You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

0 DENGGI
PENDAHULUAN

Berdasarkan data Jabatan Kesihatan Daerah , berlaku peningkatan kes wabak demam
denggi di kawasan daerah Lahad Datu. Seperti yang kita maklumi, penyakit demam denggi
ini adalah berpunca daripada bawaan vektor iaitu nyamuk Aedes. Kebersihan persekitaran
yang baik mampu membendung penyakit ini daripada menjadi epidemik. Oleh yang
demikian tindakan yang drastik perlu dilaksanakan sebelum keadaan yang tidak diingini
berlaku.

OBJEKTIF

Antara objektif program ini adalah:

a) membasmi penyebaran wabak denggi dalam kalangan penduduk kampung

b) mewujudkan kesedaran tentang pentingnya menjaga kebersihan kawasan kediaman.

c) menambahkan pengetahuan kesihatan berhubung demam denggi.

KUMPULAN SASARAN
Semua penduduk Kampung Segangan dengan kerjasama beberapa badan kerajaan

RASIONAL MENJAYAKAN PROGRAM

a) Melahirkan masyarakat kampung yang berpengetahuan

b) Menyokong kempen kementerian kesihatan Bebas Denggi

c) Mengurangkan bilangan kes demam denggi dalam kalangan masyarakat Daerah Lahad
Datu.

PELAKSANAAN PROGRAM

Program ini akan dilaksanakan sepanjang tahun bermula bulan Januari sehingga Disember
LOKASI CADANGAN

Melibatkan semua kawasan kampung Segangan terutamanya:

a) tempat-tempat pembuangan sampah,

b) tangki takungan air

c) parit-parit antara kawasan kediaman

STRUKTUR ORGANISASI

Pengerusi:

Naib Pengerusi:

Setiausaha:

Penolong setiausaha:

Bendahari:

Ahli Jawatankuasa:

TENTATIF PROGRAM

Akan diselaraskan dengan tentatif program gotong-royong pembersihan kawasan Kampung


Segangan

PEMBAHAGIAN KAWASAN

Mengikut pembahagian zon

Zon sarog : dari masjid sampai ke rumah Ding

Zon tengah : balai Minah sampai ke balai Wari

Zon akod : Dari rumah Rafi sampai sifu

Zon Segangon akod : dari simpang jambatan peringkat 1 sampai Sinrico


Zon sipag akod : balai Amung sampai Ddatu Ali/ Ghafar

Zon sipag sarog: dari balai ullah Manan sampai babang

Zon balai Jani sampai rumah pakcik Wari

Zon kawasan balai Sabar

Zon kawasan balai Jenifer samapi sebelah tabika KEMAS

Zon balai YB termasuk kawasan Jamilah Hj Andara

PENUTUP

Kerjasama masyarakat kampung Segangan dalam membendung wabak demam denggi


daripada menular akan menjadi titik permulaan sumbangan kita sebagai masyarakat dalam
Daerah lahad Datu. Bak kata pepatah Melayu MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA
MENGUBATI. Apatah lagi penyakit demam denggi boleh membawa maut.

BERSATU BERGERAK KE HADAPAN

Disediakan oleh,

( )

Disahkan oleh,

.
( )

You might also like