You are on page 1of 11

PETA KE ARAH KEJAYAAN DALAM PENGAJIAN PERNIAGAAN

Chiew Wye Mei, PhD


SMK La Salle, Malaysia
chiewwm@yahoo.com

Lim Zek Chew, PhD


IPG Kampus Ilmu Khas, Malaysia
zek_chew@ipik.edu.my

Kajian tindakan ini dilaksanakan ke atas pelajar Tingkatan 6 Atas Sastera di sebuah sekolah
di Selangor. Kajian ini menggunakan kaedah i-THINK dalam pengajaran dan pembelajaran
Pengajian Perniagaan untuk melihat kesannya ke atas pencapaian akademik pelajar.
Persoalan kajian adalah sama ada kaedah grafik dalam i-THINK dapat meningkatkan
keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pelajar dalam
PENGAJIAN PERNIAGAAN. Terdapat 14 orang pelajar dalam kajian ini. Mereka diberikan
pendedahan mengenai i-THINK dengan kaedah penerangan dan demonstrasi cara
menggunakannya oleh pengkaji. Selepas pendedahan i-THINK, mereka digalak
menggunakannya dalam tugasan dan pembelajaran. Selepas penggunaan i-THINK didapati
keputusan Peperiksaan Penggal 2 dan 3 STPM semua pelajar menampakkan peningkatan
dalam peratus lulus dan gred. Maklum balas pelajar daripada temu bual dan penulisan
refleksi menunjukkan pelajar lemah berpandangan positif akan penggunaan i-THINK dalam
pembelajaran mereka sementara pelajar yang lebih tinggi pencapaian akademik kurang
minat menggunakannya serta merasakan tiada impak ke atas pembelajaran mereka. Kajian
lanjut harus diteruskan untuk memastikan keberkesanan i-THINK dalam pengajaran dan
pembelajaran. Namun, kajian ini melahirkan cadangan penggunaan i-THINK bermula dari
peringkat persekolahan peringkat rendah supaya penerimaan cara pembelajaran ini lebih
diterima pakai.
Kata Kunci: Kajian Tindakan, peta i-THINK, Pengajian Perniagaan, pengajaran dan
pembelajaran

Action research is used in the study of Form Upper 6 Arts students from a school in
Selangor. This study used the i-THINK thinking maps in the teaching and learning of
Business Studies to see the effect on students academic performances. The study would
like to investigate whether graphic method, as used in i-THINK, could improve the students
Business Studies Higher School Certificate (HSC) examination results. There were fourteen
students in this study. The researcher explained and demonstrated to the students on how to
use i-THINK in learning. Students were then encouraged to use i-THINK during in their
studies and assignments. After using i-THINK, it was found that the students second and
third term HSC results saw improvement, in terms of percentages and grades. Feedbacks
from students in the form of interviews and reflective writings show academically weak
students viewed the usage of i-THINK in learning positively, while the academically better
students were not keen on it, and felt that this method did not provide much impact towards
their learning. Further studies need to be conducted to see the effectiveness of i-THINK in
the teaching and learning. Nevertheless, results from this study shows a need to start using
the i-THINK method from the primary school level to ensure higher acceptance of it.
Keywords: Action Research, i-THINK maps, Business Studies, teaching and learning

1
Pendahuluan
Kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang sesuai dengan kehendak
pelanggannya akan membawa kejayaan dalam P&P. Tiada satu kaedah P&P yang unggul
atau betul kerana pelanggan adalah organik dan keperluan pelajar sentiasa berubah. Jika
sesuatu kaedah didapati kurang berkesan, maka kaedah lain harus dicari dan dicuba,
supaya apa yang diimplementasikan oleh pengajar akan dialami dan diterima oleh pelajar
sepenuhnya. Menurut Baer (1981), tidak ada pelajar yang tidak dapat diajar dan dibimbing,
yang penting ialah mencari kaedah yang sesuai dengan pelajar.
Mengikut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025,
Kementerian Pendidikan Malaysia (2013) sedang melancarkan penggunaan program i-
THINK ke sekolah-sekolah di seluruh Malaysia. Pelancaran penggunaan peta pemikiran i-
THINK dalam P&P diharapkan dapat meningkatkan prestasi pencapaian pelajar. Ini
menepati hasrat kerajaan melahirkan pelajar yang berinovatif, kreatif, dan yang memiliki
kemahiran berfikir aras tinggi (Ng and Chapman, 2013; Business Circle, 2014).

Apakah Fokus Kajian Saya?


Mengikut sukatan pelajaran Pengajian Perniagaan dalam sistem modular Sijil Tinggi
Persekolahan Malaysia (STPM), kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) ditekankan ke atas
pelajar Tingkatan 6. KBAT bersama dengan kemahiran menghafal yang disyorkan apabila
menjawab soalan peperiksaan berbentuk definisi dalam Pengajian Perniagaan (CikguAzly,
2013), merupakan teknik-teknik yang efektif untuk mencapai gred yang tinggi. Mengikut
sistem modular STPM, pentaksiran perlu dikendali dalam tiga penggal, iaitu peperiksaan
Penggal 1 STPM, Penggal 2 STPM, dan Penggal 3 STPM. Sebelum setiap peperiksaan,
perlu diadakan Peperiksaan Percubaan Penggal STPM. Selain daripada itu, terdapat Kerja
Kursus dijalankan pada Penggal 3 dan markah daripada setiap penggal, termasuk kerja
kursus akan diberi pemberatan yang sama berat (25% untuk keputusan setiap Penggal dan
juga 25% untuk kerja kursus) untuk diambil kira markah keseluruhan STPM seseorang
pelajar di akhir ketiga-tiga penggal.
Pencapaian keputusan gred yang rendah oleh pelajar Tingkatan 6 Atas Sastera di
sekolah pengkaji dalam peperiksaan Penggal 1 STPM merupakan faktor utama yang
mendorong pengkaji mencari kaedah baharu untuk meningkatkan kaedah P&P Pengajian
Perniagaan. Walaupun pelbagai kaedah P&P seperti bentuk syarahan, pembentangan oleh
pelajar, dan latih tubi digunakan oleh guru yang mengajar pelajar-pelajar ini semasa
Penggal 1, namun pelajar masih belum menguasai mata pelajaran PENGAJIAN
PERNIAGAAN. Pertanyaan akan kesesuaian kaedah P&P terlintas dalam pemikiran
pengkaji.

Tinjauan Awal
Di setiap penggal, peperiksaan percubaan STPM akan dijalankan pada pertengahan
penggal dan peperiksaan STPM di akhir penggal. Satu tinjauan awal dengan menggunakan
instrument penulisan refleksi telah dikendalikan ke atas 14 orang pelajar sebelum kajian ini
dilaksanakan.
Dalam pengendalian instrument penulisan refleksi pelajar diminta menulis refleksi
berkaitan P&P PENGAJIAN PERNIAGAAN dengan jujur dan ikhlas tanpa waspada. Mereka
diberitahu maklum balas diperlukan untuk menambah baik cara pengajaran guru.
Penambahbaikan cara guru mengajar akan dapat menolong pelajar untuk lebih menguasai
subjek PENGAJIAN PERNIAGAAN. Pelajar tidak perlu menulis nama mereka supaya tidak
perlu was-was dalam meluahkan perasaan mereka. Pelajar diberitahu bahawa segala

2
komen dan cadangan akan diterima oleh pengkaji dengan hati yang terbuka dan akan
dirahsiakan oleh pengkaji. Kajian oleh Dunn dan Honigsfeld (2013) menyokong pentingnya
mengetahui kaedah pembelajaran pelajar supaya P&P yang sesuai dan seiras dengan
kehendak pelajar diguna pakai.
Data penulisan refleksi pelajar kemudian dikod dan analisis untuk mencari tema-
tema yang menjelma. Tema-tema yang dikenal pasti ialah pelajar tidak berminat dengan
mata pelajaran PENGAJIAN PERNIAGAAN, tidak berupaya menghafal fakta, dan tidak
dapat menjawab soalan ujian dan peperiksaan. Pelajar juga menyatakan keinginan mereka
akan P&P yang lebih menyeronokkan dan penggunaan grafik yang menarik. Mereka
mengaku bahawa mereka kurang membaca teks dan nota yang diberi tetapi mereka suka
membuat latihan yang diberi oleh guru. Data keputusan Percubaan Penggal 1 STPM dan
Peperiksaan Penggal 1 STPM PENGAJIAN PERNIAGAAN pula menunjukkan Gred Purata
Mata Pelajaran (GPMP) PENGAJIAN PERNIAGAAN adalah 0.71 dan 0.57 masing-masing.
Data ini menunjukkan pencapaian pelajar adalah rendah.
Dapatan tinjauan awal ini membawa implikasi P&P sepanjang Penggal 1 adalah
kurang efektif. Dapatan ini menjadi pemangkin kepada pengkaji untuk memikirkan kaedah
lain yang boleh memantapkan lagi P&P PENGAJIAN PERNIAGAAN.

Tinjauan Literatur
Jensen (2000) mendapati 80% daripada informasi yang diterima oleh otak adalah
dalam bentuk visual. dan penggunaan bentuk linguistik dan bukan linguistik menyenangkan
kita berfikir dan mengingati sesuatu. P&P berbentuk grafik yang melibatkan penggunaan
visual dapat membantu pelajar meningkatkan pencapaian mereka. Clarke III, Flaherty dan
Yankey (2006) mendapati 40% daripada jumlah pelajar Pendidikan Pemasaran berupa
pelajar visual. Mereka lebih suka belajar melalui gambar, rajah, peta alir, filem dan
demonstrasi. Prestasi pelajar dalam tajuk pemasaran dan dalam kursus secara keseluruhan
bertambah dengan adanya gabungan kaedah visual dan P&P tradisional. Buzan (2011) juga
menyokong penggunaan grafik dalam P&P. Menurut beliau, kaedah grafik menggunakan
perkataan, nombor, logik, rima, warna, dan ruang dalam satu masa membolehkan
seseorang mengembangkan pemikiran dan menggunakan otak sesorang dengan optimum.
Hyerle (2009) telah mencipta peta pemikiran yang berupa grafik dalam menjana
pembelajaran sepanjang hayat. Teknik ini mudah dan ringkas tetapi membawa kesan yang
amat efektif dalam pembelajaran. Ia menggunakan proses pemikiran yang sama untuk
semua peringkat umur pelajar yang menggunakannya. Hyerle menamakan kaedah Peta
Pemikiran (Thinking Maps) ini peta i-THINK. Peta i-THINK membolehkan pelajar memahami
kemahiran kognitif yang abstrak melalui bentuk visual yang konkrit. Ia terdiri dari 8 jenis peta
(peta buih, peta buih berganda, peta pokok, peta aliran, peta dakap, peta sebab dan akibat,
peta bulatan, dan peta titi) yang perlu diperkenalkan kepada pelajar, supaya mereka sendiri
mampu mengaplikasikannya dalam konteks yang berbeza. Berdasarkan kajian kecerdasan,
peta i-THINK menggabungkan proses pembelajaran secara kognitif dan persembahan
maklumat secara visual dalam bentuk grafik. Memandangkan salah satu dapatan tinjauan
awal pelajar PENGAJIAN PERNIAGAAN ialah mereka inginkan P&P yang menarik dan
berbentuk grafik, maka pengkaji telah melaksanakan intervensi dalam P&P dengan
menggunakan peta i-THINK.
Sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan keinginan untuk mencapai
salah satu ciri utama dalam ekshibit 8 dalam PPPM iaitu KBAT (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2013), pengkaji bercadang untuk menggunakan kaedah i-THINK dalam kajian ini.
Kaedah i-THINK telahpun diperkenalkan kepada 1000 buah sekolah di Malaysia setelah

3
menjalankan kajian rintis ke atas 10 buah sekolah. Kaedah ini merupakan anjuran KPM
dengan bantuan Agensi Inovasi Malaysia. Dengan itu, fokus kajian ini ialah penggunaan
kaedah i-THINK dalam P&P dalam meningkatkan keputusan peperiksaan PENGAJIAN
PERNIAGAAN di alangan pelajar tingkatan 6 Atas Sastera di sekolah pengkaji.

Terdapat dua objektif kajian, iaitu:


1. menentukan persepsi pelajar terhadap penggunan kaedah peta i-THINK dalam P&P
Pengajian Perniagaan; dan
2. mengukur pencapaian pelajar dalam peperiksaan Penggal 2 dan 3 STPM setelah
menggunakan i-THINK.

Siapakah Pelajar Saya Dalam Kajian Ini?


Seramai 14 orang pelajar Tingkatan 6 Atas Sastera terlibat dalam kajian ini. Terdapat
13 orang pelajar perempuan dan 1 orang pelajar lelaki. Pengkaji merupakan guru
PENGAJIAN PERNIAGAAN untuk kelas ini. Dari segi akademik, didapati pelajar dalam
kelas ini agak lemah. Keputusan peperiksaan Percubaan Penggal 1 STPM menunjukkan
seramai tujuh pelajar mendapat gred F, empat pelajar mendapat gred D dan D+, dan tiga
pelajar yang mendapat gred C dan C-. Daripada 14 pelajar, hanya seorang sahaja yang
lulus (gred C). Dalam keputusan Peperiksaan Penggal 1 STPM pula, didapati lapan pelajar
mendapat gred F, empat pelajar mendapat gred D dan D+, dan dua pelajar yang mendapat
gred C- Tiada pelajar lulus subjek PENGAJIAN PERNIAGAAN dalam peperiksaan Penggal
1 STPM. Keputusan akademik pelajar kurang baik dan ini telah mendorong pengkaji untuk
mencari kaedah yang baharu untuk membantu meningkatkan keputusan akademik pelajar.

Apakah Tindakan Saya?


Perancangan
Waktu interaksi PENGAJIAN PERNIAGAAN adalah selama 360 minit seminggu, iaitu
9 waktu (40 minit satu waktu) yang dibahagikan kepada 5 kali dalam seminggu. Sebelum
intervensi kajian ini bermula, pengkaji telah menyediakan nota dan latihan bercetak untuk
setiap sub-topik. Terdapat ruang kosong di dalam nota bercetak untuk diisi oleh pelajar
dengan jawapan/kata kunci penting. Pelajar juga mempunyai buku teks sendiri yang mereka
perlu rujuk. Perkara sedemikian juga telah dijalankan oleh guru PENGAJIAN PERNIAGAAN
di Penggal 1. Yang berbeza ialah pengkaji juga merancangkan setiap langkah pengajaran
dengan melibatkan penggunaan peta i-THINK pada setiap P&P PENGAJIAN
PERNIAGAAN. Kajian tindakan ini dimulakan oleh pengkaji pada Penggal 2 sehinggalah
pertengahan Penggal 3.
Sukatan pelajaran Penggal 2 terdiri daripada tajuk-tajuk seperti Pengurusan (dengan
sub-topik Pengurusan, Perancangan dalam Pengurusan, Perorganisasian dalam
Pengurusan, Kepimpinan dalam Pengurusan, Pengawalan dalam Pengurusan),
Pengeluaran, Pemasaran, Kewangan dan Sumber Manusia. Untuk Penggal 3, tajuk-tajuk
adalah Keusahawanan, Perniagaan Antarabangsa, Rancangan Perniagaan, Etika
Perniagaan dan Tanggungjawab Sosial. Pada Penggal 3, Kerja Kursus juga dijalankan
serentak dengan P&P, dengan tanggungan kerja kursus amat berat dekat akhir Penggal 3
kerana pelajar harus membuat rumusan dan pembentangan hasil kerja kursus mereka.
Maka, kajian ini berhenti setakat pertengahan Penggal 3 supaya tidak membebankan P&P
pelajar. P&P tajuk Etika Perniagaan dan Tanggungjawab Sosial tidak melalui kajian ini.

4
Tindakan
Intervensi 1
Intervensi kajian bermula dengan pengkaji memotivasi pelajar mencuba kaedah
baharu dalam P&P. Pengkaji mengesyorkan kepada semua pelajar mengguna kaedah i-
THINK untuk membuat nota dan mengingat fakta-fakta dalam bentuk visual. Pengkaji
perkenalkan kesemua lapan peta i-THINK kepada pelajar dengan menggunakan cara
penerangan dan demonstrasi selama satu jam. Pelajar diminta menyalin contoh-contoh
penggunaan peta i-THINK ke dalam nota masing-masing. Selepas penerangan dan
demonstrasi, contoh rajah 8 peta i-THINK di tampal di belakang kelas supaya pelajar boleh
membuat rujukan pada bila-bila masa sahaja.
Pada hari kedua, pengkaji mula mengendali P&P dengan bersyarah tajuk
Pengurusan. Semasa syarahan, pelajar mengisi fakta-fakta penting dalam nota bercetak.
Dua puluh minit sebelum waktu kelas selesai, pengkaji mengumpulkan pelajar dalam
pasangan. Pelajar diminta untuk mengingati fakta penting yang telah dipelajari dan
kemudian memilih peta i-THINK yang sesuai untuk mencatat fakta-fakta penting dalam
bentuk grafik pada kertas bersaiz A4 yang diberi. Pelajar dibenarkan berbincang sesama
sendiri. Kemudian pengkaji menyuruh pelajar melakarkan peta pilihan mereka ke papan
putih untuk dikongsi bersama semua pelajar lain. Perbincangan kesesuaian pemilihan peta
i-THINK dijalankan. Pelajar mempelajari kesilapan dalam pemilihan dan penggunaan peta.
Selepas rumusan dan penambahbaikan dibuat, pelajar menyalin peta ke dalam buku nota
mereka. Pelajar diminta mengingati fakta-fakta penting yang mereka telah lakar dalam
bentuk peta i-THINK apabila mereka ada masa lapang. Kaedah ini dijalankan selama 1
minggu.

Intervensi 2
Intervensi ini dijalankan pada minggu kedua. Kaedah intervensi adalah sama dengan
intervensi 1. Cuma tajuk P&P bagi intervensi 2 ialah Perancangan dalam Pengurusan.
Pengkaji memulakan P&P dengan menanya kembali fakta-fakta penting yang dipelajari oleh
pelajar secara rawak. P&P berbentuk syarahan dan di akhir P&P pelajar bekerja berduaan
memilih peta yang sesuai untuk mencatat fakta penting. Perbincangan dilaksanakan untuk
menilai ketepatan penggunaan peta oleh pelajar.

Intervensi 3
Minggu ketiga P&P diteruskan dengan tajuk Pengorganisasian dalam Pengurusan
dan dikendalikan seperti intervensi 1 & 2, cuma pelajar digalak oleh pengkaji menggunakan
peta i-THINK untuk membuat nota dan ringkasan sendiri semasa P&P tanpa memerlukan
panduan guru atau kerja dalam kumpulan. Pengkaji memerhati, bimbing dan menggalakkan
pelajar untuk menggunakan peta ini pada setiap interaksi.

Intervensi 4
Dalam intervensi ini pengkaji memastikan pelaksanaan pembentangan kerja
kumpulan oleh pelajar tentang tajuk Kepimpinan dalam Pengurusan. Setiap hari selepas
kelas pelajar diminta balik ke rumah untuk lakar fakta penting dengan peta i-THINK tentang
apa yang telah dipelajari dalam PENGAJIAN PERNIAGAAN. Mereka diminta mengingati
fakta-fakta penting yang mereka telah lakarkan itu. Guru akan menanya pelajar fakta-fakta
penting yang dipelajari pada hari keesokannya, lima minit sebelum memulakan P&P.
Penyoalan dituju kepada pelajar secara rawak atau kepada pelajar yang pengkaji rasa perlu

5
lebih perhatian kerana kurang rajin menghafal. Pengkaji masih menyemak peta i-THINK
pelajar setiap hari.

Intervensi 5
Kajian ini diteruskan dengan memperlihatkan pelbagai kaedah semasa P&P
digunakan oleh pengkaji untuk tajuk Pengawalan dalam Pengurusan, Pengeluaran,
Pemasaran, Kewangan, dan Sumber Manusia. Selepas kelas setiap pelajar dikehendaki
mencatat fakta penting dalam bentuk peta i-THINK dan pengkaji hanya menyemak peta i-
THINK mereka selepas setiap minggu untuk memastikan penggunaan peta i-THINK masih
betul. Pelajar masih dikehendaki menghafal fakta penting. Nota bercetak dan latihan masih
dibuat oleh pelajar.

Intervensi 6
Kajian diteruskan sehingga pertengahan Penggal 3 untuk tajuk Keusahawanan,
Rancangan Perniagaan, dan Perniagaan Antarabangsa. P&P diteruskan dengan
penggunaan i-THINK, nota bercetak dan latihan diberikan seperti intervensi sebelum ini.

Bagaimana Data Dikumpul?


Data telah dikumpul semasa dan selepas intervensi. Semasa intervensi pengkaji
telah melaksanakan pemerhatian dan membuat catatan refleksi. Selepas intervensi, data
dikumpul melalui refleksi pelajar, temu bual dan keputusan akademik pelajar selepas
peperiksaan pada setiap penggal.
Semasa intervensi, pengkaji telah membuat pemerhatian pada setiap P&P yang
dilaksanakan. Pemerhatian tidak berstruktur dan berstruktur digunakan oleh pengkaji untuk
mengetahui segala masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam menggunakan peta i-THINK
dalam P&P. Pemerhatian tidak berstruktur digunakan sepanjang waktu P&P, sementara
pemerhatian berstruktur diguna apabila pelajar melakar dan membentang peta yang mereka
telah lakar. Pengkaji juga mencatat refleksi pengkaji ke dalam buku log pada setiap hari
selepas P&P. Pemerhatian dan catatan refleksi dibuat oleh pengkaji sepanjang intervensi,
iaitu selama lima bulan.
Selepas intervensi, data tentang pencapaian akademik pelajar dikumpul daripada
peperiksaan percubaan dan peperiksaan STPM di akhir penggal 2 dan penggal 3. Kertas
peperiksaan Percubaan Penggal STPM terdiri daripada 10 soalan subjektif dan 2 soalan
esei. Pembinaan soalan peperiksaan percubaan adalah mengikut struktur seperti
peperiksaan STPM sebenar. Cara pembinaan dan taburan soalan dirancang dalam jadual
spesifikasi item (JSI) oleh penggubal soalan. Penggubal soalan dibuat oleh rakan sejawat
pengkaji. JSI dan soalan peperiksaan percubaan disemak oleh guru-guru dalam unit
Pengajian Perniagaan. Kemudian disahkan oleh Penolong Kanan Tingkatan 6. Data
keputusan peperiksaan percubaan dianalisis untuk melihat kesan penggunaan i-THINK
dalam pencapaian akademik pelajar.
Temu bual dikendalikan sebelum akhir Penggal 3. Pengkaji telah memilih 6 pelajar
daripada 13 pelajar (seorang pelajar telah meninggalkan sekolah untuk meneruskan
pelajarannya ke institusi lain) untuk mendapatkan data tentang penggunaan i-THINK dalam
P&P. Pemilihan sampel berstrata berdasarkan gred PENGAJIAN PERNIAGAAN Penggal 1
STPM dijalankan, di mana sampel terdiri daripada dua pelajar yang mendapat gred F, dua
yang mendapat gred C- dan dua yang mendapat gred D+ dan D, masing-masing telah dipilih
secara rawak. Mereka ditemu bual secara bersendirian di waktu rehat pelajar. Hasil
daripada temu bual direkod, transkrib, kod dan akhirnya dicatat tema-tema.

6
Penulisan secara refleksi dijalankan ke atas pelajar untuk mendapatkan pendapat
mereka mengenai penggunaan peta i-THINK pada akhir Penggal 3 juga. Enam soalan telah
diajukan kepada lapan orang pelajar yang dipilih secara rawak berstrata (2 orang pelajar
dari strata gred B, C, D dan F mengikut strata keputusan peperiksaan percubaan Penggal 3
STPM). Seperti di waktu tinjauan awal, pelajar diminta menulis maklum balas mereka tanpa
was-was. Soalan-soalan merangkumi pendapat mereka tentang keputusan Peperiksaan
Penggal 2 dan Peperiksaan Percubaan Penggal 3, teknik pembelajaran mereka, teknik lain
daripada yang diguna dalam Penggal 1, sama ada menampakkan manfaat penggunaan i-
THINK dalam nota PENGAJIAN PERNIAGAAN, sama ada menggunakan i-THINK dalam
subjek-subjek lain, dan akhir sekali hasrat mereka akan PENGAJIAN PERNIAGAAN.

Apakah Keputusan Kajian Saya?


Dapatan Pemerhatian
Pada mula intervensi dijalankan, pelajar kurang berminat menggunakan kaedah peta
i-THINK. Semua pelajar mengeluh dan menyatakan cara sebegini lebih sesuai untuk pelajar
di tahap lebih rendah dan bukan di tahap Tingkatan 6. Pelajar lemah mahupun pelajar yang
lebih baik dalam akademik kurang berminat menggunakannya. Dapat diperhatikan bahawa
pelajar amat lemah dalam memilih peta yang sesuai untuk melakarkan fakta penting. Pelajar
kerap memilih peta yang salah dan pengkaji perlu menerangkan kembali secara ringkas
penggunaan setiap peta tersebut. Pengkaji juga mengingat dan menggalakkan pelajar
bahawa i-THINK boleh digunakan semasa P&P mata pelajaran lain.
Pada dua minggu yang pertama, kebolehan pelajar dalam pemilihan peta i-THINK
yang sesuai untuk dimasukkan fakta-fakta penting masih kurang stabil. Adakala tepat tetapi
kebanyakan masa mereka salah memilih peta. Selepas pengkaji mengulang cara
penggunaan dan memberi panduan semasa menyemak kerja pelajar, barulah
menampakkan kemajuan dalam pemilihan peta yang sesuai.
Dalam minggu ketiga penggunaan peta i-THINK, pelajar yang lebih baik dalam
akademik masih mengeluh bahawa mereka ada cara tersendiri yang mereka gunakan
selama persekolahan mereka dan kurang minat menggunakan peta i-THINK. Pengkaji
menyeru mereka teruskan cara baharu ini dengan harapan ada kemungkinan cara baharu
menghasilkan keputusan yang lebih baik. Walaupun pemilihan peta telah bertambah baik,
hampir kesemua pelajar menghadapi masalah melakar peta dengan kemas. Pengkaji
memotivasikan pelajar dengan menyatakan rupa peta yang tidak kemas kurang penting,
asalkan peta yang betul dipilih. Didapati masih ada dua orang pelajar masih lemah dalam
memilih peta yang betul. Pada minggu keempat penggunaan peta i-THINK, pengkaji melihat
pelajar boleh interprestasikan fakta yang mereka pelajari dan melakar peta i-THINK tanpa
panduan guru. Namun, pelajar sendiri kurang berminat menggunakannya jika tiada arahan
pengkaji.
Intervensi diteruskan sehingga selesai Penggal 2 dan ke pertengahan Penggal 3.
Pada akhir Penggal 2 dan penggal 3, didapati pelajar mahir dengan penggunaan peta i-
THINK kerana tidak ada kesalahan dalam penggunaannya. Pelajar juga dengan sendiri
ingin lebih menggunakannya. Peta buih, peta bulatan, peta pokok, peta aliran, peta dakap
dan peta sebab dan akibat lebih kerap digunakan oleh pelajar. Hanya dalam satu keadaan
di Penggal 3, iaitu semasa pembelajaran Perniagaan Antarabangsa, di mana mata wang
dan negara ada menggunakan peta titi. Ada dua pelajar memberitahu pengkaji bahawa peta
i-THINK senang digunakan apabila perlu buat hafalan. Ini ialah suatu pendapat positif
daripada pelajar. Namun, masih ada empat pelajar yang kurang minat menggunakan peta i-
THINK semasa membuat nota mereka sendiri.

7
Dapatan penulisan refleksi pelajar
Penulisan refleksi yang dijalankan ke atas pelajar di akhir Penggal 3 adalah untuk
pengkaji memahami dengan lebih mendalam isi hati pelajar akan kegunaan i-THINK. Tiga
pelajar merasa tidak berpuas hati dengan keputusan peperiksaan mereka kerana masih
gagal. Pelajar lain gembira kerana keputusan PENGAJIAN PERNIAGAAN Penggal 2 STPM
mereka telah bertambah baik berbanding dengan keputusan Penggal 1 STPM.
Empat pelajar menyatakan teknik yang mereka gunakan adalah menghafal, lima
pelajar pula lebih gemar membuat nota pendek, sementara dua pelajar menyatakan latihan
yang diberikan oleh guru amat membantu. Didapati tiada pelajar menyatakan i-THINK
sebagai satu teknik baharu yang digunakan oleh mereka. Namun, dua pelajar menyatakan
mereka membuat nota pendek dan mengulangkaji. Empat daripada pelajar masih
menyatakan hafalan adalah antara teknik yang paling efektif untuk mereka membaiki
keputusan peperiksaan mereka.
Seramai empat pelajar menyatakan i-THINK menyenangkan cara membaca dan
menghafal fakta penting. Lagi empat pelajar menyatakan mereka tidak suka menggunakan i-
THINK, dan dua daripada mereka berpendapat teknik ini tidak memberi sebarang kesan
kepada mereka dan mereka lebih suka membaca nota dalam bentuk ayat. Seramai empat
daripada 14 pelajar menyatakan mereka tidak menggunakan i-THINK untuk mata pelajaran
lain kerana tiada masa. Hanya seorang pelajar menyatakan ada menggunakan i-THINK
dalam subjek lain.
Empat daripada pelajar berpuas hati dengan nota yang ringkas dan latihan yang
banyak yang diberi oleh guru. Tiga daripada pelajar perlukan motivasi dan dorongan
daripada guru supaya terus belajar dan berusaha. Seorang pelajar menyatakan berpuas hati
dengan segala yang diberi dan dilakukan oleh guru.

Dapatan temu bual


Tema yang didapati hasil daripada temu bual ke atas 6 pelajar adalah: fakta yang
perlu ditulis adalah pendek, senang untuk hafal kerana fakta penting dalam bentuk poin, ada
yang kurang minat menggunakan peta, ada yang menyatakan peta pemikiran kurang
fleksibel dan susah lakar dengan kemas. Berikut adalah beberapa hasil daripada temu bual:
P3/1: Saya suka menggunakannya kerana tidak perlu tulis fakta dengan panjang lebar.
P6/2: Saya suka peta i-THINK kerana sekali tengok sudah nampak fakta penting.
P4/3: Saya kurang minat gunakannya tetapi saya dapati senang nak hafal.
P4/1: Saya kurang minat menggunakan peta i-THINK. Saya lebih suka guna peta minda.
P9/2: Senang, nampak fakta penting, senang untuk hafalan.
P2/3: Saya ada cara tersendiri untuk buat nota saya. Saya suka gunakan bullet.
P12/3: Saya dah ada cara saya sendiri untuk buat nota. Susah nak lakar peta dengan
kemas.
P12/4: Saya lebih suka guna cara sendiri untuk buat nota.
P2/5: Adakala macam hanya guna peta bulatan sahaja. Bosannya. Takde pilihan peta lain
yang sesuai.

Refleksi pengkaji
Walaupun peta i-THINK hanya ada lapan jenis, namun kebanyakan masanya hanya
peta bulatan, peta pokok, peta alir dan peta sebab dan akibat digunakan. Empat peta yang
lain, iaitu peta buih, peta berganda, peta titi dan peta dakap kurang digunakan kerana tidak
relevan. Berbanding dengan peta minda oleh Buzan (2011), pengkaji berpendapat peta
minda lebih senang digunakan. Jikalau pelajar di peringkat Tingkatan 6 yang berumur 19

8
tahun ada masalah mengguna peta i-THINK, pelajar yang lebih muda akan mengalami lebih
banyak masalah memilih dan mengguna peta yang sesuai. Hanya dengan panduan dan
bimbingan pengkaji, pelajar menjadi lebih mahir mengguna kaedah P&P ini setelah 2
minggu. Di akhir minggu ke tiga hanya 2 pelajar masih kurang mahir mengguna kaedah ini.
Di akhir minggu ke empat, semua pelajar sudah mahir menggunakannya. Bimbingan guru
tidak diperlukan lagi.
Masalah lain yang pengkaji dapati ialah pelajar sudah ada sistem membuat nota
sendiri semasa belajar dan selepas setiap pembelajaran. Pengkaji berpendapat peta i-
THINK akan lebih diminati jikalau pelajar mula menggunakannya dari umur muda lagi. Ini
tidaklah ganjil kerana pelajar-pelajar ini berumur 19 tahun dan sudah 12 tahun di bangku
sekolah. Mereka telah melalui banyak teknik P&P dan telah biasa dengan sesetengah
teknik. Adalah sukar untuk ubah sesuatu kelakuan. Ini adalah sehaluan dengan pendapat
Marzano & Pickering (2006) yang menyatakan pelajar harus dididik dari kecil untuk
mempunyai kelakuan minda yang sihat dan produktif.
Selain itu, walaupun semua pelajar menggunakan kaedah peta i-THINK, namun
pelajar yang lebih pandai kurang berminat. Pelajar lemah suka menggunakan i-THINK
kerana tidak perlu menulis fakta yang panjang-panjang. Ada kemungkinan juga pelajar
kurang berminat mengguna kaedah peta i-THINK kerana tidak digunakan dalam subjek
yang lain. Keputusan pengkaji untuk menjalankan kajian untuk jangka waktu panjang
menampakkan hasil. Tempoh yang panjang menampakkan pelajar menjadi lebih mahir akan
penggunaan peta i-THINK dan ada dua pelajar yang suka menggunakannya.

Keputusan peperiksaan
Keputusan peperiksaan Percubaan Penggal 2 STPM dan Peperiksaan Penggal 2
STPM dikumpul dan dianalisis. Apabila keputusan kedua-dua peperiksaan ini diambil dan
dibanding dengan keputusan Percubaan Peperiksaan Penggal 1 STPM dan Peperiksaan
Penggal 1 STPM, didapati kualiti dan peratus lulus keputusan peperiksaan semakin
bertambah baik. Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) untuk peperiksaan Percubaan
Penggal 2 telah naik dari 0.57 (semasa STPM 1) ke 0.90, walaupun peratus lulus masih sifar
(Sila lihat Jadual 1). Setelah pelajar menduduki peperiksaan Penggal 2 STPM, sekali lagi
keputusan mereka dianalisiskan (sila lihat Jadual 1). Kali ini didapati keputusan mencapai
kenaikan peratus dari 0% lulus ke 61.53% lulus, dan GPMP adalah 1.69.

Jadual 1
Peratus Lulus dan GPMP Keputusan Peperiksaan Pengajian Perniagaan Penggal 1, 2 dan
3.
Peperiksan % pelajar lulus GPMP
Percubaan Penggal 1 7.14 0.71
Peperiksaan Penggal 1 0.00 0.57
Percubaan Penggal 2 0.00 0.90
Peperiksaan Penggal 2 61.53 1.69
Percubaan Penggal 3 61.53 1.64
Peperiksaan Penggal 3 69.20 2.15

Keputusan Peperiksaan Percubaan Penggal 3 STPM menampakkan hanya 2 pelajar


masih gagal subjek PENGAJIAN PERNIAGAAN. Apa yang amat mengkagumkan ialah
bilangan yang mendapat F jatuh begitu mendadak, iaitu dari 9 ke 2 orang. GPMP adalah
1.64 dan peratus lulus adalah 61.53%. Apabila keputusan Peperiksaan Penggal 3 STPM

9
diumum, didapati peratus lulus kumpulan kajian naik ke 69.20% dan GPMP 2.15. Keputusan
ini menunjukkan kemungkinan penggunaan i-THINK berkesan dalam meningkatkan
keputusan akademik pelajar.

Apakah Yang Telah Saya Pelajari


Daripada kajian ini, saya tahu adalah susah untuk pelajar menggunakan peta i-
THINK walaupun pendedahan dalam bentuk syarahan dan demonstrasi telah digunakan.
Pelajar dapat faham hanya apabila mereka mengaplikasikan penggunaan peta i-THINK
banyak kali. Latih tubi amat diperlukan untuk mereka berjaya dan bimbingan guru diperlukan
untuk memandu mereka supaya menjadi yakin. Apabila pelajar yakin dengan penggunaan
kaedah i-THINK, mereka dengan sendirinya boleh menggunakannya tanpa bimbingan.
Namun mengguna dan menghayati penggunaan adalah tidak sama. Walaupun
pelajar tahu menggunakan kaedah ini, mereka tidak ingin menggunakannya kerana pada
pendapat mereka adalah membebankan dan membuang masa dan cara lama mereka
adalah lebih baik. Mengubah tabiat seseorang adalah susah jikalau ia telah biasa dengan
suatu kaedah. Perpatah Melayu yang menyatakan meluntur aur biar dari rebung adalah
amat tepat. Adalah lebih senang mengajar sesuatu yang baharu kepada yang muda
daripada yang tua. Program i-THINK akan dilancarkan oleh kerajaan ke seluruh negara
bermula dari peringkat sekolah rendah. Sejauh mana pelajar sekolah rendah dapat
memahami dan mempraktikkan kaedah ini dengan sendiri perlu dikaji dengan lebih teliti.
Kajian yang dijalankan ini telah membuktikan adalah susah untuk betul-betul memahami dan
menggunakan kaedah peta i-THINK dengan tepat. Pelajar sekolah rendah tentu akan
tanggap peta i-THINK abstrak.
Daripada penulisan refleksi dan temu bual yang dijalankan ke atas pelajar pada
Penggal 3, didapati kebanyakan pelajar masih kurang berminat menggunakan peta i-THINK,
malahan mereka dapati teknik menghafal lebih membawa kejayaan. Namun ada pelajar
yang menyatakan penghafalan mereka ialah dengan menggunakan peta-peta i-THINK yang
mereka telah buat.
Keputusan peperiksaan Penggal 2 dan percubaan Penggal 3 adalah amat baik
berbanding Penggal 1. Terdapat lonjakan peratus lulus dan kenaikan GPMP. Pelajar, guru,
dan pihak sekolah juga turut gembira dengan keputusan yang begitu baik. Namun,
kesimpulan yang ketara tidak dapat dibuat sama ada i-THINK lah yang membolehkan
pelajar mendapat keputusan yang baik. Ada kemungkinan teknik-teknik yang lain juga telah
banyak menyumbang kepada keputusan ini. Daripada temu bual yang dijalankan di
pertengahan Penggal 3, dapat dilihat dengan lebih jelas bahawa ada pelajar yang sukakan i-
THINK dan mendapati ia memanfaatkan pembelajaran mereka, dan ada juga yang
menyatakan mereka tidak minat menggunakannya. Keputusan keseluruhan menunjukkan i-
THINK ada memberi sedikit kesan ke atas pembelajaran dan keputusan peperiksaan
pelajar. Namun, keputusan ini bukanlah sesuatu yang muktamad (conclusive).
Objektif kajian ini tercapai seratus-peratus, kerana terdapat kenaikan peratus
kelulusan sebanyak 8.61 kali ganda dan GPMP naik 2.31 kali ganda (sila lihat Jadual 1) jika
keputusan peperiksaan percubaan Penggal 3 STPM dibanding dengan peperiksaan
Penggal 1 STPM. Oleh kerana terdapat peningkatan keputusan peperiksaan pelajar lemah
yang menggunakan i-THINK, teknik ini disyorkan untuk semua warga guru sekolah yang
ingin mencuba teknik lain visual yang dapat menimbulkan minta pelajar untuk belajar
dengan cara yang ringkas.

10
Kesimpulan
Daripada dapatan kajian boleh disimpulkan bahawa i-THINK memang boleh diguna
pakai dalam P&P PENGAJIAN PERNIAGAAN. Maklum balas pelajar yang positif dan
keputusan peperiksaan menunjukkan persepsi pelajar dan pencapaian pelajar meningkat
selepas intervensi kaedah i-THINK. Kaedah i-THINK dapat membantu pelajar meringkaskan
apa yang dipelajari ke dalam bentuk gambar. Namun, penggunaan teknik ini tidak boleh
dipaksa ke atas semua pelajar kerana setiap pelajar ada teknik belajarnya yang tersendiri.
Asalkan teknik ini didedahkan kepada pelajar, adalah merupakan pilihan mereka untuk
menggunakannya atau tidak. Memandangkan keputusan kajian menunjukkan keputusan
pelajar bertambah baik, penggunaan kaedah i-THINK banyak disyorkan diguna oleh guru-
guru di seluruh pelusuk negara seperti mana Kementerian Pelajaran Malaysia rancangkan.
Walaupun cadangan diberi untuk melaksanakan penggunaan i-THINK untuk pelajar mulai
peringkat sekolah rendah, namun harus berwaspada cara penggunaan oleh murid muda
kerana panduan guru amat diperlukan.

Senarai Rujukan
Baer, D. M. (1981). A hung jury and a Scottish verdict: Not proven Analysis and
Intervention in Developmental Disabilities, 1(1), 91-97.
Business circle. (2014). Educate to Innovate: Malaysia must continue to build a high
performing education system for success beyond 2020. Retrieved 19th March, 2015
Buzan, T. (2011). Mind Mapping. Retrieved 21 March, 2015, from
http://www.tonybuzan.com/about/mind-mapping/
CikguAzly (2013). Kunci Pengajian Perniagaan Penggal 2. Bengkel teknik menjawab soalan.
Terengganu.
Clarke, I., Flaherty, T. & Yankey, M. (2006). Teaching the Visual Learner: The Use of Visual
Summaries in Marketing Education. Journal of Marketing Education. 28(3), pp. 218-
226.
Dunn, R. & Honigsfeld, A. (2013). Learning Styles: What We Know and What We Need. The
Educational Forum. 77(2).
Hyerle, D. (2009). Visual tools for transforming information into knowledge. Corwin Press;
Second Edition.
Jensen, E. (2000). Brain-based Learning. A Reality Check. Educational Leadership. 57(7).
Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025 (Pendidikan prasekolah hingga lepas menengah). Putrajaya: Kementerian
Pendidikan Malaysia
Marzano, R. J., & Pickering, D. J. (2005). Building academic vocabulary teacher's manual.
Alexandria, VA: Association for Supervision and Curriculum Development.
Ng, C. L. dan Chapman, K. Charting the future with maps. StarEducate, TheStar. Retrieved
17 March, 2013.

11

The author has requested enhancement of the downloaded file. All in-text references underlined in blue are linked to publications on ResearchGate.

You might also like