You are on page 1of 5

1.2.

3 Susun atur proses pengeluaran

1) Susun atur tetap

- Proses pengeluaran adalah kekal di satu lokasi dari awal hingga siap
- Semua input pengeluaran dibawa ke lokasi pengeluaran
- -ciri-ciri produk biasanya berat , besar dan mudah pecah
- kos yang tinggi utk menghasilkan sesuatu produk
- Biasanya produk sihasilkan mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh pelanggan
- Cth: pembinaan lebuhraya, jambatan , bangunan , kapal laut, kapal terbang ,empangan

2) Susun atur proses

- Input pengeluaran seperti mesin , tenaga kerja , bahan mentah dan peralatan disusun mengikut
fungsi kerja
- Penghasilan produk tidak seragam dan berbeza mengikut kuantiti keluaran
- Pengeluaran adalah dlm kumpulan atau kelompok kecil
- Pelanggan berbeza mengikut keperluan perkhidmatan yang diingini
- Berlaku perkongsian sumber dimana semua sumber akan digunakan secara bersama oleh
pekerja yg berbeza
- Cth: Bengkel membaiki kereta , perkhidmatan hospital , perkhidmatan bank , bengkel perkayuan
, kek tempahan

3) Susun atur produk

- Semua input pengeluaran seperti tenaga kerja mesin , bahan mentah , peralatan akan disusun
khusus mengikut urutan penghasilan sesuatu produk
- Pengeluaran melibatkan penghasilan produk yang seragam
- Pengeluaran melibatkan kuantiti yang banyak
- Wujud barisan pemasangan dlm proses pengeluaran
- Contoh : pengeluaran automobil , pemprosesan makanan , pengeluaran kasut , pemasangan
komputer , barangan elektrik

4) Susun atur selular

- Satu pendekatan yang membantu membina pelbagai produk dgn hanya menggunakan bahan
dan alatan yang sedikit
- Semua peralatan dan stesen kerja akan disusun dlm urutan yang melalui sesuatu proses yang
menyokong aliran dan susunan bahan mentah dan komponen secara lancar , tanpa berlaku
kelewatan
- Melibatkan produk yang memerlukan bahan gabungan komponen
- Kepakaran berbeza untuk setiap komponen pengeluaran dalam sel pengeluaran atau
penghasilan kompnen
2.2.4 Lokasi kilang

Objektif pemilihan lokasi kilang

- Mengurankan kos pengeluaran


- Memaksimumkan keuntungan
- Mewujudkan harga produk yang lebih kompetitif

Faktor yang mempengaruhi pemilihan lokasi kilang

1) Bekalan tenaga buruh

- Pengeluar harus memastkan lokasi kilang yang hendak dibina memenuhi pertimbangan :
- Kos buruh , kuantiti penawaran buruh , etika buruh dan tahap kemahiran buruh

2) Sistem pengangkutan dan logistik

- Kemudahan pengangkutan yang baik seperti lebuhraya , kereta api dan laut juga perlu diambil
kira bagi memastikan bahan mentah dan produk yang siap dihantar dengan segera
- Sistem pengangkutan dan logistik yang baik akan memudahkan syarikat berhubung dgn pasaran
dan kemudahan penghantar bahan mentah . Ini akan menjimatkan kos dan mengurangkan kos
menyimpan inventori

3) Pengguna sasaran

- Pengeluar perlu memastikan kedudukan kilang yg berhampiran sengan pengguna akan


meningkatkan permintaan terhadap produk

4) Pembekal dan sumber

- Memastikan kilang yang akan dibina bersekatan dgn pembekal bahan mentah bagi memastikan
proses pengeluaran adalah sentiasa lancar dan tidak tergendala
- Jarak antara kilang dengan suber bahan mentah menjadi asas pertimbangan pemilihan lokasi
kilang

5) Politik dan sosiobudaya setempat

- Politik dalaman yang stabil membolehkan perniagaan berjalan dgn aman , tiada ganguan dan
perubahan yang kerap terhadap peraturan dan undang2 berkaitan perniagaan

6) Iklim dan kos utiliti

- Iklim yg sesuai dan bebas dari bencana seperti banjir , gempa bumi membolehkan pengeluaran
berjalan dgn lancar
- Kos utiliti seperti bil air, elektrik dan gas yang berpatutan mengurangkan kos pengeluaran
7) Peraturan dan kawalan undang2

- Pengenaan cukai yang tidak membebankan , perlindungan hak milik mempengaruhi pengeluar
memilih lokasi utk mengembangkan operasi perniagaan

8) Saiz dan kos tanah

- Kos tanah yang terlalu tinggi membuatkan pemilik perniagaan membuat membuat keputusan
membeli atau menyewa sesuatu lokasi
- Lokasi perniagaan yang strategik dan menjadi tumpuan ramai mempunyai kos tanah yang tinggi

9) Ciri2 sosial

- Pendapatan penduduk , budaya dan kualiti hidup seperti kadar upah , keperluan latihan ,
produktiviti pekerja , taraf kesihatan , kesatuan sekerja

10) Jarak lokasi sengan tempat kemudahan

- Karak lokasi dengan kemudahan seperti institusi kewangan , pembekal , pemasar memudahkan
urusan pembayaran dan penerimaan wang , bekalan dan pemasaran produk

2.3 KAWALAN KUALITI

- Proses pemerikasaan terhadap produk yang dikeluarkan bagi memastikan produk tersebut
menepati piawaian dan standard yang telah ditetapkan
- Dilakukan dengan membuat perbandingan hasil sebenar dengan perancangan yang telah dibuat
teperinci dan berkualiti pengeluaran yang dijangkakan

Kepentingan kawalan kualiti

- Mengurangkan kos pengeluaran akibat kerosakan produk semasa proses pengeluaran


- Memastikan setiap pelanggan mendapat kepuasan di atas kualiti produk
- Memastikan imej syarikat tidak terjejas akibat kegagalan menjaga kualiti produk

Proses Kawalan Kualiti (PDCA)

1) Rancang (PLAN) - Aktiviti mengkaji proses pengeluaran , mengenal pasti masalah , penentuan
matlamat dan membangunkan perancangan untuk penambahbaikan
2) Buat (DO) - Melaksanakan proses kawalan kualiti mengikut kaedah yang dirancang dan
mengukur pencapaian
3) Semak (CHECK) - Membuat pemantauan ke atas setiap proses kawalan yang dilaksanakan dan
mengenal pasti segala kecatatan atau pelanggaran piawaian yang telah ditetapkan untuk
tidakan seterusnya
4) Tindakan (ACT) - Proses mengambil segala tindakan penambahbaikan atau pembetulan di atas
semua kecacatan dan kesilapan yang dilaporkan

2.2.3 Kaedah Pemerikasaan

1) Pemeriksaan menyeluruh

- Satu kaedah dimana semua produk yang dikeluarkan akan melalui proses pemeriksaan
- Sesuai dilaksanakan bagi pengeluaran produk secara tempahan di mana unitnya adalah kecil
- Tidak sesuai bagi produk yang dikeluarkan secara massa keranan ia akan mengambil masa yang
lama

2) Pelan Persampelan

- Merujuk kepada pemerikasaan ke atas beberapa sampel yang diambil secara rawak dalam 1
kumpulan atau lot produk
- Sampel tersebut akan menjadi wakil kumpulan atau lot produk yang telah diperiksa
- Lot atau kumpulan produk akan diterima sekiranya sampel yang diambil dan diperiksa telah
mematuhi piawaian dan standard pengeluaran yang telah ditetapkan
- Sekiranya sampel2 diperiksa didapati banyak rosak , lot atau kumpulan bagi sampel tersebut
akan ditolak
- Pemeriksaan ini sesuai untuk produk yang dikeluarkan secara massa atau kelompok

2.3.3 Alat Kawalan Kualiti

1) Kawalan proses secara statistik (Statistiical Proses Control SPC)

- Mengambil sampel secara berkala semasa proses kerja pengeluaran dan memeriksa sampel
tersebut berada dalam had kawalan statistik atau sebaliknya
- Menggunakan skala had atas dan had bawah bagi tahap kualiti yang perlu dipatuhi bagi suatu
produk yang telah dikeluarkan
- Sekiranya ikuran , puarata sampel produk berada dalam had kawalan , pengeluar produk akan
diteruskan manakala jika sebaliknya , tindakan pembetulan perlu dilaksanakan secara segera
terhadap bahagian yang didapati tidak menepati standard kualiti yang telah ditetapkan

2) Carta Kawalan

- Mengambil sampel produk daripada proses pengeluaran yang sedang dijalankan , memantau
sejauh mana produk memenuhi spesifikasi bagi kualiti dan hadil pemantauan direkodkan dalam
bentuk carta

3) Kajian kualiti/kos

- Menjalankan kajian ke atas kualiti produk berbanding dengan kos produk


- Merujuk kepada penilaian ke atas kos yang terlibat untuk meningkatkan kualiti produk termasuk
kos pencegahan , kos penilaian , kos kegagalan luaran dan kos kegagalan dalaman

4) Pasukan penambahbaikan kualiti

- Kumpulan pekerja yang terdiri daripada pelbagai peringkat dalam unit pengeluaran yang
diwujudkan untuk membuat proses kawalan kualiti yang bermula dengan proses mengenal pasti
masalah dalam kualiti produk , membuat analisis dan menyelesaikan masalah yang timbul
tersebut

5) Penanda aras ( BENCHMARKING)

- Satu cara sesebuah organisasi mendapatkan cara terbaik untuk aktiviti pengawalan kualiti
produk dan juga aktiviti untuk peningkatan prestasi organisasi
- Organisasi yang mempunyai amalan dan kaedah kawalan terbaik akan dijadikan contoh rujukan
untuk menanda aras prestasi organisasi tersebut

6) Analisis tambah nilai

- Satu proses mengeluarkan ciri2 dalam suatu produk bagi menghasilkan produk mengikut
spesifikasi yang dipersetujui oleh pelanggan tanpa menjejaskan kualiti produk tersebut
- Suatu produk akan diberi ciri2 tambahan untuk kepuasan pelanggan

You might also like