You are on page 1of 2

980526-01-6143

6.0 Kesimpulan

Bahagian kesimpulan ini akan merumuskan hasil dapatan kajian ini. Kajian ini
dijalankan untuk mengetahui struktur umur dan jantina di Taman Bukit Indah, Bentong Pahang.
Bagi mencapai kajian ini, seramai 50 orang responden telah dipilih untuk menjawabkan soal
selidik yang telah disediakan untuk meruskan hasil dapatan kajian ini.

Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui struktur umur dan jantina di Taman Bukit
Indah, Bentong Pahang. Berdasarkan piramid penduduk Taman Bukit Indah, puncak yang
lebar menunjukkan jangka hayat penduduk tua di Taman Bukit Indah adalah tinggi. Tapak
pyramid yang sempit menggambarkan kadar kelahiran dan kadar kematian yang rendah yang
disebabkan amalan perancangan keluarga dan taraf kesihatan yang tinggi di kalangan penduduk
Taman Bukit Indah. Seterusnya, cerun piramid yang cembung juga menunjukkan bilangan
dewasa di Taman Bukit Indah adalah lebih ramai. Bilangan penduduk lelaki dan perempuan
adalah lebih kurang sama iaitu terdapat 92 orang penduduk adalah lelaki dan 88 orang
penduduk adalah perempuan.

Selain itu, objektif yang seterusnya ialah mengkaji faktor yang mempengaruhi struktur
umur dan jantina penduduk di Taman Bukit Indah , Bentong Pahang. Antara faktornya adalah
faktor sosial dan dasar kerajaan. Faktor sosial terdiri daripada umur berkahwin dan pencapaian
pendidikan tertinggi penduduk Taman Bukit Indah. Umur berkahwin yang lewat penduduk
telah menyebabkan kadar kelahiran semakin berkurang di Taman Bukit Indah. Seterusnya,
tahap pendidikan yang tinggi di Taman Bukit Indah menyebabkan penduduk berkecenderung
memiliki bilangan anak yang kecil. Di samping itu, penduduk setempat tidak menyokong
Dasar 70 juta orang menjelang tahun 2100 menyebabkan kadar kelahiran yang rendah di
Taman Bukit Indah.

Akhir sekali, kumpulan kami telah menkaji kesan komposisi penduduk terhadap
sosioekonomi penduduk di Taman Bukit Indah. Bilangan penduduk dewasa yang ramai di
Taman Bukit Indah telah memperkembangkan aktiviti setempat dengan memyumbangkan
tenaga buruh yang ramai. Infrastruktur yang sempurna di Taman Bukit Indah, iaitu jalan raya
serta 3G dan 4G telah disediakan bagi memudahkan penduduk setempat. Kemudahan awam
seperti kedai runcit, taman rekreasi, surau telah disediakan bagi memenuhi keperluan penduduk
Taman Bukit Indah. Kemudahan dan infrastruktur yang sempurna tersebut telah
menggalakkan segelintir penduduk luar bermigrasi masuk dan menetap di Taman Bukit Indah
bagi menikmati kemudahan sosial yang disediakan.
980526-01-6143

Kesimpulannya, semua objektif tersebut dapat dicapai dan kumpulan kami amat
berterima kasih terhadap respoden yang bekerjasama semasa menjalankan soal selidik dan
memberikan maklumat yang diperlukan untuk menyempurnakan kajian ini. Diharapkan
melalui kajian ini, semangat patriotism dapat dipupuk di kalangan penduduk Taman Bukit
Indah agar dapat hidup dalam keadaan yang harmaoni dana man.

You might also like