yang Maha Menghidupkan, tanpa
henti memberikan kita nafas 24 jam tanpa
henti. Tidak cukupkah ini sebagai bukti
betapa pentingnya kita?

Tuhan sangat menjaga dan menyayangi kita,


walau kita penuh kekurangan dan kesilapan.
Namun kurnia yang kita dapatkan.. jika
dihitung takkan mampu kita hitung...

Apakah ada alasan untuk kita tidak


menerima dan menyayangi diri kita?
51
48
REFLEKSIHATI

REFLEKSI HATI | DIYANA TAHIR


Izinkan hati kita untuk merasakan
sesuatu yang nampaknya
tidak sempurna tetapi
sesungguhnya ia sudah
sempurna apa adanya.

52
49
REFLEKSIHATI

REFLEKSI HATI | DIYANA TAHIR


Aku ada di dunia ini kerana aku
penting. Jika tidak penting tidak
mungkin aku ada. Semakin aku
sedar bahawa diriku ini penting, aku
semakin sedar bahawa sangat
banyak kemarahan dan kekecewaan
yang tidak penting. Kedamaian dan
ketenangan ku lebih penting dari
semua perasaan negatif yang
singgah sebentar sahaja.

53
50
REFLEKSIHATI

REFLEKSI HATI | DIYANA TAHIR


Sesungguhnya jauh
di lubuk hati, yang kita
hajatkan ialah
DIA yang tidak terbatas.

54
51
REFLEKSIHATI

REFLEKSI HATI | DIYANA TAHIR


Apalah guna jika hidup tidak
bahagia? Apalah erti hidup jika
tidak membahagiakan? Hidup boleh
pasang dan surut, namun bahagia
adalah pilihan.

Apakah pilihanmu wahai hati?

55
52
REFLEKSIHATI

REFLEKSI HATI | DIYANA TAHIR


Tanpa kegelapan,
sang cahaya tidak bermakna.
Peluk lembut sisi gelap
dalam diri kita, kerana tanpanya
cahaya di hati tidak memberi makna.

56
53
REFLEKSIHATI

REFLEKSI HATI | DIYANA TAHIR


Fikiran dan perasaan
adalah untuk dikuasai
bukan untuk menguasai kita.

57
54
REFLEKSIHATI

REFLEKSI HATI | DIYANA TAHIR


Jika kita belum menerima dan
meyayangi diri kita seadanya.
Bagaimana kita harap orang lain
akan menerima dan menyayangi
diri kita seadanya?
Segala bermula dengan diri kita.

Apa yang anda boleh lakukan


hari ini, sebagai tanda
anda menyayangi diri anda?

58
55
REFLEKSIHATI

REFLEKSI HATI | DIYANA TAHIR


Cinta dan perHATIan
yang paling kita perlukan
ialah dari diri kita sendiri.

59
56
REFLEKSIHATI

REFLEKSI HATI | DIYANA TAHIR


Kasih sayang adalah penawar
yang paling menyembuhkan.
Bila kita mula menyayangi
diri seadanya, keajaiban berlaku
dalam hidup kita.

60
57
REFLEKSIHATI

REFLEKSI HATI | DIYANA TAHIR


Beri yang terbaik
kepada dunia apa yang kita ada,
dan yang terbaik juga
akan datang pada kita.

61
58
REFLEKSIHATI

REFLEKSI HATI | DIYANA TAHIR


Bahagia adalah pilihan.
Hati yang bahagia pilih untuk
fokus pada sisi berkah
setiap sesuatu yang berlaku.

62
59
REFLEKSIHATI

REFLEKSI HATI | DIYANA TAHIR


Semakin aku sabar,
semakin aku bahagia.

Sebab rasa marah itu adalah api


yang membakar rumahku (hati).

Bila aku sabar,


itu bermakna aku menjaga tempat
di mana bahagia itu berlabuh.

63
60
REFLEKSIHATI

REFLEKSI HATI | DIYANA TAHIR


Semua orang pada asasnya hendak buat yang
terbaik dan menjadi sebaik mungkin.
Namun tanpa disedari, kita sering kali berbuat silap
secara tidak sedar dan kadangkala sengaja berbuat
silap. Mengapa? Kerana tanpa kesilapan dan
kesalahan yang kita pernah lakukan, kita tidak akan
mampu memahami orang yang silap, dan sukar
untuk memaafkan orang yang salah.

Ia adalah proses Tuhan mengajar kita untuk lebih


rendah hati. Supaya kita menyedari, bahawa kita ini
semuanya sama. Sedang belajar dan terus belajar.
Ada masa kita menjadi 'guru' buat dia, ada masa
dia pula mengajarkan sesuatu pada kita.

64
61
REFLEKSIHATI

REFLEKSI HATI | DIYANA TAHIR


Kita bersyukur bukan
kerana kita berjaya,
tetapi kita berjaya
kerana kita bersyukur.

65
62
REFLEKSIHATI
Damai itu ringan..

REFLEKSI HATI | DIYANA TAHIR


Damai itu lepas bebas..

Ketika tidak damai, tanyakan ini..

Apakah yang membebaniku saat ini?


Apakah mungkin kerana terlalu banyak
yang aku bawa?

Mungkin inilah saatnya untuk kita


melepaskan satu persatu..
Hal-hal yang hanya dipinjamkan untuk kita
Hal-hal yang bukan seharusnya melekat di
hati kita..

Damai itu semudah melepaskan..


66
63
REFLEKSIHATI

REFLEKSI HATI | DIYANA TAHIR


Hati yang terluka umpama
sebatang buluh yang berlubang
dan bertukar menjadi seruling.
Orang yang telah menyakiti kita
adalah orang yang meninggalkan
lubang-lubang di hati kita supaya
orang yang seterusnya hadir
memainkan musik yang indah di
hati kita. Hanya perlu izinkan
ia beralun musik yang indah
dan mendamaikan

67
64
REFLEKSIHATI

Seringkali kita 'terpaksa' dijatuhkan olehNya ke

REFLEKSI HATI | DIYANA TAHIR


dalam 'lubang' berkali-kali, supaya kita 'sadar'
bahawa kita perlu 'pilih' 'jalan' yang lain.

Namun, sering kali juga kita tidak 'sadar' dan terus


menyalahkan orang yang diwakilkan olehNya untuk
membuat 'lobang' itu.

Kita lupa, jika bukan orang itu yang diwakilkan


olehNya untuk membuat lobang itu, tetap akan ada
orang lain yang diutuskan olehNya untuk membuat
lobang supaya kita jatuh, supaya kita sakit, supaya
kita keliru, supaya kita mula bertanya, supaya kita
sadar pesan-pesanNya.

Sudahkah kita merenungkanNya?

68
65
REFLEKSIHATI

REFLEKSI HATI | DIYANA TAHIR


Diri kita umpama bayangan di cermin.
Walau apapun jenis cermin yang
kita pilih, yang kita lihat tetap diri kita.
Walau apapun kerjaya, pasangan, kawan,
pangkat, pengikut dan harta yang kita pilih,
ia tetap menampakkan diri kita yang
sebenar. Jika kita bahagia di dalam,
yang diluar juga akan menjadikan
kita lebih bersyukur dan bahagia.

Jika kita derita di dalam, walau segunung


emas kita pilih, kita tetap akan menderita.
Jalan pintas untuk bahagia bukan
menukar apa yang diluar.
Tetapi menukar hati yang di dalam.

69
66
REFLEKSIHATI

Bersyukur apa adanya itu

REFLEKSI HATI | DIYANA TAHIR


bukan bermakna kita menyerah
dan tidak mempunyai impian yang tinggi.

Sebab syukur dengan apa yang adalah,


kita menggunakan apa yang ada sebaik
dan seoptimum mungkin.

Sebab syukur akan apa yang adalah,


kita bahagia dan bahagia
membahagiakan orang lain.
Terutama orang yang kita sayang
dan menyayangi kita.

70
67
REFLEKSIHATI

REFLEKSI HATI | DIYANA TAHIR


Kita selalu sedih bila orang tidak
menghargai atau berterima kasih pada kita.
Tetapi kita seringkali lupa untuk menghargai
dan berterima kasih pada diri kita, alam
semesta dan Maha Pencipta.

Namun tubuh badan kita, alam semesta dan


Tuhan tidak bersedih malah terus berbakti
dan memberi berkah buat kita tanpa henti
walau sering kali kita merungut dan marah!

maafkan kami alam!


Maafkan kami Ya Tuhan!

71
69
REFLEKSIHATI

REFLEKSI HATI | DIYANA TAHIR


Jika apa yang ada sekarang pun kita
belum boleh syukuri, bagaimana yang
akan datang nanti kita akan syukuri?
sebab yang sekarang ini juga adalah
sesuatu yang tidak ada dulu.

Hati yang bahagia tetap bahagia walau


tidak memiliki apa-apa. Kerana ia cukup
bahagia dengan RASA syukur yang hadir
di saat tidak punya apa-apa!

72
69
REFLEKSIHATI

REFLEKSI HATI | DIYANA TAHIR


Tiada yang terindah dari
senyuman penuh kasih sayang
Tiada yang terindah dari
pelayanan penuh keikhlasan
Tiada yang terindah dari hidup
penuh kebercukupan dan kesyukuran

73
70
REFLEKSIHATI

REFLEKSI HATI | DIYANA TAHIR


Ketika kaki kita terlanggar meja dan
merasa sakit, apakah meja itu yang salah?
Begitu juga ketika kita sakit hati kerana
kata-kata orang, apakah orang itu
yang salah? Yang salah adalah
kita yang mengizinkan diri kita
disakiti oleh kata-kata itu.
Kita selalu ada pilihan.
Mendekati meja atau tidak
mengizinkan meja menyakiti kaki
kita dengan berhati-hati

74
71
REFLEKSIHATI

REFLEKSI HATI | DIYANA TAHIR


Bagaimana mahu
Memasuki syurga di sana,
jika syurga di sini dan di saat ini
tidak dirasakan?

75
72
REFLEKSIHATI

REFLEKSI HATI | DIYANA TAHIR


Rahsia kebahagiaan ialah
ketika orang lain sibuk mengira-ngira
masalah mereka,
kita boleh pilih untuk mengira-gira
berkah yang boleh di syukuri di saat ini.

Ternyata bahagia itu mudah.

Semudah diam. Sedari.

76
73
REFLEKSIHATI

REFLEKSI HATI | DIYANA TAHIR


Jika rasa kita ini orang yang baik,
mengapa 'complaint' dan mengadu
orang yang di label jahat menyakiti kita?
Orang jahat memang begitulah tugas dia.
Kita ini yang rasa diri baik seharusnya
bersikap sesuai dengan orang baik,
iaitu sabar dan ikhlas.

Jika kita juga mahu membalas apa yang


orang jahat buat, apa beza kita dengan dia?

77
74
REFLEKSIHATI

REFLEKSI HATI | DIYANA TAHIR


Segala penderitaan dan kesakitan
dihadirkan buat kita adalah jalan untuk
kita menjadi sangat yakin (Haqqul Yaqqin)
dengan Dia yang Maha Mengatur segala
yang terbaik buat kita.

Hanya perlu izinkan diri kita


untuk melepaskannya dan
berserah diri TOTAL pada-Nya.

78
75
REFLEKSIHATI

REFLEKSI HATI | DIYANA TAHIR


Kebahagiaan adalah buah
dari rasa syukur yang mendalam.
Jika rasa bahagia itu seolah-olah
belum berbunga,
Tanyakan pada hati;
Apakah benih di hati sudah
di siram dengan air kesyukuran
yang mendalam?

79
76
REFLEKSIHATI

REFLEKSI HATI | DIYANA TAHIR


Melenturlah seperti rotan, lembut
namun sukar di patahkan.
Tidak seperti kayu keras yang
mengering dan mudah dipatahkan.
Dengan penyerahan TOTAL
kepada-Nya, kekuatan-Nya
akan hadir sebagai
pelindung dan penguat.

80
77
REFLEKSIHATI

Kesusahan mengajarkan tentang

REFLEKSI HATI | DIYANA TAHIR


kemampuan kita untuk membuat
sesuatu dengan lebih luar biasa
melebihi yang kita sangka selama ini.

Berterima kasihlah pada orang yang


dipinjam oleh Tuhan untuk menyusahkan
kita. Tanpa dia yang 'push' atau tolak kita,
mana mungkin kita menjadi kita hari ini?

Sudahkah anda berterima kasih pada orang


yang menyusahkan anda?
Sebab dia adalah guru yang tegas
supaya anda menjadi insan luar biasa.

81
TENTANG
PENULIS

Facebook:
www.facebook.com/diyanatahir.page

REFLEKSI HATI | DIYANA TAHIR


Twitter:
www.twitter.com/diyanatahir

Youtube:
www.youtube.com/user/diyanatahir

Email : dt@ehati.com

Diyana Tahir merupakan nama yang tidak asing lagi


dengan penghasilan video yang kreatif dengan
impak audio-visual untuk kempen pemasaran dan
inspirasi. Kini beliau telah mengorak melangkah
lebih jauh dengan menciptakan konsep terapi hati
yang menggabungkan elemen multimedia, NLP
dan Hipnoterapi yang dikenali sebagai Teknologi
eHati.

Melalui pendekatan sains psikoterapi yang holistik


dengan impak multimedia, beliau telah
Memperkenalkan Terapi eHati melalui beberapa siri
terapi yang sangat bersistem dan santai seperti
Terapi Kuasai Fikiran & Perasaan, Terapi SelfLove,
Terapi Maaf, Terapi Kedamaian Hati, Terapi
Semarak Kasih Sayang dan Terapi Syukur.
82
TENTANG
PENULIS

Beliau yang mempunyai kelayakan bertauliah


sebagai Master NS-NLP dari International Society
of Neuro-Semantics (USA) dan Grand Master
Hypnoterapist (ENH, IND) telah melatih lebih
daripada 500 orang secara professional melalui

REFLEKSI HATI | DIYANA TAHIR


beberapa siri program Terapi eHati secara
berkumpulan di seluruh negara mulai September
2013 seperti :

Intensif Terapi eHati, Transformasi Hati Pemulihan


Jiwa (iEH)
Rahsia Keajaiban Hati, Akses Hati Jana
Kebahagiaan (RKH)
Rakan Transformasi Hati, Redesign Your Heart
(RTH)
REVOLUSI HATI
Rahsia Bercinta & Intim Selamanya

Walaupun latarbelakang akademik beliau adalah


didalam bidang Juru Ukur Bangunan, namun tidak
menghalang beliau untuk memilih bidang yang
diminati iaitu kreatif dan psikologi sejak 7 tahun
yang lepas.Walaupun semasa awal penglibatan
beliau dalam bidang terapi psikologi hanya sebagai
inspirasi kehidupan dan minat yang mendalam
untuk membangunkan diri sendiri, beliau telah
menjadi idola kepada ramai golongan wanita
berkerjaya, para usahawan dan juga para suami
isteri.
83
TENTANG
PENULIS

Banyak video inspirasi yang telah beliau hasilkan


berada secara percuma di youtube dan telah
ditonton oleh ratusan ribu peminat melalui medium
internet seluruh dunia.Di antara buku yang ditulis
oleh beliau adalah Rahsia Transformasi hati dan

REFLEKSI HATI | DIYANA TAHIR


Ada Syurga Di Hatimu.

Sememangnya Diyana Tahir merupakan orang


yang layak untuk anda rujuk bagi transformasi hati
dan menjana kebahagiaan yang anda cari.

Untuk pertanyaan &jemputan :

Sila hubungi Puan Zaama Boss di talian +6 012


5266769 (Pengurus Perhubungan Awam)

Untuk makluman program dan training yang


dijalankan boleh dilihat di:

http://revolusihati.com/sistem/
http://revolusihati.com/
http://ehati.com/
http://www.ehati.com/rth/
http://ehati.com/rkh/

Anda boleh mendapatkan Audio Terapi Kedamaian


Hati secara PERCUMA dengan memuat turun audio
tersebut di link berikut:

http://ehati.com/audioterapi-1
84

You might also like