You are on page 1of 9

TEKNIK MENJAWAB KERTAS 2

PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI PERDAGANGAN

TEKNIK MENJAWAB SOALAN PERDAGANGAN SPM KERTAS DUA 3755/2

Format SPM
Kertas soalan kertas dua terdiri dari Bahagian A dan Bahagian B
Calon dikehendaki menjawab tiga soalan dari Bahagian A dan satu soalan wajib diBahagian B
( soalan Kajian kes )
Calon dinasihatkan supaya mengambil masa 80 minit untuk menjawab soalan dalam bahagian A dan
40 minit untuk menjawab soalan dalam bahagian B.
Peruntukkan masa bagi setiap soalan ialah 20-25 minit bagi setiap soalan bahagian A
Markah bagi setiap soalan ialah 25 markah yang terdiri dari pelbagai pecahan soalan.
Markah keseluruhan ialah 100 markah dan menyumbangkan 60 % dari keseluruhan markah.
Rancang masa dengan bijak.Jangan lebihkan masa menjawab bagi soalan yang calon rasa lebih
senang.

v TEKNIK MENJAWAB SOALAN

1. MEMBACA SEMUA SOALAN.


2. TELITI KEHENDAK SOALAN-LIHAT PERKATAAN AWAL SETIAP SOALAN.
3. RANCANGKAN JAWAPAN.
4. TANDAKAN SOALAN YANG AKAN DIJAWAB.
5. TERUS MENJAWAB TANPA PENGENALAN DAN KESIMPULAN TERUS KEPADA ISI.
6. ISI JAWAPAN-BERDASARKAN JUMLAH PERKATAAN MARKAH (CONTAH: -5 ISI- UNTUK SOALAN JELASKAN).
7. GUNAKAN KERTAS BARASINGAN UNTUK SETIAP SOALAN.

v CARA MENGATASI MASALAH

1. GUNAKAN AYAT PENDEK ATAU SIMPLE.


2. JAWAB DALAM BENTUK POIN.
3. GUNAKAN KAEDAH TURUTAN AYAT-AYAT (SIMPLE-SUSAH).
4. ELAKKAN PENGGUNAAN ISTILAH-ISTILAH YANG CANGGIH ,JIKA TIDAK FAHAM MAKSUD
SEPENUHNYA.

v KELEMAHAN-KELEMAHAN CALON PEPERIKSAAN PERDAGANGAN

1. PENGGUNAAN BAHASA DAN ISTILAH YANG KURANG TEPAT- KESANNYA:-


a) PEMERIKSA TIDAK DAPAT MEMAHAMI ATAU MAKSUD YANG HENDAK DISAMPAIKAN DIRAGUI.
b) PENGGUNAAN ISTILAH YANG TIDAK TEPAT DAN JUGA SALAH- OLEH MAKSUD JAWAPAN SALAH.
2. BANYAK FAKTA DALAM SATU AYAT- MAKSUD AYAT AKAN KELIRU ATAU SUKAR DIFAHAMI.
3. PENGETAHUAN DAN PEMAHAMAN KONSEP YANG LEMAH.
4. PENGURUSAN MASA SEMASA PEMERIKSAAN TIDAK BETUL.
5. TEKNIK PENYAMPAIAN TIDAK TERATUR:-
a) ISI TANPA KETERANGNAN
b) ISI BERULANGAN TETAPI DIANGGAP ISI TAMBAHAN.
c) SUSUN ATUR TIDAK TERATUR DAN BERTABURAN.
d) TIDAK IKUT KEHENDAK SOALAN.
6. LAIN-LAIN SEPERTI LEMAH BAHASA MELAYU DAN MENGGUNAKAN BAHASA KAMPUNG.
KATA TUGAS DALAM SOALAN PEPERIKSAAN
BIL KATA TUGAS RESPON YANG DIHARAPKAN

1 Apakah Memberi maklumat yang khusus/ spesifik

2 Nyatakan Memberikan fakta tanpa huraian/ sokongan

3 Terangkan Menyatakan fakta dengan sokongan atau menjelaskan sesuatu dengan


sebab.
Fakta dan huraian
4 Mengapakah Memberi sebab

5 Bagaimanakah Memperihalkan/memberikan penerangan tentang cara/ kaedah /langkah


/kejadian .

6 Jelaskan Memberi keterangan tentang sesuatu supaya mudah difahami ( 5 isi


penting sahaja)

7 Bezakan Memberi kelainan /ketidaksamaan antara dua atau lebih perkara.

8 Bandingkan Memberi persamaan dan perbezaan antara atau lebih perkara.

9 Huraikan Memberikan Fakta, Huraian dan contoh


Panduan menjawab : beri
Fakta 1..
Huraiannya..
Contoh ..

KAEDAH /BENTUK SOALAN


A) Apakah itu..?
B) Jelaskan maksud?
Format jawapan:
i) Definisi:..
ii) Jenis/cabang:
a)
b)..
iii) Contoh:a).
b)
Contoh soalan:
C) Bagaimanakah promosi membantu Encik Zaki,seorang pengusaha sos ciliberjenama Sedap dalam
menjalankan perniagaannya? ( 5 markah )
D)
Perhatian
Calon dikehendaki memperihalkan/memberi penerangan tentang cara/kaedah/langkah
Mesti menulis Encik Zaki dan Jenama Sedap ( sekurang kurangnya sekali )

Contoh jawapan:
Promosi membantu Encik Zaki melalui:
1.Memperkenalkan atau memberitahu keluaran sos cili( 1 markah )
2.Mewujudkan kesetiaan pembeli kepada jenama( 1 markah )
3.Meningkatkan jualan dan keuntungan( 1 markah )
4.Meluaskan pasaran sos..sehingga..( 1 markah )
5.Menyaingi jenama sos lain seperti.( 1 markah
)
6.Jenis promosi yang sesuai digunakan oleh Encik..ialah.( 1 markah )
Contoh soalan:
E) Mengapakah Encik Ahmad bertegas mahu mengekalkan milikan tunggalnya dan enggan menerima
rakan kongsi? ( 8 markah )
Contoh jawapan:
Calon dikehendaki memberi sebab: 4 markah bagi milikan tunggal dan 4 markah bagi perkongsian
Encik Ahmad bertegas mahu mengekalkan milikan tunggal kerana
1bebas menguruskan perniagaan mengikut kehendaknya..( 1 markah )
2mempunyai dorongan untuk bekerja kuat.( 1 markah )
3menikmati semua keuntungan( 1 markah )
4tidak banyak peraturan yang perlu dipatuhi atau tidak perlu daftar semula perniagaan
kerana sudah tertubuh..( 1 markah )

Encik Ahmad enggan menubuhkan perkongsian kerana..


1.Tindakan seorang pekongsi melibatkan semua pekongsi..( 1markah )
2.Perlu berkongsi keuntungan.( 1 markah )
3.Pendaftaran ahli masuk atau keluar lebih rumit berbanding milikan tunggal ( 1 markah )
4.Tiada kebebasan membuat keputusan atau konflik mudah berlaku.( 1 markah )

Contoh soalan:
F) Terangkan dengan contoh, jenis nilai faedah dalam pengeluaran . ( 6 markah )
Contoh jawapan:
Calon dikehendaki memberikan Fakta (1), Huraian ( 1 ) dan Contoh ( 1)
2x3=6 markah

Nilai faedah tempat( 1 markah )


-memindahkan barang k etempat yang mempunyai permintaan terhadapnya. ( 1 markah )
-Contoh:kayu balak di hutan diangkut ke kilang papan/contoh yang membawa maksud perubahan
tempat.( 1 markah )

Nilai faedah bentuk.( 1 markah )


-mengubah bentuk asal sesuatu keluaran kepada lebih berguna.( 1 markah )
-Contoh:kayu kepada kerusi/contoh yang menggambarkan perubahan bentuk asal..
(1markah)

Contoh soalan:
G) Encik Fadzly memiliki lima hektar tanah dan ingin menceburi aktiviti pertanian. Pegawai pertanian
memaklumkan bahawa beliau boleh mengusahakan tanahnya secara pengeluaran langsung atau
pengeluaran tak langsung. Encik Fadzly memilih untuk mengusahakan tanahnya secara pengeluaran tak
langsung.
Mengapakah Encik Fadzly membuat keputusan demikian? ( 5 markah )
Contoh jawapan:
Calon dikehendaki memberikan sebab-sebab

Encik Fadzly memilih mengusahakan tanahnya secara pengeluaran tak langsung


Kerana boleh mengamalkan pengkhususan.( 1 markah )
-pengeluaran besar-besaran /ada lebihan..( 1 markah )
Menikmati faedah ekonomi bidangan( 1 markah )
-kos pengeluaran seunit dijimatkan...( 1 markah )
Membolehkan penggunaan mesin/jentera..( 1 markah )
-kecekapan dan kemahiran meningkat/produktiviti maningkat...( 1 markah )
Membolehkan hasil lebihan dijual..( 1 markah )
-mendapat pendapatan untuk membeli barang lain( 1 markah )

Contoh soalan:
H) Ladang teh The Highland menghasilkan teh berkualiti berjenama Juwita di Tanah Tinggi Cameron.
Pekerjanya terdiri daripada buruh lading, penyelia kilang dan pekerja pengeluaran. Daun the dipetik setiap
hari, digredkan dan dikeringkan untuk dijadikan serbuk teh di kilang yang dibina di kawasan lading tersebut.
Terangkan dengan contoh, pengkhususan yang terlibat dalam situasi di atas.
( 8 markah )

Contoh jawapan:
Calon perlu beri 1 fakta, 1 Huaraian dan 1 Contoh.
Calon perlu menjawab dengan merujuk pada teks yang diberikan.

Wujud pengkhususan mengikut kawasa..( 1 markah )


-iklim/bentuk muka bumi yang berbeza di merata tempat( 1 markah )
-Contoh: Teh ditanam di Cameron Hinghland. ( 1 markah )

Wujud penghkususan mengikut proses.( 1 markah )


-terdapat pembahagian kerja yang diamalkan di kilang/ladang( 1 markah )
-Contoh: teh dipetik/digred/dikeringkan/dibungkus.( 1 markah )

Wujud penghkususan mengikut profesion/pekerjaan...( 1 markah )


-manusia mempunyai kemahiran/kebolehan yang berbeza..( 1 markah )
-Contoh:Buruh ladang/penyelia kilang/pekerja pengeluaran.( 1 markah )

Contoh skrip jawapan calon SPM.

Jenis nilai faedah dalam pengeluaran

Pengeluaran bermaksud aktiviti dalam penghasilan barang atau perkhidmatan bagi memenuhi
keperluan dan kehendak manusia. Pengeluaran terbahagi kepada empat jenis nilai faedah iaitu dari segi
bentuk, tempat, masa dan milikan.
Jenis nilai faedah bentuk adalah dengan menghasilkan sesuatu bentuk untuk kegunaan manusia
dan memperoleh faedah daripadanya contohnya kayu balak di dalam hutan, di tebang dan diproses bagi
menjadi perabot untuk kegunaan manusia.
Jenis faedah tempat pula ialah dengan membawa sesuatu bahan yang ingin diusahakan ke tempat
yang bersesuaian dengannya misalnya, getah yang dikutip dari lading getah di bawa ke kilang dalam
menjalani proses penghasilan kasut, beg atau sebagainya.rti menyerahkan se
Selain itu , terdapat juga jenis nilai faedah masa di mana penyimpanan barangan stor dalam masa
yang panjang dan dikeluarkan jika terdapat permintaan pasaran contohnya barangan barangan runcit
disimpan di dalam gudang dalam temph yang lama dan dibawa keluar oleh pemborong untuk menunaikan
permintaan pasaran khususnya peruncit.
Milikan merupakan jenis nilai faedah pengeluaran yang bererti menyerahkan sesuatu barangan
atau perkhidmatan kepada ,mereka yang sesuai contohnya Ramli menyerahkan kilang kasut kepada Bakar
yang merupakan seorang usahawan yang menjalankan perniagaan kasut.
TEKNIK MENJAWAB SPM PERDAGANGAN KERTAS 1

PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI PREDAGANGAN

KENAL-KUNCI-KEHENDAK-KAJI-TEPAT

TEKNIK MENJAWAB SOALAN PERDAGANGAN SPM

KERTAS 1 ( 3755/1 )

BAB 1- ASAS KEPADA PERDAGANGAN


BAB 2-UNSUR PERDAGANGAN
BAB 3- PERNIAGAAN DALAM NEGERI( RUNCIT,BORONG,DOKUMEN PERNIAGAAN,KAEDAH JUALAN )
BAB 4- PERNIAGAAN ANTARABANGSA
BAB 5- INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA
BAB 6- PEMILIKAN PERNIAGAAN
BAB 7- PELABURAN
BAB 8- PERBANKAN DAN INSTITUSI KEWANGAN YANG LAIN
BAB 9- INSURANS
BAB 10- PENGANGKUTAN
BAB 11- KOMUNIKASI
BAB 12- PERGUDANGAN
BAB 13- PROMOSI
BAB 14-PERANAN KERAJAAN DALAM PERNIAGAAN
BAB 15- KONSUMERISME

FORMAT SPM KERTAS 1

TERDIRI DARI 40 SOALAN OBJEKTIF ( ANEKA PILIHAN )


JAWAB SEMUA SOALAN
MASA MENJAWAB: 1 JAM 15 MINIT
CADANGAN MASA : 1 SOALAN = 1.875 MINIT SATU SOALAN
MERANGKUMI SEMUA TAJUK TINGKATAN 4 DAN 5
SOALAN 1-20: BAB TINGKATAN 4 ( 7 BAB )
SOALAN 21-40 BAB TINGKATAN 5 ( 8 BAB )
SOALAN MENGIKUT ARAS KESUKARAN 5:3:2 ( 20 SOALAN ARAS RENDAH, 12 SOALAN ARAS
SEDERHANA DAN 8 SOALAN ARAS TINGGI )
60% PENGETAHUA N & KEFAHAMAN, 40% KEMAHIRAN
MENYUMBANGKAN 40% DARI KESELURUHAN MARKAH
STRATEGI KERTAS 1

ANALISIS SOALAN- HALUSI KEHENDAK SOALAN:


STRATEGI KENAL-KUNCI-KEHENDAK-KAJI-TEPAT

1. KENALPASTI TOPIK SOALAN


2. KENALPASTI KUNCI SOALAN/KATA TUGAS SOALAN
3. KENALPASTI KEHENDAK SOALAN
4. KAJI PENGACAU JAWAPAN
5. TEPATKAN JAWAPAN

BAHAGIKAN KEPADA 3 PUSINGAN JAWAPAN

PANDUAN MENJAWAB SOALAN KERTAS 1

SOALAN MUDAH
SOALAN PERNYATAAN/KES
SOALAN ANEKA GABUNGAN
DUA PILIHAN JAWAPAN DAN TIGA PILIHAN JAWAPAN
SOALAN BERGAMBAR
SOALAN PENGIRAAN

CONTOH STRATEGI MENJAWAB SOALAN KERTAS 1 PERDAGANGAN MELALUI STRATEGI


KENAL-KUNCI-KEHENDAK-KAJI-TEPAT

Contoh soalan:

1.Pernyataan yang manakah menerangkan ciri peniagaTopik: Bab 1


Kata kunci:ciri peniaga
Kehendak soalan:menerangkan Ciri peniaga

A Mengembangkan pernigaan secara kreatif...Kaji pengacau:ciri


usahawan
B Mementingkan khidmat kepada masyarakat...Kaji pengacau:ciri
usahawan
C Memiliki wawasan untuk memajukan perniagaanKaji pengacau:ciri
usahawan
D Melakukan aktiviti jual beli untuk mendapatkan keuntungan..Kaji & tepatkan
jawapan: ciri peniaga

contoh soalan:
2. Pernyataan manakah merupakan fungsi peruncit?............................Topik: Bab 3
Kata kunci: fungsi peruncit
Kehendak soalan:merupakan fungsi peruncit

I Menjual pelbagai jenis barangKaji jawapan:fungsi


peruncit
II Membiayai modal pemborongKaji
pengacau:fungsi pemborong
III Menstabilkan harga barang..Kaji
pengacau:fungsi pemborong
IV Memberi perkhidmatan selepas jualan.Kaji jawapan:fungsi
peruncit

A I dan II
B I dan IV.Tepatkan
pilihan jawapan:
Fungsi peruncit
C II dan IV
D III dan IV

STRATEGI MENJAWAB KERTAS 1 MELALUI 3 PUSINGAN

TABURAN PUSINGAN 1 BAKI PUSINGAN 2 BAKI PUSINGAN 3 BAKI


JAWAPAN YAKIN 100% BELUM BELUM E-F
BETUL JAWAB JAWAB
( A-B) ( C-D )
A B C D E F G

A=10 7 3 2 1 0 0

B=10 8 2 2 0 0 0

C=10 5 5 3 2 2 0

D=10 6 4 2 2 2 0

JUMLAH=4 26 14 9 5 4 0
0

Contoh soalan:
1.Antara berikut yang manakah menjelaskan proses pengeluaran langsung?

A. Aktiviti untuk menghasilkan barang.


B. Aktiviti menambah nilai faeadah sesuatu barang
C. Aktiviti menghasilkan keluaran untuk jualan langsung
D. Aktiviti menghasilkan keluaran untuk keperluan sendiri

2.Pernyataan yang manakah merupakan ciri gudang yang baik?

A. Lokasi di pusat Bandar


B. Hiasan dalam yang menarik
C. Ruang simpanan yang luas
D. Buruh banyak digunakan

3.Antara yang berikut, yang manakah faktor yang mempengaruhi pemilihan kaedah jualan prabayar?

I Saiz pasaran
II Aliran tunai meningkat
III Penjual berhak menarik balik barang
IV Barang yang dijual tidak dapat dipulangkan

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV

4.Pernyataan berikut berkaitan kilang papan lapis di Sungai Petani, Kedah.

Encik Lim adalah pengusaha kilang papan lapis di Sungai Petani, Kedah. Beliau menjual papan lapis
kepada pengusaha perabot di Ipoh dan Kangar

Apakah jenis nilai faedah yang terlibat?

A. Nilai faedah bentuk


B. Nilai faedah bentuk dan tempat
C. Nilai faedah bentuk,tempat dan milikan
D. Nilai faedah bentuk,tempat, milikan dan masa

5.Antara yang berikut yang manakah faktor perkembangan jualan langsung?

I Kesesakan lalu lintas


II Pengguna semakin sibuk
III Kos pengiklanan semakin mahal
IV Peningkatan kos pengangkutan awam

A. I,II dan III


B. I,II dan IV
C. I,III dan IV
D. II,III dan IV
SEKOLAH MENENGAH ISLAM AL-MASRIYAH
BUKIT MERTAJAM
PULAU PINANG

PROGRAM TEKNIK JAWAB SPM PERDAGANGAN

TEKNIK MENJAWAB PERDAGANGAN KERTAS 1

TEKNIK MENJAWAB PERDAGANGAN KERTAS 2

SKOR A

You might also like