You are on page 1of 2

Selatan Filipina bergegar

KONGSI ARTIKEL
Share
MANILA: Gempa bumi sekuat 5.8 magnitud melanda Pulau
Mindanao, selatan Filipina hari ini, lapor Pusat Kajian
Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Pusat gempa itu dilaporkan terletak kira-kira 34 kilometer


(km) di timur bandar General Santos yang mempunyai hampir
600,000 penduduk.

Gempa bumi sekuat 5.8 magnitud melanda Pulau Mindanao, selatan Filipina hari ini.
USGS berkata, gempa bumi berlaku pada kedalaman 74 km
namun agensi gempa Eropah (EMSC) melaporkan gegaran
berlaku pada kedalaman 10 km yang mungkin memburukkan
kesannya.

Pada mulanya, gempa itu dilaporkan dengan kekuatan 6.0


magnitud pada jam 8.30 pagi waktu tempatan, kata USGS.
Bagaimanapun, gempa dengan kekuatan 5.8 magnitud yang
dilaporkan dianggap sederhana, namun masih boleh
menyebabkan kerosakan teruk. - Reuters

You might also like