You are on page 1of 19

PENGENALAN

Air merupakan sumber alam semula jadi. Menurut Kodoatie (2008) air merupakan
sumber kehidupan. Semua makhluk memerlukan air. Penyediaan air dari segi kualiti
mahupun kuantiti mutlak diperlukan. Keaslian air telah mewujudkan pelbagai ekosistem
yang menghubungkan antara benda hidup dan benda bukan hidup yang bergantung antara
satu sama lain. Ciri-ciri fizikal air yang sangat unik telah menjadikan air sebagai pelarut yang
universal. Kualiti air bermaksud pernyataan mengenai suatu badan air di mana ciri-cirinya
boleh diukur dari segi fizikal, kimia dan biologi (sekurang-kurangnya) serta penceritaan
(narrative statements) boleh dibuat mengenainya.(sumber http://www.nre.gov.my/ms-
my/Air/Pages/Fakta-Air.aspx).Kualiti air yang tinggi sudah semestinya diinginkan oleh setiap
orang. Antara ciri-ciri kualiti air yang tinggi ialah kadar oksigen yang tinggi, kadar kekeruhan
air yang rendah, pH yang sekata, nutrient yang cukup dan suhu yang sesuai.
Namun,perubahan masa dan ruang yang sangat pantas menyebabkan manusia yang
sepatutnya bertanggungjawab untuk menjaga dan melindungi sumber ini semakin lupa diri.
Aktiviti manusia yang dijalankan tanpa batasan telah menyebabkan pencemaran air, iaitu
percampuran antara bendasing dengan air bersih. Pencemaran air boleh memberikan impak
negatif kepada kesihatan, kepupusan hidupan akuatik, dan menjejaskan faktor-faktor lain.

(Sumber: Keratan Akhbar Sinar Harian 6.April.2010)


KESAN AKTIVITI MANUSIA TERHADAP AIR
AKTIVITI PEMBALAKAN.

Aktiviti pembalakan adalah suatu aktiviti yang sinonim dengan Malaysia dek kerana
kepelbagaian sumber yang terdapat di negara ini terutamanya sumber kayu balak. Aktiviti ini
dijalankan di dalam hutan yang terpencil dengan menggunakan jentera yang besar dan kosnya
yang tinggi. Bagi pengusaha balak ini sudah semestinya mereka mahukan pulangan yang
setimpal dengan modal yang mereka laburkan. Dek kerana mata mereka sudah dikaburi
dengan wang ringgit sehingga mereka dengan rakus melakukan aktiviti pembalakan ini tanpa
melihat kepada kesan yang bakal timbul di kemudian hari. Antara kesan yang bakal timbul
adalah berlakunya pencemaran sungai. Hal ini berlaku apabila pokok-pokok ditebang, tanah
akan terdedah kepada hakisan daripada air hujan kerana pokok-pokok tidak lagi menaungi
tanah daripada hakisan terus daripada air hujan. Tanah yang terhakis akan mengalir ke sungai
dan sungai menjadi cetek kesan mendapan tanah tersebut. Selain itu, ranting-ranting pokok
dan kayu-kayu yang dibuang ke dalam sungai juga akan menyebabkan sungai-sungai
tersekat. Kesannya, fenomena seperti banjir kilat boleh berlaku dan kualiti air untuk tujuan
domestik akan menurun berikutan adanya mendapan yang banyak di dalam sungai. Oleh itu,
kegiatan pembalakan dapat memberikan kesan yang buruk kepada sungai dan secara tidak
langsung bakal menjejaskan kualiti air.

(Sumber: Keratan Akhbar Harian Metro Khamis 3 September 2009)


AKTIVITI PERINDUSTRIAN.

Dalam menuju ke arah negara yang maju dan juga berpendapatan tinggi, ramai pihak telah
menyahut cabaran kerajaan dengan membangunkan industri perindustrian secara kecil-
kecilan dan juga secara besar-besaran. Jika dilihat pembinaan kilan-kilang industri ini
dirancang dengan baik dan salah satunya adalah dengan membinanya di kawasan-kawasan
yang berdekatan dengan sungai. Ini adalah salah satu cara yang bakal memudahkan
pengusaha kilang untuk membuang sisa toksik yang tidak diperlukan lagi ke dalam sungai
yang berdekatan. Pembuangan ini merupakan jalan alternatif yang dianggap terbaik oleh
pengusaha kilang yang tidak bertanggungjawab kerana ianya langsung tidak menelan kos
untuk membuang sisa toksik berkenaan. Sikap yang tidak bertanggungjawab dan
mementingkan keuntungan telah membutakan hati dan perasaan manusia terhadap alam
sekitar terutamanya sumber air di mana secara amnya mereka mengetahui betapa pentingnya
air ini kepada manusia secara amnya.

Abdul Manaf Bohari dalam artikelnya bertajuk Tanggungjawab Sosial Korporat Terhadap
Alam Sekitar Di Malaysia: Kepentingan Perlaksanaan menerangkan mengenai pencemaran di
Sungai Linggi yang disumbangkan oleh tiga sumber utama iaitu kilang getah, kilang minyak
kelapa sawit dan industri perkilangan. Fenomena ini menyebabkan penurunan kualiti air di
kawasan berkenaan dan seterusnya akan menjejaskan bekalan air bersih kepada penduduk
yang menerima bekalan air dari sungai tersebut (Hamidi Ismail dan Tuan Pah Rokiah Syed
Hussain, 2006:275). Artikel pada rajah 6 di bahagian Lampiran membuktikan bahawa
pencemaran air berlaku di Sungai Linggi..
PERTANIAN.

Aktiviti pertanian juga sering dikaitkan dengan pencemaran air. Tidak dinafikan pertanian
merupakan salah satu aktiviti terpenting di negara kita teruatamanya. Hal ini kerana
kesesuaian tanah di Malaysia untuk menanam pelbagai jenis tanaman. Pertanian juga
menuaikan hasil kepada pengusaha yang mengusahakanya malahan ia juga merupakan hasil
negara apabila hasil pertanian ini dieksport ke luar negera terutama ke negara jiran. Jadi tidak
hairanlah bagaimana aktiviti pertanian ini berkembang pesat. Perkembangan dalam pertanian
ini dilihat sama dengan perkembangan semasa di mana bahan-bahan yang digunakan dalam
pertanian ini sebagai racun pembunuh serangga atau dikenali sebagai pestisid dan insektisid.
Jika dahulu racun tidak digunakan akan tetapi beberapa kaedah tradisional digunakan untuk
menghalau serangga-serangga berkenaan. Akan tetapi dengan kemajuan yang telah dicapai
dalam pertanian ini racun serangga mula diperkenalkan dengan tujuan untuk membunuh
serangga yang dikatakan akan merosakan tanaman. Racun ini dilihat lebih efektif berbanding
cara tradisional namun kesannya juga tidak kurang hebatnya. Racun yang diguanakan akan
menyebabkan berlakunya pencemaran air dengan cara sisa-sisa racun yang digunakan
menyerap masuk ke dalam tanah. Apabila berlakunya hujan sisa-sisa berkenaan akan dibawa
oleh arus air ke dalam sungai yang berdekatan yang secara tidak langsung menyebabkan
kualiti air menurun secara mendadak. Air yang sudah tercemar dengan racun ini tidak boleh
digunakan kerana ia amat merbahaya kepada manusia teruatamanya kepada kesihatan
manusia itu sendiri.

Racun makhluk perosak atau ringkasnya racun perosak ialah sebarang bahan atau sebatian
bertujuan untuk mengawal, mencegah, memusnah, melemah, menghalau, melegakan atau
mengurangkan jumlah makhluk perosak. Racun perosak mungkin terdapat dalam bentuk
bahan kimia, agen biologi (seperti virus atau bakteria), antimikrob, bahan penyahjangkit atau
alatan digunakan terhadap apa-apa jenis makhluk perosak. Makhluk perosak termasuklah
serangga, patogen tumbuhan, rumpai, moluska, burung, mamalia, ikan, nematod, dan mikrob
yang merosakkan benda, menyebarkan penyakit atau menjadi vektor untuk penyakit.
Walaupun ada kebaikan dalam menggunakan racun perosak, ia tetap ada keburukannya
seperti potensi keracunan terhadap manusia dan haiwan lain. Mengikut Konvensyen
Stockholm Mengenai Pencemar Organik Berterusan, 9 daripada 12 bahan kimia organik yang
berbahaya dan bersifat kekal (berterusan) ialah racun perosak Racun perosak boleh
dikategorikan kepada empat peganti kimia iaitu racun rumpai, racun kulat, racun serangga
dan racun bakteria.

(Sumber Wikipedia)

TUMPAHAN MINYAK

Tumpahan minyak adalah satu situasi dimana ianya berlaku tanpa diduga. Walaupun kejadian
sebegini agak jarang berlaku namun ianya mendatangkan kesan yang buruk terhadap kualiti
air itu sendiri. Minyak merupakan cecair yang mempunyai ketumpatan kurang daipada air.
Oleh yang demikian jika berlakunya tumpahan minyak, kesan minyak itu dapat dilihat
dengan jelas ianya terapung di atas permukaan air. Bagaimana berlakunya tumpahan minyak
ini adalah disebabkan beberapa factor antaranya kemalangan antara kapal dan juga
berlakunya kebocoran pada tangki minyak kapal berkenaan. Minyak yang tertumpah tidak
dapat diselamatkan kerana penyelenggeraan kapal tidak dapat dijalankan dengan pantas dan
berkesan. Kesan minyak ini akan dibawa oleh ombak laut menuju ke persisiran pantai
malahan ada juga yang masuk ke dalam sungai. Air daripada sumber yang tercemar akibat
minyak ini sudah pasti tidak dapat digunakan sama sekali kerana kualiti air sudah pasti
merosot secara mendadak. Sebagai contoh, kekurangan oksigen di dalam air. Oleh kerana
minyak yang terapung di atas permukaan air berkenaan menyebabkan oksigen tidak dapat
masuk ke dalam air dan menyebabkan kekurangan oksigen di dalam air. Oleh itu, kualiti bagi
air berkenaan merosot secara mendadak.

Tumpahan minyak Teluk Mexico 2010 (juga dirujuk sebagai tumpahan minyak Deepwater
Horizon atau tumpahan minyak BP) berlaku pada 20 April 2010 jam 10 malam selepas satu
letupan pada pelantar carigali minyak Deepwater Horizon di luar pantai Louisiana di Teluk
Mexico. Tumpahan minyak ini dianggap tumpahan luar pantai terbesar dalam sejarah A.S.
dan antara tumpahan minyak terbesar di dunia. 11 daripada 126 pekerja pelantar mati
manakala 17 lagi cedera. Pada 15 Julai 2010, BP menyatakan yang kebocoran itu telah
dihentikan dengan menutup kepala telaga yang terbabit, walalupun terdapat risiko perubahan
tekanan besar boleh menyebabkan kebocoran baru di dasar laut. Penggalian telaga pelega
untuk menutup telaga ini secara kekal sedang dijalankan. (sumber
https://ms.wikipedia.org/wiki/Tumpahan_minyak_Teluk_Mexico_2010)
PEMBUANGAN SISA DOMESTIK

Sisa domestik merupakan sisa-sisa yang kotor dan tidak boleh diguna pakai lagi. Bahan
buangan domestik ialah sisa buangan pepejal dan sisa buangan cecair yang mengandungi
sifat-sifat fizikal, kimia atau biologi yang memberi impak berbahaya kepada manusia dan
alam sekitar.( Sumber: https://www.pressreader.com/malaysia/berita-
harian5831/20170321/282862255703460) . Ketua Panitia Geografi Sekolah Menengah
Kebangsaan (SMK) Bukit Bandaraya, Puan Zaleha Ismail, berkata bahan toksik itu bukan
sahaja boleh menjejaskan kesihatan, malah mendatangkan bencana alam. Sisa domestic
seperti sisa kumbahan, bahan-bahan toksik, najis-najis haiwan dan lain-lain. Sisa domestic
ini kebanyakanya disalurkan secara ke dalam sungai, longkang mahupun parit. Hal ini boleh
menyebabkan pencemaran sungai sekaligus kualiti air dilihat bakal merosot secara
mendadak. Aktiviti ini disumbangkan oleh manusia di mana gemar mebuang sampah ke
dalam sungai sebagai jalan mudah untuk menghapuskanya. Namun kesan yang bakal terjadi
ialah pencemaran air. Mereka tidak peka dengan apa yang terjadi pada masa kini dan hanya
tahu mengaut keuntungan semata-mata. Lebih parah lagi apabila ada pengusaha seperti
pengusaha yang menternak haiwan-haiwan seperti babi turut menyalurkan sisa-sisa najis
haiwan berkenaan ke dalam sungai. Perkara ini sepatutnya harus dielakkan kerana bakal
mendatangkan kesan yang buruk bukan sahaja kepada sumber air malahan manusia yang
turut menggunakan sumber air dari sungai berkenaan. Sisa kumbahan daripada kawasan
perumahan dan juga hotel mahupun chalet juga sering menjadi punca kepada pencemaran air
ini. Jika melibatkan hotel dan chalet sudah pasti sisa kumbahan dibuang terus ke laut kerana
itu merupakan jalan mudah ataupun jalan alternatif bagi mereka.
KESAN PENCEMARAN AIR

TERHADAP MANUSIA.

Air yang menjadi sumber kepada manusia sudah semestinya sesuatu yag amat penting dan
berharga. Boleh dikatakan hampir keseluruhan penduduk di muka bumi ini menggunakan air
setiap hari. Air yang diinginkan oleh mereka ialah air yang bersih atau air yang mempunyai
kualiti yang tinggi. Namun dengan kepelbagaian aktiviti manusia kualiti air juga dilihat
terjejas teruk. Tanpa kawalan daripada pihak berkuasa. Kualiti air yang rendah secara
langsung akan menyebabkan kesan yang teruk kepada manusia lebih-lebih lagi kepada
kesihatan manusia. Air yang tercemar ini dapat dilihat dari segi warna, rasa, bau, perubahan
suhu dan juga terdapatnya bahan endapan. Jika terdapatnya ciri-ciri air sebegini, seharusnya
elakkan daripada meminumnya kerana akan mendatangkan kesan yang buruk terhadap
kesihatan. Antara penyakit yang mungkin kita perolehi sekiranya mengambil air daripada
sumber yang tercemar ialah sakit perut, cirit-birit dan ianya juga boleh mendatangkan
kematian sekiranya kerap mengambil air daripada sumber tercemar kerana kualiti air yang
rendah.

Dari segi lain pula, kualiti air yang rendah ini akan menyebabkan gangguan kepada aktiviti
seharian penduduk atau manusia secara amnya. Antara contoh aktiviti yang kerap
mengguanakan air ialah mandi, membasuh, mamasak dan sebagainya. Jika dengan kualiti air
yang rendah sudah pasti ianya akan membantutkan aktiviti seharian penduduk. Mereka juga
tidak mahu mengambil risiko dengan menggunakan air yang sedemikian rupa sebagai contoh
untuk memasak. Sudah pasti ianya akan mendatangkan kesan yang buruk terhadap masakan
yang menggunakan air berkenaan sebagai sumber masakan. Walaupun air yang disalurkan itu
ada, akan tetapi kualiti itu yang menyebabkan penduduk merasakan mereka seperti tidak
mempunyai bekalan air. Bekalan air yang dimaksudkan ialah bekalan air bersih.
TERHADAP HAIWAN

Kesan terhadap haiwan sering kali dikaitkan dengan spesises ikan yang merupakan penghuni
di lautan, sungai dan juga tempat-tempat yang terdapatnya air. Bukan sahaja spesies ikan,
malahan haiwan seperti penyu juga termasuk dalam golongan ini. Spesies hidupan laut inilah
yang sering kali mendapat kesan akibat daripada air yang tercemar atau kualiti air yang
rendah. Hal ini demikian kerana mereka menjadikan air sebagai habitat bagi kehidupan
mereka. Jika air menjadi tercemar sudah pasti ianya akan menggangu ekosistem habitat
mereka. Kesan ketara yang boleh dilihat adalah ikan-ikan ini mati dan terapung di atas air
malahan ada juga yang berada di tebing-tebing sungai. Hal ini berlaku kerana ikan-ikan ini
tidak mendapat oksigen daripada air yang mencukupi sehingga mati dalam air. Ini diburukkan
lagi dengan keadaan sungai yang penuh dengan sampah sarap. Kesan ini bukan sahaja
tertumpu pada ikan yang terdapat di sungai malahan yang terdapat di laut. Di laut pula bukan
sahaja ikan yang mendapat kesan malahan haiwan seperti penyu dan juga ikan lumba-lumba
juga terkena tempias. Jika dilaut sudah pastilah tumpahan minyak yang menjadi punca utama
kepada kejadian ini. Penyu dan ikan lumba-lumba merupakan spesies yang hampir pupus,
jika keadaan ini berterusan dikhuatiri akan menyebabkan kepupusan secara mengejut haiwan-
haiwan ini.Sumber protein yang dibekalkan oleh ikan-ikan ini juga akan menurun dan ianya
akan mendatangkan kesan kepada manusia itu sendiri dimana kita memerlukan protein dalam
rantaian makanan seharian kita. Dikhuatiri juga sumber ikan ini teremar dan jika kita
memakanya akan mendatangkan kesan yang buruk terhadap kesihatan kita.

Haiwan yang menetap di dataran juga boleh mendapat kesan daripada air yang tercemar ini.
Seperti manusia haiwan-haiwan ini memerlukan air sebagai sumber minuman mereka. Jika
air yang diminum oleh haiwan berkenaan daripada punca yang tidak bersih maka ianya juga
mendatangkan kesan kepada haiwan berkenaan seperti mati. Situasi ini diburukkan lagi jika
haiwan berkenaan merupakan haiwan yang hampir pupus seperti harimau, gajah dan juga
lain-lain.
TERHADAP TUMBUHAN.

Tumbuh-tumbuhan memerlukan air yang cukup untuk terus hidup. Tumbuh-tumbuhan tidak
seperti haiwan di mana haiwan memerlukan air untuk minum dan juga bagi sesetengah
haiwan sebagai habitat semula jadi. Bagi tumbuhan pula, air yang diperoleh tidak semuanya
bergantung kepada sumber daripada air sungai, laut dan sebagainya dimana sumber air
berkenaan mungkin dari sumber yang tercemar. Namun kesan terhadap haiwan akibat
daripada air tercemar ini masih lagi ada terutama apabila ianya dijadikan sebagai tumbuhan
untuk pertanian. Jika dahulu pertanian dijalankan di tepi-tepi sungai kerana mudah untuk
mendapatkan bekalan air namun dengan kemajuan teknologi yang berkembang pesat ianya
dijalankan di kawasan lapang. Namun sumber air yang mereka perolehi sudah pasti daripada
sungai. Jika kauliti air sungai berkenaan dalam keadaan memuaskan maka ianya hasil
pertanian tersebut juga baik. Namun sebaliknya berlaku sekiranya sumber air dalam keadaan
tercemar.Hasil yang dituai tersebut mungkin tidak baik dan tidak sesuai untuk dimakan
mahupun dijual. Sebagai contoh, dalam mengusahakan penanaman padi dimana pertanian ini
memerlukan sumber air yang mencukupi untuk menghasilkan beras berkualiti. Apa yang akan
terjadi sekiranya sumber air tercemar?. Sudah pasti pengeluaran padi akan berkurangan dan
ini bukan sahaja mendatangkan kerugian kepada pengusaha padi malahan mendatangkan
kesan kepada ekonomi negara kerana Malaysia merupakan pengeksport terbesar beras di
dunia. Tumbuhan harus dijaga dengan baik kerana tumbuhan ini merupakan pembekal
oksigen utama kepada manusia. Jika tidak dijaga maka kadar oksigen di dalam dunia bakal
berkurangan.
TERHADAP LANDSKAP

Landskap dunia ini semuanya indah. Kita dapat melihat pemandangan yang bersumberkan air
seperti sungai, laut dan lain-lain. Jika air berkenaan dalam keadaan yang bersih dan jernih
sudah pasti ianya mencantikkan lagi pemandangan. Namun jika air berkenaan dalam keadaan
keruh dan kotor sudah pasti mencacatkan pemandangan. Sebagai contoh sungai, sungai
merupakan kawasan rekreasi bagi orang ramai terutamanya. Ramai yang gemar untuk
bermandi manda dan juga melakukan pelbagai aktiviti di sungai. Akan tetapi dengan keadaan
landskap yang tidak baik, kehadiran orang ramai juga berkurangan. Bagi pelancong Malaysia
ianya tidaklah terlalu dipandang sebagai satu hal yang besar, namun dengan kehadiran
pelancong daripada luar negara sudah pasti akan mendatangkan persepsi yang negative
kepada negara kita. Secara tidak langsung, kehadiran pelancong asing ke negara kita akan
berkurangan dan pendapatan negara melalui pelancongan dikhuatiri akan berkurangan.
Landskap terhadap laut juga amat penting kerana kesluruhan negara kita di kelilingi dengan
laut. Laut yang tercemar akan mengakibatkan landskap yang berbeza sebagai contoh di
negara kita chalet dan juga hotel-hotel untuk penginapan para pelancong. Hotel dan juga
chalet ini kebanyakkan dibina di kawasan sekitar laut, namun apa yang menyedihkan adalah
terdapat sesetengah pengusaha hotel dan chalet mengambil jalan mudah dengan menyalurkan
sisa kumbahan ke dalam laut. Ini secara langsung mengakibatkan pencemaran di laut dan
mendatangkan kesan yang buruk terhadap landskap pantai berkenaan. Kehadiran pelancong
bukan sahaja mahu merehatkan diri malahan untuk menikmati pemandangan alam namun
jika perkara sebegini beraku sudah pasti akan mengecewakan mereka. Landskap memainkan
peranan penting kerana dari situ jugalah penilaian dibuat oleh orang ramai tidak kiralah dari
negara kita sendiri mahupun orang luar.
LANGKAH UNTUK MENGATASI MASALAH AIR

MENGUATKUASAKAN UNDANG-UNDANG

UNDANG-UNDANG adalah peraturan hidup yang berkata-kata. Undang-undang berkata-


kata melalui bahasanya yang tersendiri iaitu bahasa undang-undang.Bahasa itulah yang
ditatap pada asalnya di Parlimen oleh ahli-ahli Parlimen dalam proses membuat sesuatu akta
atau undang-undang itu. Setiap perkataan, se-tiap frasa dan setiap ayat sesuatu akta itu
dijadikan panduan atau arahan mandatori baik kepada hakim mahupun kepada peguam dan
para penguat kuasa. .Undang-undang merupakan satu cara yang terbaik untuk mengawal
sebarang aktivit yang dianggap salah dilakukan. Dalam kes ini, penguatkuasaan undang-
undang harus dijalankan dengan lebih efektif bagi memastikan masalah ini dapat di kawal
dengan baik tanpa prejudis. Undang-undang di Malaysia boleh mendakwa sesiapa sahaja
yang melakukan kesalahan dan hukuman yang dikenakan adalah bergantung kepada
kesalahan yang dilakukan. Sebagai contoh, pembalakan yang dilakukan di kawasan tepi-tepi
sungai. Ada pengusaha yang diberikan lessen untuk menebang kayu-kayu balak yang terdapat
di dalam hutan, namun ada juga yang menjalankanya secara haram tanpa pengetahuan pihak
berkuasa. Bagi pihak yang mempunyai lessen mungkin mereka menjalankan aktiviti
penebangan mengikut SOP yang telah ditetapkan namun tidak bagi pengusaha secara haram.
Oleh itu, tindakan yang tegas harus diambil terhadap mereka menjalankan pembalakan secara
haram. Bagi yang mempunyai lessen pula, ada juga yang tidak mengikut SOP yang diberikan
oleh pihak berkuasa. SOP yang diberikan adalah sebagai salah satu langkah untuk
mengurangkan kesan pembalakan ini terhadap sesuatu sebagai contoh terhadap air. Namun
jika jalan kerja ini tidak dipatuhi maka terjadinya kejadian seperti ini iaitu pencemaran air.
Tindakan yang tegas juga harus dikenakan kepada pengusaha ini kerana tidak mementingkan
langkah pengawalan dan secara rakus mengambil hasil-hasil hutan tanpa memikirkan kesanya
terhadap perkara lain.
KEMPEN KESEDARAN

Kempen kesedaran tentang pentingnya kualiti air bersih ini haruslah dijalankan di setiap
peringkat, tidak kiralah di sekolah, university mahupun dalam kalangan masyarakat. Punca
utama yang dilihat menyumbang kepada penuruna kualiti air ini adalah disebabkan oleh
kurangnya kesedaran masyarakat terhadap kepentingan air bersih dalam kehidupan seharian
mereka. Mereka mahukan kualiti air yang bersih namun mereka sendiri kita mahu mengambil
langkah yang sama dalam menjaga kualiti air. Contoh yang boleh diambil adalah seperti
kesedaran masyarakat terhadap tindakan mereka membuang sampah ke dalam sungai
terutamanya. Tindakan mereka ini menyebabkan pencemaran sungai secara langsung
menyebabkan kualiti air menurun. Oleh itu, kempen kesedaran yang efektif harus dijalankan
untuk memastikan kesedaran dalam kalangan masyarakat meningkat. Bukan itu sahaja,
pelajar dari sekolah rendah lagi harus diterapkan dengan kesedaran sebegini supaya mereka
tidak menjadikan aktiviti membuang sampah ke dalam sungai sebagai rutin hidup mereka
apabila meningkat dewasa. Bagi pelajar university pula, pelbagai aktivit boleh mereka
jalankan dalam meningkatkan kesedaran pelajar tentang pentingnya kualiti air bersih terhadap
kehidupan seharian. Antara aktivit yang boleh dijalankan adalah dengan menjalankan aktivit
gotong royong di kawasan sungai. Pelajar juga boleh menubuhkan kelab alam sekitar di
mana aktiviti gotong-royong boleh dijadikan aktiviti wajib oleh para pelajar. Jabatan Alam
Sekitar harus memainkan peranan mereka dengan lebih efektif untuk memastikan kempen
kesedaran ini sampai ke setiap pelusuk negeri di Malaysia.

(Sumber: Keratan Akhbar Sinar Harian Khamis 7.Oktober 2010)


PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

Pendidikan alam sekitar merupakan jalan yang terbaik dalam memberikan kesedaran sejak
daripada kecil lagi. Di bangku sekolah merupakan cara yang terbaik untuk memupuk
kesedaran tentang pentingnya alam sekitar secara umumnya. Subjek-subjek yang berteraskan
alam sekitar harus di masukkan ke dalam silibus pengajian sejak di bangku sekolah rendah
lagi. Subjek ini bukan untuk dijadikan subjek teras tetapi penerapan tentang alam sekitar
dalam setiap subjek yang dipelajari seperti subjek sejarah mahupun geografi.Penddidikan
alam sekitar ini juga seharusnya dikembangkan apabila masuk ke alam sekolah menengah
supaya pelajar dapat membuka minda mereka dengan lebih luas tentang perkara ini. Di
sekolah menegah subjek geografi merupakan subjek teras bagi tingkatan 1 hingga tingkatan
3. Dari situlah pendidikan tentang alam sekitar ini dapat diterapkan dalam diri pelajar dengan
adanya subjek yang berteraskan alam sekitar. Dalam subjek berkenaan pelajar juga
dikehendaki untuk membuat kerja kursus, dari situlah pihak sekolah lebih menekankan aspek
alam sekitar dalam menjalankan kerja kursus atau kajian yang diberikan. Sebagai ontoh
memberikan tajuk megenai penjagaan kualiti air bersih. Dengan cara ini pelajar akan lebih
mendapat pengetahuan daripada cara mereka melakukan kajian. Diperingkat pengajian yang
lebih tinggi seperti di university, pelajar harus ditekankan dengan aspek alam sekitar secara
langsung atau secara tidak langsung. Dengan ilmu yang diperolehi semasa berada di
peringkat persekolahan mungkin boleh digunakan dengan sebaik mungkin untuk mereka
terapkan dengan aktiviti yang boleh mandatangkan manfaat kepada alam sekitar terutamanya
mengenai air ini. Bagi pelajar yang mengambil kursus mengenai alam sekitar, mereka boleh
menjalankan kajian kes mengenai air ini dan secara tidak langsung akan menyelesaikan
masalah air bersih ini atau masalah air tercemar yang disebabkan oleh aktiviti manusia.
R&D

Definisi aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) mengikut Frascati Manual:


R&D adalah aktiviti penyelidikan dan pembangunan merangkumi kerja-kerja kreatif yang
dijalankan secara sistematik bagi meningkatkan khazanah pengetahuan yang bermanfaat
untuk mereka/mencipta aplikasi baru. (Sumber: mastic.mosti.gov.my). Cara ini dilihat amat
berkesan dalam menangani masalah air tercemar atau kualiti air yang rendah. Kajian terhadap
air yang tercemar harus dijalankan bagi mengetahui punca berlakunya masalah sedemikian di
samping dapat mencipta penyelesaian terhadap masalah yang sedang dihadapi. Kajian
terhadap air ini haruslah merangkumi keseluruhan aspek di mana haruslah mengambil setiap
factor luaran mahupun dalaman dalam mencari punca kepada pencemaran air. Dalam langkah
penyelesain, cara yang efektif dan tersusun harus dijalankan bagi memastikan masalah ini
dapat diselesaikan ataupun dapat dikurangkan dalam jangka masa yang panjang. Mengambil
contoh jika dilakukan kajian mengenai air ini bagaimana cara yang terbaik untuk merawat air
yang tercemar dengan sisa toksik ini, Rawatan pula haruslah mengambil keseluruhan factor
di mana air yang dirawat boleh digunakan atau tidak. Rawatan yang efektif harus
mementingkan bagaimana air yang dirawat boleh digunakan dengan selamat tanpa kesan
sampingan terhadap kesihatan pengguna. R & D ini haruslah dijalankan oleh pihak yang
bertanggungjawab seperti Jabatan Alam Sekitar dan sebagainya. Walaupun ada yang
mengatakan R&D ini menelan kos yang tinggi, namun ia merupakan cara yang berkesan
dalam mengurangkan kadar pencemaran air ini.

(Sumber: Keratan Akhbar SelangorKini) Contoh R&D yang dijalankan.


KESIMPULAN

Aktiviti manusia sememangnya mendatangkan pelbagai kesan buruk terhadap air. Air yang
sumbernya bersih tercemar dan kualitinya berkurang kerana aktiviti manusia seperti
pembalakan, pembuangan sisa-sisa toksik, pertanian dan juga tumpahan minyak. Kesan
daipada pencemaran air ini mendatangkan kesan buruk terhadap manusia, habitat flora dan
fauna dan juga kepada landskap atau pemandangan kepada sesuatu tempat berkenaan.
Memamng tidak dapat dinafikan bahawa sumber air akan tercemar walaupun tidak berlaku
secara semulajadi, namun perkara sebegini dapat dielakkan daripada awal untuk
mengelakkan pencemaran ini menjadi lebih serious dan apa yang merisaukan ianya akan
menjadi sesuatu yang sukar dikawal kesanya. Pelbagai langkah boleh dilakukan untuk
memastikan pencemaran ini dapat dikurangkan dan tanggungjawab dalam menjalankanya
haruslah dipikul oleh setiap orang di dalam masyarakat tidak kiralah samaada kita terlibat
secara langsung atau tidak langsung dalam aktivit manusia ini yang mendatangkan kesan
buruk terhadap bekalan atau sumber air. Keperihatinan kerajaan juga dipohon supaya
sebarang langkah yang bakal dilakukan dapat disokong oleh kerajaan melalui pelbagai
bentuk. Antaranya kerajaan dapat menyumbang sejumlah wang bagi menjayakan aktiviti
yang mementingkan kepentingan air ini di Malaysia secara amnya. Kerajaan juga dapat
membantu dengan membenarkan aktiviti yang bersifat sedemikian untuk dijalankan tidak kira
di mana ianya dijalankan. Sokongan yang padu daripada kerjaan ini sebenarnya yang
menaikkan semangat mereka untuk menjayakan sebarang aktiviti untuk menjaga sumber
bekalan air bersih ini. Peranan yang padu daripada semua pihak dapat membantu untuk
menyelesaikan masalah ini walaupun bukan sepenuhnya.
LAMPIRAN

You might also like